Saturday 6 September 2008

Sebuah ucapan..

Hari ini kami ke Program Penghayatan Ramadhan di Holyrood Secondary School di Dixon Avenue Street.. Tazkirah dari Ustaz Abduh.. (menarik penyampaiannya tentang puasa, perkara yang dilarang dan sebagainya). Selepas itu kami bergerak ke Carbot Polmadie.. sekadar berjalan-berjalan melihat-lihat takde sangat yang dibeli.. kemudian ke Riteway untuk membeli barangan mentah untuk isi rumah.

Selepas itu kami terus ke Bonnypack.. untuk membeli barangan rumah yang lain pula.. banyak jugalah benda yang dicari dan dibeli.. ketika melepasi pintu masuknya aku ternampak sebuah ucapan bertulisan melayu..

Dari jauh lagi aku sudah tersenyum.. Dapatku agak siapa penulisnya.. al-maklumlah di Bonnypack itu seramai 4 orang rakan berbangsa Malaysia yang bekerja di situ.. tapi aku lebih merasakan penulisnya antara salah seorang rakan baikku (Asmaheram)..

Lalu aku panggil pakwe dan tunjukkan tulisan itu..

Katanya.. "Mesti si As yang menulis nie, kan dekat dengan tempat dia selalu standby"

Sememangnya sudut di tepi kotak itu adalah bahagian kain-kain cadar, sarung bantal dan set duvet, memang si As yang jaga bahagian itu pun.. Nie mesti kes keboringan nie.. hehehe

Aku senyum sajalah.. lucu pun ada.. seronok pun ada.. bangga pun ada..

Yang pastinya hanya mereka yang tahu membaca tulisan bahasa melayu sahaja yang dapat memahami ucapan ini..

Selamat Berpuasa

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin


Walaupun masih agak awal untuk mengucapkannya.. namun bila berada di kejauhan ini.. sudah tentunya ucapan ini membuatkan kami merasa dekat dengan tanahair..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..

Buat semua dimana sahaja anda berada

7 comments:

Abahnajwa said...

Iina..

wah nak balik raya ekk? Bestnya dia..nanti balik sini bawak balik jem tart nenas tau..kikikiki

Abah teringin nak hantar kad raya yang konvensional tu..takdek lah jual kat sini..huhuhu

iina said...

abah,

balik pun dah hujung2 raya.. entah ada gik tart nenas tu ke idak ;)

kad raya buat sendiri ler abah.. idak pun beli je yang diorg jual kat sini.. lain dari yang lain sikit.. baru kelas org tau uk made hehehe ;)

aNIe said...

iina...salam kenal dari akak...salam ramadhan dari akak buat iina yang jauh...

Heheheh...dah nak raya ke? :P

iina said...

kak anie..

memanglah dah nak raya pun lagik 3 minggu je..

Sini takde rasa sangat kemeriahan nak raya.. biasa je.. lainlah kat mesia tu.. hari2 dgr lagu raya.. ada param.. ada bunyi mercun ler.. sini.. sunyi sepi je.. tengok muka minah saleh pun biasa je.. nie pagi raya pun.. saya keje lagik.. pastu kena p uni lagi.. pakwe pun keje.. uwaaa.. raya tahun nie raya kat tmpt keje ler kak..

cappuccino said...

kekkekek..kredit utk sape yg buat tu..malaysia bolehhh!!!heheheh..

iina said...

rusdi> hehehe semangat nak raya gitu.. malaysia boleh juga ;)

Blogger said...

Kelakar betul. Baru je terbaca mengenai kes terpencil ini. Sememangnya betul,aku dilanda keboringan dan kerinduan yang teramat sangat,jadi tertulis la kata-kata kat kotak tu. Tak sangka pulak ada warga melayu yang perasan dan sanggup mengambil gambar. Malaysia boleh. Hanya di bonnypack.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin