Friday 28 May 2010

Pontianak vs Vampire?

Bunga Cempaka atau Plumeria Flower


Biasa kan dengar perkataan ini.. Hari ini nak cerita pasal hantu sikit.. takdelah apa pun.. sahaja mahu berkongsi cerita..

Apa itu Pontianak??

Wikipedia:
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia. Ejaan awalnya adalah pontianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah.


Dulu pertama kali tengok filem 'Pusaka Pontianak' lakonan Saadiah dan Ahmad Mahmud. Ingat lagi masa tengok cerita nie aku siap menyorok dalam selimut sambil tutup mata hehehehe. Yang tak leh lupa lagu 'Pontianak (Jibam Jibam) nyanyian Ahmad Daud..

Menurut wikipedia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusaka_Pontianak)

Pusaka Pontianak ialah sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada tahun 1965. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Ia telah diarahkan oleh Ramon A. Estella dan diterbitkan oleh Shaw Brothers.

Ringkasan cerita

Waris-waris seorang hartawan yang baru meninggal dunia berkumpul di banglonya untuk mendengar wasiatnya. Pengurus wasiat berkomplot dengan isterinya untuk membolot harta tersebut. Dia memberitahu waris-waris tersebut bahawa allahyarham adalah keturunan pontianak.

Sesiapa yang inginkan harta tersebut mesti tinggal di banglo hartawan tersebut yang terletak ditengah-tengah sebuah kebun getah, selama empat minggu. Sesiapa yang keluar dari kawasan kebun getah tidak akan mendapat harta wasiat tersebut yang berjumlah 11 juta ringgat termasuk insurans nyawa sebanyak satu juta. Bagi waris yang meninggal dunia ketika berada dibanglo tersebut, bahagian harta wasiatnya akan dibahagi-bahagikan kepada waris yang masih hidup. Seorang demi seorang waris dibunuh oleh pontianak yang menggunakan terowong bawah tanah untuk keluar dan masuk kedalam banglo tersebut. Kehadiran wakil syarikat insurans akhirnya berjaya membongkar misteri kewujudan pontianak.


Selain dari filem ini banyak lagi filem-filem terbitan pengarah lain yang bertajuk yang hampir sama. Antara filem kegemaran aku adalah 'Pontianak Harum Sundal Malam' arahan Shuhaimi Baba dan lakonan Maya Karin yang cukup berkesan.. Filem ini punya kesan khas yang cukup menarik dan dramatik. Teringat juga ketika menonton cerita bersiri 'Ghost whisperer' season ke 4 pernah disebut dalam salah satu episodnya tentang kepercayaan masyarakat Malaysia tentang kewujudan pontianak dan kaitannya dengan bunga plumeria (cempaka/harum sundal malam).

Selain dari filem bertajuk Pontianak.. Di Kalimantan juga ada tempat yang bernama Pontianak.. Sedikit sinopsis daripada wikipedia:


Kota Pontianak merupakan sebuah kota yang terdapat di Kalimantan Barat, Indonesia. Kota ini juga dikenali sebagai Kota Khatulistiwa kerana terletak di atas garisan Khatulistiwa iaitu di atas kedudukan 0º0' N, 109º20' E dengan suhu mencecah 22.9°C sehingga 31.05°C dan mendapat 3,000 mm - 4,000 mm hujan setiap tahun. Kota ini berkeluasan 107.82 km2 dengan penduduknya berjumlah 526,600 orang pada tahun 2000.


Di antara etnik yang terdapat di sini ialah Melayu, Cina, Dayak, dan etnik minoriti yang lain.Islam merangkumi 65% daripada agamanya diikuti Buddha(23,2%), Kristian(6,8%), Hindu (0,4 %), dan agama lain(4,6%). Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas manakala bahasa tempatan juga digunakan seperti Bahasa Melayu, Teochew, Hakka, dan Dayak.


Asal nama


Dikisahkan bahawa ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali mendirikan Kota Pontianak, ia dan rombongannya sering diganggu oleh hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu gerbang Kota Pontianak dari arah laut cina selatan. Maka untuk mengusir hantu pontianak tersebut, ditembakkannya dengan menggunakan meriam. Sekaligus di mana peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan.


Maka peluru meriam itu jatuh melepasi simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur. Itulah asal nama Kota Pontianak. Nama Pontianak sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).


Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih berdiri dengan kokoh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak Timur, sebagai lambang kejayaan Kesultanan Melayu Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia.


Kenapa aku cukup ingat nama tempat ini.. Kerana di sinilah arwah atok aku dilahirkan dan dibesarkan. Menurut ayah.. semasa arwah tok masih kecil lagi.. dia selalu ternampak pontianak ini berterbangan di sana sini.. Betul lah menurut sinopsis dari wikipedia di atas.. bahawa terdapat banyak pontianak berkeliaran di sana hinggakan nama tempat itu juga dinamakan pontianak.. Seram jek kan bila dengar.. Tak boleh nak dibayangkan bagaimanakah agaknya situasi ketika itu.. sanggup ke nak tengok??

Sebut tentang pontianak ini juga.. Aku teringatkan sebuah kisah benar yang pernah aku baca di majalah wanita keluaran tahun lewat 80an atau awal 90an. Kisah ini hingga kini aku masih ingat lagi.. sebab dulu entah berapa kali aku ulang baca di kampung. Menurut penulis itu ia adalah kisah benar tapi aku sendiri pun tidak tahu sejauh kebenarannya..

Kisahnya begini.. lebih kuranglah yang aku masih ingat..

Kisah ini bermula di satu hari lewat petang di sebuah hentian bas di bandar Kuala Lumpur. Seorang gadis sedang menunggu bas di hentian bas. Gadis ini ditegur oleh seorang jejaka. Dari perkenalan biasa.. mereka berjumpa hampir setiap hari di tempat yang sama dan mereka jatuh cinta. Hubungan cinta mereka ini akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Mereka kawin.

Beberapa minggu selepas mereka kawin.. emak lelaki ini mendapati banyak perubahan berlaku pada anak lelakinya. Anak lelakinya jarang keluar dari bilik. Mukanya sentiasa pucat lesi dan tidak bermaya. Tetapi bila tiba makan tengahari atau malam, selera makannya amatlah dahsyat sekali. Mereka makan banyak. Jarang sekali dilihat mereka ini solat atau beramal ibadah.

Perubahan ini merisaukan mak lelaki tersebut.. kerana sedikit sebanyak menganggu kerja-kerja harian si anak yang mula jarang pergi bekerja dan asyik terperap di bilik sahaja. Mak lelaki ini mengambil jalan untuk berjumpa dengan seorang ustaz dan memberitahu kerisauan hatinya.

Semasa sesi pertemuan inilah mak lelaki itu mengetahui rahsia di sebalik perubahan itu. Anaknya berkahwin dengan pontianak yang menyerupai manusia. Malah si mak ditanya tentang sehelai kain batik yang pernah dihadiahkan kepada keluarga lelaki ini, kata ustaz tersebut kain itu perlu dibuang dan dimusnahkan kerana ia seolah pengikat pada anak lelaki itu.

Apabila keluarga lelaki ini mendapat tahu tentang perkara ini, mereka mula memisahkan lelaki ini dengan isterinya.. proses pemulihan dijalankan beberapa kali. Apabila lelaki ini mula sedar, dia menceritakan bagaimana dia seolah dipukau untuk melakukan hubungan seks bersama isteri dan mak mertuanya hampir setiap hari. Malah dia sering melihat isterinya dan mak mertuanya bergantungan di siling bilik.. Seram kan dengar benda nie.. Jika tak silap lelaki ini berjaya diubatkan dan wanita itu diusir keluar.. tapi bagaimana dan apa yang terjadi seterusnya itu aku sendiri tak pasti.. ingat-ingat lupa kisah yang pernah aku baca hampir 15 thun yg lepas.. Tak tahulah kalau majalah itu masih ada lagi di kampung atau sudah musnah dimakan anai-anai atau buruk dek zaman.

Aku sendiri tak pasti kebenaran cerita ini. Tapi yang aku tahu cerita ini memang ditulis dalam majalah wanita keluaran tahun 80an atau 90an. Jalan ceritanya diolah seperti dalam bentuk cerpen. Membacanya seolah tidak percaya ia kisah benar.. kisah ini diambil dari kisah benar yang terjadi di Kuala Lumpur.. Ya mungkin ada kebenarannya.. Makhluk Allah itu ada dimana sahaja kan.. tak semestinya manusia sahaja.. Itu belum lagi kisah seorang gadis yang bercinta dengan jejaka bunian yang sering mengekorinya.. kisah ini juga telah diterbitkan dalam majalah yang sama.

Jika kita belek-belek buku-buku novel barat sememangnya banyak yang telah mengenengahkan cerita-cerita tentang drakula.. vampire yang cukup pelbagai versi dan legendanya.. Filem barat tentang vampire yang masih aku ingat adalah 'An interview with A Vampire' lakonan Tom Cruise dan Brad Pitt pada tahun 1994 yang diadaptasi dari Novel Anne Rice 'An Interview with a Vampire diterbitkan pada tahun 1976.

Kini filem-filem tentang vampire sudah menjadi tarikan utama di panggung wayang malah menjadi tajuk-tajuk utama dalam banyak novel-novel remaja. Filem yang kini sedang hangat adalah 'Twilight' yang ditayangkan pada hujung tahun 2008 dan menjadi kegilaan ramai remaja (termasuklah aku hehehe) di seluruh dunia.. Buku siri Twilight ini mula diterbitkan pada tahun 2005 oleh penulis 'Stephenie Meyer' dengan 4 siri terbitan iaitu Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn. Filem 'New Moon' (dari siri kedua novel twilight) mula ditayangkan pada Nov 2009 dan siri seterusnya 'Eclipse'(siri ke 3) akan ditayangkan pada hujung bulan June 2010 ini. Versi cerita pontianak atau vampire oleh Stephenie Meyer ini cukup berbeza dengan penulis buku-buku vampire yang lain. Bagi Stephenie.. Vampire boleh hidup dikalangan manusia.. mempunyai ciri-ciri tubuh badan dan perwatakan yang menarik dan cantik, bila terkena cahaya matahari badan mereka akan bersinar bak kilauan berlian. Tidak seperti versi lain yang mana vampire akan terbakar dan hangus apabila terkena matahari. Stephenie memilih lokasi Forks di Washington kerana menurutnya mempunyai cuaca yang sering hujan dan mendung cahayanya. Kisah ini juga berkisar tentang kisah cinta 3 segi di antara Edward dan Bella serta Jacob.

Kalau membaca novel vampire tulisan 'Charlaine Harris' pula, dia banyak memfokus pada kehidupan vampire di bahagian selatan America iaitu di New Orlean (Bon Temps, Lousiana). Charlaine pula mencipta kisah vampire ini juga hidup di kalangan manusia dengan kehadiran darah tiruan yang dikenali sebagai 'TrueBlood' hasil ciptaan dari orang jepun. Dengan adanya 'Trueblood' ini vampire di selatan america boleh hidup malah berkahwin dengan manusia tanpa perlu menjadikan darah manusia sebagai makanan utama mereka. Selain daripada vampire, Charlaine juga menceritakan wujudnya shape shifter dan fairies. Hasil dari novel ini juga dijadikan cerita bersiri 'Trueblood' yang kini memasuki season ke 3. Kisah Vampire ini juga turut memuatkan kisah-kisah yang berkisar tentang Sookie (seorang pelayan di sebuah restoran yang boleh membaca minda manusia), kisah cintanya di antara; Bill dan Eric (vampire) malah juga diantara Sam dan Calvin (shape shifter). Namun versi Buku dan TV agak berbeza jalan ceritanya.

Selain dari itu novel tulisan L.J Smith 'Vampire Diaries' juga telah dijadikan cerita bersiri yang kini masih ditayangkan secara meluas di UK dan America. Kisah vampirenya berlokasikan Mystic falls, Virginia dengan kisah cinta 3 segi di antara Elena dan adik beradik Salvatore, Stefan dan Damon. Kisah dalam buku agak membosankan.. tetapi siri tv nya lebih menarik (sebab Stefan dan Damon tuh hensem kot hehehe).

Malah ada juga buku novel tulisan Anak beranak P.C. Cast dan Kristin Cast, tentang sekolah vampyre 'House of Knight' dikenali sebagai Vampyre Finishing School. Kiranya cam sekolah berasrama vampire lah.. berkisar tentang gadis remaja 17 tahun bernama Zoey Redbird dan perjalanan hidupnya di sepanjang sekolah itu.

Banyak lagilah novel-novel tentang kisah vampire, pontianak dan sebagainya.. Tapi aku rasa yang paling banyak mencetuskan kegilaan remaja adalah filem 'Twilight'. Menonton filemnya biasa sahaja sebenarnya.. tapi apabila membaca novelnya.. Aku sendiri tidak mampu meletakkan buku itu bila mula membaca.. dan semua siri itu telah aku baca 3 kali.. Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah membaca buku siri twilight hampir kebanyakkan akan bersetuju dengan perkara yang sama.

Pontianak.. Vampire.. Itu sememangnya wujud.. Makhluk tuhan.. kan..

Tiba-tiba rasa tulis entri nie cam tulis paper research pasal vampire lak.. hehehe.. just sesuatu yang dikongsikan bersama..

Monday 24 May 2010

Laluan itu berliku-liku..


Ladang bunga kuning
23 Mei 2010 (Ahad)
-Falkirk, Scotland-

Lihatlah pohon itu
sebuah pohon yang memiliki dahan-dahan
yang berdaun rimbun
Siapakah yang telah menumbuhkan
dan menghiasinya dengan dedaunan
yang berwarna hijau?
Dialah Allah yang kekuasaannya tiada batas.

-Syeikh Abdul Hamid Kisyk-

Penyair dari Lubnan (Ilya Abu Madhi) menyairkan:

Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan
bahawa engkau tidak punya apa-apa
padahal bumi, langit dan bintang-bintang
disediakan untukmu.
Begitu pula lahan pertanian
bunga-bunga yang beraneka warna
nan harum semerbak aromanya
dan burung-burung perkutut yang merdu kicauannya.

Air yang ada di sekitarmu berkilauan bak perak
dan mentari ada di atasmu
bak emas nan menyala.
Suku nomaden di lerang dan puncak bukit
membangun khemah-khemah nan indah
dan adakalanya mereka beralih ke tempat lain.

Dunia dengan segala keindahan nya
disajikan untukmu
maka mengapa engkau bermuram durja.
Dunia pun tersenyum
maka mengapa engkau tidak ikut tersenyum.

Jika engkau bersedih
kerana kejayaan yang telah berlalu
maka mustahil engkau dapat meraihnya kembali
dengan menyesalinya.
Atau engkau takut tertimpa musibah
maka mustahil engkau dapat mencegahnya
hanya dengan bermuram durja.

Atau engkau telah lalui masa mudamu
maka jangan kau katakan bahawa zaman telah menua
kerana sesungguhnya zaman tidak menua.
Perhatikanlah
sampai sekarang masih bermunculan dari bumi
berbagai tetumbuhan yang sangat indahnya
hingga seakan-akan berbicara kepadamu.

-Kitab La Tahzan-

Friday 21 May 2010

Adakala ketawa bersama.. Tidak bermakna menangis juga akan bersama


Ketawa.. Gembira.. Seronok.. Berseloka.. Gelak.. Suka.. itu semua yang sering kita lalui setiap hari.. Adakalanya bersama sahabat handai.. kadang bersama keluarga.. kadang bersama binatang peliharaan.. kadang juga hanya dengan diri sendiri..

Tapi bila sedih.. duka.. kecewa.. marah.. bengang.. sakit hati.. tension.. tepusi(tepu+tensi).. menangis.. tidak semuanya kita akan lalui bersama sahabat handai dan keluarga.. selalunya kita sering hadapinya seorang diri.. kadang kita lebih tenang menangisi semua rasa itu bersama Allah s.w.t kerana dia lebih mengetahui atas semua yang terjadi itu..

Melihat dengan mata di kepala.. takkan sama dengan melihat dengan mata hati.. Yang kita lihat hanya yang seronok.. yang gembira.. yang best.. yang menarik.. tapi yang sebaliknya.. sedih.. duka.. susah.. payah.. itu tidak terlihat dek mata kepala.. melihat dengan mata hati juga kadang tidak terlihat langsung.. Yelah kadang tak semua dapat diluah dengan bicara mulut.. kadang hanya mampu terluah dengan bicara hati sahaja..

Itulah lumrah kehidupan kan.. Adakalanya hari-hari kita penuh dengan kegembiraan.. suka.. seronok.. kadang datang pula hari-hari yang penuh tekanan.. sakit hati.. tensi.. geram.. begang.. Asal jangan jadinya menyalahkan ilahi.. Asalkan jangan juga mencari mati.. Nauzubillah.. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah s.w.t.. Sentiasalah bersangka baik dengan semua yang telah ditakdirkan terjadi.. Sentiasalah juga terus berusaha dan jangan putus asa.. Sentiasalah mengadu pada Yang Esa.. Hanya Dia sahaja yang tahu luar dalam yang terselit di hati dan fikiran kita..

Hidup di bumi orang ini memang banyak cabarannya malah hidup di tanahair tumpah darah sendiri pun banyak cabarannya juga kan.. Kadang kita sendiri tidak pernah menjangkakan akan menyusahkan orang lain atas tindakan yang kadang bukan langsung di bawah kawalan kita.. Kadangkala ada yang rasa terbeban dengan apa yang perlu dilakukan.. Janganlah diungkit-ungkit semua itu.. takut nanti timbul rasa tidak ikhlas dan kurang pahalanya.. Bila tidak ikhlas nanti.. mula pula rasa tak puas hati dan geram.. Kata-kata yang keluar juga kedengaran tidak sedap dan mampu menimbulkan bibit-bibit tak seronok..

Dalam hubungan sesama manusia juga begitu jugakan.. ini lebih komplek lagi.. yang mana mahu menjaga hati sendiri.. jaga hati mereka.. jaga hubungan kita.. jaga tingkah laku bual bicara dengan mereka.. Adakala kita terlepas kata.. Adakala kita tersasul bila berbicara.. Adakala terluah dengan terpaksa.. Adakala terkata bila berseloka.. Adakala terkeji bila bergurau senda.. Kadang kita tak terniat pun begitu semasa melakukan semua itu.. tapi kadang mulut pantas berkata tanpa sempat dihentikan bunyi nada suara..

Kadang bila pulang ke rumah baru kita mula 'compile' semula segala yang terluah semasa berbicara.. Kalau program komputer.. bila kita 'compile' ada error.. bolehlah kita edit semula skrip atau program yang berjela-jela beribu kata itu.. kita run lah program itu berjuta kali pun... selagi ada error.. selagi itu kita masih mampu mengedit dan membetulkan error itu.. tapi kalau ada error semasa berbicara.. ye.. kita boleh minta maaf tapi sudah ada hati yang terluka.. memaafkan.. ye mungkin dia mampu memaafkan.. tapi ambil masa juga untuk melupakan..

Bersahabat begitulah.. Semua kawan kita boleh ketawa bersama.. tapi tidak semua boleh kita ajak untuk sedih bersama.. menangis bersama.. malah dengan pasangan sendiri pun kadangkala kita tak dapat nak luah untuk kongsi rasa hati itu.. Hidup di muka bumi ini.. kalau sorang-sorang best ke?? Tak bestkan.. Mestilah kalau boleh kita nak berkawan dengan semua orang.. bukan takat kawan dengan orang.. dengan haiwan.. dengan pokok-pokok pun kita nak kawan juga.. sebab kawan dengan binatang kita dapat berseronok dan melayan kerenah mereka.. dan paling utama dapat dijadikan bahan makanan (ini cth ayam ke.. itik ke.. kobau ke.. lembu ke.. jgn pulak kucing ke tikus ke.. hamster ke korang nak buat makan lak).. Kalau kawan dengan tumbuh-tumbuhan pulak.. Kita boleh nikmati buah-buahan yang manis.. Sayuran dan ulaman yang baik untuk kesihatan.. Bunga-bunga berseri yang kembang cantik.. Hati jadi seronok.. Senyuman jadi menawan.. Ada yang boleh dibuat ubat.. Ada yang boleh dijadikan petua.. Ada yang boleh dijadikan hiasan.. Ada yang boleh dijadikan sumber kewangan..

Berkawanlah dengan sesiapa sahaja.. Asalkan kita tahu membezakan yang mana baik dan mana buruknya.. InsyAllah.. Kita akan mendapat manafaat daripadanya..

Andai kita menjadi sahabat pula (khusus untuk diri sendiri nieh).. Pandailah membezakan yang mana boleh dikata dan tidak.. Jagalah hati sesama manusia.. Jagalah hubungan.. Sentiasalah mendengar dan membantu yang termampu dek diri.. kalau tak dapat bantu.. dapat tolong dengar pun Alhamdullilah.. A shoulder to cry on ;) InsyAllah kita akan sentiasa diberkati..


Berat mata memandang..
Berat lagi bahu yang memikul..
Ringan mata memandang..
Tak tentu ringan juga bahu yang memikul..

No good friends, no bad friends; only people you want, need to be with. People who build their houses in your heart”
-Stephen King-

Friendship is always a sweet responsibility, never an opportunity.
-Kahlil Gibran-

True friendship multiplies the good in life and divides its evils.
Strive to have friends, for life without friends is like life on a desert island..to find one real friend in a lifetime is good fortune; to keep him is a blessing.
-Baltasar Gracian-


Monday 17 May 2010

Happy Teacher Spring Day 2010












-Victoria Park, Glasgow-
Spring 2010

Happy Teacher Day to all academics, teachers, lecturers, tutors, gurus and anyone..
Special teachers day as well to Cikgu (Umi/Kak) Pah, Cikgu Anjang, Cikgu Dun 2020, Cikgooden, Cikgu Azza, Cikgu Jane, Cikgu Fa, Cikgu Zue, Cikgu Azrine and all the teacher bloggers.
Guru Pembina Negara Bangsa


Thursday 13 May 2010

Unik

Lewat petang semalam, dalam perjalanan pulang dari Universiti aku singgah-lalu di deretan pejalan kaki di sepanjang deretan kedai-kedai di jalan Buchanan St.

Bila lalu tepi 'National Art Gallery Glasgow', menuju ke Buchanan St, aku ternampak ramai orang yang menoleh dan merenung sebuah kedai ini..


Ada yang menunjuk-nunjuk..

Ada yang merenung dan tersenyum-senyum..

Ada yang mengambil kamera video..

Aku sendiri pun terpegun melihat keunikannya..

Aku pun keluarkan kamera sendiri..

Mana boleh tengok orang lain ambil gambar kan..

Aku pun nak join juga hehehehe ;)


Kenapa??



???




??





?







Saksikanlah sendiri

Pelbagai jenama mesin jahit dijadikan pameran di seluruh ruangan bertingkap kedai ini..

Kalau nak mesin jahit..

Boleh lah cuba-cuba minta kat kedai nie..

Itupun kalau dia nak bagi lah ;)

Dulunya kedai ini kedai buku 'Borders' kegemaranku tetapi ditutup pada penghujung tahun lepas. Kini digantikan dengan kedai pakaian berjenama 'All Saint Co.' Mungkin ini cara untuk mereka membuat promosi dan menarik perhatian orang ramai..

Siapa kata mesin jahit lama tak boleh jadi hiasan dalaman??
Siapa yang ada mesin jahit tuh..
Cuba buat hiasan di meja tamu ye ;)
Agak-agak ada seni dalaman tak???
Hehehe ;)


Saturday 8 May 2010

Pink itu merah jambu..

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu..

Buat emak di kampung terima kasih kerana membesarkan, mendidik, mengajar, menasihati, mendengar, memujuk dan memahami anakmu ini..
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anakmu..


Pink itu menawan..
Merah jambu itu cantik..
Pink itu tertawan..
Merah jambu itu menarik..

Pink itu ayu..
Merah jambu itu lembut mengoda..
Pink itu cool selalu..
Merah jambu itu gemalai gayanya..


Cuba carik dimanakah merah jambu AKA pink itu???

Nilai moral entri ini:
Jika nak menunjuk-nunjuk biarlah tunjuk yang cantik-cantik jek kan..
Ayu cantik menawan gitu kan kan kan..
Oh ya kalau nak makan nasi ayam..
Haruslah ditunjuk dengan bekas yang cantik bergaya ;)


Thursday 6 May 2010

1+2=3??


Kata dia..

You already done step 1.. You almost finishing up all the requirement.. You done that and this.. Now.. you have to do step 2 involving Information Retrieval.. Tracking.. Information Indexing.. bla.. bla.. bla.. (masa nie muka aku dah mula berkerut.. nak senyum pun tak lalu.. nak masam pun tak sampai hati.. kena study benda baru lagik ke??)

Dia sambung lagi..

Finally.. we coming to step 3: Integration step 1 & 2 and this will conclude what you have done in 3 years plus now.. (Yang ini aku tengok diagram tuh cam best jek kalau ler aku leh lompat terus p buat step 3 tuh.. takpe angan-angan dulu.. walaupun kali nie muka aku dah tak leh nak senyum dah..)


Kalaulah 1+2 itu semudah dapat 3..

Dah lama aku order 10 penyelesaiannya..

Ye dulu masa belajar mengira senang jek.. satu tambah satu sama dengan dua.. satu tambah dua sama dengan tiga..

Kali ini belajar juga 1+2 masih juga 3 akhirnya.. tapi untuk mencapai 3.. tidak mustahil.. kepayahannya??

Aku hanya mampu memohon doa dari DIA sahaja..

Ya Allah permudahkanlah perjuangan ini...

Kalau Glasgow ini dekat dengan pekan Banting..
Petang ini juga aku balik kampung...
Takpe aku balik Albert Road jelah ;)
Tengah fikir-fikir nak buat pecal nie
1+2=3 pecal leh makan bebanyak sikit


Tuesday 4 May 2010

OMC


Tak dapat join research group nie..
Dapat ambil gambar pun jadilah ;)
-Oxford 2010-

Seorang penyair mengatakan :
Itulah cita-cita yang tinggi
seakan-akan mentari berupaya meraih cintanya
dan purnama merayunya
dengan mengukir ungkapan di sebalik cahayanya.

Dia meraih cita-citanya berkat kesungguhannya
hingga emas membeda dengan logam lainnya
dan hingga hari yang biasa dilaluinya
membuatnya menjadi seorang pemimpin.
-Kitab La Tahzan: Jangan bersedih-

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin