Wednesday 31 December 2008

Perbualan dengan seorang wanita tua


Tadi tengahari aku ke bandar.. Menunggu bas 66 agak lama juga.. maklumlah semenjak cuti X'mas lagi jadual waktu bas sudah mula mengikut jadual hari sabtu dan ahad walaupun hari-harinya adalah hari biasa.. hanya bank, pejabat-pejabat kerajaan dan organisasi tertentu sahaja yang masih bekerja.. selainnya cuti selama seminggu lebih.

Ketika kaki melangkah naik ke dalam bas.. bas sudah hampir penuh.. kebanyakan tempat duduk penuh kecuali beberapa tempat duduk di belakang bas. Aku tidak gemar duduk di belakang bas.. selalunya itu tempat duduk kaum lelaki dan sering juga menjadi tempat lepak si mabuk bila malam hari.. dan juga tempat lepak budak-budak nakal yang suka bising dan berbual dengan sekuat hati.. ohhh memang aku elak sangat-sangat.. lebih aku rela berdiri di depan berhampiran pintu..

Kebetulan ada satu tempat duduk yang kosong yang menghadap ke belakang.. tempat duduknya boleh ditarik turun.. dan kebiasaannya menjadi ruangan untuk mereka membawa 'prem' bayi atau kanak-kanak atau mereka yang menggunakan kerusi roda. Di hadapanku duduk dua orang budak perempuan yang agak muda dalam belasan tahun.. selepas hentian bas yang aku naiki, setiap hentian bas seterusnya lebih ramai manusia yang naik.. bas menjadi penuh sesak.. Di kiriku berdiri seorang wanita separuh usia dan di telinganya diselit 'earphone' ipodnya.. wahh sungguh bergayaku kira.. Aku alihkan pandangan keluar tingkap di sebelah kananku.. melihat bangunan dan pemandangan sekitarnya, aku pun mula mengira berapa banyak lagikah hentian sebelum aku sampai ke destinasi.

Selalunya bila ke bandar, ada beberapa hentian yang pasti ramai orang akan turun. Selepas sahaja melintasi jambatan dan sungai Clyde.. hentian selepas itu pasti ramai yang turun.. dan seterusnya hentian di hadapan 'Mark & Spencer'. Aku mula tidak sabar untuk berpindah tempat duduk.. duduk mengadap penumpang bas memang tidak selesa.. apatah lagi aku sendirian di hadapan.. Ketika menghampiri hentian bas di hadapan 'Mark & Spencer' ku lihat seorang wanita muda ingin turun dan dia duduk di sebelah kanan bas (kirinya sebelah kiri aku kerana aku mengadap penumpang dan membelakangkan pemandu bas).

Di sebelah perempuan muda itu adalah seorang perempuan tua. Ketika dia bangun dan berdiri untuk memberikan laluan kepada perempuan muda itu, bas secara tiba-tiba bergerak mengejut.. dalam pergerakan bas yang agak perlahan secara tiba-tiba pemandu bas menekan minyak secara mengejut.. wanita tua itu lantas terjatuh.. aku melihat dia mengambil masa untuk bangun semula.. agaknya terbaring.. aku tidak dapat melihat wanita tua itu kerana kedudukan kerusiku yang agak tinggi. Beberapa penumpang termasuk perempuan muda itu juga turut membantunya untuk bangun. Agaknya dia juga rasa bersalah.. namun kerana bas sudah berhenti di hentian bas, wanita muda itu terpaksa berlalu pergi. Akhirnya dengan bantuan beberapa orang penumpang yang berhampiran, dia mampu bangun semula dan terus dipapah untuk duduk di kerusi bersebelahan.

Aku melihat airmukanya berkerut-kerut menahan sakit dan menahan nafas berulang kali.. entah berapa kali dia menghela nafas.. mukanya seolah-olah menahan sakit yang amat sangat.. bahunya cuba ditarik ke belakang beberapa kali.. dia masih menahan nafas berulang-ulang kali.. Penumpang di belakangnya mula memegang bahunya dan bertanya. Aku rasa soalannya pasti berkaitan keadaan wanita tua itu dan dijawab dengan baik oleh wanita tua itu sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku lihat wanita itu sekali lagi cuba menahan kesakitan.. mukanya masih lagi berkerut dan masih juga menahan nafas berkali-kali. Kerana kedudukan kerusiku yang mengadapnya.. dapatlah aku amati setiap pergerakan wanita itu secara terperinci.

Melihatkan bas yang agak lenggang.. aku bergerak pantas ke tempat duduk yang kosong di hadapan wanita itu. Tidak lama aku duduk.. lelaki tua yang duduk di sebelah wanita tua itu pula ingin turun di hentian yang seterusnya. Lantas wanita tua itu terus bangun dengan perlahan dan duduk di sebelahku.

Lantas terjadilah perbualan di antara kami.. Makcik itu sungguh ramah sekali. Aku pun mula bertanya
"Are you okay" sambil memegang tangannya..

Dia senyum sambil memandangku "I'm okay love, thanks for asking"

Aku tersenyum semula dan terus aku tanya lagi "I saw you fell down just now, is anything hurt"

"Oh yes, just my shoulder. It's hurt a bit. I have a dislocated shoulder couple months ago"

"Oh my goodness that must be bad and hurt"

"Yeah, I been coping up and struggling with it ever since" katanya dengan riak muka yang berkerut.

"So where are you going off then?"

"Near the Sauchiehall street, at least I have few more stops before I get off from the bus"

Nasib baik kata hatiku kerana aku juga ingin turun di hentian yang sama. Aku tak nak membuatkan wanita tua itu terpaksa bangun semula dan memberiku laluan kerana kelihatannya dia masih lagi menahan sakit.

Perbualan kami terus berlanjutan.. tentang cuaca..
"I can cope with the cold you know, just that I can't stand with the wind.. ohhh I really hate it.. everytime the wind blow I have to cover my mouth" katanya sambil menutup mulutnya menggunakan kain mafla di lehernya.

"Yeah, until now I can't stand with the cold as well.. especially when you have the rain and the wind and the cold.. ohhh.... it's horrible aye" kataku sambil mengiakan kata-kata wanita itu

Sedang seronok berbual, laluan bas di hadapan George Square ditutup dan pemandu bas terpaksa menukar arah laluannya. Wanita itu terus berkata
"Oh.. they close the road for the new year celebration to night"

Lantas aku memandang arah jalan yang ditunjukkan oleh wanita itu. Baru aku tersedar yelah.. malam ini malam tahun baru.. pastinya ramai manusia akan berkumpul di dataran itu.

Kataku pada wanita tua itu "I'm not going there tonite, it's going to be freezing cold out there and I better off staying home"

Jawapanku disambut dengan senyuman oleh wanita itu "Well you know, when you get into my age.. we used to say that it's passes our time.. lets the young people have a go things like that.. and we better stay at home and have hot vegetable soup beside you"

Kata-kata itu membuatkan aku tersenyum.. ya memang lebih seronok duduk di rumah dengan kepanasan yang sedia ada dari bersejuk-sejukan di luar.. dan bersesak-sesak.. Cukuplah aku lalui malam tahun baru 'Hogmanay nite' semasa aku berada di edinburgh dulu.. Untung sahaja kalau ada bas malam itu.. kalau kena jalan kaki.. memang bercintalah nak balik rumah.. Dari kena jalan kaki malam-malam buta yang sejuk itu, lebih baik aku duduk rumah sahaja ;)

Banyak lagi yang kami perbualkan.. dari tempat tinggal kami, dimana dia tinggal bersama anak perempuan dan suaminya, bagaimana dia mendapat 'dislocated shoulder' beberapa bulan yang lalu, tentang jadual keretapi yang ditutup pada hari X'mas yang lalu dan seterusnya. Seronok berbual dengan golongan tua ini, kebiasaanya mereka amat ramah tamah dan sentiasa tersenyum dan menyebut 'dear', 'love', 'honey' yang sering membuatkan kita rasa selesa dan gembira.

Akhirnya wanita tua itu turun di hentian yang dimaksudkan dan aku mengikutinya di belakang. Sebelum kami turun wanita itu sempat memegang tanganku dan mengatakan

"Happy new year dear, hope you have a wonderful day ahead"

"Happy new year to you to.. and hope you will be fine especially your shoulder"

"Thanks dear and it's nice talking to you"

Dan aku senyum dengan kata-kata itu.. Aku turun di hentian itu bersama wanita tua itu dan dia hilang dari pandanganku.. Sebuah pertemuan yang tidak dapat aku lupakan dan sebuah perbualan sehari sebelum tahun 2009.


Entri ini adalah entri terakhir buat tahun 2008. Selamat tinggal tahun yang penuh dengan suka duka.. penuh dengan airmata.. penuh dengan dugaan dan cabaran.. tahun ini juga menyaksikan pelbagai peristiwa..

Ada pertemuan, ada perpisahan. Ada ikatan persahabatan yang dijalinkan dan tahun 2008 juga menyaksikan aku mula aktif mencoretkan kata-kata nukilan secara aktif saban hari. Blog ini terhasil pada bulan Julai tahun 2007 sehari sebelum hari lahirku. Dan sepanjang tahun 2007 aku agak jarang mengemaskininya dan cerita hanya terbatas pada peristiwa bergambar tentang apa yang aku lakukan dan kemana aku pergi.

Menjelangnya Tahun 2008, aku mula aktif menulis apa yang terlintas dihati.. mencurahkan nukilan rasa jiwa yang hampir setiap hari aku titipkan.. dan tanpa aku sangka banyak persahabatan yang terbina dari blog ini.. dan semakin hari aku tak pernah sangka aku akan dapat sahabat-sahabat baru.. dan juga tidak menyangka ada silent reader yang setia hadir ke blog ini.

Namun pernah juga aku lalui beberapa insiden yang cuba menlenyapkan blog ini.. cuba menjatuhkan aku... membuatkan aku hampir putus asa.. Keluarga aku hingga dihina dikata dijadikan bahan ketawa.. bahan sindiran.. perlian.. Begitu hebat dugaan yang dilalui.. malah pernah menjadi isu besar di komuniti Glasgow ini. Namun Alhamdullilah hingga kini aku masih bertahan..

Saat itulah ramai sahabat yang setia memberi sokongan.. Ada yang menangis bersamaku.. memberi kata-kata semangat baik melalui email, sms, YM dan juga bersua muka.. Namun tidak sekadar itu sahaja aku turut menerima ikatan persahabatan secara virtual dek kerana seorang sahabat pernah singgah secara tiba-tiba ke blog ini dan meninggalkan jejaknya. Sejak itu dia rajin berkunjung dan aku pula mula mengunjungi blognya.. dan di situ aku lihat rangkaian sahabat-sahabatnya yang begitu ramai sekali dan aku mula mengunjungi setiap mereka yang ingin aku kenali.. Tiny.. Engkau memang sumber inspirasiku yang utama.. Sebab itu aku hargai setiap detik masa persahabatan kita ini..

Alhamdullilah.. Aku syukur ke hadrat Allah s.w.t. Aku kenali mereka yang sering rajin mengunjungi blog ini.. Mashi, Rusdi, Zany, Tiny, Kak Long, Juliet, Ku tak sempurna, Kak Ungku, Abah, Cikgooden, Azza_irah, Abah Najwa, Tijah, Kak Anie, Tokma, Kak Piah, Cikgu Ein, One Love, Nas, Kasihku abadi, Chinta, Cik Puan Kesum, Cikgu Zue, Ady kasyah, Badak Biru, Midday, Cikgu Jane, Crazy Beautiful88, Asmida, Mummy Aqeem, Yani, Nas, Eiyda, Sri Sufi, Daffodil, Mel, Ina Seri, Vimmiyasmin, Fajar, Akuatik, Akak, Ctsarah82, Shafa dan semua yang tidak dapat aku senaraikan (maaf andai nama anda tidak tersenarai).. termasuk mereka yang silent reader yang aku tahu adalah dikalangan rakan-rakanku di malaysia, di Glasgow (ramai yang aku tahu siapa mereka yang singgah) dan di merata UK ini.. Terima kasih semua.. Aku bersyukur dan gembira kerana bersahabat dengan kalian semua.. Semoga Ikatan persahabatan ini terus berkekalan hendaknya..

Selamat Tahun Baru buat semua.. Azam baru dan semangat baru ;)

Semoga Hari-Harimu Seindah Suria

Buat sahabatku yang jauh.. di Alam Damai

Selamat Hari Lahir Buatmu..


Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki

Semoga semua impian dan hasratmu terlaksana dan doakan aku jua semoga semua impianku juga terlaksana sama..


Happy Birthday Dear Tiny..

Hari ini juga ulang tahun pertemuan aku dengan seorang sahabat baik.. yang telah bersama aku saat suka dan duka.. berkongsi sedih dan gembira.. menangis dan ketawa gembira bersama.. Aku takkan lupa semua yang telah kita lalui..

Happy Friendship Anniversary.. I always remember that moment when I saw you for the first time.. and since then we always be good friend.. You share my tears.. You share my happiness.. You know me as you know yourself..

I love you.. I love you friends ;)

Juga buat semua sahabat-sahabat baikku.. Dimana sahaja anda berada.. (Baik yang tersenarai dalam blog ini atau tidak).. Walau apa juga yang anda lakukan.. Aku sentiasa beri sokongan tanpa putus asa..

Tuesday 30 December 2008

Yang terbaik?

Pagi tadi aku hubungi kampung.. sudah agak lama tidak mendengar perkhabaran dari kampung.. lama juga aku berbual dengan mak.. dari kisah adik-adik hinggalah ke ayah.. malah kisah mak juga aku ketahui.. setiap seorang diceritakan padaku.. dan sememangnya sejak dulu mak memang tidak pandai bersembunyi apa juga perkara dari pengetahuan aku.. pasti mak akan ceritakan.. baik, buruk, sedih, gembira atau apa sahaja.. Dulu bila pulang ke kampung aku pasti akan duduk melepak berbual dengan mak hingga lewat malam.. melayannya bercerita dari satu kisah ke satu kisah memang mengasyikkan apatah lagi, hanya aku tempatnya meluah segala yang terbuku dihati.. walaupun kini aku jauh.. kisah keluarga setiap satunya aku tahu..

Kata mak..

"Adik tu.. dah dapat keputusan PMRnya"

"Apa keputusannya mak?"

Lalu mak beritahu aku keputusannya.. ada A ada B dan ada 1C, oklah padaku.. keputusan yang baik.. dan sebenarnya semasa aku balik ke Malaysia mak ada menyuruhku menyemak borang kemasukan ke sekolah teknik yang telah diambil lebih awal oleh adik. (Adik adalah panggilan kami untuk adik bongsuku).

Dek kesibukan urusan kenduri kendara.. aku langsung tidak sempat untuk melihat borang tersebut dan memberikan pendapat.. berulang kali mak ingatkan aku supaya melihat borang itu.. adik juga kerap kali bertanya pada mak untuk menyuruhku membuat keputusan.. aku terlupa adikku sudah besar panjang.. rasa baru semalam sahaja dia ku jaga sejak kecil lagi.. seolah baru semalam juga aku lihat dia bertatih berjalan.. kini sudah besar panjang.. perbezaan umur yang menghampiri 20 tahun antara kami memang jurang jarak yang agak besar.. selama itu aku anggap hanya aku sahaja anak perempuan di dalam keluarga.. dan tidak sangka akhirnya aku ada adik perempuan.. teringat kata-kata arwah nenek semasa aku membuat panggilan ke kampung semasa aku sedang mengikuti pengajian matrikulasi di KL, "Ko dah ada kawanlah Na.. ko dapat adik perempuan"

Ketika itu aku sudah tahu nama adikku.. yang pasti bermula dengan 'Has' dan tidak jauh beza dengan nama aku sendiri yang membezakan hanya huruf 'N' dan 'Z' sahaja, malah tarikh lahir kami juga berbeza bulan sahaja.. aku 13/7 dan adik 13/9.. unik aku kira.. tapi perangai kami jauh berbeza dan dia sungguh sensitif jiwanya.. dengan aku?? memang dia tak berani melawan dan banyak cakap.. kan aku pernah kata aku kakak yang garang dan tegas.. ini diakui oleh semua adik-adik aku.. malah pakwe pun pernah komen tentang personaliti aku yang satu ini.. di luar lain.. tapi di kalangan keluarga aku lain.. kena fahamlah.. anak sulung kebanyakan begitu ku kira.. perlu tegas dan perlu bertanggungjawab.. namun selalu juga mengalah dalam banyak hal.

Sebenarnya terasa berat juga seketika bila perlu membuat keputusan yang terbaik untuk adik. Perlu teruskan ke sekolah teknik atau buat sahaja SPM di sekolah biasa yang sedang diikutinya sekarang. Malah bidang yang perlu diambil juga perlu aku teliti. Bukan apa terutama zaman kini yang sudah ramai graduan yang menganggur dan tidak ada kerja.. malah limpahan bidang juga sudah terlalu banyak.. Dia tak minat bidang kejuruteraan, katering apatah lagi.. yang dia minat hanya bidang komputer dan perdagangan.. teringat pengalaman aku semasa mesyuarat pemilihan pelajar peringkat diploma untuk mengikuti program ijazah teknologi maklumat di UPSI.. ramai yang memohon hampir ribuan tapi yang boleh kami ambil hanya sekadar 100-200 pelajar sahaja.. ketika membuat pemilihan juga agak sukar.. kebanyakan hanya didominasi oleh sesebuah institusi sahaja..

Lalu aku berikan pendapatku.. boleh ke sekolah teknik jika benar-benar minat mendalami bidang kejuruteraan atau komputer atau perdagangan jika mahu ke politeknik.. tapi aku punya harapan lain untuk adik aku.. aku mahu dia menjadi seorang guru.. cukuplah hanya aku dan adik lelaki bongsu ku pakar dalam bidang teknologi maklumat.. aku rasa kami tidak perlukan seorang lagi pakar IT dalam keluarga.. biarlah dia mengikut jejak langkah ayah.. seorang guru.. dan aku pula cikgu kepada guru hehehehe..

Lagipun aku lebih suka dia tinggal bersama mak dan ayah.. hanya ini sahaja masanya untuk melihat mereka membesar bersama mak dan ayah.. aku juga lalui pengalaman itu dan tahu rasanya.. dan selepas SPM aku tidak pernah lagi tinggal tetap bersama keluarga hinggalah aku mendirikan rumah tangga.. kali terakhir semasa aku di tingkat 5.. itupun dalam meniti usia remaja aku hanya berpeluang tinggal dengan mereka selama 3 tahun.. berbeza dengan adik-adik ku.. hampir kebanyakan mereka tinggal bersama mak selepas sahaja tamat belajar.. aku mahu mereka temankan mak dan ayah.. terutama bila mereka sudah menginjak tua ini.. lagipun bila sampai masa mereka masuk ke universiti.. mereka akan tinggalkan keluarga.. dan bila berkahwin apatah lagi..

Lantas aku berikan pendapat aku.. aku mahukan adik teruskan bersekolah di Banting.. ambil sahaja SPM di sekolah yang sedia ada.. nanti semasa untuk memohon ke peringkat diploma ada lebih banyak peluang dan bidang yang boleh dipohon.. jika ke sekolah teknik terbatas bidang pilihan yang ada.. aku tidak mahu itu.. lagipun aku selalu juga menyelia pelajar ke sekolah teknik.. dan kebanyakan subjek tekbnologi maklumat yang aku selia aku tahu tahap kesukarannya.. bukan aku kata adik tidak mampu lulus cuma aku sedikit kurang percaya dengan kemampuan dia.. aku tahu dia cenderung bidang seni dan kreatif. Seperti aku kata pada mak.. kalau dia nak jadi guru boleh sahaja jadi guru seni atau guru bahasa melayu.. guru pun bagus juga.. lagipun aku tegaskan pada mak.. kebanyakan pelajar cemerlang SPM jarang sekali datang dari pelajar sekolah teknik.. kebanyakan dari pelajar sekolah harian biasa atau mrsm atau asrama penuh.. tak salah jika teruskan mengambil SPM di sekolah biasa.. tak perlu ke sekolah teknik.. yang aku tau adik mau memohon dek ajakan rakan-rakannya.. ini aku tau sangat-sangat dan aku tegaskan kembali..

Selesai memberi pendapat mak setuju dengan pendapatku.. namun keputusannya terpulang pada mereka.. aku hanya mampu memberikan pendapatku.. dan jika boleh aku mahu yang terbaik untuk adik.. tapi ya minat terpulang pada diri masing-masing.. dan kemahuan diri.. jangan pula kerana mengikut kata orang.. maka kita pun mahu mengikut kehendak itu tanpa memperdulikan minat pada diri sendiri..

Bila menginjak tua (heheheh tua ke aku nie) terasa bebanan keluarga semakin bertambah.. dulu aku tidak merasa bebanan begini mungkin usia yang masih muda.. dan aku tahu masih banyak lagi yang perlu aku tanggung.. walaupun hanya anak perempuan.. namun aku tetap anak sulung.. ramai mungkin berkata anak perempuan kalau dah kawin akan ikut suaminya dan tinggalkan keluarga.. bebanan keluarga bukan lagi tanggungjawab dia.. tapi 'TIDAK' dalam kes keluarga aku.. Sejak dulu baik mak atau ayah pasti akan minta pendapatku dalam apa juga keputusan.. ini aku akui.. malah pakwe pun sudah faham tanggungjawab ini sejak dia berjanji untuk bersamaku ke akhir hayat kami.. salah satu perkara yang aku minta dia terima dan turut bertanggungjawab adalah menjaga adik-adikku.. jika aku kakak sulung dia juga jadi abang sulung.. dan alhamdullilah hingga kini semua adik-adik hormati dia seperti kakak sulung mereka.. dan mereka juga segan pada dia.. sama seperti dirinya juga.. dalam adik beradiknya.. pakwelah yang paling mengambil berat hal keluarganya.. malah kebanyakan keputusan keluarga juga dibuat oleh pakwe.. walaupun dia anak ketiga.. sebab itu kami punya rasa tanggungjawab dan kefahaman yang sama.. mudah menguruskan hal-hal keluarga.. seperti mana dia lakukan tanggungjawab abang sulung pada keluargaku.. begitu jugalah aku melakukan tanggungjawabku sebagai 'kak lang' dalam keluarganya.

Masih jauh perjalanan.. tapi usia juga semakin menginjak bertambahnya.. makin melewati usia.. makin terasa usia sudah tiba zon kematangan.. ayah dan mak juga semakin tua.. mereka juga akan pergi.. adik-adik juga mula menginjak dewasanya.. dan tanggungjawabku juga semakin berat dan hebat.. namun akan tetap aku pikul setiap satunya.. kerana itu adalah tanggungjawabku.. dan tidak ada orang lain yang boleh aku harapkan dan serahkan untuk memikulnya..

Aku pasti anda semua pun begitu jugakan.. baik untuk diri sendiri, keluarga, mak ayah, adik-adik, sanak saudara dan juga rakan taulan.. setiap kita punya tanggungjawab masing-masing ;)

Monday 29 December 2008

Aku Masih Ingat..

(Bahagian 1: Zaman Sekolah Rendah)


Aku masih ingat bagaimana aku dan adik berjalan-jalan bersama mak dan ayah di zoo negara.. ketika itu hanya kami sekeluarga masih tinggal di Klang..Bergambar di sebalik patung-patung binatang dan hari yang cukup indah dan menyeronokkan.. kami bersuka ria seperti tiada penghujungnya..

Aku masih ingat mengayuh basikal kali pertama di hadapan rumah di Taman Klang Jaya.. dan sungguh seronok perasaanku.

Aku masih ingat kelas muzik adalah kelas kegemaranku zaman sekolah rendah.. belajar dengan seorang guru cina yang aku lupa namanya.. alatan muzik yang pertamaku alunkan adalah clarinet.. dan antara lagu kegemaranku.. silent night, 3 blind mice.. dan hampir semuanya lagu berbahasa Inggeris.

Aku masih ingat hari kami berpindah ke Banting, mak sedang sarat mengandungkan adik lelaki bongsu.. dan selang beberapa hari mak dimasukkan ke hospital dan melahirkannya.

Aku masih ingat bermain ting-ting, baling tin, baling selipar dan lompat getah dihadapan rumah wak wiji lewat zaman itu.. malah kami turut mengadakan pertandingan nyanyian ketika hujan turun dengan lebatnya.

Aku masih ingat melepak di depan TV bersama burger ayam dan hotdog sementara menunggu cerita Oshin ditayangkan.

Aku masih ingat berangan-angan menjadi pemain bola tampar yang berjaya dek penangan cerita jepun yang mempunyai aksi sumersoutenya.

Aku masih ingat tidur di rumah arwah nenek semasa bulan puasa, malam itu kami (aku dan ijam) bernyanyi lagu raya nyanyian Anuar & Ellina dengan seronoknya.

Aku masih ingat bermain mercun dan bunga api di malam raya.. berlari keliling rumah sambil membawa bunga api dan melihat suasana malam raya bersama sepupu-sepupuku.

Aku masih ingat menerima baju-baju kurung pemberian mak ngah yang merupakan baju kurung arwah sepupuku Nana.. yang meninggal dunia kerana terbakar diri sendiri ketika ditinggalkan sendirian di rumah buat sementara waktu.. satu kisah yang pilu dan sedih buat mak ngahku dan baju kurung itu sebenarnya dibuat mengikut saiz badanku (kerana sepupuku itu terencat akalnya).. Aku sendiri kurang selesa memakai baju itu sebenarnya.. apatah lagi tidak mahu mak ngah bersedih hati tiap kali dia terlihat aku memakai baju itu..

Aku masih ingat disuruh ayah untuk memasak nasi buat pertama kalinya.. katanya anak perempuan harus tahu memasak dan rajin ke dapur.. dan sejak itu mak mula mengajar aku selok belok memasak semenjak umurku 10 tahun lagi..

Aku masih ingat menikmati masakan mak 'lauk lemak kuning nenas' bersama ikan sepat goreng.. itulah makanan kegemaranku.. setiap kali mak memasaknya aku pasti akan makan bertambah-tambah.. Sudah lama tidak aku nikmati masakan itu.. malah memasaknya juga sudah tidak pernah lagi kerana pakwe kurang meminati masakan itu.

Aku masih ingat kali pertama aku belajar memasak.. dan lauk pertama yang aku masak adalah kari ayam.. kuahnya terlalu cair.. hingga terpaksa dipanaskan semula bagi mengurangkan limpahan kuah yang terlalu banyak.

Aku masih ingat lagi pertama kali menggoreng sayur kobis.. gorenganku terlalu sekejap.. sayur yang dimasak separa mentah.. Aku masih ingat airmuka mak semasa memakan sayur gorenganku.. dia tetap menjamahnya tanpa sedikit pun berkata apa-apa dan sayur itu dimakannya hingga habis.

Aku masih ingat melihat arwah tok datang ke rumah ayah dalam keadaan terluka kakinya.. lalu dia membawaku mencari daun senduduk yang tumbuh banyak di seberang tanah rumahku.. dan mengunyahnya.. lantas diletakkan ke tempat luka itu.. kata arwah tok.. inilah ubat luka yang mujarab..

Aku masih ingat dibawa arwah nenek ke sebuah kedai emas.. lalu dibelinya untukku seutas gelang emas yang tebal dan aku diminta memakainya.

Aku masih ingat arwah nenek membelikanku sebuah tudung putih bersama jarum peniti yang berwarna sama di pasar malam kampungku petang isnin.

Aku masih ingat menikmati manisnya air kopi buatan arwah nenek dan wajib ada di atas meja kayu di dapur kerana itu air minuman kegemaran arwah atok.

Aku masih ingat belajar tarian inang bersama sepupuku ijam.. seronok dan teruja saat itu.

Aku masih ingat ketika filem Azura ditayangkan di pawagam.. sepupuku Ijam dan Mamat menontonnya di kuala lumpur dan mereka turut membeli kaset lagu-lagu filem itu.

Aku masih ingat menari joget lambak di malam persandingan pak usu di hadapan rumah arwah nenek bersama sepupuku ijam.. dan kami menari dengan seronok sekali. Dan memang malam itu memang ramai muda mudi yang hadir.

Aku masih ingat cikgu zakaria pernah berkata padaku namaku (Haslina Hassan) diberi kerana mahu awalan nama yang sama dengan nama ayahku.

Aku masih ingat bertungkus lumus menelaah dengan tekun untuk peperiksaan penilaian darjah lima dan kerapnya aku ke rumah cikgu Johari untuk mengikuti kelas tambahan yang diadakan.. aku diharapkan menjadi pelajar harapan sekolah untuk mendapatkan keputusan 5A

Aku masih ingat di rumah cikgu Johari itulah aku belajar memasak nasi goreng hampas kelapa yang diajar kepadaku oleh anak perempuan cikgu Johari.. Sudah lama tidak aku nikmati nasi goreng sebegitu.. malah rasanya masih aku ingat ketika ini.

Aku masih ingat bermain badminton di dewan orang ramai kampungku sebagai persediaan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Aku masih ingat aku membawa air gula semata-mata semasa sesi latihan dan bila aku tawarkan pada rakan sepermainan semuanya muntah balik air tu.. hehehehe sejak itu kalau aku offer je air aku mereka semua taknak dah minum hehehehe (Aku yang silap faham dengan pertanyaan mak.. nak bawa air kosong ke air bergula?.. aku pulak cakap air gula.. dan aku pula bancuh gula dalam air kosong semata-mata heheheh adeihhhh apa ler kan)

Aku masih ingat membawa bekal makanan dan air teh susu berais dalam bekas minumanku ke sekolah agama waktu petang. Sayangnya air teh berais itu pasti habis sebelum sempat waktu rehat kerana diminum oleh rakan-rakan dan aku sendiri. Waktu ini membawa bekal ke sekolah adalah makanan yang paling sedap sekali..kerana lauk masakan mak.. dan bila aku membawa bekal tiap kali ke universiti lewat waktu dewasa ini.. pasti aku teringatkan kenangan zaman sekolah itu.. dan aku rindukan masakan mak.

Aku masih ingat basikalku hilang waktu sekolah rendah dan puas dicari ke sana sini.. dan akhirnya kami temui basikal itu.. rupanya disorok oleh seorang rakan yang kurang upaya (secara mental) dan beberapa rakan berjaya memujuknya setelah menawarkan coklat dan gula-gula sebagai galang gantinya..

Aku masih ingat seorang rakan menunjukkan tangkal mujizat konon-kononnya dapat membantunya menghadapi peperiksaan penilaian darjah lima dengan cemerlang. Aku sedikit cemburu.. hampir juga rasa tidak puas hati.. tapi seorang rakan pernah menasihatkan ku.. katanya.. yang penting usaha kita dan doa yang tidak putus-putus..

Aku masih ingat ketika keputusan penilaian darjah lima diumumkan aku dan Zaleha diumumkan sebagai pelajar cemerlang.. dan kami berdua menerima hadiah cermerlang itu semasa hari anugerah sekolah.

Aku masih ingat mak pernah bercerita denganku.. betapa bangganya mak Zaleha dengan keputusan anaknya.. dan bercerita ke sana sini tentang kebijaksaan anaknya serata kampung dan mak pernah berpesan padaku.. kita tidak perlu berbangga diri.. cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita ada.. dan betapa mak bangga dengan pencapaian aku..

Aku masih ingat kali pertama aku menaiki pentas.. sebagai pelajar cemerlang darjah 6 (aku dapat no 1 tahun itu) dan juga pelajar cemerlang bahasa english (yang aku dapat setiap tahun sejak aku darjah 4 bersekolah di situ).

Aku masih ingat bersama rakan-rakan mementaskan sebuah cereka pendek mengiklankan makanan tempe.... heheheh dan memang kami makan tempe itu semasa pementasan itu.. seorang rakan sanggup beli dan goreng tempe itu dan bawa ke sekolah. Memang nampak sangat kami nie orang jawa hehehehe (kecuali aku yang berketurunan Banjar dan Bugis namun bahasa jawa tidak asing bagiku kerana rakan-rakanku 90% adalah orang jawa)

Aku masih ingat setiap tahun aku akan mewakili sekolah ke pertandingan bercerita bahasa english dari darjah 4 hingga 6. Malah mak pernah membuatkanku sepasang baju gaun panjang berwarna merah jambu dan cikgu membeli tiara kecil untuk aku pakai semasa sesi bercerita itu.

Aku masih ingat mengikuti rombongan sekolah ke bandar melaka bersama rakan-rakan sedarjah.. seronok dan kami puas bergambar.. dan cikgu iringan adalah seorang guru india Cikgu Caroline (cikgu english kesukaan kami)

Aku masih ingat mengikuti rombongan rakan sedarjah ke pantai Morib dan aku membawa bekalan nasi lemak yang dimasak oleh mak.. dan semua cikgu menikmati makanan itu tetapi sayangnya kebanyakan rakan seolah tidak sudi menjamah walaupun sedikit.. selepas itu barulah aku tahu rupanya mereka memulaukanku kerana suatu sebab yang tidak munasabah.. namun aku tidak sedikitpun rasa sedih.. kerana bekalan itu akhirnya habis kerana dinikmati oleh guru-guru iringan dan sahabat baik.

Aku masih ingat bunga-bunga cinta yang aku lihat hadir dikalangan rakan-rakan sedarjah.. antara imah dan nawi.. antara midah dan ibrahim hehehehe dan aku?? takde seiapa pun yang aku jatuh cinta.. sebab aku tak minat sesiapa pun ;)

Aku masih ingat seorang guru pernah memberikan aku surat tawaran melanjutkan pelajaran sekolah menengah ke sabah.. dan bila aku hulurkan borang itu kepada mak.. mak menolak mentah-mentah idea itu.. kalau tidak mesti aku dah pergi sana kan ;)

Aku masih ingat aku hanya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah Klang dan duduk di asrama sekolah tersebut manakala rakanku Zaleha pula dapat melanjutkan pelajaran dibawah tajaan yayasan selangor dah ditempatkan di asrama yayasan berkenaan. Zaman itu sesiapa yang mendapat tajaan daripada yayasan selangor dikira hebatlah. Berita aku hanya ditawarkan di sekolah harian biasa menjadi buah mulut hinaan orang.. tapi aku masih ingat hingga kini pesanan ayah padaku.. Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah bukan calang-calang sekolah.. ramai pelajar terbilang dan bijak pandai yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke serata tempat.. Aku percaya dengan kata-kata ayah.. hingga kini barulah aku akui kebenaran kata-kata ayah.. Disitulah aku belajar segala-galanya.. dan disitulah aku menimba ilmu dan pengetahuan.. Disitulah aku mendapat keputusan yang cemerlang baik semasa SRP dan SPM malah keputusan ku lebih baik daripada rakan-rakanku yang bersekolah asrama penuh dan MRSM. Bermula dari kejayaan keputusan SPM, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi UKM.

Kisah zaman sekolah menengahku pernah aku jadikan entri dalam 'Dari Banting ke Klang' , 'Dari Banting ke Klang2' dan 'Dari Banting ke Klang3'

'Aku masih ingat' ini telah diadaptasi dari majalah 'reader digest' ogos 2008 yangku baca semasa sedang menunggu giliran temujanji bertemu doktor gigi lewat petang tadi..

Akan aku sambung 'Masih Aku Ingat Bahagian 2 (Zaman sekolah menengahku) jika ada kesempatan nanti ;)

Sunday 28 December 2008

-2 Degree/Darjah

It's freezing cold again.. like yesterday.. and today almost everything around happen to be white and icy.. frantic movement and dizzy mind.. shivering body and cold feet..

"The house sooo cold today, please on the heater dear"

He answer "The heater just heat up you know.. and it just stop for a while" and he put his hand on the heater infront of me to feel the warming sensation.

We used to set the time for heating and it'll automaticaly on and off based on the hour and minutes that we set.

Suddenly he came back and told me "You know what.. the bank didn't on the heater today"

Me??? "Ohh my goodness dear.. what do you aspect.. it's X'mas holiday.. of course the bank didn't on the heater and today is Sunday as well"

Our house is just to be above the Llyod TSB Bank and the ATM machine just below my bedroom window.

What is he thinking?? Making a funny joke on sunday nite just to make me smile?? Yeahhh it's work wonderfully dear..

Of course it's been holiday for 4 days.. What?? You just realize that the bank didn't on the heater today?? Ohhh my goodnesss I soooo stress out with his answer..

Translate in Malay Language
Diterjemahkan dalam bahasa melayu

Cuaca sejuk kembali lagi.. seperti semalam.. dan hari ini hampir semuanya berwarna putih dan berais.. pergerakan yang kalut dan minda yang kepeningan.. badan yang mengigil dan kaki yang sejuk

"Sejuknya rumah hari ini, bang tolong hidupkan pemanas"

Dia menjawab "Pemanas nie baru je panas tau.. dan baru je berhenti sekejap" sambil meletakkan tangannya pada pemanas di hadapanku untuk merasa sensasi kepanasannya.

Kami sering menetapkan masa untuk pemanasan dan ianya akan dihidupkan dan dimatikan secara automatik berdasarkan jam dan minit yang kami tentukan.

Tiba-tiba dia datang kepadaku dan berkata "Nak tahu tak.. bank tak hidupkan pemanasnya hari ini"

Aku??? "Aduhai cik abgku sayang.. apalah abang nie.. kan cuti X'mas nie.. tentulah bank takkan hidupkan pemanasnya dan lagipun hari ini kan Ahad"


Rumah kami berada di tingkat atas Llyod TSB Bank dan mesin ATM machine berada betul-betul di bawah tingkap bilik tidur kami.

Apa yang dia fikirkan?? Nak buat lawak jenaka pada malam Ahad begini semata-mata untuk membuatkan aku tersenyum?? Yaaa... Nampaknya abang berjaya lah..


Yelah dah cuti 4 hari... Apa?? Baru sedar ke bank tak buka pemanas hari ini?? Adeihhhhhhhh tensen aku dengar jawapan dia tu..

Seliuh Rasa


Semalam kaki aku terseliuh lagi.. Sama seperti tahun lepas..

Kaki yang sama.. tempat sakit yang sama.. hanya tempat jatuhnya berbeza.. namun rasa sakit yang sama membangkitkan kenangan lama.. dan sebuah sajak lama yang pernahku nukilan ketika itu.. ku cari-cari dimanaku simpan ia.. akhirnyaku jumpa.. dan tak ku sangka.. mendalam maknanya.. dan membacanya sekali lagi.. membuatkan aku hampir mengalirkan airmata..

Semalam kala di tepian jalan..
saat kakiku tersandung
aku menjerit kesakitan..
sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu..
namun sakit itu bukan hanya di kaki..
jiwaku seolah parah pedih terluka
terhiris sedih dan sendu
menahan sakit di kaki dan sendu tangis di jiwa

Kala ini hatiku terlalu sedih..
memikirkan bebanan yang kadang kala
tidak mampu aku tanggung semuanya
kerinduan pada bonda..
raut wajahnya.. sendu dimatanya..
kesayuan dan eratnya pelukannya..
yang tidak dapat aku lupa..
saat aku melihatnya buat kali terakhir dulu..

Hari ini kau mengajar aku erti mengerti
mengerti dan memahami
betapa tinggi jua makna pengorbanan..
betapa jua tinggi makna kejauhan
saat aku memerlukan..

Kini.. kala keresahan melanda jiwaku
kala kerisauan meniti dibenakku
kala aku rasa memerlukan
kau pula seolah meninggalkan
seolah meminggirkan

Entahlah jika ini sudah takdirnya..
apa lagi yang ada padaku
laluan kehidupan perlu aku teruskan
kepayahan perlu aku hadapi
bersamamu atau tidak
entahlah jawabku
kaki terus melangkah..
jiwa perlu kuat mengharungi
harapan perlu ditunaikan
kejayaan perlu digenggami..
dan kehidupan adalah satu perjuangan

Ia hanya sebuah nukilan lama dan kisah lama.. Tidak lama lagi 31 Disember.. hampir 3 tahun rupanya.. sekejap masa berlalu kan.. masih segar kenangan itu dalam ingatan.. dan masih segar semuanya.. rasa hati sentiasa sama dan tidak pernah berbeza..

Seliuh rasa..
Membangkitkan kenangan lama..
Cebisan peristiwa..
Suka dan duka..
Antara kita semua..

Salam Maal Hijrah buat semua..

Saturday 27 December 2008

Membeli-belah dalam kesejukan

Hari ini suhu turun dengan mendadak.. kebanyakan kaki lima dan kawasan sekitar putih dan penuh 'frost' malah kereta juga turut diselimuti warna-warna kristal ais yang memutih..

Cuaca kembali sejuk.. suhu juga turun ke -2.. memang sejuk betul hari ini.. namun masih tidak membataskan mood untuk ber'shopping' lagi..

Sebenarnya hendak ke Livingston.. namun dek sibuk memasak untuk tengahari akhirnya aku putuskan untuk ke sekitar Glasggow sahaja.. lagipun barangan rumah juga sudah banyak kehabisan.. stok perlu ditambah.. dan hari ini aku putuskan untuk membeli beberapa barangan mentah.

Kami ke Alfa, Chung Ying, Silverburn dan akhirnya Asda.. semuanya mencari barangan rumah.. santan, mee, rempah ratus, bawang dan lain-lain lagi..

Sempat jugalah kami ke Silverburn.. memanjangkan kaki untuk ke shopping complex terbesar di Scotland ini (katanya) tapi tesco extra di sini memang besar gila.. 24hours..

Bershopping lagi.. dan aku jumpa jam berjenama yang aku berkenan itu dengan harga yang murah.. Lagipun dah aku letakkan budget untuk jam berkenaan.. dan tidak fikir panjang lagi aku terus beli.. ;)

Rasa seperti lama sudah bercuti.. baru sahaja hari sabtu.. esok masih ada lagi hari minggu.. emmm.. bila hari bekerja.. bila tibanya hari ahad.. pasti aku impikan andai esoknya masih lagi hari sabtu.. dan esok lagi masih sabtu hehehehe.. bila dah mula bercuti panjang begini.. aku pula tak sabar nak mula bekerja dan study semula.. adeihhh.. problemo betul ler.. aku seharusnya enjoy waktu cuti panjang begini kan.. selepas ini masa pastinya suntuk dan terhad dek bebanan kerja dan study yang ada..

Esok hari untuk berjalan-jalan lagi.. ;)

Mama tiba-tiba rindukan yyg.. lama tak dengar khabar berita.. sibuk sangat kot emmm.. happy holiday sayang.. Kaki mama terseliuh lagi.. kaki yang sama seperti tahun lepas.. ada makna apa-apakah ini?? harap mama dapat jawapannya nanti..

Friday 26 December 2008

Hari ber'boxing'

Seperti semua telah ketahui seawal pukul 8.15 pagi aku telah berada di bandar Glasgow.. hari masih gelap..

Ketika melangkah turun dari bas 66.. suasana sekeliling malap dan gelap.. hanya cahaya neon berbentuk pokok x'mas sahaja yang menyambut kehadiran kami..

Ketika itu hanya beberapa outlet kedai yang dibuka.. orang juga tidak begitu ramai.. yelah siapa sangat yang nak bershopping awal pagi..

Melintasi 'river island' penuh orang..



Menuju ke 'Next' wahhduhhh penuh sesak dengan manusia yang beratur dan sedang membelek-belek barangan...


Menoleh ke 'debenham' seolah tiada orang sangat pula.. tapi bila naik ketingkat atasnya.. ramai juga manusia.. tapi masih terkawal dan tidak begitu sesak lagi..

Lama juga kami di bandar.. kaki pun dah letih melangkah.. dari satu kedai ke satu kedai kami pergi.. dari Argle street menuju ke Buchanan street dan akhirnya ke Sauchiehall street kami berjalan kaki..

Sebenarnya bila membeli belah bersama pakwe.. aku akan membeli lebih banyak hehehehe.. itupun sempat dapat bebelan dari dia.. menyuruhku mencari baju jaket suit sepasang dengan seluar yang padan.. senang nanti untuk aku pakai bila perlu menghadiri seminar.. konferen.. bengkel dan mesyuarat.. malah bukan itu sahaja.. bentuk dan rupanya juga turut dia perincikan.. adeihhh... terkesima aku sekejap.. tak ubah gaya bercakap seperti abah.. mendengar nasihatnya... aku lebih suka diamkan diri dan mengiakan sahaja.. so apa lagi aku ambil satu yang sesuai.. dan mungkin akan ada lagi.. dan lagi..


Dalam perjalanan pulang manusia kelihatannya semakin ramai dan berpusu-pusu.

Semalam aku cuba 'device' baru yang aku beli semasa pulang ke malaysia.. yang memudahkan aku memainkan lagu mp3 secara terus dari pendrive aku.. dengan hanya sambungan ke soket elektrik kereta.. tidak perlu lagi disimpan dalam bentuk DVD atau CD.. dan aku turut membeli pendua soket.. satu untuk sambung ke 'satelite navigator' dan satu untuk sambungan lagu mp3 aku.. Yang seronok aku dapat mendengar ratusan lagu mp3 aku hanya menyambungkan pendrive aku sahaja.. misi berjaya ;)

Akhirnya ini yang kami bawa balik...

Esok? ada sale lagi.. ada rakan sudah mula mengajak shopping lagi.. bodyshop.. mark & spenser, John lewis.. semuanya bermula sales esok hari.. uihhh.. boleh demam shopping kalau begini.. kita tunggu januari sale yang tidak lama lagi.. ada potongan lagi..

Semangat ;)

Selesai solat subuh tadi..(waktu subuh masuk pukul 6.33pg.. dan matahari terbit pukul 8.15pagi) aku terdengar suara kicauan burung di tingkap dapur.. indah dan mengasyikkan.. aku jadi rindu dengan suara kicauan yang sama di kampung.. memang waktu pagi di rumah mak dan ayah di kampung.. suara burung tekukur pasti menyambut kami di awal pagi..

Sejak pukul 5.00 aku sudah terjaga.. sudah terbiasa begitu kan (lagipun time nie memang aku akan check email aku dari Iphone 3G aku.. andai ada komen yang perlu di'moderate') Cuba jugalah untuk melelapkan mata selepas itu.. tak boleh.. lagipun sudah terbiasa.. aku akan bangun waktu itu untuk mandi pagi dan menyiapkan diri untuk ke tempat kerja.. akhirnya dalam hendak tak hendak mata ini nak terlelap.. aku bangun juga mandi pagi dan menunggu masuknya waktu solat subuh.. lepak sebentar di depan notebook ini dengan menjawab komen rakan-rakan..

Selesai sahaja, terus aku buat entri ini hehehe.. lagipun dalam 5 minit lagi kebanyakan kedai di bandar Glasgow akan dibuka dan aku pasti 'queue' waktu ini pasti sepanjang keretapi.. sejak semalam lagi pakwe dah sibuk menyuruh aku bersiap awal.. katanya seawal pukul 8.00 pagi kita ada di 'city centre' eihhh siapa yang teruja lebih nie?? namun aku faham.. amat faham hehehehe.. Tahun lepas dia bekerja di 'boxing day' mungkin tahun ini dia taknak terlepas lagi..

Aku juga teruja nak ke bandar sekejap lagi.. sedang menyiapkan diri.. aku ambil kesempatan untuk update entri untuk hari ini.. aku juga sempat panaskan lebihan lauk nasi lemak semalam.. utk sarapan pagi.. sambil menunggu pakwe selesai mandi.. selepas ini apa lagi.. hari yang dinanti-nanti..

Semangat oooo.. semangat.. Sejak semalam aku dah mula 'browse' laman web debenham.. matalan dan next.. wahh ada juga yang berkenan di hati.. nanti aku nak mencari.. andai ada.. pasti aku beli.. sediakan duit sebelum beli kan kan

Oklah.. aku nak bersarapan pagi.. nak mula bersiap diri.. dan tunggu bas yang hanya 10 minit ke bandar.. Jom.. jom.. jom..

Sapa-sapa nak aku belanja minum makan hari ini.. meh ler datang Glasgow.. starbuck ke.. crepe ke.. mana-mana aku belanja dengan senang hati...

Thursday 25 December 2008

Setenang air laut di St Andrews


Hari ini merupakan hari yang agak suram dan mendung.. nampaknya kali ini X'mas disambut dengan cuaca yang pudar cahayanya..

Sepanjang perjalanan dari Glasgow ke Dundee kabus ada dimana-mana.. hampir merata tempat dipenuhi kabus putih.. malah melewati kawasan lautan juga berkabus teruk.. tiada apa yang dapat dilihat dalam jarak pandangan yang dekat.. namun kerana ingin menghabiskan masa berjalan ke sebelah atas Scotland.. kami teruskan perjalanan kami menuju ke Dundee..

Tidak ada yang menyeronokkan kerana kebanyakan kedai dan shopping outlet tutupppppppp.. malah hendak mencari 'washroom' juga tiada.. kesian anak-anak rakan semua sudah tidak tentu arah duduknya.. menjejaki stesen minyak juga tutup.. Akhirnya kami temui sebuah kedai pakistan yang dibuka.. Alhamdullilah mereka kesian dengan kami dan dapatlah kami menumpang menyelesaikan hajat yang tidak terbendung lagi.. Rasa serik juga berjalan ketika hari cuti X'mas begini.. namun masih kami teruskan juga perjalanan kami.. tidak ada rasa kesal dan menyesal.. kami nikmati perjalanan yang sejuk dan berkabus dengan rasa seronok dan teruja..

Tidak lama di bandar Dundee kami menjengah ke Tayport. Berhenti di pelabuhan kapal.. bergambar seketika di situ.. Anak-anak bagai lepas bebas.. ke sana sini berlarian tanpa peduli jeritan amaran dan panggilan cemas..



Sempat kami bergambar seketika ;)

Seterusnya kami ke St Andrews..

Menyusuri tepian pantai di St Andrews.. menikmati pemandangan padang Golf yang terunggul di dunia.. memerhatikan pemandangan indah lautan di sekitarnya menyeronokkan..



Kami berhenti berhampiran St Andrews Castle..



Bergambar di hadapan istana lama itu..



Kami berjalan menuruni cerun bukit di tepi istana lama itu


Pasir berwarna perang gelap dan basah menyambut langkah kami


dan ambil peluang bermain pasir pantai di sekitar kawasan istana.. seronok dan teruja..

Ketika itu sudah tengahari.. masing-masing asyik bergambar



Sepanjang pemandangan indah di sekitarnya



Indah dan tenang





Inilah rupa pasir pantai di sekitar Scotland bersama si ombak yang sedang membelai pantai



Pasir berwarna perang gelap dan batuan yang pelbagai rupa bentuknya


Si anak kecil yang asyik mengumpul kulit siput dan kerang-kerangan



dan kicauan burung-burung laut..



Pakwe pun mencari ilham sama ;)

Yang tidak dapat aku lupa.. aku berkesempatan menunaikan solat di atas batuan di tepi pantai itu.. inilah pertama kali aku berbuat sedemikian.. dengan bunyi ombak yang memukul pantai dan mengadap lautan luas ciptaan tuhan.. solat yang ditunaikan penuh dengan rasa keinsafan.. apatah lagi berdiri dan bersujud di atas batu-batu sejuk.. rasa sejuk seolah hilang seketika.. indah dan tenang sekali..


Kami ambil peluang bergambar bersama..

Aku dan kak haizan



Pakwe dan makwenya ;)


Selesai solat.. Kami bergerak mendaki tangga ke tempat kereta..



Sempat lagi bergambar ya

Kami mencari tempat untuk berhenti makan tengahari.. perut sudah mula berbunyi.. lapar...

Apa lagi kami lepak berhampiran kawasan pelabuhan..

Menikmati sepinggan nasi lemak.. amat nikmat sekali.. sejak awal pagi aku siapkan bekalan untuk kami sekeluarga..

Makan nasi lemak di tepi pantai.. dengan cuaca yang sejuk dan angin sepoi-sepoi bahasa.. memang membangkitkan selera.. entah berapakali kami semua menambah nasi.. sedapp dan seronok..


Menyudahkan makan tengahari.. kami teruskan perjalanan kami ke Edinburgh untuk menunaikan solat maghrib di sana..


Dari jauh kami melihat jambatan yang tersergam indah.. 'Forth Bridge' yang sering dirakamkan dalam setiap poskad jika anda ke Edinburgh..

Edinburgh disebut dengan ungkapan 'aedinbererr' dengan menyembunyikan bunyi 'h' dan bukan disebut sebagai 'aedinbek'.. jika anda sebut begitu di sini.. pasti tiada sesiapa tahu dimana tempat yang anda maksudkan ;)

Sudah lama aku tidak ke situ.. sampai sahaja ke masjid Edinburgh di Nicholson square.. membangkitkan kenangan aku di situ.. dulu aku pernah menelaah pelajaran di perpustakaan masjid itu semasa cuti x'mas kerana universiti ditutup lama.. bersama aku adalah sahabat baik aku Aziza dari Oman.. kami berdua mengambil masa menelaah bersama untuk persediaan peperiksaan yang akan kami duduki selepas sahaja cuti X'mas ketika itu.. tengahari pula kami menikmati makan tengahari di Kebab Mahal.. ketika itu masih belum ada lagi dapur masjid seperti sekarang.. ketika itu kebab mahal kira tempat lepak yang terulung di situ.. kini Edinburgh sudah punya banyak tempat makan halal yang banyak berbanding dulu..

Melalui deretan kedai-kedai halal di sebelah menyebelah kebab mahal.. juga membuatkan aku tersenyum memandang tulisan melayu di kedai 'Bismillah' yang berbunyi "Di sini ada menjual barangan....." tulisan itu hingga kini membuatkan aku bangga menjadi anak malaysia.. mampu melihat tulisan bahasa melayu di paparkan di sebuah kedai.. bukan selalu ada peluang begitu kan.. ;)

Selesai solat.. kami makan malam di dapur masjid.. menikmati juadah nasi dan lauk kari kambing serta air kopi panas membangkitkan selera kami.. teringat tempat makan sedemikian yang menghampiri khemah pengantin di malaysia.. Jika tahun aku berada di situ.. dapur itu sudah ada.. mahu juga kerap kami lepak di situ.. menikmati juadah nasi yang enak dan murah namun ku kira harganya telah naik sejak kali terakhir kami ke situ tahun lepas.. mungkin harga barangan yang meningkat menyebabkan harga barangan juga terpaksa dinaikkan.. (Maaf tiada gambar kerana hari sudahpun gelap ketika itu)

Alhamdullilah selesai semua.. kami bertolak pulang ke Glasgow.. Seronok kerana mampu berjalan ke 3 buah bandar dalam masa sehari ini..

Insyallah mungkin aku akan kembali ke situ.. St Andrews punya ciri istimewanya.. begitu juga Edinburgh.. Tempat aku mengenal dunia barat.. dunia cabaran.. dunia kecekalan dan membina jati diri..

Insyallah aku akan kembali lagi ;)

Esok shopping time.. yeh yeh yeh.. ;)

Akanku tunggu.. dan aku pasti ramai manusia akan beratur di depan pintu kedai seawal pukul 6++ kerana kebanyakan kedai buka pukul 7.00pagi..

Aku?? tak kuasa aku nak beratur panjang depan pintu kedai pepagi gitu.. walaupun hajat di hati tu ada gak hehehehhe.. jomm.. jomm..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin