Tuesday 30 October 2012

Warna & Cahaya 26

Di sekitar Kuala Lumpur

'Warna & Cahaya' waktu malam di Kuala Lumpur..


Wednesday 19 September 2012

Warna & Cahaya 25

Bila hati digamit rasa rindu

Venice Italy

Pergunungan Switzerland
Lauterbrunen, Switzerland

Thursday 9 August 2012

Hitam, Putih & Warna 3











Warna Hitam, Putih, Sephia
Location : Pantai Cahaya Negeri & Pulau Burung, Port Dickson

Dulu Blog ini mencoretkan pelbagai kisah, nukilan dan coretan idea..
Kini suara berbicara semakin berkurang, bukan kerna aku ketiadaan idea untuk menulis tetapi lebih selesa meletakkan tafsiran warna & cahaya dalam bentuk photo..

Oleh itu secara rasminya..
Blog ini menjadi tempat untuk aku coretkan lukisan alam yang aku rakamkan dari lensa kameraku..
Semoga anda semua nikmati apa yang aku pandang dan rakamkan..

Thursday 26 July 2012

Warna & Cahaya 24

Langit Biru di Kuala Lumpur

Jalan Duta



Jalan Ampang

Dulu selama 5 tahun aku puas memandang langit biru di rantau orang yang seluas mata memandang..
Musim Sejuk, Bunga, Panas dan Luruh..
Menyaksikan indahnya langit biru di negara orang..
Kini..
Akhirnya aku temui langit biru di tanahair tercinta..
Seindah Alam ciptaan Allah s.w.t

Nikmati apa yang aku lihat..
Menjelang senja sebelum waktu berbuka aku menyusuri Bandaraya Kuala Lumpur..
Seawal tiba di Jalan Duta dari lebuhraya Utara-Selatan..
Langit biru di KL menyambut aku..

Friday 13 July 2012

Rindu di hari lahir...

Ayah after 40 days..
We finally set up the 'batu nisan'..
2012..
A year that I'll never forget..

Sudah sebulan lebih Ayahanda pergi..
Namun Allah berikan nikmat bertemu dia 2 kali dalam mimpi..
Benarlah hubungan itu tidak terhenti semasa hayatnya..

Dia masih berpesan dan menasihati seperti dulu..
Dia masih tersenyum manis seperti mana tiap kali berbicara..
Adakala terlupa melaksanakan rutin Yassin untuk dia..
dan dia datang tersenyum seolah mengingatkan..

Benarlah 'life never be the same again'
Namun hidup harus diteruskan.. 
Kini hari ini..
Genaplah setahun lagi Allah berikan pertambahan usia..
Tahun ini buat pertama kalinya..
Sambut hari lahir tanpa ayah di sisi..

Tidak ada yang aku mahukan sebagai hadiah fizikal dari sesiapa..
Hanya aku doakan Ayahanda sejahtera di sana..
Allah ampunkan dosa-dosa Ayahanda..
Allah rahmati dan pelihara Ayahanda..

Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan lahir ke dunia pada tarikh hari ini..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mengenal dunia dan mencapai impian seperti hari ini..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mengenal baca, kira, tulis hasil dari didikan seorang cikgu bernama Ayahanda..
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan tahu erti berdikari dan tanggungjawab seawal usia anakanda dewasa
Tanpa Ayahanda..
Anakanda tidak akan mampu pergi jauh merantau dan mencari ilmu hingga keluar negara
Anakanda turut nasihat Ayahanda pada 12 tahun yang lalu..
'Engkau diberikan peluang untuk ke sana.. kenapa kau tak mahu pergi'

Adakalanya bila kita mempunyai sesuatu atau masih bersama seseorang..
Kadangkala kita terlupa dan terleka menghargai masa yang kita pernah ada bersama mereka..
Hanya tatkala kita kehilangannya..
Barulah kita mengerti erti kepunyaan dan ruang masa yang telah diberikan itu..

13 July 2012..
Selepas 5 tahun..
Kini aku sambut hari lahir ini di tanahair tercinta..

Semoga Allah permudahkan urusan dan perjuangan seterusnya..
InsyAllah..

p/s Maaf andai gambar pusara di atas mengganggu emosi atau rasa sesiapa.. 

Thursday 28 June 2012

Warna & Cahaya 23

Twilight..
Location : Pullman Lakeside, Putrajaya

Air, Tasik dan Lautan..
Mengingatkan aku pada Tanah Tinggi Scotland..

Monday 4 June 2012

Ayahanda.. Anakanda masih rindu..

28 Mei 2012..
Ayahanda pergi tinggalkan kami semua..
Hari ini.. Genaplah seminggu ayahanda pergi..
Waktu ini.. Jam ini.. Pada hari Isnin yang lalu..
Ayahanda disemadikan..
Airmata tidak dapat ditahan lagi..
Anakanda tangisi pemergian Ayahanda..
Doa anakanda sentiasa ada untuk Ayahanda
Semoga Ayahanda sejahtera di sana..

Anakanda akan sentiasa rindukan Ayahanda..
Hingga ke akhir hayat anakanda..
Al-Fatihah..

Wednesday 25 April 2012

Aku & Glasgow 5

Sepintas lalu kenangan..

Tingkap dapur yang mula dibuka pada musim panas

Musim untuk ke Carbot Lanark
:)


Monday 23 April 2012

Warna & Cahaya 22

Location : Cumbria Costal Way
Near Whitehaven, 
Lake District England
July 2011


Monday 16 April 2012

Hitam, Putih & Warna 2

Patuhi had laju

Mengimbau kenangan silam ;)

Laluan pejalan kaki

Di sini kaki melangkah

Tuesday 10 April 2012

Hitam, Putih & Warna 1












Lokasi : Bahau, Negeri Sembilan

Kehidupan dalam rona hitam putih berwarna..
Selalu kita sering lihat warna kehidupan dalam sudut yang penuh warna warni..
Kali ini aku adaptasi dalam bentuk hitam putih berwarna..

Rasanya blog nie akan jadi blog photo jelah...
Ok tak??


 

Friday 6 April 2012

Warna & Cahaya 21

Twilight in Malaysia..
Location : Sultan Ahmad Shah Bridge,
Pahang Malaysia..

 

Thursday 5 April 2012

Warna & Cahaya 20

Deretan bot yang membawa pelancong..
Location : Poda Island,
Krabi Thailand

 

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin