Thursday 30 December 2010

Biar madu pada ayam, jangan dimadukan.. tapi kalau nak makan madu.. Jangan malu-malu..

Sebenarnya dah ramai rakan-rakan di sini yang meminta resepi nie.. Selalu juga aku buatkan bila ada makan-makan di rumah.. Sehingga entri ini ditaip.. Dah 2 ekor ayam selamat dipanggang dengan menggunakan resepi yang sama.. Masih ada seekor lagi yang menunggu masa untuk dipanggang pada hari dan waktu belum dipastikan lagi bila.. Kemungkinan akan dijadikan juadah dimakan bersama nasi ayam kot..

Ok.. Kat sini aku nak kongsi resepi nie.. Senang jek.. dah banyak kali aku buat sebenarnya untuk pakwe aku.. dan kadangkala kalau rajin aku buatkan juga untuk rakan-rakan yang bertandang di rumah. Sebenarnya kalau aku tengok statistic blog aku... ramai yang singgah ke sini bila google carik resepi ayam goreng kfc, kek pisang dan kek keju aku.. ahaks.. rasanya kalau aku tukar blog nie jadi blog masakan mesti ramai yang singgah.. tapi.. kan kan kan.. aku kadang2 malas sikit nak snap2 gambar masakan nie.. tak mencabar jek rasa sebab masakan aku simple2 jek.. hehehehe... tapi sekali sekala.. bila teringin nak share resepi yang aku rasa mudah nak buat.. aku akan kongsikan..

Berbalik pada resepi ayam panggang nie, asal usul resepi ini aku ambil dari buku majalah 'Asda' keluaran December 2009 ketika itu kami ada projek buat ayam turki panggang tahun lepas.. Sehingga kini buku ini aku masih simpan sebab banyak tip-tip berguna dan resepi yang mudah untuk dicuba. Nak buat taklah susah cuma ambil masa sikit sebab proses dia banyak terutama kalau nak kena buat side dishes.. Kadang rasa bercinta jek nak siapkan sebab proses memotong, memarut, mengaul, sukat menyukat.. tapi sebab nak makan sangat buat jugalah.. kadang sampai 2 3 jam aku kat dapur baru siap semuanya.

Kebiasaannya aku akan buat ayam panggang ini bersama Mash potato dan Coleslaw.. Cuma untuk kali ini resepi Coleslaw aku gantikan dengan Pasta Prawn Farfalle yang pernah aku kongsikan di sini (dlm entri nie aku guna pasta Fusili).

Gambar ini menjadi oren kerana pencahayaan di dapur menggunakan lampu oren..
Inilah hasil masakan aku sebelum entri ini aku buat..

Sila ambil perhatian.. Resepi ini agak panjang.. (sebab selain resepi ayam panggang tuh, aku letak sekali resepi untuk side dishes untuk dimakan bersama ayam tuh.. tapi kalau tak nak buat pun takpe.. tapi kalau aku buat ayam nie.. side dishes nie memang aku wajib buat sekali)

Resepi Ayam Panggang Bermadu :

Beli seekor ayam dalam 1 1/2 - 2 kg.. (kat sini boleh dapat 3 baby or medium chicken dengan harga antara 6-10pound jek.. selalu beli terus 3 ekor)
Kalau ayam turki.. beli dalam 3-4kg jek.. kalau ramai yang nak makan boleh cuba beli 5kg.. tapi jenuh nak angkat sebab berat giler

Rempah perap:
2 sudu madu
2 sudu kicap manis/pekat
1 sudu gula merah/brown sugar
1 sudu kecil mixed herbs atau
1 sudu kecil mustard seed/creme
2 sudu lea & perrins (takde pun takpe)

  • Kesemua bahan perap ini disatukan dan dikacau hingga sebati.
  • Kalau nak boleh diperap semalaman.. atau kalau tak sempat.. boleh juga diperap beberapa jam sebelum dibakar di dalam oven.
  • Sapukan bahan perap tadi pada semua permukaan kulit ayam (jika boleh pilih ayam ada kulit.. jangan dibuang kulitnya) sapukan juga di dalam kulit ayam itu.. masukkan sedikit jari pada celah kulit dan daging di bahagian kaki atau kepala.. kemudian dengan perlahan-lahan sapukan rempah perap rata-rata (ini perlu dibuat jika ayam yang digunakan adalah ayam turki kerana isinya lebih tebal dan dengan menyapu bahan perap di antara kulit dan daging lebih memudahkan bahan perap itu meresap ke dalam dagingnya).
  • Untuk ayam turki, biasanya ada stuffing di dalamnya. Ada banyak resepi stuffing. Ini bergantung pada citarasa masing-masing. (untuk ayam panggang yang aku buat nie takde stuffing sebab aku malas hehehe)
  • Biasanya aku akan gunakan stuffing yang siap dibeli 'sage and onion' yang aku masak dengan mince chicken, bawang dan 1 sudu serbuk kari/kurma dengan sedikit garam. 
  • Kemudian dicampurkan dengan serbuk stuffing 'sage and onion' yang telah digaul dengan air panas terlebih dahulu. Aku tak suka hanya menggunakan stuffing 'sage and onion' sahaja kerana rasanya agak 'bland', sebab itu aku campurkan sedikit mince chicken atau beef (ikut suka) dan serbuk kari.. Kalau tak boleh diperolehi di supermarket 'sage and onion' stuffing ini juga boleh dibuat sendiri (resepi dr BBC food)
Ingredients
4 large onions
10 sage leaves
125g/¼lb of breadcrumbs
40g/1½oz butter
salt and pepper to taste
1 egg


Preparation method
- Peel the onions, put them into boiling water, let them simmer for 5 minutes or rather longer, and just before they are taken out, put in the sage-leaves for a minute or two to take off their rawness.
- Chop both these very fine, add the bread, seasoning and butter, and work the whole lot together with the yolk of an egg, when the stuffing will be ready for use.
- It should be rather highly seasoned, and the sage-leaves should be very finely chopped.
- Many cooks do not parboil the onions in the manner just stated, but merely use them raw. The stuffing then, however is not nearly so mild, and to many tastes, its strong flavour would be very objectionable.
  • Masukkan stuffing ke dalam ayam hingga agak-agak padat (jgn terlalu padat sangat nanti susah nak tutup dengan lidi) dan ditutup dengan lidi pencungkil gigi.. Kalau takde lidi pencungkil gigi.. lidi buat barbeque pun boleh, cuma perlu dipotong pendek dan ditajamkan hujungnya. Ada juga yang aku jumpa ikat guna benang dan jahit pada bontot dan tengkuk ayam. Yang ikat pun ada.. ikutlah mana-mana yang rajin. 
  • Sapu semula bahan perap tadi rata-rata.
  • Letakkan ayam pada dulang pembakar. Jika ayam turki letakkan baki stuffing pada bahagian atas ayam turki itu supaya dia tidak terlalu kering (kalau resepi asal diorg letak 'bacon strip'). Pada aku letak stuffing pun ok sebab dalam tuh ada lemak ayam atau daging pada mince yang digunakan.
  • Tutup dengan 'cling flim' dan biarkan beberapa jam.
  • Bila mula nak membakar, panaskan oven pada suhu 200 gas mark 6 atau 220 Gas mark 7( ayam turki).
  • Tempoh membakar ayam turki mengikut berat ayam tersebut ini termasuk berat stuffing sekali:
      - Jika berat ayam antara 1-4kg, setiap kg masa memasak adalah 20minit dan diakhir masa tambah lagi 70minit.
      - Jika berat ayam 4kg ke atas, setiap kg adalah 20minit dan di akhir masa tambah lagi 90minit.

     - Jika ayam biasa tempoh memasak antara 1jam 30minit hingga 2 jam bergantung pada saiz ayam berkenaan.
  • 30 minit terakhir itu diperuntukkan untuk membakar ayam itu tanpa 'cling film'.
  • Sila kira masa untuk memanggang ayam dengan berat ayam turki berkenaan katalah berat ayam itu 4kg, maka masa membakar adalah 20minit didarab 4= 80 dan tambah 90min = 170min iaitu 2jam 50minit.
  • Masukkan ayam ke dalam oven selama 40 minit dan kecilkan gas oven pada mark 3 atau 170. Biasanya aku akan pastikan timer akan diset pada waktu ini, jangan main agak-agak masa ditakuti nanti terlupa atau terlalai pulak tau2 jek hangus ;)
  • Tunggu lagi dalam 10-20 min (ini untuk ayam bersaiz biasa), jika ayam turki dengan berat 4kg (masa membakar lagi 1jam 40min) dan bolehlah dikeluarkan dari oven untuk membuang 'cling film' yang membalut dulang pembakar.
  • Ketika ini air ayam akan bergenang di keliling ayam berkenaan. Tuang air ayam ini ke dalam mangkuk berasingan untuk dibuat 'gravy'.
  • Taburkan sedikit tepung pada keliling ayam, tujuannya untuk kulitnya menjadi lebih garing dan sapu lebihan rempah perap pada keliling ayam itu.
  • Naikkan suhu oven pada gas mark 6 atau suhu 200
  • Masukkan ke dalam oven tanpa 'cling film' untuk 30minit lagi atau hingga kulitnya garing dan kehitaman. Jika untuk ayam biasa, boleh dibalikkan ayam itu dan disapu pula bawahnya, tapi kalau ayam turki tak boleh nak dibalikkan.. berattttttt... so biarkan sahaja selama 30minit itu sampai garing.
  • Keluarkan ayam dari oven, tuang air ayam jika ada ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
Untuk perhatian yang warna coklat dan italic tuh.. kalau guna ayam turki (kena letak sebab ramai yang tanya camna nak masak ayam turki nie).. tapi kalau takat ayam biasa tuh jek.. senang jek.. masa nak bakar tak lama.. 1 1/2jam-2jam jek ikut besar ayam. Bukan apa takut ada yang keliru jek pesal komplek sgt proses.. ye kalau buat ayam turki mmg byk prosesnya dan biasanya aku kalau nak buat kena ada kawan.. kalau buat sorg2 penat hahaha.. Takat ayam biasa tuh.. dalam 30min siap dah perap ayam tuh..

Biasanya kat sini diorang akan hidang ayam turki dengan 2 jenis sos iaitu cranberry sos atau white bread sos. Aku tak pernah try lagik.. Maybe next time kot. Buat masa ini, gravy dari air ayam tuh dah cukup sedap bagi aku.

Untuk gravy: 
2 sudu 'granula' bistro
atau 2 sudu tepung biasa
1 mangkuk air ayam
  • Satukan semua bahan dengan air ayam, jika gunakan tepung boleh dimasak dulu dalam periuk kecil untuk sebatikan, kalau malas boleh masuk microwave jek.
  • Dah agak-agak pekat, biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dalam blender, blend hingga sebati. (kadang aku letak sedikit 1 atau 2 ketulan karot atau kentang yang telah dibakar)
  • Tujuannya untuk dapatkan texture gravy yang lebih smooth.
  • Masukkan dalam bekas dan pastikan gravy nie sentiasa dipanaskan bila hendak dihidangkan sebab ia mudah beku.
  • Sementara menunggu ayam masak, biasanya aku akan proceed buat 3 lagi menu sampingan
Ini resepi untuk side dishes.. Kalau malas nak buat pun takpe.. Takat buat ayam panggang tuh pun dah ok.. boleh dimakan begitu jek.. atau nak dimakan dengan nasi ayam pun boleh

Pasta Prawn Farfalle (resepi di sini) atau coleslaw biasa pun boleh.

Mash Potato
  • Rebus 5-6 biji kentang yang telah dibuang kulit dan dipotong sederhana kecil bersama sedikit garam. 
  • Dah mengelegak dan lembut kentangnya, tapis dan terus lenyek kentang itu. 
  • Masukkan kentang yang dilenyek ke dalam periuk, masukkan susu segar hingga kentang sedikit berair, kacau hingga sebati. 
  • Masukkan sedikit butter dan kacau lagi. 
  • Boleh juga masukkan cheese kalau suka dan kacau lagi hingga lembut. 
  • Masukkan sedikit serbuk lada hitam buat perasa, kacau lagi dan sejukkan. 
Kentang, karot dan Parnips (lobak putih) bersama keju
Resepi ini aku ambil dari buku Asda juga dan baru mencubanya.
Dah 2 kali aku try.. Sedap dan agak ranggup bila dimakan bersama ayam.


Bahannya: 
4-5 biji ubi kentang (ikut saizlah kalau kecil lagik banyak), tak perlu buang kulit potong bulat.
4 batang karot yang dipotong bulat.
4 batang parsnip (dikikis kulit luarnya, dibelah dua dan buang batang tengah dan dipotong sederhana panjang)
170g tepung (lebih kurang 1 cawan setengah)
50g Parmesan cheese yang diparut (aku guna cheddar jek.. atau apa2 cheese yang korang suka)
Seasoning (garam, lada hitam, serbuk paprika, serbuk kari, serbuk cili atau apa2 yang korang naklah)

Sedang buang batang tengah pada 'Parsnip'
  • Gaulkan semua bahan tepung itu dan ketepikan. 
  • Rebus ubi kentang, karot dan parsnip dengan sedikit garam.  
  • Bila mengelegak, biarkan selama 3minit dan matikan api.  
  • Buang air rebusan, sementara masih panas dan berwap, cepat-cepatkan masukkan kesemua ubi kentang, karot dan parsnip ke dalam bancuhan tepung tadi. Tepung ini akan lebih mudah melekat jika digaul ketika panas dan berwap tadi.  
  • Ambil dulang pembakar, letakkan di atas api dapur yang kecil, letakkan sedikit butter dan minyak, ratakan dalam dulang.  
  • Masukkan ubi kentang, karot dan parsnip ke dalam dulang pembakar dan balik-balik hingga semuanya sedikit garing. 
  • Masukkan dulang pembakar tadi ke dalam oven dengan gas Mark 6 atau suhu 200. 
  • Balikkan semua ubi kentang, karot dan parsnip hingga semuanya garing dan masak. Sesekali boleh letakkan sedikit butter untuk lebih garing. 
  • Selalunya yang ini aku akan buat bila dah ayam dah nak dekat2 masak dan bila aku keluarkan ayam, masa ini pula aku masukkan kentang, karot dan parsnip tadi.

Ayam panggang bersama 'side dishes'
Nak cuba boleh mencuba ye..
Tapi kalau malas.
Tolong jangan suruh aku buatkan ok..
Jemput makan ye ;)

Tiny..
Untuk ko aku buat pengecualian sebab ko dah booked awal-awal..
So tak leh kata 'No' dah.
.

Tuesday 28 December 2010

Bila mata tengok 'bling.. bling' poket pulak bunyi 'ting.. ting'

Semalam..

Suhu masih sejuk..

Kaki lima penuh berais..

Jalan amat licin..

Entah berapa kali tergelincir..

Alhamdullilah.. Masih belum jatuh bergaya..

Kepala sudah nekad mahu menjejak kaki di tengah kotaraya..

Ramai sungguh manusia..

Tengok kiri.. Tengok kanan..

Pelbagai tanda % ada di sini sana..

Kuatkan juga kudrat kaki dan tangan segala..

Itupun masih belum habis dijejaki semuanya..

Hari ini...

Rutin semalam berulang lagi..

Cuma kali ini sejuk sudah mula kurang terasa..

Jalanan kaki lima sudah mula mencair dek hujan rintik-rintik..

Destinasi bukan lagi kotaraya..

Tapi di satu destinasi yang tak kurang hebatnya..

Tanda % juga masih ada dimana-mana..

Kepala sudah mula mencongkak segala yang diangan-angankan..

Teringat tuntutan janji lewat June yang ku buat-buat lupa..

Akhirnya hari ini terpaksa dek cinta buatnya..

Dia minta tanpa banyak dolak dalih bicara..

Tiba-tiba poket ku berbunyi 'ting.. ting' sahaja..

Esok..

Masih ada yang perlu dicari lagi..

Pastinya kena menjejakkan kaki buat sekian kali..

Ada yang perlu dicari-cari..

Bukan untuk diri sendiri..

Tapi untuk penyelia di CIS yang belum lagi diberi..

Lagipun ini untuk terakhir kali..

Bershopping sakan di  jualan 'boxing day' dan 'New Year' ini..

Mata sudah cukup berpinar melihat tanda 'bling.. bling' berulang kali

Poket sekali lagi bakal berbunyi 'ting.. ting' lagi..

26hb Disember dikenali sebagai 'Boxing day'  iaitu hari membeli belah selepas X'mas..

Hampir kebanyakan penduduk di sekitar UK (termasuklah aku.. ini pengakuan jujur ikhlas)  keluar membeli belah barangan dengan diskaun yang cukup menarik..

Cuma sediakan sahaja duit dan kad sahaja..

Berkenan.. ambik dan bayar aje..

Dah penat shopping 2 hari nie.. Kaki pun dah tak larat berjalan..

Tapi masih ada yang perlu dicari lagi..

Ada yang nak join???

Jom.. Jom..

Tiba-tiba rindu musim bunga..
 Takpe.. Tak lama lagi pun..
 Coming soon..




Friday 24 December 2010

Masak..

Aku kena tag dari Kak Erna..

Disebabkan soalan nie senang jek nak jawab.. so oklah boleh jawab dengan sesuka hati.. hehehe ;)

Ok kak.. saya tolong jawab ok..

Soalan pertama: Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda?
Seawal umur 12tahun.. Kena masak nasi ler.. sebelum tuh belajar gak masak air tau.. bukan guna cerek elektrik cam sekarang.. tapi cerek biasa letak atas dapur gas.. kalau dapur arwah nenek dulu guna dapur kayu.. nak tahu air dah masak?? Tengok kalau keluar banyak wap hehehe.. dah masak ler tuh..Pernah gak mak guna cerek yang berbunyi tuh.. itu lagik senang.. dah bunyi tuh.. masak ler..

Tapi kalau masakan pertama yang 1st aku masak.. tak silap.. masak lemak nenas.. sejak kecik lagi ini memang masakan fav.. lagi pun sebab nenas nie memang banyak keliling umah sebab ayah tanam cam buat pagar dan sempadan dengan umah sebelah.. Dulu kalau mak masak.. memang makan bertambah-tambah.. kena pulak makan dengan ikan sepat masin.. Sebab itu gigih juga nak belajar masakan nie.. sebab suka makan.. Sekarang nie.. nak dapat masak lauk nie sebulan sekali pun payah.. sebab pakwe tak suka sangat.. kalau masak pajeri nenas tuh dia laju jek makan... Hanya kalau balik kampung umah mak.. merasalah lauk nie.. kadang-kadang mak dah standby nenas kat meja dapur.. aku yang kena masak.. ;)

Soalan kedua: Siapa yang menggalakkan anda memasak?
Galak??? takde ye.. Ayah very typical malay man.. he always believed.. gals should know how to cook.. and should always do the cooking.. ehhh.. tetiba cakap english.. hehehe.. So takde galakan melainkan paksaan hahahaha... Tak nak masak memang kenalah dengan ayah.. Yang suruh masak mula-mula dulu pun ayah... so sejak dari itu.. nak tak nak memang kena masak.. sampai nak pergi exam SPM pun... aku kena masak dulu.. baru boleh p tunggu bas nak pergi sekolah untuk exam SPM tau.. bukan cam sekarang nie kan anak-anak.. ditatang bagai minyak yang penuh.. nak spm.. bagi makan best-best.. 1 kerja apa pun tak buat.. suruh baca buku.. buat latihan jek kan.. Aku dulu??? Jangan mimpi.. study.. study juga.. tapi kerja umah.. tetap kena buat.. hehehe.. oppsss.. bebel ler pulak..

Tapi bila duduk dirantau orang.. sedikit sebanyak bakat terpendam memasak nie menyerlah sikit hehehehe.. sebabnya takde pilihan kalau nak makan kat luar.. melainkan kena masak kat rumah.. kuih muih.. kalau teringin.. memang akan gigih jugalah buat sendiri sebab siapa lagik nak suh buatkan.. Kena pula cuaca yang sejuk nie.. memang perut asyik lapar jelah.. so idea nak memasak macam-macam tuh lebih menyerlah.. .. ditambah pula selalu juga ada undangan makan-makan (bawak potluck) dan jamuan makan di rumah sendiri.. Sedikit sebanyak.. skill memasak itu diasah.. tambah bila ada kawan-kawan buat masakan yang sedap.. makin rajinlah berkongsi resepi.. kadang-kadang dapat juga request dari kawan-kawan yang nak makan lauk tertentu.. (hingga Tiny pun dah buat list panjang makanan yang dia nak aku masak.. Aku takut balik mesia aku pun main order jek hehehe..) Lagipun hujung minggu adalah hari yang aku khususkan untuk masak yang agak istimewa memandangkan hari biasa aku sibuk dengan urusan study di universiti.. Memasak di hari bekerja hanya sekadar apa yang ada.. cuma kalau datang mood rajin sesat jugalah sekali dua.. aku buat something yang extra.. selalunya.. lauk pauk yang sederhana..

Cuma bezanya di sini untuk memasak lauk barat lebih banyak pilihan kerana kita boleh dapat bahan-bahan itu dengan mudah dan murah. Kat malaysia boleh buat juga.. cuma bahan-bahan kadang hanya boleh diperolehi di pusat membeli-belah yang besar seperti Jusco, tesco dan lain-lain.. kalau kena duk pekan kecil cam tempat aku tuh.. bolehlah.. tapi agak terhad sangat.. Mood nak explore dan mencuba resepi2 barat lebih teruja sebab mudah didapati dimana-mana pasaraya jek.. Dengan kemudahan internet.. resepi pun senang nak dapat.. selalunya kalau western dishes aku suka tengok dalam food network atau bbc food.. atau website delia  atau mana-mana chef terkenal kat sini.. senang nak ikut sebab bahan-bahan tuh mudah nak cari kat sini..

Cuba tanya kebanyakan mereka yang pernah bermastautin di luar negara (baik bujang atau berkeluarga).. Kebanyakannya mesti pandai nak masak masakan barat atau setidak-tidak boleh memasak dengan baik lauk pauk bertentu.. lagipun bila selalu memasak kita pun jadi mahir dengan masakan tersebut sebab hari-hari masak kan.. pejam mata pun boleh masak hehehe.. so pelbagai lauk pauk dicuba dan dipelbagaikan.. Aku pula jenis suka try and error (biasalah org comp science mmg camnie). Lagi satu aku suka masak benda-benda yang mudah dan cepat sebab aku nak cepat dan tak suka lama-lama di dapur. Sebab itu kebanyakan masakan yang pernah aku letak dalam blog ini semuanya senang-senang jek hehehe... Mana-mana yang memerlukan masa yang lama nak sediakan.. biasanya aku agak malas nak buat.. tetapi yang ini selalu diambil alih oleh pakwe aku.. dia memang rajin buat masakan yang remeh temeh.. so balance ler kan..

Rasanya galakan utama aku untuk memasak sebab pakwe aku suka makan.. sebab itu aku pun rajin nak masak dan buat something extra.. sebab bila hari-hari lain.. dia pun camtu juga.. tau-tau jek ada 'suprise' hidangan beef  steak atau salmon grill untuk aku bila bersantai kat rumah di hari minggu.. Kalau kita suka masak.. tapi kalau takde sapa nak makan masakan tuh.. automatik mesti malas dah nak masak kan.. bila ada orang appreciate dan suka makan masakan kita.. sedikit sebanyak itulah menjadi dorongan untuk kita asah skill memasak yang ada.. yang penting kita nak mencuba.. sedap atau tidak itu belakang kira.. semuanya mesti bermula dari langkah pertama.. dah biasa buat mesti sedap juga..

Oh ya.. selera memasak ini juga bergantung pada niat dan mood.. kalau mood kita down.. tak ikhlas nak masak.. percayalah.. rasa masakan itu mesti down dan agak kurang sedap.. sebab itu kalau kita nak masak untuk orang makan.. baik keluarga atau kawan-kawan.. biarlah masak dengan ikhlas.. dengan lafaz bismillah.. dan niat biar orang makan nanti suka dan habiskan lauk pauk yang kita sediakan... itu yang selalu aku buatlah.. penting.. senyum dengan penuh kasih sayang hehehe... jangan risau.. takde yang akan jatuh sayang pulak nanti.. jatuh sayang pada masakan itu takpe.. jangan pada si tukang masak.. bahaya... hehehe :)

Tetiba panjang ler pulak jawapannya.. takpe ye Kak Erna..

Soalan ketiga: Masakan yang paling anda suka dan digemari orang-orang kesayangan anda...
Kat rumah nie.. mostly berasaskan kari dan masak lemak.. nak buek camno.. dah kawin orang nogori.. satu lagi kari nie boleh panaskan badan time sejuk-sejuk nie.. so menu kari memang wajiblah kat umah nie.. tapi kalau fav aku.. ikan keli goreng sambal.. My forever fav..(ini ikut ayah.. fav dia juga).. Jarang masak sebab pakwe tak berapa suka makan.. Dia suka masakan berasaskan daging (kambing ke lembu).. aku lebih suka ikan atau seafood.. kat sini aku suka masak asam pedas ikan salmon... ini wajib masak sebab aku dah muak makan ayam dan daging.. so kadang-kadang layan selera dia (selalunya dia akan request nak aku masak apa).. kadang-kadang layan selera aku pulak.. tak kisah.. so far dia takde pantang larang sangat bab-bab makan nie.. kadang-kadang bila malas.. goreng telur dengan kicap pun sedapppp aje..

Yang keempat, kena tag 5 orang blogger yang sering berkunjung ke blog anda.
Sapa ye nak tag???? Tau dah... sebab rasanya diorg nie macam rajin masak lah.. macam rajin hehehe
Tiny
KTS
Juliet
Fatt
Aneez


Agar-agar manggis..
Senang dan mudah..
Resepi??
Alah senang jek..
Beli agar2 serbuk jenama nona tuh.. didihkan atas api dapur..
Masukkan buah manggis dalam tin..
Kalau nak letak buah manggis fresh pun boleh kot..
Sejukkan dalam peti ais..
Jadiklah agar2..


Wednesday 22 December 2010

Until when-when..

Berkawan biar seribu..
Berkasih biar satu..
Bercinta pada yang satu

'Abang dah buat keputusan.. 
No more love.. 
Forever and ever.. 
until when when'
-Dialog arwahyarham Loloq dari filem 'Zombie Kampung Pisang'-
Lawak giler cite nie ;))


Picture means a million words..
I will love all of you..
until when-when..
;)

Sila ambik Tag nama korang ok..
Masa meronda ambik gambar kat 'Queens Park' semalam
Teringat nak tulis nama korang atas salji nie
Nak original file.. Sila email I ok ;)








Sorry ye mana tulisan tak cantik tuh..
Minta maaf ye..
Jenuh nak cari ruang kosong nak tulis nama nie
Sebab semuanya penuh dengan tapak kasut..


Mana yang namanya tak ditulis..
Sila request..
Kot teringat boleh aku tuliskan lagi 
InsyAllah ;)


P/s Aku tukar lagi header blog nie.. Salji penuh memutih di Queens Park lagi!!

Monday 20 December 2010

Salji sana sini lagi..

Dah lama tak bercerita dalam blog nie.. Selalunya lebih banyak letak gambar atau duk layan mood asyik teringat jek.. Bukan apa.. agak sibuk dengan tugasan harian.. ditambah dengan mood nak bercerita pun kadang ada kadang takde..

Sejak pertengahan bulan November lagi.. bumi Scotland sudah mula diselubungi salji tebal.. Sabtu dan Ahad ini, salji turun dengan lebatnya.. Tahun ini musim sejuk disambut dengan kehadiran salji tebal yang agak luar biasa.. seperti tahun lepas.. ramai sudah menjangkakan X'mas kali ini.. kembali sebagai 'White X'mas' iaitu sambutan X'mas yang ideal dengan kehadiran salji putih.. Selalunya setiap tahun mereka menantikan kehadiran white X'mas.. ramai yang seronok.. tapi yang tak seronoknya.. bila salji terlalu tebal.. pengangkutan awam terpaksa dihentikan.. jalan raya ditutup.. sekolah ditutup.. malah stok makanan juga terhad.. Selepas pengalaman salji yang lebat pada minggu lepas.. yang melumpuhkan hampir kebanyakan aktiviti harian di sini (hingga menteri pengangkutan pun letak jawatan). Kehadiran salji kali ini pihak kerajaan mula mengambil langkah berjaga-jaga.. Alhamdullilah dalam 2 hari ini.. pengangkutan awam masih bergerak dengan lancar.. Harapnya keadaan akan bertambah baik dalam masa beberapa hari ini.. cuma perlu berjaga-jaga bila melangkah.. takut jatuh tergolek lagik..

Lagi seminggu nak X'mas.. Kedai-kedai dah mula dengan pelbagai sales.. diskaun.. setiap hari ramai manusia yang sibuk berkunjung ke bandar untuk membeli belah di saat-saat akhir.. Masa inilah peluangnya nak membeli belah kerana banyak pilihan dan jualan murah di sana sini.. Sebenarnya lebih pada nak join semangat sales jek.. seronok bila tengok banyak kedai-kedai mula ada sales.. lagipun ambil peluang masuk kedai ambil angin panas selepas layan rasa sejuk beku kat luar...

Salji turun lagi..
Berhati-hati semasa melangkah ye..
Kalau nak join main baling snow..
Moh kita bertemu dan berentap..
Ada berani??? 
Ahaks ;)

Monday 13 December 2010

Best ke nampak muda??

Insiden 1

Dulu.. lama dulu.. 5 6 tahun lepas..

Tok.. tok.. tok.. bunyi pintu diketuk..

"Masuk"

Kelihatan 2 orang pelajar lelaki mengintai di sebalik pintu yang terbuka sedikit..

"Assalamualaikum Puan"

"Waalaikumsalam.. ye kenapa?"

"Puan nak minta tolong sahkan sijil boleh"

"Oh.. Boleh.. Sila masuk.. Tanggalkan kasut ye"

2 Pelajar lelaki itu masuk dan duduk di kerusi berhampiran. Keluarkan stamp pad dan hulurkan pada pelajar tersebut.

"Saya nak U stamp sijil-sijil tuh.. dah selesai bagi saya sign ye"

Pelajar itu angguk-angguk dan mula chop setiap helaian sijil yang ada dalam fail plastik yang dibawanya. Selesai sign semua sijil, simpan balik stamp pad dan kedua-dua pelajar itu mula berdiri untuk keluar.

"Terima kasih puan" seorang dari pelajar itu bersuara..

Belum sempat untuk membalas ucapan pelajar itu, kedengaran suara pelajar satu lagi berkata

"Eh.. kenapa panggil dia puan.. dia cik lah.. cik..." pelajar itu berkata dengan penuh semangat sambil angkat-angkat tangan..

Muka pelajar yang cakap terima kasih tuh terus merah padam. Kesian pulak tengok.. Tergelak juga lepas tahan ketawa.. Sambil senyum-senyum.. angkat muka dan pandang kedua-dua pelajar itu..

"Janganlah marah dia.. betullah apa yang dia cakap tadi tuh.. betul lah tuh.. dia panggil saya puan.. tapi kalau nak panggil saya cik.. boleh jek.. boleh saya rasa muda selalu"

Pelajar tuh tergelak sama. Setidak-tidaknya yang menegur taklah rasa bersalah sebab marah kawan dia beria-ia.. Mereka keluar selepas minta maaf berulang kali. Konfius kejap.. ini bukan insiden pertama dipanggil Cik.. dan sambung gelak dalam hati sambil senyum-senyum..

Insiden 2


Dari cermin kaca di pintu kelihatan seorang perempuan manis sedang mundar mandir. Gayanya macam jurujual. Tak lama kedengaran ketukan di pintu.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

"Maaf ye ganggu.. nak minta masa you kejap je"

Dari gaya memang sah jurujual berdasarkan fail yang dipegang di tangan.

"Ok.. masuklah"

Gadis itu lalu masuk ke bilik dan duduk di kerusi berhampiran. Dia senyum-senyum. Nampak muka dia letih. Kesian pulak.

"Ye kenapa ye"

"Saya nie staff citybank. Nak promosi kad kredit citybank"

"Oh.. saya dah ada kad tuh.."

"Oh kalau camtu takpelah.. baguslah U dah ada kad tuh" kata dia sambil senyum-senyum.

Pandang muka dia.. nampak dia cam penat sangat. Kebetulan petang itu kerja-kerja dah hampir siap. Bolehlah layan borak kejap.

"You datang sorang dari KL?"

"Ada berdua dengan kawan I, diorg ke blok sebelah"

Sambung senyum.. tiba-tiba dia tanya

"Umur U dalam pertengahan 20an kan"

Terkejut pandang muka dia. Sambung senyum dan tahan gelak.

"Taklah saya dah awal 30an"

Dia pulak terkejut. Siap tenung-tenung dan renung-renung lagik. Terus dia bersuara

"Eh.. dari luar pintu tengok U cam dalam 25thn jek.. sebab tuh I berani masuk tanya U.. Ingat kita sebaya.. rupanya kakak dari I rupanya ye.." Nada suara dia masih ada rasa tak percaya..

Senyum lagi. Penat dah senyum. "Betullah.. saya dah 30an. Kenapa saya nampak muda sangat ke??"

"Yelah ingat baya-baya I jek.. Apa petua U awet muda ye?? Tengoklah cam I nie.. ramai kata I nampak tua.. Duk KL dan keje cam I nie kena jaga penampilan gak.. Bagilah petua U"

Senyum lagi.. "Petua??? Saya takde guna petua apa-apa.. cuma selalu senyum jelah" kata sambil gelak-gelak.

Muka dia masih tak puas hati. Nak buat camna.. memang takde guna petua awet muda.. Cuma orang pernah kata.. senyum selalu jelah.. pasti nampak muda..


Insiden 3

Sedang memandu ke medan mara. Nampak parking dari jauh. Masuk parking dan berhentikan kereta. Ambil beg dari bawah kaki. Cari handphone. Ternampak kelibat beberapa orang pelajar lelaki sekolah menengah (dari gaya baju sekolah yang diorg pakai) sedang jalan kaki di hadapan kereta. Sambung tengok mesej kat handphone.

Tiba-tiba member sebelah sound "Eh.. budak lelaki tuh duk toleh tengok ko berkali-kali lah.. nie mesti ingat ko muda nie"

Terkejut!!! Pandang muka member antara percaya dan tak.. Pandang pulak budak-budak lelaki yang dah berlalu dari kereta.. Pelik!!! Mana dia dapat idea camtu.. Mulut pun ringan menjawab

"Takkan dia toleh sebab aku muda.. entah-entah aku mirip muka cikgu dia ke.. mana tau"

"Taklah.. aku tengok camna dia pandang ko.. bukan pandang sekali.. tapi banyak kali"

"Dahlah.. ko nie.. entah-entah bebudak tuh saja-saja jek.. camnalah ko leh ingat camtu"

"Yelah aku tahulah.. Bukan aku tak tahu ko tuh camna"

Sambung gelak.. masih ketawa sambil keluar dari kereta ke cafe berhampiran. Senyum-senyum jelah.. Malas nak bertekak dengan member tuh.. Masih tak terima idea dia.. Masih percaya kebetulan sahaja itu semua.. takde kena mengena langsung..

Bulan lepas


Sedang nak berwuduk di sebuah masjid di ibukota Scotland. Terperasan seseorang yang agak dikenali. Tengok anaknya terus teringat. Pandang ibunya.. Sah memang dia. Muka lalu tersenyum.

"Rasanya macam kenal jek kan.. "

"Eh yelah macam kenal.."

Setelah sesi kenalkan diri.. gelak-gelak.. dia berkata

"Eh lain ler tengok muka dari dalam blog.. lain sungguh.."

Tersenyum.. tergelak sama.. "Apa yang lain.. sama jek"

"Yelah lain.. nampak lagi muda" hehehe ayat nie yang tak boleh tahan dengar...

Sambung senyum.. Terus teringat.. ayat ini macam pernah dengar jek sebelum nie...

Tahun-tahun dan bulan-bulan yang lepas..

Ayat yang biasa di dengari..

"Eh.. you nie putih cerah ye orangnya... tengok dalam blog ingatkan you hitam manis orangnya.."

"Ingatkan you tak kawin lagik.. sungguh.. dari gaya you bercerita.. ingatkan you single lagik"

"Kak.. sebenarnya ko nie dah kawin ke belum.."

"Sekali tengok you nie cam dalam 20an jek.. rupanya kita sebaya jek ekk"

Semua ayat-ayat nie.. dah lali dengar sebenarnya... dah bertahun.. lagi sebulan nak masuk ke tahun 2011.. dan kini kurang dari 5 tahun dah nak masuk 40.. Muda???

Ramai lagik yang nampak muda.. cam Kak Pah.. Kak Erna.. Kak Anie..mereka ini semua memang nampak muda belia jek.. hehehehe.. ikhlas nie puji ye...

Usia hanya nombor sahaja... Yang penting sihat.. gembira dan senyum selalu... Janji hati mau muda.. ;)

Oh entri ini bukan nak puji atau menunjuk2.. Takde niatpun.. cuma teringat beberapa insiden yang pernah dilalui.. Siapa yang dimaksudkan?? Cape.. capelah.. hahahaha...


Best ke nampak muda??? Kalau tanya aku.. memang tak best.. hahaha.. Lepas nie kalau nak kata aku tua.. aku ok jek.. no hal punya.. KTS.. jgn nak jeles ok.. Aku tahu ko suka sgt kalau org paling ko kakak..ahaks ;)


Wednesday 8 December 2010

Berpayung di dahanan rimbun..


Di bawah pokok ini
Masih jelas kelihatan rumputnya yang berwarna hijau..
Sedangkan di sekitarnya..
Salji memutih di sana sini

“Sunshine is delicious,
rain is refreshing,
wind braces us up,
snow is exhilarating;
there is really no such thing as bad weather,
only different kinds of good weather.”
-John Ruskin-

“Advice is like snow;
the softer it falls, the longer it dwells upon,
and the deeper it sinks into, the mind.”
-Samuel Taylor Coleridge-

There is nothing in the world more beautiful than the forest clothed to its very hollows in snow.
It is the still ecstasy of nature, wherein every spray, every blade of grass, every spire of reed,
every intricacy of twig, is clad with radiance.”

-William Sharp-

Saturday 4 December 2010

Langkah terhenti di Dataran George

Keluar dari department CIS (bukan CSI ok)..
Seperti biasa aku mesti lalu 'George Square'..
Setiap tahun kat dataran nie..
Memang akan dipasang lampu2 berkelipan..
Pokok X'mas warna warni..
Ice skating ring.. untuk mereka yang nak meluncur ais..

Entah mengapa langkah aku terhenti..
Aku keluarkan kamera..
Aku mula shot sana sini..
Senang lepas nie..
Kalau lalu lagik..
Takde rasa bersalah sebab tak ambik shot lagi hehehe ;)

Pokok X'mas dan cahaya lampu

Salji masih tebal..

Tugu Sir Walter Scott disirami cahaya gemerlapan

Terang benderang di sana sini

Lampu-lampu itu indah bercahaya

Salji itu bak kilauan kaca permata

Tajam.. tapi tak melukakan

Dalam rona warna 'Sephia'

Salji yang singgah di atas deretan pagar kayu

Masa duk ambik shot nie..
Bila aku pandang belakang 
Ada pulak mamat scottish berdiri tak jauh dr aku sambil sandar ke pagar kayu nie.. 
Duk senyum2 pandang aku..
Agaknya dia tertanya2 apa aku duk buat hahahaha..
Terus blah tak jadik nak ambil gbr lelama dah...

Pokok X'mas dalam versi hitam putih ;)

Kali ini aku rajin sikit nak update
Disebabkan keindahan salji ada di mana-mana
Aku ambil masa kongsi semua ini
Untuk anda ;)

Kalau aku minta rate semua gambar ini..
Dari 5 bintang nak bagi berapa???
Nanti aku bagi coklat dalam blog ini ye hehehe ;)

Tiba-tiba aku berbelah bahagi..
Patut letak semua gambar ini di sini??
atau di blog satu lagi..
Tak kiralah...
Di mana jua..
Keduanya punya tuan yang sama..


Wednesday 1 December 2010

Bila berjalan kena hentak kaki..

Bila turun salji.. seronok...
Sana sini semua putih jek..
Kalau lautan salji tuh belum tercemar..
Seronok jek bila nak pijak-pijak..

Bila snow penuh begini..
Cantik sangat..
Bersih putih je..
Nak pijak pun ala-ala malu jek ;)
(Lokasi ; Uni of Strathclyde, Depan Architecture Building & Java Cafe)

Bila ada laluan yang dibersihkan begini..
Berjalan pun amatlah yakin..
Sila ikut laluan ini ye..
(Lokasi; Berhampiran Main Building, Uni of Glasgow)

Tapi bila dah jadi begini..
Kena pijak ratusan manusia..
Nak jalan pun rasa tak stabil jek
Kejap jalan tinggi rendah..
Kejap jalan kiri kanan..
Ikut bekas tapak kaki manusia yang lain..
Paling utama..
Kenalah hentak kaki sikit..
Supaya tak tergelincir dan tergolek bergaya..
(Lokasi; Depan pintu masuk utama ke Uni of Glasgow)

Yang indah hanya sementara..
Yang putih dah jadi kelabu asap..
(Lokasi: Bus stop berhadapan Medical School Building & Boyd Orr Building, Uni Of Glasgow)
Oh sebelum melintas jalan..
Sila pandang kiri kanan
dan juga.. sila pandang bawah..
Pandang kaki sendiri dulu ye..
Pastikan kaki memijak salji yang rata..
Takut nanti terpelecuk..
Amatlah sakit...
(Lokasi : Berhampiran Botany Gate, Uni of Glasgow)

Kasut boot sementara..
Kini agak yakin bila melangkah..
Cuma belum berani berlari pakai kasut nie..
Setakat jalan cam 'kucing comel' tuh..
Boleh lagik ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin