Sunday 14 September 2008

Alahai Hari Ahad dah..

Semalam aku sibuk sedikit.. Terkejar-kejar ke sekolah malaysia glasgow untuk mengajar pagi semalam.. syukur kali ini sudah ada kereta.. jika perlu berjalan kaki lagi.. mahu pukul 9.55 pagi keluar rumah.. pukul 10.15 baru aku sampai.. anak murid aku pun pastinya sudah berlari-larian.. Dalam perjalanan bagai dijanji pula.. ternampak kelibat kakak aku sorang tu dengan anak-anaknya yang 3 orang tu hehhehe.. memang rezeki kak haizan ler jadi orang pertama yang aku tumpangkan dengan kereta aku tu..

Sesi pengajaran kali ini.. aku memperkenalkan kata-kata ganti diri yang sering digunakan dan bila sesuai untuk digunakan mengikut masa dan tatasusila.. Oleh kerana mereka ini jenis aktif dan suka berjalan-jalan dan berlari-lari.. setiap 45 minit aku mesti suruh mereka bersenam.. tarik nafas.. lepas.. joget sikit-sikit.. dan sambung belajar balik..

Dekat-dekat nak selesai kelas.. ada ke sorang anak murid aku nie tanya soalan maut pada aku..

"Cikgu dah kawin ke?"

Aduhh anak murid aku nie.. ada ke leh tanya soklan nie.. dengan selambanya aku jawab

"Saya dah kawin ler"

"Habis siapa suami cikgu? uncle siapa?"

Alahai takkan ler takat jadi cikgu ajar bahasa melayu.. kena introduce suami.. (ke aku awet muda.. sampai budak umur 7 tahun pun leh tanya aku dah kawin ke belum.. perasan sungguh aku masa nie heheheh) Memanglah diorang nie.. ada-ada je soalan maut.. aku tak jawab pun soalan tu.. malah aku suruh dia habiskan menyalin latihan yang aku tuliskan di whiteboard..

Selepas selesai mengajar aku kembali ke rumah.. bermula dari pukul 1.30ptg aku dah mula berdiri di dapur hinggalah ke pukul 7 petang.. sempat lari sebentar untuk solat zohor dan asar.. kenapa?? sebenarnya aku jemput 3 keluarga yang akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan ini.. aku jemput juga rakan-rakan rapat untuk tolong bawa juadah bersama.. kalau semua nak aku masak sorang-sorang mahu pengsan.. itupun dah kepenatan.. bilangan tetamu datang hampir 40 orang..

Sebenarnya ramai yang ingin dijemput.. tapi memikirkan majlis ini khusus meraikan mereka yang bakal pulang.. sebab itu aku tidak dapat menjemput semua rakan-rakan.. biarlah mengutamakan mereka yang akan balik tidak lama lagi.. Insyallah.. aku ada juga rancang-rancang untuk buat lagi berbuka puasa.. tapi masih dalam pertimbangan.. sebab?? bila aku kira-kira yang kena jemput.. waduh-waduh yang wajib dalam list aku.. yang rapat sahaja dan dari UPSI sahaja hampir 15 keluarga.. tetamu dalam lingkungan 60 orang termasuk anak-anak..itu baru list kawan-kawan aku.. kalau list pakwe aku lak.. aduss mau 100 orang datang.. ayam 6 pair pun habis.. sup tulang seperiuk besar pun habis.. uihh.. mana nak letak dalam rumah aku tu.. mau sendat padat.. tetamu semalam hampir 40 orang, pun rumah sudah sesak penuh.. namun tetap seronok dapat berbual-bual dengan mereka.. hampir ke pukul 12malam barulah mereka beredar dan pulang ke rumah.. seronok bersembang-sembang..


Juadah yang disediakan.. penuh meja panjang.. desert banyak sungguh alhamdullilah.. selesai semuanya..


Salad telur Jaslina dan telur bungkus kak Haizan.. sedap!!!

Nasib kak haizan tegur suruh aku ambil gambar.. idak sure licin habis makanan tu tak sempat diambil gambarnya.. tak teringat pun nak ambil gambar sibuk layan tetamu..

Yang tak boleh tahan soalan ini?

"Na.. ko buat tak jamuan pagi raya sok.. akak nak datang makan" Sungguh jujur dan ikhlas pertanyaan ini.. hehehhe tanpa selindung-selindung.. cakap biar terang benderangkan kak heheheheh

Di sampuk oleh sorang lagi kawan baik aku si S

"Ahah aku pun nak datang makan gak"

Dijawab lagi oleh akak aku sorang tu "kitaorang nie kongsi raya.. kongsi makan je"

Di sambung lagi.. "kalau ko nak buat open house sabtu tu buat ler.. akak datang juga.. pagi raya tu pun kalau ko buat akak pun datang gak"

kawan aku nyampuk lagi "ahah aku pun akan datang juga.. datang makan sapa tak nak"

Aku lagi.. "amboi korang semua.. bab datang makan laju je ye.. akan difikirkan"" Nasib baik ler kawan aku berdua tu orang perak.. selamba bebeno diorang tu ye..

Alahai.. mahu juga aku kena fikir nie.. nak buat ke tidak.. Insyallah akan aku tengok mood aku sebelum raya tu.. jika aku rajin.. tidak pagi raya tu.. sabtu tu ke.. yang pasti aku dah ambil cuti raya 2 hari untuk kerja petang.. kerja pagi?? masih dalam pertimbangan lagi.. mungkin minggu depan aku akan cuba apply cuti.. tengoklah..

Sekejap sahaja sudah hari ahad.. rasa baru je hari jumaat aku dah happy-happy sebab cuti 2 hari.. bila kena hari ahad dah.. punyalah takde mood nak mula balik kerja dan study balik.. tapi nak tak nak.. masa berjalan jugakan..

Ketika di negara orang inilah rakan-rakanlah saudara mara kita.. teman baik kita.. kalau takde mereka.. pastinya tidak merasa meriahnya menyambut ramadhan dan syawal.. walaupun jauh dari keluarga.. bila dapat peluang berkumpul bersama pastinya menyeronokkan.. bukan selalu dapat peluang begini kan.. Buat mereka yang akan pulang ke Malaysia seminggu lebih lagi ini.. selamat kembali ke Malaysia.. Insyallah jika ada peluang dan rezeki kita pasti berjumpa lagi.. kenangan bersama di sini tidak akan dilupakan buat selama-lamanya..

Saje nak bgtau: Aku dapat hadiah fridge magnet dari Kobe Jepun.. kawan baik aku baru balik dari Kobe semalam.. nasib aku kirim awal-awal.. jeles kak haizan.. tuler sapa suruh tak bgtau awal-awal cam aku hehehe siap annouce dalam email lagik tu ;).. arigato gozaimas mol..



Tambah satu lagi koleksi fridge magnet aku.. kira jangan tak kira.. tengok je tau.. ;)

3 comments:

MiD \(^0 0^)/ said...

amboi meriahnyer fridge..mcm2 ruper ade..selamat berpuasa di rantauan..hehehe..jgn nangis sodih yo

zura aini said...

iina,
kalau pasal makan, jangan bimbang, kat dunia ceruk mana pun, mesti ada yang datang, seronok bila lihat tetamu suka dan makan, makan.....puashatikan.

iina said...

middaygeo> suka kumpul koleksi magnet leh tgk ari2 bila buka fridge.. sodih tau.. mana tak sodih

zany> tulah.. tapi kat sini nak jemput dekat2 area rumah sahaja ada 42 family.. nak jemput semua emmm.. sesak umah.. lagi2 buka pose.. kalau open house tu ok lagi sebab tak dtg serentak.. makan memanglah seronok.. lagi2 tak yah masak dah kalau ada jemputan dr kwn2 :)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin