Tuesday 31 March 2009

Sentuhan dan rasa


Ada apa dengan sentuhan??

Ada apa dengan rasa??

Perlukah kita punya rasa?

Sejauhmanakah sentuhan itu harus dilakukan?

Isu ini aku fokuskan lebih terperinci kepada sentuhan dan rasa di kalangan pasangan suami isteri.. malah juga dalam konteks keluarga..

Namun sentuhan dan rasa juga cukup sinonim dengan cinta serta kasih sayang..


Kadangkala bila kita sudah terlalu lama dalam perhubungan.. kita juga kadangkala tidak menyedari ruang untuk sentuhan dan rasa ini sering berkurangan hari demi hari.. Kadang dek kesibukan kerja dan pelajaran..

Aku juga tidak menafikan.. sebagai seorang isteri.. wanita.. ibu.. tuntutan yang perlu diisi oleh seorang wanita dalam kerja-kerja harian serta tanggungjawab menyebabkan kita terlupa akan peranan sentuhan dan rasa ini.. Hingga kadang bila sudah terbiasa dengan rutin yang sama.. kesibukan masa yang melampau.. pertemuan yang kadangkala serta bisu bahasanya.. Kita sering mengambil mudah dan menganggap ia hanya perkara biasa.. dibiarkan tanpa merasa ia perlu diperbaiki atau perlu dihalusi..

Teringat perbualan tentang isu ini bersama seorang rakan lewat petang beberapa hari yang lepas.. dan secara tak sengaja.. kami bincangkan tentang isu ini dari perspektif seorang wanita.. Apatah lagi sentuhan dan rasa ini mempunyai kesan yang ketara buat pasangan kita.. ciuman.. pelukan.. sentuhan.. usikan.. genggaman.. kadangkala perlu juga ada. Andai tidak dapat seharian.. sekurang-kurangnya kita ambil masa untuk mencari ruang untuk sentuhan dan rasa itu..

Terutama bila kala bebanan study.. kepala yang sering memikirkan kerja-kerja dan urusan yang semakin banyak.. sentuhan dan rasa mampu juga meredakan gelora fikiran dan perasaan.. Carilah peluang dan ruang masa untuk bersendirian berdua.. (ini bukanlah terhad pada hubungan batin sahaja ya)

Teringat kata luahan seorang rakan baik.. saat membicarakan kerisauan hatinya tentang kesibukan urusan pelajaran.. dan pembahagian masa dalam menguruskan rumah tangga pada masa yang sama.. Aku juga tidak menafikan.. Jika suami yang 'study'.. pastinya bila pulang ke rumah.. makanan sudah terhidang enak dan hanya perlu membasuh tangan serta menikmati makanan itu tanpa perlu bersusah payah.. manakala jika si isteri pula yang study.. sampai sahaja rumah.. sudah ada kerja-kerja rumah yang menunggu.. nak makan pun.. terpaksa masak dahulu.. walhal perut sudah lapar berkeroncong.. jika di tanahair.. tidaklah menjadi isu sangat kerana mudah mendapatkan makanan dimana-mana.. di sini semuanya harus disediakan sendiri..

Walaupun hakikatnya keluhan itu ada kebenarannya.. dan aku juga kadangkala juga mengeluh sekali sekala.. namun jauh dalam hati aku juga mengetahui.. antara tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pengajian.. tanggungjawab isteri tetap nombor satu dalam kehidupan.... dan melakukan tanggungjawab dengan ikhlas dan redha.. bukankah itu juga memberikan kita pahala yang besar dan Insyallah juga akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam semua urusan kita.. Itu yang sering aku pegang.. walau seberat dan seletih mana pun dalam melaksanakan tanggungjawab itu.. hatta ketika sakit pun.. walaupun sebagai manusia aku sendiri tidak dapat menggelakkan diri dari berunggut dan bersunggut.. Yang penting niat itu.. Pahala ada pada setiap perbuatan yang ikhlas.. ;)

Sentuhan dan rasa.. sesuatu yang tidak boleh kita abaikan terlalu lama.. malah setiap manusia sukakan belaian dan sentuhan rasa.. ;)

Apa komen anda ya?? Mungkin ada yang ingin berkongsi pendapat?

Monday 30 March 2009

Alhamdullilah

Selesai urusan melayan tetamu istimewa dari tanahair..

3 hari mereka berkampung di Glasgow.. dan akhirnya mereka kini dalam sesi lawatan ke sebelah England pula..

Terima kasih buat semua teman-teman yang memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan lawatan Dato VC- Prof Dato' Aminah dan Pn Khadijah (bendahari UPSI) ke Glasgow ini..
Ada gambar penuh semua pelajar dan penyelia.. tapi belum diterima dari seorang rakan ;)

Insyallah semoga urusan mereka dipermudahkan dan lancar hendaknya.. serta melalui perjalanan pulang ke tanahair dengan selamatnya..

Semoga juga kami pulang dengan membawa kejayaan dan kecemerlangan hendaknya.. Insyallah..

Saturday 28 March 2009

Musim Panas British (BST)

Esok bermulalah masa Musim Panas British atau dikenali sebagai British Summer Time.

Mulai esok juga masa akan dipercepatkan 1 jam.. dan aku sudah mula mencepatkan jam sejak pukul 9.30 tadi.. bukan apa takut terlupa..

Esok juga perbezaan masa antara Malaysia dan UK adalah 7 jam (kebelakang waktu malaysia).. dan perbezaan masa antara UK dan NZ pula adalah 12 jam (kehadapan waktu UK)..

At 2.00 am BST (1.00 am GMT) on Sunday 29 March 2009 the clocks will move forward by an hour as civil time returns to British Summer Time (BST) from Coordinated Universal Time (almost identical to Greenwich Mean Time).

The Ninth European Parliament and Council Directive on Summer Time Arrangements states that summer (or daylight saving) time will be kept between the last Sunday in March to the last Sunday in October. The changes will take place at 01.00 GMT.

Summer time dates, 2009-2012

Year Date
2009 29 March to 25 October
2010 28 March to 31 October
2011 27 March to 30 October
2012 25 March to 28 October

Click for more about BST history


Selamat datang musim bunga.. dan musim panas akan menyusul kemudiannya.

Friday 27 March 2009

Di sini


Di sini
Aku masih berdiri
bersama hati bersama naluri
membawa rasa gelisah hati
entahkan bila akan pergi

Di sini
Aku mencari diri
kala perasaan ingin berlari
mencapai matlamat ini
sepantas sekuat larian kaki
mengejar apa juga yang bakal dihadapi

Di sini
Aku masih ada
entah bila sampai bila
lama mana untuk apa
masih percaya cita dan hasrat nyata
tidak mustahil digapai angannya
mengenggam impian dengan jaya

Di sini
Aku mengharapkan hanya padaNya
ku luah dan ku pohon ehsanNya
permudahkanlah Tuhan yang maha kaya
senangkanlah laluan kita semua
agar mudah segala harapannya..

Beberapa hari ini timbul rasa risau di hati.. semoga kerisauan ini berlalu perginya.. Perjuangan ini perlu dilalui dan dihadapi.. tanpa putus asa.. tanpa putus harapan.. kala hati mereka bergelar sahabat.. juga turut risau dan gundah gulana..

Insyallah kita berdoa semoga kita dapat hadapinya dengan sekuat mungkin dan dikurniakan cahaya kejayaan di penghujungnya..

Doakan semoga perjuangan kami dipermudahkan oleh Allah s.w.t..
Kuatkan semangat kami.. dan cekalkan jiwa raga kami..
Berikan limpahan kurnia ilham dan idea tanpa hentinya... Aminn..

Wahai sahabat-sahabatku.. dimana sahaja anda berada.. baik di tanahair.. baik di bumi New Zealand.. di bumi UK.. di mana juga..

Doa aku sentiasa bersama kalian.. kita sama merasa.. dan sama-sama mengerti kepedihan dan kepayahan yang perlu kita lalui..

Insyallah.. kuatkan hati.. Jangan mengalah sebelum berjuang hingga keakhirnya..

Thursday 26 March 2009

Bual Bicara

Petang tadi kami berkumpul dan berbincang sambil gelak ketawa.. sambil muhasabah diri.. sambil meluah perasaan.. sambil berkongsi rasa..

Seronok hingga ada yang mengelap airmata.. dek ketawa yang tidak berhenti dan juga kala meluah rasa hati..

Apa juga.. sesekali berkumpul begini dan berbincang tentang persoalan hati.. rasa.. perasaan.. kehendak.. kemahuan.. ketegangan.. sokongan.. adalah sesuatu yang seronok dan mampu menjadikan kita muhasabah diri..

Apa lagi ada sesi lukis melukis.. dan cuba teka apa yang aku lukiskan ini.. mengikut emosi yang dinyatakan..

Boleh tafsir?

Ikutlah mana suka ya..
Psttt... aku ada lukis serangga namanya.. 'ulat yang macam belalang' leh nampak??

Wednesday 25 March 2009

Aku Teringin

Pagi tadi aku ditanya tentang persoalan tentang 'ingin' atau satu keinginan yang saban hadir dalam diri manusia.. ini adalah lumrah dalam kehidupan.. apabila kita melihat insan lain ada kelebihan dalam apa jua bentuknya.. pasti hati kita akan berdetik untuk turut sama memilikinya.. sama ada boleh dicapai secara fizikal atau pun batiniah..

Yelah bila kita melihat orang memiliki rumah yang besar.. cantik kita juga teringin memilikinya.. kalau boleh nak ada laman yang luas... ada swimmingpool.. ada papan terjun.. ada balkoni tinggi.. ada lampu chandelier.. (aku teringat n3 si Juliet pasal rumah yang budget tak cukup tuh.. ahakss)..

Bila kita lihat orang memiliki kereta yang mahal.. yang punya rekabentuk canggih dan mampu memecut dengan prestijnya.. kita juga teringin nak memandunya (cam keta ferrari dlm mimpi Juliet tuh.. aku teringin gak nak naik keta handbrek kat tepi pintu tuh hehehe).. berjenama mercedes.. Jaguar (ini kereta idaman aku... yang memang boleh tengok jek.. nak beli boleh.. maintance aku tak sanggup de).. BMW.. Alfa Romeo.. dan segala jenis mak nenek jenama yang canggih manggih termasuklah 'Proton'

Bila orang memiliki pinggang mangkuk yang berjenama mahal.. kalau di kampung dulu-dulu arcopal lah.. pyrexlah.. kalau kat sini apa lagi.. royal albert.. royal doulton.. wedgewood.. dan macam-macam lagi.. pun teringin juga nak beli satu set atau berset-set.. Tak cukup beli lagik.. beli.. kumpul banyak-banyak.. esok senang nak buat kenduri kendara tak perlu nak pinjam orang.. boleh guna hak milik sendiri hingga ke cucu cicit buyut hehehehe

Bila orang memiliki perabut cantik.. berukir indah seperti italian set ke.. chesterfield ke.. set kayu jati ke.. set bali ke.. kita pun teringin gak nak merasa duduk di sofa yang empuk hingga mampu menenggalamkan punggung yang dah tak berapa empuk itu hehehehe.. beli je.. asalkan ada duit.. apa pun boleh..

Bila orang memiliki bentuk badan yang maintain slimnya dari zaman anak dara sampailah ke zaman nenek dara.. kita pun teringin juga memiliki bentuk yang sama.. yelah boleh pakai baju yang pelbagai fesyen dan bentuknya.. yang warna warninya.. kalau nak beli masa sale pun senang nak cari saiz.. tidak pun masa nak raya senang je nak beli yang dah siap.. dan tidaklah terhad pilihan yang ada.. apa lagi dietlah.. pergi gym.. jaga makan..

Bila orang memiliki anak ramai.. keluarga nampak bahgia dan senang lenang.. kita pun teringin sama ingin memiliki kehidupan yang sama.. ingin merasai perasaan yang sama.. namun kesusahan dan kepayahan yang mereka lalui adakah kita tahu?? dan jika kita tahu?? sanggupkah kita melaluinya.. Aku teringat kata-kata ini pernah diucapkan oleh seorang rakan..

Bila orang memiliki kasut yang cantik.. kita pun teringin juga memiliki kasut yang sama.. kalau saiz sama.. masa tu juga suruh kawan tuh.. tanggalkan kasut.. sebab dia pun nak cuba boleh muat kaki dia atau tidak.. kalau muat dipuji-puji hingga tempat dimana kasut itu dibeli pun akan ditanya.. kalau lebih dahsyat.. masa tu juga nak pergi kedai kasut tuh.. tapi kalau kasut tuh tak muat dan rasa tak cantik di kaki.. ada jugalah yang masa tu juga kutuk kasut tuh.. rekabentuk tak cantiklah.. nampak gedabaklah kaki tuh.. tak sesuailah.. hehehehehe

Bila orang memiliki beg tangan yang cantik.. kita pun teringin juga memiliki beg yang sama.. sama jugalah kes seperti kasut tadi.. tanya dimana beli.. harga berapa.. warna apa selain warna beg itu.. silap-silap ada yang nak pinjam pun ada.. ini kalau duduk sama rumahlah terutama adik beradik.. tau-tau jek esok beg itu kena pinjam bawa ke pejabat untuk bergaya..

Dan yang paling utama seperti yang ditanya oleh seorang rakan pagi tadi.. dek gambar bunga yang aku paparkan dalam entri semalam.. "Na ko pakai kamera SLR ke?" heheheheh itu pun ditanya.. Bila orang pakai kamera canggih.. yang jenis boleh zoom dengan pelbagai jenis lensa dan paling utama bila pegang ada gaya jurufoto profesional tuh.. kita pun teringin sama nak memiliki.. mahu juga rasa bagaimana nak bergaya seperti jurugambar terkenal itulah kan...

Pastinya jawapan aku.. masa ditanya soalan itu..

"Alah aku ye kamera digital biasa je.. bukan yang jenis canggih tuh..lagipun aku lebih selesa dengan kamera yang kecil.. ringan.. pixel pun okay.. fitur yang ada pun mudah nak pilih.. tinggal tekan-tekan butang.. pusing punat pada pilihan jenis situasi yang sesuai dan terus klik dan rakam"

Yang ini aku belum teringin nak miliki lagi.. sebab aku malas nak bawa kamera yang berat-berat hingga mampu menyebabkan bahu aku lenguh hehehehe.. dan juga tak kuasa nak pegang kamera yang berat begitu.. cukuplah aku pegang kamera dan pakwe pegang camcorder digital aku.. itu pun pegang camcorder yang kecil tuh pun aku malas tau hehehehe..

Apa juga keinginan kita.. setiap kita ada kelebihan.. dan ada kekurangan.. setiapnya adalah saling mengimbangi antara satu sama lain.. kalau semua orang sama sahaja.. semua orang dapat keinginan itu sama rata?? Bagaimana agaknya kehidupan di dunia ini kan.. Semua orang sama pandai.. sama bijak.. sama bodoh.. sama kaya.. sama baik.. sama jahat.. uihhh... bayangkanlah!!!!

Teringin.. menginginkan.. bak kata penyanyi 'Shima'.. Sesekaliku terasa teringinnnn... (dia orang Banting gak tau.. lain kampung jek)

Tetiba jek aku teringin dibelanja oleh kawan-kawan aku nie.. bila ler agaknya ya... Ingin sangat niee.. bolehlah.. boleh.. cuba renung sikit mata sikucing comel itu dan bayangkanlah itu mata aku tau...
Ehem.. ehemm.. Kak Pah.. Juliet.. KTS.. Piah.. Tijah.. Kak Ungku.. yang lelain tuh kalau nak bagi pun.. kecil tapak tangan.. selori saya tadahkan hehehehe.. Apa gik.. jangan buat tak tau lak ye.. minggu depan tau ada bungkusan sampai dari malaysia ya heheheheh...

Tuesday 24 March 2009

Ceria di Musim Bunga

Kini musim bunga sudah tiba..

Masa untuk bergaya dengan warna-warna ceria

Monday 23 March 2009

Senja di Glasgow

Senja mencipta hening menjelangnya malam

Bayangan mentari di ufuk timur mengintai di sebalik pepohon yang masih tidak berdaun..

Indah suasana senja ini..

Ada hati yang saban masa dirindui
Ada rasa yang sentiasa bersemadi
Ada jiwa yang selalu diingati
Ada ingatan yang kekal di hati

Rakaman waktu senja yang diambil petang tadi sebelum maghrib menjadi 'header' blog ini..

Sekali lagi rumah ini dicat baru untuk menyambut kedatangan musim bunga tahun ini ;)

Teringat menyaksi matahari terbenam semasa ke pulau pangkor dulu.. Teksi yang membawa kami ke tempat penginapan secara tiba-tiba berhenti di atas sebuah bukit dan kami ambil masa untuk menyaksikan suasana itu buat seketika..

Isnin yang 'blues' (membiru?)


Sudah Isnin hari ini..

Kenapalah bukan sabtu lagi..

Kenapalah selepas Ahad mesti Isnin.. dan bukan namanya Sabtu??

Kepala pun sudah terasa semacam peningnya..

Nak demam pun ada.. batuk dan sakit tekak mula terasa..

Hari ini hari Isnin..

Ya Isnin.. apa malas-malas nie.. pergi kerja lah..

Sekolah.... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ;)

Saturday 21 March 2009

Bersuka Ria di Kelvingrove Park

Petang tadi kami berjalan-jalan menikmati indahnya mentari musim bunga di Kelvingrove Park bersama sahabat-sahabat..

Teruja melihat bunga-bunga yang beraneka warnanya ;)

Dafoddil kuning.. ungu.. merah.. putih.. sungguh indah sekali..

Pasangan pengantin sedang bergambar di taman..

Kami ambil gambar anak-anak ini yang sungguh comel belaka

Seperti Bunga Sakura

Daffodil Kuning

Gelagat manusia di taman

Kelvingrove Art Gallery & Museum

Kuntuman bunga yang berwarna warni

Seronok.. nanti kita pergi piknik pula ya..

Friday 20 March 2009

Salam Hujung Minggu


Mee bandung baki semalam dan air nescafe.. Sedap tau!!

Selamat berhujung minggu semua..

Jemput makan ya..


Aku masak kari daging bertulang ..
Boleh buat sarapan dengan roti canai esok pagi

Jom kita pergi piknik hujung minggu nie ;)

Thursday 19 March 2009

'Twisted language' AKA Simpulan Bahasa


Selalunya bila aku memuji si Suthanya.. pasti dia akan berkata

"lina.. you sweet mouth"

Dan aku akan tergelak-gelak kerana itu maknanya 'Mulut Manis' heheheheh kebetulan mereka juga ada simpulan bahasa yang hampir sama dengan kita..

Kemarin aku mengajar mereka beberapa ungkapan simpulan bahasa yang mudah.. tapi yang kelakarnya sebab aku terjemahkan secara terus dalam Bahasa Inggeris..

'Chair leg' = Kaki Bangku

'Heavy Heart' = Berat Hati

'Round Heart' = Bulat Hati

'Stone Heart' = Hati Batu

'Big Heart' = Besar Hati

'Smelly Heart' = Busuk Hati

'Blind Heart' = Buta Hati

'Heavy Mouth' = Berat Mulut

'Heavy Bone' = Berat Tulang

'Light Bone' = Ringan Tulang

'Water Face' = Air Muka (Don't drop my water face okay.. aku ajar diorang ayat ini)

'Fire Stone' = Batu Api

'Long Hand' = Panjang Tangan

Jenuh jugalah memberi penerangan setiap makna simpulan bahasa itu.. Bila diterjemahkan sebegitu rupa.. kelakar pun ada.. itu pun semasa sesi penerangan.. sebelum aku beri makna setiap simpulan bahasa.. seperti pesta kuiz pun ada.. Suthanya sibuk nak meneka makna setiap simpulan bahasa itu.. tapi malangnya... semua salah perhitungan hehehhehehehe..

Yang seronok lagi selepas itu kami pula buat sesi menyanyi lagu negara masing-masing.. dan mereka menyaksikanlah aku menyanyi lagu negaraku dengan penuh semangatnya wakakakah.. sungguh patriotik kami petang itu.. tapi seronok kerana aku dapatlah dengar lagu negara Thailand dan Jepun yang dinyanyikan secara penuh semangat berserta gaya menaikkan bendera pun ada..

Selepas ini boleh kita terjemahkan semua simpulan bahasa dalam bahasa Inggeris ya kawan-kawan..

Please don't drop my water face if you don't want my blood go upstair..
Jangan jatuhkan airmuka aku jika kamu tidak mahu darahku naik..

I'm not a chair leg person eventhou I'm so heavy heart to play cook-cook with you..
Aku bukannya seorang yang kaki bangku walaupun aku berat hati hendak bermain masak-masak dengan kamu

I already round heart with my decision to force Juliet buy me International fat rice with lots of dishes..
Aku telah pun bulat hati dengan keputusanku untuk memaksa Juliet membeliku nasi lemak antarabangsa dengan lauk-pauk yang banyak.

I know that Kak Pah would be big heart to cook me her delicious curry noodle.. heheheh
Aku tahu Kak Pah berasa besar hati memasak untukku mee karinya yang sedap itu.

KTS is heavy bone to cook at home eventhou she lift up basket herself as light bone and always shy-shy cat to admit it.. wakakakah
KTS seorang yang sungguh berat tulang untuk memasak di rumah walaupun dia angkat bakul dirinya sebagai ringan tulang dan selalu malu-malu kucing untuk membuat pengakuan itu.

Who ever feel small heart with some of the sentences above.. I hope that you will be able to understand my sincere content heart and I will bring myself away in thousand steps.. run as fast as possible like injure cockroaches..
Sesiapa yang terasa kecil hati dengan sebahagian ayat di atas.. Aku mengharapkan kamu dapat memahami isi hatiku yang ikhlas dan aku akan bawa diri jauh dengan langkah seribu.. berlari sepantas mungkin seperti lipas kudung..

Ahaks..

I know all of you shy-shy cat to admit my great fruit thought and with that I end it with bouquet of tulip flower.

Jangan jeles..

Aku beli sejambak bunga tulip buat penyeri ruang tamu..

Musim bunga sudah tiba.. ;)

Smile Always with big heart and white heart

Wednesday 18 March 2009

Berjalan, Berlari, Berhenti, Berdiam diri


Aku berlari...
larii.. larii.. lari..
tanpa henti.. terus berlari..
tanpa menoleh lagi..
lari.. lari.. lari..

Nafas kencang sana sini..
menyedut udara pagi..
ohh.. pagi... tengahari...
siang kini seawalnya aku tak pasti..
dingin.. sejuk.. beku.. angin dinihari..
aku lari.. lari.. lari..

Perlahan.. aku kendurkan larian..
sedikit.. demi sedikit.. berjalan
melangkah perlahan.. lahan.. lahan..
aku jalan.. jalan..
mengukur jalanan..
mata memandang ke tepian laluan..
ke tengah ke tepi ukuran lebaran..
ku lihat batu batan..
berpinar-pinar pandangan..
aku berjalan.. jalan.. jalan..

Langkah demi langkah dilalui..
setapak demi setapak dipijak bumi..
aku gerakkan kaki..
kanan kiri.. kanan kiri..
seiring lenggangan.. senada selari..
langkah mula hilang gerak tari..
terhenti.. henti.. henti..

Aku berdiam diri..
mata memandang sepi..
jalanan hari ini..
sibuk seperti saban hari
namun aku masih setia berdiri..
berdiri.. berdiri.. berdiri..
diam diri.. diam sendiri.
merenung diri..

Dimanakah aku kini??
kemanakah aku telah berlari..
dimanakah kakiku berjalan tadi..
mengapakah aku terhenti di sini..
untuk apa aku berdiam diri

Wahai hati.. wahai diri
sesatkah aku waktu ini..
mencari jalan pulang entah di sana sini

Wahai hati..
ada hati yang aku tinggalkan pergi
ada rasa yang aku bawa ke sini
ada semangat yang aku minta kemari
ada jiwa yang aku sentiasa ingati

Jalan.. lari.. henti.. diam diri..
rutin itu akan terusan bergerak selari
seiring kadangkala mengusik sepi..
kuatlah wahai hati yang menjulang peribadi..

Tiba-tiba teringat lagu "lari.. lari kita lari.."
Selalu dengar dikumandangkan masa budak-budak rotu lari keliling padang dengan sepatu keras dan baju hijau terang gelap itu..
Tiba-tiba lak teringat zaman dingorat abang-abang 'rotu' masa zaman universiti dulu.. ahaksss.. ;)
Masih dalam mood melihat 'Angau' setiap hari...

Tuesday 17 March 2009

Bicara cinta


Why did guys and gals fall in love?

Love don't need a reason..

Love is blind..

Love takes time..

He's a good guy..

Like coffee and coffee mate..

Eventhou the banana skin look ugly.. but the inside look nice and tasty.. (ini kata-kata aku.. ada dwi makna)


Ini kata-kata yang aku dengar sejak seminggu ini.. dan pintu bilikku di CIS diketuk saban hari..

Ada wajah ceria menjelma di muka pintu itu

Ada cinta yang baru hendak berputik.. yeke ;)

Adakah aku bakal ke Thailand atau ke Jepun?? Mengunjungi undangan perkahwinan??

Yareba dekiru (Japan)

Kun tam dai (Thai)

You Can Do it

Anda Boleh..


Aishiteru (Japan)

Can Rak Kun (Thai)

I Love You

Aku Cinta kamu

(Aku belajar istilah ini hari ini.. mau aku khatam bahasa thai & jepun abis study nie..)

Hehehehe... Kita tunggu sahaja ya.. Ada senyuman ceria mengukir di bibir.. dan aku hanya menumpang gembira andai mereka gembira.. bestt ooo tgk org angau nie hehehehe..

Tag lagi

Tag dari Mummy Aqeem

The challenge is :-

GO to your photos folder in your computer
GO to the 6th Folder of your photos
GO to the 6th photos in that folder
Put the picture on your blog & description of it.
Invite 6 friends to join the challenge
Link them in your blog & let them know they have been challenged


Ini gambar makanan tengahari aku.. steam potatoes with butter and herbs.. Tak tahulah kenapa aku ambil gambar nie.. dah tinggal separuh je tuh.. hehehehe.. ;)

Yang kena tag..

Asmida
Sri Sufi
Juliet
Tijah
Kak Piah
Kak Pah

Hehehehe.. apa gik.. sila ler sila..

Monday 16 March 2009

Bahasa


Kini isu hebat tentang PPSMI iaitu Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris..

Sebenarnya sudah lama, aku mahu berbicara soal bahasa ini. Aku juga ada pendapatku sendiri.. Bukan sekadar subjek Matematik & Sains, sahaja dalam bahasa Inggeris malah subjek Teknologi Maklumat juga diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

Sejak beberapa tahun yang lepas juga aku menyelia pelajar praktikum di serata sekolah seluruh malaysia dengan melihat mereka mengajar dalam bahasa itu. Sebelum itu bertahun juga aku menyelia pelajar mengajar subjek yang sama dalam bahasa melayu..

Ada peningkatan?? ada perubahan?? ada kelebihan?? Pendapat peribadiku.. Tidak ada.. sebab yang diuji semasa peperiksaan bukanlah bahasa itu.. tapi kefahaman mereka dalam menjawab soalan yang diberikan.. menghasilkan pengaturcaraan dalam bahasa pengaturcaraan yang ditentukan.. membina halaman web.. memahami konsep multimedia.. dan sebagainya..

Jika isunya kerana mahukan pelajar boleh bertutur dengan baik dalam bahasa itu.. dengan mewajibkan penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran itu bukanlah penyelesaiannya.. Apalah sangat masa pengajaran dan pembelajaran itu yang cukup terhad berbanding dengan penguasaan konsep subjek itu sendiri yang masih belum dapat difahami lagi..

Aku bercerita dalam konteks subjek teknologi maklumat sendiri.. sedangkan mahu belajar menggunakan komputer pun masih terkial-kial, ditambah pula hanya seminggu beberapa sekali sahaja peluang yang ada mengikuti kelas itu.. apatah lagi kebanyakan pelajar luar bandar yang tidak mampu memiliki pun komputer itu.. di sesetengah sekolah pun adakalanya sebuah komputer terpaksa dikongsi oleh beberapa orang pelajar.. inikan pula.. ditambah dengan pengajaran dalam bahasa inggeris.. jangankan cikgu praktikum yang diselia hendak mengajar juga terkial-kial.. malah cikgu teknologi maklumat (ada sesetengahnya juga bekas pelajar-pelajarku sendiri) pun terkial sama.. cuma kelebihan menggunakan bahasa itu.. ada sesetengah istilah itu dalam perisian tertentu sememangnya dibangunkan dalam bahasa inggeris..

Masyarakat boleh berkata.. mengapa nak mansuhkan.. mengapa tak nak teruskan.. padaku.. belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun tidak pun sekali-kali merendahkan pengetahuan dalam bidang itu.. dan aku juga percaya ramai anak-anak malaysia yang dulunya mempelajari subjek yang sama dalam bahasa ibunda masih mampu menguasai subjek berkenaan dengan baik.. dan juga pada masa yang sama mampu juga bertutur bahasa inggeris dengan sebaiknya..

Dalam bilikku ini ada 2 orang pelajar Thailand dan Jepun.. salah seorang rakanku ibunya merupakan guru matematik di Thailand.. dan mengajar subjek berkenaan dalam bahasa Thailand.. kedua-dua mereka juga belajar di negara masing-masing dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.. tapi kini mereka juga mampu belajar di sini dengan berbahasa inggeris dengan baik.. malah mampu berdebat dengan baik.. walaupun tidaklah sehebat iramanya dengan bangsa Inggeris, Scottish di sini.. tapi itu tidaklah menandakan bahawa ilmu yang mereka pelajari di tanahair itu ada bezanya dengan ilmu sama yang diajar sini (antara beza ketara bahasalah), perbezaan lain dan konsep sememangnya wujud tapi... itu tidak bermakna ia tidak berguna langsung..

Mungkin kerana aku dekat dengan institusi sekolah dan pengajaran.. maka sudah lama aku lihat masalah ini.. dan banyak juga kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa peningkatan itu tidaklah ketara sangat hanya beberapa peratus sahaja.. dan ada sesetengahnya hanya di propagandakan untuk tidak mempamerkan kekurangannya..

Malah dulu ayah sendiri (bekas seorang guru besar) pernah dipanggil oleh PPD selepas bersara untuk kembali mengajar di sekolah kerana guru-guru ketika itu belum cukup mantap untuk mengajar subjek berkenaan dalam bahasa inggeris. Ayah juga pernah menceritakan beberapa kelemahan perlaksanaan itu semasa ia baru diperkenalkan.. aku malas nak ulas di sini.. tapi lebih banyak yang kurang dari yang lebihnya..

Apa juga.. aku sentiasa sokong bahasa melayu.. jangankan pelajar sekolah.. kadangkala ada juga rata-rata kita ini, jika diminta untuk berucap dalam bahasa melayu formal sepenuhnya... aku sendiri pasti mesti akan cenderung untuk mencampur adukkan kedua-dua bahasa itu.. jarang sekali dapat mendengar sesuatu penyampaian menggunakan bahasa melayu tanpa sepatah pun perkataan inggeris disebut..

Ini banyak aku lihat sendiri.. dalam banyak majlis perdebatan, pembentangan atau penyampaian atau sebarang aktiviti berkumpulan.. untuk mendengar mereka yang mampu berucap dengan bahasa melayu penuh amatlah terhad.. kerana rata-rata kita selesa menyebut beberapa patah perkataan bahasa Inggeris dalam ucapan berbahasa melayu itu.. kenapa? mungkin kerana merasakan ada kelas dan imej tersendiri.. Jangankan orang lain.. kadangkala aku sendiri pun tersasul sama.. sebab itu kadang-kadang aku lebih suka.. jika mahu bertutur gunakan bahasa itu sepenuhnya.. kalau nak berbicara dalam bahasa melayu.. cakaplah sepenuhnya bahasa itu.. dan jika mahu bertutur bahasa Inggeris.. cakaplah sepenuhnya bahasa tu juga..

Tepuk dada tanya selera.. tanya hati.. tanya akal.. Padaku semua bahasa di dunia ini penting.. dan tidak ada yang paling penting.. tidak ada yang patut diagung-agungkan.. Jika kita bangsa malaysia.. Salahkah kita berbangga kerana mempunyai bahasa melayu.. yang mampu kita tuturkan bersama dikalangan semua kaum??

Teringat ketika ada satu sesi kursus yang kami hadiri di sini.. ketika itu ramai rakan-rakan dari malaysia turut sama dalam kursus itu.. dan salah seorang dari mereka adalah seorang rakan berbangsa cina dan india.. kami semua bertutur dalam bahasa melayu dengan fasih sambil bergelak ketawa.. lalu dua orang pelajar dari India dan berbangsa Scottish yang menegur kami.. Dia bertanya kepada rakanku yang berbangsa cina itu "Anda dari mana??"
Dia menjawab "Dari malaysia"

Mereka tanya pula seorang rakan india itu.. "Anda dari mana?"
Rakan itu juga menjawab "Dari Malaysia"

Lantas mereka berdua itu bertanya pada kami semua.. "Bahasa apakah yang anda semua tuturkan???"
Kami yang mendengar lantas ketawa kecil.. dan kami katakan, "Bahasa melayu@malay language"

Seketika aku rasa bangga.. ya bahasa melayu.. bahasa kebangsaan kami

Mungkin ada yang memandang remeh isu ini.. mungkin juga ada yang mengatakan apalah sangat nak dikecoh-kecohkan.. Tapi ingat.. dari sekecil-kecil api.. mampu membinasakan sebuah rumah jika tidak berjaga-jaga.. Jika tidak kita ambil perhatian dari awal.. Padaku.. yang pincang adalah perlaksanaannya.. dan jika mahu bahasa Inggeris dikalangan pelajar ditingkatkan.. mantapkanlah kelas-kelas bahasa Inggeris di sekolah, jalankan lebih banyak aktiviti yang menarik yang mampu menarik minat pelajar menguasai bahasa itu dan biarkan sahaja subjek Matematik & Sains itu diajar dalam bahasa melayu.. Kembalikan semula pengajaran & pembelajaran (P&P) dalam bahasa melayu.. tidak ada pincangnya.. dan tidak ada lebihnya P&P dalam bahasa Inggeris..

Melihat sendiri bagaimana pengajaran itu dilaksanakan di sekolah, bertemu sendiri dengan guru-guru yang mengajar subjek berkenaan.. dan banyak lagilah rungutan lain.. pada aku apa salahnya jika kembali kepada bahasa melayu.. takde rugi walau sedikitpun.. malah semasa P&P dalam bahasa inggeris.. aku lihat betapa ramai yang mengambil kesempatan untuk membuat buku-buku rujukan baru.. membuat kelas-kelas bahasa Inggeris.. dan bukan sedikit keuntungan yang dapat dikaut dari situ.. walhal semasa P&P dalam bahasa melayu.. tidak ada pun aku lihat usaha yang sama dilaksanakan pun.. Jika anda tanya pada kebanyakan guru sekolah.. aku juga percaya hampir kebanyakannya menyokong PPSMI ini dimansuhkan.. dan pada yang mahu ia diteruskan mungkin ada agenda sendiri.. atau mungkin tidak dekat dengan sekolah dan tidak tahu permasalahan yang wujud.. Banyak lagilah cerita ceriti yang aku tahu dari pelajar-pelajar aku sendiri.. rakan-rakanku.. apatah lagi dulu kunjungan setiap semester ke sekolah dan bertemu dengan pengetua-pengetua sekolah.. aku sering juga ambil peluang bertanyakan isu ini.. dan rata-ratanya.. ada yang positif dan ada yang negatif.. tapi kelebihan dan kekurangannya itu pada aku.. tidak banyak beza pun..

Jika tidak setuju.. tak mengapa.. kerana ini hanya pendapat peribadiku.. Aku bangga menjadi anak Malaysia yang mampu berbahasa melayu dan juga mampu bertutur dalam bahasa Inggeris pada masa yang sama.. aku terasa sedikit kesal kerana aku juga kini sudah tidak mampu berbahasa banjar dan bugis dengan baik.. walaupun aku datang dari rumpun banjar di sebelah ayah dan bugis di sebelah emak.. dan ini antara sesalanku.. kerana aku kehilangan kemahiran berbahasa mengikut rumpun bangsa melayu itu..

Sunday 15 March 2009

Minggu makan-makan

Minggu makan-makan tamat hari ini...



Perut sudah terlalu kenyang untuk diisi..

Mata juga sudah mengantuk meminta bantal

Ingin berehat dulu ya..

Sambung makan dalam mimpi pulak ;)

Saturday 14 March 2009

Program Maulidur Rasul peringkat SMG

Alhamdullilah majlis sambutan maulidur rasul peringkat Sekolah Malaysia Glasgow (SMG) telah berjalan dengan lancarnya..

Ramai juga ibu bapa dan rakan taulan yang hadir untuk sesi ceramah yang turut berjalan seiring dengan waktu persekolahan SMG..

Melayan kerenah anak-anak yang bertanya banyak soalan tentang rasullulah s.w.t.. ada yang lucu.. ada yang ingin tahu.. dan semuanya dijawab dengan sabar dan sebaiknya oleh guru-guru yang ada ;)




Aku suka gambar ini.. hehehehe

Antara barisan cikgu dan rakan yang hadir

Gambar tak banyak.. sebab cikgunya sibuk urus murid-murid tadi ;)

Friday 13 March 2009

Rumah itu

Suatu senja.. Memandang langit yang semakin gelap.. mata memandang dia.. sayu sedih rindu.. ini mungkin kali terakhir.. berbicara dan bergembira.. bergelak ketawa dan berkongsi ceria.. menangis dan menitis airmata.. kala sedih dan suka bertukar bersama hati dan jiwa rasa

Mata memandang langit itu.. masih ada kemerah-merahan warnanya.. masa sudah hampir tiba untuk meninggalkan daerah itu.. hampir juga masa untuk mengucapkan selamat tinggal buat sementaranya..

Memandu menuju kesibukan bandar itu.. mata memandang deretan kereta.. masing-masing punya destinasinya.. masing-masing juga berkejaran mahu cepat sampainya.. masing-masing juga punya arah tujuannya.. untuk apa.. kemana.. dimana.. lama masa.. laju.. perlahan.. berlumba.. itu lumrah biasa..

Dari kesibukan kota.. aku tempuhi kesibukan deretan kereta.. berlumba memecut selajunya.. 90km/j anak panah kelajuan jelas terletak tanpa berubah.. laju.. cepat.. kepala.. kaki.. tangan.. semuanya seolah seiring bersama.. mata memandang jalan tanpa berkelip cuma.. fikiran melayang untuk tiba ikut masa.. esok harinya untuk berangkat pergi buat sementara.. meninggalkan ini semua.. meninggalkan semua yang sudah terlalu biasa dan lali dilalui saban minggu.. bulan dan tahunnya..

Deretan kelapa bali.. kelihatan dari jauh.. memenuhi segenap pandangan mata.. sepanjang mata mampu menamatkan penglihatannya.. sepanjang kepala ke depan dan ke belakang digerakkan semahunya.. daerah ini.. daerah istimewa.. di situlah suatu ketika dulu.. laluan ku semasa masih remaja.. menumpang kereta.. atau motor sesiapa sahaja di simpang batu enambelas itu.. atau menaiki bas sejam satu yang kadangkala lewat dan cepatnya.. diusik dan dihon pemandu lori.. kereta.. motosikal di tepian jalan besar itu..

Lalu pula.. pohon rendang yang besar tegak berdiri di km 2.. teringat kata mak.. di sini pernah dilihat langsuir mengejar pemandu motor dan kereta.. waktu senja.. mengilai dan ketawa sesukanya.. tegak terus bulu roma.. betulkah.. benarkah.. aku sendiri tidak tahu.. perlukah aku buktikan kata-kata dan cerita itu semua.. namun tatkala melintasi pokok itu.. terasa seram sejuk seketika.. tapi aku abaikan kerana mengejar masa..

Tidak ada yang istimewa sepanjang 4 km perjalanan itu.. hanya pepohon kelapa bali memenuhi laluan kiri dan kanan.. sekali sekala ada juga kelihatannya rumah-rumah penduduk cina.. india... terselit di antara deretan pohon-pohon itu.. menutupi cahaya samar-samar lampu jalan yang kurang terangnya.. hanya bertemankan lampu kereta dari sebelah kanan yang sekali sekala hadirnya.. semuanya seolah segera mahu ke suatu tempat.. tapi aku pula.. bergegas mahu sampai secepatnya..

Tidak lama aku melihat deretan kedai 4 pintu berwarna merah menyala.. hanya satu sahaja yang masih dibuka dan ada pelanggannya.. sebuah kereta dan motor kelihatan di depan kedai itu.. aku tidak ambil pusing sangat tujuan mereka.. di kanan jalan pula deretan rumah-rumah cina yang tersergam indah bertembok tinggi.. warna merah pagarnya.. tergantung tanglung warna merah di setiap tiangnya.. ini adalah pandangan biasa untukku.. dan tidak jauh kelihatan pula sebuah pondok menunggu bas yang begitu usangnya.. tiangnya sudah senget menahan atap yang ketara berkaratnya.. tempat duduk bersimen juga sudah kopak kapik.. di depannya ada simpang.. itulah tanda untuk aku perlahankan kereta.. sudah hampir sampai aku rupanya..

Di pondok itulah dulu aku menghabiskan masa menunggu bas untuk ke pekan kecil itu.. menghadiri kelas tusyen ketika zaman sekolah dulu.. kadangkala juga menjadi penantian semasa ke sekolah semasa ayah tidak dapat menghantar aku ke sana.. kadang juga tempat bertemu rakan sebaya.. meronda dan berjalan menghabiskan masa suka ceria.. bertemu rakan.. teman.. pakwe dan kekasih lama.. Entah berapakah agaknya usia pondok itu agaknya.. jika dia boleh berkata-kata.. sudah tentu banyak ceritanya.. dan sudah pasti juga mampu mengenal setiap penghuni yang pernah menunggu di situ..

Aku membelok masuk ke simpang itu.. di kiriku adalah deretan kelapa bali lagi.. dan di sebelah kananku pula kelihatan rumah-rumah yang terselindung di sebalik pohon-pohon kelapa bali.. melintasi sebuah simpang jalan enggang namanya.. sepanjang simpang itu semua penghuninya aku kenali setiap satunya.. ada kenangan dan kisah setiap rumah itu.. ada yang pernah menjadi tempat permainanku zaman anak-anak dulu.. ada yang menjadi tempat aku bertandang semasa berhari raya zaman remajaku.. ada juga yang pernah aku kunjungi menghadiri kenduri kawin di situ..

Akhirnya simpang bernama rajawali tertera jelas pada papan penanda bertulisan hitam berlatar belakangkan ruangan putih jelas kelihatan.. aku membelok masuk ke simpang itu.. Dari situ sudah aku lihat rumah bercat kuning itu.. itulah destinasi utamaku.. Sejenak aku teringat sebuah mimpi tatkala aku berada di tengah simpang itu.. dari laman rumah itu kelihatan keluarlah seekor singa yang garang menghalang perjalananku.. secara tiba-tiba ia berlari menghalang aku meneruskan perjalananku.. makin aku dekat makin garang rupa parasnya.. kereta juga terpaksa aku undurkan ke belakang dan aku terkeluar dari simpang 3 itu.. Entah bagaimana datang pula seekor harimau kumbang entah dari mana.. Singa dan harimau itu saling bertukar rupa berselang seli antaranya.. aku pula semakin bergerak ke hadapan.. dan makin ke hadapan.. Apa maknanya?? Aku sudah ada jawapannya suatu ketika dulu ketika aku ceritakan pada mak mimpi itu.. mungkinkah ada tafsiran lain yang aku tidak tahu??

Memandang semula rumah kuning itu.. hatiku seolah terasa damai sekali.. aku sampai pada destinasi utamaku.. di situlah aku dibesarkan.. aku membina diri.. nilai.. sikap dan peribadi.. di situ jugalah aku nikmati zaman anak-anak berkejaran bermain ting-ting.. baling selipar.. baling tin.. batu seremban.. main tudung oren.. memanjat pokok kedondong .. rambutan.. pulasan.. menjerat pepatung dengan getah nangka di parit yang laju airnya.. bermain pondok-pondok dengan pohonan senduduk berbunga ungu dan putih di tanah sebelahnya..

Di situ jugalah pernah dikunjungi rakan sekampung baik lelaki dan perempuan kala hari raya.. mengelilingi kampung hingga lewat malam tamatnya.. di ruang beranda itu jugalah tempat lepak aku dan rakan bercerita luahan hati dan kisah suka duka.. berkongsi peristiwa.. jatuh cinta.. kecewa.. putus cinta.. semuanya..

Aku masuk ke rumah itu.. jalan sudah tidak begitu rata.. tanah merah adalah tanah asasnya.. deretan pokok nenas adalah pagar utamanya.. pokok rambutan adalah pokok-pokok utama yang tegak berdiri di depannya.. ada satu pokok itu betul-betul di hadapan rumah sudah ditebang ayah.. kata mak... dulu ada sesuatu yang suka singgah di situ.. tapi dia tidak menganggu kami sekeluarga.. tapi andai orang lain singgah hingga lewat malamnya.. pasti akan ada yang demam kebah yang agak lama.. bukan sekali dua terjadinya.. ramai sudah rakan adik menjadi mangsanya.. pelik juga kami akan kisah itu.. tapi aku tidak pernah ambil pusing sangat.. tanah itu pernah aku jejaki seorang diri waktu lewat malam tatkala air paip terputus waktu malam hari.. terpaksa kerana punca airnya terletak betul-betul berhampiran jalan.. Belum pernah lagi aku rasa yang pelik-pelik di situ..

Aku pernah berkata tatkala kepulangan kedua.. sesiapa yang bukan ahli keluargaku.. baik yang aku nampak atau tidak.. aku tidak mahu dan tidak ingin ia berada dalam kawasan itu.. Hingga kini tiapkali aku teringatkan kampung halaman.. ucapan itu akan sentiasa bergema di hati dan tatkala meninggalkan rumah itu juga.. sekali lagi semasa aku mahu melangkah keluar dari situ.. aku ucap kata-kata yang sama pada tanah itu... Andai ada yang engkar dengan kehendak itu.. Allah maha mengetahui segala-galanya.. dan aku juga percaya.. hak dan tanggungjawab aku berdiri kuat di situ.. cubalah sentuh dan usik walau secuit cuma.. Aku tidak akan gentar walau apa juga yang datang nantinya.. Tatkala berdiri di tengah laman itu.. aku perhatikan setiap sudut rumah itu.. dari belakang rumah kiri kanan.. depan kiri kanan.. setiap pepohon yang tumbuh aku hafal kedudukannya.. setiap benda yang terletak aku perhatikan letaknya.. Kenapa??? Ada sebabnya untuk aku tahu..

Semoga ia akan sentiasa terjaga elok dan baik hendaknya.. seperti mana yang aku ingati setiap satunya.. sedamai dan setenang yang aku rasainya selama aku ada.. kicauan si burung terkukur kala pagi hari akan berterusan kedengaran hingga bila-bila.. nyaman udara pagi.. akan kekal segar sentiasa..

Teringat pantai morib.. terasa hati ingin pergi ke sana.. banyak kisah suka duka di situ.. Teringatkan ketika di bawa ayah ke sebuah gerai ikan segar yang baru sahaja dibawa ke darat pagi itu.. Terletak di berhampiran simpang kampung endah.. melalui jalan singkat merentasi tali air selepas simpang kanchung darat.. aku lupa nama kawasan gerai itu.. Tiba-tiba aku teringin menikmati ikan bakar... sotong goreng tepung.. udang masak masam manis..

Daerah Banting.. tempat aku dibesarkan.. tempat ayah dibesarkan.. dan bukit Jugra.. punya misterinya.. ada kisah yang tersembunyi di situ yang berkaitan dengan aku.. Entahlah aku sendiri pun tidak tahu.. mungkin juga aku tidak mahu tahu.. walaupun sudah 2 kali orang yang paling rapat dalam hidupku.. pernah dipesan begitu tentang aku dan bukit itu..

Tiba-tiba aku teringatkan kampung.. ketika entri ini ditulis.. terasa aku memandu pulang ke kampung seperti selalunya.. dan setiap perjalanan di kiri kanannya seolah benar-benar aku lalui... Visualisasi membawa aku pulang seketika tadi..

Ini bukan kisah seram ya.. jangan tetiba lak korang semua meremang bulu roma hehehehe.. Ini kisah rindu aku.. aku nak jiwang tanpa karat ya ;)

Thursday 12 March 2009

Semalam, Hari ini dan Esok


Semalam

Memandang ke langit yang gelap.. di tengah bandar itu.. Aku mencari arah tujuanku.. memandu ke sana ke sini.. mencari haluan.. sesat entah berapa kali.. tersilap simpang ke situ.. aku sesat.. ohh.. aku bukan ke sini untuk mencari nasi goreng kegemaranku .. dan bukan juga mencari air buah gelas besar yang enak itu.. dan bukan juga mencari deretan gerai-gerai sate.. rojak.. kue tiaw.. maggi goreng.. cd-dvd cetak rompak.. alat solek jenama murah.. kain tudung yang pelbagai warna dan kelipan batu.. dan bukan juga mahu menyelit di laluan sempit yang mampu mencalar balarkan keretaku dan juga bukan untuk mencari cinta yang bersepah bersidai di sana sini situ

Aku berpatah balik ke jalan utama.. kembali menyusuri jalanan mencari arah menuju menara itu.. ada janji yang telah dipersetujui.. sebuah pertemuan.. sebuah harapan.. dan sebuah persahabatan.. Hari makin gelap.. bilangan kereta juga semakin kurang dan malap.. sedikit lengang dan tidak perlu terkejar-kejar mencipta amarah tatkala menempuhi kesibukan dan deretan kenderaan.. aku memandu dengan senang dan tenang... Janji ditunaikan.. pertemuan tercipta.. bicara dimula.. dan persahabatan dibina..

Hari ini..

Aku masih lagi diri aku yang dulu.. masih punya nama yang sama.. gelaran yang sama.. tubuh badan yang masih serupa.. mungkin sedikit susut berat badannya.. mungkin juga berubah kehalusan dan kecerahan kulitnya.. Aku masih aku.. cuma pemikiran dan rasa berubah warna.. mencari kebenaran dan keikhlasan hati.. membina semangat diri.. menjejaki nilai hati.. menginsafi kesilapan peribadi.. memperbaiki kelemahan sendiri..

Pertemuan lalu seolah masih segar dalam ingatan.. kenangan juga seolah ibarat wayang lama yang bila diputarkan membuatkan jiwa terbuai layu.. senyum kala kisah gembira tergambar dalam skrin kepala.. menangis kala kisah sedih bermain dalam kolam jiwa.. Masam kala kisah penting diri menjadi tontonan fikiran.. ketawa kala kisah suka berlari berkejaran di kotak rasa.. Setiap satunya membangkitkan rasa semua.. masam manis masin pahit secukupnya..

Esok..

Aku tidak tahu ketentuan tuhan untuk esoknya.. Aku juga tidak tahu apakah hasrat dan cita-cita itu terlaksana.. Aku juga tidak tahu.. sejauhmanakah perjalanan yang harus aku lalui dan hadapi.. Aku juga tidak tahu.. adakah cinta dan kasih sayang ini akan terusan menjadi azimat hati.. Aku juga tidak tahu selama mana dapat aku kumpulkan dan simpan semua kerinduan ini buat semua yang aku sayangi.. buat semua yang aku cintai.. kepala hati fikiran rasa semuanya meminta aku pelbagai hasratnya..

Namun aku sentiasa percaya.. semua itu walaupun tidak aku ketahui bagaimanakah kesudahannya.. Hatiku masih kuat memegang pada ketentuanNya.. Yang utama aku harus teruskan perjuangan dan berusaha sedaya upaya.. teruskan berjalan dengan langkah yang ada.. dengan semangat yang masih bersisa.. dengan tenaga yang berupaya.. dengan hati ikhlas menuntut keikhlasan dariNya.. dengan jiwa yang penuh rasa rindu, kasih, sayang dan cinta..

Semalam, hari ini dan esok.. malah lusa dan tulat juga ada.. teruskan mencari keredhaanNya.. teruskan berjuang bersama niat untukNya..

Walau apa pun kenyataan, penyataan, tuduhan, alasan dan hukuman.. Seharusnya tahu sifat, nilai, sikap dan peribadi itu.. terlalu subjektif untuk dinyatakan secara objektif dan jelasnya.. kerana manusia berubah dan perlu berubah..

Jom kita makan di muara ikan bakar.. sudah lama aku tidak berkunjung di situ.. Bagan Lalang.. Tanjung Harapan (atau tanjung gila) antara tempat lepak utama suatu ketika dulu.. Aku anak selangor.. Banting-Klang; Satu tempat kelahiran.. Satu lagi tempat dibesarkan.. 2 destinasi yang punya banyak nostalgia lama.. cukup istimewa..

Wednesday 11 March 2009

Kembara hari terakhir di bumi Andalusia : Malaga

Akhirnya.. Sampailah penghujungnya kisah pengembaraan aku ke Andalusia..

Selepas berada di Almeria pada sebelah paginya.. menjelang tengahari kami bergerak ke Malaga iaitu tempat kelahiran Pablo Picasso seorang pelukis terkenal dunia.. dan di sini juga terletakknya museum Picasso..







Selesailah perjalanan kami selama 4 hari dan 3 malam itu dan yang paling utama.. jeng jeng.. mestilah cenderahati.. cenderamata.. ya... (Juliet bukan cederahati tau)

Poskad dan fridge magnet..

Antara perhiasan yang diletakkan atas TV di rumah

Ini yang paling best..Dua helai kain alas meja..
2 Pashmina dengan harga 5 Euro (hampir beli lagi satu.. tapi kena sound adeihh)
Beberapa helai kain Tie Rack dengan hanya 99p setiap satunya

Ini pun dah kena beringat-ingat sebab risaukan beg yang tak muat ;)

Mungkinkah aku akan ke sana lagi??? Insyallah.. jika ada kesempatan kerana semasa pengembaraan ini aku hanya pergi sendirian tanpa dia.. atas sebab tidak dapat dielakkan.. sedih tau..

Insyallah.. ada rezeki lebih dan peluang .. Aku pasti akan ke sana lagi ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin