Thursday, 18 September 2008

Dari Klang ke Kuala Lumpur

Lanjutan dari kisahku dari Banting ke Klang.. laluan perjuangan ilmuku diteruskan ke Kuala Lumpur.. Sepanjang setahun di KL ini.. aku belajar banyak perkara.. dan aku juga belajar membina semangat dan kekuatan di kota besar ini.. disinilah aku belajar menyusuri jalan-jalan di Chow Kit.. merayau-rayau di The Mall.. menaiki bas mini ke stesen bas untuk balik ke kampung.. belajar menilai hidup manusia di kota besar.. belajar erti perjuangan ilmu.. belajar erti kedegilan dan keazaman hati.. belajar erti tidak putus asa.. dan nekad atas apa yang aku percaya..

Selepas mendapat keputusan SPM.. aku terus memohon untuk masuk ke universiti.. Masih aku ingat lagi bagaimana aku dan beberapa rakan ke pejabat pos besar Shah Alam untuk mengambil borang UPU berkenaan.. macamlah Klang takde pejabat pos.. pergi jugalah pejabat pos besar tu.. hingga sesat barat jugalah.. akhirnya aku berjaya mengambil borang berkenaan..

Semasa di tingkatan 5.. kerap juga abang-abang senior dari pelbagai universiti datang ke sekolah membuat road show.. mempromosikan universiti dan kursus-kursus yang ada di universiti berkenaan.. dan antara universiti yang hadir adalah USM.. ketika itu aku sudah berangan untuk pergi ke Penang.. akibat tidak berjaya mendapat tempat di mana-mana sekolah berasrama penuh dan MRSM.. dan setelah berjaya juga tinggal bersama keluarga selama 3 tahun.. kali ini aku ingin tinggal jauh dari keluarga.. oleh sebab itu jugalah aku ingin menyambung pelajaran ke tempat yang agak jauh ..

Namun apabila melihatkan syarat kemasukkan ke USM.. matrikulasi USM dan kursus berkenaan memerlukan aku kredit subjek fizik.. ketika di tingkatan 4 aku langsung tak minat subjek fizik.. subjek kegemaran adalah add math, kimia dan biologi.. ketika itu juga aku sudah angan-angan untuk menjadi seorang doktor.. sebab itulah subjek fizik kurang menjadi tumpuanku.. menyebabkan aku dapat cukup-cukup makan je..

Oleh kerana tidak cukup syarat untuk mengikuti matrikulasi USM.. matrikulasi UKM pula syarat kemasukannya memenuhi dan sesuai dengan keputusanku.. akhirnya aku putuskan untuk memilih matrikulasi UKM sebagai pilihan pertama.. masih aku ingat lagi bagaimana aku isi borang UPU itu di kantin sekolah STAR bersama seorang rakan..

Alhamdullilah.. aku diterima masuk ke matrikulasi UKM.. dan ketika itu aku di tempatkan di Sekolah Seri Puteri (SSP) jalan kolam ayer Kuala Lumpur.. merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh yang ternama di Malaysia.. akhirnya walaupun aku tidak berjaya ke sekolah asrama penuh semasa di tingkatan 4.. namun aku berjaya juga belajar di SSP.. kini sekolah berkenaan telah berpindah ke cyberjaya dan di ganti dengan sekolah menengah sains seri puteri (nama seri puteri ini masih dikekalkan)..

Sebenarnya ayah agak terkejut dengan surat tawaran yang aku terima ke matrikulasi UKM ini.. kerana semua proses permohonan.. ambil borang.. pos borang.. aku lakukan sendiri tanpa sedikitpun meminta pertolongan ayah..aku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang aku lakukan.. Seminggu selepas aku mendaftar di sekolah berkenaan.. aku turut menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran dalam kursus peringkat sijil sains gunaan di ITM Arau perlis.. Ayah malah ingin aku ke sana.. jika aku katakan ya sahaja.. pastinya minggu itu juga aku akan berangkat ke ITM Arau Perlis.. dan pastinya laluan perjuangan aku masa kini berbeza destinasinya.. Sebenarnya selepas sahaja aku menghantar borang UPU itu.. ayah telah meminta jasa baik Mak Ngah (yang merupakan seorang pensyarah di ITM shah alam ketika itu untuk mengambil borang permohonan masuk ke ITM).. aku sebenarnya tidak minatpun kursus sains gunaan itu tapi aku mohon sahaja kerana mengikut kehendak ayah dan emak..

Aku melihat mak dan ayah lebih suka aku ke ITM berbanding ke matrikulasi.. lagipun memandangkan Mak Ngah aku adalah merupakan pensyarah di ITM pastinya institusi berkenaan lebih dekat di hati mereka.. dan kursus-kursus di ITM lebih glamour pada ketika itu.. apatah lagi Pak Ngah turut menerangkan pada mak.. lebih baik ambil sijil ITM sekurang-kurangnya.. sijil itu laku untuk memohon kerja.. berbanding dengan kursus matrikulasi yang belum pasti lagi.. jika lulus dapatlah ke UKM jika tidak? hanya akan membuang masa sahaja.. Aku pulak?? tersepit ditengah-tengah.. akhirnya aku nekad dengan pilihanku.. permohonan ke matrikulasi UKM itu aku sendiri yang pilih laluan itu.. maka aku nekad apa juga terjadi aku akan teruskan juga perjuangan..

Sebenarnya ketika 2 tahun di Matrikulasi UKM adalah tahun-tahun yang paling sedih dalam sejarah aku menuntut ilmu.. kerana selama 2 tahun itulah aku benar-benar menghempas pulas belajar bersungguh-sungguh tapi malangnya ilmu itu seolah-olah tidak lekat di kepala.. aku pelik.. amat pelik.. jika dibandingkan dengan zaman sekolah.. aku jarang sekali menghadapi kesukaran dalam mengingati apa-apa juga nota.. tapi sepanjang di matrikulasi UKM.. aku benar-benar hilang arah dan pedoman.. keputusan aku teruk.. masih aku ingat.. selesai sahaja aku mengingati satu bab dalam subjek biologi.. bila sahaja aku mula mengingati bab yang seterusnya.. bab yang aku baca itu terus hilang dari fikiranku.. seolah-olah tidak ada yang mampu kekal dalam fikiranku ketika itu.. aku sedih.. terlalu sedih.. sebenarnya ketika itu aku tahu kenapa aku jadi begitu.. namun kerana aku nekad bahawa inilah laluan ilmu yang aku pilih.. maka aku nekad dan berazam untuk teruskan juga perjuangan itu walaupun tanpa restu mak dan ayah..

Sebenarnya mak dan ayah tidak setuju aku ke matrikulasi.. ini lebih awal telah diberitahu kepadaku.. terutama mak.. awal-awal lagi membantah keras keputusanku untuk ke matrikulasi UKM.. dia lebih suka aku ke ITM Arau.. yelah kan.. Pak Ngah dan Mak Ngah telah memberitahu mak macam-macam tentang kelebihan ITM berbanding dengan matrikulasi.. aku sedih.. terlalu sedih.. hampir setiap malam sepanjang 2 tahun itu aku hilang arah.. aku hilang tumpuan.. tapi aku tetap teruskan study.. walaupun ilmu itu tidak lekat sedikit pun ddalam kepala.. walau sekuat mana pun aku menghafal dan study.. sayangnya aku tidak lagi mampu mengingatinya dalam masa yang panjang.. keputusanku?? aku masih bersyukur tidak gagal sahaja.. aku tidak pernah merasa mendapat skor A atau B.. semuanya pasti C, D atau E.. teruknya keputusanku.. tapi apakan daya.. walau sekuat mana aku study ketika itu.. aku langsung tidak dapat mengingati dan memahami dengan mudah.. selalu aku terfikir.. mengapakah aku rasakan ilmu itu seolah terhalang.. namun akhirnya aku tahu sebabnya.. kenapa.. sebab ketika aku balik bercuti ke kampung.. mak sering akan marah padaku.. dan mengungkit..apatah lagi melihatkan keputusanku yang teruk.. pasti mak akan ungkit padaku.. menyesali keputusanku menolak tawaran ke ITM itu.. itu belum lagi kisah tentang anak jiran yang juga ambil kursus matrikulasi ini dan gagal mendapat tempat ke universiti.. ketika itu adakalanya aku hingga jadi malas nak balik kampung.. kerana aku pasti mak pasti akan bising-bising lagi.. aku tahan sahaja telingaku..

Masih aku ingat lagi.. pada satu hujung minggu.. esoknya aku akan menduduki peperiksaan akhir tahun 1 matrikulasi.. ayah dan mak datang melawat waktu itu.. ayah hingga tanyakan padaku.. dan soalannya membuatkan aku sebak.. kerana soalan itu seolah menunjukkan rasa tidak yakinnya padaku.. malam itu aku menangis sedih.. walau telah puas dipujuk oleh rakan sebilikku.. airmataku tetap mengalir hingga akhirnya aku tertidur dalam lenangan airmata.. Malam itu aku benar- benar sedih.. dan esoknya peperiksaan itu aku jawab dengan kepala yang kosong dan hatinya yang terluka.. namun alhamdullilah keputusannya cukup-cukup makan je.. aku tidak gagal .. itu sudah cukup baik untukku..

Tiap kali melihatkan keputusan matrikulasiku.. aku pasti sedih.. kerana teruk sungguh keputusanku ketika itu.. namun dalam kesedihan itu aku belajar banyak perkara.. aku belajar erti perjuangan.. aku belajar erti tanggugjawab.. aku belajar tidak putus asa.. tidak mahu mengalah.. walaupun tidak seorangpun kaum keluargaku percaya atau yakin dengan apa yang aku perjuangkan.. namun seperti aku katakan.. aku rasa itu adalah tanggungjawabku.. kerana jalan ke matrikulasi inilah yang aku pilih.. dan aku syukur.. akhirnya walaupun dengan keputusan yang begitu teruk.. Allah masih sayang padaku.. aku akhirnya diterima ke UKM.. aku berjaya juga melangkah masuk ke universiti.. dan tahun-tahun selepas itu jugalah barulah aku temui kebahgiaan dan keseronokan menuntut ilmu.. kali ini ilmu mampu aku terima tanpa halangan.. terasa bezanya selama 3 tahun aku di UKM.. alhamdullilah.. keputusan aku di UKM.. aku tidak pernah pun mendapat skor C, D.. kebanyakan subjek pastinya aku akan dapat A atau A-.. paling teruk pun adalah B..

Di sekolah inilah.. aku mula menukar cita-citaku.. dari ingin menjadi seorang doktor kepada seorang ilmuan dalam bidang teknologi maklumat.. seorang guru fizik telah membuka minda kami dalam kelas beliau tentang teknologi maklumat.. dan atas penerangan ringkas dan pendapat guru inilah.. akhirnya aku mengambil keputusan untuk memilih bidang teknologi maklumat ini.. besar sungguh jasa guru ini.. cikgu faezah.. terima kasih banyak-banyak cikgu.. sebab nasihat dan pendapat cikgulah saya menjadi seorang pensyarah dalam bidang teknologi maklumat.. dan mengkhusus dalam bidang multimedia.. ketika di SSP jugalah aku membina kenalan dengan seorang jejaka dari sekolah alam shah.. kami bukan bercinta pun.. tapi kami jadi rakan baik.. malah hubungan itu berterusan hingga kami sama-sama ke UKM. dia ke fakulti kejuruteraan dalam bidang elektronik dan elektrikal.. malah makwenya ketika itu juga kawan baik aku.. khabarnya mereka kini menetap di sebuah taman perumahan di Klang.. dan aku mendapat tahu dia bekerja dengan Guthrie.. kali terakhir aku terima kad ucapan hari rayanya 3 tahun yang lalu yang diposkan ke alamatku di kampung.. dimana agaknya faizal dan norlina sekarang ini ye..

Namun kenangan berada di Sekolah Seri Puteri KL ini banyak rentetan peristiwanya..nantilah aku akan ceritakan satu persatu yang aku ingati jika ada kesempatan masa..

8 comments:

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

teringat UKM bila cikgu mengesahkan semula perihal UKM.Banyak kenangaan wwoo..he he he.UKM=Universiti Kerja2 Membaiki di hadapan.Sebab masa belajaq dulu...sentiasa ada saja pembinaan...skang dah okey kot!..he he he...dah lama dah...

julietchun said...

Perjalanan utk berjaya tak semudah yg kita bygkan ya.Bila dah dewasa ni baru tau susah senang yg harus kita pikul sendiri.

iina said...

cikgu> baru tau istilah nie UKM uni kerja2 membaiki.. hidup cikgu mesti kena baiki setiap tindakan.. bukan jalan depan umah pun ada pembinaan ke hehehe ;)

juliet> betul..masa zaman nielah aku belajar untuk berpegang pada apa yang aku percaya walaupun sukar macamanapun.. ;)

butterflytwinlove said...

patut mencontohi your spirit..ayu asyik ambil mudah dengan study sekarang..malu dgn diri sendiri dgn tuhan kdg2 coz tak bersyukur even dapat masuk UM.thanx akak u have inspired me.

iina said...

Ayu..

Setiap kita ada pandangan yang berbeza terhadap sesuatu.. dan setiap kita juga akan belajar sesuatu dari apa yg terjadi.. yang penting kita usaha sedaya mungkin kan.. good luck dgn study.. all the best ya ;)

KAKTINY said...

kalau ko jadik Doktor.. mesti ko tak buat blog... if ko tak buat blog.. camner kita nak kenal (walaupun di pentas maya..).. kalau kita tak kenal.. tak best ler kan kan kan... hihihihii...

Benarlah perancangan Allah itu yang terbaik untuk hamba2-Nya..

Akak said...

Salam Iina...

Perjalanan hidup yg berliku2, pengalaman pahit manis menjadikan
kita manusia yg berjaya..

iina said...

tiny> hehehe.. aku jadi doktor maybe ko jumpa aku kat hukm kot hehehe..tulah perancangan allah tu kan.. kita telah ditakdirkan berjumpa dalam blog kan.. kan.. raya nie ko tak nak pos kuih raya kat aku ke heheheh ;)

akak> betul tu akak.. pengalaman menjadikan kita matang kan kak

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin