Monday 29 September 2008

Persiapan raya..

Semalam aku menghantarkan email memaklumkan semua ahli komuniti di Glasgow tentang tarikh melihat anak bulan syawal pada hari ini (melaksanakan tugas sebagai setiausaha komuniti Govanhill/Pollokshields). Terbit juga sedikit rasa risau di hati bilakah agaknya sambutan hari raya akan ditetapkan.. bukan apa persediaan untuk memasak juadah masih ada lagi yang perlu dibeli.. Aku sebenarnya mengharapkan hari raya pada hari rabu.. tetapi ramai juga rakan yang menjangkakan mungkin esok hari ..hari selasa..

Jika esok.. memang sah aku akan sambut pagi raya di tempat kerja.. kerana cuti hanya aku ambil pada pagi hari rabu sahaja.. petangnya aku masih ke universiti dan ke tempat kerja.. hanya pada hari khamis dan jumaat petang sahaja yang aku ambil cuti.. paginya aku masih bekerja seperti biasa..

Hati mengharapkan hari rabu kerana masih merasakan persediaan raya yang masih belum lengkap lagi.. terutamanya barangan mentah untuk juadah pagi raya.. nampaknya pagi ini aku perlu minta pakwe temankan aku ke kedai cina See Woo untuk membeli barangan yang masih belum cukup..

Pagi ini juga aku menerima panggilan telefon dari radio24 untuk menyampaikan ucapan hari raya.. aku hampir terlupa berkenaan temubual berkenaan.. yelah baru selesai bersahur.. dengan kepala yang masih ada serba sedikit rasa mengantuk dan mamai.. panggilan itu buat aku terkejut seketika.. walaupun sebenarnya masa itu yang telah aku cadangkan untuk sesi temubual berkenaan.. terlupa pulak..

Tahun kedua berhari raya di rantau orang.. apatah lagi jatuh pada hari bekerja.. kemeriahan yang dirasakan amat sederhana.. kebanyakan rakan masih perlu ke universiti.. malah ada juga yang perlu mendaftar kursus pada pagi raya berkenaan.. aku?? jika sempat mungkin juga akan menjengah ke CIS.. lagipun selepas solat raya.. sudah ada rakan-rakan yang mula menjemput ke rumah.. jika ditentukan raya hari selasa ini.. aduhhh... malam ini juga aku harus bertungkus lumus memasak.. selasa pagi pula bekerja seperti biasa.. malah petang juga masih bekerja.. bakinya.. hanyalah beberapa jam sahaja untuk meraikan bersama rakan-rakan.. itulah gayanya bila berhari raya di negara orang..

Di rumah tidak ada walau sekeping pun kuih raya.. kuih raya yang dipos dari Malaysia pun masih belum sampai.. yang dibuat sendiri pun tidak ada.. alahai.. hajat memanglah tinggi untuk membuatnya.. tapi dek kesibukan study dan kerja.. manakan dapat dan ada masa untuk semua itu.. aku rindukan sambutan raya di Malaysia.. apatah lagi tahun ini pasti mak akan bertungkus lumus memasak seorang diri.. siapalah yang menemankan mak malam raya.. aduhai hati.. sebak dan sayu pula mengenangkan semua itu..

Salam Aidilfitri dari kejauhan buat kami di sini.. bagi yang akan pulang ke kampung.. berhati-hati di jalan raya.. yang beraya di KL.. sebab kampung dia KL.. selamat berhari raya juga.. Blog ini masih akan terus aktif.. kerana aku tidak perlu balik kampung untuk beraya.. dan sambutan raya kali ini.. disambut dengan sederhana mungkin..

Selamat Hari Raya semua ;)

3 comments:

julietchun said...

kat mn2 pun ry sama saja kan,aku pos kuih kat ko pun tak sampai gak ye,takpun dah abih posmen mkn. :D

Let's dine out said...

biasalah tu iina,raya kat tempat orang ,,apa yg ada saja...Selamat hari raya, maaf zahir batin..risau jugak raya esok.. tak sempat nak buat banyak benda nie... tahun ni jadi hos berkumpul raya pulak...

iina said...

juliet

yeke ko pos?? ke ko dah abiskan ontheway ke pej pos.. kan leh caye ko nie
_______________________________

Nas

wahh meriahlah raya kali nie ye.. saya tak buat open house sebab dah buat buka pose hari tu.. masak pagi raya insyallah jemput mana yg dekat2 jelah.. selamat hari raya ye ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin