Sunday 30 November 2008

Salji di hujung November 2008

Pagi ini aku bangun dalam suasana pagi yang sungguh kelam dan warna putih memenuhi jalan..

Sejenak terpesona melihat salji turun agak awal pada musim luruh ini.. Sedang enak menghabiskan baki nasi lemak sewaktu bersarapan pagi tadi.. aku terima panggilan..



"Kak Ina.. Queens Park ada salji tak?"

"Akak tak surelah.. sebab tak turun tengok lagi.. tapi depan rumah dah penuh"

"Kat Govanhill park dah penuh salji nie"

"Kejap akak tanya abang"

Lantas aku tanya pakwe.. cepat sahaja dia jawab 'ada salji'

"Abg kata ada salji.. masa dia lalu balik kerja tadi"

"Akak tak plan nak turun Queens Park ke?"

"Insyallah kot.. lepas sarapan nie"

Selesai perbualan tadi.. aku habiskan baki nasi dalam pinggan dan mula bersiap-siap..

Apalagi sesi untuk bergambar di Queens park waktu salji turun ini takkan aku lepaskan.. aku mula menyarung kasut boot.. memakai jaket wool labuh.. melilit mafla di leher dan bersarung tangan kain berwarna coklat.. siap semuanya.. Aku paksa pakwe temankan aku ke Queens Park..

Dari kejauhan aku lihat Queens park penuh memutih dengan frost dan salji.. ketika berjalan menuju ke pintu masuknya.. kepingan salji turun perlahan-lahan memenuhi jaket yang diipakai.. seronok dan teruja dengan pemandangan begitu.. sempat jugalah aku rakamkan pemandangan disekitarnya..

Sempat aku tuliskan nama blog ini diatas jalan yang memutih..

Tidak lama kami di Queens Park.. 2 jejaka hensem nie datang join kami.. apalagi makin rancaklah sesi bergambar kami tengahari tadi..
Akhirnya kami balik selepas muka, tangan dan kaki sudah terlalu kebas.. dan bila dilihat suhu.. dalam -2darjah.. patutlah sejuk yang teramat sangat..

Selepas itu kami pun teruskan perjalanan kami ke carbot Blochairn.. sekali lagi aku beku sejuk dan sehingga saat entri ini ditaipkan.. suhu diluar kini sudah -5 atau lebih tinggi lagi.. Mungkinkah salji lebat sebelum X'mas ini.. Betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t. Jika ada peluang tahun ini, salji akan turun dengan lebatnya sekali lagi.. :)

Saturday 29 November 2008

Minum Malam

Selesai solat maghrib pada awal pukul 4.00petang tadi aku menjenggah ke dapur..



Masih berbaki lagi cekodok pisang yang digoreng pagi tadi..



Masih ada lagi lauk pauk untuk nasi lemak yang ditanak pagi tadi..



Aku pula ingin nikmati halawa kacang hazal yang dibeli di Alfa tengahari tadi.. enak.. cuma agak manis rasanya..



Halawa ini tidak ada kena ngena dengan parti politik yang berlambang dacing itu tau.. Undi anda adalah rahsia.. pilihanraya pun lambat lagik.. ;)

Selamat menjamu mata jelah ye.. nak bagi sikit jauh bebeno kome2 semua ye..

Selamat Cuti Hujung Minggu.. Aku nak sambung golek2, guling2 dan lepak2 depan tv malam ini ;)

Friday 28 November 2008

Hari yang sejuk

"Na.. ko pergi tak?"

"Aku tak pergi"

"Dah aku agak dah!" Perli kawan aku hehehehe

Aku? Senyum sengih jelah walaupun aku tahu dia takkan nampak wajahku.. maklumlah on call kan

Seperti entri semalam telah aku jelaskan sebab musababnya.. bak kata kak ungku kan.. "kalau berat hati tak yah pergi" nie ikut kata akak ler nie kan.. maklumlah pesanan orang muda-muda kan..

Sebenarnya selain dia memang ramai yang bertanya.. kenapa aku tak nak pergi.. Alasan yang sama juga aku berikan 'Sebab pakwe tak pergi..' Biarlah mereka bergembira sambil jalan-jalan makan angin.. dan aku pula bergembira lepak-lepak dan guling-guling kat rumah.. Semenjak aku pulang dari tanahair.. setiap hujung minggu, aku belum lagi berkesempatan untuk duduk lepak di rumah.. ada sahaja agenda setiap minggu.. so minggu ini adalah peluang untuk aku balas dendam tidur dan rehat..

Cuaca sudah bertambah sejuk sekarang ini.. sarung tangan yang dipakai seolah tidak mampu menahan kesejukan yang ada.. Aku mula ingin mencari sarung tangan lain yang mampu tahan sejuk..

Semalam ketika berjalan pulang menuju ke city centre aku ditimpa hujan air batu sekali lagi.. kali ini batuan ais kecil itu menimpa muka dan seluruh badan.. aku tidak dapat mengelak lagi.. ketika merentasi dataran George Square.. ketulan ais kecil itu mencurah-curah turun tanpa diduga.. tiada tempat untuk bersembunyi.. terpaksa jugalah aku harungi hujan itu dengan selamba.. basah kuyup jaket wool dan mafla yang dipakai.. malah sarung tangan kain juga basah bersama.. sejuk angin pula datang bersama air hujan.. sememangnya hujan semalam agak lebat.. agak kerap juga hujan air batu sejak kebelakangan ini.. Musim luruh kali ini seolah tidak ada.. musim sejuk sudah datang seawalnya.. suhu sudah mula 5 darjah atau kebawah.. malah malam hari hingga mencecah -ve darjah.. kini untuk kemana-mana aku jadi malas.. bukan apa.. sebab terlalu sejuk dan hujan yang agak kerap hampir setiap hari..

Esok? Sudah ada perancangan lain yang dibuat oleh pakwe.. Mentang-mentang awek dia tak kemana-mana.. sudah ada beberapa agenda yang dirancang.. Seperti biasa esok adalah giliran kelas pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Malaysia Glasgow.. Memandangkan sebahagian gurunya ke Loughborough, 2 kelas akan digabungkan kerana agak ramai juga pelajar yang tiada... Sebahagian besar murid-murid di kelasku tidak ke sana dan pembelajaran akan diteruskan seperti biasa. Tak mengapalah.. aku lebih rela ke sekolah mengajar anak-anak.. sekurang-kurangnya masa itu dimanafaatkan sebaiknya..

Malah esok aku pun perlu membeli barangan rumah di kedai cina.. stok makanan semakin berkurangan.. Hanya hujung minggu sahajalah masa yang ada untuk membeli itu dan ini keperluan rumah.. dan hanya hujung minggu sahaja masa untuk keluar kemana-mana bersama..

Harapnya esok tidak hujan lagi... dan cuaca juga tidak terlalu sejuk.. Aku sudah tidak tahan sejuk.. terutama dibahagian muka dan tapak tangan yang sering menyebabkan aku kekebasan.. apatah lagi kini kulit wajahku sudah mula terlalu kering.. krim pelembap terpaksa disapu setiap masa.. jika tidak.. pastinya muka akan mengelupas teruk.. inilah penangan musim sejuk.. yang sering aku terpaksa hadapi.. itu belum lagi badan yang agak kering dan perlu disapu losyen setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.. nak atau tak nak harus dilakukan.. jika tidak pasti akan terasa gatal dan jika digaru pastinya berdarah dan meninggalkan bekas..

Semoga ada mentari esok hari.. dan sedikit bahang panas untuk bernafas dan menyelesaikan urusan..

Thursday 27 November 2008

Tak pergi

Sejak minggu lepas lagi aku telah memikirkan tentang perkara ini.. Bukanlah sesuatu hal yang besar sangat pun.. Bagi keluarga yang turut serta pasti ianya sesuatu yang menyeronokkan kerana dapat bersama keluarga, beriadah bersama, berjalan makan angin bersama dan menjalin siratulrahim bersama jua..

Namun apabila ke Liverpool minggu lepas.. aku sudah mula terasa letih seharian dalam bas dan lewat malam baru sampai ke rumah.. Hujung minggu pula habis dengan merawat penat seharian itu.. Dan minggu ini pula sekali lagi.. Namun terpaksa aku tolak kerana pakwe tidak turut serta apatah lagi perlu bermalam sehari pula.. Aku minta maaf kepada rakan-rakan kerana menghampakan harapan untuk tidak menyertai mereka kali ini.

Mulanya aku serba salah juga kerana telah berjanji dengan beberapa rakan lain.. tetapi situasi mereka berbeza dengan aku.. mereka bawa keluarga.. tapi aku hanya sendirian dek kerana pakwe bekerja pada hujung minggu.. pergi sendirian tanpa dia di sisi menyebabkan aku lebih berat hati..Walaupun dia memang galakkan aku pergi, sejak dulu lagi dia tidak pernah halang aku untuk kemana-mana.. yang penting aku tahu bawa diri..Aku sudah puas ke sana ke mari di tanahair menyelia pelajar, berbengkel, berseminar dan sebagainya, sendirian.. dan kini aku jadi malas untuk kemana-mana tanpa dia.. kecualilah melibatkan sesuatu perkara yang benar-benar penting..

Akhirnya aku putuskan malam ini aku tidak akan turut serta.. Rakan ada juga yang mengeluh mengapa aku tidak mahu turut serta.. namun bila aku katakan aku tidak rasa teruja untuk pergi kerana pakwe tidak ada bersama.. mereka cuba faham hatiku.. yelah melihat mereka yang lain berseronok bersama keluarga dan aku pula takkan melihat dan menumpang sama kegembiraan mereka.. lebih baik aku duduk rumah.. kemas rumah.. ajak pakwe berjalan hujung minggu.. walaupun tidak turut serta tapi sekurang-kurangnya aku ada bersama dia untuk memenuhi hujung minggu bersama..

Selamat berhujung minggu di Loughborough pada semua rakan yang bakal ke sana.. Selamat bertanding dan bersukan.. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik hendaknya..Insyallah.. Aku yakin.. semua player yang pergi tu teror2 belaka.. walaupun aku takde, korang masih boleh memberikan saingan mantap kan kan.. abislah korang balik je minggu depan sure sound aku ye.. mana aku nak p nyorok nie ekk ;)

Buat adikku yang bakal pulang ke Tanahair minggu depan ini.. Selamat kembali ke tanahair.. Nikmati cuti sebulan dengan sepuas-puasnya.. Apatah lagi berkesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung.. Semoga perjalanan pergi dan balik nanti selamat hendaknya.. (tetiba lak rasa sayu dan syahdu ko nak balik nie)

Kalau ko lalu ler kampung Sri cheeding tu nanti bila nak ke Klang ke Shah Alam ke atau kemana-mana ler (alah antara kanchung darat ngan sri cheeding tu bape nor sangat KM ye).. Ko kim salam rindu jelah dengan pokok-pokok dan batu-batu jalan tu ye.. Jangan lupa kuah pecal tau hehehehe.. Kirim salam dengan mak dan ayah.. kot-kot kalau ko pergi pantai morib tu.. kim salam juga dengan pantai dan lautan tu.. lama sungguh tak kesana.. 'Sugeng tindak yo' (ko ingat lagi ke camna nak cakap jawa nie..)

Oklah.. selesai sudah pesanan penaja kali ini.. buat kawan-kawan semua.. sorry ekk aku tak pergi kali ini.. Insyallah di lain kali..jika ada peluang dan kesempatan.. Insyallah..

Wednesday 26 November 2008

Putus asa?


'Kalau kita ditimpa masalah.. kenapa kita tidak putus asa je.. lagipun dah takdir begitu.. kita terima jelah.. redha'

Itu kata-kata seorang rakan ketika kami berjalan pulang dari makan tengahari di sebuah kedai makanan segera..

'Setiap kejadian dan masalah itu.. ada hikmah di sebaliknya' kata kawanku

Kataku 'Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu dugaan atau masalah, jika kita tidak mampu menghadapi dugaan itu.. Allah itukan Adil.. kita wajib percaya keadilan itu wujud.. Dia sahaja yang maha mengetahui perkara yang kita tidak tahu'

Soalan yang ditanya oleh rakan itu tadi buatkan aku terfikir.. memang mudah mengambil jalan singkat.. bila kita diberikan sesuatu dugaan itu.. putus asa.. kecewa.. malah lebih teruk lagi.. 'bunuh diri' nauzubillah.. minta dijauhkan.. tapi adakah itu dikatakan redha.. atau adakah itu dikatakan 'sudah takdirnya begitu' maka kita terima sahaja

Maka disampuk oleh rakan aku tadi
'Allah tidak akan mengubah nasib manusia itu jika dia sendiri tidak mahu mengubahnya. Sebab itulah diciptanya syurga dan neraka.. kita ada pilihan untuk pilih jalan yang masa satu.. yang baik atau yang buruk'

Walaupun soalan itu kelihatannya seolah cam tak logik je.. atau pada mataku soalan yang cukup lurus bendul.. naif.. tapi sebenarnya mengundang sesuatu untuk difikirkan.. memang tidak dinafikan ada individu yang berfikiran begitu.. ada masalah.. lari dari masalah.. terima nasib dengan bulat-bulat.. berikan alasan sudah itu nasib aku.. sudah itu takdir aku.. dan akhirnya lebih dahsyat hanyut dan bunuh diri kerana merasakan kehadiran diri mereka tidak lagi diperlukan di dunia ini.

Fikirkanlah.. yang mana kita mahu lakukan.. terusan berputus asa? Terima sahaja takdir? Hadapi masalah dengan sebaik mungkin.. apa juga.. itu pilihan masing-masing kan..

Buat sahabatku yang bertanya (aku tau ko selalu baca blog nie kan). Aku jadikan soalan mu yang telus itu sebagai entri kali ini bukanlah untuk mengejek atau memerli.. tapi ingin aku kongsikan perbincangan pendek yang penuh makna diantara kita awal petang tadi supaya dapat kita kongsikan bersama ;)

Setiap hari aku bertemu dengan sahabat-sahabat yang selalu membuatkan aku muhasabah diri dan berfikir tentang erti kehidupan.. kita belajar dari apa yang ada disekeliling kita.. dan kita juga temui jawapan dari apa yg kita lihat, dengar, rasa.. dan dipertemukan dengan pelbagai perkara dan situasi yang mampu mematangkan diri..

Tuesday 25 November 2008

Siapa mereka?

Tengahari tadi aku berbual dengan seorang rakan baik.. Ketika sedang seronok mengunyah makanan dan menghirup secawan kopi panas.. Dia buka cerita tentang perasaannya dan kisahnya tentang alam study yang kini sedang kami lalui.. katanya ada suara-suara yang begitu mudah menilai dan mengatakan itu ini tentang studynya.. Katanya, rakanku itu tidak cukup fokus dalam studynya.. tidak cukup itu ini.. tidak buat itu dan ini.. malah ada lagi yang dikata tidak mencukupi..

Aku?? Terkejut! Tersentak! Tersedak! Siapakah gerangannya begitu mudah sekali mengatakan dan menilai dengan sebegitu rupanya.. Siapakah juga yang begitu mudah meletakkan satu hukuman begitu senang.. dan siapakah dia pula untuk mengatakan itu sudah cukup.. ini sudah cukup.. tentang sesuatu yang dia sendiri tidak pernah alami dan lalui pun..

Aku menahan diri dan menghela nafas entah berapa kali.. memandang wajahnya yang sayu.. dan mukanya yang muram.. buat aku simpati.. tapi pada masa yang sama aku pun terasa hati jua.. begitu mudah orang lain berkata.. tapi bila tidak mengalami pengalaman itu.. sesiapa pun boleh berkata apa jua.. Jangan mudah menilai sesuatu kalau kita tidak pernah mengalaminya.. dan jangan melihat sesuatu yang senang itu senang dan susah itu susah..

Malah jika pernah mengalaminya juga.. mungkin pengalaman tika kita lalui proses itu sudah tidak sama lagi.. masa, manusia, prosedur, ilmu, sekeliling malah semua turut berubah.. kadang pengalaman masa lampau itu berbeza dengan masa kini.. banyak elemen dan faktor yang menyumbang pada perubahan itu..

Tak usah bercerita tentang sesuatu yang komplek seperti ini.. pernah terfikir tak? Perjalanan pergi balik dari rumah ke tempat kerja hari-hari juga ada pengalaman yang berbeza-beza juga.. hari ini mungkin perjalanannya mudah.. hanya mengambil 30 minit sahaja.. esoknya mungkin jadi 1 jam kerana ada kesesakan jalan raya.. lusa mungkin jadi 1 jam lebih kerana jalan ditutup.. dan tulat mungkin 2 jam.. kerana jalan yang sama dipenuhi dengan banjir kilat.. hakikatnya laluan itu sama.. dari rumah ke tempat kerja itulah jalannya.. tapi melalui jalanan iu setiap hari takkan sama.. dan bukan kita sahaja yang gunakan jalan yang sama setiap hari.. malah beribu lain orang lain menggunakan jalan yang sama.. tapi jika kita tanya pengalaman setiap mereka.. pasti ada cerita yang berbeza.. masa sampai pun berbeza.. walaupun mereka membawa jenama dan jenis kereta yang sama.. Kesimpulannya? Aku pasti anda semua mampu membuat kesimpulan masing-masingkan. Menulis ini juga membuatkan aku menghela nafas beberapa kali..

Cerita yang sama juga aku dengari beberapa hari yang lepas dari adikku yang seorang itu.. pesanan dari rakannya dengan kata-kata 'Pastikan balik dalam tempoh 3 tahun tau' sudah cukup membuatkan hatinya membara.. tak siapa yang nak balik selepas 3 tahun tu.. dan aku juga percaya tidak ada siapa nak duduk sini lama-lama bertahun tak sudah pengajian.. berkata memang mudah.. melaksanakan?? hanya mereka yang telah dan sedang mengalaminya sahaja yang mengetahuinya..

Perkara fokus juga disebut semasa perbualan kami tadi.. mudah kata fokus.. fokus..baca buku.. belajar rajin-rajin.. tapi.. pada aku.. adakah aku tidak cukup fokus?? adakah bila aku tak baca buku itu tandanya aku malas? adakah aku tak belajar rajin-rajin tandanya aku ini tak tahu apa-apa??? Semua itu subjektif.. seperti pernah aku kata dalam entri yang lepas-lepas.. Phd ini satu laluan yang jauh berbeza.. tidak mampu aku jelaskan dengan kata-kata disini.. bagi kami yang mengalaminya.. hanya kami sahaja yang tahu.. peningnya.. pedihnya.. tensennya.. dan segala-galanya.. Namun aku percaya.. dimana ada usaha.. disitu ada jalannya.. susah.. payah... sukar bagaimana sekali pun insyallah.. Kejayaan itu ada.. wujud dan mampu dimiliki dan tidak mustahil sama sekali

Adakalanya.. bila rakan bercerita tentang kekusutan hati atau berkecamuknya fikiran.. cukuplah dengan hanya mendengar dan memberi sokongan.. jangan pula kita kata itu ini.. tak cukup itu ini.. dan bandingkan pula dengan diri sendiri yang pernah melalui satu pengalaman yang cukup berbeza jauhnya..

Lantas aku kata pada rakanku itu..elakkan bercerita dengan mereka yang tidak faham.. dan jika nasihat dan kata-kata yang diberikan itu untuk melemahkan hati.. abaikan kerana kadang mereka tidak alami apa yang kita lalui.. cukuplah yang utama.. kita dan supervisor kita yang tahu bagaimana menilai kerja-kerja kita.. orang lain??? abaikan jelah.. bukan dia yang tahu apa yang kita buat selama ini... dan bukan dia juga yang menilai kita, bila kita menghadapi hari menduduki VIVA di akhir pengajian kita.. dan bukan dia juga yang memberikan kata putus dan muktamad dalam menganugerahkan ijazah Phd itu kepada kita..

Panjang lagi perbualan kami tadi.. menggeleng kepala aku entah berapa kali.. aku terlalu memahami perasaan sahabatku itu.. jika aku menjadi dirinya.. mahu sahaja aku bahasakan semula dengan hujah-hujahku.. tapi bak kata rakanku.. 'Aku malas nak cakap lebih-lebih' emmm.. aku faham sahabat.. aku faham hatimu..

Kita teruskan sahaja tanggungjawab yang terbeban banyak di bahu.. teruskan perjuangan.. teruskan kekuatan akal fikiran.. tabahkan hati.. Insyallah kita pasti melaluinya dengan nikmat kejayaan di penghujung perjuangan kita..

'E'class tapi jauh

Semalam ketika enak bercerita tentang kisah kereta yang punya 'kelas' tersendiri.. dari E class ler.. C class ler hehhehe topik hangat bila orang-orang di sini bercerita berkenaan kereta.. kereta apa? alah faham-faham sendiri ler jenis kereta yang sememangnya glamour di sini untuk dibawa pulang ke Malaysia.. Entah bagaimana seorang rakan ini menyebut "aku tau E'Class (Ikhlas) tapi jauh je"

Aku yang mendengar tersenyum.. banyak makna disebaliknya.. mungkin hati ingin memiliki kelas berkenaan tapi masanya masih jauh.. atau duitnya juga masih terlalu jauh..

Namun yang membuatkan aku tertarik dengan kata-kata itu bukan sekadar sebutannya yang menghampiri 'class' itu tetapi perkataan ikhlas itu.. IKHLAS TAPI JAUH

Ya bila berada di kejauhan begini.. sememangnya keikhlasan itu adalah sesuatu yang kadangkala sukar untuk ditemui seperti mana entriku sebelum ini 'Mencari keikhlasan'

Semalam aku membaca tentang bagaimana 'menterjemahkan kejayaan dalam bentuk benda'. Apa yang aku fahami setiap kejayaan itu selagi tidak dilihat dalam bentuk kebendaan itu belum lagi mampu digelar kejayaan.. namun dalam menunjukkannya dalam bentuk kebendaan itu, bukanlah untuk riak dan menunjuk-nunjuk.. aku dapati pendapat ini adalah sesuatu yang cukup menarik.. dan membuka sedikit pandangan aku pada apa yang dimaksudkan dengan kebendaan itu..

Mungkin juga dengan memiliki 'class' itu salah satu daripada kebendaan itu.. dan pada yang sama membuatkan aku memikirkan.. bagaimana harus aku tunjukkan kebendaan dalam konteks kejayaan memegang ijazah Phd nanti..

Aku masih lagi terus memikirkan persoalan itu..

Sunday 23 November 2008

Bola Jaring di Liverpool Malaysian Games

Semalam kami ke LMS (Liverpool Malaysian Games) di Liverpool.. bertolak seawal pukul 4pagi dari Glasgow.. uihh penuh berkobar-kobar dengan sepenuh semangatnya..

Semalam juga dalam perjalanan pergi beberapa kawasan sudah mula bersalji.. kiri dan kanan jalan 3 lorong itu turut dipenuh salji.. nak ambil gambar? tak sempat sebab maklumlah duduk dalam bas.. sit tengah2 pulak tu.. tengok jelah.. teringat kata-kata rakan di Sheffield.. dah turun salji di sana.. Glasgow.. setakat turun snow flakes jelah.. yang terus mencair bila sahaja mencecah bumi

Sampai ke Liverpool sudah agak lewat.. ditambah dengan sesat baratnya.. akhirnya kami diturunkan berhampiran dengan kawasan contructions.. entah kemana arah kami.. akhirnya kami tanyakan pandu arah pada seorang wanita yang kebetulan lalu berhampiran.. akhirnya sampailah kami ke University of Liverpool Sport centre..

Yang best.. masuk je ke kawasan gelanggang permainan tu.. terus kami dapat pengumuman team kami akan berlawan selepas sahaja team yang sedang bertanding ketika itu.. wah.. dahlah baru sahaja turun dari bas.. penat jalan kaki.. sampai-sampai dapat kejutan lak hehheeh.. kami belasah jelah main.. yang aku pun sama juga.. dahlah tak training langsung.. peraturan main pun aku dah lupa.. maklumlah kali terakhir aku bermain bola jaring rasanya ada 10 tahun lepas kot.. atau lebih lama dari itu.. aduhh.. pulak tu kena jadi GK.. kelam kabut jugalah.. tapi setelah dapat rentak selepas game pertama.. alhamdullilah bolehlah catchup mana yang dapat...

Aku tak berkesempatan untuk berjumpa dengan abah najwa.. dan melawat gerai kak ain memandangkan pertandingan bola sepak diadakan di tempat yang agak berjauhan dengan gelanggang bola jaring.. pulak tu aku takde nombor telefon abah najwa pula.. sorry ye abah.. next time ye kita jumpa insyallah..

Aku paparkan gambar-gambar yang sempat kami rakamkan sepanjang permainan bola jaring itu..

Tengah sembang strategi nie hehehehe

Ibu dan anak yang turut bermain mewakili glasgow.. sampai dapat usikan dari kami.. anak ini pasti jadi pemain handalan netball kerana sanggup menemani ibunya bermain bola jaring..



Aku dan Eda



Bersama rakan-rakan seperjuangan ;)



Mol dan aku


Nie betul-betul exercise nie.. warming up ;)



Aksi-aksi latihan menjaringkan bola ;)

Duduk sambil memerhatikan pihak lawan bermain heheheh .. yeke.. ke gossip kisah artis ;)

Antara salah satu daripada team yang bertanding



Team kami sedang bertanding dengan team dari Manchester



Aksi-aksi sepanjang pertandingan




Aku yang dipaksa senyum semasa tengah bermain hehehhe ;)



Tengah susun strategi semula nie ;)

Bergambar bersama semua rakan sepermainan.. wakil dari Scotland ;)



Aku, Eda, Nani dan Mol



Bergambar bersama selepas pertandingan




Bergambar di luar University of Liverpool Sport Centre



Berjalan menikmati musim luruh dan cuaca sejuk di luar Sport Centre.. sejuk giler masa nie ;)



Aksi kami di sekitar kawasan sport centre..




Semua pepohon sudah hilang dedaunnya ;)



Akhirnya kami singgah makan malam di Best Kebab Liverpool..

Ingatkan di Glasgow je yang ada Best Kebab nie hehehhe.. (Best Kebab Glasgow antara tempat lepak kami makan tengahari yang berhampiran dengan universiti).. selepas makan kami bertolak balik ke Glasgow..

Satu kenangan yang tidak dapat kami lupakan.. Insyallah ada peluang dan masa kita jumpa lagi.. Maaf ye abah tak dapat jumpa.. Insyallah suatu hari kita akan bertemu jua ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin