Tuesday, 16 September 2008

Kisahku di HWU Edinburgh

Pagi tadi tatkala ke tempat kerja.. kebetulan yang duduk di sebelahku adalah sahabatku A.. mulanya aku bertanyakan tentang hidupnya.. studynya.. biasalah.. berbasah basi tentang kehidupan di sini.. dalam pada itu juga dia beritahu tentang salah seorang rakannya di departmentnya iaitu seorang post-doctoral telah meninggal dunia ketika sedang mendaki mount blanc.. sebuah gunung tertinggi dibanjaran Alps di Perancis.. katanya mayat rakannya itu masih lagi di sana dan belum lagi dibawa ke UK.. kemungkinan dalam 2 minggu barulah mayatnya akan dibedah siasat di London.. dalam tempoh itu jugalah satu majlis pengebumian akan diadakan..

Aku turut berkongsi dengannya pengalamanku ketika belajar di Edinburgh dulu.. 6 tahun yang lalu.. dan mendengarkan cerita sahabatku tadi menyebabkan aku teringatkan pengalamanku menghadiri sebuah pengebumian semasa aku melanjutkan pelajaranku di peringkat Master di Edinburgh..

Kisahnya begini..

Satu jumaat petang.. kebiasaannya kami akan ada kelas introduction to multimedia.. kerana kelas ini diikuti oleh kebanyakan kursus-kursus pengkhususan di department computer & electrical engineering.. maka kelas petang itu diadakan di sebuah dewan besar yang terletak tidak jauh dari cafetaria di Heriot Watt University.. (masih segar dalam ingatanku setiap laluan di universiti itu.. walaupun kini aku study di Strathclyde University Glasgow)..

Kebetulan di belakang meja aku tempat dudukku.. maklumlah duduk dalam dewan kuliah.. deretan kerusinya kebiasaannya agak panjang.. adalah rakan kami.. seorang jejaka Scottish (aku lupa namanya).. dan disebelahnya adalah sahabat baikku Aziza dari Oman.. Aku mendengar perbualannya mereka kerana kebetulan aku pasang telinga sekejap.. kedengarannya jejaka itu akan mendaki gunung di sebelah utara scotland hari esoknya.. dia juga turut mengambarkan kegembiraannya untuk pergi mendaki itu.. katanya lagi.. itu memang aktiviti kegemarannya.. Selesai kelas.. perbualan itu terus aku lupakan.. maklumlah setakat perbualan yang biasa sahaja..

Sebenarnya kami seramai 10 orang termasuklah jejaka tersebut telah mengambil 1 kursus yang sama.. kursus Design for online learning (aku buat carian di laman web Heriot Watt universiti.. aku dapati pensyarah yang sama masih mengajar kursus ini., aku tersenyum.. kerana dialah pensyarah yang menyelia dissertation aku pada semester akhir- Dr Roger Rist). Kami agak rapat kerana kelas itu mempunyai banyak sesi perbincangannya.. kami sering berdebat dalam kelas .. malah kadangkala juga diminta untuk membuat presentation.. tapi sesi perbincangan dan perdebatan sering terjadi dalam kelas itu sehari-hari.. hampir semua memberikan pendapat masing-masing.. aku antara yang sering melontarkan pendapatku..

Di sinilah aku belajar mengetahui perbezaan sistem pendidikan di UK dan beberapa negara lain kerana ada antara rakan sekelas kami datangnya dari german, mexico, india, china.. dan aku juga sering menerangkan pada mereka tentang sistem pendidikan di Malaysia.. yelah.. akukan mengajar di sebuah universiti yang menghasilkan guru untuk seluruh malaysia dalam pelbagai bidang.. dan aku juga pernah mengajar di institusi pengajian tinggi swasta.. sebab itu aku mampu memberikan pendapat aku secara meluasnya.. Kami juga sering berbalah pendapat.. dan kadangkala aku juga lontarkan pendapatku kepada pensyarah berkenaan tentang sistem pendidikan di UK. terutama bila melihatkan bentuk pendidikan di peringkat universiti.. penggunaan sistem e-learning.. dan sebagainya.. dan di dalam kelas ini jugalah aku belajar menjadi berani.. berani melontarkan pendapat dalam bahasa english.. belajar bercakap bahasa english dan berdebat dengan mereka.. belajar berani bertanya.. dan akibat dari kebiasaannya inilah menyebabkan sehingga sekarang aku tidak pernah malu-malu untuk melontarkan pendapatku terutama apabila menghadiri seminar atau bengkel yang disertai oleh bangsa asing..

Selama setahun di Edinburgh aku sudah terbiasa dengan budaya berani bertanya dan memberikan pendapat ini.. hinggakan pernah satu ketika dulu.. bila sahaja aku bercakap bahasa english.. accent aku sudah beraruskan loghat pekat english.. hingga pernah ditegur oleh seorang rakan semasa aku ke London.. katanya "jika tak lihat you yang bercakap.. pasti mati-mati ingat minah saleh yang cakap" malah pernah juga ditegur oleh pelajar semasa aku baru pulang dari Edinburgh dulu.. katanya cara aku bercakap bahasa english punya gaya english british.. sudah terbiasa bukan sahaja dibuat-buat...hingga kini masih ada sedikit accent berkenaan walaupun tidak lagi sepekat dulu ;)

Oleh kerana kami hanya 10 orang.. kami menjadi rapat.. dan jejaka ini adalah diantara mereka yang ada dalam kelas itu.. yang lebih membuatkan aku menghormatinya.. sebenarnya jejaka ini adalah merupakan pensyarah di department chemistry.. sudahpun punya Phd dalam bidang chemistry.. tetapi masih lagi mahu menuntut ilmu.. dia ambil kursus MSc di department CEE (computer & electrical engineering) dan kini department ini dikenali sebagai School of Mathematic and Computer Sciences (MACS).

Aku masih ingat lagi.. sebelum kelas multimedia petang jumaat itu seminggu sebelum itu kami ada kelas makmal tentang penggunaan sebuah system e-learning yang dikenali sebagai blackboard.. ketika sedang sibuk menggunakan sistem berkenaan.. aku ambil peluang berbual dengannya.. sempat juga aku tanyakan dimana dia tinggal.. sudah berapa lama di edinburgh.. dia turut menceritakan dia dulu berkerja di sebuah institusi di utara scotland tetapi kemudiannya berpindah ke Edinburgh.. banyak jugalah yang kami bualkan.. hingga kini aku masih lagi terbayangkan perbualan itu.. begitu jelas sekali bayangan itu.. walaupun telah 6 tahun berlalu..

Selepas kelas petang jumaat itu.. Isninnya kami ada kelas design for online learning.. ketika inilah kami mendapat perkhabaran bahawa rakan kami itu telah meninggal dunia ketika sedang mendaki gunung.. berlaku runtuhan salji..yang dikenali dengan istilah 'avalance'.. sahabatku tadi ini meninggal ditempat kejadian kerana diliputi dengan salji tebal dan tidak dapat diselamatkan.. kebanyakan rakan-rakanku terkejut dengan khabar berita ini.. apatah lagi kami baru sahaja bertemu dengannya pada hari jumaat yang lalu.. hanya beza 2 hari sahaja.. Sahabatku Aziza menerima berita itu dengan tangisan sedih.. katanya dia terasa sayu kerana pada petang jumaat itulah dia berbual-bual dengan jejaka itu.. dia tidak pernah menyangka rupanya perbualannya pada petang itu adalah perbualan terakhirnya.. apatah lagi merupakan kali terakhirnya berjumpa dengannya.. aku faham perasaan Aziza.. pastinya hati aku akan menjadi sayu jika aku berada di tempatnya.. yelah jika hari ini aku berbual rancak dengan seseorang.. secara tiba-tiba.. lusanya aku dapat tahu dia meninggal dunia.. pastinya aku juga akan punya rasa sebak..

Ramai rakan kami menerima berita ini dengan sedih.. kelas yang asalnya mempunyai 10 orang pelajar kini hanya tinggal 9 orang sahaja.. Kelas isnin itu kami lalui dengan rasa sedih.. namun perbincangan masih diteruskan.. dan seminggu selepas itu.. kami dijemput untuk menghadiri majlis pengebumian rakan kami itu..

Mulanya aku agak tidak pasti sama ada mahu menghadiri majlis berkenaan atau tidak.. apatah lagi melihatkan kami ini mempunyai agama yang berbeza.. untuk mengatakan tidak aku tidak sampai hati.. apatah lagi kami hanya 9 orang sahaja.. kebetulan ketika itu ada 4 orang rakan muslim dalam kelas berkenaan.. aku dan 2 orang lagi adik dari malaysia (yatie dan dela) dan sahabatku aziza.. Akhirnya aku nyatakan persetujuanku untuk menghadiri majlis pengebumian itu.. sebagai tanda takziah kami.. walaupun jauh di sudut hatiku masih kuat rasa was-was itu.. apatah lagi mengenangkan untuk masuk ke gereja.. dan macam-macam lagi..

Akhirnya aku buat carian di Internet.. mencari fatwa demi fatwa.. membuat pertanyaan ke beberapa buah group email.. dan akhirnya setelah mendapat banyak maklumbalas aku putuskan untuk menghadiri majlis berkenaan.. antara hukumnya.. boleh hadiri tetapi hanya sekadar berniat untuk menghormati si mati.. jika masuk ke gereja.. cukuplah sekadar menganggapnya sebagai satu hiasan sahaja.. jika ada ucapan demi ucapan.. dengar sahajalah.. dalam pada itu juga aku juga membaca satu pendapat.. jika menghadiri majlis pengebumian untuk bukan islam.. adalah dilarang untuk mengiringi si mati.. dan harus berada di hadapan simati..

Oleh itu sebelum menghadiri majlis berkenaan.. aku lakukan solat hajat terlebih dahulu.. mohon Allah lindungi kami dan permudahkan urusan kami. Aku risau juga dengan penerimaan keluarga atau orang-orang yang hadir.. maklumlah kamikan bertudung.. entah apa pula pandangan mereka.. kebetulan ketika kami tiba.. Alhamdullilah.. kami sampai betul-betul ketika itu mayatnya juga baru tiba.. dan kami tidak mengiringi mayat rakan kami.. dan kebetulan kami berjalan dihadapan mayat berkenaan.. kemudian apabila memasuki tempat atau dewan di kawasan crematorium.. kami berdiri di bahagian belakang deretan kerusi di dewan itu.. kami agak tidak selesa untuk berada di hadapan..

Rupanya rakan aku itu bukanlah beragama Christian.. malah dia adalah atheism.. seorang yang tidak percayakan kewujudan tuhan.. majlis pengebumiannya itu hanya diselang seli dengan alunan lagu-lagu kegemarannya dari filem blade.. di samping ucapan demi ucapan dari kaum keluarganya.. rupanya rakanku itu mempunyai seorang teman wanita dan tinggal bersama di Falkirk.. Hatiku sungguh lega sekali.. kerana kami sebenarnya bukannya berada di dalam sebuah gereja.. dan tidak perlu juga mendengar ucapan demi ucapan dari paderi.. hanya lagu-laguan yang mengiringi majlis pengebumian itu.. dan juga ucapan dari rakan-rakan dan keluarganya..

Selesai majlis itu.. kami pun keluar dari dewan dan ketika sampai ke deretan keluarganya.. kami hanya menyampaikan salam takziah kami.. namun dalam pada itu juga aku terpandangkan pandangan seorang lelaki tua.. yang begitu tajam merenung sahabatku Aziza.. begitu tajam sekali renungannya.. aku yang terlihatkan pandangan ini terasa pelik.. namun rakanku itu tidak perasan akan renungan itu.. namun bila kami (aku, yatie dan dela) tidak pula ada pandangan begitu yang kami terima.. entahlah.. aku sendiri pun tidak pasti mengapa..

Ketika aku sampai semula ke rumah.. seperti biasa bila selesai menghadiri majlis pengebumian.. pakwe suruh aku mandi.. katanya untuk mengelakkan jika ada benda yang tidak elok.. kalau di Malaysia kita mandi buang badi.. aku ikutkan sahaja.. dan selesai itu aku buat solat syukur.. syukur kerana kehadiran kami tidak memberikan apa-apa masalah.. yelah risau jugakan.. tidak semua orang berfikiran terbuka dengan bangsa asing..

Pengalaman ini tidak akan aku lupakan hingga bila-bila.. satu-satunya pengalamanku menghadiri sebuah majlis pengebumian dikalangan mereka yang bukan islam.. peristiwa hari tersebut masih segar dalam ingatanku.. dan pernah juga aku ceritakan pada pelajar-pelajarku semasa mengajar di UPSI.. antara rentetan kenangan semasa aku di CEE Heriot Watt University.. takkan aku lupa buat selamanya..

Aku terlupa beberapa hari yang lepas aku turut terima email dari kak ramlah di Malaysia yang mengkhabarkan kepadaku tentang kematian seorang pensyarah di Fakulti Sains & Teknologi UPSI kak Sarimah akibat barah payudara.. beliau telah menderita 2 tahun.. barah yang mulanya di dada.. katanya telah merebak ke otak.. dan akhirnya Allah menjemputnya kembali bertemu penciptanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.. Semoga Allah tempatkan beliau dikalangan mereka yang beriman.. Innalilahirojioun..

Yang hidup pastinya ada ajalnya.. kita ambil iktibar dari setiap kematian.. Wallahualam

7 comments:

julietchun said...

Aku pernah lalui satu pengalaman yg cukup pahit,3 hari sblm raya.Smlm aku baru berbual mesra dgn sahabat baikku,dari kck kami berkawan,esoknya ayahnya menelefonku mengatakan dia telah meninggal dunia krn sesak nfs di hospital.Jodoh pertemuan,ajal maut semuanya DIA yg tentukan,kita redha sajalah.

iina said...

juliet> emmm aku faham perasaan ko lagi-lagi dia tu kawan baik... tulah kadang kita pun tak pernah sangka.. mungkin juga rakan seblog.. mati itu suatu yang pasti.. hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam
sedih akak baca entry ni

iina said...

crazy beautiful> hanya sebuah kisah dan kenangan.. thanks singgah ye ;)

julietchun said...

Sayunya lagu ko nih,msti ko tgh nangis sedu-sedu tu yekkk.

iina said...

juliet masa dengar lagu saleem tu awal2 aku dah nangis sebab ingat mak n ayah aku.. ingat thn nie xdapat raya kat mesia.. yelah dah kat negara org..

Mazlum Syahid said...

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

Web: almawaddah.info

Salam


Kepada:

 

Redaksi, rektor dan para akademik


Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin