Saturday 14 July 2007

Glasgow River Festival

Hari ini kami ke glasgow river festival.. di tepi sungai clyde.. kawasan glasgow harbour.. dapatlah masuk tengok kapal 'the tall ship' percuma.. selalu kena bayar 4.50pd.. hari ini sebab ada river festival dapatlah masuk percuma.. apa lagi bergambar sakan ler atas kapal.. dan berjalan di sepanjang river clyde.. ramai sungguh orang.. maklumlah macam-macam aktiviti yang ada.. so kami pun tumpang tengok suasana dan memang meriah sungguh

Friday 13 July 2007

My Birthday 13 July 2007

Happy Birthday To Me.. Happy Birthday..

Selamat Hari Lahirku ke 32 Tahun..

Tahun 2007 nie aku sambut hari lahir di Glasgow... ingatkan tahun ini seperti biasa sahaja rasa macam tak seronok je.. pakwe lak buat tak tahu saje.. puas ingatkan.. semalam sebelum ke uni .. siap pesan minta belikan kek dan bunga.. alah pesanan biasa yang dibuat setiap tahun sebelum birthday... kalau tak pesan adalah yang buat tak tahu je nanti.. ramai juga kawan-kawan yang dah wish happy birthday.. addy.. joe.. yana.. adik farah.. kawan-kawan dalam myspace.. thanks semua..

Tiap-tiap tahun memang wajib celebrate tepat pukul 12 mlm.. sudah terbiasa setiap tahun begitu.. malam tadi nak dijadikan cerita... heheheh dalam pukul 11 lebih masa nak ke dapur nak ambil coklat.. masa nak buka peti sejuk.. aikkk cam ternampak sesuatu.. ada beg hadiah siap ngan bunga hehehe.. aku dah nampak dulu.. ingat takde bunga tahun nie.. yeyeye.. ada ke pakwe letak tepi peti sejuk.. apa ler.. x suprise ler.. tapi aku buat-buat tak nampak.. buat-buat tak tahu.. walhal dah tak tahan nak sengih senyum hehehe.. kena tunggu pukul 12 malam jelah..

Tepat pukul 12.. dapat ciuman dan hadiah bunga yang aku nampak tadi.. seronok juga dapat bunga ros merah 7 kuntum bersama dengan kad selamat hari lahir... kemudian sesi memotong kek coklat yang pakwe belikan.. manisnya kek coklat tu.. aku makan sepotong je.. pakwe yang makan lebih... dah abis makan kek.. baru cakap manisnya kek nie.. sengih je aku yang mendengarnya.. ;)


Hadiah malam tadi takde lagi sebab tengahari nanti baru nak ke town beli hadiah.. tahun nie dia minta cari sendiri hadiah.. dan dia tolong bayar je.. sebenarnya dia dah bagitahu awal.. tahun nie dia tak belikan hadiah.. kena pilih sendiri nak hadiah apa.. puas juga fikir apa hadiah nak beli tahun nie akhirnya decide nak beli jam tangan..


Masa tahun pertama kawin dan sambut hari lahir .. pakwe belikan jam.. dah pakai dekat 7 tahun.. tak penah tukar dan tak penah beli jam.. selepas 2 bulan sampai sini.. jam tersebut hilang.. tercicir atau terjatuh dalam bas..... masa tu memang rasa sedih sangat.. maklumlah.. jam yang dah dipakai selama 7 tahun hilang macam tu je.. masa nak beli jam ganti.. rasa kekok sangat sebab selama kawin nie aku tak penah beli jam.. pergi ke kedai jam untuk beli jam pun tak pernah.. so masa nak memilih beli jam.. pening sungguh..

Apalagi.. aku dah bagi tahu awal-awal tahun nie nak hadiah jam tangan.. memang masa jam tersebut hilang dulu.. ada beritahu pakwe.. nak jam baru sebab jam yang dia bagi dah hilang.. so insyallah.. dapatlah jam tahun nie.. cadangnya nak keluar ke bandar tengahari nie.. dan date di 'lemon tree' makan nasi goreng cina dengan ayam .. satu-satunya kedai halal indo-cina di Glasgow nie..

Oklah semua.. nak bersiap.. nak ke bandar glasgow beli jam.. sambil jalan-jalan.. oh ya hari ini cuti.. jumaat hingga isnin.. bank holiday di glasgow.. universiti tutup.. sebab itu tak ke uni hari ini.. seronok juga.. hari lahir jatuh masa cuti bank holiday di sini.. pakwe jelah yang tak cuti.. kerja.. tapi kerja pagi dah selesai.. petang nanti sambung kerja lagi... so sementara itu.. bolehlah aku dan dia 'dating' .. Bunga yang pakwe bagi dah letak atas meja radio.. di ruang tamu.. tahanlah seminggu kot :)

Thursday 12 July 2007

Rumahku Syurgaku

Semalam sewaktu hendak melelapkan mata.. tetiba teringat rumah di Behrang 2020.. Al-maklumlah hanya sempat duduk sebulan sahaja.. siap buat kenduri doa selamat jemput rakan-rakan kerja datang.... teringat mak dan ayah yang kerap menceritakan rumah yang dah penuh dengan pokok keliling rumah.. rumahku semi-d adalah lebih kurang 5 kaki tanah untuk tanam pokok.. ayahlah yang paling rajin menanam.. dah penuh agaknya tepi rumah tu.. entah bagaimana agaknya rupa rumahku kini.. kak ramlah penah email beritahu yang dia hairan melihat rumah aku.. sebab dah penuh dengan pokok.. dan pokok-pokok itu pun tak layu.. emmm memanglah ayah yang rajin ke Behrang.. dari Banting memandu hampir 2 jam ke Behrang.. dulu aku yang sering ulang alik setiap 2 minggu atau seminggu balik ke kampung.. begitulah pengorbanan seorang ayah untuk anaknya.. aku hargai sangat-sangat apa yang telah keluarga aku lakukan..

Teringat juga rumah di kampung Banting, Selangor dan rumah mertua di Jelebu N9. Hai.. tetiba pulak teringat kampung.. saja kot semalam fikiranku melayang kejap ingat kampung..
Maklumlah dah lama tak balik kg.. maybe aku rindu kot.. dulu bila boring dan tension2 .. balik kg dapat menenangkan fikiran.. sekarang bila tension.. aku hanya window shopping kat bandar glasgow.. itu jelah caranya nak lepaskan tension..

Rumahku di sini kecil sahaja.. flat 4 tingkat berada di tingkat yang paling atas.. memang tiap kali naik tangga siap kira anak tangga.. tak pun kira bilangan tingkat.. dah sampai ke belum hehehe.. camna ler gayanya aku nak kurus sikit nie..

Rumah kecik je.. 2 bilik.. tapi oklah untuk kami berdua.. bukan apa tak larat nak mengemas umah.. besar-besar sangat pun.. nanti aku juga yang kena kemas..

Sudahlah bgn je kena masak sarapan.. siap2 bekal.. pastu ke universiti.. balik.. masak lagi mkn malam.. pakwe biasalah balik2 je.. soalan standard.. masak apa ari nie ... tak yah tanya dah tau dah.. Camtulah hidup seorang isteri.. merangkap pelajar.. kat universiti dah penat satu hari dengan study.. sebelum ke uni.. masak dan kemas umah mana yang patut.. balik dari uni pun sama juga sambung kemas dan masak.. malam.. sambung lagi study.. begitulah hidup sehari-hari.. tapi adakala dapat juga mengelat.. tak masak.. suruh pakwe ler masak.. tandori ke steak ke.. terpaksalah kadang dah boring masak dan xtau apa lagi nak masak ;)

BBQ

Sekarang sudah masuk musim panas... dan kebanyakkan komuniti malaysia di sini mula sibuk ber bbq.. dah 2 bbq yang aku pergi.. satu bbq sempena mesyuarat agong kelab UMNO Glasgow.. cuaca baik pada hari tersebut.. bila petang hujan turun dengan lebatnya.. bbq nie cam boring sikit.. dapat merasa makan ayam dan daging seketul je kot.. sebab ramai.. sebab semua komuniti malaysia dari govanhill, pollokshield, charles street datang.. so ramai juga yang join sama.. dah ler tu.. toilet pun jauh.. masa nie bbq dalam musim bunga.. nampak panas tapi masih sejuk lagi..

Bbq kedua.. bbq komuniti Govanhill.. komuniti malaysia di tempat aku tinggal.. hari tersebut.. tengahari lagi dah hujan lebat.. nak bersukaneka pun dalam hujan.. anak-anak masa nie apa lagi ambil peluang mandi hujan., semua basah kuyup termasuk ngan mak bapak sekali..

Memang puaslah makan sampai kenyang.. apa taknya.. aku tukang bakar bbq.. sambil bakar.. sambil ngap2 sekali.. puas hati betul.. leh makan puas2.. bbq yang dulu tak dapat rasa ayam dan daging sangat.. kali nie siap reserve tepi mana daging & ayam.. siap ngan pakwe sekali main chop2 daging steak.. mentang-mentang isteri dia yang tukang bakar.. ambik kesempatan betul.. hehehe..

6 bulan di Glasgow

Assalamualaikum,

Hari ini hatiku tergerak untuk menghasilkan blog sendiri.. sebenarnya sudah ada beberapa blog yang aku 'subcribe' tapi kebanyakkan just untuk suka-suka sahaja.. untuk blog kali ini.. rasa lebih sesuai untuk menceritakan dan merakam setiap peristiwa-peristiwa penting yang dirasakan penting yang telah atau akan aku lalui sepanjang pengajian PhD ku di bumi Glasgow.

2 hari lagi genaplah 6 bulan aku di sini.. 14 Januari 2007 aku tiba ke glasgow dan terasa terlalu cepat masa berlalu.. tak ku sangka masa bergerak pantas.. seolah baru semalam sahaja berada di bumi Tg Malim. University of Strathclyde.. di tengah bandar Glasgow... tak jauh darinya George Square.. dataran merah yang aku lalui hari-hari tiap kali turun dari bas ke universiti. Seronok juga kadang-kadang melihat tingkah laku manusia yang duduk melepak di kerusi kayu sepanjang dataran.. kadang tercuit hati melihat pasangan kekasih saling berpelukan :) .. kadang masa cuaca panas.. makin ramailah manusia yang bersidai dan berjemur ditengah panas.. tak berbaju hehehe.. tumpang tengok dan jeling-jeling jelah.. di malaysia.. bila panas begitu.. takkan ada sesiapa yang nak berjemur begitu.. lebih baik duduk dalam aircon.. dari berjemur di panas terik..

Sehari lagi aku akan menyambut hari lahirku.. kawan-kawan yang baca blog nie.. bolehlah mula mengira umur masing-masing.. kalau dikira.. umurku muda 7 jam dari waktu malaysia.. malaysia dan UK berbeza 7 jam.. sini masa berjalan lambat.. malaysia cepat 7 jam.. lainlah macam sorang tu di new zealand.. birthday dia tahun ini dia tua 4 jam dari waktu mesia dan tua 11 jam dari waktu UK.. makin nampak tualah.. oppss.. mashi.. ko sentiasa muda pada pandangan mataku hehehe..

Sebenarnya dah banyak benda terjadi sepanjang di sini.. dan sekarang musim panas.. tapi biasalah cuaca di scotland ini.. apatah lagi glasgow.. hujan panas dan angin sejuk sememangnya tidak dapat dipisahkan.. ada masa pagi panas.. tup2.. selang beberapa jam hujan turun bersama angin sejuknya..

Bulan 6 yang lepas aku memang agak sibuk sedikit.. dengan course effecitive researcher.. menghadiri postgraduate conference di Aberdeen dan postgraduate education conference di Birmingham.. Gambar-gambar nie pun diambil semasa ke sana..

Itu belum lagi dengan kisah kena submit coursework literature review sebanyak 2500-3000 perkataan untuk dapatkan 15 jam kredit seperti yang ditentukan oleh universiti. Alhamdullilah.. supervisor dah semak literature review.. adalah komen tentang beberapa bahagian yang memerlukan 'argument' yang lebih terperinci.. Katanya.. aku dalam track yang betul dan literature review aku pun on the right track.. hanya perlu penjelasan dan huraian pendapat secara lebih kritik..

Oklah sampai di sini sahaja rasanya.. nanti kita bersambung cerita semula..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin