Sunday, 28 September 2008

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah

Semalam aku ditegur oleh seseorang.. dia baru sahaja sampai ke Glasgow ini beberapa hari yang lepas.. sengaja aku jemput datang ke rumah untuk berbuka puasa.. tapi soalan pertama yang ditanyakan pada aku buat aku tergamam seketika

"Dulu you kat PMKP kan?"

Aku terkejut.. hampir tidak bersuara.. sudah lama aku tidak mendengar singkatan nama itu.. hampir 15 tahun ku tinggalkan PMKP.. mendengar semula nama itu disebutkan membuatkan minda aku cuba mengingati kembali setahun masa berada di sana.. apa itu PMKP.. Pusat Matrikulasi Kuala Pilah.. terletak di pekan Kuala Pilah.. yang juga kami gelarkan pekan koboi.. apatah lagi kedudukan pusat itu jauh diceruk hutan.. bersebelah dengan kawasan hutan.. dan memang boleh dikategorikan tempat jin bertendang bak kata orang..

Lantas dia bertanya lagi "You KK berapa?"

Lantas aku jawab "I KK2" KK itu bermaksud kumpulan kuliah

Jawabnya "I KK3"

Aku terkejut.. sudah 5 orang kawan lama dari PMKP yang aku temui.. bermula dengan pertemuan dengan kak chik di edinburgh.. tahun lepas semasa aku ke carbot edinburgh dulu.. ramai sungguh yang ingat muka aku.. aku je yang tak kenal orang..

Selepas itu aku jumpa pula seorang lagi rakan di Glasgow ini.. yang merupakan KK1.. dan diikuti dengan seorang lagi rakan yang merupakan KK4.. dan kini sepasang suami isteri.. yang KK3 dan KK4.. aduh.. jejak kasih sungguh kami.. tak sangka di Glasgow kami dipertemukan semula.. tak sangka..

Selepas setahun aku di SSP KL.. aku meneruskan pelajaranku ke PMKP.. ke Kuala Pilah.. sebuah pekan kecil.. mula tiba ke sana aku merasakan agak asing sekali.. namun di situ juga banyak kenangan tercipta..

Semasa di PMKP.. kami ditempat disebuah bilik yang dikongsi bersama 4 orang rakan.. dengan 2 pasang katil 2 tingkat.. ke semua rakan dalam bilik itu mempunyai nama ina pada penghujung nama kami.. jika sesiapa yang masuk ke bilik kami.. dan ingin berjumpa dengan salah seorang rakan.. haruslah disebut nama dengan jelas.. semasa di sinilah nama glamour ku dikenali sebagai inasan (san nama ayah aku).. inasab (sabri nama ayah kawan aku).. rina.. dan raja elina.. aku agak rapat dengan inasab.. tapi pada masa yang sama.. weng masih menjadi sahabat karib aku.. walaupun kami berlainan bilik namun aku masih kerap melepak di biliknya..

Setahun di sana.. aku merasakan tahun yang menyeronokan sepanjang pengajian matrikulasi.. berbeza ketika berada di SSP.. kami terpaksa berkongsi banyak perkara dengan adik-adik yang berbeza usia.. tapi di PMKP.. kami adalah sebaya dan sama kursus.. sama-sama berjuang untuk menyelesaikan pelajaran.. dan sama-sama mencipta azam untuk ke universiti..

Memandangkan kami sama sebaya.. ada jugalah beberapa orang kakak senior yang turut study bersama kami.. tapi sedikit sangat bilangannya.. kali ini di Kuala Pilah aku merasakan perbezaannya.. melihatkan kebanyakan kami berjuang untuk perkara yang sama.. aku lebih seronok di sini.. jumlah kelas yang banyak hingga ke kumpulan kuliah 13.. apatah lagi kali ini kami belajar bersama pelajar lelaki.. berbeza dengan di SSP yang semuanya adalah perempuan sahaja.. sudah tentu ada sahaja gelagat dan perhatian yang dicuri.. sesi peminat rahsia.. secret admirer.. gosip-gosip hangat.. cerita sensasi.. dan pelbagai lagi..

Sepanjang berada di PMKP aku masih rapat dengan rakan-rakan yang sama dari SSP.. disamping aku turut juga mengenali beberapa rakan dari pusat matrikulasi yang berbeza pada tahun 1.. kenalan bertambah.. di PMKP jugalah aku aktif dengan aktiviti sukan hoki.. setiap petang aku pasti akan berjogging bersama rakan-rakan.. berlatih hoki bersama.. bermain bola tampar.. dan mengambil kesempatan untuk mengenali rakan-rakan lelaki yang lain.. kerana aku juga aktif dengan persatuan kaunseling.. sering juga aku turut menjadi fasilitator untuk kumpulan bengkel.. seronok di sini.. apatah lagi pada tahun ini jugalah aku bercinta yang membawa hingga 5 tahun (ketika ini kebanyakan rakan-rakanku.. baik perempuan atau lelaki mengenalinya kerana dia sering melawatku di PMKP) namun dia bukan jodohku.. kami berpisah selepas aku menamatkan pengajianku di UKM.. itu cerita lama yang tidak mahu aku ungkit semula.. ada hati yang perlu aku jaga..

Masih aku ingat menjelajah pekan kuala pilah setiap hujung minggu.. ke pasar malam.. ke pasaraya besar yang agak terkenal di sana.. aku sudah lupa namanya.. dan banyak lagilah kenangan semasa di sana.. hingga kini jika aku ke Kuala Pilah.. pastinya kenangan lama pasti akan menghantui aku.. banyak jugalah kenangan aku di sana.. Apatah lagi pakwe dulu pernah tinggal di Kuala Pilah dan malah bersekolah menengah di sana.. setiap kali kami ke sana.. pasti dia akan menceritakan kenangan zaman sekolahnya.. dan aku pula akan menceritakan zaman matrikulasi ku.. dan juga kisah pertemuan kami semasa dia mengunjungiku buat pertama kalinya di PMKP..

Hari ini aku bertemu semula dengan rakan yang bertanyakan soalan itu semalam.. kali ini kami mengingati kembali setiap nama yang pernah kami kenali.. mulanya aku mengambil masa yang agak lama untuk mengingati semula setiap nama itu.. akhirnya satu persatu.. nama-nama itu datang dalam ingatan aku.. wajah-wajah mereka turut hadir bersama.. Nama-nama rakan seperti syakirin.. mamabosan.. katak.. rock.. asid.. arif.. nik nairan.. faezah.. nama-nama cikgu.. semua itu kembali kami sebut.. sedikit sebanyak ingatanku pada zaman PMKP kembali semula.. seronok pula berbual mengingati zaman itu.. walhal sudah hampir 15 tahun berlalu..

Pertama kali bila melihat sahabat ini.. aku seolah pernah mengenalinya.. patutlah wajahnya seolah pernah ku lihat sebelum ini.. dan malah wajah suaminya juga amatku kenali.. rupanya kami belajar pada tahun dan tempat yang sama.. sudah lama aku tinggal PMKP ini.. dan pertemuan semalam dan hari ini juga satu kebetulan yang seolah-olah meminta aku untuk menulis entri ini.. tak sangka aku benar-benar bertemu dengan rakan sama matrikulasi.. Berpisah di Kuala Pilah.. dan akhirnya kami dipertemukan semula di bumi Glasgow pula..

Akan aku sambung lagi ingatan kenangan aku di PMKP.. Insyallah..

6 comments:

KAK LONG said...

Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. Sempga akak berbahagia meyambut syawal di perantauan

julietchun said...

Bes dpt jumpa kwn2 lama yek. Dah fkr ape nak msk ry nti? Aku tgu arahan mak.

iina said...

kak long..

Selamat hari raya.. hati-hati dijalan raya ye

------------------------------

Juliet

best tak sangka boleh jumpa balik kat sini.. uihh kena tunggu arahan ke.. aku lak kena masak tanpa arahan.. kenalah beli mana yang dapat hari ini sebab takut esok raya.. aku banyak tak prepare lagi

Cikgooden ...(Selumbar Emas). said...

tarok la gambo...baghu org leh ingatkan..selamat berhariraya....salam dpd cikgooden, mazlina, nurul khairina dan nurul izzah..

adeque said...

Ina,

Aku ni roomate kau masa kat PMKP :)
Siapa yg kau jumpa tu?

-rina-

iina said...

rina..

yang aku jumpa Dr Khairul KK1, Firdaus KK2, Kak Hazlina KK3 roomate kak Lin (ftmk) dan suami dia Kamal KK4

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin