Friday 31 July 2009

Warna Senja

Alangkah indahnya warna kuning jingga waktu senja..

Walau kemana jua bumi dipijak..

Walau kemana jua kaki melangkah

Walau kemana jua negara yang dijejaki

Warna senja itu pastinya sama..

Senja dalam perjalanan mengelilingi 'highland' dan lautan di utara Scotland.

Senja di Oban, Scotland.

Senja di Cordoba, Sepanyol.

Senja dalam perjalanan dari Gothenburg,Sweden ke Oslo, Norway.

Senja di Istanbul, Turki.

Senja di Barcelona.

Senja di Perancis, dalam perjalanan dari Perpignan ke Toulouse.

Senja di Glasgow.

Senja di tanahair..
Dalam perjalanan balik dari Tg Malim ke Banting..

Thursday 30 July 2009

Yang terpendam.. yang terluah


Sebenarnya pernah juga terlintas untuk menulis banyak perkara tentang rasa yang terpendam dalam hati.. malah pernah juga diminta oleh rakan-rakan untuk menulis sahaja apa yang terpendam.. terutama bila melibatkan rasa tak selesa.. tak senang.. tak suka tentang sikap sesetengah perangai orang yang berada di sekeliling.. yang mana ingin aku tegaskan tidak hanya tertumpu pada mereka yang senegara.. tapi apa juga ruang lingkup bangsa yang ada disekeliling..

Kadangkala ikutkan rasa hati itu.. sememangnya mahu juga aku luahkan.. dan secara tidak langsung dan langsung.. pernah juga sekali sekala aku selitkan dalam sesetengah entri yang aku tulis.. itupun kadangkala cuba juga dilapik-lapik.. umpama memilih untuk membungkus nasi lemak sama ada dengan daun pisang atau kertas plastik.. yang mana satu mampu menambah rasa pada kesedapan nasi lemak itu.. kata petua.. jika bungkus dengan daun pisang.. nasi lemak itu lebih harum dan lebih sedap.. jika hanya dibungkus dengan kertas plastik.. rasanya.. biasa-biasa sahaja..

Maknanya terpulang pada kitalah untuk memilih cara dan keadaannya.. Kadang kala bertemu dengan rakan-rakan rapat.. baik secara bersemuka atau online (maya).. kadang pernah juga isu ini dicuit.. atau diperkatakan.. Memanglah rasa tak puas hati itu maha besar.. tapi kadangkala aku memilih untuk berdiam diri.. kerana kadangkala aku malas mahu mencurahkan segala yang terasa itu.. bukan soal takutkan pada kebenaran atau takut untuk menghadapi akibatnya.. tapi aku sebenarnya malas nak bermasam muka atau menimbulkan apa-apa rasa yang tidak enak pada hati mereka dan paling utama pada hati aku sendiri..

Sebab itu kadangkala berdiam diri itu lebih baik.. walaupun cukup payah untuk berperang dengan pelbagai rasa dan fikiran.. tapi aku akui.. menulis itu adalah terapi.. terapi untuk melegakan segala rasa yang membengkakkan hati dan otak.. kadang otak sudah cukup santak dipenuhkan dengan segala maklumat.. analisa.. data.. proses.. kompilasi dan keputusan yang saban hari harus dilalui dan dibuat.. Dengan itu aku malas mahu menambahkan lagi satu ruang untuk aku memproses pula perkara yang bukan-bukan.. "I just leave it at the most end of my mind' .. duk diam-diam di situ.. bila rasa perlu difikir nanti aku akan panggil atau selongkar untuk aku fikir.. selagi masa itu belum tiba.. just stay there.. berhibernasi.."

Kadang pernah juga aku berbahas dengan diri dan juga beberapa orang rakan.. untuk apa diperjelaskan sesuatu perkara itu.. terutama bila melibatkan rasa hati dan fikiran.. aku malas sebenarnya.. sebab nanti mulanya fikir seperti mahu menerangkan dan memberikan penjelasan.. bila penjelasan diberikan.. mulalah meleret.. lepas itu berhujah.. bertingkah.. dan akhirnya nanti berakhir dengan rasa lebih tak puas hati dan sakit hati.. so apa yang aku dapat?? mereka dapat? tidak ada apa pun.. buang masa.. buang tenaga.. buang karen.. buang gas.. buang udara jek.. so.. lebih baik diam.. cuma kadangkala aku terlepas jugalah berkata itupun dalam kias-kias bahasa atau bicara..

Ini juga yang terluah secara tidak langsung.. yang pasti hidup mesti relak.. senyum.. gembira.. nikmati selagi mampu.. yang utama pada aku.. perjuangan aku.. kehidupan aku dan keluarga aku.. itu paling utama.. sebab yang lebih memahami adalah mereka yang hidup dan tinggal dengan aku.. yang tak tahu.. atau buat-buat tahu.. biarlah... kerana mereka rasa mereka lebih tahu siapa aku.. mereka yang merasakan begitu.. tapi hakikatnya.. tidak 98% pun tentang aku mereka tahu.. yang mereka tahu adalah apa yang mereka nampak.. biarlah..

Kadangkala nak jek cakap 'Masa aku.. tenaga aku.. duit aku.. kehidupan aku.. itu semua aku yang lalui dan bukan mereka.. adakah aku minta atau pinjam semua itu pada mereka?? Adakah mereka yang bagi masa.. tenaga.. duit pada aku??'

Jawab sendirilah.. aku malas nak jawab.. hehehehe.. faham-faham sendirilah kan..

Lebih baik aku layan diri buat kerja aku.. lepak-lepak.. makan aiskrim asam boi.. lagi nikmat hingga menjilat bibir ahaks.. ;)

Wednesday 29 July 2009

Seeing and believing..


Sometimes people see and believe that it just like what they see..

Sometimes people see and believe that is it..

Sometimes people see and believe that is just enough..

Sometimes people see and believe whatever they would like to believe..

Sometimes people see and believe the unseen will never be seen..

Sometimes people see and believe only the good things happen while all those bad things will never happen..

Sometimes people see and believe bad things happen because they deserved it..

Sometimes people see and believe the only matter in life is what they see..

Sometimes people see and believe what satisfy them most

Sometimes people see and believe things that they want to see..

Sometimes people see and believe what you have become.. what you have achieved.. what you have had.. what you have got.. what you wanted..

But they will never see who you're and what you believe..
What you do to achieve what you have achieved..
What you do to have what you have had..
What you have to go thru what you have got..
What you have to face to get what you wanted..

Confusing hah??
Well.. Maybe that what I want you to see and believe..
See it and believe it..
I wish you all best luck in the world..
;)

Tuesday 28 July 2009

Love not Sorry

Sometimes we say sorry because we felt deeply in love

Sometimes we say sorry because we care

Sometimes we say sorry because we hurt someone

Sometimes we say sorry because it's something normal to say

Sometimes we say sorry because it's the best thing and the best way

Sometimes we say sorry just to let the hurtfullness go away

Sometimes we say sorry eventhou we don't really meant it at all

Sometimes I say sorry because I always love you forever more

Yesterday Today Tomorrow Forever and Ever


I learn today that

"Love means never having to say you're sorry"

(Love story, 1970)

Monday 27 July 2009

Cecair kertas??

Sedang aku berjalan kaki menuju ke rumah selepas menuruni bas 12, jam menunjukkan menghampiri pukul 6.30 petang.

Tiba-tiba aku terdengar ada text masuk ke Iphone aku..

"Ada liquid paper?"

Aku???

Toleh kiri.. Toleh kanan..

Pandang depan.. pandang belakang..

Rasanya aku bukan di bilik 'study' lagi nie..

Tengah jalan kaki.. tengah panas terik nie..

Berpeluh-peluh menahan kepanasan jaket hujan yang agak tebal nie..

Adakah aku bermimpi waktu ini??

Adakah igauan masa study menyebabkan aku masih dibayangi kerja-kerja study yang tak siap lagi itu??

Aku gelak sambil menaip text balasan pada pengirim itu..

"Woit!! Ko tanya nie cam aku kat sebelah meja ko jek.. Ada. Kt department. Aku dah kat umah ler."

Dia membalasnya..

"Org sebelah aku ada tp dia xmsk opis. xtau bila dia nk ada. esok aku gi opis ko hahahaha.."

Cis sabo jelah..

Buat pengirim itu..

Ko memang buat lawak ler petang-petang isnin nie.. Tau ler monday blues..

Hehehehe ;)

Ini bentuk liquid paper aku.. Bukan yang pakai liquid pen atau berus botol tuh tau.. Ahaks..

Buat sahabat baik Mashi..
Selamat hari lahir.. (In advance waktu uk masih lagi 27hb.. tapi waktu NZ dah masuk dah 28hb)
Semoga Allah berikan dirimu kekuatan untuk meneruskan perjuangan di bumi Christchurch..
Jangan malas-malas.. Sama-samalah kita rajinkan diri mengejar masa yang dah semakin suntuk ini..
Ko jangan nak duduk NZ lelama lak.. Nanti sapa nak jadi kawan baik depan bilik aku tuh..
Happy Birthday Dear


Sunday 26 July 2009

Bayangan itu


Bayangan itu..
Datang lewat jumaat lalu
kala kaki melangkah pulang dari situ
mata tiba-tiba tertumpu ke tepi jalan itu
Kepala dipaparkan dengan ingatan berlalu
Seolah baru sahaja ia berlaku
mencipta memori tawa suka lucu

Bayangan ini
Kali ini seolah datangnya tanpa mahu pergi
tetap hadir walau dicuba lenyapi
hadir jua rasa yang cuba di ketepi
tetap berdiri memandang tanpa mahu beralih diri
tetap setia memegang erat jemari hati
atau sebenarnya dek kerna masa yang silih berganti
semua rasa itu seolah kini datang kembali

Bayangan ada
masih lagi memegang rasa
kepala juga masih terus memikirkannya
hati juga masih ada lagi sisa-sisa gembira
jiwa juga masih ada rasa bahgia
fikiran juga masih mengakui kebenarannya
badan juga berkata apa jua
dia tetap dia
dan aku tetap diri empunya
walaupun pernah ada rasa benci duka
mungkin hanya ia sementara
mungkin ia takkan lama terasa
mungkin akan bersemi semula
segalanya mungkin tanpa mahu memberi jawapan utama

Bayangan itu..
bayangan ini..
bayangan ada..
mungkin ia bayangan rindu
mungkin ia bayangan hati
mungkin ia bayangan rasa

Rindu kasih sayang..
Satu rasa yang biasa bagi semua manusia..
Selagi bernafas bernyawa dan punya rasa
Pasti akan ada ketikanya
Ia hadir menyulami fikiran, hati dan jiwa

Al-fatihah atas pemergian arwah Yasmin Ahmad..
Aku antara pengikut blognya..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang dirahmati..


Friday 24 July 2009

Soal siasat

Pagi ini aku melangkah dengan bersemangatnya ke CIS.. Seperti hari-hari yang biasa.. yang sentiasa bersemangat tuh hehehehe.. kayuhan kaki juga serasa mudah dan ringan.. Kepala juga terasa sedikit terawang-awang.. saki baki homesick semalam masih lagi terasa dan kepala mula membayangkan ubi rebus dengan sambal ikan bilis.. Teringat pula pecal pucuk ubi.. Betapa sedapnya andai dapat jadi santapan buat sarapan pagi.. tapi apakan daya.. yang ada dalam plastik berwarna kuning jingga 'sainsbury' hanya salad potato yang digaul mesra bersama mayonis dan juga kekacang kuda berserta timun, jagung dan bawang.. Jadilah buat lapik perut yang sudah mula berbunyi..

Ketika menuruni bukit di jalan Montrose.. kelihatan tompok-tompok rumput hijau yang baru lepas dipotong.. Terserlah bauan dedauan hijau yang segar dan membangkitkan lagi rasa rindu pada suasana di kampung.. Teringat bauan yang sama setiap kali aku pulang ke kampung.. terutama ketika menyaksikan ayah sekali sekala memesin rumput lalang di keliling rumah.. atau kadangkala diambil alih oleh si dia (menantu contoh) yang sering membuatkan mak lagi-lagi memuji satu-satunya menantu lelakinya itu.. Yang pasti aku tak cemburu sedikit pun...

Langkah kaki mula bergerak perlahan menahan hentakan kaki ketika menuruni bukit itu.. Langkah yang mula terdorong pantas ke depan cuba diperlahankan.. Mata tersorot ke sebelah kiri jalan... rumput hijau yang dulunya semak kini nampak kemas dipotong bersih.. Yang masih kekal pohonan bunga-bunga lalang berwarna-warni kuning, putih, ungu, merah jambu. Walaupun hanyalah deretan dan kelompok bunga-bunga lalang.. bila diperhatikan semula.. Keunikan dan keindahan itu ada.. Dulu rasanya bila tiap kali laluan jalan singkat itu diambil.. pastinya rumpunan belukar dan bunga lalang itu dilihat dengan mata sebelah sahaja.. bersemak dan terbiar.. Hanya itu yang terlintas di kepala..

Tapi tidak kali ini.. Bila mata mula menyoroti satu demi satu warna-warna yang saling berselang seli.. Indah.. Hanya itu yang bergema dalam fikiran.. Mungkin kerana musim panas akan sampai ke penghujung musimnya.. Mewujudkan sedikit perubahan pada struktur dedauan dan kesegaran kelopak bunga-bungaan.. Terserlah satu rasa yang sukar untuk diertikan.. atau mungkin jua dek sebuah ingatan dan kenangan.. Sesuatu yang dulunya tidak pernah diendahkan.. Bila dibuai dengan sebuah rasa kerinduan.. rasa itu mampu menukar semua keburukan dan kesemakan lalu mencipta sebuah keindahan dan keunikan istimewa.. Ah.. pastinya.. bila ada rasa rindu.. yang buruk pastinya terlihat indah.. yang jahat jua terlihat baiknya.. yang benci hadir sayangnya... yang sedih terlihat gembiranya.. yang duka terlihat suka tawanya.. Ya semakin berlalunya masa.. segala yang dulu terlihat pahit kini serasa si manis gula.. seharum magnolia.. seindah bunga raya.. berseri bak si kembang pagi.. jauh sekali sebusuk bunga tahi ayam.. jauh sekali sekuncup daun semalu.. jauh sekali sekelabu bunga lalang di tepian jalan lintas lalu..

Langkah kaki kini sudah mula menjejaki bangunan menara coklat kelabu itu.. kaki terus melangkah memasuki lif ke tingkat selalu.. tiba-tiba di tingkat 4 lif terhenti dan pintu terbuka.. Seraut wajah bertudung kelabu.. menutupi sebahagian muka dengan kain warna yang sama.. berpurdah dengan kata lainnya muncul entah dari mana.. Dia memandang aku dengan senyuman mesra.. Aku sendiri terkejut kerana dia langsung tidak menekan sebarang butang ke tingkat mana-mana.. Dia berdiri tegak di depan mata dengan sebuah buku nota kecil di tangan kiri dan sebatang pen di tangan kanannya.. lantas salam diberikan dengan mesra.. Aku pasti dia tersenyum manis.. walaupun aku langsung tidak nampak senyuman itu di sebalik kain kelabu yang menutupi separuh muka..


Salam itu aku jawab dengan sebuah senyuman kecil.. Janggal dan hairan.. itu yang aku rasa.. kerana soalan seterusnya seolah seperti sesi soal siasat lagaknya.. Dia berkata

"I want to ask you something"

Aku??? Ahhh??? Tanya apa pula nie..

Mukanya kelihatan berkerut dan tidak pasti bagaimana mahu meneruskan kata-kata.. matanya tertumpu pada buku nota yang dipegang erat.. kerana dia wanita lantas aku dekati tubuh badanku menghampiri tangannya yang memegang buku nota itu.. menjengah apa yang ditulis pada buku itu.. Banyak soalan yang tertulis di situ dengan dakwat pen berwarna hitam.. seketika mata sempat menangkap beberapa baris ayat yang aku tidak begitu pasti apakah maknanya.. walaupun ketara ianya dieja dan ditulis dalam bahasa inggeris.

Aku toleh memandang mukanya dengan sebuah senyuman lagi.. Aku pandang matanya dengan mesra.. Kali ini kelihatan pipinya tertolak ke atas mengambarkan dia juga sedang tersenyum.. matanya kelihatan sedikit bercahaya dan hidungnya juga nampak sedikit kembangnya.. hahahaha.. itu sahaja tanda yang jelas untuk aku lihat sebagai bukti dia sedang tersenyum. Tiba-tiba lif berhenti bergerak dan nombor 11 tertera menandakan aku sudah tiba ke destinasi utama. Dia turut keluar dari lif itu.. Aku kembali hairan.. Apa sebenarnya yang dia mahu tanya??

Sekali lagi dia ulang soalan yang sama pada aku..

"I want to ask you something"

"Yeah.. okay.. go ahead.."

"I would like to know what do you think about this question"

Dia berkata sambil menggariskan soalan yang ditulis pada buku itu dengan menggunakan pen dakwat hitam yang dipegang erat.. Oleh kerana tulisan di buku itu sedikit kecil dan senget benget.. Agak sukar untuk aku baca dan fahami.. Mataku dikecilkan dengan sedaya upaya agar ia dapat ku baca.. Agaknya menyaksikan raut muka aku yang sedikit berkerut, dia lantas bersuara dan membaca soalan itu kepadaku..

"What do you think.. By watching media on the internet will it be taking over the TV?

Aduhai soalan ini.. kata aku.. Aku pandang muka gadis berpurdah itu.. Aku pandang semula soalan yang tertulis dibuku itu.. Aku pandang balik muka gadis itu.. Tiada kata-kata yang keluar dari mulut aku melainkan

"emm... emmm.. emm.."

"Apa nak jawab nie.." kata hati aku..

Aku jadi hilang kata-kata dan pada masa yang sama juga otak aku mula laju berfikir dan mencari jawapan.. alasan.. fikiran.. idea.. komen.. semuanya seolah bergerak pantas mencari dan mencipta ayat dan bicara..

Mulut lantas bersuara dengan pendapat aku sendiri.. kataku..

"Well.. I think people still need TV and it's one of the way that family can get together while watching their favourite shows.. Emm.. People who access internet or watch tv on the internet mostly watch it one to one basis.. and for people who want access within their own private time.. I don't think that internet have taking over the TV totally.. but there are chances that they could be in the future. It's also depends on what type of groups are you talking to.. if students.. who stay in university accomodation with internet access.. they would prefer to watch tv thru the internet.. coz if they want to have their own tv especially in UK.. they need to purchase and pay for the tv licences which is quite costly. However family may use TV and internet for different purpose and needs.."

Sebenarnya ada lagi penjelasan aku.. tapi secara tiba-tiba aku jadi terlebih rajin untuk ulas di sini.. hehehehe..

Kemudian datang pula soalan seterusnya..

"Do you use internet?"

Aihhh soalan ini.. Silaplah ditanya pada aku yang major komputer sains yang sememangnya mengadap internet baik di PC, Notebook atau telefon Iphone aku..

Lalu aku kata "Yes.. everyday.. I'm a computer science student.. of course I access to internet daily"

"How many hours a day"

Aikk cam soalan kaji selidik jek..

"Around 6-7 hours average"

"wow!!"

Aku senyum lagi.. pelik ke??

"What do you normally do when you access to intenet? email? chatting? searching?"

Memang sah soalan kaji selidik nie.. aku mula menahan gelak..

"Mostly email.. especially when I'm at the university.. either from the department or from my friends.. most of the time I'm searching for the information.. reading papers.. browsing.."

Bab-bab buat coding programming takkan nak beritahu pula.. hehehehe..

Sebenarnya ada lagi soalan seterusnya.. tapi lebih pada penjelasan tentang komunikasi menggunakan internet seperti chatting.. YM.. facebook.. twitter.. myspace.. semua aplikasi komunikasi yang terkenal masa kini..

Akhirnya.. tiba pula giliran aku bertanya..

"Why do you ask me all these questions??"

"I'm going to do a presentation in few minutes and I would like to get some idea.."

Hah.. nak buat presentation.. dan tengah cari idea.. dengan menemubual orang.. wah.. menarik juga cara gadis itu mencari ilham.. kebetulan dia jumpa aku.. patutlah tadi kelihatannya sedikit kelam kabut.. Kebetulan mungkin kerana kami sama bertudung dan muslim.. menyebabkan dia tidak gusar untuk bertanya pada aku.. tapi pelik juga yang dia tekan butang lif tadi tuh sebenarnya nak kemana?? Agaknya dia sedang berfikir bagaimana mahu menjawab soalan demi soalan yang ditulis pada buku nota itu agaknya sambil tidak sedar tangannya menekan butang lif itu..

Sempat jugalah aku tanya nama dia.. dari mana.. buat bidang apa.. department apa.. sebeum kami berpisah di hadapan pintu lif.. Sekurang-kurangnya dia dapat sedikit idea untuk pembentangan itu nanti..

Ya aku kena soal-siasat hari ini.. Berjalan menuju ke bilik study.. aku masih lagi tersenyum kecil menahan rasa gelihati..

Kesimpulannya: Satu cara yang bijak untuk mendapatkan ilham atau idea terhadap sesuatu perkara yang kita rasa tidak tahu.. iaitu bertanyalah.. kerana bila bertanya kita akan dapat sesuatu tak kira kecil atau besar sesuatu perkara itu.. tapi haruslah juga dengan situasi yang sesuai.. Kalau orang itu sedang sibuk dan tergesa-gesa.. jangan pula paksa dan memaksa.. Oh tadi aku tidak dipaksa menjawab.. aku jawab dengan senang hati ya

Andai ada di situ..

Andai diri ada di situ..
Pastinya..

Pagi..
Sarapan nasi lemak kukus batu 16
Tengahari
Makan nasi minang medan makan pasar jawa Klang
Petang
Minum petang pisang goreng Telok Panglima Garang
Malam
Medan ikan bakar Muara Tanjung Harapan
Supper
Kedai Tomyam tepi jalan besar Jenjarum
Sampai rumah Mak..
Makan Mee Jawa air tangan mak..

Esok pasar minggu pekan Banting
Beli pecal kampung dan tapai ubi
Beli kacang kuda kegemaran ayah
Beli kuih jenderam (telinga keling) kegemaran aku
Beli kopok lekor kegemaran adik
Beli nasi ulam kegemaran mak

Lepas pergi pasar tani
Singgah pulak pasar kampuchea Kg Kanchong Darat
Singgah Pantai Morib tengok laut
Singgah gerai ikan segar di kampung Batu Laut
Lintas Tanjung Sepat teringat seorang rakan yang dah lama tak jumpa
Balik ke pekan Banting
Lintas pulak kampung Endah.. kampung Klanang.. Beli kerepek
Lalu pulak simpang ke bukit jugra..
Naik jambatan baru lalu depan stadium Jugra..
Lalu pulak depan sekolah menengah Telok Datok & SAAS
Lalu lagi depan sekolah Sg Manggis..
Lalu pulak Estet Sungai Sedu..
Lintas kawasan perkuburan kg aku..
Teringat arwah tok & nenek yang bersemadi di situ..
Tak jauh dari situ dah simpang Bt 16..
Lagi 4km sampai ler rumah mak..

Wa.. wa.. Suthanya balik
Aku lak yang homesick..
Adeihh..

Andai ada jet peribadi
Hari ini juga aku balik malaysia
Alahai hati..
Masa nie pulak rasa nak balik :(


Ok aku nak balik kampung dalam mimpilah

Nite-nite.. Sweat dream ya
Moga-moga dapat ler aku lalui semua tempat itu
dan rasa semua makanan tuh dalam mimpi malam ini
;)

Thursday 23 July 2009

La-gon Suthanya


Selamat balik ke Tanah Besar Siam aka Thailand tengahari ini (macam ler ko faham baca tulisan bahasa melayu nie ahaks)

Jangan lupa balik ke Glasgow semula..

Aku takkan merinduimu dan tak cemburu pun.. (reserve psychology nie)

Lao jer gun

Alahai.. semalam dia dah sibuk cerita pasal makanan..
Padthai.. fried rice.. tomyam kung.. durian.. rambutan.. papaya..manggis..
Adeihhh...
Jaga diri bebaik okay ;)

Hadiah teddybear tuh pemberiannya sempena hari lahir yang lepas...
Jadilah buat tamparan manja time dia takde nie.. hehehehe

Oh ya.. plan nak ikut dia terpaksa kensel ler..
KTS.. takde rezeki utk ko ler..
Tapi ko boleh jek tunggu kat stesen tuh kot-kot ada pakwe hensem turun nanti.. ahakss..

Aku terima text terakhir dari dia semasa sedang menunggu di boarding gate, pukul 1.10 petang tadi
"Hello, now I'm waiting at the gate. So excited! Don't miss me too much. I will eat for u all. Enjoy dancing and singing with kanako ;)"

Saje ler tuh kan.. Dancing and singing?? Ya.. ya.. Masa untuk berkaraoke ;)


Tuesday 21 July 2009

Keindahan itu adalah??


Indah?

Apakah makna 'indah' itu?

Cantik? Menawan? Lawa? Kacak? Hensem? Macho?

Mempesona? Ayu? Menarik? Tertarik? Tarik-tarik? Yang pasti bukan tarik-tali..

Sayup mata memandang? Mengusik jiwa dan hati?

Menyentuh sanubari? Membangkitkan ghairah diri? Bernafsu-nafsi?

Ya pastinya ada banyak makna diberi??

Ikutlah kesesuaian definisi sendiri?

Katakan apa sahaja asalkan memenuhi citarasa peribadi?

Teringat bait kata-kata lagu ini..

"Keindahan pelangi adalah..

Keindahan wajahmu sayang..

Yang sering bermain di mata.. hatiku ini..
"

Masih ingat lagu ini.. itu kata kumpulan Febians 'untukmu sayang'

Itu kata mereka.. bukan kata aku ya.. kata mereka..

Sekali lagi ditegaskan kata mereka ya..

Apakah makna indah untuk kalian semua??

Indah.. Terindah.. Keindahan.. Mengindahkan..

Indah untuk aku.. ada dimana-mana..

Tidak terhad pada sesuatu atau seseorang semata..

Indah terukir pada semua perkara dan peristiwa..

Indah juga terpapar pada raut muka dan tingkahlaku seadanya..

Indah malah terlihat pada sesuatu yang tidak ada.. tersembunyi sementara..

Indah terserlah pada suatu rasa yang kadang tidak dapat dizahirkan dengan luahan bicara

Indah kadang terusik dek sedikit sentuhan visual.. batin.. zahir dan maya jua

Indah terhasil oleh pelbagai insiden.. cita.. cereka dan ceritera..

Indah hadir kala diam membisu itu tanpa kata-kata..

Indah ada dalam kesepian dan kerinduan untuk dia dan mereka..

Indah malah terasa kala tekak dan lidah merasa nikmat air tangan bonda..

Indah cukup bermakna bila seraut wajah terlihat penuh kasih sayang dan cinta..

Indah juga terbayang kala wajah-wajah rindu sentiasa ada di bayangan mata..

Indah??? Banyak maknanya.. Setiapnya ada keindahan..

Indah itu bukan seperti berkaki ayam pada hari jumaat bak pengistiharan KTS yang gila kuasa..

Indah juga bukan pada insiden si juliet bersama suara serak-serak basah si gagak hitam yang menjaga sarangnya..

Indah juga bukan pada kegebuan dan kemontokan kucing peliharaan kak pah Jordan namanya..

Indah juga bukan pada 'baby tijah' yang mengaku pemalu dan pendiam tapi punya perkataan lawa dihujungnya..

Indah juga bukan pada sahabat setia yang mengaku dirinya 'tiny' si kecil tapi aku pasti punya semangat diri berinspirasi sentiasa..

Indah juga bukan pada hadiah misteri yang dimenangi si DUN Behrang 2020 dek kerna takde siapa mampu menyelesaikan keliruan sms bagla yang cukup berbahasa..

Indah juga bukan pada definisi cikgooden pada kebotakan tengah, tepi, depan, belakang atau seluruhnya yang pastinya kekal hensem berdiri..

Indah juga bukan pada kecomelan dan kecutean MakSu semasa berjalan sambil menunduk malu menyenseng kain tanpa langsung sedar pada jejaka yang setia menanti..

Indah juga bukan pada si jejaka bernama Faqir yang sentiasa membuatkan ketawa yang tak kering gusi dan tak nampak gigi..

Indah juga pada mereka yang kala singgah membaca.. meneliti.. diam-diam.. tanpa disedari atau menyendiri..

Indah juga hadir buat sesiapa yang sudi bertamu ke sini..

Indah terletak pada mengenali dan bersahabat dengan mereka yang cukup menyinari hari demi hari dengan pelbagai riaksi..

Yang lucu.. sedih.. suka.. suki..

Indah pada aku?? Biarlah rahsia...

Dah banyak diberi maknanya..

Pilihlah yang mana suka ;)

Cam nak ikut suthanya balik thailand jek lusa nie..

Leh naik keretapi dari Bangkok ke Tg Malim kan.. kan.. kan..

Ada sesiapa nak jemput ke?? Duit minyak.. Tambang.. Belanja makan..
Semua itu boleh diurus dong.. hehehehe


Monday 20 July 2009

Bertamu ke pulau awan..

An t-Eilean Sgitheanach atau 'Eilean a Cheo

Semalam.. bangun sahaja dari tidur.. aku dikejutkan dengan satu cadangan saat-saat akhir..

"Cepatlah bangun"

"Alah bukan nak pergi mana pun"

"Bangunlah.. kata nak pergi berjalan"

"kemana?"

"entah dia"

Adeihh.. Bangun jugalah bersiap dan buat sarapan nasi goreng.. dan bila ditanya kembali.. kami putuskan untuk bertamu ke pulau awan di utara Scotland..

Dimana pulau itu?? Antara pulau yang terkenal di sekitar Scotland dan harus dikunjungi bila ada kesempatan masa..

Pemandangannya.. Sungguh indah dan mempersonakan..

Kami mulakan perjalanan kami menghampiri ke tengahari.. dan tiba di sana menghampiri ke pukul 4.00 petang.. Hujan lebat dan rintik-rintik sentiasa menemani perjalanan kami ke sana..

Isle of Skye

Pulau Awan atau Pulau Langit terjemahannya..


The name 'Skye' derives from the Norse meaning the 'clouded isle' or 'cloud'. The Gaelic name for it is 'Eilean a Cheo' meaning the 'isle of mist'.

Indah.. seperti mana kebanyakan kata-kata rakan yang pernah ke sana.. Namun dek kerana hujan.. kami hanya mampu duduk di dalam kereta dan menikmati setiap pemandangan itu dari tepi tingkap sahaja..


Rancangan asalnya kami mahu bermalam di sana sahaja... Namun memandangkan bila bersiar di sekitar pekan Portree yang kecil itu.. Terus kami putuskan untuk balik semula ke rumah.. Tidur kat rumah lagik best.. free of charge..

Dalam perjalanan balik kami singgah ke Istana Eilean Donan yang terkenal itu.. malah banyak poskad-poskad scotland ada gambar istana ini..

Menghampiri ke pukul 1.00 pagi kami sudah sampai ke rumah menikmati maggie goreng hehehehe.. Yang lebih best.. dapat makan nasi lemak sarapan pagi nie.. Kalau bermalam tuh.. pastinya makan roti bakar jelah.. ;)

Jika ada kesempatan masa ingin ke sana lagi.. kerana banyak gambar-gambar yang agak gelap kerana cuaca hujan dan kurang pencahayaan..
(cam nak beli kamera baru jek hehehehehe)

Hari ini cuti 'bank holiday'..
Esok bermula balik semua rutin harian..
Ohh.. banyak benda nak settle minggu ini..
Chaiyok.. chaiyok


Friday 17 July 2009

Susun, kemas dan kini..


Seharian petang tadi..

Inilah yang aku buat..

Susun.. Kemas..

Masuk photo..

Paparkan..

Layarkan

Berapa lama bertahan??

Tengok sahajalah ikut mood dan keadaan

Selamat bercuti 'bank holiday'

Masa untuk main hujan sepanjang cuti hujung minggu ini

Hujan itu rahmat buat manusia..

Jom berpoye-poye..

;)

Thursday 16 July 2009

Pengorbanan cinta?


Petang tadi sambil mengemas dan menyusun buku-buku bacaan, aku terjumpa sebuah VCD filem hindustan yang dibawa dari tanahair.. Antara filem kegemaran aku.. yang rasanya entah puluhan kali aku menontonnya.. Cerita itu diselitkan dengan lagu-lagu mengasyikkan.. biasalah filem hindustan.. pastinya diselang seli dengan lagu-lagu gemersik dan mengusik jiwa..

Filem itu mengisahkan cerita tentang 2 adik beradik tiri.. Pengorbanan seorang adik terhadap kakak atas dasar cinta seorang jejaka.. Pengharapan untuk mendapatkan kasih seorang ibu.. yang membelanya selepas kematian ayah dan ibu kandungnya (isteri kedua ayahnya). Permintaan saat-saat akhir si ayah memaksa si ibu tiri itu dengan paksa rela membesarkan si adik sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.. Sepanjang masa itu juga si ibu itu menidakkan dan mengasingkan kasih sayang seorang ibu terhadap si adik..

Menyaksikan pengorbanan cinta dan atas kasih sayang terhadap ibu tiri itu meruntun gelora rasa dan jiwa.. sekali lagi airmata mengalir perlahan.. walau sudah puluhan kali filem itu ditontoni.. pastinya rasa syahdu dan sayu itu akan hadir setiap kalinya.. Sejenak teringat emak dan ayah di kampung seketika.. Teringat juga rasa cinta dan pengorbanan yang pernah hadir dalam kehidupan sendiri..

Pengorbanan cinta.. ya rasa ini adalah sesuatu yang biasa terjadi.. bercinta.. berkasih.. kadangkala tidak semuanya berakhir dengan kebahagiaan.. tidak semestinya berakhir dijinjang pelamin.. tidak selalunya indah bagai diinginkan.. Kadangkala sebuah pengorbanan perlu dibuat untuk kebaikan mereka yang rapat dan utama.. Kadangkala perlu juga dilupakan cinta itu.. demi kebaikan bersama..

Sesiapa yang bercinta pastinya menginginkan kebahagiaan itu milik mereka buat selamanya.. tapi langit tidak selalunya cerah.. panas jua tidak selalunya berpanjangan.. mendung juga tidak semestinya berakhir dengan hujan.. tidak semua yang kita harapkan itu berakhir dengan kesudahan yang mengembirakan.. kadangkala terpaksa dilalui dengan airmata.. dengan kepayahan.. dengan kesukaran..

Pernah dengar ungkapan ini? "Andai anda menyayangi seseorang.. lepaskanlah dia pergi kerana itulah yang lebih baik.. andai dia sudah ditakdirkan untukmu.. pastinya dia akan datang kembali menemuimu"

Ya cinta itu ada pengorbanannya.. Aku sendiri pernah menolak rasa cinta ketika dia mengetuk pintu hati aku semasa mula-mula menjejaki menara gading di UKM dulu.. rasanya puas diminta dan dipujuk rayu.. malah utusan peminangan juga akan dihantar ke rumah andai sahaja aku berkata 'Ya' dengan rasa cinta yang hadir dalam hatinya.. Tapi kerana aku masih belum bersedia.. masih mahu mengorak langkah perjuangan ilmu dan pada masa yang sama juga hati aku sudah dimiliki oleh orang lain terlebih dahulu.. aku buat keputusan untuk menolak rasa cinta itu.. Aku lepaskan dia dengan rasa berat dan terpaksa demi kebaikan bersama.. walaupun aku tahu akibat daripada tindakan itu melukai hatinya sedalam-dalamnya..

Namun seperti kata-kata itu.. Andai menyayangi seseorang lepaskanlah dia.. kerana andai dia ditakdirkan milikmu.. pastinya dia akan hadir ke sisimu diakhirnya.. dan itulah yang terjadi pada aku.. selepas hampir 5 tahun.. tidak pernah aku menduga.. yang aku akan temui dirinya semula... Tidak pernah juga menyangka akan ada lagi pertemuan itu..

Yang pasti.. aku seharusnya berterima kasih dengan emak.. kerana emaklah yang bertanggungjawab memberi nombor telefon rumah sewaku kepada dia.. dan pada malam yang sama itu jugalah emak menghubungiku. Emak berterus terang denganku tentang tindakannya memberikan nombor telefon itu kepada dia.. dan masih aku ingat kata-kata mak.. "esok lusa tuh.. dia telefon ler tuh".. Panggilan dari mak itu cukup mengejutkan aku.. Sejenak aku tergamam untuk mengucapkan kata-kata.. hanya aku mampu membalas dan menjawab.. "ok.. ahah.." Bibir aku kelu seribu bahasa dan aku terpaksa akur dengan kata-kata mak itu.. Benarlah kata mak.. keesokan harinya.. dia hubungi aku.. dan hadirlah kemesraan persahabatan yang telah lama ditinggalkan.. 2 tahun selepas panggilan dari mak itu.. Kami bersetuju untuk mengikat rasa cinta itu dengan perkahwinan.. Si dia kini.. dialah yang pernah aku korbankan rasa cinta itu..

Pengorbanan.. ya.. pengorbanan itu tidak hanya berlandaskan pada rasa cinta kepada manusia.. kadangkala juga kita perlu berkorban demi maruah.. bangsa.. agama... keluarga dan paling utama untuk diri sendiri.. namun apa juga pastikan jua setiap pengorbanan itu berada pada landasan yang benar.. dan tidak terpesong pada sesuatu yang membawa kemusnahan dan kerosakan.. fizikal mahupun jiwa..

Semoga Allah panjangkan jodoh kami berdua hingga ke akhir hayat kami.. Andai ada lagi pengorbanan yang perlu dilakukan.. biarlah demi sebuah kebaikan dan kebahagiaan.. Insyallah..

Wednesday 15 July 2009

Sebuah jam dan detik waktu


Hari ini.. detik waktu dulu datang kembali dalam ingatan.. Serasa terbang semula ke tahun-tahun berlalu..

Detik 12 malam.. setiap tahun pada hari itu.. disambut dengan sederhana.. Hadir bersama hanyalah sejambak bunga-bunga ros merah.. sebiji kek coklat.. sekeping kad ucapan.. Hadiah? kadangkala diberi pada malam itu.. dan kadangkala diberi keesokan harinya.. selepas dibawa ke kedai untuk membuat pilihan dan dibayar oleh dia..

Hari ini kenangan lewat tahun itu datang kembali dan cerita tentang seutas jam tangan datang dalam ingatan.. Itulah jam yang pertama yang dia belikan untuknya.. Ketika itu bahtera perkahwinan baru sahaja dilayari bersama.. dan tahun itu merupakan kali pertama mereka menyambut hari lahirnya bersama selepas bergelar suami isteri..

Ada kisah rajuk.. tangis.. amarah.. ketawa.. airmata.. sedih.. yang berlaku malam itu yang turut berlanjutan hingga ke pagi hari lahir itu.. entah berapa banyak airmata yang mengalir sejak malam tadi.. entah berapa banyak rasa sedih yang ditanggung dalam hati.. entah berapa banyak juga prasangka yang hadir memakan diri..

Ada sebab mengapa hadiah itu terlewat dibeli sedikit hari itu.. ada alasan yang diberikan.. ada sebab mengapa ia terjadi begitu.. ada cerita di sebalik semua itu.. Semuanya kini tinggal sebagai sebuah kenangan lucu dan ketawa.. semuanya menjadikan detik-detik kini saat mengenang kembali kisah itu.. serasa manis tanpa gula..

Bertahun setia bersama jam itu.. akhirnya jam itu hilang ketika sebulan lebih berada di bumi ini.. Rasa sedih datang kembali menerjah dalam hati.. Teringat seorang rakan pernah membantunya melihat-lihat secara batin kemana hilangnya jam itu.. dan seperti dia sangka.. jam itu sudah tidak akan ditemui lagi dimana-mana..

Akhirnya kisah kehilangan itu menjadi episod buatnya silih bertukar ganti membeli jam demi jam.. masih dia ingat berada di sebuah kedai memilih jam yang pertama untuk dia pakai selepas kehilangan jam itu.. Janggal.. keliru.. tidak tahu.. buntu.. itu yang dia rasakan.. sebab selama bertahun-tahun itu dia tidak pernah memakai jam lain selain jam itu.. dan sudah terbiasa.. setiap hari.. ambil dan pakai tanpa perlu memikir rekabentuk yang sesuai kerana rekabentuk jam itu juga dipilih khusus oleh dia.. Rasanya hampir sejam juga dia berada di kedai itu memilih dan membelek jam-jam yang ada.. dia masih tidak tahu memilih yang mana satu.. warna apa.. tali jenis apa.. gaya apa.. ahhh.. susahnya memilih jam yang ada.. waktu itu juga budget yang ada juga cukup terhad.. maklumlah.. duit elaun yang ada pun masih kadar lama.. terpaksa ikat perut sedikit bila perlu membeli yang berlebihan.. untuk meminta pada dia.. tak sanggup pula rasa hati.. masih lagi tersisa rasa bersalah kerana menghilangkan jam pemberiannya.. tapi bukan salahnya.. sudah ditakdirkan untuk hilang..

Jam yang murah dibeli akhirnya.. tapi tidak mampu bertahan lama.. rasanya hanya beberapa bulan sahaja jam itu berfungsi.. dan kemudiannya tidak boleh digunakan.. kemudian sebuah jam yang lain dibeli lagi.. kemudiannya sebuah jam dibeli berjenama kosmetik terkenal.. lama juga dia memakai jam itu kerana gayanya yang ringkas dan tidak terlalu mahal.. kebetulan dia membeli sebuah minyak wangi dan ia datang bersama dengan jam itu.. Lama juga dia memakai jam itu sebenarnya.. Hinggalah semasa new year sales tahun kemudiannya.. dia membeli sebuah jam yang berjenama terkenal dengan harga 50% kurang dari harga asalnya.. masih kekal dipakai sehingga hari ini.. Mungkinkah esoknya bakal tersimpan kemas dalam kotak balik?? hehehehe.. sedang difikir-fikirkan..

Terima kasih kanda..

Sebuah jam baru kini menjadi hak milik dan bertukar ganti..

Terima kasih kekanda.. ;)

Tahun depan agak-agak nak minta hadiah apa pulak ekk..
Budget tahun depan untuk dia meningkat 2 kali ganda..
Sudah dituntut dan dingatkan berulangkali.. adeihh..
Takpe.. untuk dia tersayang.. tak mengapa..
Buat Mashi.. Thanks atas ucapan..
Aku baru dapat email ko hari ini..
Sorry ler masalah teknikal ;)


Monday 13 July 2009

Merci.. Gracias..


Buat mereka yang telah memberikan ucapan Hari Lahir..

Terima kasih

Buat mereka yang mengirimkan kad-kad hari lahir..

Terima kasih

Buat mereka yang memberikan hadiah-hadiah..

Terima kasih sekali lagi..

Aku hargai setiap satunya..

Insyallah akan dipakai buat ingatan terhadap kalian semua..

Sekali lagi.. Terima kasih ya..

Ada satu lagi hadiah yang masih aku tunggu belum nampak bayangannya..

Wahai kekanda... dimana.. katakan dimana.. ;)

Yang pasti mesti ada setiap tahun..

Kek (Gambar kek takde sebab malas nak ambil gmbr, lagipun dah selesai kek tuh ;)) & Bunga ini..

Buat semua.. Terima kasih..

Buat Kekanda.. Janganlah buat-buat lupa pulak.. :P

13 Julai: Datang Lagi

Hari ini waktu entri ini dipaparkan.. waktunya adalah tepat pukul 12.00 tengah malam waktu Glasgow dan 7.00 pagi waktu Malaysia..

Apa yang istimewanya hari ini?? Hari Isnin.. Tiada yang istimewa sebenarnya.. melainkan buat mereka yang dilahirkan pada tarikh ini..

Semoga pada hari yang istimewa ini.. memberikan keceriaan dan kegembiraan buat semua yang menyambutnya.. Semoga semua hasrat juga terlaksana..


Buat semua sahabat yang telah membuat ucapan-ucapan awal.. Terima kasih.. Terima kasih.. Setiap satu ucapan aku hargai dengan sepenuh hati..

Salam hari lahir buat semua.. :)

Buat seorang sahabat itu..
Terima kasih atas kiriman sms, email dan pesanan di YM..
Di hari yang istimewa ini..
Hati terdetik untuk mengucapkan kata-kata terima kasih..
Cukuplah ia hanya disampaikan di sini..
Pintaku.. Rasailah rasa itu ketika sebuah hati pernah terluka di hari lahirmu dulu..
Luka di hati ambil masa untuk diubati..
Apa jua aku tetap hargai setiap ucapan itu..
Terima kasih..


Saturday 11 July 2009

Dari Andorra ke Barcelona

Perjalanan ke Barcelona diteruskan pada hari esoknya dari daerah Ransol di Andorra.. Jalan yang dikuti kali ini lebih banyak menuruni bukit dan bergerak dari Andorra di sebelah sempadan Perancis ke Andorra di sebelah sempadan Sepanyol.

Sepanjang perjalanan sekali pemandangan bukit bukau dan gunung-ganang menghiasi setiap laluan yang kami ikuti.. rasanya mata tidak jemu menatap setiap sudut alam yang ada di sekeliling.. tangan juga tidak berhenti merakamkan setiap sudut kawasan yang kami lalui..

Hanya bila menghampiri ke bandaraya Barcelona.. pemandangan bertukar kepada tanah rata yang dipenuhi dengan ladang-ladang gandum dan rumput yang menghijau di kaki gunung yang nun jauh di sana..

Sejenak teringat cerita koboi-koboi menunggang kuda mengawal ladang-ladang seperti yang pernah ditonton dulu. Malah setiap pekan-pekan kecil yang kami lalui kebanyakan seolah pekan-pekan mati yang kurang penghuni.. kebanyakannya tutup atau sesetengahnya sudah hampir runtuh atau kosong terbiar.. Sedikit perbezaan dengan pekan-pekan kecil yang sering dilihat di sekitar UK..

Namun.. itulah namanya pengalaman kembara.. melihat setiap inci sudut pekan yang sempat dilalui meningkatkan pelbagai andaian dan kesimpulan.. Kadang terlintas juga bagaimana agaknya cara hidup mereka di sini.. kemana perginya anak-anak muda di pekan itu?? Adakah agaknya sudah berhijrah ke bandar besar?? Ya segalanya mungkin..

Nikmatilah gambar-gambar yang sempat aku rakam sepanjang laluan kami dan sekitar bandar Barcelona yang kami sempat jejaki..

Bergerak dari Andorra ke Barcelona
Memasuki sempadan negara Sepanyol.. selepas pemeriksaan keselamatan oleh imirgresen Andorra.. Siap kena check boot kereta.. luar dalam semua.. Tapi yang best.. mereka itu semuanya ramah tamah belaka.. tak macam kat mesia ;)
Bergerak menuju bandaraya Barcelona

Sekitar Bandaraya Barcelona
Kawasan sekitar persisiran pantainya..
Waktu nie ramai sungguh yang melepak di tepi pantai dan ambil kesempatan mandi laut..
Kami cuma tengok jelah.. nak mandi rasanya tak sanggup sebab waktu nie memang panas betul.. matahari betul-betul tegak atas kepala..
Bersiar-siar sekitar kawasan dataran plaza de catalunya.. Sambil mencari kedai makan halal yang banyak berhampiran kawasan masjid..
Kami jumpa seorang jejaka dari malaysia yang sedang menghadiri seminar di universiti barcelona..
Bila ditanya dimana kedai makan halal.. katanya takde.. uihh aku terkejut..
Sebesar bandar ini takkan ada.. atau sebenarnya dia tidak tahu dan tak nak ambil tahu..
Walhal kalau cari dalam internet tuh melambak-lambak ada.. aduhai..
Akhirnya kami jumpa kedai pakistan halal.. makan nasi briyani kambing 5.50 euro.. rasa tak jauh beza dengan briyani di glasgow.. agaknya resepi lebih kurang kot.. yang best.. seorang makcik tua muslim berbangsa sepanyol.. siap bawa kami ke kedai ini.. Syukur betul kami.. Rasanya.. pendapat peribadi aku.. mereka ini kebanyakannya sungguh ramah tamah..
Cuma perlu berhati-hati sikit sebab pencuri dan pick-poket memang ramai dibandar ini.. dompet dan pasport.. Aku suruh pakwe pegang untuk aku.. Risau sungguh masa berjalan di bandar nie..

Singgah di pasar buah-buahan yang cukup murah.. Sempat juga membeli air durian belanda yang hanya 1 euro sahaja.. dan tembikai merah yang manis juga 1 euro..
Buah betik ada.. rambutan pun ada.. manggis dan durian jek tak jumpa.. kalau ada tuh mau gak beli kot.. ;)
Sekitar plaza de catalunya. masa nie dah nak balik ke Toulouse France
Senja menyambut pemergian kami..

Selamat tinggal Barcelona..



Kami sampai ke Toulouse France menghampiri ke pukul 5.30 pagi keesokkan harinya sejauh 287km perjalanan.. memandangkan rakan kami sesat barat.. terpaksalah perjalanan menjadi lewat.. dan kami ditahan polis sepanyol sebanyak sekali.. dan rakan kami pula 2 kali.. agaknya mereka pelik.. kemana kami nak pergi malam-malam buta nie.. dan hanya kereta kami berdua sahaja yang melintasi gunung ganang dan bukit bukau sepanjang malam itu.. malah polis yang menahan kami itu pun terkejut bila kami kata nak balik ke Toulouse France.. Agaknya tak pernah dibuat dek orang ;)

Tapi pengalaman ini cukup berharga buat kami semua.. pakwe lagilah.. menahan mengantuk tuh.. tak usah cakap.. nasib juga di Malaysia dia sudah biasa memandu lewat malam semasa menemani aku menyelia pelajar di Trengganu dan kelantan.. Bang lepas nie boleh memandu lagi ya.. hehehehhe..

Insyallah jika ada kesempatan lain.. aku akan ke sana lagi.. ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin