Tuesday 30 June 2009

Bunyi yang punya makna


Suatu hari, seorang lelaki dari sebuah desa datang mengunjungi temannya di kota. Bunyi bising kenderaan dan hiruk pikuk orang yang lalu-lalang membuatkan lelaki itu tidak selesa. Kedua mereka kemudiannya berjalan-jalan dan tiba-tiba lelaki desa itu berhenti, sambil menepuk bahu rakannya dan dia berbisik, "Berhenti sebentar. Apakah kamu mendengar bunyi yang aku dengar?"

Temannya itu menoleh ke arah rakan dari desa itu sambil tersenyum, dan kemudian berkata, "Yang saya dengar hanyalah suara deruman kenderaan serta suara orang lalu-lalang. Apa yang kamu dengar?"

"Ada seekor cengkerik dekat sini dan saya boleh mendengar suara nyanyiannya."

Rakan dari kota itu mendengar dengan penuh kehairanan, lalu menggeleng-gelengkan kepalanya dan berkata, "Saya fikir kamu silap. Tidak ada cengkerik di sini. Dan seandainya ada, bagaimana kamu dapat mendengar bunyinya di tengah-tengah kebisingan jalan raya ini? Kamu rasa kamu boleh dengar bunyi cengkerik itu? Mustahil.."

Rakan dari desa itu berkata, "Ya! Ada seekor cengkerik sedang bernyanyi berhampiran dengan kita sekarang ini."

Orang desa itu berjalan beberapa langkah ke depan , lalu berdiri di tepi tembok sebuah rumah yang besar. Di situ ada tanaman yang tumbuh memanjat. Rakan dari desa itu memetik beberapa helai daun tumbuhan itu, dan di atas daun itu terdapat seekor cengkerik yang berbunyi dengan kuat sekali.

Teman dari kota itu terkejut melihatkan cengkerik itu. Malah dia juga dapat mendengar suara nyanyiannya.

Ketika mereka kembali berjalan-jalan, orang kota itu berkata kepada rakan desanya, " Kamu mampu mendengar bunyi cengkerik itu lebih baik daripada kami."

Orang desa itu tersenyum dan kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata, "Saya tidak setuju dengan pendapatmu. Orang desa tidak boleh mendengar lebih baik daripada orang kota. Saya akan menunjukkannya kepada kamu!"

Lalu, orang desa itu mengambil duit syiling dan menjatuhkannya di atas jalan raya yang sibuk. Bunyi duit logam itu membuat ramai orang menoleh ke arahnya. Kemudian orang desa itu memungut duit logam itu dan menyimpannya kembali di poketnya, dan kedua mereka kembali berjalan-jalan.

Kata orang desa itu, "Tahukah kamu sahabat, suara duit logam itu tidaklah sekuat nyanyian cengkerik tadi. Meskipun sedemikian, ramai orang di sekeliling tadi mampu mendengar dan menoleh ke arahnya. Sedangkan tadi, saya adalah satu-satunya yang mampu mendengar suara cengkerik itu. Oleh itu, ini bermakna orang desa bukanlah yang mampu mendengar lebih baik daripada orang kota. Tidak sama sekali. Sebenarnya kita selalunya mendengar dengan lebih baik bunyi-bunyian atau sesuatu terhadap hal-hal yang biasanya kita perhatikan."

Seringkali ketika kita dalam masalah, kita sering memohon pertolongan daripada Tuhan, dan kita merasakan Dia diam saja.

Sebabnya bukan kerana Tuhan tidak menjawab, tapi kerana kita lebih fokus pada diri kita sendiri dan permasalahan kita daripada fokus kepada Tuhan dan pertolonganNya.

Kita memasang telinga agar Tuhan menjawab dan memakbulkan semua keinginan dan permintaan kita. Sedangkan pada masa yang sama kita menolak dan tidak menyedari bahawa Dia menyediakan jalan-jalan lain yang lebih baik daripada apa yang kita minta itu.


Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Al-Baqarah: 155)

Semua ketetapan Allah pasti akan datang, maka janganlah kami meminta-minta agar disegerakan kedatangannya.. (An-Nahl:1)

... dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak satupun yang dapat menolak kurniaNya... (Yunus:107)

Buat apa anda menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana intimidasi?
Serahkan saja semua itu sepenuhnya
kepada Tuhan Yang Maha mulia
kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..

-La Tahzan-

Kala jiwa penuh resah
hati turut sama gelisah
kepala turut sama berpinar susah
fikiran turut sama menayang kisah
semua anggota tubuh turut sama ingin berpisah
airmata mengalir di pipi yang basah
mengakhiri semua yang mengundang rebah

Kala rasa menjadi tak tentu
sudah pasti pelbagai yang datang melulu
bertandang mengetuk bertalu-talu
rantaian hasrat dan linangan sendu
untaian kehendak dan keinginan bersatu
pastinya dipujuk dengan doa pada yang Satu
saat tiada sesiapa mampu membantu
memujuk dan menenangkan rasa pilu
tawakal dan sabar menjadi pegangan jitu

Kala diri rasa sendiri
jangan sekali berhenti
teruskan percaya pada Allah Maha Mengasihani
usah sekali putus daya peribadi
setiap yang ditentukan terjadi
punya hikmah buat manusiawi
supaya kita terus terdidik bersendi
berpasak pada iman di hati
bukan hanya berpegang pada duniawi
kerana semua itu takkan lama berdiri
setiap kita pasti akan pergi
bila tiba masa dijemput ilahi..

Sunday 28 June 2009

Celaan dan Harapan


Sudah beberapa hari ini tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog sendiri.. Sibuk dengan acara pagi dan petang pada hari sabtu dan ahad ini.. yang semua bercirikan makanan.. kena menyediakan & memasak untuk acara Hari Aspresiasi Sekolah Malaysia Glasgow dan memenuhi permintaan rakan-rakan (yeah.. yeah.. cikgu-cikgi cuti masa nie.. jumpa lagi bulan 9 nanti ya).. Petang pula sibuk bertandang ke rumah rakan yang mengadakan majlis keluarga dan urusan komuniti.

Letih.. rasanya itu biasa bila tiba hujung minggu.. berehat seketika bila berkesempatan tapi pada masa yang sama juga ada urusan-urusan lain yang turut meminta perhatian dan keperluan. Membantu terdaya yang mampu dan seikhlasnya.. Begitulah bila hidup dalam lingkungan komuniti.. yang terdaya dan termampu cuba dibantu sebaiknya.. dan dipermudahkan selancarnya.. kerana kadangkala tiba juga masa apabila kita pula yang memerlukan bantuan.. mereka juga akan meluangkan masa membantu semampu mereka..

Esok bakal bermula lagi rutin harian yang sama.. tugasan.. tanggungjawab tersedia menunggu untuk dilaksanakan dan diselesaikan.. Termasuklah rutin harian yang melibatkan keluarga dan juga apa juga.. another day.. another way.. another weather.. Harapannya.. hari-hari seterusnya berterusan panas dan cerahnya.. Bolehlah berjalan lenggang kangkung tanpa jaket.. atau hanya sekadar berjaket nipis sahaja..

Tahun ini menyaksikan musim panas yang berpanjangan panasnya.. Terasa perbezaan yang ketara berbanding tahun lepas yang musim panasnya dilalui dengan hujan dan angin sejuk silih berganti.. boleh dikira dengan jemari berapa sangat hari yang panas.. dan berapa hari sangat yang mampu dirasai berjalan tanpa jaket di badan.. selebihnya.. dengan payung di tangan dan jaket hujan yang menutupi kepala dan separuh badan..

Seketika teringat juga tanahair.. Satu ingatan yang pastinya tidak pernah lepas dari rasa rindu buat semua yang merantau dan bermusafir di sini.. Tanyalah sesiapa sahaja.. Sebut sahaja nama tanahair.. Pastinya semua punya ingatan tentang sesiapa.. apa.. mengapa.. yang ada di sana.. Itu perkara biasa.. Nanti bila dah pulang ke sana pula.. ingatan di bumi ini pula yang akan dikenang semula.. dan tiba pula rasa rindu mahu kembali ke sini.. Seperti mana yang pernah aku alami selepas pulang dari Edinburgh dulu.. Dah namanya ingatan.. manakan dapat dilupakan.. Hanya mereka yang tidak pernah mengalami.. tidak pernah merantau.. bermusafir sahaja yang tidak mampu memahami semua yang pernah dan sedang kami lalui.. Maka kadangkala keluarlah pelbagai tuduhan dan kata-kata yang tidak masuk akal dengan apa yang kami rasakan dan lalui.. Kadang kesempatan itu dijadikan sebab musabab untuk mencipta satu alasan dan penyebab terhadap sesuatu yang mampu melukakan hati..

Kadangkala mengenangkan semua itu hati aku sendiri pernah banyak kali terluka.. tiap kali bila ada rakan-rakan yang mula membuat pelbagai andaian tentang kehidupan di sini.. katanya kita mewah.. katanya kita hebat.. katanya kita sudah lupa diri.. katanya kita sudah kaya.. katanya kita lupa asal usul.. dan lebih dahsyat katanya kita lupa tuhan dan tidak pernah tahu bersyukur.. Aduh.. sedihnya kala membaca semua itu.. kerana yang melihat tidak akan sama dengan yang mengalami.. yang memikul takkan sama dengan yang memandang.. semua itu takkan sama.. sebab mereka tidak melalui itu semua.. dan mereka juga tidak menghadapi semua itu..

Kadangkala juga orang melihat kesenangan orang.. tapi sama sekali lupa dengan kesenangan sendiri dan hanya melihat kesusahan diri sahaja.. walhal manusia itu setiapnya ada kelebihan sendiri.. Allah berikan setiap manusia itu kelebihan masing-masing.. dan rezeki masing-masing.. Adakah kita tidak percaya bahawa Allah itu adil??? Dia hanya memberi kelebihan pada orang tertentu sahaja.. sudah tentu tidak.. Setiap kita punya keistimewaan.. mungkin orang itu tidak ada rezeki dari satu sudut.. tapi dia ada rezeki dari sudut yang lain.. dan janganlah kita rasa cemburu dan dengki dengan kelebihan itu.. kerana kita juga ada kelebihan pula dari sudut yang lain..

Yang penting kita saling memahami.. mengerti.. menghormati.. menyokong.. dan membantu sedaya upaya dan termampunya.. Selebihnya andai kita tidak mampu.. tolaklah dengan cara yang baik.. Andai rasa tidak mampu dan tidak selesa.. tak usah dipaksa hati dan kehendak.. kerana tidak ada sesiapa boleh memaksa kita melakukan sesuatu yang diluar kehendak diri.. melainkan perkara yang berkaitan dengan akidah dan agama..

Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah: Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurniaNya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami akan termasuk orang-orang yang soleh." Akan tetapi, setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurniaNya, mereka kikir dengan kurnia itu dan berpaling, dan memanglah mereka itu orang-orang yang selalu membelakang (kebenaran).
(At-Taubah:75-76)


Jangan bersedih dengan penghasilan yang sedikit, maka sesungguhnya yang sedikit itu ada bersamanya kesejahteraan..

Seorang penyair berkata

Aku berkata kepada diriku sendiri.
Lemparkanlah kedukaan itu sejauh-jauhnya.
Berbahagialah
sebab kedukaan itu sesungguhnya tidak pernah ada.


Ertinya: Manakala sebuah peristiwa terjadi pada diri anda atau anda mendengar tentang suatu bencana, maka anda tidak perlu resah, cemas dan jangan bersedih. kerana sesungguhnya kebanyakan berita-berita itu tidak sama dengan kejadian yang sebenarnya. Jika ada yang mampu mengubah takdir, pastilah ia akan mencarinya. Sekiranya tidak, maka bagaimana takdir itu harus anda tangani.

Ali bin Jabalah berkata:

Semoga kebahagiaan menjelma.
Semoga jiwa kita terubat dengan harapan.
Maka janganlah menyerah
sebab jika kau menyerah
kecemasan akan menyergap jiwa
Seseorang yang paling dekat dengan kebahagiaan
adalah orang yang memiliki harapan.

-La Tahzan-

Buat semua sahabat..
Hadapilah hari-hari mendatang dengan sabar dan tabah..
Semoga memperolehi kesejahteraan dan keberkatan..
Dalam apa jua tindakan dan perbuatan..
May Allah Bless You..
Insyallah

Friday 26 June 2009

Ceritera lama..Pustaka dan buku


Aku berpindah bersekolah di kampung pada usia 9 tahun.. selepas hampir 8 tahun lebih bersekolah di bandar Klang.. Ayah berpindah ke Banting untuk tinggal berhampiran dengan arwah nenek dan atok.. Sebenarnya adalah atas permintaan arwah nenek sendiri kepada ayah untuk tinggal tetap di kampung..

Aku berpindah ketika berada dalam darjah 3 di sekolah rendah Klang Jaya.. Berpindah ke sekolah kampung amat berbeza sekali pada aku.. Rata-rata semua rakan sekelas adalah pelajar melayu. dan amat berbeza dengan rakan di sekolah bandar yang kebanyakannya daripada pelbagai bangsa.. Aku sudah terbiasa dengan cara pembelajaran yang penuh persaingan sengit bersama mereka itu..

Banyak bezanya bersekolah di kampung dan di bandar.. pergaulan dengan anak-anak kampung jauh berbeza tingkah laku mereka.. Kebanyakan mereka masih agak tertutup pemikirannya dan juga tidak terlalu terbuka.. Ketika aku melangkah kaki ke perpustakaan di sekolah itu.. Pustakawan di sekolah itu terkejut ketika aku meminjam 2 buah buku berbahasa english.. kata mereka.. belum pernah ada lagi pelajar yang meminjam buku-buku berbahasa english.. Aku sedikit pelik.. 'Tak pernah?' tapi aku tepis pemikiran itu dengan menganggap itu bukanlah sesuatu yang amat pelik sangat..

Bila sahaja bermula kelas bahasa english.. ketika guru meminta kami melukiskan gambar 'cup and sauces' iaitu piring dan cawan.. ramai rakan-rakan yang tidak tahu makna perkataan itu dan masing-masing semua bertanyakan pada aku.. dan aku ambil peluang itu untuk menerangkan maknanya dan sekali lagi rasa terkejut menerjah dalam diri..

Ya.. ketika itu aku rasakan betapa berbezanya bersekolah di kampung.. tapi yang seronoknya.. Peluang itu juga menjadikan aku salah seorang pelajar yang cemerlang di dalam kelas.. Yelah aku agak terkehadapan dari segi pengetahuan dalam banyak mata pelajaran.. Lagipun.. mungkin juga kerana aku anak seorang guru.. dan sedikit sebanyak.. ayah dan mak turut mengajar aku di rumah.. malah semua buku-buku sekolah aku akan disemak oleh mak.. semua kerja sekolah akan dilihat dan diperiksa oleh mak.. Malah mak jugalah yang banyak mengajar aku bahasa english.. kerana dia dahulu bersekolah di aliran berbahasa english..

Dulu semasa aku pernah menerima surat panggilan untuk menjadi sukarelawan sukan komanwel ketika acara sukan itu diadakan buat julung kalinya di malaysia.. Surat itu sampai ke rumah mak di kampung.. waktu itu aku dalam tahun akhir di UKM.. Surat itu adalah surat panggilan untuk menjalani latihan sukarelawan yang diadakan di UKM sendiri.. Aku minta mak membaca surat itu kepadaku melalui telefon.. Aku terkejut.. kerana sebutan bahasa english mak amat fasih sekali.. Manakan tidak.. aku tidak pernah sekali pun berbahasa english dengan mak di rumah.. cuma aku ingat semasa aku di sekolah rendah.. maklah yang paling banyak mengajar aku bahasa itu.. Aku kira.. kebanyakan mereka dalam lingkungan umur seperti mak pastinya ramai bersekolah aliran english dimana zaman itu semua subjek diajar dalam bahasa english..

Sejak dari bangku sekolah rendah lagi.. perpustakaan adalah tempat kegemaranku untuk melepak.. tabiat ini terbawa-bawa hinggalah aku masuk ke universiti.. dan perpustakaan Tun Sri Lanang di UKM itu adalah merupakan tempat lepak kegemaranku yang paling utama.. dari pagi hinggalah ke malam.. aku akan betapa di situ saban hari menelaah.. kadang buku-buku sengaja diletakkan bertimbun di atas meja... sebagai tanda bahawa aku dah 'chop' meja itu sebagai tempat duduk aku.. Hinggakan pakcik pustakawan pun jadi kawan baik aku.. manakan tidak.. asyik muka aku jek keluar masuk perpustakaan tuh.. dan tempat duduk kegemaran aku adalah di tepi tingkap mengadap ke jalan besar.. Seronok duduk di situ melihatkan pemandangan pokok-pokok dan pejalan kaki di situ.. bila tiba hari konvokesyen.. pasti kelihatan berduyun-duyun kakak-kakak dan abang-abang senior serta keluarga mereka berjalan lalu-lalang di situ.

Malah semasa aku belajar di Edinburgh dulu.. perpustakaan masih menjadi tempat lepak aku untuk study... cuma bezanya ketika itu.. pakwe ada menemani aku study.. kadang kami duduk semeja.. kadang bila aku pilih meja yang bertutup.. dia akan duduk di belakang aku membaca buku-buku lain.. dan menunggu aku hingga selesai menelaah.. dan jika aku perlu menghabiskan masa untuk menyiapkan kerja tugasan di makmal komputer hingga lewat malam.. dia juga akan datang menemani aku.. duduk di sebelah.. sambil melayari internet.. dan kadangkala juga.. membelikan aku secawan air kopi atau coklat panas untuk aku minum rehat seketika.. Bila terkenangkan itu semua.. kadangkala aku bersyukur.. sokongan yang diberikan pada aku tidak dapat aku balas dan luah dengan kata-kata.. malah sokongan yang sama juga masih berikan pada aku.. hingga hari ini.. (Thanks bang) Kadangkala sokongan tidak perlu diluahkan dengan kata-kata.. cukuplah dengan tindakan dan perbuatan.. sudah cukup menyatakan dan meluahkan segala-galanya..

Cuma bezanya kerana capaian buku-buku dan journal lebih mudah didapati secara online.. kini aku agak kurang ke perpustakaan seperti dulu.. Kadang terlintas juga untuk ke sana.. tetapi mengenangkan aku punya meja dan bilik sendiri di jabatan CIS menyebabkan aku lebih selesa study di meja sendiri dengan semua kemudahan asas seperti pencetak dan mesin fotostat boleh dicapai semudahnya bila-bila masa.. Malah talian internet juga sentiasa ada dan pantas.. dan paling utama.. tempat duduk aku juga di tepi tingkap ;)

Beberapa hari yang lepas.. aku ke sebuah kedai buku yang agak terkenal di sini 'WH Smith' untuk mencari beberapa novel kanak-kanak sebagai hadiah untuk Hari Aspresiasi Sekolah Malaysia Glasgow.. Aku terjumpa semula beberapa buah buku yang merupakan buku-buku bacaan kegemaran aku zaman sekolah rendah tulisan penulis Enid Blyton..

Sebenarnya banyak juga buku-buku koleksi beliau menjadi bahan bacaan utama aku.. Ketika melihat beberapa siri buku Enid Blyton.. aku ternampak buku 'The faraway Tree' dan 'The Wishing Chair' yang merupakan buku-buku bacaan kegemaran aku.. Ketika zaman sekolah rendah, aku sanggup meminjam buku-buku itu daripada perpustakaan bergerak pada setiap hari isnin yang akan berhenti di hadapan balai raya kampung.. dan aku akan menjadi orang yang pertama yang naik ke van perpustakaan itu dan menyemak satu demi satu buku-buku yang ingin aku baca.. Seronok sungguh waktu itu bila sahaja tibanya hari isnin.. dan bila terlihatkan kembali siri buku-buku itu.. kenangan lewat zaman sekolah rendah di hadapan balai raya kampung itu datang kembali pada aku.. Pastinya ketika itu tangan aku akan penuh mengendong buku-buku yang tebal dan aku bawa ke sekolah agama.. kerana sebelah petangnya aku bersekolah agama pula.. dan kebetulan sekolah agama itu juga terletak tidak jauh dari balai raya..

Aku hanya ingat sipi-sipi sahaja cerita-cerita yang pernah aku baca.. yelah sudah hampir 20 tahun lebih aku tinggalkan membaca buku-buku itu.. Semalam.. aku terlintas untuk membeli buku itu dan membacanya kembali.. Bukan apa.. aku masih lagi ingat betapa gembiranya aku membaca buku-buku siri 'faraway tree' dan berangan-angan mengikuti setiap penjelajahan dan pengembaraan 3 beradik.. Joe, Beth dan Frannie.. Kisah pokok 'faraway' itu sungguh menakjubkan kerana di atas pokok itu akan ada dunia dan negara magikal yang berbeza-beza akan singgah di situ..

Itu belum lagi siri buku 'The Wishing Chair' yang merupakan kisah 2 beradik Mollie dan Peter yang diselamatkan oleh sebuah kerusi antik yang mempunyai sayap dan boleh terbang ketika singgah ke sebuah kedai antik. Dengan kerusi ajaib itu mereka juga meneroka pelbagai penjejahan dan pengembaraan ke dunia magikal.. dan sekali lagi aku pernah juga khayal seketika membayangkan ikut sama dengan pengembaraan mereka itu..

Sejenak.. Terlintas untuk membeli semula semua koleksi buku-buku itu.. Buat koleksi peribadi.. lagipun membeli buku tak ada ruginya.. dan sesuai juga dibuat bacaan untuk anak-anak dan sesiapa sahaja..

Seketika kenangan zaman sekolah dan anak-anak kembali segar dalam ingatan.. Hingga kini juga aku masih lagi suka membaca.. tapi sudah lebih terfokus kepada membaca kertas-kertas penyelidikan.. jurnal.. majalah.. buku.. namun bacaan ringan dan santai masih menjadi bacaan utama untuk menghilangkan rasa tertekan dan merehatkan minda..

Membaca tidak rugi.. malah setiap hari ketika dalam perjalanan ke universiti aku pasti akan membaca buku-buku motivasi tulisan Dr Hm Tuah yang sentiasa ada dalam beg aku.. Untuk membina semangat dan mengukuhkan motivasi diri ;)



Membacalah apa sahaja.. kerana di situ ada segala-galanya..

... dan katakanlah : " YaRabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan."
(Thaha: 114)

Siapa sahaja yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya akan Dia fahamkan tentang agama (Islam)- (Al-Hadith)


Az-Zamakhsyari, dalam sebuah syairnya berkata:

Berjaga malam kerana mencari ilmu
lebih nikmat bagiku daripada kekayaan
dan kepuasan yang telah kucapai.
Perputaran roda kehidupan
telah melemparkan ke dalam kesulitan
namun itu lebih menyenangkan
sebab aku terus belajar menyelesaikan masalah.
Suara goresan pena di atas kertasku
lebih merdu daripada alunan lagu kesamaran
lebih indah daripada tabuhan rebana remaja puteri
sedangkan lembaran tulisanku
menebarkan butiran pasir hikmah.
Wahai kalian semua
raihlah harapan dan mimpimu
seberapa pun jarak penulis dengan bukunya.
Haruskah aku tetap tertidur dua bulan
sehingga mimpiku menjadi kenyataan?

-Petikan La Tahzan-

Buat sahabatku Liza..
Tahniah atas kejayaan viva PhD petang semalam..
Aku tumpang bangga dan gembira atas kejayaanmu..
Aku siap wish kat blog aku nie.. ;)
Secara tiba-tiba aku mula terbayangkan andai masa itu pula tiba untuk aku..
Insyallah.. Segalanya selesai dengan cemerlang dan cuba sedaya upaya..


Wednesday 24 June 2009

Panas & Sejuk

Semalam.. Hari benar-benar panas membahang.. Hari ini masih terasa bahang panasnya.. Minggu ini kepanasan begini mungkin akan berpanjangan.. Terasa seolah berjalan di bumi tanah kelahiran.. cuma panas di sini berlainan sekali dengan kepanasan di sana.. Silau mentari teramat ketara.. hingga mahu membuka mata juga terasa pedih.. dan kepala juga mula berdenyut-denyut tepu..

Kesan kepanasan semalam terbekas pada aku hingga hari ini.. Kepala sudah mula sakit sejak bangun awal pagi tadi.. Terus semua kerja yang perlu dibuat terpaksa dibiarkan sementara..

Tadi aku layan menonton movie 'Mamma Mia'.. dan berulangkali ditayangkan di Channel Sky Movie..

Ketika melayan lagu 'Supper Troupper' nyanyian Donna & The Dynamo (watak kumpulan penyanyi dalam filem itu.. Meryl Streep, Julie Walters & Christine Baranski)

Super Trouper
Beams are gonna blind me
But I won't feel blue
Like I always do
'Cause somewhere in the crowd
There's you

Terlintas bait ayat..

I was sick and tired of everything
When I called you last night from Glasgow
All I do is eat, and sleep, and sing
Wishing every show was the last show


Uihh.. glemer juga Glasgow nie.. hingga disebut dalam lagu itu heheheheh..

Tulah sapa kata Glasgow tak glemer.. Glemer apa.. Perasan sekejap nie.. ;)

Apatah lagi blog 'Aku dan Glasgow' ini kan..

Siapa nak datang study kat Glasgow.. Selalu jugalah singgah ke blog ini.. Hinggakan beberapa orang pernah menghubungi aku untuk dapatkan info tentang hidup di bumi Glasgow ini..

Oklah.. aku tolong mana yang dapat.. tapi.. ada jugalah sambungan dari kisah itu.. ada kesudahan yang baik.. dan juga kesudahan yang tak 'berapa enak'.. Yang mana kadangkala hati manusia nie terusik juga..

Kalau ikutkan memanglah malas dah nak melayan sebab kerja study sendiri pun dah cukup banyak nak fikir.. so aku hanya mengambil jalan tengah.. Bantu setakat yang aku mampu..
Selebihnya.. minta maaf.. harap faham sendirilah.. Setiap orang ada kesibukan dan masanya sendiri..

Oklah tutuplah bab itu.. aku malas nak ulas lanjut lagi..

Apa juga waktu panas begini.. Menikmati sesuatu yang sejuk itu seolah terlalu sinonim dengan keadaan yang panas begitu..

Ya Aiskrim asam boi..

Senang jek..

Beli bekas aiskrim.. dan tinggal letak air dalam tuh.. Biarkan sejuk menjadi aiskrim..


Misi terlaksana heheheh ;)

Jom layan... ;)

Monday 22 June 2009

Malam itu bulan purnama..


Malam itu bulan penuh.. Ya bulan purnama.. Mengambang sepenuhnya indah berseri.. Lantas hati teringat sebuah sajak yang pernah didendangkan untuknya.. Lewat malam kenangan malam indah ceria..


Malam ini bulan mengambang
indah cahayanya gemilang
inginku gapai terawang-awang
inginku sentuh sinaran gemilang
hadirnya wajahmu indah berseri
dibalik awan dikau bersembunyi
tetapku cari walau kemana pun kau pergi
akan ada hati yang setia menanti..


Dia sendiri jua tidak pernah menyangka yang dia mampu berpujangga.. Bermadah seloka asmara ketawa.. Tampaknya brutal dan serius belaka.. Namun punya hati yang cukup bernada jiwa..

Dia ketawa tatkala irama itu diperdengar di telinga.. Puas ditahan terlepas juga kekekan ketawa tak sengaja.. Serasa mahu ditutup muka.. Menahan rasa malu amatnya.. tak sanggup rasanya membayangkan bagaimana agaknya.. Raut mukanya yang penuh jiwa-jiwa..

Ya malam itu bulan purnama..

Sentiasa menjadi ingatan tatkala.. Dia melihat si bulan penuh mengambang sempurna.. Pasti sajak itu hadir kembali memenuhi ruangan ingatan.. Hingga bila pun pasti kekal ada bersemadi di ruang kenangan..

Pernah ditanya sejauh mana banyaknya rasa cinta??

Pernah dikata sebanyak bintang bertaburan di angkasa.. Sebanyak butiran pasir di pantai yang putih bersih.. Sedalamnya dasar lautan yang paling dalam di dunia.. Sesegarnya rumput nan hijau di seluruh nusantara.. Sebanyak kuntuman bunga dikumpul semua spesis yang ada.. Itukah ukuran cinta namanya.. Itukah namanya sebanyak rasa jiwa.. Itukah jua seumpama yang mampu dikata..

Ya malam itu bulan purnama

Di bumi ini entah berapa malam purnama berlalu.. Kadang pernah terbit rasa ingin tahu.. Adakah bulan purnama itu masih sama seperti yang pernah dilihat dulu.. Adakah masih berseri seindah selalu.. Adakah menerangi bercahaya bersama kelkatu.. Yang sentiasa setia memenuhi ruangan yang punya lampu putih kelabu..

Di bawah cahaya malam purnama pernah ada kisah cerita.. Masih teringat detik peristiwa.. Wajah itu terlihat.. Hati bergetar rasa.. Hingga kini masih terasa getarannya.. suka.. gembira.. bahagia.. dan itukah si dia.. Yang dinanti-nanti sekian lama..

Ya malam itu bulan purnama..

Begitu mudah lidah mengalun rasa..
Begitu mudah juga mulut berkumat kamit berkata..
Begitu mudah juga hati nyaring bergema..
Begitu mudah juga bibir menguntum senyuman mesra..
Begitu mudah juga mata melirik manja..
Begitu mudah juga pipi tersorong-sorong lesung pipitnya..
Begitu mudah juga hidung terhidu tawa ria..
Begitu mudah juga airmata mengalir tanda bahagia..
Begitu mudah juga jemari mengenggam erat sentuhannya..
Begitu mudah juga kepala disandar ke bahu yang sasa..
Begitu mudah juga semua rasa rindu.. sayang dan cinta..
Bersatu memenuhi mengumpul semua..
Cinta itu tetap ada sampai bila-bila..

Ya malam itu bulan purnama..

Detik itu sentiasa istimewa..
Sentiasa kekal berada setia..
Seperti katanya lewat waktunya..
Dikau sentiasa ada dalam hatinya..
Wahai kekanda yang setia..


Sorotan kenangan lewat tahun 90an..
Tatkala sajak itu pernah diperdengarkan pada malam lebaran..
Masih segar bergema irama nadanya..
Mengapa bulan purnama??
Hanya dia sahaja yang tahu mengapa ;)


Sunday 21 June 2009

Dalam diam..


Dalam diam..
Aku menyendiri rasa hati
menyepi rasa sanubari
menyimpan pelbagai erti
mencipta pelbagai seni
mencari segala yang tersembunyi
menanti suatu yang tak pasti

Dalam diam
aku berdiri kaku lesu
memandang sorotan kenangan lalu
berulang satu persatu
ditonton lepas satu demi satu
dibayangi rasa jiwa yang jitu
lewat detik-detik rindu

Dalam diam
yang bercelaru sendu
yang rintih pilu
yang malu semalu
yang celaru keliru
yang sekuat batu
yang bakal ketemu
biarlah di situ
diamnya duduk tersipu

Dalam diam
larian masih tetap berlari
langkah masih gagah menari
jalanan masih panjang beronak duri
laluan masih lebar bersegi
pandangan masih luas dilihat selari
urutan hari masih sama bersiri
kayuhan masih sinonim berulang lagi
fikiran masih terus menjalar mencari
jiwa masih kekal bersemi sendiri
hati masih ada rasa menikmati

Dalam diam
aku masih aku yang sama
aku masih punya nama
masih serupa bunyi ejaannya
masih sama irama sebutannya
sudah tiba detik ketika
dalam diam masih ada
dalam diam masih terbina
dalam diam masih tercipta
untuk kau dan aku rasa
diam itu menyimpan sebuah makna
erti kata jiwa
erti segalanya..

Selamat Hari Ayah..
Buat semua yang bergelar ayahanda..
Semoga tetap kekal hebat bergaya..
Mendidik.. membesarkan.. menjaga semua beban tanggungjawab utama dalam keluarga..
Buat ayahanda tersayang.. Ayah.. Hassan..
dan buat abah tersayang.. Abah.. Ibrahim
Selamat Hari Ayah.. buat kalian
Dari anakanda berdua...
Doakan kejayaan anakanda..
Semoga hasrat perjuangan anakanda terlaksana hendaknya


Friday 19 June 2009

Apa yang kamu Lihat ?


Pada zaman dahulu hiduplah dua orang jeneral perang, Cyrus dan Cagular. Cyrus adalah raja Persia yang terkenal, sedangkan Cagular adalah ketua puak suku yang sentiasa melakukan perang terus-menerus pada pasukan Cyrus dan bertekad mahu menguasai Persia.

Pasukan Cagular mampu memusnahkan kekuatan tentera Cyrus Persia sehingga membuatkan Cyrus berang karena matlamatnya untuk menguasai kawasan daerah selatan Persia sentiasa menemui kegagalan.

Akhirnya, Cyrus mengumpulkan seluruh kekuatan pasukannya dan mengepung daerah kekuasaan Cagular. Dia berjaya menangkap Cagular beserta keluargnya. Mereka lalu dibawa ke ibu kota kerajaan Persia untuk diadili dan dijatuhi hukuman.

Pada hari pengadilan, Cagular dan isterinya dibawa ke ruang pengadilan. Cagular berdiri dengan penuh keperkasaan menghadap singgasana Cyrus. Cyrus terpegun melihat gaya Cagular dan turut merasakan kesan kehebatannya. Dia telah mendengar banyak cerita tentang kehebatan Cagular.

"Apa yang akan kau lakukan bila aku menyelamatkan hidupmu?" tanya Cyrus.

"Yang mulia," jawab Cagular, "Bila Yang Mulia menyelamatkan hidup hamba, hamba akan kembali pulang dan tunduk patuh pada Yang Mulia sepanjang umur hamba."

"Apa yang akan kau lakukan bila aku menyelamatkan hidup isterimu?" tanya Cyrus lagi.

"Yang mulia, bila Yang Mulia menyelamatkan hidup isteri hamba, hamba bersedia mati untuk Yang Mulia," jawab Cagular.

Cyrus amat terkesan dengan jawapan dari Cagular. Lalu dia membebaskan Cagular dan isterinya. Bahkan ia mengangkat Cagular menjadi gabenor yang memerintah di daerah sebelah selatan.

Pada perjalanan pulang, Cagular dengan penuh kegembiraan bertanya kepada isterinya, "Isteriku, tidakkah kau lihat pintu gerbang kerajaan tadi? Tidakkah kau lihat koridor ruang pengadilan tadi? Tidakkah kau lihat kerusi singgasana tadi? Itu semuanya terbuat dari emas murni! Gila!"

Isteri Cagular terkejut mendengar pertanyaan suaminya, tetapi dia menyatakan, "Aku benar-benar tidak memperhatikan semua itu."

"Oh begitu!" tanya Cagular kehairanan, " Pelik, habis apa yang kamu lihat tadi?"

Isteri Cagular menatap mata suaminya dalam-dalam. Lalu ia berkata, "Aku hanya melihat wajah seorang lelaki yang mengatakan bahawa dia bersedia mati demi hidupku."

Apakah kita tahu untuk apa kita mahu mati? Untuk kekasih? Rumah? Negara? Keyakinan? Kebebasan? Cinta?

Tentukanlah untuk apa kita bersedia untuk mati,dan kita juga akan menemukan sebab yang sama untuk kita hidup.

Hiduplah untuk sesuatu yang kita bersedia untuk berkorban, bahkan mati pun rela, maka kita akan hidup dengan penuh keredhaan. Dari situ kita akan menemui jalan bagaimana kita mampu memperolehi kebahagiaan.


Setiap kita mempunyai pandangan yang berbeza tujuan dan matlamat kita hidup di muka bumi ini.. Untuk apa kita hidup?? Pasti anda semua ada jawapan masing-masing


Apa agaknya yang korang lihat dari gambar di atas???

Cuba teka??

Apa yang korang nampak???

Sebuah lampu tau..

Tak nampak..

Cuba tenung betul-betul..

Aku tahu mesti ada yang nampak benda lain nie
hehehehe ;)


Thursday 18 June 2009

Sometimes you never know..



One day, when I was a freshman in high school, I saw a kid from my class was walking home from school. His name was Kyle. It looked like he was carrying all of his books.

I thought to myself, "Why would anyone bring home all his books on a Friday? He must really be a nerd."

I had quite a weekend planned (parties and a football game with my friends tomorrow afternoon), so I shrugged my shoulders and went on.

As I was walking, I saw a bunch of kids running toward him. They ran at him, knocking all his books out of his arms and tripping him so he landed in the dirt. His glasses went flying, and I saw them land in the grass about ten feet from him. He looked up and I saw this terrible sadness in his eyes.

My heart went out to him. So, I jogged over to him and as he crawled around looking for his glasses, and I saw a tear in his eye. As I handed him his glasses, I said, "Those guys are jerks. They really should get lives."

He looked at me and said, "Hey thanks!"

There was a big smile on his face. It was one of those smiles that showed real gratitude.

I helped him pick up his books, and asked him where he lived. As it turned out, he lived near me, so I asked him why I had never seen him before. He said he had gone to private school before now.

I would have never hung out with a private school kid before. We talked all the way home, and I carried some of his books. He turned out to be a pretty cool kid. I asked him if he wanted to play a little football with my friends. He said yes. We hung out all weekend and the more I got to know Kyle, the more I liked him, and my friends thought the same of him.

Monday morning came, and there was Kyle with the huge stack of books again. I stopped him and said, "Boy, you are gonna really build some serious muscles with this pile of books everyday!"

He just laughed and handed me half the books.

Over the next four years, Kyle and I became best friends. When we were seniors, we began to think about college. Kyle decided on Georgetown, and I was going to Duke.

I knew that we would always be friends, that the miles would never be a problem. He was going to be a doctor, and I was going for business on a football scholarship.

Kyle was valedictorian of our class. I teased him all the time about being a nerd. He had to prepare a speech for graduation.

I was so glad it wasn't me having to get up there and speak. Graduation day, I saw Kyle. He looked great. He was one of those guys that really found himself during high school. He filled out and actually looked good in glasses.

He had more dates than I had and all the girls loved him. Boy, sometimes I was jealous.

Today was one of those days. I could see that he was nervous about his speech. So, I smacked him on the back and said, "Hey, big guy, you'll be great!"

He looked at me with one of those looks (the really grateful one) and smiled.

"Thanks," he said.

As he started his speech, he cleared his throat, and began. "Graduation is a time to thank those who helped you make it through those tough years. Your parents, your teachers, your siblings, maybe a coach... but mostly your friends. I am here to tell all of you that being a friend to someone is the best gift you can give them. I am going to tell you a story."

I just looked at my friend with disbelief as he told the story of the first day we met. He had planned to kill himself over the weekend. He talked of how he had cleaned out his locker so his Mom wouldn't have to do it later and was carrying his stuff home.

He looked hard at me and gave me a little smile.

"Thankfully, I was saved. My friend saved me from doing the unspeakable."

I heard the gasp go through the crowd as this handsome, popular boy told us all about his weakest moment.

I saw his Mom and dad looking at me and smiling that same grateful smile. Not until that moment did I realize it's depth.

Never underestimate the power of your actions. With one small gesture you can change a person's life. For better or for worse.

God puts us all in each other's lives to impact one another in some way. Look for God in others.


Adakalanya tindakan kita yang sedikit itu memberikan impak dan kesan yang besar pada orang lain.. kadangkala perbuatan baik kita.. dipandang serong dah disalah erti oleh orang lain.. tapi tetaplah juga berbuat baik..

Dari Ummu Salamah Radhiyallahu'anha disebutkan Rasullulah Shallallahu'alaihi wasallam pernah bersabda:

Tidaklah seorang muslim yang ditimpa sebuah musibah lalu dia mengucapkan "innalilahi wa inna ilaihi raji'un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali) dan berdoa: " Ya Allah berilah aku ganjaran dari musibah yang menimpaku dan gantikan bagiku sesuatu yang lebih baik darinya),melainkan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang telah tiada.

Seorang Penyair berkata:

Sahabatku, demi Allah, tidak ada satu musibah pun
yang kekal dalam hidup ini
bagaimanapun beratnya
Jika suatu ketika ia menimpa
Janganlah anda merasa tak berdaya kerananya
Jangan pula banyak mengeluh
kerana ia pasti akan lenyap,
Betapa banyak orang terhormat
yang dulunya sering ditimpa musibah
namun ia tabah sampai musibah itu lenyap
dan meninggalkannya
Dan saat kesabaranku muncul dalam musibaha
maka musibah terasa ringan


Penyair lain berkata:

Hatiku terasa sedih saat menanggung derita
namun terkenang kesengsaraan bagiku
ada hikmahnya
Begitu banyak hari
yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan
namun berakhir
dengan kesenangan dan kegembiraan
Aku tidak merasa berat
dengan kesusahan yang menimpaku
kerana aku yakin
akan ada jalan keluar di balik kesusahan


Petikan La-Tahzan




Tuesday 16 June 2009

Ku rasa-rasa..


Ada apa dengan kenangan..

Ada apa dengan ingatan dan ada apa dengan masa silam..

Ada apa dengan semua itu..

Ada indahnya..

Ada pahitnya..

Ada sedihnya..

Ada sukanya..

Ada dukanya..

Ada tawa riangnya..

Ada tangisan pedihnya..

Ya ada apa dengan semua itu..

Ada apa untuk dikenang semua..

Kadangkala diri sering bertanya mengapa.. kenapa.. untuk apa..

Selama itu juga tidak ada sebarang jawapannya..

Pada masa yang sama juga..

Soalan itu mahu dibiarkan tanpa jawapan..

Sampai bila??

Sampai bila-bila..

Hingga hati ada rasa ada redanya..

Ada tenangnya..

Ada redhanya..

Seminggu yang lalu..

Tiba-tiba teringin merasa..

Apatah lagi ada saki baki yang tinggal bersisa ..

Masih ada lebihan rasa yang sayang hendak dibuang begitu sahaja..

Pelbagai rasa..

Macam-macam rasa..

Macam-macam ada..

Macam-macam peristiwa..

Macam-macam yang tiba..

Macam-macam juga perisa..

Ya.. waktu ini punya banyak rasa..

Punya banyak teringinnya..

Walau apa juga..

Kaki akan terus melangkah..

Tangan akan terus menulis dan menaip sedaya upaya..

Kepala akan terus berfikir.. menjana minda..

Serta jiwa akan terus merasa.. berirama segala..

Ya.. aku duk terbayang-bayang sate yang belum dibakar itu..

Wahai.. tukang bakar satay..

Bilalah agaknya tangan tuh nak mencucuk sate yang dah diperap itu..

Bilalah agaknya hendak dibakar sate itu..

Penat ler nunggu nie..

Waktu ini tukang bakar sate sedang melepak dengan senang hati..

Agak-agak ada yang kena berasap tak??

Tunggu yolah..


Monday 15 June 2009

Ku jenguk takde orang


Lengang..

Buka pintu.. Gelap

Buka Lampu.. Lengang

Buka mata.. takde orang..

Buka PC.. tetap takde orang

Buka email.. tetap takde orang datang

Buka blog.. tetap takde orang datang lagi

Buka tingkap.. hujan lebat yang datang

Jenguk tingkap.. hujan makin lebat

Jenguk ke bawah.. nampak bumi yang basah kuyup..

Jenguk ke langit.. Awan tiada.. langit mendung.. kelabu dan berkabus

Jenguk ke ruangan bilik.. malap.. hanya 3 lampu menerangi.. 1 lampu dah padam

Jenguk meja study.. uih.. bersepah kertas.. buku.. mug.. botol air.. ..tisu.. tupperware.. sana sini

Jenguk jam.. aihh dah nak tengahari

Jenguk jam lagi.. mana pulak budak berdua tuh pergi

Jenguk jam lagi.. waa.... aku terlupa something nie

Jenguk jam lagi.. bape hb hari ini

Flash back pertemuan jumaat lepas.. patutlah diorg happy

Diorang pergi bercuti lagi.. waaa.. waa...

Oklah aku nak berhibernasi..

Kerja-kerja study dah menanti nie..

Aku tetap tak puas hati nie..

Diorang ponteng meeting research hari nie..

wa... wa.. tinggal aku yang kena pergi..

sob.. sob.. sampai hati.. ;)

Timo kasih cik.. den tetibo yo lupo ejaan lengang jadik legang.. lidah den dah tergeliat glaswegian..

Friday 12 June 2009

Ku pandang-pandang macam dia


Aku memandang di sudut itu...

Kelibatnya seperti yang pernah aku lihat dulu...

Segak.. menawan.. kacak.. tampan.. bergaya.. berkarisma.. berkarektor.. berjenama..

Ya seperti dia..

Ku toleh sekali lagi..

Ya macam dia..

Ku pandang kedua kali..

Ya betul dia..

Ku renung ketiga kali..

Ya amat pasti dia..

Ku lihat keempat kali..

Ya ku yakini dia..

Ku lihat kelima kali..

Ya memang dia..

Ku lihat lagi dan lagi..

Ya sah dia..

Ku lihat lagi.. lagi.. lagi..

Ya tau korang pun percaya itu dia..

Ya hari yang indah untuk berpoya-poya..

Esok cuti hujung minggu..

Minggu depan 21 June.. Hari bapa..

Oh tapi takde kena mengena dengan berpoya-poya itu..

Hari yang panas dan melenggas..

Elok sangat untuk berehat minda kepala..

Mencederakan poket segala..

Sales.. ada dimana-mana

Debenham clearance sale.. (Tingkat bawah St. Enoch ya)

Uihh.. beratur orang dan sesak nafas dibuatnya..

Paling mahal £10 harganya..

Singgah Tie Rack ada pula sale '3 for 2'..

Beli 3 tapi bayar untuk 2 sahaja..

Apa lagik..

Shopping time..

Summer sale tak lama lagik dah..



Thursday 11 June 2009

Memandangmu buat aku jadi tak menentu



Warna itu sudah cukup untuk membuatkan aku teruja.. amat teruja.. sebenarnya sudah agak lama juga punya keinginan untuk mendapatkannya.. namun masa dan peluang sahaja belum ada.. kadangkala bila ternampak kelibatnya.. hati terdetik untuk mengambilnya tapi.. pastinya aku sentiasa terlupa dan teragak-agak seketika.. dan kesudahannya aku terus jadi terlupa..

Beberapa hari yang lepas sekali lagi aku terlihat gambaran itu sekali lagi.. ya kali ini rasa teruja sudah tidak boleh ditahan-tahan lagi.. tapi seperti biasa tatkala mahu menjejakkan kaki ke situ ada sahaja perkara yang membataskan keinginan itu.. kadang juga aku terlupa lagi.. dek kesibukan saban hari yang lebih utama..

Ya mana mungkin dapat aku lupakan warna dan bentuknya yang merah menyala.. lambaian warna merah itu sudah cukup membuatkan aku terpesona.. ibarat si dara jelita yang putih melepak kulitnya dihiasi dengan baju merah terang yang bergaya.. sesiapa sahaja yang terlihat pastinya akan memandang kali kedua.. atau ketiga.. atau keempat atau terus memandang tanpa menoleh kemana-mana.. tapi pandangan buat si merah ini walau berkali-kali pun dipandang.. dosa itu takkan ada.. lagikan pula ia seolah melambai-lambai memanggil sesiapa sahaja.. mahu atau tidak sahaja..

Ikut rasa binasa.. ikut hati mati.. itu kata peribahasa.. tapi kata aku.. ikut rasa teruskan sahaja.. ikut hati senang hati.. hahahaha.. tidak usah ambil peduli.. tidak usah berkira-kira lagi.. dapatkan sahaja.. tak rugi.. tak berkecil hati.. takkan ada yang benci.. melainkan yang sukahati.. berganda-ganda merelakan diri..

Ya pandangan itu buat aku jatuh hati.. pandangan itu juga buat aku sukahati.. pandangan itu juga buat aku mencintai.. dulu kini dan hari-hari.. tak minggu lepas.. minggu ini.. pastinya akan sentiasa dinanti.. kerana tidak selalunya ia dapat dimiliki.. tidak selalunya juga dapat dinikmati..

Seketika aku juga jadi pelik.. ketika aku luahkan rasa untuk memilikinya.. seorang sahabat memandangku dengan renungannya.. dengan penuh tanda tanya.. seolah begitu pelik sekali permintaanku kala berkata.. katanya.. dia tidak pernah punya rasa untuk mendapatkannya.. aku jadi pelik.. aihhh sudah bertahun di sini takkan tak pernah sekali pun teringin untuk mendapatkannya.. takkan tak pernah sekali pun mahu menikmatinya.. apatah lagi kemunculannya bukan selalu ada setiap musim di sini.. hanya musim tertentu sahaja si warna merah itu muncul berseri terang dan garang.. menimbulkan rasa ghairah nafsu untuk dinikmati..

Kemarin aku zahirkan permintaan untuk memilikinya pada sahabat itu.. kerana kesuntukan masa menyebabkan aku tidak punya masa untuk ke sana sendiri untuk membelek dan memilikinya.. Pesanan dan kiriman itu hanya aku sampaikan pada dia untuk dia laksanakan hasratku yang utama.. ya dan dia sememangnya sahabat yang baik.. Lewat petang semalam aku terima panggilan darinya.. mengesahkan permintaanku itu tidak palsu dan tidak berpura-pura.. Aku tegaskan permintaan itu masih sama.. tidak pernah berpaling tadah dan berubah fikirannya.. takkan juga berpatah arang langsungnya.. sekali mulut melafazkan kata.. sekali itu juga hati ini nekad memiliki si dia..

Hari ini ketika aku tiba ke sini.. ke bilik ini yang saban harinya selama bertahun di bumi glasgow ini.. kesetiaan aku pada kehangatan dan kesejukan yang silih berganti berlegar-legar di ruangan udara bilik kecil ini masih utuh hingga kini.. Si merah menyala itu tersimpan kemas lagak empunya diri.. Pesanan si sahabat berulang kali mengingatkan aku.. "Aku simpan di situ buatmu.. jangan lupa untuk mengambilnya nanti"

Mulanya aku seolah buat tidak tahu sahaja akan pesanan itu yang seolah-olah seperti laguan nyaringnya irama si nyamuk di telinga.. terasa seolah ada-ada.. tapi ditepis-tepis tak kena.. dipukul-pukul tak dapat.. ditepuk-tepuk sakit tangan sendiri.. nyamuknya habis lari.. ya.. bukan apa.. aku sedikit sibuk dengan urusan yang lebih penting pagi ini.. Ada temujanj utama yang penting untuk aku hadapi hari ini.. sejak bangun tidur tadi kepala sudah mula berpinar-pinar dan hati juga mula berdegup kenyang hentakkan iramanya.. dup dap dup dap.. Alhamdullilah selesai urusan itu.. sekali lagi bayangan si merah masih terlalu jauh untuk singgah seketika di fikiran ini..

Akhirnya lewat petang.. kepala dan hati serentak berkata.. ada sesuatu yang aku terlupa.. apa dia ya.. tanya kedua-duanya.. oh... si merah menyala itu.. di situ.. tak berusik.. tak bersentuh.. tak dipeduli.. ohh.. kesian bagaimana aku boleh terlupa langsung akan si dia itu.. ya.. itulah jadinya bila terlalu banyak urusan dalam kepala.. dan rasa dalam jiwa..berserabut untuk menyusun semuanya silih berganti mengikut keutamaan dan kepentingan serta kehendak hati naluri..

Aku ambil dia yang tersembunyi.. di sebalik rak-rak yang penuh dan terisi pelbagai benda dan harta bendanya.. Mataku sudah tidak mampu lagi untuk beralih pandangan.. lidah juga sudah tidak sabar untuk mengucupi dan menikmati.. mulut juga sudah mula terasa sedikit kecur berair.. seolah amaran tidak sabar untuk aku cepat dan pantas menyempurnakan kebersihan dirinya..

Ya.. memandangmu membuatkan aku jadi tak menentu.. menjadikan aku penasaran.. menjadikan aku rindu dan gila bayangan.. menjadikan aku berpinar-pinar tenggelam dalam warna kemerahan hati yang mempesonakan.. Ya aku mengaku aku jatuh hati.. aku juga mengaku aku mencintai.. aku juga mengaku aku ingin mengingini..

...........................



.......................



.................



............



........



....



..



Ya buah ceri merah.. sapa yang tak nak kan.. sedap dan manis.. dan segar..

Paling utama hanya 49p sahaja.. dapatkan di Aldi ya.. murah-murah.. amat murah.. aku borong 2 bungkus terus.. hehehehe..

Jangan marah dan jangan ingat bukan-bukan.. buat yang rasa cam nak cubit ke.. nak mengetuk ke.. yang berasap ke.. Silalah jaga kemarahan anda ya.. tak leh tahan rasa marah tuh.. sila terjun kolam ya.. wakakkakah..

Aku tolong makan kan untuk korang semua.. Jangan jeles... hehehehe ;)

Wednesday 10 June 2009

Redha


Firman Allah Subhanu wa ta'ala di dalm surah Al-Ma'idah, ayat 119:
Allah redha kepada mereka dan mereka juga redha kepada-Nya

Keredhaan akan menciptakan ketenangan, hati yang dingin, ketegaran dalam menghadapi syubhat, ketegaran dalam menghadapi berbagai permasalahan yang bertindih-tindih dan yang muncul deras sekali. Hati yang redha akan yakin sepenuhnya kepada janji Allah dan rasulNya.

Hati orang seperti ini seakan dibisikkan suara:

.....inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita. dan benarlah Allah dan rasulNya. dan yang demikian tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.
(Al-Ahzab: 22)

Seorang penyair mengatakan:

Demi cinta kami kepadaMu
kami meneguk pahitnya kehidupan
dan bukan mengeluh kerana peristiwa tragis
yang kami alami.
Kami gembira dan senang
bila selalu menyebutMu
dan dambaan hati kami selamanya
adalah bersua denganMu


Petikan dari La-Tahzan

Tuesday 9 June 2009

3 Qul


In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

Say: He is Allah the One and Only;(1) Allah, the Eternal;(2) He begetteth not nor is He begotten;(3) And there is none like unto Him. (4)
Surah Al-Ikhlas (The Purity)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

Say: I seek refuge with the lord of the Dawn,(1) From the mischief of created things;(2) From the mischief of Darkness as it overspreads;(3) From the mischief of those who practise Secret Arts;(4) And from the mischief of the envious one as he practises envy.(5)
Surah Al-Falaq (The Daybreak)

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful

Say: I seek refuge with the Lord and Cherisher of Mankind,(1) The King (or Ruler) of Mankind-(2) The Allah (or Judge) of Mankind-(2) From the mischief of the Whisperer (of Evil), who withdraws (after his whisper)-(4) (The same) who whispers into the hearts of Mankind-(5) Among Jinns and among Men. (6)
Surah An-Nas (Mankind)

Ayat 3 Qul. Surah amalan harian.

Sunday 7 June 2009

Aku bosan


Dulu aku bosan
Kemarin aku juga bosan
Semalam aku bosan lagi
Hari ini aku bertambah-tambah bosan
Lantaklah dengan rasa bosan itu
Aku peduli apa..
Ada perkara yang lebih penting lagi dalam hidup aku
dan aku takde masa nak layan semua itu..
Bosan sungguh!!

Do I care?
No!! I don't care at all

Tetiba jek rasa nak makan aiskrim asam boi..
Terbayang-bayang kesedapannya..

Aku tension yahoo mail aku takleh dicapai melalui iPhone 3G aku..
Bosannya.... seharian suntuk aku cuba settlekan..
Wahai encik yahoo.. cubalah bantu aku ini..
Bosan sungguh tau..


Friday 5 June 2009

4, Empat, Four, Papat


2 X 2 = 4
2 + 2 = 4
1 X 4 = 4
5 - 1 = 4
6 - 2 = 4
7 - 3 = 4
8 - 4 = 4
9 - 5 = 4
10 - 6 = 4
8 / 2 = 4
12 / 3 = 4

Kenapa empat??
Saje nak buat kira-kira sikit hari ini..
;)

Thursday 4 June 2009

Salam Hari Lahir


Buat Suami Tersayang

Selamat hari lahir buatmu..

Moga Allah panjangkan usiamu..

Murahkan rezekimu

Panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat kita..

Hadiah tahun nie.. tetap ada walaupun sederhana sahaja..
(Dah offer nak belikan jam tak nak pulak hehehe.. jimat kos... tapi hadiah untuk ina tetap kena ada.. tak boleh tidak tau)

Selamat hari lahir buat abang tercinta..
Apapun.. Ina tetap muda dari abang ;)

Semoga hari-hari kita akan kekal bahagia.. tenang.. gembira dan sentiasa bergurau senda bergelak ketawa hendaknya.. Insyallah
Jangan lupa belanja lunch/dinner tau

Wednesday 3 June 2009

Kembali Menjejaki


Semalam..
Di dalam panasnya mentari..
aku melihat mereka pergi
mengatur langkah menyusun jemari
mata sudah mula membayangi
kepala sudah mula meneliti
hati pula sudah mula merasai..
mimpi-mimpi juga hampir jadi realiti

Mereka kembali menjejaki
bumi yang suatu ketika ditinggalkan pergi
datang ke sini mencari dan terus mencari
erti perjuangan diri
tujuan peribadi atau pribumi
menyimpan rindu yang sudah lama bersemi

Seketika teringat lewat masa itu
tatkala langkah yang sama diatur dulu
hadir semuanya rasa sayang dan rindu
seperti mereka aku juga sayu
terbayang wajah-wajah istimewa selalu

Memang benar walau kemana jua
haluan perjalanan dan susunan kembara
walau seronoknya meneroka
hati tetap mengatakan yang sama
bumi itu tetap istimewa
dulu, kini dan selamanya

Andai ada wang yang banyak berjuta-juta
miliki jet peribadi merata
sudah tentunya
hari ini juga ku kemas beg sandangan segala
ku bawa diri melangkah tangga
13 jam masa di udara
pastinya tiba di daerah sana

Selamat pulang ke tanahair buat mereka..
semalam mereka kembali ke sana
esok pula ada mereka yang lain pula
lusa juga ada lagi yang menjejaki sama

Sejenak aku jadi rindu..
sejenak juga aku cemburu
sejenak juga aku sayu
sejenak juga aku sendu
sejenak juga aku tahan rasa pilu
sejenak juga doaku
sampaikanlah salamku diangin nan lalu
buat mereka di negara dirgahayu
bumi tanah tumpah darahku..

Buat mereka yang pulang ke tanahair.. semalam.. esok dan lusa..
Semoga selamat pergi dan selamat kembali..
Insyallah..

Tuesday 2 June 2009

Kek Pisang Sukahati..

Memandangkan ramai yang bertanyakan resepi kek pisang ini..

Aku letaklah resepi nie kat sini.. senang jek nak buat tak susah pun..

Kredit pada Kak Ida, Effa & As.. resepi turun temurun dari diorang nie

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
3 biji telur
3 biji pisang
1 biji karot
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara membuatnya:

Campurkan tepung naik sendiri dengan soda bikarbonat. Gaul rata
Lenyekkan pisang tadi
Pukul 3 biji telur bagi kembang sedikit
Parut karot
Masukkan gula dalam lenyekan pisang tadi gaul rata
Masukkan minyak dalam adunan tepung dan gaul.
Masukkan telur yang telah dipukul dan gaul lagi.
Masukkan pisang dan gula yang telah digaul rata.
Gaul semua bahan hingga sebati dan masukkan parutan karot**.
Biarkan beberapa minit.
Panaskan oven (di sini gas no5)
Masukkan adunan dalam tray pembakar.
Masukkan dalam oven dan tunggu hingga dia naik kembang.
Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek itu tidak melekat pada lidi dan masak elok.

Sejukkan dan bolehlah dipotong untuk dimakan buat minum petang.
**Selain daripada karot boleh juga masukkan kelapa parut, coklat rice dan sebagainya kalau nak.

Sesiapa nak mencuba.. silalah.. senang jek.. dan sedap dimakan.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin