Thursday, 24 March 2011

SPM hampir 20 tahun yang lalu..

Pagi itu aku bersiap berbaju kurung moden dan bertudung. Sejak semalam lagi hati sudah mula berdebar-debar. Tidur pun tak lena..

Untuk ke sekolah aku harus menaiki 2 buah bas. Bas yang pertama dari rumah ke simpang batu 16 (jln Klang-Banting) dan kemudiannya menaiki bas Klang-Banting hingga simpang 4 berhampiran bulatan Utama sebelum menuju ke bandar Klang. Turun di kawasan jirat-jirat kristian dan cina kemudian melintas jalan besar, mengikuti jalan pintas menuruni bukit menuju ke Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah.

Sudah ramai rakan-rakan yang tiba ke sekolah. Ada yang datang bersama ibu-bapa masing-masing, ada juga yang sendirian sama seperti aku. Teringat pesanan mak sebelum keluar rumah tadi.
"Nanti dah dapat keputusan telefon rumah"

Akhirnya tibalah giliran aku untuk mengambil keputusan SPM. Berapa aku dapat.. Biarlah itu rahsia hehehe.. Nyatanya luluslah.. boleh masuk Universiti... Selain aku.. ramai juga kawan-kawan dari kelas Aliran Sains 5NS ada bersama.. Pelajar melayu dalam kelas aku tak ramai.. Hanya 10 orang sahaja daripada 32 orang dalam kelas itu. Bakinya adalah pelajar-pelajar berbangsa cina dan india.

Kawan-kawan seperti Anis Irwan, Seri Hartini, (Arwahyarhamah) Ida Shafina, Mastura, Aslinda, Monalisa, Khotamah, Seri dan Yah.. huhuhu nama penuh tak leh recall ler.. ada sama-sama mengambil keputusan. Zaman sekolah itu, kawan baik aku ada 3 orang.. 2 org perempuan dan seorang lelaki.. Anis, Arwah Ida dan Tini.. Kemana sahaja kami pasti bersama.. Masa ambil keputusan SPM.. riuh rendah sekejap sekolah masa itu..

Ketika di tingkatan 5, kelas kami terletak berhampiran dengan surau sekolah. Selalunya bila tidak ada cikgu masuk ke kelas, kami sering melepak di tepi pagar sekolah (kelas kami hujung sekali) sambil study berkumpulan. Nikmatnya study kat situ sebab di tepi pagar sekolah itu penuh dengan deretan pokok-pokok. Angin sepoi-sepoi bahasa sering bertiup.. Memang bestlah.. Lagi satu kelas kami ini hampir setiap masa semua pelajarnya study jek.. Takde cikgu pun kelas tetap senyap sunyi.. Takde yang nak bising-bising.. Kalau tengok pelajar-pelajar cina study.. memang respek betul kami.. Budaya itu terbawa-bawa di kalangan kami pelajar melayu. Tetapi itulah yang menjadi pembakar semangat kami ketika itu.

Teringat ketika menjelangnya peperiksaan SPM, sahabat aku Tini.. Pernah mengeluh kerana tidak sempat study habis subjek Biologi.. Dia masuk ke dewan peperiksaan dengan keadaan tidak bersedia. Masih aku ingat dia pegang buku biologi itu dan berkata pada aku.. "Aku tak tahulah boleh jawab ke tidak nanti nie.. Study pun tak habis" Aku senyum sahaja, cuma mampu berkata.. "InsyAllah.. kau cuba mana yang dapat".

Bila teringat zaman sekolah ini, aku juga teringat dengan kawan aku arwah Ida.. Kali terakhir aku jumpa dia selepas SPM, aku lupa ketika acara apa. Hinggalah pada tahun 2008, aku terima khabar berita dia telah pulang ke Rahmatullah buat selama-lamanya.. Sedih sudah tentu kerana selama 2 tahun di tingkatan 4 dan 5, kami adalah sahabat baik. Gelak ketawa dia.. seloroh dan gurau senda dia masih teringat hingga kini..

Semalam keputusan SPM untuk thn 2010 diumumkan.. Semua pelajar seluruh Malaysia berduyun-duyun ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusannya.. Aku pun turut teruja juga.. memandangkan tahun ini adik perempuan bongsu ku merupakan salah seorang daripadanya.. (Ye.. aku tahu aku muda lagik ok..)

Namun.. rekod cemerlang kakaknya masih bertahan lagi lah (Berlagak secara berterus terang nieh).. Tak kisahlah apa pun yang dia dapat.. Nyatanya ada A, B, D dan E.. Apa yang D & E.. takdelah subjek major sangat.. takat English dan Add math jek (Dik camna ko  leh dapat E.. Add Math nie.. subjek fav akak tuh).. tapi Mak memang tak berapa puas hati bila Adik dapat D untuk subjek English.. Sebenarnya dari dulu Mak dan Ayah agak pentingkan subjek English nie.. Aku pun pernah dibebel oleh ayah bila dapat A2 untuk English (masa SRP)..

Tak kisahlah.. kata aku pada mak.. Ada juga A.. daripada takde langsung.. Yang penting dia dah usaha.. Itu yang paling utama.. Perjalanan hidup masih jauh lagi.. Tidak terhenti setakat peperiksaan SPM sahaja.. Cemerlang dalam SPM bukan penentu masa depan yang cemerlang.. Yang penting mahu terus berusaha dan tahu apa yang mahu dikejar dan diperolehi..


Masa nie form 4
Muka innocent jek..
Geng PRS (Pembimbing Rakan Sebaya)
Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Kredit to Irwan Taib; from his Facebook photos


Kalau sesiapa kenal penceramah motivasi
Tuan Haji Hushim Salleh
Dia adalah cikgu kaunseling zaman sekolah aku..
aka kawan ayah aku..

Dulu zaman sekolah setiap minggu kena ngadap dia..
Report pasal study progress..
(macam aku kena sekarang nielah)
Bukan apa zaman form 4 kan zaman honeymoon year
Result agak teruk gak masa tuh..
Masih ingat kata-kata dia
"Kalau camnielah result awak.. Nak masuk ITM pun tak lepas tau"

Ye cikgu..
Saya dapat offer ITM ke Arau Perlis pun saya tak pergi..
Saya terima offer dari matrikulasi UKM
dan saya ke UKM..
dan kini saya di Glasgow..

Seronok bila teringat zaman sekolah kan..
Bila teringat tuh aku teringat sangat-sangat arwah Ida..
Tengok gambar nie.. Teringat dia..
Semoga Rohnya tenang di sana..
Al-fatihah


24 comments:

Kaktiny said...

hahaha... sempat ko mencoret ayat 'balas dendam' kt cikgu koeh.. kehkehkeh...

ala.. relax aa kan.. A ke tak A ke, dah settle pon examnyer..


... aku pon masuk kelab PRS nih.. siap jadik secretary lagik.. (aku rasa pi mana2 pon mmg muka aku ada CHOP SECRETARY laaarrr... baru aku realise aku BERLAMBAK sijil sekolah yg pegang jawatan secretary nih!!.. mmg Allah dh bagi petunjuk awal2 lagik kot.. hahahaha).

aNIe said...

iina... tahniah buat adik iina.. akak ni tak suka Add Math... ambil add math... tapi tak masuk pun dalam sijil...hahahaha... sabau je lah...

kak Erna said...

iina..tahniah untuk adik iina..
iina ambil keputusan spm hampir 20 tahun dulu..
akak kerja pun dah 30 tahun..lansung tak ingat..he he..

iina said...

Tiny

Taklah bukan kata pembalas hehehehe.. tapi sebab kata2 tuhlah buat aku study all out bila naik form 5.. mmg supporting giler betul cikgu Hushim tuh.. nak2 pulak dia kenal baik ngan ayah aku.. jangan nak berangan nak buat bukan2 kat sekolah..

Tapi memang zaman form 4 & 5 tuh zaman klimak ler.. mmg best giler kalau ingat2 balik.. Tuhlah aku rasa ko dah memang layak sgt jadi secretary ahaks..

iina said...

Kak Anie

Yelah kak.. sebab advance math kan.. saya dulu cukup tak suka fizik.. uihh jenuh nak study subjek tuh ;)

iina said...

Kak Erna

Zaman akak dah SPM ke kak? bukan MCE ke? tapi yelah kan mmg dah lama tuh kan kak.. tgk sijil mesti nostalgia kan kak ;)

kakpah said...

aku amek mce tahun 73. Hahaha.. ekau ntah kat mana-mana ntah..
tahniah kat adik ekau. Anak bongsu eden amek spm tahun ni.

Kak Long said...

Lagi 3 hari nak SPM saya putus cinta monyet, Dewan SPM bersebelahan dengan dewan STPM. dari meja saya boleh nampak meja exBF monyet saya yang baru clash 3 hari tu....sedeh tak terkira. Nasib baik lulus jugak SPM, tapi tak le dapat straigh A macam bebudak lani. kira ok la.

Zaitun said...

Tahniah buat adik iina,tak dapat straight A pun takpe asalkan dia mahu sambung belajar.

iina said...

Kak Pah

Uihhh kak pah.. masa tuh den tak lahir lagik hehehe..

kenalah study hard thn nie kan kak pah.. kalau maleh kono lah sekehlogi ;)

iina said...

Kak Long

Mesti berendam airmata nak jawab exam.. takleh bayangkan.. Alhamdullilah luluskan.. mesti nostalgia ingat zaman tuh ;)

iina said...

Kak Zai

Yang penting dia study.. Itupun kira mak saya dah bising2 sebab dia tak study betul2 sangat banyak main.. tapi dah bgtau mak oklah.. ada gak A ;)

absolutely emy said...

tiba2 saya pun teringat-ingat zaman2 SPM saya dulu.. time2 nak SPM bleh lak terbergaduh ngan cikgu pasal terpasang kuat radio kat asrama.. hahahaa.. nasib cikgu tu sporting..

harap cikgu salina dirahmati Allah dunia akhirat hendaknya..

iina said...

Emy

nasib cikgu sporting.. hehehe idak sure takleh nak concentrate exam ;)

Aminn...

Abang Long said...

Salam...thanx sharing.. betul la, zaman persekolahan memang seronok

iina said...

Abang Long

Salam, Samaa2.. klu ingat kenangan zaman sekolah mmg best ;)

Insyaz Arj said...

hmmm..... 20 tahun lalu...? lamanya. Auntie ingat lagi? Macamnya kalau saya di u nanti? Mesti rindu kawan2, cikgu2 dan semua yg ada di sekolah dulu.

iina said...

Insyaz Arj

Walau pun nanti berapa tahun pun kita tinggalkan kenangan silam.. Biasanya kita akan ingat.. yg berbeza cuma fizikal dan keadaan jek.. sebab itulah namanya pengalaman dan memori kan ;)

faqir said...

hebat auntie...masih kuat ingatan lg ahahhahahaakss....act mane satu auntie dlm gambar ramai2 tu...

iina said...

Faqir

ekau nie kan nk kono yo..

nur said...

Ada rekod tu.. Xdapek dipecahkan.. Tunggu anak2 punye turn la nnti.

Yg best: ayat balas dendam ..

iina said...

Nur

Hehehe.. zaman dulu belajar tak sama cam skrg kan.. dah boleh ambik byk2 subjek campur aduk.. dulu kalau science stream.. takde pilihan semua kena ambik ;)

Ayat tuh bkn balas dendam hehehehe... Ayat keramat tuh tau.. smpi skrg masih ingat.. bkn apa masa cikgu tuh sebut.. rasa gelap sekejap masa depan hehehe udahlah masa tuh sesi 1 to 1 dengan result exam depan mata (sebab cikgu nak tgk) tuh yang kena kaunseling terus hehehe.. sejak tuh takde memain dah..

Uncle Lee said...

Hi Iina, I like the pic. Reminds me of my old school days.
Your time still called, 'Form 4'?
Glad you have gone on in life and now dancing with the stars.
Have a nice day.
Lee.

iina said...

Uncle Lee

I think it still apply until now.. those word form is still being used.. I believe yur times probably still in black n white right ;)

You take care yeah.. and have nice weekend

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin