Aku sedih sangat hari ini.. tidak mampu aku luah dengan kata-kata apa yang ada dalam hati dan fikiranku..
Kali ini aku sudah benar-benar hilang rasa sabar.. Ketika dalam bas.. aku tidak sedar airmataku mengalir perlahan.. banyak sungguh yang aku fikirkan hingga tidak sedar titisan itu mengalir sepi..
Syahdunya sehari sebelum raya begini.. tertumpah juga airmataku sekali lagi..
Mengapa.. Jangan ditanya.. sebab apa? Jangan juga diandai-andaikan.. aku tidak mahu bercerita..
Entahlah..
Nak tahu apa yang aku sedihkan????
....
.......
.........................................
.................................................................
.............................................................
.....................
..................
Tahun nie tak dapat dah benda nie
Selamat Hari Raya ye.. saje bagi suspen sikit... ;)
Tuesday, 30 September 2008
Sedih
Nukilan Rasa: iina at 11:33 4 sedang senyum-senyum
Monday, 29 September 2008
Esok Tak jadi Raya
Aduhai tensen aku. kejap raya selasa.. kejap raya rabu.. tah mana satunya.. akhirnya dalam pukul 10.20 malam tadi aku dapat call Hari Raya telah ditetapkan pada hari Rabu 1 Oktober 2008.. kerana masjid al-farouk telah menarik balik pengumuman raya pada hari selasa dan menetapkan semula pada hari Rabu.. ketika panggilan itu dibuat.. ayam sedang digoreng di atas kuali.. nasi impit pulak tengah direbus.. ada balance sebekas besar lagik ayam nak yang digoreng.. adeihhh.. semua kena simpan balik dalam peti ais.. nasib nasi impit boleh tahan lama.. dan nasib juga aku belum masak rendang dan kuah kacang.. Lepas itu terpaksalah aku hantar semula email minta maaf.. yelah bukan kami saja-saja nak raya hari selasa.. kita kena ikut kariah di tempat yang kita tinggal.. akhirnya.. Raya rabu nie.. Malam esok.. rumah aku adalah rumah terakhir untuk takbir raya.. apa nak masak nie?? masa tu sure semua dah kembung perut makan rumah yang sebelum-sebelum itu.. aku masak air jelah dengan kuih-kuih.. mesti aku nangis malam raya sok nie.. syahdu dengar takbir raya bila berada di rantau orang..
Apa juga ada hikmahnya.. beraya hari rabu ini juga ada kebaikannya.. esok memang hari yang sibuk.. bekerja seperti biasa.. dan sempatlah esok nak masak apa yang patut.. ada kesempatan masa lagi.. apa juga raya esok atau lusa bagi aku sama sahaja.. cuma beza persiapannya adalah masa sedikit..
Ini entri yang aku tulis sebelum ini.. malas nak delete.. penat tau menaip ;)
==================================================================
Pengumuman hari raya telah dibuat petang tadi.. terdapat sedikit kekeliruan kerana terdapat beberapa buah masjid di sekitar Glasgow yang bersetuju untuk menyambut hari raya pada hari Rabu (1 Oktober 2008) manakala bagi pihak kariah di sekitar Govanhill/Pollokshields.. merujuk kepada masjid al-farouk.. sambutan hari raya akan dibuat pada esok.. selasa 30hb September 2008..
Ini bermakna kami akan mula menyambut raya serentak dengan beberapa bandar di UK seperti di London, Sheffield, Leed (itu yang diketahui).. email dan sms mula bertalu-talu masuk ke inbox aku.. semua dah mula keliru tentang tarikh penetapan berhari raya ini.. aku??? ikut hati nak je raya rabu nie.. tapi memandangkan masjid al-farouk beberapa meter je dari rumah aku.. so kami putuskan esok raya.. yea.. yea.. bagi mereka yang berada di sekitar Glasgow.. masih perlu berpuasa satu hari lagi..
Oklah.. sekadar untuk memberitahu tentang penetapan hari raya ini.. teringat kata-kata kawan aku tadi
"Tak acilah ko raya dulu.. aku kena puasa lagi esok.. aku tak kira ko buat open house 2 hari.. aku nak datang"
"yelah.. kesian ko kena puasa lagi kan.. hehehhe.. aku dah raya esok.. kalau datang beli ayam kat area sini.. ko kena buka pose ler.. idak pun makan kenyang-kenyang pastu balik.. sambung ler puasa heheheh"
Kekeliruan yang maha besar di sekitar Glasgow.. tapi ini bukan sesuatu yang asing bagi kami di sini.. perkara yang sama juga telah berlaku pada hari raya haji tahun lepas.. penetapan hari raya telah ditentukan pada 3 hari yang berlainan..
Selamat berhari raya semua.. aku nak sambung masak.. apa pun tak buat lagik.. esok raya.. dan esok juga aku kerja pagi dan petang.. sambut raya kat tempat kerjalah.. tapi yang utama masih ada rakan-rakan yang masih berpuasa esok.. so sambutan mungkin kurang meriah.. rabu nanti mungkin ramai yang menyambut syawal secara menyeluruh..
Salam aidilfitri.. adeihh.. penat jawab sms dan tepon.. semua confius ekk..
Maaf zahir & batin ye..
Nukilan Rasa: iina at 20:49 3 sedang senyum-senyum
Persiapan raya..
Semalam aku menghantarkan email memaklumkan semua ahli komuniti di Glasgow tentang tarikh melihat anak bulan syawal pada hari ini (melaksanakan tugas sebagai setiausaha komuniti Govanhill/Pollokshields). Terbit juga sedikit rasa risau di hati bilakah agaknya sambutan hari raya akan ditetapkan.. bukan apa persediaan untuk memasak juadah masih ada lagi yang perlu dibeli.. Aku sebenarnya mengharapkan hari raya pada hari rabu.. tetapi ramai juga rakan yang menjangkakan mungkin esok hari ..hari selasa..
Jika esok.. memang sah aku akan sambut pagi raya di tempat kerja.. kerana cuti hanya aku ambil pada pagi hari rabu sahaja.. petangnya aku masih ke universiti dan ke tempat kerja.. hanya pada hari khamis dan jumaat petang sahaja yang aku ambil cuti.. paginya aku masih bekerja seperti biasa..
Hati mengharapkan hari rabu kerana masih merasakan persediaan raya yang masih belum lengkap lagi.. terutamanya barangan mentah untuk juadah pagi raya.. nampaknya pagi ini aku perlu minta pakwe temankan aku ke kedai cina See Woo untuk membeli barangan yang masih belum cukup..
Pagi ini juga aku menerima panggilan telefon dari radio24 untuk menyampaikan ucapan hari raya.. aku hampir terlupa berkenaan temubual berkenaan.. yelah baru selesai bersahur.. dengan kepala yang masih ada serba sedikit rasa mengantuk dan mamai.. panggilan itu buat aku terkejut seketika.. walaupun sebenarnya masa itu yang telah aku cadangkan untuk sesi temubual berkenaan.. terlupa pulak..
Tahun kedua berhari raya di rantau orang.. apatah lagi jatuh pada hari bekerja.. kemeriahan yang dirasakan amat sederhana.. kebanyakan rakan masih perlu ke universiti.. malah ada juga yang perlu mendaftar kursus pada pagi raya berkenaan.. aku?? jika sempat mungkin juga akan menjengah ke CIS.. lagipun selepas solat raya.. sudah ada rakan-rakan yang mula menjemput ke rumah.. jika ditentukan raya hari selasa ini.. aduhhh... malam ini juga aku harus bertungkus lumus memasak.. selasa pagi pula bekerja seperti biasa.. malah petang juga masih bekerja.. bakinya.. hanyalah beberapa jam sahaja untuk meraikan bersama rakan-rakan.. itulah gayanya bila berhari raya di negara orang..
Di rumah tidak ada walau sekeping pun kuih raya.. kuih raya yang dipos dari Malaysia pun masih belum sampai.. yang dibuat sendiri pun tidak ada.. alahai.. hajat memanglah tinggi untuk membuatnya.. tapi dek kesibukan study dan kerja.. manakan dapat dan ada masa untuk semua itu.. aku rindukan sambutan raya di Malaysia.. apatah lagi tahun ini pasti mak akan bertungkus lumus memasak seorang diri.. siapalah yang menemankan mak malam raya.. aduhai hati.. sebak dan sayu pula mengenangkan semua itu..
Salam Aidilfitri dari kejauhan buat kami di sini.. bagi yang akan pulang ke kampung.. berhati-hati di jalan raya.. yang beraya di KL.. sebab kampung dia KL.. selamat berhari raya juga.. Blog ini masih akan terus aktif.. kerana aku tidak perlu balik kampung untuk beraya.. dan sambutan raya kali ini.. disambut dengan sederhana mungkin..
Selamat Hari Raya semua ;)
Nukilan Rasa: iina at 06:54 3 sedang senyum-senyum
Sunday, 28 September 2008
Dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah
Semalam aku ditegur oleh seseorang.. dia baru sahaja sampai ke Glasgow ini beberapa hari yang lepas.. sengaja aku jemput datang ke rumah untuk berbuka puasa.. tapi soalan pertama yang ditanyakan pada aku buat aku tergamam seketika
"Dulu you kat PMKP kan?"
Aku terkejut.. hampir tidak bersuara.. sudah lama aku tidak mendengar singkatan nama itu.. hampir 15 tahun ku tinggalkan PMKP.. mendengar semula nama itu disebutkan membuatkan minda aku cuba mengingati kembali setahun masa berada di sana.. apa itu PMKP.. Pusat Matrikulasi Kuala Pilah.. terletak di pekan Kuala Pilah.. yang juga kami gelarkan pekan koboi.. apatah lagi kedudukan pusat itu jauh diceruk hutan.. bersebelah dengan kawasan hutan.. dan memang boleh dikategorikan tempat jin bertendang bak kata orang..
Lantas dia bertanya lagi "You KK berapa?"
Lantas aku jawab "I KK2" KK itu bermaksud kumpulan kuliah
Jawabnya "I KK3"
Aku terkejut.. sudah 5 orang kawan lama dari PMKP yang aku temui.. bermula dengan pertemuan dengan kak chik di edinburgh.. tahun lepas semasa aku ke carbot edinburgh dulu.. ramai sungguh yang ingat muka aku.. aku je yang tak kenal orang..
Selepas itu aku jumpa pula seorang lagi rakan di Glasgow ini.. yang merupakan KK1.. dan diikuti dengan seorang lagi rakan yang merupakan KK4.. dan kini sepasang suami isteri.. yang KK3 dan KK4.. aduh.. jejak kasih sungguh kami.. tak sangka di Glasgow kami dipertemukan semula.. tak sangka..
Selepas setahun aku di SSP KL.. aku meneruskan pelajaranku ke PMKP.. ke Kuala Pilah.. sebuah pekan kecil.. mula tiba ke sana aku merasakan agak asing sekali.. namun di situ juga banyak kenangan tercipta..
Semasa di PMKP.. kami ditempat disebuah bilik yang dikongsi bersama 4 orang rakan.. dengan 2 pasang katil 2 tingkat.. ke semua rakan dalam bilik itu mempunyai nama ina pada penghujung nama kami.. jika sesiapa yang masuk ke bilik kami.. dan ingin berjumpa dengan salah seorang rakan.. haruslah disebut nama dengan jelas.. semasa di sinilah nama glamour ku dikenali sebagai inasan (san nama ayah aku).. inasab (sabri nama ayah kawan aku).. rina.. dan raja elina.. aku agak rapat dengan inasab.. tapi pada masa yang sama.. weng masih menjadi sahabat karib aku.. walaupun kami berlainan bilik namun aku masih kerap melepak di biliknya..
Setahun di sana.. aku merasakan tahun yang menyeronokan sepanjang pengajian matrikulasi.. berbeza ketika berada di SSP.. kami terpaksa berkongsi banyak perkara dengan adik-adik yang berbeza usia.. tapi di PMKP.. kami adalah sebaya dan sama kursus.. sama-sama berjuang untuk menyelesaikan pelajaran.. dan sama-sama mencipta azam untuk ke universiti..
Memandangkan kami sama sebaya.. ada jugalah beberapa orang kakak senior yang turut study bersama kami.. tapi sedikit sangat bilangannya.. kali ini di Kuala Pilah aku merasakan perbezaannya.. melihatkan kebanyakan kami berjuang untuk perkara yang sama.. aku lebih seronok di sini.. jumlah kelas yang banyak hingga ke kumpulan kuliah 13.. apatah lagi kali ini kami belajar bersama pelajar lelaki.. berbeza dengan di SSP yang semuanya adalah perempuan sahaja.. sudah tentu ada sahaja gelagat dan perhatian yang dicuri.. sesi peminat rahsia.. secret admirer.. gosip-gosip hangat.. cerita sensasi.. dan pelbagai lagi..
Sepanjang berada di PMKP aku masih rapat dengan rakan-rakan yang sama dari SSP.. disamping aku turut juga mengenali beberapa rakan dari pusat matrikulasi yang berbeza pada tahun 1.. kenalan bertambah.. di PMKP jugalah aku aktif dengan aktiviti sukan hoki.. setiap petang aku pasti akan berjogging bersama rakan-rakan.. berlatih hoki bersama.. bermain bola tampar.. dan mengambil kesempatan untuk mengenali rakan-rakan lelaki yang lain.. kerana aku juga aktif dengan persatuan kaunseling.. sering juga aku turut menjadi fasilitator untuk kumpulan bengkel.. seronok di sini.. apatah lagi pada tahun ini jugalah aku bercinta yang membawa hingga 5 tahun (ketika ini kebanyakan rakan-rakanku.. baik perempuan atau lelaki mengenalinya kerana dia sering melawatku di PMKP) namun dia bukan jodohku.. kami berpisah selepas aku menamatkan pengajianku di UKM.. itu cerita lama yang tidak mahu aku ungkit semula.. ada hati yang perlu aku jaga..
Masih aku ingat menjelajah pekan kuala pilah setiap hujung minggu.. ke pasar malam.. ke pasaraya besar yang agak terkenal di sana.. aku sudah lupa namanya.. dan banyak lagilah kenangan semasa di sana.. hingga kini jika aku ke Kuala Pilah.. pastinya kenangan lama pasti akan menghantui aku.. banyak jugalah kenangan aku di sana.. Apatah lagi pakwe dulu pernah tinggal di Kuala Pilah dan malah bersekolah menengah di sana.. setiap kali kami ke sana.. pasti dia akan menceritakan kenangan zaman sekolahnya.. dan aku pula akan menceritakan zaman matrikulasi ku.. dan juga kisah pertemuan kami semasa dia mengunjungiku buat pertama kalinya di PMKP..
Hari ini aku bertemu semula dengan rakan yang bertanyakan soalan itu semalam.. kali ini kami mengingati kembali setiap nama yang pernah kami kenali.. mulanya aku mengambil masa yang agak lama untuk mengingati semula setiap nama itu.. akhirnya satu persatu.. nama-nama itu datang dalam ingatan aku.. wajah-wajah mereka turut hadir bersama.. Nama-nama rakan seperti syakirin.. mamabosan.. katak.. rock.. asid.. arif.. nik nairan.. faezah.. nama-nama cikgu.. semua itu kembali kami sebut.. sedikit sebanyak ingatanku pada zaman PMKP kembali semula.. seronok pula berbual mengingati zaman itu.. walhal sudah hampir 15 tahun berlalu..
Pertama kali bila melihat sahabat ini.. aku seolah pernah mengenalinya.. patutlah wajahnya seolah pernah ku lihat sebelum ini.. dan malah wajah suaminya juga amatku kenali.. rupanya kami belajar pada tahun dan tempat yang sama.. sudah lama aku tinggal PMKP ini.. dan pertemuan semalam dan hari ini juga satu kebetulan yang seolah-olah meminta aku untuk menulis entri ini.. tak sangka aku benar-benar bertemu dengan rakan sama matrikulasi.. Berpisah di Kuala Pilah.. dan akhirnya kami dipertemukan semula di bumi Glasgow pula..
Akan aku sambung lagi ingatan kenangan aku di PMKP.. Insyallah..
Nukilan Rasa: iina at 23:28 6 sedang senyum-senyum
Ucapan Salam Perantauan
Aku terima email ini dari penerbit Radio24 malaysia..
P.S. Pls let your friends know that we're opening our lines for Hari Raya wishes. If they want to be in, give us their numbers. Let us know what's the best time to call and we shall do the rest. Or otherwise do it via email: ucapan@radio24.com.my
Jika ada rakan-rakan yang ingin menyampaikan salam perantauan dan mahu dihubungi melalui telefon.. sila hantarkan email anda kepada letfee@radio24.com.my
Insyallah mereka akan tanya masa yang sesuai untuk dihubungi..dan mereka akan hubungi anda sebelum atau pada hari raya aidilfitri..
Salam lebaran untuk semua
p/s Kenapa aku terima email ini?? sebab aku dah hantar ucapan pada mereka hanya tunggu mereka call aku semula untuk ucapan secara bertelefon untuk diperdengarkan pagi raya ;).. uihh glamour lak rasanya.. ada gak rasa-rasa nak sebut nama kawan2 blogger masa beri ucapan tu ;).. boleh gitu bagi korang semua glamour satu mesia..
Nukilan Rasa: iina at 12:06 0 sedang senyum-senyum
Saturday, 27 September 2008
Mencari kemeriahan raya
Pagi semalam aku bercuti kerja di GU hingga isnin depan.. seronoknya kerana tidak perlu bangun pagi.. Aku ajak pakwe keluar untuk membeli barangan rumah di Chung Ying.. di kedai cina inilah kami akan singgah untuk membeli barangan keperluan terutamanya produk-produk dari malaysia.. selesai kami ke Asda pula.. beli barangan untuk persediaan hari raya. Balik.. aku pun mengemas rumah.. rancangan asalnya nak tidur tapi dek terlalu asyik mengemas masa pun sudah menghampiri ke pukul 2.40ptg.. masa untuk kerja petang pula..
Sampai ke Legal House.. naik ke tingkat 1 aku tengok deretan bilik-bilik itu gelap gelita.. aihh semua orang takde ke.. lalu aku turun semula ke tingkat bawah mencari pakcik security Jimmy & George.. mundar-mandir aku di situ hingga ditegur oleh seorang staf yang masih ada di tingkat bawah.. aku bertanyakan dimana security officer sebab nak tanyakan tentang staf di tingkat 1.. katanya mereka ada di pondok kuning di parking lot..
Aku melangkah laju ke sana.. akhirnya aku temui mereka di situ.. katanya kebanyakan staf sudah pun balik tengahari tadi.. aku teringat.. beberapa hari yang lepas aku ada tanyakan dengan Mandy berkenaan cuti hari jumaat.. katanya kebanyakan staf akan datang pagi itu tetapi akan keluar awal tengahari.. so aku pula faham kerana mereka masih bekerja.. mungkin aku juga perlu datang.. tapi aku pun muskil juga sebab mereka katakan mereka hanya bekerja separuh hari.. tapi aku pula mula bekerja petang hari.. camna nak masuk level tu kalau semua orang dah takde..
Oleh kerana tidak pasti apa yang perlu dibuat.. aku cuba hubungi John.. panggilan pertama tiada jawapan.. lantas aku buat kesimpulan aku tidak perlu bekerja petang ini.. lagipun kata pakcik george mereka dah pun set alarm.. itu bermakna tak boleh masuklah.. walaupun aku tahu bagaimana nak reset alarm tu.. tapi takkan pula saja-saja nak buat begitu kan.. apa lagi.. masa untuk merewang ler ;)
Namun ketika sampai ke bandar aku masih tak sedap hati.. lalu aku call John semula.. memang sah aku cuti.. alahai pesal ler aku tak tahu nie.. aduh-aduh.. jika tidak dah awal-awal aku plan benda lain.. Yang tak tahan John siap perli aku "Don't worry haslina.. we'll find some other time to cover that day off" aduhh.. perli ler tu.. dah bagi cuti rajin bebeno lak nak keje.. yelah mana tau cuti.. aisehh.. tensen den..
Takpelah.. dapat jugalah aku berjalan di city centre.. ramai sungguh orang.. penuh sesak.. rasanya disebabkan kebanyakan pejabat hanya bekerja separuh hari.. menyebabkan sebelah petangnya ramai yang bertumpu di bandar.. aku pula jalan-jalan makan angin jelah.. dari satu kedai ke satu kedai aku masuk.. takde mood sangat nak berbelanje.. singgah juga ke kedai HMV untuk melihat games nintendo DS yang baru.. mahal pulak.. tapi sempat jugalah aku survey apa yang patut.. sambil berjalan-jalan itulah aku ambil peluang ambil gambar..
Terdetik dihati.. terasa sedikit kemeriahan nak raya nie.. begitu ramai manusia di bandar tadi.. walaupun aku rasa hanya aku sahaja wanita melayu yang berjalan disitu.. aku rasalah.. sebenarnya aku nak cari cover iPhone.. susah betul takde cover risau calar balar.. aku nie termasuk kategori ganas juga.. jumpalah di carphone warehouse.. siap dapat beg lagik.. walhal yang aku beli kecik je.. tak kisahlah leh aku bergaya dengan beg yang cantik.. sampai ada yang jeling-jeling tengok aku hehehe.. :)
Aku letakkan gambar yang aku snap petang semalam.. walaupun tidak ada pasar ramadan.. bazar ramadan.. kuih muih.. baju raya.. apa-apa yang raya.. namun berjalan dicelah-celah manusia yang ramai petang semalam mampu juga menerbitkan rasa keseronokan dan meriah menyambut syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi..
Kedai O2 tempat aku beli iPhone 3G
Nukilan Rasa: iina at 06:52 0 sedang senyum-senyum
Friday, 26 September 2008
Temujanji
Ringtone Lagu 'Ingkar' kedengaran kuat yang datang dari telefon bimbit iPhone 3G.. Aku menoleh dan terpandangkan nama yang tercatat pada skrin iPhone itu.. aku jawab dengan selamba
"Hello"
"Kat mana nie?"
"Kat rumahlah mana lagi dah malam-malam nie"
"Masak apa kat rumah?"
Pesal pulak tanya masak apa nie "Alah masak ayam paprik je.. nape?"
"Makan kat kebabishlah malam nie.."
"Alah orang dah makan lah kenyang lagik nie.."
"Kan kata nak belanje "
"Alah weekendlah.. ahad nie"
"Takleh abang nak buka kat masjid" ishh ngada-ngada pulak..
"Emm oklah nak tunggu kat mana?"
"Balik keje karang abg tunggu depan bus stop 9.25"
"Emm.. oklah nanti sampai call balik"
"Abang tak bawak duit tau.. dompet pun tak bawak"
"Takpe nanti ina bawak dompet abang dengan kad bank sekali"
"Apa pulak kan dia nak belanja.. dah gaji takde nak belanja abang ye.."
uih.. ingat lak tu "Yela.. yelah .. tapi nanti ina bawak dompet abang tau"
"Bank dah tutup malam-malam nie.. takleh kuwa duit dah"
Cehh.. ada peluang ngelat ye "Yelah.. nanti sampai call"
Apa mimpi pulak dia call aku ajak makan kat kebabish nie.. tak pernah-pernah pulak.. ikutkan perut aku dah buntat kenyang makan paprik ayam ngan ayam goreng chicken hut.. aduhh.. mana nak isi lagi nie.. takpelah demi dia tersayang ikutkan jelah hajat hati dia.. bukan selalu dia ajak makan kat keluar nie walaupun nanti pastinya aku yang kena belanja..
Oklah aku dah bersiap pun, entri nie sengaja aku taipkan sebelum aku keluar date malam ini.. tengah fikir apa nak makan kat kebabish nie.. aku dah kenyang sangat.. aduhh belanja orang time kenyang cam rugi jekan sebab kita sure makan sikit je.. orang yang kena belanja.. sure makan banyak.. takpe.. takpe lepas nie aku request makan kat nandos lak.. tunggu jelah nanti ekk..
cau ci cau ye.. daa...
Aku jalan kaki sorang-sorang.. uihh sejuk betul malam nie
Nukilan Rasa: iina at 20:59 7 sedang senyum-senyum
Thursday, 25 September 2008
Salam Lebaran
Kad raya ini untuk semua rakan blog yang tersenarai di dalam blog ini dan juga buat semua pembaca dan pengunjung setia blog ini..
Mashi
Cappucino
Rusdi n Family
Zahuri-Kak Pah
Ina Seri
AzamHusna
Reen
Mazeq
Norzu
Kasihku Abadi
Madam lieza
Midah
Bungadaffodil
Fajar
Nani Deen
Ladypotpet
Akuatik
Kyazz
Kak Tiny
Kak Long
Julietchun
Chinta
Akak
CikguZue
Tokma
Abahnajwa
Cikgooden
BeruangMadu
KakLady
Shafa
JabberOn
Enche' Adykasyah
Badakbiru
Viruspadu
middaygeo
Terimalah kad raya dari kami berdua..
Nukilan Rasa: iina at 20:45 9 sedang senyum-senyum
Apa 'Another Got it' tu?
Masih ingat lagi aku masih ada satu lagi 'Got it' yang masih aku rahsiakan..
Nak tahu ke apa dia.. cam rasa bersalah je kalau tak beritahu.. sedangkan dah panjang lebar aku buat cerita pasal benda tu kan.. nie bukan kes nak menunjuk-nunjuk ekk.. sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan.. so juliet..cikgooden.. adykasyah kalau korang semua jeles.. hehehe memang saje dijeleskan ye.. sila-sila kan.. ;)
So semalam akhirnya aku keluarkannya dari kotak.. setelah hampir 3 hari tidak berusik.. rupanya lebih menyeronokkan dari iPhone baru aku hehehe.. eksen betul kan..
So semalam aku test berapakah usia otak aku.. nak tahu dia jawab apa selepas aku buat test tu.. usia otak aku sama usia dengan orang berusia 70 tahun.. sabo jelah hati.. tua bebeno ke otak aku nie.. ke saje nak bagi orang gabra supaya rajin layan games yang disediakan.. psycho ler tu kan..
So apa dia.. aku tunjuk gambar jelah.. lepas nie gerenti kot otak aku usianya 20tahun hehehhee..
Inilah games ye .. Brain training 'How old is your brain?'
Aku siap dapat cover kulit lagik.. so senang nak bawa kemana-mana . Kalau kena menunggu lama ada jugalah benda yang aku nak buat.. layan Nintendo DS
Inilah detail benda yang aku dapat dengan pakej 'Manager Special' di Debenham Argle Street Glasgow.. sapa nak beli.. silakan ekk..
Kalau anak buah aku dapat nie.. mahu dia akan sayang aku sampai bila-bila.. hehehehe..
Nukilan Rasa: iina at 18:51 2 sedang senyum-senyum
Wednesday, 24 September 2008
Tampal gigi
Hari ini temujanji dengan doktor gigi lagi.. syukur takde kena cabut gigi lagik.. idak ngeri je.. tetapi alahai.. temujanji kali ini 2 gigi kena tampal.. gigi atas dan bawah..
Masa tengok doktor gigi tu buat kerja dengan alatan dia.. drilling.. jarum panjang2.. maklumlah semua tu depan mata.. aku sampai tutup matalah sepanjang doktor tu drilling gigi aku.. pastu letak antiseptik.. pastu ukur kedalaman tampalan guna jarum panjang siap cucuk-cucuk tepi gigi tu.. dengan bunyi-bunyi sensor lagik.. aduhhh.. ngerinya.. tak sanggup aku tengok jarum yang panjang tu..
Cuma yang tak tahan sikit biusnya tak tahan lama kali ini.. lepas tampal gigi.. terasa sakit gigi yang ditampal atas dan bawah.. berdenyut-denyut je.. walaupun muka sebelah kanan nie dah bengkak semacam dan kebas.. rupanya sebelah muka je leh gerak.. sebelah mulut lagik xleh.. cuba senyum.. bibir sebelah kiri je yg leh senyum yang kanan statik je tak gerak2.. hilang sat cute aku nie.. tak dapatlah aku tandingi lagi 'kecunan' si julietcun.. hehehe ;)
Alahai.. oklah aku nak rehat.. hanya melaporkan aku tampal gigi je kali nie.. tapi sampai 2 batang atas dan bawah.. means kena bius rahang atas dan bawah juga.. yang paling utama ye.. free jek tak kena bayar pun.. alhamdullilah.. aku duk tunggu gak tadi kena bayar ke.. takde rupanya..
ok time tu rehat.. pala den dah pening semacam.. terasa berdenyut-denyut lak dah.. adeihhh..
Nukilan Rasa: iina at 12:43 10 sedang senyum-senyum
Apa yang seharusku katakan?
Aku sebenarnya sudah hilang kata-kata buat sahabat baikku seorang ini.. sejak dari dulu melihatkan kehidupannya. walaupun jauh disudut hatiku.. banyak sungguh rasa dan perasaan aku buat si dia.. namun sebenarnya juga aku sudah lama hilang kata-kata nasihat.. semangat.. malah apa juga untuk diluahkan..kenapa?
Aku sudah tidak tahu bagaimana lagi untuk menyatakan rasa simpatiku.. rasa hatiku.. rasa sedihku.. rasa ralatku.. dan pelbagai rasa lagi yang lebih selesa aku pendam jauh dilubuk hati.. ya aku akui.. aku sudah tidak lagi seperti dulu untuk terus memberikan kata-kata semangat.. bukan aku tidak mahu.. bukan aku tidak kisah.. bukan aku tidak mahu ambil tahu.. bukan aku tak sayang.. bukan dan bukan semua itu.. tapi semua kata-kata itu sudah puas aku berikan.. sudah puas aku cuba memahami.. sudah puas juga aku cuba menyelami.. walaupun kadangkala niat baikku itu pernah juga disalah ertikan. pernah juga dituduh begitu dan begini.. aku tetap setia memberikan kata-kata semangat itu.. namun kini sudah sampai satu ketikanya.. aku benar-benar sudah tiada lagi kata-kata untuknya.. hanya doaku buatnya sahaja yang mampu aku titipkan supaya dia mampu harungi kehidupan ini dengan setabahnya..
Allah berikan dia dugaan itu.. aku akui.. setiap manusia diuji dengan pelbagai dugaan.. namun kita juga perlu berusaha.. perlu juga melakukan sesuatu.. dan aku juga bukan menyatakan bahawa dia tidak berusaha langsung cuma.. entahlah.. seperti aku katakan tadi.. untuk bercerita pun aku sudah hilang bait kata bicara untuk meluah rasa..
Aku terima apa juga yang bakal menanti.. aku redha jika ini kehendaknya.. cuma aku sudah tidak tahu apa lagi harus aku katakan padanya.. Semoga Allah berikan hidayat dan kesabaran untuknya..
Sepotong ayat yang aku baca di dalam sebuah bilik staf SDS ketika sibuk membersihkan bilik itu.. yang menarik ku rasakan maknanya
" I am a great believer of luck and the harder I work the more I have of it "
Aku titipkan juga doa buat bonda kak haizan yang kini berada di hospital.. semoga Allah permudahkan dan sihatkan tubuh badannya.. saya tahu akak sedih dan risau.. Insyallah kak.. semoga mak akak sihat semula.. amin..
Nukilan Rasa: iina at 04:49 3 sedang senyum-senyum
Tuesday, 23 September 2008
Study fitur iPhone
Akhirnya.. yes.. yes.. aku berjaya settingkan ringtone iPhone menggunakan lagu-lagu MP3 aku.. jenuh study forum untuk tahu proses convertation dari MPEG4 ke AAC file dan convert ke file .m4r
Puas juga sync ke iPhone berulangkali.. percubaan pertama tak berjaya.. lantas bila tukar lagu lain.. berjaya pulak.. itupun setelah cubaan ke 5 6 kot.. akhirnya aku tau step yang kena buat.. tapi jenuhlah sebab kena study forum pasal iPhone nie.. tapi kalau tak baca manakan tahu kan..
Nie yang kadang aku malas bila kena study teknologi baru.. ambil masa nak study semua tu.. terpaksa pergi dari satu forum ke satu forum.. artikel demi artikel kena baca.. cari sampai dapat setiap step yang kena buat.. study software yang sesuai.. study features lagik.. tapi sebab dah biasa buat kerja-kerja nie.. buat jugalahkan.. kalau tidak manakan tahu step by step.. nokia N95 8GB dulu pun tak habis study lagik.. malas sebenonya.. dah tua-tua nie cam malas je nak study teknologi terkini.. tapi dek kerana perlu mengejar ke canggihan teknologi.. harus jugalah seiring dengan zamannya.. apatah lagi teknologi iPhone yang menggunakan sync dengan iTunes.. yang hanya sekadar aku download suatu ketika dulu dengan pakej yang disekalikan dengan Quicktime semasa aku study research virtual reality dulu.. lepas tu dah lama tak guna.. hanya sekali sekala bila melibatkan video dalam bentuk .avi jika dalam bentuk .flv maka software lain pulak yang digunakan..
Uihh.. korang faham ke apa yang aku taip nie.. canggih bebeno bahasanya.. sorry ekk orang teknologi ginilah.. terpaksa study mana yang patut walhal banyak lagik yang aku kena study untuk PhD aku aduihhh... maleh ler nak cite nanti lagik korang tak faham apa-apa..
Teringat tadi pagi.. sorang kawan aku tanya "kenapa ko letak bunga matahari pada poster ko ye"
Adehh kawan aku nie.. jenuh aku nak jawab kenapa.. aku letakkan gambar tu jelah ekk.. pepandailah korang tafsir apa maknanya.. nak tahu jawapan.. lain kali jelah ekk.. ehh dah cite lain dah nie.. takde kena ngena ngan iPhone aku ;)
Esok sahajalah aku study nak upload gambar lak.. bilalah aku nak study benda 'got it' yang kedua nie.. masih terletak elok dalam kotak lagik.. mmm...
Apa pun aku dah tak larat.. nak tido.. nite-nite ye..
Nukilan Rasa: iina at 22:53 6 sedang senyum-senyum
Apa "Got it" tu?
Memandangkan ramai yang tanya.. so aku tunjuk jelah apa yang aku beli hari ahad lepas..
Tadi ke SUMSA.. program solat Dhuha dan Tasbih bersama kaum wanita .. Alhamdullilah.. ramai yang datang solat bersama..
Sempat jugalah kekawan aku semua membelek-beleknya.. ahhh semua cap jari korang dah ada kat hp aku.. lepas nie leh buat scanning hehehehe
Apa dia.. inilah dianya..
Sebenarnya dipromosikan oleh beberapa orang rakan sekerja di GU.. bak kata-kata mereka.. "Ambiklah rugi kalau tak ambik.. bila lagi nak rasa.. "
Teringat kata-kata kawan sorang tu ketika menunggu bersama di bus stop.. "Seronoknya tengok orang pakai iPhone"
Dijawab oleh sorang kawan lagi pada kawan aku tu (bukan pada aku tau).. "Aihh kerja pagi petang.. takkan tak leh nak beli satu kot.. "
Aku duk dengar jelah.. hajat dihati memang nak beli tapi sebab kenangkan dah ada Nokia N95 8GB aku tu.. ketika baru ambik tu glamour gila hp N95 nie.. sekarang dah obselete je.. zaman iPhone lak..
Memandangkan pakwe beria-ria nakkan HP yang postpaid sebab senang nak guna tanpa perlu risau baki kredit.. so aku tawarkan HP nokia N95 8GB aku tu.. sebenarnya dari dulu dia nak HP tu tapi makwe dia dah beli dulu.. kadang-kadang dia guna gak hp tu.. so.. setelah perbincangan pendek.. akhirnya pakwe setuju pakai HP tu.. continue je pakai.. bayar bulan2 je kat aku. itu pun dah bagi diskaun.. bagi free tak leh ler.. sebab kopak lah kena bayar 2 line tepon.. umah lagi.. broadband lagik aihh.. mana boleh..
So kerana dia bersetuju.. petang ahad tu juga aku ke O2 untuk mendapatkan iPhone 3G.. sungguh pantas dan cepat.. sebab dah aim lama nak beli nie ;).. Puas jugalah membelek.. yang aku suka features untuk access web.. sungguh mudah dan besar skrinnya.. nak check email pun on the go dengan mudah... tak perlu susah payah nak tunggu balik rumah atau di CIS.. walau bagaimanapun aku idaklah rajin sangat check email atau blog.. siang hari tu banyak keje.. mana yang dapat jelah kan..
Di sini agak mudah untuk mendapat jenis-jenis HP terkini dengan hanya mengambil kontrak postpaid selama 18 bulan.. dengan hanya 35pd sebulan.. dengan 600 minit call dan 500 text percuma setiap bulan...dengan mobile internet unlimited..(pakej yang aku ambiklah) Sesiapa pun boleh ambil pakej begini.. sebab itulah kebanyakan kami dapat mengayakan atau menggunakan HP yang diinginkan dengan mudah.. yang penting bayaran bulanan akan ditolak terus dari akaun bank.. dipanggil sistem direct debit.. banyak pakej yang ditawarkan dan paling murah dalam 30pd sebulan..
Buat kawan-kawan nombor lama dah tukar ye.. pakwe den pakai.. aku pakai nombor baru dah skrg nie.. ;)
Nukilan Rasa: iina at 13:28 6 sedang senyum-senyum
Monday, 22 September 2008
Tag dari Nas
Aduhh kena tag.. takpelah jawab mana yang termampu ekk
1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Adeihhh sedih nak jawab soalan nie sebab takde baju raya baru ler.. yang ada baju tu dah 2 tahun lepas.. so takleh nak kategorikan baju raya baru ler.. tapi adalah sepasang 2 baju yang dah berulangkali dipakai kat sini.. color.. kelabu.. hijau.. purple.. oren.. ehh pesal cam banyak pulak hehehhee kata sepasang 2 je..
2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Biasalah makanan yang wajib ada pagi raya.. ketupat.. rendang ayam.. kuah kacang dan masak lodeh.. kalau kat kampung mak rajin buat ketupat daun palas.. kalau balik kampung pakwe.. wajib ler ada lemang.. tahun nie.. seperti tahun lepas masak sendiri.. cehh cam selama nie tak masak sendiri hehehhe.. selalu balik kampung mak dah siap masak rendang kuah kacang semua.. kitaorang.. apa lagik makan ler puas-puasnya.. ;)
3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
Tat nenas yang fesyen lama.. yang guna acuan bulat letak jam atas dia.. bukan tat gulung.. tapi kalau ada tat gulung bedal juga.. almond london.. tapi paling fav adalah tumpi dan lempeyek.. terutama mak buat.. sedapnya.. waaa... adakah aku akan terima kuih raya itu semua.. tadi call mak katanya ayah p pejabat pos.. barang makanan tak leh pos dah ke uk.. termenung mak dan ayah.. sayu pulak hati dengar mak kata ayah tak dapat nak pos.. mak lagi pulak dengar suara dia cam nak nangis je.. tapi slow talk ngan mak.. suruh ayah declare benda lain.. gift raya ke.. jangan cakap kuih raya dan makanan sure tak sampai yelah.. so harap2 ye sampailah kuih raya aku tu.. kata mak banyak juga dia pek.. alahai.. ya allah sampaikanlah bungkusan tu.. sebenonya idaklah kisah sangat pasal kuih raya tu.. tapi bila dengar suara mak cam sedih je tak dapat nak pos tadi.. aku dah sebak.. nak nangis tahan jelah.. syahdu ye.. nie pesal cite sedih nie.. menjawab soklan ke nie hehehhe tak kira ler ekk.. asal jawab
4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Dah beso panjang nie mana de dapat duit raya dah.. bagi duit raya ada ler.. tapi kalau ada yang nak bagi..silakan.. silakan.. diterima dengan tangan terbuka hehehehe.. Tahun lepas dan tahun ini.. takde duit raya untuk bebudak.. setakat duk kat Glasgow nie ler.. tapi??? sebab aku bakal balik sebelum habis raya.. aduhhh adakah aku kena bagi duit raya kat anak-anak buah aku yang 7 orang itu.. aduhai.. kena difikirkan.. bagi sorang sepound atau 2 pound aci tak.. kalau convert dah RM 6-12 tu.. banyak pe kan.. kan.. kan..
5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Kalau di kampung.. kerana aku duduk kampung yang majoriti orang jawa so adat mengunjung bekalan tu adalah biasa.. maksudnya kena bagi makanan raya tu kat jiran keliling rumah.. petang nak buka tu.. penuh meja dengan lauk ngunjung.. kuah kacang sampai 5.. 6.. rendang lagik.. sambal gorg jawa.. pastu aku duk tanya mak.. nie sapa bagi mak.. wak mana yg bagi.. mak lak explain... nie wak sebelah bagi.. nie wak ijah bg.. nie mak usu ko bg.. nie sepupu ko bg.. dah seterusnya senarainya.. pakwe aku masa mula2 kawin ngan aku.. tengok lauk malam raya tu terkejut.. sebab pesal banyak sangat.. kuah kacang sampai 5 6 mangkuk.. itu belum lelain ye.. aku cakap ini biasalah.. sebab aku dah biasa bertahun-tahun begitu.. itu yang seronok..
Malam raya aku akan buat 3 biji kek.. setiap tahun gitu.. kek batik.. kek marble dan kek biasa.. kadang2 kalau rajin wat kek coklat.. tapi kek batik adalah wajib setiap tahun sebab ada kawan adik aku sorang tu tiap kali raya dia pasti akan tanya mak mana kek batik.. tak sangka lak ada peminat kek tu.. tapi dah aku takde nie.. tah sapa take over.. takdelah.. malam raya biasa aku akan tidur lewat.. sebab tolong mak kemas umah.. temankan dia masak... layan cerita dia.. kadang aku tolong isi beras dan terik ketupat sebab nak rebus malam tu.. kadang2 kalau sempat ajak pakwe p klang.. jalan-jalan malam raya kot2 ada jualan lelong ke apa ke..
Tapi... kat Glasgow.. malam raya tetap prepare masak lauk raya ler.. kuah kacang.. rendang ayam.. nasi impit.. masak lodeh biasa aku masak pagi raya sebab takut tak tahan esok pagi.. setiap tahun di Glasgow.. malam raya tu ada takbir raya dari rumah ke rumah.. so malam raya tu juga aku akan prepare makanan untuk mereka yang bakal ngunjung untuk takbir raya.. bila dengar je takbir raya tu syahdu ye hati.. tapi terasalah kemeriahannya.. selesai dari masak.. masa untuk telefon mak dan ayah.. minta maaf.. tanya apa2.. nangis2 syahdu2.. semualah kan.. so esok pagi raya set janji dengan kekawan nak pergi masjid untuk solat raya.. pastu pergi beraya umah kekawan yang terdekat..
Cukuplah jawapan tu.. selamat hari raya ye..
Aku nak tag.. bungadafodil, reen, cappucino, julietchun, mazeq.. jawab tau tak kira hehehe ;)
Nukilan Rasa: iina at 22:45 5 sedang senyum-senyum
Another got it
Suatu petang 2 bulan yang lepas.. Ketika James masih bekerja di Legal House.. kami turun bersama ke tingkat bawah dengan lif yang sama. kebiasaannya kami sering berbual tentang hidup.. plan weekend buat apa.. kadang pasal cuaca.. kadang pasal kerja.. ketika menghampiri pintu keluar.. James terhenti langkahnya.. sambil mengaru kepala dan menepuk dahi.. dia berkata
"Oh.. I left my ******** on my desk, ooohh it will be a boring journey home without it" Kata James sambil mengerutkan mukanya..
Aku pula tersenyum.. lantas mengiakan kata-kata James itu.. Hatiku pula berkata.. "Ehh James pun beli benda tu.. mesti best guna benda nie kan.. betul juga bila boring-boring menunggu lama.. atau dalam menaiki bas atau train.. sekurang-kurangnya benda tu dapat menghilangkan kebosanan"
Oleh kerana sudah hampir ke pintu keluar James berkata "Oh well.. let it be then"
Aku lalu mengucapkan selamat tinggal kepada James dengan ucapan "cherriio" satu ucapan selamat tinggal yang biasa dilagukan disini.. dan aku sambung dengan kata-kata "Have a nice journey back home James.. see you tomorrow.. and good nite"
Sudah hampir sebulan James meninggalkan Legal House.. kadangkala aku terasa juga ketiadaannya.. dulu dia sering menanyakan tentang khabar beritaku dan sering juga berbual denganku.. kini semenjak dia tiada terasa sedikit bosan di situ.. walaupun staf yang lain adakalanya menegurku seperti biasa.. namun keramahan mereka tidak sama dengan James.. terasa sungguh satu kehilangan..
Semenjak perbualan itu aku sering berangan-berangan untuk memiliki benda tersebut.. satu alatan teknologi yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa bosan.. apatah lagi sering diiklankan di TV.. dengan menggunakan pelakon yang terkenal seperti liv tyler, carrie underwood, america ferrera, nicole kidman.. apatah lagi mampu melatih minda.. dan menilai skornya..
Namun melihatkan harganya fikir banyak kali jugalah kan.. sudah beberapa minggu ini aku membuat penilaian di Argos.. Currie.. laman web online yang lain.. ada jugalah tawaran menarik di Argos.. yang turut memberikan beberapa barangan tambahan disamping alatan tersebut.. apatah lagi ia datang dalam pelbagai warna.. namun aku hanya minat pada warna hitam sahaja..
Akhirnya semalam.. selepas memiliki barangan 'got it' yang pertama.. aku terpandangkan iklan tentang barangan ini di Debenham.. katanya sila ke tingkat 5 untuk mengetahui tawaran yang disediakan.. sedar tak sedar kakiku mula melangkah ke tingkat 5.. hajat dihati sekadar untuk menjengah dan melihat harga... rupanya ada tawaran 'Manager special' yang lengkap dengan barangan lain yang turut diberikan bersama.. "Menarik nie" kata hatiku.. dan aku pun mula mencongkak pula harga tawaran yang ditawarkan di Argos.. hampir sama.. tapi tidak termasuk insuran.. tawaran ini termasuk insuran.. lebih kurang sahaja harganya di Argos.. tetapi punya lebihan accessory yang lain.. aku mula teragak-agak.. nak beli ke tak nak.. puas fikir.. akhirnya aku tanyakan saleman yang ada di situ.. dan dia terangkan satu persatu barangan yang diberikan di dalam tawaran itu..
Akhirnya.. aku nekad... ahh beli sahajalah.. bila lagi.. jika asyik berkira sampai bila takkan beli.. jika Di Malaysia.. jika di'convert' ke dalam RM.. mahu rasanya aku tak beli.. dengan harga yang hampir mencecah ke RM1000 .. lebih baik beli benda lain.. di sini kerana nilai bayaran adalah dalam pound sterling.. agak kurang terasa sedikit tingginya nilai duit tersebut..
Aku bayar harga barangan itu dengan nekad.. sudah lama berangan-berangan untuk memiliki apatah lagi sejak perbualan aku dengan James tempohari.. sebab barangan ini sesuai untuk semua peringkat umur.. dan aku pernah juga lihat seorang wanita separuh umur menggunakannya di dalam bas dengan khusyuknya tanpa mempedulikan yang lain.. teruja melihatkannya.. apatah lagi aku sudah lama teringin untuk memilikinya.. lagipun.. kalau tak nak guna.. kalau bagi pada mana-mana anak buah aku rasanya (sebelah pakwe aku).. mahu semua berebut punya.. uihh.. takpe.."biar mak lang pakai dulu puas-puas.. nanti tak nak baru bagi kat diorang"
So apa dia.. agak-agaklah sendiri ye dari cerita aku ini.. sahaja nak mendera fikiran korang semua apa agaknya yang aku beli.. rasanya bagi yang berada di UK pasti dapat mengagak apakah barangan yang aku maksudkan.. sebab sentiasa ada dalam iklan di TV..
Biarlah aku tunjuk beg dia jelah kan.. kan.. kan..
Walaupun begitu.. barangan itu masih terletak elok lagi dalam kotak.. belum rasa nak keluarkan dan study cara menggunakannya..
Kenapa lah cam tak excited je.. sebab barangan 'got it' yang pertama pun masih belum habis study lagik.. aduhh.. pening pala den study features dia.. sampai kena cari manual user kat internet.. tulah beli yang canggih lagik.. aku rindukan N95 8GB yang aku serahkan secara rasmi kepada pakwe yang lengkap dengan unlimited mobile internet dan dia hanya bayar separuh sahaja dari yang aku bayar setiap bulan.. untung sungguh.. balance aku juga yang cover.. Rasa cam nyesal pun ada.. cam rasa nak cakap je kat pakwe "Bang mintak balik hp tu boleh ;)" mahu kena perli berdas-das dengan pakwe aku.. pagi tadi tengok dia duk study N95 tu.. camno nak minta balik nie.. cam takde peluang je ;)
p/s Pssttt.. nie kira dah bagi hint2 ler apa yang aku beli untuk 'got it' yang pertama ;)
Nukilan Rasa: iina at 19:04 8 sedang senyum-senyum
Got it!
I got it finally..
Semalam aku memperolehinya.. sejak berangan-berangan beberapa minggu lepas lagi..
Dengan bangganya aku bawa balik beg ini.. kandungannya?? bolehlah agak-agak kot..
Suprise heheheheh ;)
Nukilan Rasa: iina at 05:52 5 sedang senyum-senyum
Sunday, 21 September 2008
Berjalan ke Carboot Lanark
Pagi ini aku ajak pakwe ke carboot.. kali ini ke Lanark.. kali terakhir kami ke sini rasanya beberapa bulan yang lepas.. itu tumpang kereta eda..
Kali ini teringinlah nak pergi dengan kereta sendiri.. akhirnya kami sampai juga.. rasanya hanya kami sahaja orang malaysia yang ada di situ.. takde apa sangat yang dibeli pun.. sekadar menjamu mata.. beli barangan dapur..
Sempat jugalah aku ambil gambar disekitar carboot Lanark ini..
Tengok hardware lagik??
Nukilan Rasa: iina at 18:37 5 sedang senyum-senyum