Friday 5 September 2008

Musim Panas yang sejuk

Hari ini aku berjaket nipis.. semalam aku berjaket agak tebal sedikit.. namun apabila sebelah petangnya.. cuaca bertukar menjadi panas dan jaket yang agak tebal itu mula menyebabkan aku rasa kurang selesa dan rimas..

Hari ini aku sangka seperti semalam.. keluar awal pagi dengan jaket nipis pendek.. namun ketika berjalan menuju ke pintu utama GU untuk mengambil segugus kunci untuk membuka pejabat SDS.. aku mula merasakan kesejukan yang agak ketara..

Selesai kerja.. rasa sejuk itu masih ada.. namun kali ini ia lebih ketara sejuknya.. mulut mula mengeluarkan wap-wap panas.. kebiasaannya bila kita bernafas atau bercakap dan ternampak wap-wap panas yang keluar dari mulut, itu menandakan suhu diluar sejuk dan jangkaanku dibawah 10 darjah celsius.. dengan jaket nipis dan pendek.. tanganku mula membeku.. muka juga mula terasa kering dan dingin.. kaki dan tangan mula mengebas sedikit.. walaupun cuba menyorokkan kedua-dua tapak tangan ke dalam poket jaketku.. rasa sejuk itu masih menembusi ruang jaket yang nipis..

Hari ini hari yang begitu sejuk.. cuaca dan suhu kini sudah tidak boleh dijangkakan lagi.. dulu musim panasnya terasa ketara jugalah panas mentarinya.. kini saban hari walaupun nampak cahayanya.. namun pabila melangkah kaki keluar rumah.. pastinya badan akan terkejut dengan angin sejuk yang meniup dan menimbusi jaket dan seluar di badan..

Aku tertanya?? Musim apakah ini.. Musim gugur belum lagi rasmi harinya.. 22 September 2008 ini barulah secara rasmi musim gugur itu tiba.. Ikutkan kalendar.. hari-hari kini masih lagi di musim panas.. tapi dengan cuaca yang begitu sejuk.. tidak lagi sesuai untuk aku katakan musim panas.. mungkin lebih sesuai ku katakan musim sejuk.. takkan melangkah musim pulak.. aiii.. mungkin cuaca juga sudah tidak sabar untuk melompat musim.. mungkin katanya "kita tinggalkan musim gugur.. kita terus melangkah ke musim sejuk... biar semua manusia mengigil kesejukan dan beku dingin.."

Ramai yang merungut tentang perubahan musim dan cuaca yang begitu ketara tahun ini.. musim panasnya yang agak terik sedikit.. musim sejuknya yang ketara dingin.. musim bunga yang sering hujan dan berangin.. musim gugur pula?? mungkin juga tidak jauh bezanya.. pastinya gabungan kesemua cuaca yang ada sebelum ini..

Nampaknya aku terpaksa mula menukar jaket esok hari.. tidak boleh lagi berjaket nipis ke sana sini.. dan juga tidak boleh berjaket tebal sangat kerana ditakuti hari secara tiba-tiba panas membahang pula.. itulah norma harian di sini..jaket merupakan pakaian utama di sini.. anda tidak boleh keluar rumah tanpanya.. perlu berjaket hari-hari.. rangkaian jaket ku juga sudah terlalu banyak.. semua musim ada jenis jaket tertentu.. yang labuh.. yang tebal.. yang pendek.. yang senteng.. yang bertutup kepala.. yang tidak. yang tahan hujan dan angin.. itu belum lagi helaian kain mapla (lilit leher) yang juga pelbagai jenis dan ukuran kainnya.. nampaknya aku akan pakai balik semua itu.. cuaca sejuk begini tidak boleh dibuat main.. jika tidak berjaga-jaga boleh demam teruk semula..

Kehadiran musim gugur adalah antara musim yang sering aku nantikan.. kenapa?? kerana pada musim inilah kebanyakan pokok akan meluruhkan daun-daunnya.. helaian daun berwarna perang emas akan kelihatan bertaburan di sana sini... umpama taburan emas di jalanan yang panjang.. aku sukakan pemandangan musim ini.. warna warni suasananya.. tona warna perang, kuning, jingga, coklat, hijau, merah, kelabu semuanya seolah bersatu pada musim ini.. pemandangan begini bisa memukau mata memandang.. dan mata seolah tidak puas menatap semua itu.. ketika musim ini jugalah masa yang sesuai untuk berjalan-jalan dan mengambil gambar..

Pemandangan musim gugur tahun lepas semasa perjalanan mengelilingi bandar-bandar di Scotland ini.. highland.. loch.. tasik.. lautan.. sungai.. semua itu begitu indah sekali.. Sekali lagi tahun ini aku berpeluang untuk merakamkan pemandangan itu.. dan pastinya Insyallah akan aku paparkan buat tatapan semua..

Selamat datang musim gugur.. selamat tinggal musim panas.. sejuk dingin beku telah tiba menghalau perginya mentari musim panas kali ini..


Semasa ke Stirling pada musim bunga 2007


Di Queens Park semasa musim gugur 2007

Semasa penghujung musim gugur 2007 sepanjang perjalanan dari Inverness ke Glasgow melalui rangkaian gunung ganang yang dikenali sebagai highland di sini


Di puncak gunung Cairngorm semasa musim sejuk awal tahun 2008



Pemandangan semasa musim sejuk 2008.. turunnya salji pada hari tersebut

Di Queens park.. sebuah taman yang letaknya tidak jauh dari rumahku.. 2 musim berbeza pada pandangan yang serupa - Musim Gugur



Musim Sejuk.. Salji turun hari itu..

10 comments:

cappuccino said...

tuler kan..time autumn ne nk berposing mmg lawa kan..aku suke color2 dia..tp tk thn sejukkkkkkk tmbh2 time nk kuar gi keje pagi..seksaaaaaaa sangt

iina said...

hehehe.. itu almaklum ler.. tambah lagik kan pergi keje gelap.. balik keje pun gelap gak.. kita sama2 terseksa lerr

Nazali Noor said...

Iina..

Nantikan kehadiran abah sekeluarga ke istana Iina bila musim luruh nanti..Ain dah bagi green light dah..kikiki..Sudi ker terima kami sekeluarga ni?

iina said...

Abah..

Insyallah.. datanglah ke rumah takde masalah besar.. cuma penghujung bulan 10 nanti kami akan balik ke malaysia.. hingga pertengahan bulan 11.. lepas tu insyallah kami adalah.. no problem tempat tgl n makan xde masalah besar.. boleh je ;)

julietchun said...

Cantiknya gambar2 ko snap nih.Aku teringin nak berckp sambil keluarkan asap,tak tau bila nih.

iina said...

juliet insyallah ada peluang sampai ler nanti.. kot2 ada sapa2 nak ssponsor ko ke.. ari2 leh cakap kuwa asap hehehe.. sebenonya tak best pun sebab?? sejuk ya amattttt

azza_irah said...

salam kunjung balas ina..
tkaseh singgah di blog azza..
ina smbung blaja di glasgow ya...
buat phd ke..

dapat link azza dari rusdi ya..
salam kenal dr azza..nnti azza link kan blog ina..

iina said...

salam azza,

ahah gitu ler tapi sebab ternampak juga link you dari teman blog yang lain.. yup buat phd sama ngan rusdi (lain bidang n lain tempat) ok thanks ye :)

Kak Long said...

Kak Ina, cantik sungguh pemandangan kat sanakan. Teruja hati ni, kalaulah dapat sampai ke sana....

iina said...

kak long.. angan2 mesti ada dulu.. insyallah akan sampai juga ke sini.. kalau esok2 rasa nak pegi jejalan europe takde kawan hehehe.. akak leh temankan no problemo ye ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin