Sunday 28 March 2010

Siput Buluh dan Sejam Awal

Hari ini bermulalah 'British Summer Time' bermakna waktu hari ini dicepatkan 1 jam daripada waktu biasa. Sejak malam tadi lagi aku sudah mula mempercepatkan masa.. Takut terlupa pula keesokan hari. lebih parah lagi jika terlupa pada hari isnin.. Sangka masih pukul 8 pagi tapi sebenarnya sudah pukul 9 pagi..

Hujung minggu adalah aktiviti biasa untuk berehat di rumah.. Urusan mengemas rumah bermula sejak semalam.. terutama dapur yang perlu dikosongkan dan dikemas untuk urusan baik-pulih siling yang berlubang akibat kebocoran pada awal bulan Januari yang lalu.. Hampir 3 bulan rasanya menunggu baik-pulih ini.. Selama itu jugalah makan minum semuanya di ruang tamu..

Beberapa minggu yang lalu juga pakwe membeli siput buluh ini.. atau dikenali sebagai pepahat atau ambal.. Seumur hidup aku tidak pernah makan siput ini.. Sepanjang di Malaysia pun aku tak pernah makan.. Tak sangka juga ketika berada di UK, aku berpeluang untuk merasa siput buluh ini..


Ketika gambar ini diambil, siput ini masih hidup dan sedang memancut-mancutkan air sejuk.. hehehe ;)
Nak ambil gambar pun terjerit-jerit sat..


Kali pertama memasaknya.. siput ini masih hidup lagi.. Sesungutnya masih bergerak-gerak ke sana sini.. Hehehehe.. Aku bila memasak sesuatu yang masih hidup yang bergerak dengan aktif selalunya aku mesti tak lalu nak makan sangat.. Bukan apa masa makan tuh aku masih terbayang-bayang lagi..


Siput Buluh masak sweet-sour

Setelah hampir 2 minggu masih ada seikat lagi siput buluh itu disimpan di dalam peti ais..
So apa lagi operasi mengosongkan peti ais..
Hari ini aku masak rendang siput buluh..

Jom Makan ;)

Thursday 25 March 2010

Sepanjang jalan bas Klang-Banting


Selama 3 tahun zaman sekolah menengah.. Dari tingkatan 3 hingga 5 pengangkutan bas Klang-Banting adalah pengangkutan wajib yang menghubungkan aku dengan kedua-dua bandar dan pekan itu.

Banyak kenangan sepanjang menaiki bas Klang-Banting ini.. Disebabkan aku sering berulang-alik dari kampung ke sekolah di Klang.. Kadangkala waktu pulang dari sekolah aku terpaksa menaiki bas disebabkan kesibukan ayah dengan urusan sekolah. Selalunya aku akan berulang-alik ke sekolah dengan ayah.. lagipun ayah ketika itu merupakan guru besar di beberapa buah sekolah sekitar Klang. Urusan pergi dan balik sekolah selalunya bersama ayah.. Kecuali bila aku mula mengikuti kelas-kelas tusyen di Banting (selepas waktu sekolah), selalunya aku akan ambil bas dari bandar Klang selama hampir 1 jam ke pekan Banting hampir setiap hari bersekolah.

Sepanjang perjalanan 3 tahun itulah.. aku punya banyak kenangan bersama dengan bas Klang-Banting ini.. Dari episod bercinta.. berkenalan.. study dalam bas.. ada abang angkat.. adik angkat.. pelbagai manusia yang aku pernah temui dalam bas berkenaan.. Selalunya konduktor bas Klang-Banting ini kebanyakannya aku kenal rapat.. yelah dah muka aku hampir hari-hari dalam bas tuh.. Yang seronok semua abang-abang tuh amat sporting gile.. pantang ada budak-budak lelaki yang mengganggu aku.. pasti kena 'warning' dengan sekerasnya.. hehehe.. Malah banyak kali juga aku dapat tambang separuh harga.. percuma daripada beberapa abang-abang konduktor yang rapat dengan aku.. bab ini yang seronok.. Naik bas dengan tambang percuma.. Kadang aku hanya bayar dengan harga yang sedikit sahaja..

Selalunya bas Klang-Banting yang paling aku suka adalah bas ekspress dari KL-Banting.. kebiasaannya lebih laju perjalanannya kerana hanya berhenti di beberapa perhentian sahaja.. dan berhawa dingin penuh keselesaan tetapi harganya agak mahal sedikit.. Memandangkan kampung aku terletak sebelum pekan Banting, bila aku malas mahu berebut bersesak dengan penumpang lain, aku akan ambil bas ekspress ini. Tambang yang dikenakan adalah harga tetap 1 destinasi.. berbeza dengan menaiki bas Klang-Banting yang biasa.. tambang akan dikenakan mengikuti tempat yang hendak dituju.. Pada masa itu rasanya tambang ke simpang batu 16 tuh hanya RM1.30 atau 1.70.. aku pun dah lupa.. yelah sudah hampir 20 tahun aku tinggalkan memori bas ini.

Zaman itu bas masih ada tiket.. masih ada konduktor bas.. Tiket bas juga masih ditebuk.. Bila dikumpul tiket itu boleh buat koleksi warna-warni hehehe... Dalam bas itu jugalah aku study untuk peperiksaan SRP dan juga SPM.. Masa 1 jam yang aku habiskan dalam perjalanan Klang-Banting itu selalunya aku isi dengan membaca nota.. kadangkala membuat latih tubi.. kadang sekadar membaca majalah ringan.. Tabiat ini hingga kini masih menjadi ikutan aku di sini.. Setiap kali dalam bas pergi dan balik Universiti setiap hari.. Aku luangkan masa sama ada dengan membaca surat khabar metro percuma atau pun buku-buku novel pendek yang sentiasa ada dalam beg sekolah aku..

Kerana tabiat aku yang sering study dalam bas ini.. Banyak menarik perhatian orang untuk menegur aku.. Kadangkala aku diusik kerana study kuat sangat.. Pernah juga ada yang menguji aku dengan soalan-soalan berkaitan apa yang aku study.. Ini terjadi kerana yang menegur aku adalah seorang pelajar sekolah asrama penuh yang juga aliran sains seperti ku.. Subjek Biologi.. Kimia.. Fizik.. Matematik tambahan.. antara subjek yang sering aku study dalam bas.. Ada juga beberapa orang pakcik yang pernah memberikan aku pelbagai nasihat dan semangat untuk terus belajar tekun dan ke menara gading.. Ini aku hargai sangat-sangat..

Ada juga yang memerli aku kerana menganggap aku pelajar sekolah menengah vokasional.. ketika itu memang ramai pelajar-pelajar sekolah vokasional terutama daripada kampung sebelah yang bersekolah di Klang (batu dua).. Masa itu ramai anggap pelajar vokasional nie.. untuk pelajar-pelajar agak kurang cemerlang.. mereka lebih menumpu pada bidang vokasional berbanding bidang akademik.. Malah pernah beberapa orang pakcik yang pernah aku tumpang motor mereka untuk pulang ke rumah sejauh 3 batu dari jalan besar Klang-Banting itu memperlekehkan aku.. yelah ingat aku pelajar sekolah vokasional.. Manakan tidak.. anak guru besar tetapi bersekolah vokasional.. anggapan mereka.. hehehe tapi selalunya aku perbetulkan dengan mengatakan aku aliran sains pertama.. di sekolah yang berbeza. Selalunya aku tidak pernah ambil kisah.. Ketika itu rakan-rakan seusia sekampung dengan aku yang beraliran sains bersekolah menengah hanya 2 orang sahaja.. Kebanyakan rakan-rakan lain lebih cenderung di aliran perdagangan.. sains rumahtangga ataupun aliran agama..

Bila diingat-ingat semula banyak sungguh sebenarnya kenangan zaman bas Klang-Banting ini.. Selain diusik jejaka-jejaka yang menaiki bas yang sama.. Aku juga pernah diekori seorang jejaka yang pasti akan menunggu aku setiap kali aku selesai kelas tusyen. Pernah sekali dia ikut aku naik bas ke kampung.. Itu belum lagi diekori keliling pekan oleh jejaka ini.. Ingat-ingat balik ngeri jek.. Hehehe.. Tapi zaman ini kenalan lelaki zaman itu memang ramai.. hampir kebanyakan kampung di daerah kuala langat itu aku ada kenalan.. Ada yang sekadar kawan biasa.. ada yang menjadi kawan baik.. malah ada juga menjadi rakan istimewa.. Semua itu kini tinggal kenangan sahaja..

Rentetan kenangan bas Klang-Banting ini juga masih aku lalui bila aku mengikuti matrikulasi UKM tahun 1 di Sekolah Seri Puteri di KL diikuti semasa aku sambung pengajian tahun 2 di matrikulasi UKM Kuala Pilah.. hinggalah aku melanjutkan pelajaran di UKM selama 3 tahun.. Setiap kali aku pulang ke kampung semasa cuti semester bas Klang-Banting ini masih menjadi pengangkutan utama aku.. Hinggalah aku bekerja di Kajang dan Shah Alam.. Bila pulang ke kampung.. aku masih lagi menaiki bas Klang-Banting ini.. Hanya selepas memiliki kereta ketika aku mula bekerja di Shah Alam.. Aku sudah tidak pernah lagi menaiki bas berkenaan..

Ketika itu untuk pulang ke kampung.. Aku perlu menaiki 2 buah bas dari bandar Klang.. 1 bas untuk ke pekan Banting.. dan 1 lagi pula bas untuk ke kampung aku dan hanya sebuah bas sahaja untuk setiap jam.. kalau terlepas bas itu.. maknanya aku harus tunggu lagi sejam untuk perjalanan seterusnya.. Manalah aku tidak meluangkan masa dengan membaca ketika itu..

Kenangan zaman bas Klang-Banting pada aku cukup indah.. dengan bas itu jugalah aku ke sekolah mengambil keputusan SRP dan SPM.. dan dengan bas itu jugalah aku pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM.. Masih teringat keputusan SRP dan SPM yang aku letak dalam beg semasa menaiki bas untuk pulang ke rumah di kampung untuk ditunjukkan kepada mak.. Sebelum sempat sampai ke rumah.. entah berapa ramai rakan-rakan dan kenalan yang aku jumpa dalam bas itu terlebih dahulu melihat keputusan aku.. termasuklah abang konduktor bas pada ketika itu..

Dengan bas itu jugalah aku pulang ke rumah selepas mengajar di sekolah rendah di Pelabuhan Klang.. Guru sementara semasa bercuti menunggu panggilan masuk ke UKM. Membawa beg yang penuh dengan alatan persediaan mengajar.. buku dan kayu pembaris.. Hampir kebanyakan konduktor bas dapat mengagak aku seorang cikgu ketika itu dengan melihat beg dan buku yang aku bawa.

Malah bukan sekadar bas itu menjadi kenangan aku.. malah setiap laluan perjalanan melewati kampung demi kampung daripada Jenjarum hingga membawa ke Sijangkang hingga ke Johan Setia.. Aku punya rakan dan kenalan.. Baik sebangsa atau rakan cina atau pun india.. Malah aku masih ingat sekolah rendah jenis kebangsaan tamil di estet berhampiran kampung Johan Setia itu adalah antara sekolah yang pernah ayah mengajar dan berkhidmat sebagai guru besar.. Aku pernah beberapa kali ke sekolah itu.. kecil sahaja sekolahnya.. dengan pelajar-pelajar india dari estet berhampiran.. Kini kawasan itu sudah dibangunkan dengan projek perumahan dan pusat membeli belah Jaya Jusco Bukit Tinggi.. Zaman sekolah dulu.. kawasan itu adalah deretan estet kelapa sawit..

Jalan Klang-Banting waktu ini sudah punya 2 laluan pergi dan balik.. Tidak lagi seperti dulu yang hanya 1 laluan sahaja.. Malah kini perjalanan dari pekan Banting untuk ke bandar Klang boleh dibuat dalam 30 minit sahaja.. Boleh pecut hingga 100km/j di jalan berkenaan.. Ini kadang-kadang aku buat juga sebab dah hafal jalan mana yang boleh pecut dan jalan mana yang kena perlahan.. Malah untuk ke KL juga mudah dengan ada lebuhraya Pelabuhan Barat.. Itulah laluan yang sering aku ikuti setiap kali aku hendak pulang ke kampung dari Tg Malim..

Kini pengangkutan bas sudah berbeza dari dulu.. Tidak ada lagi abang atau kakak konduktor bas.. Tidak ada lagi jeritan mereka untuk menyuruh memenuhkan ruang belakang bas.. Tidak ada lagi bersesak-sesak bertolak berebut untuk membayar tiket.. Bas zaman ini hanya perlu sediakan siling.. atau boleh mengambil pas bulanan..

Di sesetengah tempat ada yang sudah menggunakan komuter.. lrt.. untuk ke sana sini.. Rentetan perjalanan ini juga pernah menjadi kenangan aku semasa bekerja di Kajang dan Shah Alam dulu.. Lebih selesa.. cuma agak sesak bila waktu pergi dan balik kerja..

Kini bas bernombor 44, 66 atau 12 adalah antara bas utama yang sering menjadi pengangkutan aku setiap hari.. terutama bas 2 tingkat.. Biasanya aku lebih suka duduk di tingkat atas kerana lebih privacy dan dapat melihat pemandangan sekitar laluan bas seluas mata memandang..

Kadangkala bila menaiki bas ke sana-sini hampir setiap hari.. Terasa rindu pula untuk memandu sendiri seperti dulu.. Terutama bila terasa mahu tiba cepat ke rumah.. Namun memandangkan lokasi universiti yang di tengah-tengah bandar Glasgow dengan 'parking' terhad dan agak mahal sewanya.. Lebih jimat jika mengambil pas bulanan selama 10 minggu..

Buat masa ini pakcik driver bas 44 yang aku naiki setiap hari pada pukul 6.03pagi itu cukup kami kenali.. Malah pakcik nie pun dah tahu dimana nak berhentikan kami bila tiba ke GU.. Amatlah ramah pengguna ;)

Friday 19 March 2010

Chatting dulu-dulu


Hari ini aku sempat bersembang dengan sahabat lama di FB.. Kami sama kamsis B di UKM dulu.. bilik pun dekat-dekat aje.. Ketika zaman chating sedang terhangat di dunia.. aku kenalkan dia dengan dunia chat nie.. zaman tuh memang ramai kawan-kawan aku yang gila chatting.. IRC zaman tuh masih skrin hitam putih kelabu jek.. menaip semua kena taip skrip.. bukan seperti sekarang yang berskrin warna warni.. guna pulak pc sun yang amatlah lembabnya.. hahaha.. nak buka internet jek 30 minit tunggu 1 muka surat.. itu belum lagik zaman nak compile dan run program.. bercinta.. masa itu zaman internet baru nak bermula.. sepanjang 3 thn aku di UKM.. kami tamat pengajian dengan perkembangan dunia IT yang cukup pesat.. ramai rakan-rakan aku mendapat kerja di organisasi kerajaan.. malah ada yang sudah ada kerja sebelum graduasi lagi..

Dengan dia juga, aku tinggal menyewa bersama di Fasa dua di bandar baru bangi.. Banyaklah kenangan kami semasa duduk menyewa bersama dulu.. Dia bertemu jodoh dengan suaminya juga melalui chatting.. Episod percintaan mereka nie pun aku jadi saksi gak..

Seorang lagi sahabat yang sama serumah juga kini rakan sekerja aku di Malaysia.. Dia juga chatting.. malah bertemu jodoh dengan sang suami juga melalui chatting juga... Cuma kesinambungan kisah cinta mereka tak sempat nak ikuti sebab aku berpindah ke cawangan utama di Shah Alam selepas setahun aku bekerja di cawangan Kajang.. Dia nie pula beremail-email hampir setiap lewat malam.. Aku rasa setiap pukul 3 atau 4 pagi dia akan bangun tidur untuk membalas email.. Kenapa aku tahu?? sebab aku tidur kat ruang tamu tuh.. Tiap kali dia buka lampu nak balas email.. mesti aku terbangun.. celik mata jek.. dah tau tak lain dan tak bukan mesti dia hehehehe.. Dia kini berada di New Zealand sambung belajar sama seperti aku gak...

Entah berapa ramai kawan aku yang berkawin dengan pasangan masing-masing setelah berkenalan melalui chatting.. Ada seorang rakan aku yang memang hantu chatting... pernah satu malam tuh.. pc yang selalu digunakan untuk chatting rosak.. Melilau dan mengelisah tak usah kata.. Sanggup cari kawan untuk tolong betulkan pc tuh.. tapi dah tengah malam kan.. siapalah nak tolong betulkan.. terpaksalah tunggu beberapa hari.. itu belum lagik kes bila server down.. makmal komputer tak boleh guna.. masa nie semua kawan-kawan yang hantu chatting tension habis.. hehehehe.. Tak termasuk aku tau hahahaha.. aku rasa aku berchatting tuh aku lebih ramai rakan.. kebanyakan adalah pelajar-pelajar jurusan sains komputer di universiti-universiti tempatan.. ada sesetengahnya pula pegawai sistem maklumat.. atau pun technician komputer kat universiti tuh.. ada dari usm.. utm.. uitm.. uia.. uum.. ukm pun ada beberapa orang juga yang aku kenal.. hahaha sampai jadi adik.. kakak angkat pun ada.. itu termasuklah juga beberapa rakan-rakan jurusan yang sama dari luar negara.. kebanyakan yang aku kenal dari universiti di USA.. yelah zaman tuh.. kebanyakan pelajar jurusan sains komputer yang lebih aktif berchatting skrin hitam putih tuh.. siap ada buat skrip nak ban orang.. bom org lah.. side kick.. dan macam-macam lagik..

Daripada chatting tuh jugalah kami jadi rapat.. pernah berapa kali juga kami gathering.. channel yang cukup glemer masa tuh channel 'kampung' tapi aku dah lupa server mana yang kami gunakan.. gathering nie memang terkenal.. yang paling hebat semasa kami buat gathering di Port Dickson dulu.. kiranya antara yang terbesar yang kami pernah buat.. siap buat camping lagik.. bbq.. sukaneka dan macam-macam lagik.. aku ke sana dengan sahabat baik aku di Itm Shah Alam.. Masih ku ingat lagik kereta kancil dia yang jadi pengangkutan utama kami.. Selain itu juga kami sempat bergathering juga di 'Sogo' KL.. makan tengahari bersama.. ramai juga yang datang masa tuh.. Malah juga pernah gathering di Kajang untuk makan sate Kajang.. itu antara gathering yang terakhir yang aku sempat pergi.. selepas graduasi.. masing-masing dah mula sibuk dengan hidup masing-masing.. rasanya ramai yang kami dah 'lost-contact' tapi kawan-kawan yang pernah aku chatting itu.. dah jadi pensyarah di Uitm Shah Alam.. pernah aku jumpa beberapa kali bila melawat sahabat baik aku di sana..

Zaman chatting sekarang sudah tidak sama dengan dulu.. chatting zaman aku dulu majoritinya dimanipulasi oleh golongan pelajar-pelajar jurusan sains komputer di universiti tempatan atau luar negara.. dan juga mereka yang bekerja dalam bidang berkenaan.. Sekarang nie chatting.. budak sekolah pun dah pandai chatting..

Dulu chatting lebih berbentuk untuk mencari kawan.. kenalan.. Menaip pun masih ada bahasa dan sopan santun.. Zaman nie chatting dah banyak berubah.. antara yang sering aku temui bila masuk chat room sekali sekala.. lebih banyak menjurus pada isu-isu 'seks' semata.. Kadang-kadang bercakap pun terus terang dengan tujuan itu tanpa segan-segan lagi..

Benarlah kata sahabat aku.. Zaman dah berubah.. manusia dah gunakan teknologi untuk berkomunikasi secara meluas.. kita nak berbual apa sahaja.. senang dan mudah.. on komputer.. klik sana sini.. dah boleh menaip apa sahaja yang nak.. nak cari jodoh.. nak suka-suka.. nak seronok-seronok.. semua boleh diperolehi dengan semudahnya..

Malah nak chatting sekarang pun dah mudah.. boleh dengar suara.. Boleh lihat wajah masing-masing.. Takde lagik skrin hitam putih yang penuh dengan skrip yang perlu dihafal satu demi satu..

Nak hantar surat pun senang.. boleh ditulis dalam email dan sampai kepada mereka dalam beberapa saat.. Bukan seperti dulu yang menulis surat hingga berkajang-kajang kertas warna biru tuh.. siap tulis depan belakang lagik.. itu belum kes letak bedak wangi atas kertas tuh hehehehe.. orang yang balas tuh pun kena tulis panjang-panjang gak.. agak-agak tulis sehelai.. 1 muka jek.. alahai.. sedihnya hehehehe..

Zaman nie takde lagi menulis surat begini.. kad-kad raya pun semua boleh dihantar secara online.. takde lagi zaman pos kad raya banyak-banyak.. siap gantung kat dinding rumah setiap kali raya untuk tunjuk berapa banyak kad raya yang diterima.. hehehe.. ada yang siap gantung pada ranting pokok yang diletakkan di pasu bunga di ruang tamu.. ini aku lihat di rumah arwah nenek di kampung.. buat lubang kecil pada kad raya tuh.. isi dengan benang dan ikat kat ranting tuh..

Zaman dah berubah.. seiring dengan teknologi.. ditambah dengan adanya iphone.. skype.. facebook.. twitter.. kini kita dapat menghubungi sahabat-sahabat lama juga dengan mudah.. malah sekarang jika kita nak menulis di buku pun tulisan tangan pun dah jadi caca-merba.. dek selalu menaip di komputer berbanding menulis di buku..


Aku temui ramai rakan baik daripada dunia chatting dan blog..
Mudahkan nak cari kawan..
Nak dapat lawan pun mudah juga kan..


Tuesday 16 March 2010

Si Kuning..


A host of golden daffodils;
Beside the lake,
beneath the trees,
Fluttering and dancing in the breeze.
-William Wordsworth-

Spring is here..

Bunga daffodil kini ada di mana-mana..

Thursday 11 March 2010

Sekeping roti kaya

Jam menunjukkan menghampiri pukul 5.45pagi..

Masih ada 10 minit sebelum melangkah keluar dari rumah. Seperti selalunya, masa akan diisi dengan membaca buku novel yang sedia terletak di tepi katil.. Atau sekadar berbaring malas di atas katil sambil ditutupi duvet yang agak tebal.

Sedang enak membaca sambungan rentetan ayat pada baris pertama buku itu, si dia masuk ke bilik secara tiba-tiba.. Andaianku, dia mungkin mencari sesuatu di dalam bilik.

"Nah.. Roti nie" katanya sambil tersenyum di tepi katil..

Aku sedikit terkejut.. serentak aku tutup buku yang dibaca dan mula mengerakkan badan untuk duduk di tepi katil.

Dia berlalu ke dapur semula. Aku memandang sekeping roti bakar yang disapu kaya di atasnya.. Rasa terkejut masih tersisa lagi.

Kepala mula memikirkan "Apa mimpi agaknya dia pagi nie ekkk". Aku biarkan persoalan itu tanpa jawapan dan terus memakan roti itu dengan penuh rasa syahdu.. Pertama kali sejak aku tinggal di rumah itu, aku makan di bilik tidur.

Sesekali terima layanan begini, memang mampu membuatkan hati aku cukup tersentuh. Sebenarnya dia selalu bising mengingatkan aku untuk mengambil sarapan di waktu awal pagi.. tapi aku lebih selesa dengan hanya sekadar meneguk secawan air kosong atau atau berperisa waktu itu. Jarang sekali aku berselera untuk makan di awal pagi.. Hanya selepas pukul 9.30 pagi, barulah aku akan mula bersarapan roti seperti kebiasaannya.

Selesai menghabiskan roti itu.. Aku ke dapur untuk meneguk secawan air kosong. Sementara menunggu dia memakai jaket kulitnya, aku pegang bahunya dan dengan segera memberikan ciuman pantas di pipi kiri dan kanan dan diakhiri dengan pelukan erat.

Aku mula bersiap mengambil jaket dan beg untuk keluar menunggu bas di perhentian yang berhampiran.

Hari ini, aku keluar dengan senyuman manis di bibir..


A piece of bread for empty stomach..
but it's yur love that I'm craving for..


Monday 8 March 2010

Cinta di pagi hari

Kelihatan seorang gadis bertudung merah sedang memeluk mesra seorang jejaka berkumis. Satu ciuman diberikan di dahi gadis itu. Pelukan itu tidak lama, sekadar pelukan mesra di awal pagi. Lambaian mesra dan berulang kali diberikan. Mata masih lagi merenung pasangan itu. Terbit serentak ketawa pendek dari kami yang memandang. Masing-masing tersenyum sengih melihatkan gelagat itu.

10 minit sebelum itu, sedang berjalan kaki dengan perlahan ke arah pintu 'Botani Gate' kelihatan sepasang wanita dan jejaka separuh umur berjalan seiringan bersama. Tiba di pintu masuk ke bangunan di sebelah kiri, satu kucupan pantas diberikan oleh jejaka kepada wanita itu. Satu lambaian segera diberikan. Kedua-duanya berlalu untuk memulakan urusan harian masing-masing.


Satu pagi yang penuh cinta dan kasih sayang..
Ciuman dan pelukan..
Tanda kasih mesra..


Loch Lomond, Scotland.
19 Februari 2010
9.05 pagi
Pagi yang sejuk beku berkabus


Aku??
Setiap pagi..
Ciuman..
Tercium bau kopi enak di dapur universiti..
Pelukan..
Memeluk erat beg sekolah yang padat penuh kertas dan makalah..
Senyuman..
Sekadar tanda ikhlas terima kasih untuk pemandu bas no 44..
Cinta untuk aku..
Setiap hari keluar rumah bersama..
Pulang berbeza..
Dia..
Aku tinggalkan seharian..
7 jam dan 5 hari seminggu..
Di rumah bernombor 15 ;)


What is love?
It is the morning and the evening star.
Sinclair Lewis

Sebenonya n3 nie, nak tyg gmbr tuh jek
Ahaks ;)
Gambar heater; Pergunungan Scotland yang dipenuhi salji


Friday 5 March 2010

Knowledge


Whosoever wishes to know about the world must learn about it, in its particular details.
Knowledge is not intelligence.
In searching for the truth be ready for the unexpected.
Change alone is unchanging.
The same road goes both up and down.
The beginning of a circle is also its end.
Not I, but the world says it: all is one.
And yet everything comes in season.
- Heraklietos of Ephesos

We know what we are, but know not what we may be.
William Shakespeare

Tuesday 2 March 2010

Semalam dan hari ini yang indah

Cuaca.. Sejak semalam suhu masih dalam lingkungan di bawah takat beku.. lebih kurang -5 darjah celcius anggarannya.. Namun di sebalik dingin beku itu, matahari memancarkan cahaya mentari seindahnya.. Lama tidak dirasai kepanasan mentari yang menerangi alam sebegitu indah seperti semalam dan hari ini.. Hati mula melonjak gembira.. seronok.. teruja.. tenang seketika.. Lama rasanya diri diselubungi cuaca kelam kelabu dan mendung.. ditambah pula dengan kedinginan yang serasa merentap tulang sendi..

Kedinginan masih terasa.. tetapi berdiri di tengah panasnya mentari.. kedinginan terasa ditolak ketepi buat seketika.. menikmati cahaya mentari yang cukup indah mampu menangkis rasa-rasa dingin.. Apatah lagi tidak ada rintik-rintik hujan atau salji yang turun seperti minggu yang lalu.. Jalanan kering dan berdebu.. Panas mentari menyuluh laluan pejalan kaki sekitar bandar Glasgow..

Mengintai di sebalik tingkap.. terangnya cahaya mentari boleh dilihat di segenap bandar ini.. kelihatan bukit bukau dan gunung ganang yang masih tersisa salji putih nun jauh di sana.. Tapi kepanasan dingin yang terasa sebalik tingkap kaca yang dibuka sedikit membangkit pelbagai rasa.. Rasa mahu terbang pulang pun ada.. tapi seperti biasa.. perjuangan masih ada tersisa untuk diselesaikan..

Mengadap skrin komputer setiap hari sambil menyelesaikan beberapa urusan pelajaran kadangkala mengundang rasa bosan.. mulalah mata dan fikiran mencari ilham untuk menghilangkan kebosanan.. Perut juga mula berkeroncong bila masuk tengahari.. Tangan juga mula mencapai baki makanan yang ada di atas meja.. di dalam laci.. Seperti 3 tahun yang lalu.. roti sudah menjadi makanan rugi untuk makan tengahari.. Jarang sekali nampak kelibat nasi atau lauk-pauk seangkatan dengannya.. Sekali sekala bila ada ajakan keluar dari teman-teman rapat untuk 'lunch date' beramai-ramai barulah dapat merasa menu buffet dengan nasi basmati di restoran india kegemaran kami. Itupun kini ajakan untuk 'lunch date' juga agak terhad dek kesibukan masing-masing yang sudah di penghujung pengajian..

Bila merasakan kepanasan begini.. Aku benar-benar kerinduan pada yang ditinggalkan di tanahair.. Banyak perkara dan benda menjadi ingatan semula waktu ini..


Wherever you go,
No matter what the weather,
Always bring your own sunshine.
Anthony J. D'Angelo

Pagi tadi kepala terbayangkan char kue tiaw..
Nampak sangat aku dah bosan asyik makan roti baguette jek...


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin