Thursday 18 September 2008

Janji

Entah kenapa hari ini fikiranku melayang lagi.. sebenarnya agak kerap juga lintasan ini datang dalam fikiran.. entahlah aku pun tidak tahu mengapa ia kerap singgah ke ingatan.. memaksa aku memikirkan.. walaupun kadangkala aku cuba untuk tidak memikirkan.. namun ia tetap berjaya menyusup masuk minta difikirkan..

Aku teringatkan sebuah janji yang aku telah buat sebelum aku tiba ke sini.. janji itu ku buat hanya pada diri sendiri.. aku letakkan satu janji dan juga satu keputusan andai selesainya perjuangan ilmu ini.. andai ia terlaksana alhamdullilah.. jika tidak.. maka janji itu akan aku laksanakan..

Untuk membuat janji itu juga tidak mudah.. malah sebelum aku berjanji itu.. puas sudah aku fikirkan akibatnya.. puas aku fikirkan mampukah hatiku menerima dan kuat menghadapinya.. namun aku kira sudah sampai masa untuk aku berterus terang.. dan mungkin juga sampai masa untuk melepaskan dan redha atas apa terjadi..

Apa janji itu.. biarlah aku rahsiakan perjanjian yang telah aku buat pada diri sendiri.. banyak pihak akan terluka andai janji itu terpaksa dilaksanakan.. dan aku juga berharap.. redha hatiku sudah cukup kuat untuk aku hadapi apa juga yang menanti..

Hanya entah mengapa seminggu dua nie.. kerap kali janji itu singgah semula mengingati aku.. aku turut menelah.. mengagak.. mengandaikan.. andai janji itu terlaksana... mampukah aku? redhakah aku?? kuatkah aku? terdayakah aku?

Kemanakah agaknya laluan hidupku seterusnya selepas itu? Memikirkan semula.. bumi Allah ini luas.. aku boleh kemana-mana jika aku mahu.. aku boleh mengembara jika aku mampu.. namun.. mampukah kemahuan itu aku hadapi.. Insyallah.. aku serahkan pada Allah untuk menentukannya..

Kadangkala tidak semua yang ada pada kita adalah hak milik kita buat selama-lamanya.. adakalanya kita terpaksa melepaskan andai itu lebih baik.. Sesuatu yang kita miliki pasti juga akan pergi.. hidup mati jodoh pertemuan kekayaan harta budi bahasa ilmu pengetahuan.. semuanya itu ada hak empunya.. yang pasti aku tidak mahu dikatakan mementingkan diri sendiri.. dengan itu.. janji itu pasti juga akan aku turuti.. bila sampai masanya..

Aku serahkan pada Allah untuk menentukannya segala.. Dia Maha Mengetahui.. Maha pengampun dan Maha esa..

Mengingati janji ini.. sekali lagi airmataku mengalir tanpa aku sedari.. Kuatkanlah semangatku Ya Allah.. hanya engkau sahaja yang tahu apa dalam hati dan fikiranku..

2 comments:

julietchun said...

Kuatkan semangat ko utk hadapai semua dugaan kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat kita.

iina said...

juliect

Insyallah..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin