Saturday 27 September 2008

Mencari kemeriahan raya

Pagi semalam aku bercuti kerja di GU hingga isnin depan.. seronoknya kerana tidak perlu bangun pagi.. Aku ajak pakwe keluar untuk membeli barangan rumah di Chung Ying.. di kedai cina inilah kami akan singgah untuk membeli barangan keperluan terutamanya produk-produk dari malaysia.. selesai kami ke Asda pula.. beli barangan untuk persediaan hari raya. Balik.. aku pun mengemas rumah.. rancangan asalnya nak tidur tapi dek terlalu asyik mengemas masa pun sudah menghampiri ke pukul 2.40ptg.. masa untuk kerja petang pula..

Sampai ke Legal House.. naik ke tingkat 1 aku tengok deretan bilik-bilik itu gelap gelita.. aihh semua orang takde ke.. lalu aku turun semula ke tingkat bawah mencari pakcik security Jimmy & George.. mundar-mandir aku di situ hingga ditegur oleh seorang staf yang masih ada di tingkat bawah.. aku bertanyakan dimana security officer sebab nak tanyakan tentang staf di tingkat 1.. katanya mereka ada di pondok kuning di parking lot..

Aku melangkah laju ke sana.. akhirnya aku temui mereka di situ.. katanya kebanyakan staf sudah pun balik tengahari tadi.. aku teringat.. beberapa hari yang lepas aku ada tanyakan dengan Mandy berkenaan cuti hari jumaat.. katanya kebanyakan staf akan datang pagi itu tetapi akan keluar awal tengahari.. so aku pula faham kerana mereka masih bekerja.. mungkin aku juga perlu datang.. tapi aku pun muskil juga sebab mereka katakan mereka hanya bekerja separuh hari.. tapi aku pula mula bekerja petang hari.. camna nak masuk level tu kalau semua orang dah takde..

Oleh kerana tidak pasti apa yang perlu dibuat.. aku cuba hubungi John.. panggilan pertama tiada jawapan.. lantas aku buat kesimpulan aku tidak perlu bekerja petang ini.. lagipun kata pakcik george mereka dah pun set alarm.. itu bermakna tak boleh masuklah.. walaupun aku tahu bagaimana nak reset alarm tu.. tapi takkan pula saja-saja nak buat begitu kan.. apa lagi.. masa untuk merewang ler ;)

Namun ketika sampai ke bandar aku masih tak sedap hati.. lalu aku call John semula.. memang sah aku cuti.. alahai pesal ler aku tak tahu nie.. aduh-aduh.. jika tidak dah awal-awal aku plan benda lain.. Yang tak tahan John siap perli aku "Don't worry haslina.. we'll find some other time to cover that day off" aduhh.. perli ler tu.. dah bagi cuti rajin bebeno lak nak keje.. yelah mana tau cuti.. aisehh.. tensen den..

Takpelah.. dapat jugalah aku berjalan di city centre.. ramai sungguh orang.. penuh sesak.. rasanya disebabkan kebanyakan pejabat hanya bekerja separuh hari.. menyebabkan sebelah petangnya ramai yang bertumpu di bandar.. aku pula jalan-jalan makan angin jelah.. dari satu kedai ke satu kedai aku masuk.. takde mood sangat nak berbelanje.. singgah juga ke kedai HMV untuk melihat games nintendo DS yang baru.. mahal pulak.. tapi sempat jugalah aku survey apa yang patut.. sambil berjalan-jalan itulah aku ambil peluang ambil gambar..

Terdetik dihati.. terasa sedikit kemeriahan nak raya nie.. begitu ramai manusia di bandar tadi.. walaupun aku rasa hanya aku sahaja wanita melayu yang berjalan disitu.. aku rasalah.. sebenarnya aku nak cari cover iPhone.. susah betul takde cover risau calar balar.. aku nie termasuk kategori ganas juga.. jumpalah di carphone warehouse.. siap dapat beg lagik.. walhal yang aku beli kecik je.. tak kisahlah leh aku bergaya dengan beg yang cantik.. sampai ada yang jeling-jeling tengok aku hehehe.. :)

Aku letakkan gambar yang aku snap petang semalam.. walaupun tidak ada pasar ramadan.. bazar ramadan.. kuih muih.. baju raya.. apa-apa yang raya.. namun berjalan dicelah-celah manusia yang ramai petang semalam mampu juga menerbitkan rasa keseronokan dan meriah menyambut syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi..



Kedai O2 tempat aku beli iPhone 3G




No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin