Thursday 31 July 2008

Khamis yang amat letih..

Pagi tadi aku training lagi.. esok hari terakhir.. ada assesment yang perlu dibuat.. kata instrustor.. kebiasaannya 70% trainee akan gagal assessment esok.. ngeri je dengar tadi.. tengok macam senang je masa dia tunjuk.. tapi lecehnya sebab kena bawa barang-barang yang banyak.. lepas tu kena detail.. bermula dari luar ke dalam.. dari atas ke bawah.. tukar baldi ler.. kena ingat warna code.. merah utk toilet.. kuning untuk sink and shower.. dilution measurement pun kena ingat.. jenis checmical pun kena ingat... wah banyak sungguh yang perlu diingat..

Assesment hari ini agak mudah.. bersihkan meja dan vakum lantai.. kerana itu adalah kerja harian.. maka aku tidaklah rasa gementar sangat.. ketika ujian vakum dilakukan.. Trisha tanya aku..

"Do you teach?"

Aku memandang Trisha dengan seribu tanda tanya.. lantas menjawab "Yes I am, how do you know?"

"I can tell from your style and attitude"

"Aye.. I teach teachers"

"Aye.. I know.. I can see it"

"so how my teaching"

"Good.. I can understand it clearly and very practical"

lalu disambut dengan senyuman manis Trisha..

Aku terkejut juga bagaimana Trisha mampu mengetahui bahawa aku juga tenaga pengajar.. mungkin juga dia tengok dari borang permohonan aku.. atau mungkin juga dari style aku.. semua kemungkinan ada kan..

Ujian itu aku lulus dengan cemerlang.. nampak je mudah tapi ada prosedur yang kena buat.. dah bertahun-tahun aku vakum tapi tidak pernah terlintas dengan prosedur ini..

Perkara pertama mesti check cable.. keluarkan semua cable dari vacum cleaner.. check wayar berkenaan dengan mengenggam tangan sambil menariknya perlahan-lahan.. lepas itu kena check beg vakum penuh atau tidak.. label keselematan.. bila kali terakhir test elektirk dilakukan.. pasang alatan untuk menvakum.. jika semua ok.. barulah masukkan pada soket dan mulakan kerja.. apa pun mesti bermula dari tepi dinding atau korner.. baik mengemop.. atau menyapu.. sedikit sebanyak pengalaman kerja lalu banyak juga membantu.. buat buffing.. aku lulus dengan cemerlang sebab itulah kerja aku setiap minggu pun..

Esok.. tandas dan shower.. beberapa faktor lain perlu juga diambil kira.. kerana kesilapan penggunaan chemical dan cara pembersihan boleh menyebabkan penyebaran virus mrsa dan lain-lain.. sebab itu setiap proses pembersihan mesti mengikut prosedur tertentu..

Sedikit sebanyak training ini memberikan aku banyak ilmu dan pengetahuan.. berharga sungguh.. bukan sekadar untuk mengetahui teknik pembersihan yang betul malah.. kenapa ia perlu dilakukan mengikut prosedur tersebut..malah aku belajar ilmu cara yang betul untuk membersihkan shower.. tempat-tempat yang perlu diambil perhatian untuk pembersihan.. penggunaan air panas yang kerap sebenarnya merangsang pembiakan bakteria.. sebab itu shower head perlu dibersihan selalu.. kerana disitulah terdapatnya bakteria yang banyak.. ngeri je dengar tadi.. selama ini tak tahu.. hari ini aku belajar satu ilmu yang berguna..

Keletihan yang amat sangat.. akhirnya aku decide balik rumah tengahari tadi.. aku benar-benar letih.. maka aku rancang untuk tidur ditengahari.. selesai makan tengahari apa lagi.. aku tidur sepuas-puasnya dan terbangun pukul 2.30 dengan kelam kabut untuk solat.. dan bersiap-siap ke tempat kerja..

Kerja petang.. letihnya yang amat.. apatah lagi tadi petang aku praktikkan teknik yang aku pelajari pagi tadi.. letih jugalah sebab buat deep cleaning.. tapi berbaloi sebab aku tahu aku gunakan teknik yang betul..

Esok hari terakhir kerja.. hujung minggu masa untuk berehat dan balas dendam tidur sepuasnya..

Wednesday 30 July 2008

Tag dari cik puan kesum

Aku kena tag.. his22... kena jawab ler nie

1. kali pertama naik kapal terbang
Masa pergi study kat edinburgh dulu..

2.Kali pertama ke oversea
semasa study kat edinburgh juga

3.Kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga
Semasa duduk asrama di sekolah menengah tengku ampuan rahimah klang

4. Ingin melancung ke
Egypt, turki, jepun, negara2 europe byk lagi ler

5.Favourite accessories
beg, kasut, gelang, rantai, perfume, biasalah pompuan hehehee

6. 4 Perkataan yg selalu disebut

  • Hai
  • Bye.. see you tomorrow
  • aye..
  • yup


7. Kalo ada duit *juta...juta...juta*

Best tu.. banyak benda boleh beli.. sedekah sudah tentu.. bagi mak n ayah p umrah ke haji ke.. beli pulau letak nama sendiri ke hhehehe.. melancong ke.. buat rumah banglo.. beli keta byr cash.. pelaburan.. buat rumah anak yatim.. buat sekolah swasta.. buat universiti swasta.. uihh byk ler tak tercakap

8. Siapakah yg akan di tag:
sape ekk.. tak yah tag boleh tak hehehe..

Tuesday 29 July 2008

Serba salah

Hari ini aku jumpa manager baru spectrum.. dah 3 orang silih berganti.. bermula dengan David kemudian Rubina.. kemudian Charles.. orangnya tinggi lampai.. kurus.. mendongak juga aku memandangnya.. semalam dia datang bertanyakan berkenaan tisu tangan dan toilet tisu (jenis flat).. sejak toilet roll kena buang dan diganti dengan toilet dispenser tissues.. kenalah guna tisu jenis flat pulak.. tapi bila order, tisu roll yang datang berplastik-plastik..

Sambil tolong charlie(nama panggilan mesra) angkat kotak.. sampai sarat dah penuh bilik cleaner.. aku terus sampaikan hajat aku.. termenung charlie dengar makluman aku.. lantas tak lama dia beritahu John..

John puas pujuk aku.. katanya "I'm really disappointed lina, please don't" sambil dia mencantumkan kedua tapak tangannya dan meletakkan ke dadanya..

Aku yang melihat dan dengar kata-kata itu termenung dan tak mampu berkata apa-apa.. pertama kali aku dipujuk begini.. Malah melihatkan wajah John yang sedih dan terkejut.. hingga aku katakan.. "I don't know what to say"

"I'll give you until friday to make your decision"

dan aku hanya jawab dengan anggukan kepala..

Aku masih memikirkan.. banyak sungguh perkara yang perlu dipertimbangkan semula. Aku dah rasakan memang inilah yang akan terjadi.. riaksi John.. dan permintaan aku.. apatah lagi John bersedia adjust masa kerja demi untuk keselesaan aku.. emm.. lagi buat aku serba salah..

Serba salah.. tak pernah lagi aku menghadapi situasi begini.. dipujuk dan dirayu.. bukanlah bangga diri pun.. tapi sejenak aku berfikir.. tak sangka kehadiran aku begitu dihargai.. selama ini pun aku tidak pernah ada masalah apa-apa dengan staf disitu.. kerja pun alhamdullilah tidaklah sepayah mana..

Insyallah.. aku harus fikirkan semula keputusanku itu.. mungkin ini peluang aku untuk ambil cuti.. fikirkan balik keputusan ku.. emm kerja cleaner pun ada juga yang prihatin.. ada juga yang sedar kehadiran aku.. nantilah aku fikirkan semula.. selama ini dengar cerita dari rakan-rakan tentang kualiti kerja orang-orang dari malaysia.. dan cerita rakan-rakan lain.. kebanyakannya menyatakan bahawa kebiasaan scottish ini begitu menghargai orang-orang kita.. kualiti dan sikap kita.. tapi bila aku alami sendiri pengalaman ini.. aku akui kebenarannya sedikit sebanyak.. emm.. kena fikir semula nampaknya..

Mengejar atau dikejar

Aku mengejar masa..

Begitu banyak perkara yang perlu diselesaikan dalam masa yang singkat..

Ada urusan yang juga perlu disiapkan.. dan aku kesuntukan masa

Buat pertama kalinya aku tertidur ketika selesai kerja petang tadi.. walaupun sekadar menyandar badan ke kerusi.. selesai kerja tadi.. ada juga 5 minit aku terlelap letih..

Balik rumah.. aku tidak mampu membuka mata.. aku rendamkan diri dalam buih-buih sabun dan air garam terapi.. lalu sekali lagi aku tertidur.. namun sejuknya air menganggu lena aku.. kerana aku rasa begitu sejuk sekali.. walaupun hakikatnya hari ini panas membahang dan badanku jua berpeluh-peluh

Sekali lagi aku perlu menyiapkan tugasan.. dan hari ini aku perlu jumpa George..

Insyallah..aku cuba selesaikan mana yang termampu..

Aku sudah begitu letih lesu dan penat.. apa pun kuatkan semangat.. gagahkan langkah dan tabahkan hati

Monday 28 July 2008

Selamat Hari Lahir Mashi


Selamat Hari Lahir aku ucapkan pada sahabat baik aku Mashi..

Aku doakan sentiasa murah rezeki.. panjang umur dan dipermudahkan semua urusan serta study kita..

Insyallah kita teruskan perjuangan kita dalam hidup..

Again.. Happy Birthday

Sunday 27 July 2008

Aku nak jejalan

Sebenonya sejak seminggu dua nie aku cam tension banyak.. macam-macam dalam kepala.. macam-macam fikir.. sampai rasa nak demam.. sengal .. lenguh semua ada..

Terdetik nak pergi bercuti.. tapi setiap hujung minggu ada je aktiviti.. jemputan makan.. aktiviti kampung.. idak pun pergi beli barang dengan pakwe..idak pun duduk rumah tidur.. idak pun.. tengok tv dan akhirnya tv tengok aku.. idaknya.. takde sapa2 tengok.. sendiri tengok bantal hehehe

Terlintas nak ajak pergi lepak mana-mana dengan pakwe.. kalau ajak dia.. emm paling tidak pun ajak p carbot sale.. lama juga tak pergi tu hehehe..

Mana nak pergi jejalan nie ye? ke laut.. ke sungai.. ke darat.. ke baruh.. ke hulu ke hilir.. mana arah nak tuju.. atau memenuh dan mengenyangkan perut sahajalah aktiviti mingguan.. lepak umah kekawan.. idak pun lepak rumah sendiri..

Nantilah ingat nak ajak juga berjalan.. bila pakwe nak pergi memancing nie ekk.. yeye je cite nak pergi mancing.. bayang pancing dan memancing ye takde pun.. asalkan jangan pancing benda lain udah kan.. pancing sale cam kata chinta hehehe pun dah puas.. tutup mata buka mata.. tetap gila hehehe :)

Takkan nak pergi shopping lagik.. aku pun dah tak tau apa nak shopping.. puas dah merayau kedai-kedai kat city centre.. cehh eksen ye.. mood nak shopping dah turn off je.. mood nak lepak2 makan angin je nie yang ada.. dapat pergi Paris kota cinta pun best jugakan.. nantilah Insyallah ada masa..

Teringat dulu semasa ke Paris 5 tahun lepas.. teringat kata pakwe.. sebab dia nak pergi Paris.. sebab masa kecik-kecik dia suka tengok cite hindi "An evening in Paris" emmm jiwang pulak pakwe aku sorang nie.. so kami pun sempatlah berjalan-jalan di taman yang menjadi tempat pelakon tu nyanyi sambil lari2 keliling pokok yeke hehhee aku pun dah lupa jalan cite tu.. walaupun aku idak ler berlari-larian seperti dalam episod cite hindi tu sambil nyanyi-nyanyi.. walaupun sebenonya pakwe aku memang nyanyi lagu hindi masa jalan kat taman tu hehehe.. siap aku sound.. udah2.. jangan nak jiwang-jiwang lak.. hujan karang.. ;)

Aku tak kira.. nak pergi jejalan juga.. walaupun aku tahu hari ini aku ye aktiviti penuh dengan aktiviti mengenyangkan perut hehehe.. :)

Saturday 26 July 2008

Syukur Alhamdullilah

Aku panjatkan kesyukuran pada Allah yang maha esa..

Alhamdullilah semuanya berjalan dengan baik..

Kepala yang berserabut dan hati dan perasaan yang kucar kacir serta gundah gulana.. terbit rasa lega dan selesa..

Seolah satu bebanan yang berat telah terungkai dan diringankan..

Aku tidak pernah mahu bermusuh dengan sesiapa.. dan juga tidak pernah ingin mencari musuh..

Andai ada yang terasa hati membaca kata-kata di blog ini.. aku memohon maaf andai ianya menerbitkan rasa kurang senang dan tercuit rasa.. Jutaan maaf saya pinta dengan seikhlasnya..

Buang yang keruh dan ambil yang jernih..

Aku bersyukur.. Alhamdullilah..

Friday 25 July 2008

Tanaman2



Pokok mint semasa mula bercambah..


Kini pokok mint ini dah mula menjalar lebat hingga tak cukup pasu..



Pokok daun kesum pemberian Jas dah mula bercabang-cabang.. kena pindah pasu lain dah nie




Pokok kunyit.. yang mulanya tidak berdaun dan bercambah



Kini.. dah ada daun kunyitnya.. seronok rasa dihati kerana alhamdullilah tanaman ibu kunyit berjaya akhirnya.. mesti kak ina jeles nie hehehe.. kak nanti nak daun kunyit leh ler minta kat saya :)

Hari yang panas



Semalam dan hari ini cuaca begitu panas sekali..

Terdetik dihati nak ambil gambar deretan bunga lavender di lereng bukit berhampiran bangunan livingstone & McCance..

Terasa seolah-olah berada di Malaysia sahaja..

Berjalan pun tidak lagi berjaket tebal dan kadang kala tidak berjaket langsung..

Meleket & melengas pula semakin terasa..

Thursday 24 July 2008

Ketenangan


Sekawan itik berenang-renang bersama-sama.. menikmati dan menjalani hidup bersama.. berkumpul dan bermain bersama

Tenangnya hati tatkala pemandangan ini menjadi tatapan.. mahu sahaja aku lakarkan buat sebuah lukisan hati..

Sudah lama aku tidak melukis.. bukanlah berbakat sangat dalam melukis.. hanya kadang kala aku suka melakar warna dan mencoraknya mengikut nukilan hatiku.. tatkala aku dilanda resah gelisah..

Dulu aku rajin melukis dan mewarna.. beberapa keping lukisan pernah aku hasilkan namun hanya aku simpan dalam helaian-helaian kertas lukisan yang ditindih bersama buku tebal yang di susun simpang siurnya..

Entah dimana lukisan itu semua.. atau mungkin aku perlu melukis kembali untuk mencoretkan kembali rasa hati.. dan melepaskan segala perasaan ini..

Nantilah jika ada masanya.. aku pasti akan melakarkannya..

Tuesday 22 July 2008

Penamat Kisah gadis dan anak muridnya

Hari-hari di sekolah itu berlalu dengan begitu pantas. Semakin seronok gadis itu dengan pelbagai ragam dan gaya murid-murid. Semakin banyak juga ilmu yang diperolehi. Semakin ramai juga kenalan yang ditemui

Pengajaran diteruskan seperti biasa. Ketika selesainya pengajaran di kelas tahun tiga. Beberapa orang murid berebut-rebut ingin membawa buku latihan ke bilik guru.

"Cikgu.. biar saya bawa buku-buku nie ye cikgu"

"Alah.. bagi sayalah bawa cikgu.. asyik dia je"

Lantas dijawab oleh gadis itu

"Ok.. cikgu bagi kamu berdua bawa sorang sedikit ok.. sama-sama adil dan sama-sama bawa buku ini ke bilik guru"

Jawapan itu sudah cukup membuatkan sebuah senyuman menguntum di bibir kedua-dua murid itu.. Girangnya mereka jelas kelihatan di wajah.. gadis itu hanya sekadar tersenyum memandang. Seronok melihatkan sifat mereka yang begitu teruja untuk membantu.. walaupun hakikatnya.. buku itu masih mampu dikendong di gadis.. namun si gadis membiarkan murid-murid itu membawanya.. mungkin mereka ikhlas membantu.. mungkin kerana inginkan perhatian.. mungkin juga merupakan satu penghormatan..

Bilik guru hari itu lengang sahaja.. kedengaran petikan gitar dari seorang guru lelaki yang duduk tidak jauh dari meja si gadis.. entah lagu apa yang dimainkan.. gadis itu tidak begitu peduli.. namun sekurang-kurangnya dapat menceriakan suasana yang sedikit mendung dan sunyi.

Hari Terakhir

Hari ini merupakan hari terakhirnya di sekolah itu.. pagi ini ketika tiba ke pintu pagar sekolah. hati si gadis dipaut rasa pilu dan sayu. Selama hampir sebulan di sekolah itu begitu banyak kenangan tercipta dan begitu banyak juga pengalaman yang diperolehi.

Hari ini merupakan hari jumaat. Penghujung hari pada minggu itu. Kelas tahun satu merupakan kelas terakhir yang diajarnya. Sejak semalam lagi si gadis telah pun membelikan gula-gula dan sedikit coklat untuk mereka.. rancangannya untuk mengadakan kuiz semasa pengajaran matematik.. bagi yang berjaya.. hadiah itu akan diberikan pada mereka.

Kelas matematik dimulakan.. topik tambah dan tolak.. Sebenarnya pengajaran lebih berbentuk ulangkaji.. dan pertandingan kuiz dimulakan. Kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan.. si gadis menulis beberapa soalan di papan hitam dan 2 orang pelajar wakil kumpulan akan keluar ke hadapan untuk menjawab soalan itu. Kelas menjadi riuh rendah dan kebanyakan pelajarnya begitu berlumba-lumba ingin menjawab soalan.. hampir serentak suara dilontarkan..

"Cikgu.. saya cikgu"

"Sayalah cikgu.."

"Alah sayalah cikgu.."

"Cikgu saya.. saya"

"Cikgu saya.."

Kelas menjadi bingit dan bising.. si gadis terpaksa menjerit-jerit meminta mereka semua duduk dan diam.. Namun semakin kuat pula suara mereka. Ketika itu kelihatan seorang guru lelaki dari kelas sebelah datang menjenguk ke kelas si gadis.. mungkin dia tertanya-tanya mengapa kelas itu begitu bising sekali.. mungkin memikirkan tidak ada guru di kelas tersebut membuatkan mereka bising sekali agaknya..

Si gadis itu hanya mampu tersenyum dan mula mengarahkan semua murid-muridnya diam. Selagi tidak diam si gadis tidak akan memanggil sesiapa pun ke hadapan kelas. Akhirnya laungan dan jeritan mereka hilang dengan amaran si gadis itu. Kelas kembali tenang dan senyap. Si gadis mula memanggil nama demi nama ke hadapan kelas.

Soalan yang dituliskan itu dijawab oleh setiap murid.. ada ahli kumpuan yang membantu memberikan jawapan.. ada yang teragak-agak dengan jawapan yang dituliskan hingga terpaksa berulang kali ke hadapan.. Akhirnya pertandingan kuiz itu tamat.. Kumpulan yang menang bersorak gembira.. dan kumpulan yang kalah menarik muka masam dan kecewa..

Si gadis mula mengeluarkan gula-gula dan coklat yang telah siap dibungkus dengan cantik kepada kumpulan yang menang.. mereka sekali lagi bersorak gembira.. Kumpulan yang kalah hanya memandang dengan kecewa.. namun sebenarnya si gadis itu turut menyediakan hadiah untuk mereka juga.. dan seluruh kelas melonjak gembira.. Hati si gadis menjadi sayu dan girang pada masa yang sama.. seronoknya melihatkan riaksi kanak-kanak yang begitu jujur dalam mempamerkan kegembiraan dan keseronokan tanpa perlu berpura-pura.. Kegirangan dan kegembiraan itu sungguh ikhlas dan luhur..

Peluang yang diberikan untuk mendidik mereka juga adalah pengalaman dan kenangan yang begitu indah bagi si gadis. Doa si gadis.. apabila mereka dewasa.. mereka akan menjadi insan yang berguna dan berjaya..

Kelas itu ditamatkan dengan ucapan "Selamat Pulang cikgu" dan "Terima kasih cikgu"

Hati gadis kembali sayu.. setiap raut wajah mereka dipandang satu persatu.. setiap kerenah dan ragam mereka kini tinggal kenangan buat si gadis..

Ketika tiba ke bilik guru seorang murid perempuan menyerahkan sekotak hadiah kecil yang berbungkus cantik. Hati gadis tertanya-tanya siapakah pengirim hadiah itu? Terdapat sekeping kad kecil di atasnya.. Nama seorang guru wanita tertulis di situ.. Si gadis hanya tersenyum sahaja.. Hadiah itu tidak dibuka.. tapi di simpan untuk dibuka di rumah nanti. Ketika itu si gadis terlihat kelibat guru itu, lantas kakinya melangkah laju bertemu dengannya. Ucapan terima kasih diucapkan dengan memaut bahu guru itu. Terharu hati si gadis dengan ingatan itu. Tiada apa yang dapat dibalas oleh si gadis melainkan sebuah ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Ketika si gadis menunggu ayahandanya di beranda sekolah untuk pulang ke rumah. Si gadis melayangkan pandangannya ke padang sekolah yang terletak berhampiran dengan jalan masuk ke sekolah berkenaan. Begitu ramai ibu bapa datang untuk mengambil anak-anak mereka. Ada yang membawa bekalan makanan dan baju sekolah untuk sekolah agama di petangnya. Ada anak-anak yang menyalin pakaian itu terus di tepi pokok manakala ada pula menikmati makanan tengahari di bawah pepohon itu. Mungkin mereka tidak sempat untuk balik ke rumah dan bersiap-siap untuk sesi persekolahan seterusnya menyebabkan mereka terpaksa makan dan bersalin baju di padang sekolah. Si gadis memandang setiap raut wajah ibu dan bapa.. ada yang suram.. ada yang gembira.. ada yang kelihatan letih..

Teringat si gadis kenangannya ketika dibangku sekolah dahulu.. selalunya si gadis punya masa untuk balik ke rumah menikmati makan tengahari dan bersiap-siap untuk sesi sekolah agama di sebelah petangnya. Malah sempat juga membawa bekalan makanan dan minuman untuk waktu rehat nanti. Kini desakan kehidupan dan kesuntukan masa memaksa manusia mengikut arus perubahan itu.. Beginikah kehidupan dan cabaran seorang pelajar.. inikah kesusahan hidup mereka.. inikah juga rutin harian mereka..

Petang itu si gadis tinggalkan sekolah itu dengan pandangan yang sayup dan sedih.. Entah bila lagi agaknya dia akan berkunjung semula ke situ. Mungkin nanti agaknya.. entah bila.. yang pasti kenangan yang tercipta itulah menjadi asas kepada minat si gadis seterusnya.. Siapa sangka pengalaman itu jugalah menjadikan si gadis mengambil keputusan mengubah kehidupan dan memilih kerjaya mendidik. Walaupun bukanlah anak-anak lagi yang mendapat didikannya.. Namun mendidik dan berkongsi ilmu dengan pelajar yang bakal bergelar guru dan pendidik sudah cukup baginya.

Pesanan dan nasihat serta pengalaman masa lalu si gadis sering dikongsikan bersama anak-anak didiknya.. Syukur dengan secebis kenangan ini.. Sungguh bermakna dan bererti buat si gadis sampai bila-bila..

Monday 21 July 2008

Kisah 2 sahabat

Terima kasih atas email yang diberikan ini.. Makin banyak email-email yang ku terima setiap hari berkisar motivasi diri.. Terima kasih pada semua yang mengirimkannya..

Ayam jantan siayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari

Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

SEMOGA MEMBAWA KEINSAFAN

Bahawa sesungguhnya tidak mustahil jika kejayaan / kekayaan kita selama ini... adalah dari berkat doa org lain.. (Sebuah renungan)

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat.Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang.

Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untukmembahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki yang ke satu merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri.

Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja, lelaki ke satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya. Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu.

Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan,"jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa." " Kau salah ! " suara itu membentak tinggi" Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa.

Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "" Katakan padaku " tanya lelaki A itu." Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?"" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan ! "

Note: Renungan:

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain ? Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang atau sesuatu, Hanya dari "yang terlihat" saja.


Benar adakalanya kesenangan dan kejayaan yang kita fikir kita miliki datangnya dari usaha dan doa kita sahaja.. Sebenarnya.. sokongan dan doa sahabat, keluarga, rakan, adalah pengerak dan penguat semangat..

Pergi ke sawah menanam padi
Singgah di sungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan

Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi

Budi Bahasa

Menurut Dato Dr Hassan Ahmad berkenaan dengan budi. Kata beliau

“Makna perkataan budi ini luas,tidak terhad pada makna yang berkaitan dengan tingkah laku atau perkerti manusia sahaja, tetapi mencakup seluruh aspek tindakan, perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan, mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun manusia. Istilah lain yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah adab atau budaya”.

Merujuk kata-kata Dr Hm Tuah :

"Orang yang benar bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, melainkan orang yang dapat menjadikan kesalahan itu untuk memperbaiki diri"

"Persahabatan wujud dari satu perkenalan dengan sepuluh pertanyaan, 100 keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan"

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Friday 18 July 2008

Lobak, Telur atau Kopi

Terima kasih atas email ini.. sedikit sebanyak menguatkan semangatku lagi..

Yang Mana Satu Anda?LOBAK....TELUR....ataupun KOPI....

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus,lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya?

Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Thursday 17 July 2008

Minuman kegemaran scottish : IRN BRU

Bagi mereka di Scotland ini.. pasti kenal minum bergas bernama IRN-BRU.. disebut dengan sebutan "iron-brew" merupakan antara minuman kegemaran rakyat scotland selain "Whisky". Minuman ini boleh diperolehi di merata UK.

Irn-Bru (pronounced iron brew, IPA: /ˈaɪɚn ˈbruː/) is a popular carbonated soft drink produced in Scotland. It is made by A.G. Barr plc, of Cumbernauld. Barr's Irn-Bru is available in the United Kingdom, the Republic of Ireland, Gibraltar, Russia, Canada, Norway, South Africa, Singapore, parts of Europe such as Poland, the Middle East, in some parts of Australia (introduced in 2006), New Zealand (introduced in 2007) and in the United States.Irn-Bru is famous for its bright orange colour (something it shares with the glucose drink Lucozade).

Irn-Bru was first produced in 1901, under the name Iron Brew. In 1946, a change in laws required that the word "brew" be removed from the name, as the drink is not technically brewed. Interestingly Morrisons now produce and sell a product with that very name, which is designed to taste similar to the original. The chairman of the company came up with the idea of changing both halves of the name to a phonetic spelling, giving the current Irn-Bru brand. 1980 saw the introduction of Low Calorie Irn-Bru; this was re-launched in 1991 as Diet Irn-Bru and the Irn-Bru 32 energy drink variant was launched in 2006. All the rumour and folklore surrounding Irn-Bru only serve to help keep it in its place as an icon of Scottish popular culture.


Bagi kami di sini.. minuman Irn-Bru ini adalah antara minum yang wajib dan sering dibeli jika ada acara keluarga atau ketika jamuan di rumah rakan-rakan..

Hari ini aku teringin nak minum Irn-Bru.. selalunya kegemaranku adalah Irn-Bru diet kerana rasa orangenya tidaklah terlalu ketara sangat.. apatah lagi harganya hanya 39p setin.. nak beli 1 botol banyak sangat.. tah bila nak habisnya..

Teringat dulu masa di Edinburgh.. ada rakan yang bawa balik minuman ini ke malaysia.. :) sebabnya.. kat malaysia memang takde jual.. hehehe..

Terima kasih..Merci..

Terima kasih atas semua sokongan yang diberikan..

Sungguh terharu disaat begini.. begitu banyak pula sokongan yang diberikan..

Sungguh tidak ku sangka.. setiap dugaan yang diberikan oleh Allah itu.. Menyebabkan aku kenal ramai sungguh kenalan.. dan ramai juga yang turut memberikan sokongan yang tidak terhingga..

Buat semua sahabat.. Aku rasa sungguh beruntung kerana mempunyai sahabat-sahabat seperti anda semua..

Bak kata kak ramlah padaku "Sebenarnya ada 3 peringkat dalam berkawan dan paling tinggi adalah sahabat dan tak ramai yang dikatakan sahabat...yang kenal hati budi kita dan menyelami perasaan kita"

Hidup mesti ceria kan :)

zwani.com myspace graphic comments
Teringat masa kecik-kecik dulu (kecik ke aku dulu heheh) camnielah aku peluk kucing kesayanganku

p/s Kalau dekat sure aku dah belanje korang semua makan kebab ke sarbeni ke pizza ke.. hehehe.. lepas nie kena buat ikon award kot hehehe.. aku nak gak dapat award hehehe nanti aku cipta 1 award baru hehehe

Wednesday 16 July 2008

Senyum..

Hari ini aku mulakan hari dengan senyuman..


Tidak sedikit pun hatiku terusik..

Senyuman dan gembira hati tetap tidak terusik..

Tidak ada apa yang perlu aku takutkan.. dan tidak ada apa juga yang perlu aku risaukan..

Allah maha mengetahui..~






Aku rindu kucing-kucingku kat rumah mak di kampung..

PERANGKAP TIKUS

Sebuah email yangku terima bagi menceriakan hari yang agak mendung pagi ini.. terima kasih yyg.. :)

Betul ke summer time sekarang nie.. asyik hujan dan mendung je heheheh..

PERANGKAP TIKUS


Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, " Ada perangkap tikus di rumah....di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, " Ada perangkap tikus !"
Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku"

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, ?Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku"

Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama. " Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus"

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata " Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku?"

Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan.

Si suami pun membawa isterinya ke hospital. Beberapa hari kemudian isterinya boleh pulang namun masih lagi demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji?un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

SUATU HARI?.KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...PIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

---email sahabat..

Tuesday 15 July 2008

Hadiah dari Suthanya



Semalam aku buka hadiah yang diberikan oleh Suthanya..


Rupanya sebuah cenderahati dari Thailand..

Akhirnya aku putuskan untuk meletakkannya di atas kotak desktop PC di meja studyku di CIS..


Terima kasih banyak-banyak..

Monday 14 July 2008

Rasa Hati

Sebenarnya pagi tadi aku terima email dari sahabat lama.. Sudah lama kami mengenalinya.. sejak dari tahun 2001 lagi. Ketika itu kami berkenalan di sebuah kedai kebab di Edinburgh.. Kebab Mahal.. rupanya dia sekeluarga tiba sehari selepas kami tiba tahun itu.

Pertemuan itu berterusan dan akhirnya kami saling kunjung mengunjungi.. Rumahnya juga tidak jauh dari Gorgie Road.. sedangkan rumahku pula di Wardlaw Terrace.. tidaklah jauh sangat.. masih aku ingat lagi satu malam kami datang ke rumahnya.. berbual hingga esok paginya.. tidak tidur hingga pagi.. ketika itu musim panas.. siang tiba lebih awal..Malah banyak kali juga kami ke rumahnya.. malah sebelum kami balik ke Malaysia.. kami sempat juga bersama-sama ber BBQ di halaman rumahku..

Hinggalah aku tamat pengajian pada tahun 2002. Kami masih lagi berutus email. Mereka sempat balik tahun itu untuk 2 bulan.. dan akhirnya kembali semula ke Edinburgh.. Jika tanyakan mereka yang lama di Edinburgh pasti kenal insan ini kerana dia berada di sana selama hampir 6 tahun dalam menyiapkan pengajian PhDnya..

Hinggalah aku datang semula ke Glasgow pada awal tahun lepas.. Dia masih lagi di Edinburgh. 2 3 kali aku ke Edinburgh menjenguknya.. mendengar kisahnya.. dan hampir setiap 2 minggu dia akan datang berkunjung ke rumah aku.. di Glasgow ini.. ketika itu masih rumah pertamaku dulu.. di rumah itu jugalah dia akan menumpang teduh buat sementara.. menumpang capaian internet.. menumpang luahan hati.. menonton DVD.. menonton TV dan setiap kali dia datang.. aku juga akan cuti masak.. sebab dia akan take over dapur dan masak segala yang teringin dihatinya.. kadang kala mengenangkan nasib dirinya dulu.. aku mampu menitiskan airmata.. tatkala melihatkan dia seharian mencari idea untuk menyudahkan thesisnya.. aku hanya mampu memandang simpati dan berdoa moga dia dapat ilham itu..

Akhirnya di awal bulan Julai 2007 dia balik ke Malaysia.. Sudah banyak sangat kisah yang aku terima darinya..dari pergolakan keluarga.. study.. hidup.. keperitan hidup dan wang.. dari dia juga aku belajar erti sebuah kehidupan.. sedikit sebanyak pengalaman hidupnya membuatkan aku muhasabah diri..

Namun selepas dia pulang ke Malaysia.. hubungan masih diteruskan.. namun ada beberapa perkara yang turut membuatkan aku sedikit jauh hati.. aku tidak mahu mengatakan apakah perkara itu.. namun sedikit sebanyak aku benar-benar rasa sedikit kecewa dengan sikapnya.. banyak juga email dan sms yang dikirimkan aku jadi malas untuk membalasnya.. entahlah.. mungkin aku agak keras hati.. aku sedikit kesal dengan tindakannya.. dan janji-janjinya.. aku cuba juga fahami keadaan hidupnya yang tertekan.. hanya pakwe sahaja yang masih rajin menelefonnya.. aku hanya menyepikan diri.. namun bukanlah bermakna aku benci atau sakit hati.. hanya aku belum mahu berbicara dengannya.. entahlah.. jauh hatiku masih terasa.. mungkin nanti aku akan sedikit sejuk dan menerima..

Hari ini aku terima kembali email darinya..

salam,

selamat hari jadi semalam. saya tak sempat nak ucapkan kebetulan ahad tak dapat ekses internet. saya juga nak bagi tahu hari ini hari jadi pertama anak ketiga..... sedihhh.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. salam saya pada zaidi.

regards


Kata-kata email itu buatkan aku sedikit tersentak.. inginku balas email itu tapi aku seolah-olah hilang kata-kata.. pergolakan keluarganya begitu hebat sekali.. bukanlah aku tidak mahu ambil tahu.. tapi kadang kala juga aku sendiri tidak mampu berkata apa-apa untuknya..

Nantilah.. mungkin aku minta pakwe hubungi dia.. Rasa hatiku masih berat untuk berbicara.. ambil masa mungkin.. namun walau apa juga.. jauh di sudut hati aku turut simpati.. masih juga ambil berat.. malah dia juga pernah aku anggap sebagai abangku sendiri.. malah kaum keluarganya juga aku kenal..

Apa jua sama ada aku atau pakwe yang hubungi dia.. padaku hubungan itu masih ada.. Bukanlah kami terusan membisu dan tidak ambil tahu.. hanya kadang kala masa dan kesibukan membataskan komunikasi. Hanya mungkin denganku dia lebih banyak berbicara.. terutama bila berkata soal hati seorang wanita dan isteri.. Mungkin juga dia rasa sendiri dan perlukan seorang kawan.. mungkin juga ingin meluahkan rasa kecewa hatinya.. sedikit sebanyak aku tahu pergolakan itu.. rasanya baru sangat lagi pakwe hubungi dia.. 2 minggu yang lalu..

Haruskah aku balas email itu? Sedangkan rasa hatiku begitu berat sekali.. dan selalunya aku jarang sekali melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak hati.. Jika gerak hatiku begitu berat & tidak mahu melakukan sesuatu.. biasanya aku akan elak melakukannya..

Baru sahaja aku teringatkan dia semalam.. teringatkan nasib dirinya.. Mungkin juga telah ditakdirkan email itu dihantarkan padaku hari ini.. Nantilah bila rasa hati ini sedikit reda.. sedikit sejuk dan sedikit menerima.. aku mungkin balas email itu..

Sunyi Sepi di Pagi Isnin

Aku tiba ke CIS dalam pukul 9.15 pagi.. awal hehehe.. selalu dekat pukul 10.00pagi kebiasaannya baru sampai..

Hari ni sunyi sepi je.. Suthanya dan Mas pun takde.. pelik juga.. ruang besar yang menempatkan pelajar-pelajar PhD lain pun gelap gelita.. mereka pun mungkin tak sampai lagi..

Apa lagi hari ini masuk-masuk je terus check email.. blog nie hehehe.. banyak juga komen kawan-kawan.. thanks semua ye.. :)

Sebenarnya bukan apa datang awal nie.. sebab aku ada training Blitz session untuk kelas bulan Ogos.. Sejak 2 bulan yang lepas lagi aku dah sahkan persetujuan untuk mengajar kelas Blitz ini.. 2 hari sahaja dalam tempoh 2 minggu tetapi kelasnya.. dari pukul 10.00pg-5.00ptg

Rasanya macam tak larat je kena handle kelas selama itu.. tapi kerana untuk 2 hari sahaja.. aku sanggupkan diri sahajalah.. lagi pun gajinya lebih lumayan.. £12.95 utk 1 jam.. lagi pun ini mungkin kelas terakhirku.. selepas ini hampir semua kelas IT undergraduate akan dikendalikan oleh staf learning services.. hanya jika ada kekosongan dan keperluan saat-saat akhir maka akan ditawarkan kelas berkenaan kepada kami..

Entah mengapa hehehe.. ada ketukan di pintu hehehe.. rupanya kak haizan bagi aku kad birthday.. mulanya dia ingat aku tak sampai lagi hehhe... dia lak yang terkejut hehehe.. memanglah selalu pukul 10pg baru nampak muka.. hari ini datang awal sebab ada training dengan Irene.. Thanks kak dengan kad birthday tu.. gelak sakan saya baca kata-kata dalam tu hehehe.. " Sod off" and mind you own bloody business!

Rasa semacam je mood hari ini.. cuaca pun suram je.. mendung pun iye juga.. apatah lagi.. si Suthanya ngan Mas pun tak datang..

Yang best aku dapat email dari secretary department (bukan aku je semua staf & student kat department nie) Jumaat nie dan Isnin depan cuti Glasgow Fair (18 & 21July).. wah cuti.. seronoknya.. itu juga bermakna.. aku akan cuti kerja juga 2 hari.. wah aku cuti 4 hari minggu nie.. seronoknya.. tapi yang tak seronoknya pula.. pakwe sah-sah kerja.. duduk rumah ler aku minggu nie.. idak pun ajak kekawan pergi shopping lagi.. sapa nak join.. jom-jom..

Bulan july nie di glasgow banyak acara.. kena check.. nie sebab waktu-waktu inilah ada Glasgow River Festival yang aku pergi tahun lepas.. kena check nie.. boleh merayau dan tengok gelagat orang..

Oklah aku nak get ready untuk training blitz dengan Irene.. kalau mood rasa boring je.. dah start cam takde mood lak.. glummy je.. aku ingat aku balik rumah jelah untuk lunch.. pastu terus pergi kerja..

Sunday 13 July 2008

Sebentuk Cincin Tanda Cinta

Sebentuk cincin
Tanda kasih sayang
Hadiah istimewa
Dari dia tercinta

Bagai telah dijanji
Permintaan dipenuhi
Satu persatu dicari
Akhirnya bertemu pilihan hati

Namun ia tidak berhenti lagi
Masih tercipta sebuah janji
Sebahagian hadiah lagi
Yang bakal dipenuhi
Pabila kaki menjejaki
Bumi tanahair akhir tahun ini


Pilihan telah diberi
Aku memilih satu di sini
Dan satu lagi ciptaan anak jati
Rekabentuk terkini

Selagi janji itu ada
Aku sentiasa setia
Menanti akan tiba waktunya
Sebahagian janji yang dikata
Walaupun itu bermakna
Pilihan kedua berada di Malaysia..
Yang utama permintaan itu tetap ada
Tanda kasih cinta buat selamanya..

Birthday Wishes From Mashi..

Mashi..

Terima kasih dengan ucapan.. Aku sungguh terharu ;)

Aku sentiasa ingat Hang tau hehehe..

Chayok-chayok kita teruskan perjuangan kita

Happy Birthday to Me :)


Selamat Hari lahir..



Tepat pukul 12.00mlm.. aku dengar nyanyian lagu "Happy Birthday" dilagukan dari sebalik pintu.. Terus menguntum senyuman di wajahku..



Sekuntum bunga dan sekeping kad Happy Birthday di dalam beg merah diberikan padaku..



Pada masa yang sama aku juga buka kad hari jadi yang tiba lebih awal beberapa minggu dari yayang sekeluarga.. Yayang, yayah & Ibu thanks for the card




Satu demi satu ciuman dan pelukan mesra diberikan..

Lepas tu apa lagi kami makan kek ler.. :)





Lalu bunga itu aku letakkan di dalam pasu bunga.. sebagai tanda terima kasihku..






Terima kasih bang.. Again..



I Love you too..

Saturday 12 July 2008

Malam yang masih cerah

Aku terjaga dari tidur dengan alunan nyanyian dan petikan gitar. Aku hairan dari mana alunan itu datang. Berkali-kali aku pasang telinga untuk memastikan aku tidak silap beradu lena.. ya.. aku masih di atas katilku.. masih berada dalam bilik tidur ku.. malah masih juga berada dalam rumahku sendiri.. dari manakah alunan itu datang.. rupanya ia datang dari bilik sebelah.. atau lebih tepat rumah sebelah.. lapisan dinding yang memisahkan kami rupanya agak nipis.. hingga aku boleh mendengar setiap bait bicara nyanyian si jejaka dan harmoninya dengan petikan gitar itu.. bukan seorang malah berdua.. sepanjang hampir setahun aku tinggal di rumah ini.. inilah pertama kali aku dengar sekuat ini alunan laguan itu.. Nasib alunan itu hanya datang bersama petikan gitar biasa.. andai turut disertakan dengan pukulan drum atau gitar elektrik.. mahu sahaja aku ketuk dinding yang memisahkan kami.. mahu juga aku ketuk pintu rumahnya..

Akhirnya aku bangun dari lena tidur.. malamku masih cerah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam.. waktu asar masih ada.. aku tidur selepas zohor tadi.. hampir ke pukul 4.00ptg.. mengenangkan waktu maghrib hampir tiba, aku bingkas bangun.. aku solat bersama alunan lagu dari bilik sebelah.. selesai solat.. rupanya alunan itu begitu jelas sekali.. ibarat mendengar alunan lagu dan petikan gitar di hadapan mata.. namun walaupun hanya dinding sahaja yang memisahkan kami.. kejelasan alunan itu begitu ketara.. Biarlah.. Mungkin cuti hujung minggu dimanafaatkan untuk berehat dan melepaskan tekanan.. maka wujudlah alunan itu.. yup.. saturday nite fever hehehe.. I guess..

Aku terpandangkan sebuah sms yang sedia ada dalam handphoneku.. Rupanya dari yayang sekeluarga.. mengucapkan selamat hari lahir.. ya waktu malaysia hari lahir aku sudah pun tiba.. tepat pukul 12.00malam, 13 julai sudah masuk waktunya pukul 5.00 petang tadi.. Terima kasih yayang..yayah dan ibu.. Mama ucapkan terima kasih.. :) and Yana to you as well for wishing me earlier in advance..

Sejak dulu.. aku akan sambut hari lahirku tepat pukul 12.00 malam.. Masih aku ingat bagaimana pertama kali aku sambut hari lahir itu pada waktu itu.. di penghujung tahun 90an.. Ketika itu kami keluar makan agak lewat malam.. ketika hampir ke pukul 12.00malam.. Aku mula mengajak pakwe untuk beredar kerana sudah hampir ke pukul 12.00mlm. Lantas dia melihat jamnya.. Entah mengapa dia meminta aku untuk tunggu sebentar beberapa minit lagi.. Pakweku.. siapa lagi hubby tercintalah kan.. Maka kami teruskan berbual hingga tepat pukul 12.00malam.. Secara tiba-tiba dia menyanyikan lagu selamat hari jadi padaku.. aku terdiam seribu bahasa dan tergumam seketika.. aku menjadi sungguh terharu sekali.. inilah pertama kali seorang insan mengucapkan selamat hari lahir buatku tepat pukul 12.00malam.. Nyayian itu dialunkan di sebuah gerai kecil di kampung jalan yadi klang.. Semenjak itu kami akan sambut hari lahir kami tepat pukul 12.00malam.. sudah bertahun kami lakukan tradisi ini.. Alhamdullilah.. saling mengingati..

Entah ada lagikah gerai itu.. semenjak berpindah ke Tg Malim. Kami jarang sekali menyinggah ke situ.. mungkin masih ada.. dulu ketika pakwe masih bekerja di kilang tepung di Pelabuhan Klang (cap kapal sauh.. yang kebanyakan kita gunakan dalam masakan), pakwe akulah yang menguruskan semua mesin-mesin operasi di situ.. jika tersangkut.. dialah yang akan masuk ke dalam terowong besar tempat memproses itu.. untuk membetulkan mesinnya.. namun apabila kilang itu hampir ditutup kerana berpindah ke Pelabuhan Barat.. Pakwe sudah tidak mampu lagi untuk berulang-alik dari Tg Malim kerana jarak yang mengambil masa tambahan 1 jam.. ketika itu dia masih berulang yang mengambil masa 2 jam pergi dan 2 jam balik.. dengan menaiki motor (Sungguh sadis kalau aku kenang penat lelah dia berulang sepanjang masa itu.. hingga kadang kala aku sendiri terpaksa menjemput dia andai motornya rosak.. atau tayarnya bocor ditengah-tengah malam.. aku bersyukur dia tidak lagi berulang menaiki motor..) Kebetulan aku terima tawaran untuk melanjutkan pengajian ke edinburgh pada tahun itu. Lantas pakwe mengambil keputusan untuk berhenti kerja.. Ya Tuhan telah takdirkan itu terjadi.. hingga kini kadang kala pakwe pernah sedikit menyesali perkara itu.. dan aku sentiasa mengatakan.. Bang.. Allah dah takdirkan itu berlaku pada kita.. Jika tidak kita takkan dapat datang ke UK sebanyak 2kali.. dalam tempoh 5 tahun sahaja.. Jika abang tak berhenti kerja.. mampukah abang jamin bahawa pangkat yang bakal abang perolehi itu akan abang dapat.. mungkin ye mungkin juga tidak.. rezeki Allah tentukan.. Jika tidak di situ.. di tempat lain.. Aku tidak mahu dia menyesali keputusan yang pernah dibuatnya.. padaku semua itu telah ditakdirkan.. Ada buruk dan baiknyakan.. Paling utama kami dapat mengembara jauh ke sini..

Rezeki.. Aku rasa.. aku antara salah seorang kaki tangan UPSI yang dapat datang semula ke sini 2 kali atas tajaan kerajaan dan sponsorship UPSI.. ada rakan yang dulunya sama datangnya ke UK ini.. Modi.. dia di Bradford, aku di Edinburgh. dan sepasang suami isteri di Birmingham. Ketika itu hanya kami berempat sahaja tutor yang datang melanjutkan pelajaran ke UK. Dan kini hanya aku sahaja yang meneruskan kembara ilmuku semula ke UK.. manakala mereka hanya sekadar melanjutkan PhD mereka di Malaysia.. Alhamdullilah.. ketentuan tuhan.. masih aku ingat lagi ketika aku mewar-warkan yang aku ingin sambung pelajaran.. ada yang malah berkata padaku.. Eh.. bukan kak Ina baru je balik dari sambung study.. Baru?? bagiku 5 tahun di UPSI sudah terlalu lama.. bebanan kerja sudah terlalu banyak.. aku sudah jadi tepu.. mungkin sudah sampai masa untuk berhijrah..

Aku mula melihat ke dapur.. Teringatkan perapan ayam tandori yang dibuat lebih awal oleh Pakwe.. bukan susahpun.. beli sahaja paste tandori pantaks yang sedia dijual di kedai-kedai.. beli yogurt.. tambah sedikit garam atau gula jika nak.. dan perap dengan ayam.. Aku mula panaskan oven.. mengenangkan yang akan dipanggang adalah sebelah kaki ayam itu.. maka sudah tentu mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dibalikkan..

Aku lantas kejutkan pakwe dari lena tidur.. rupanya dia juga temankan aku tidur sama.. maklumlah hari sabtu.. aku sejak dari petang tadi mula pening kepala.. entahlah semacam sahaja rasa badan... agaknya melihatkan aku tidur sama.. maka dia juga teringin untuk masuk tidur juga.. biasalah bila sorang dah mula lena.. yang sorang lagi mesti teringin nak join..

Sudah pukul 10.00malam entri ini hampir ditamatkan.. sudah pun masuknya waktu maghrib.. dan hampir ke pukul 12.00 pula barulah isyak pula..

Malam yang tadi cerah sudah sedikit malap.. sepanjang summer ini.. malam dan siang tidak jauh berbeza.. hanya gelap seketika tapi masih tidak sepenuhnya.. walaupun malam.. masih agak terang suasananya.. hanya matahari sahaja yang tidak muncul pada malam hari..

Aku mahu menunaikan solat maghrib.. dan makan malam.. perut sudah mula rasa lapar..

Nasi Lemak Pagi Sabtu

Lama juga aku tak masak nasi lemak.. kebiasaannya aku hanya rajin buat nasi lemak di hari minggu. Hari biasa.. kebiasaannya aku akan masak yang mudah-mudah.. semua yang jenis bergoreng.. yang boleh siap dalam masa 30 minit je.. paling lama ler tu.. hehehe.. lagi cepat siap lagi bagus.. bukan apa waktu pagi sebelum ke universiti aku lebih suka masak sesuatu yang cepat dan mudah.. aku malas nak lama-lama berdiri di dapur kerana hari aku masih panjang lagi.. tunggu bas.. turun bas.. jalan kaki ke universiti.. panjat bukit.. naik lif.. study.. lunch.. solat.. tunggu bas pergi kerja.. turun bas depan tempat kerja.. naik lif.. start keje.. set alarm.. tunggu bas.. turun bas dekat umah.. solat.. masak makan malam.. makan.. study.. online.. solat.. dan barulah tidur balik.. banyak keje tu hehehe..

Kali terakhir aku masak nasi lemak, masa Azlan datang rumah..Saje suruh dia datang awal sikit suruh dia sarapan kat rumah aku..Maklum ler bujang.. hehehe.. itu pun entah berapa bulan tak jumpa dia barulah muncul muka si Lan.. itu pun sebelum abg Nordin balik mesia.. minggu depan dia nak balik glasgow semula.. entah bila lagi aku jumpa mamat sorang tu hehehe.. berbulan-bulan lagik kot.. takpe lain kali ko datang Lan, akak masak special lain lak.. ;)

Apa lagi operasi hari ini.. masak nasi lemak.. sambal ikan bilis.. sejak aku kawin dengan pakwe.. sambal nasi lemak aku dah tukar cara negeri sembilan.. apa pun kena letak santan.. pertama kali masak dulu cam pelik je.. hehehe.. tapi bila dah tengok mak mertua masak.. memang kebanyakan masakan dia letak santan.. sambal pun letak santan sekali.. so ikut jelah.. nak buek camno.. dah kawin org n9..

Aku siap dah pesan dengan pakwe hari ini hehehe.. kena beli benda2 yang wajib setiap tahun without miss.. kena pesan.. idak karang melopong je tunggu takde apa-apa.. mana boleh heheh.. aku tak kira.. bila sampai je time.. aku sure pesan punya.. "Jangan lupa ekk..beli kek dan bunga.. jangan buat-buat lupo lak.." Aku kata dengan selamba dek je hehehe.. Walau pun aku rasa dia ingat.. tapi aku tetap buat reminder setiap tahun.. Alhamdullilah tak pernah lagi gagal dibelikan heheh.. sebab kes dah ingatkan awal-awal lagi.. Hadiah pun siap request hehehe.. lebih baik aku bagitau nak apa.. daripada tunggu-tunggu apa dia nak bagi.. karang tak berkenan aku juga frust.. so far tak frust lagik ler.. masih successful dan lulus dengan cemerlangnya hehehe..

Akan ku tunggu malam nanti.. hehehe ada ke idak ye.. :)

Friday 11 July 2008

Jumaat yang meletihkan

Aku tidak tahu mengapa aku begitu letih seminggu ini.. mood juga asyik on dan off.. mood study pun terbabit sama.. letih badan usah dikata.. setiap kali balik kerja aku pasti sudah melepek baring.. letihnya bagai tidak boleh ditahan-tahan.. hujung minggu aku jadi seolah-olah tidak bermaya.. tak larat.. entahlah.. tenaga seolah semakin berkurangan.. baru nak tambah umur beberapa hari lagi.. dah terasa letih lemah longlai..

Hari ini aku kepenatan.. sejak dari pagi tadi aku ke klinik ingat nak set appointment doktor gigi semenjak pindah rumah aku tidak pernah tukar alamat.. ketika ke klinik tadi.. rupanya aku kena tukar GP tempat lain.. wahh tension aku.. dah kena cari alamat nhs di Pollokshields yang terdekat.. sebabkan masih juga nak settlekan hal gigi ini aku terus ke dental hospital di sauchielhall street.. sekali lagi aku menapak ke situ.. sampai-sampai.. rupanya aku kena register dengan GP yang terdekat dengan rumah aku.. wah double triple lagik penat aku.. akhir aku jalan kaki balik ke cis.. dan teringat nak ajak Suthanya ke ALDI.. nak beli barang-barang makanan sikit.. lalu tanganku pantas mendail nombornya

"Suthanya.. are you bz now? " tanyaku

Jawabnya "Hello.. where are you.. I'm sooo busy. Why?"

"Would you like to go to Aldi? I want to buy some food"

"Okay.. I would like to go too but..I'm at city centre now"

Aku terkejut dengan jawapan Suthanya "Where are you now?"

"I'm at bodyshop"

"Which bodyshop? near the John Lewis or at St Enoch?" minta-minta dekat jalan nie je.. kata hatiku.. (ada sebuah kedai bodyshop di sauchiehall street.. aku sedang berjalan menghampiri mothercare & watt brothers)

"The one near Buchanan gallery" lantas hatiku berkata wah tak jauh tu depan kedai tu je..

"Suthanya wait for me there.. I'm not very far from you.. I'll be there in few minutes"

"Okay.. I'll wait for you"

Wahh ini sudah bagus.. merewang juga minah sorang nie.. macam aku tau-tau je yang Suthanya ada berdekatan.. rupanya dia pergi shopping sorang-sorang.. wah-wah minah nie.. rasanya baru je beberapa hari lepas dia pergi shopping juga.. hari nie shopping lagik hehehe.. takpe temankan dia.. ke aku bakal shopping sekali dengan dia hehehe... Bagaikan ditakdirkan untuk berjumpa.. jumpa untuk pergi shopping hehehe..

Sampai ke bodyshop.. rupanya Suthanya sibuk nak beli body scrub spa.. puas juga dia membelek-belek.. sekarang tengah sale.. tapi pelik juga ada barang yang dah naik harga.. rasanya.. 3 set body butter avocado, mango dan coconut milk.. aku beli baru 7pd.. hari nie dah jadi 11.40 pulak.. aihh ke lain kedai lain harga.. muskil pulak aku.. sebab aku beli pun di bodyshop st enoch.. takkan jauh lain sangat harganya.. Akhirnya beli juga Suthanya body scrub spa mandarin.. aku tumpang beli mandarin shower gel 3pd je.. menambah koleksi shower gel yang sememangnya dah banyak kat rumah.. hehehe..

Dari bodyshop kami ke clark.. wah shopping lagik.. Suthanya kata ada beg murah.. so kami pun singgahlah akhirnya aku dan dia beli beg.. sebelum itu kami terserempak dengan 3 orang rakan Thai Suthanya.. Jojo, Candy dan Meow.. aku hampir kenal semua rakan-rakan dia.. malah semua cerita tentang mereka aku tahu.. sampai pernah Suthanya katakan padaku "I think you know more about me than my Thai friend" Aku hanya senyum sahaja lah.. Hampir semua ahli keluarganya juga aku tahu.. selalu dia yang rajin bercerita pun.. pasal adik-adiknya.. emak dan ayahnya.. kawan-kawannya.. perangai-perangai mereka.. hehehe.. tapi aku dah janji simpan rahsia.. terutama pasal kawan-kawannya..

Sempat juga Suthanya kata nak beli sayur.. sampai pelik kawan-kawannya.. akhirnya Salah seorang rakannya bertanya padaku.. "She said that she want to buy vegetables.. I just wander what for? and she said for supper" Siap dengan memek muka kehairanan. Aku dalam senyum selambaku menjawab.. "Yes we are going to buy some food and vegetables" dalam hati aku dah mengekek gelak.. wah-wah Suthanya nie sure kelentong kawan-kawan dia kata nak beli sayur.. walhal nak p clark nie hehehe.. aku pun jadi supporting.. mengiakan kata Suthanya..

Selepas itu aku sound suthanya.. "You lie to your friend ahh.. " sambil gelak-gelak.. "I know you don't want them to know what you up to.." Suthanya pegang tangan aku sambil meletakkan jari ke mulutnya "shhh... shhhh... " aku gelak sakan lagi.. Alahai kawan aku sorang nie.. Nasib aku dah faham sangat perangai dia..

Memang beli sayur pun sebab kami singgah Tesco Metro di Argle Street.. banyak pulak egg noodles.. sempat jugalah Suthanya ambil sepeket.. aku teringin juga nak ambil tapi mengenangkan lepas tu nak ke tempat kerja.. takut xelok je nanti.. so aku decide maybe beli kat somerfield jelah.. perjalanan balik kami singgah ke asrama Suthanya di Andrew Ure Hall.. kecik je bilik dia.. tapi aku hanya dapat tengok sikit je bilik dia.. segan abis si Suthanya nie katanya bilik dia bersepah.. namun aku sempat juga mengintai hehehe.. oklah bilik anak dara.. tak kemas pun kemas jugalah kan.. akhirnya kami ke Aldi.. beli barang-barang makanan stok laci aku.. roti.. biskut.. anggur 69p je.. kek coklat 99p.. air jus 45p.. semua murah-murah belaka.. bak kata Suthanya.. "it's very cheappp.." Itulah kata-kata dia selama ini pasal Aldi.. akhirnya aku pun terpedaya dengan kata-kata Suthanya.. hehehe

Sampai semula ke department.. kami terus lunch sebab dah kelaparan.. Selesai makan barulah aku terasa betapa letihnya aku hari ini.. dari pagi tadi berjalan.. dan harus ke tempat kerja pula.. letihnya semasa mula nak buat kerja.. Paksa diri jugalah walaupun takde mood.. Diam tak diam akhirnya selesailah kerja aku pukul 5.55ptg.. aku set fire alarm.. dan aku keluar dengan gembiranya.. Dari jauh aku dengar Janice melaungkan nama ku

"Bye Haslina" sambil melambai-lambaikan tangannya..

Aku pun dengan selambanya menjerit" Bye Janice" sambil mengangkat dan melambai-lambaikan tanganku setinggi-tingginya..

Rintik-rintik hujan turun dengan lebatnya.. Yang pasti aku gembira kerana aku ada 2 hari untuk berehat dan menambah usia.. :)

Wednesday 9 July 2008

Kisah gadis dan anak muridnya-5

Hari ini si gadis ke kelas tahun 3. Matapelajaran Sains adalah pengajaran untuk hari ini. Si gadis turut menerangkan tentang peranan suhu dalam kehidupan. Bagaimana ais, air dan juga hujan boleh terjadi. Pelbagai contoh diberikan kepada murid-muridnya.. entah bagaimana si gadis bertanya pada murid-muridnya

"Apakah pekerjaan ayah dan ibu kamu semua?"

Lantas jawab si murid "Ayah saya hanya nelayan cikgu"

"Ayah saya hanya bekerja kilang"

"Ayah saya juga seorang nelayan cikgu"

"kami dari keluarga yang susah cikgu.. ayah saya pagi-pagi sudah ke laut.. kadang dapat kadang tidak"

Setiap jawapan murid membuatkan gadis tersentak.. dia terfikir sejenak.. Dia juga hampir terlupa kedudukan kampung telok gong itu terletak dalam daerah Pelabuhan Klang.. sudah tentu berhampiran dengan laut..

Seingat si gadis.. hanya kisah begini didengari dalam cerita-cerita akhbar dan mungkin lebih dekat dengan mereka dari pantai timur.. tetapi pabila mendengar kisah yang sama dari daerah ini membuatkan si gadis termenung seketika.. Fikirnya kerana kedudukan kampung ini yang tidak jauh dari bandar Klang.. pastinya cara hidupnya tidaklah sepayah mana.. namun rupanya si gadis ini tersilap jangka..

Barulah dia mengerti mengapa ada dikalangan mereka tidak mampu memiliki alat tulis.. Kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang agak susah.. jika itulah pekerjaan bapa mereka.. mengertilah si gadis..

Setiap wajah murid-murid dipandang satu persatu.. helaian pakaian mereka juga turut diperhatikan.. ada yang sudah agak lusuh.. ada juga yang agak baru.. kasut mereka turut menjadi perhatian si gadis.. ada yang kotor.. ada yang hampir haus tapaknya..

Di sinilah si gadis mengerti kepayahan mereka dalam menimba ilmu.. kesusahan mereka.. semangat juang mereka turut dikagumi oleh si gadis.. semoga mereka mampu berjaya dalam hidup dan mengubah kehidupan..

Bersambung..

Sarapan

Tiba ke department.. tiba-tiba aku rasa begitu lapar.. pelik juga kerana tidak pernah begini.. Rupanya aku lupa nak bersarapan.. sibuk dengan mengoreng mee maggi(aku dah tak tau nak masak apa.. hehehe apa tah lagi aku hanya ada masa 10 minit sebelum pakwe balik nak makan.. terus ambik maggi.. goreng siap dengan mushroom, kubis bunga, brocolli dan telur.. sedapnya..hehehe). Ye hari ini aku bawak maggi p sekolah.. kalau mak aku tau ler.. sure kena bebel.. dan boleh aku terus lupa untuk sarapan pagi (The crunchy & nuts cornflake with honey.. itulah sarapan aku ari-ari pun.. walaupun aku masak best-best.. nasi goreng ke mee goreng ke.. aku tetap sarapan cornflake je.. hehehe)

Wah camna aku boleh terlupa nie.. mungkin kerana sibuk berkemas barang-barang untuk ke universiti.. termasuklah bekal yang aku bawa setiap hari.. hanya sekali sekala sahaja aku beli roti dari Gregg.. atau Sushi dari Tesco.. selain itu bekal adalah wajib setiap hari.. nasi goreng.. mee goreng.. bihun goreng.. sup sayur.. nasi berlauk semalam.. itulah rutin setiap minggu.. jarang sangat aku bawa kuih atau jemput-jemput.. bukan apa makanan begitu selalu tidak mengenyangkan apatah lagi aku perlukan tenaga untuk bekerja petang nanti..

Akhirnya baked mini cheddars berperisa cheese & onion menjadi santapan aku.. nasib juga ada bekalan roti tear & share brioche dengan custard filling awal-awal lagi menjadi simpanan ketika lapar masih berbaki di dalam laci.. nasib juga ada instant hot cocholate.. teh berperisa halia & madu serta strawbery & mango juga ada.

Itu belum lagik dengan coklat pemberian Suthanya yang masih berbaki.. Alhamdullilah rakan sebilik semuanya murah dengan makanan.. Kadang Suthanya rajin membeli anggur atau pisang dan biasanya akan berkongsi dengan kami.. kadang aku juga rajin membeli donut di Gregg dan berkongsi dengan mereka.. kemarin Richard bawa cup cake dan kongsi dengan kami.. katanya dia buat sendiri.. malah Mas juga kadang berkongsi makanannya dengan kami.. Memang kami murah rezeki dengan makanan.. syukur.. hanya kadang kala aku harus berhati-hati dengan Richard.. kerana dia adalah Vegan iaitu tidak makan semua produk yang berasaskan binatang.. baik susu.. telur.. dan sebagainya..

Hidup di UK ini apabila membeli barangan makanan kami harus meneliti kandungan bahan-bahannya.. oleh kerana kebanyakan produknya mempunyai tanda vegetarian.. Alhamdullilah agak mudah untuk membeli tanpa was-was kerana pasti tidak ada kandungan berasaskan lemak-lemak binatang.. namun kadang kala perlu juga berhati-hati dengan kandungan beralkohol.. sebab kadang kala mereka turut menggunakan wine terutama produk seperti kek dan cookies.. Bagi mereka yang vegetarian mereka masih boleh mengambil produk tenusu.. hanya mereka tidak memakan daging.. tetapi bgi mereka yang vegan.. semua produk berasaskan binatang tidak mereka ambil.. baik susu.. cheese.. telur dan sebagainya.. totally vegetable.. dan Richard salah seorang daripadanya..

Macamanalah aku leh lupa sarapan nie hehehe.. patutlah badan rasa semacam je.. memang banyak perkara yang sedang dalam fikiran aku buat masa ini.. sebab itu kot..Nasib masih ada roti dan biskut.. untuk isi perut sebelum waktu lunch tengahari ini..

Tuesday 8 July 2008

Kotak lampu energy saver

Ketika aku melangkah masuk ke rumah.. selepas waktu kerja tadi aku terlihat sebuah kotak kecil diletakkan di tepi heater berhampiran pintu ke ruang tamu.. tertanya-tanya juga apakah isi kotak itu.. namun melihatkan tulisan "Scottish Hydro Electric" di luar kotak itu membuatkan aku terus dibuai pertanyaan..

Akhirnya bila aku buka kotak itu terdapat 2 buah kotak kecil mengandungi lampu energy saver berjenama Phillps..

Wah ini sudah bagus.. dapat lampu energy saver percuma.. jika hendak dibeli agak mahal juga.. lagipun keseluruhan lampu di rumah ini menggunakan lampu energy saver.. untuk menjimatkan elektrik.. apatah lagi rumah ini menggunakan kad untuk elektriknya.. hampir juga 50pound untuk sebulan lebih kurang..

Rupanya promosi untuk setiap isi rumah .. seperti tertulis pada helaian kertasnya

"2 Free energy efficient light bulbs for you"

Swap your old light bulbs for these free energy efficient bulbs. They last up to 10 times longer and save you 4.50 a year for every bulb you switch..

Happy Birthday Yana

Selamat Hari Lahir..

Semoga panjang umur ..

Semoga Allah berikan kemurahan rezeki dan jodoh untukmu..

Teruskan kehidupan.. hadapi dengan sabar dan cekal..

Jangan putus asa.. teruskan usaha dan teruskan berdoa pada Yang Maha Kuasa Allah s.w.t

Again.. Happy Birthday.. May Allah Bless You in your life..


Sunday 6 July 2008

Kisah gadis dan anak muridnya-4

Esoknya.. gadis itu kembali ke kelas itu.. kali ini dia telah pun bersedia dengan kelengkapan alat tulisnya.. 2 kotak pensil, sepekat pemadam dan beberapa batang pembaris diletakkan di atas meja. Pengajaran diteruskan seperti biasa.. mata pelajaran matematik dimulakan.. hari ini murid-murid diterangkan berkenaan tambah dan tolak.. kali ini si gadis ingin mempamerkan aksi lakonan. Lima orang pelajar diminta ke hadapan kelas. Pada masa yang sama angka 5 ditulis pada papan hitam.. kemudian si gadis meminta 2 orang murid lain datang ke hadapan berdiri dalam kumpulan tersebut dan si gadis mula menulis + (tambah) dan angka 2. Maka ditanya oleh si gadis pada kelasnya berapakah jumlah terkini yang ada dalam kumpulan tersebut. Keseluruhan kelas menjawab 7 dan si gadis juga menulis = dan angka 7 pada papan hitam.

Lakonan itu tidak berhenti di situ, kali ini si gadis meminta pula kumpulan murid 7 orang tadi menolak keluar 4 orang daripada ahlinya. Angka 7 ditulis pada papan hitam dan tanda - (tolak) serta angka 4 juga turut dituliskan. Sekali lagi kelas ditanyakan dengan jumlah terkini yang ada dalam kumpulan tersebut dan keseluruhan kelas menjawab 3 dan jumlah itu turut ditulis oleh gadis itu di papan hitam.

Kesimpulan dari aksi lakonan itu tadi diterangkan kepada murid-murid. Konsep tambah dan tolak juga dijelaskan lagi. Beberapa soalan pendek ditulis pada papan hitam dan beberapa nama murid dipanggil untuk menuliskan jawapannya. Setelah setiap soalan itu dijawab, si gadis membincangkan jawapannya dengan kelas. Bagi jawapan yang betul pujian diberikan manakala jawapan yang salah.. si gadis meminta murid yang sama untuk membetulkan jawapan itu. Sekurang-kurangnya murid itu belajar dari kesilapannya dan dibantu oleh rakan-rakan dalam kelas itu.

Sebelum menamatkan kelas si gadis memberikan beberapa soalan latihan untuk dibuat sebagai kerja rumah. Pensil, pemadam dan pembaris disediakan untuk mereka. Agak ramai juga rupanya mereka yang tidak mempunyai pensil. 2 kotak pensil itu hampir habis. Hanya pemadam dan pembaris sahaja yang diminta berkongsi. Akhirnya si gadis memutuskan untuk memberikan pensil itu kepada mereka dengan pesanan "Cikgu bagi kamu pensil itu, simpan dan gunakan sebaiknya. Jangan dihilangkan pula. Anggap sahaja hadiah daripada cikgu" sambil dijawab dengan senyuman dan ucapan "Terima kasih cikgu"

Kembali ke bilik guru, seorang guru senior menghampirinya. Guru itu memberitahunya bekalan pensil serta alatan tulis lain boleh diambil sahaja dari stor sekolah. Tak perlulah beli menggunakan duit sendiri. Kata guru itu lagi, dia terlupa memberitahu gadis itu. Gadis itu hanya menganggukkan kepala mengiakannya. Namun dalam hati dia berkata

"Aku dah beli pun takpelah.. aku anggap itu adalah hadiahku kepada murid-murid tadi. Semoga mereka akan belajar dengan lebih tekun lagi"

Ketika sedang sibuk membaca di mejanya, sehelai kertas kecil diedarkan pada semua guru yang ada di bilik guru ketika itu. Rupanya undian untuk memilih guru pilihan sempena hari guru. Setiap guru diminta untuk mengisikan nama guru yang difikirkan layak sebagai calon. Si gadis tertanya-tanya siapakah yang mungkin sesuai untuk dicalonkan. Tidak semua guru dikenalinya. Lantas si gadis bertanya kepada beberapa guru wanita yang hampir sebaya dengannya dan mereka mencadangkan seorang guru senior yang akan pencen dalam tahun ini. Lagipun guru itu juga dikenali sebagai ustaz di sekolah itu. Akhirnya nama guru itu menjadi pilihan si gadis. Helaian kertas yang diedarkan itu dimasukkan dalam sebuah kotak yang disediakan.

Hari ini Hari Guru..

Inilah pengalaman pertamanya menyambut hari guru sebagai seorang guru. Beberapa hari sebelum itu si gadis telah diberikan tugas tertentu sempena sambutan hari guru tahun itu. Beberapa acara bersama murid dan guru juga diadakan. Pagi itu sesi perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri selangor dan lagu guru malaysia. Begitu bersemangat sekali gadis itu. Setiap wajah guru yang dipandangnya mempamerkan riak gembira. Kebanyakan pengajaran dan kelas dibatalkan dan diganti dengan aktiviti sukan dan acara sambutan. Seluruh murid-murid begitu gembira sekali.

Selesai nyanyian lagu diikuti dengan ucapan guru besar. Ketika ucapan itu ada beberapa orang guru mula memandang wajah si gadis. Pelik juga dirasakan. Mungkin mereka ingin melihat riaksi si gadis. Pada si gadis.. ucapan ayahandanya didengari dengan tekun dan khusyuk. Setiap kali mereka memandang si gadis, hanya senyuman sahaja yang menguntum di wajahnya. Terbit rasa bangga pada si gadis. Tidak semua anak mampu bekerja dan bersama ayahnya dalam satu organisasi. Apatah lagi mendengar ucapan-ucapannya. Apatah lagi begitu dihormati oleh guru-guru yang lain.

Sambutan hari guru diteruskan dengan acara sukaneka bersama murid dan guru-guru. Si gadis turut bermain dalam acara itu. Salah satu acaranya si gadis diminta untuk memasukkan buah kelapa sebagai penganti bola ke dalam jaring yang digunakan untuk bola jaring. Jenuh juga mengimbangkan diri untuk menjaringkan buah kelapa itu. Berat jangan cakaplah.. tapi akhirnya si gadis berjaya juga menjaringkannya. Gamat jua dengan gelak ketawa guru-guru wanita dan murid-murid yang ada.

Ketika mengumumkan acara seterusnya pengerusi majlis telah menyebut nama si gadis. Entah bagaimana bukan sekadar nama gadis berbintikan ayahnya disebut.. malah nama atok gadis itu jturut disebut sekali

"Sampailah masa untuk acara penyampaian hadiah, diminta cikgu Haslina untuk mengiringi cikgu Hassan untuk menyampaikan hadiah"

Sabor jelah.. kata gadis itu dalam hatinya.. Seorang guru wanita disamping gadis itu berkata "Aihh nama you disebut.. glamer betul nie" sambil disambut dengan senyuman malu oleh gadis itu "Tulah.. tak pasal-pasal glamer terus" dan si gadis terus ke depan untuk menjemput ayahnya untuk menyampaikan hadiah tersebut.

Sepanjang melangkah ke hadapan pentas.. hampir setiap guru mengusiknya.. ada yang tersenyum.. ada yang tersengih.. ada yang ketawa.. namun si gadis hanya mampu tersenyum dan berlagak biasa.. lagipun apa nak disegankan.. itu bukannya orang lain ayahandanya sendiri..

Selesainya sambutan hari guru.. si gadis turut menerima hadiah daripada beberapa orang murid yang ada.. ada juga dikalangan murid-murid yang dikenalinya.. seronok dan teruja si gadis.. Bukanlah seronok kerana menerima hadiah tetapi keseronokan menjadi sebahagian daripada warga guru.. Barulah si gadis mengerti dan menghargai betapa jasa seorang guru itu harus dikenang seumur hidup.. Besarnya pengorbanan mereka dalam mendidik dan mengajar.. Ibarat rangkap lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Bersambung..

Friday 4 July 2008

Kisah gadis dan anak muridnya-3

Kkringgg.. kringg.. loceng berbunyi kuat.. si gadis ketika itu sedang berdiri di beranda tingkat 1 berhampiran bilik guru. Deringan loceng itu membuatkan si gadis berpaling melihatkan telatah murid-murid yang sedang bermain pada waktu rehat. Yang menarik perhatiannya ketika loceng itu dibunyikan semua murid yang sedang bergerak secara tiba-tiba berhenti seperti patung.. ada yang sedang berjalan berhenti.. ada yang sedang berlari berhenti dengan aksinya.. ada yang sedang minum terhenti.. semuanya seolah-olah patung.. suasana menjadi sunyi seketika.. suara yang tadinya bising dengan pekik laungan lenyap.. nasib sahaja tidak ada kamera waktu itu.. pasti si gadis akan merakamkan suasana itu.. tersenyum seketika si gadis dengan pemandangan itu.. lantas.. loceng dibunyikan sekali lagi..

Kringggggg...

Akhirnya semua murid-murid yang berhenti umpama patung tadi mula bergerak semula.. masing-masing mula berlari ke kelas masing-masing.. ada yang menghabiskan makanan dan minuman.. ada juga yang menamatkan permainan mereka.. waktu rehat sudah pun tamat.. masa untuk kembali ke kelas semula..

Si gadis kembali ke bilik guru.. membuat perancangan harian pengajarannya.. di sinilah si gadis belajar membuat persediaan mengajar.. sebuah buku diberikan dan setiap langkah pengajaran harus ditulis sebelum pengajaran dibuat.. ketika mencari idea untuk pengajaran untuk kelas bahasa inggeris.. si gadis terlihat kelibat ayahandanya di pintu masuk bilik guru itu. Kedengaran salam diberikan oleh guru-guru yang lain kepada ayahnya. Satu demi satu salam itu dijawabnya.

Mulanya si gadis berbuat tidak tahu.. meneruskan penulisan rancangan mengajarnya seperti biasa.. namun disebalik kerlingan ekor matanya kelibat langkah ayahnya semakin hampir.. secara tidak sedar, langkah ayahnya semakin hampir ke meja gadis itu.. dan ayahnya mula mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.. kelihatan sebuah dompet yang di pegang kemas dan diselak-selak. Sekeping duit kertas RM5 diletakkan di atas meja si gadis sambil berkata

"Nah duit nie.. buat belanje waktu rehat nanti"

Mata si gadis terpaku pada duit kertas yang diletakkan.. kepalanya terus ditundukkan malu.. ke semua guru yang berada dalam bilik itu terpegun memandangnya.. "Abislah kali ini.. semua cikgu dah tau dah.. ayah nie pun.. ada ke bagi duit.." katanya dalam hati..

Lalu si gadis menjawab.. "Yelah yah.. terima kasih" hanya itulah kata-kata yang dapat dilafazkan.. mulut terus terkunci.. kepala juga masih ditundukkan.. kebetulan ada seorang guru lelaki di hadapan mejanya.. selepas sahaja ayahnya berlalu keluar dari bilik itu.. Si guru lelaki mula memerlinya.. "Ooooo.. anak cikgu besar ye.. patut ler" sambil senyum sumbang dengan gelak-tawa perlinya..

Si gadis hanya mampu tersenyum sahaja.. malas untuk berkata apa-apa.. entah dari mana datangnya kedengaran suara dari seorang guru lelaki di meja sebelah.. "Lepas nie kena cakap hati-hati depan cikgu Haslina.. nanti kena report dengan cikgu besar" sambil tersenyum-senyum.

Si gadis hanya tersenyum.. dan berkata "Takdelah.. takkan lah saya nak report yang bukan-bukan pulak.." sambil terus menulis rancangan mengajarnya..

Sejak peristiwa itu si gadis itu menjadi bualan guru-guru di bilik guru.. memang tidak ramai yang mengetahui siapa gadis itu hinggalah peristiwa itu.. yelah kan.. bila dapat tahu anak guru besar menjadi sebahagian daripada guru di sekolah itu.. pasti mereka juga tertanya-tanya siapa gadis itu.. iras mukanya.. perangainya.. semua menjadi perhatian.. namun si gadis masih tetap seperti biasa.. selamba dan mengajar seperti biasa.. malah si gadis juga pernah ditanyakan tentang sikap ayahnya di sekolah dan di rumah.. perbezaannya..

Sikap ayah berbeza di sekolah.. dia seorang yang begitu tenang.. begitu berhati-hati bila berkata-kata.. mengarah dengan lembut dan menunjuk ajar juga dengan lembut.. kata si gadis.. karektor ayah di rumah jauh berbeza.. di rumah ayah begitu serius dan tegas.. garang juga kadang kala.. jarang juga berlembut.. melihatkan karektor ayah begitu.. membuatkan si gadis mengenalinya dengan lebih rapat.. patutlah mak sering katakan.. "Perangai ko dengan ayah ko.. sama je" Barulah kini gadis itu mengerti dimana perangainya yang satu itu diwarisi..

Esoknya.. ketika mengajar di sebuah kelas matematik.. si gadis telah meminta murid-muridnya menulis di buku latihan setiap soalan yang dituliskan di papan hitam.. entah mengapa.. setiap murid-murid itu bertanyakan sesuatu yang menjadi asing padanya

"Cikgu.. ada pensil tak?"

"Pensil? cikgu takde bawak pensil. Kan kamu kena bawa pensil sendiri ke sekolah"

"Saya takde pensil cikgu"

"Saya pun takde pensil juga cikgu"

Rupanya bukan sekadar seorang dua yang tidak mempunyai pensil.. malah beberapa orang murid juga mengajukan soalan yang sama. Si gadis mula keheranan.. kemana perginya pensil-pensil mereka ini... bagaimana mereka ini semuanya menulis jika tidak ada pensil langsung..

"Abis kamu semua guna pensil siapa?"

"Selalunya kami guna pensil yang cikgu lain sediakan"

Akhirnya si gadis meminta mereka meminjam pensil rakan-rakan mereka.. namun situasi itu sudah cukup membuatkan si gadis itu kehairanan.. selesai kelas itu tadi si gadis itu bertanya pada guru senior di bilik guru.. mengapa murid-murid itu ada yang tidak mempunyai kelengkapan alat tulis.. bukan sekadar pensil.. malah pemadam dan pembaris juga tidak ada. Kata guru itu.. kebanyakan mereka adalah daripada keluarga yang susah.. agak sukar mendapatkan barangan kelengkapan tulis.. kebiasaannya setiap guru akan menyediakan alat tulis itu dalam setiap kelas.. selesai sahaja menggunakannya guru-guru itu akan meminta murid-murid itu memulangkan kembali alat tulis itu untuk disimpan..

Lewat petang itu setelah tiba ke rumah.. si gadis ke pekan Banting.. petang itu juga dia membeli semua kelengkapan alat tulis.. pensil.. pemadam.. pembaris untuk persediaan mengajar esok.. Lagipun tidak semua kelas begitu hanya beberapa kelas sahaja.. namun pengalaman itu membuatkan si gadis merasa sedikit terkejut.. yelah adakah ketidakmampuan keluarga mereka hingga begitu sekali.. hingga tidak mampu membelikan mereka alat tulis atau mungkin mereka sendiri tidak peduli atau mungkin juga tidak tahu.. entahlah.. persoalan itu terus menjadi persoalan.. malah si gadis juga tidak berani bertanyakan persoalan itu kepada ayahnya..

Bersambung..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin