Wednesday 10 February 2010

Keju itu ada di tengah

Hari ini mahu buat entri riang-ria..
Sebab ada orang 'sound' kata entri sekarang nie asyik sedih syahdu mendayu-dayu jek..
Ahaks.. I'm sorry ok..
Biasalah bab ketepuan yang maha hebat 2 bulan nie..
Al-maklumlah kan..
Wanita berkerjaya merangkap mengejar pelajaran nie memang camnie kan kan
Pakwe pun jadi 'househusband' dah 3 tahun lebih..
Asyik makan air tangan suami jek
(Alah sekali sekala jek.. 3/4 hari dalam setahun tuh aku yang masak tau)..
Takpe makin bertambah sayang hari-hari..
Cerita bab makan nie mesti semua sukahati..
Riang gembira.. lalala kan..
Bak kata pepatah lama 'kenyang perut suka hati' tapi kalau 'lapar perut??'
Jawab sendiri hehehe


Beberapa hari yang lepas aku menonton rancangan tentang guru lagenda memasak yang cukup terkenal di UK 'Delia Smith'.

Beliau cukup dikenali hampir semua generasi kerana banyak rancangan terbitannya mengenengahkan teknik-teknik masakan yang betul dan khusus untuk masakan di rumah.

Yang paling menarik perhatian aku adalah teknik untuk membuat 'cheese omellette'

Senang tak sampai pun 10 minit hahaha.. (kalau aku buat 5 minit jek.. amat yakin nie hhehehe) tapi cukup sedap di mulut sendiri..


Bahan:
2 biji telor.. (ikut saiz mulut, perut dan kuali.. utk aku sebiji dah cukup)
Beberapa hirisan/parutan keju (aku guna sebiji babybel cheese atau sekeping keju cheddar.. senang patah atau koyak jek keju tuh)
1/2 sudu mentega
1/2 sudu minyak

Cara-cara membuatnya:

Alah takkan tak tau camna nak buat omellette..
Mesti tau kan.. tak yah beritahu boleh?? wakakakah jangan marah ok..
Ok serius nie serius.. karang telur omellete jadik telur mata kerbau lak

1. Pukul telur hingga sebati sikit.. (tak yah lama-lama bukan nak buat kek pisang sukahati ok) boleh ler letak garam dan pepper sikit
2. Panaskan kuali (bukan periuk tau) dengan sedikit minyak.. sikit jek..agak2 ler
3. Masukkan mentega tadi
4. Ratakan minyak dan mentega yang cair pada seluruh kuali biarkan mentega berbuih sikit
5. Masukkan telur yang telah dipukul di tengah-tengah kuali tersebut..
6. Ratakan telur pada seluruh bahagian kuali dengan mengangkat kuali sambil menyengetkan baki telur yang belum masak.. (alah sendiri imagine ler) Biarkan selama 5 saat.
Jika baki cairan telur masih banyak, telur yang separa masak tuh dikautkan (ditarik dari tepi kuali) ke tengah kuali (mulakan di sebelah kiri atau kanan kuali) dan sengetkan kuali supaya cairan telur tuh mengalir ke tepi kuali.. buat sekali lagi utk bahagian sebelahnya pulak dengan cara yang sama sampai semua telur itu rata dalam kuali itu..
7. Biarkan hingga seluruh telur itu dengan baki bahagian atasnya yang masih separa masak, masukkan keju yang telah di potong.
8. Lipat sebahagian telur itu dan keluarkan daripada kuali.. (jangan biarkan lama-lama nanti jadi telur dadar garing pulak)
9. Taburkan baki keju tadi. Hidangkan dengan sos atau baked bean atau apa-apa sahajalah yang dirasakan sesuai.. Nak makan begitu sahaja pun boleh

Kalau agak-agak malas nak buat sarapan.. Cheese Omellette nie enak dimakan bersama sosej, baked bean.. nak makan dengan nasi pun boleh gak.. Asalkan sedap di mulut sendiri ya..

Boleh juga selain gunakan cheese.. boleh juga letak bawang, cili benggala, jagung dan sayuran ikut suka. (nanti jadilah telur bungkus lak hehehe)

Boleh tengok resepinya di sini

Enjoy ok.. Sekarang nie mood nak masak bukan-bukan aje.. sebab kepala tengah full-blast berfikiran sepanjang hari..

Ditambah dengan cuaca yang semakin sejuk.. perut juga asyik menyanyi lagu riang-ria gembira..



Tiba-tiba teringat nasi goreng ayam
nasi goreng pataya
nasi goreng usa
nasi goreng paprik
;)


11 comments:

ibundo said...

uwah.. kacang botul ni. memang ado nada happy lam n3 ko. tu la.. jgn feeling lamo2 bona kehkeh..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

wah...mcm senang! nak try la nti. alamak cheese x de lak dlm peti ais. esk la beli..

x sabo ni!! nyum..nyum..

p/s: untung akk ada suami yg mcm tue. jangan sia2 kan pengorbanan dia taw.

KTS said...

nasib... nasib... nasib ada cara membuatnya..

.
.

errr... telur mata kerbau aku reti laaa...

.
.
.

hihihi... dgn tak tau malunya aku mengaku ;D


.
.


nasi goreng USA mmg sedap...
nanti aku tolong makankan utk ko eh :P

mugiwara said...

nasi goreng uk bila nak ada?

faqir said...

omelete ni kok di makan ngn belut paprik...sedapss apoo ehehhehe

arapink said...

uishhh...sesekali jumpa resepi kat umah kak iina ni mesti kena cuba nih...hehehehe

julietchun said...

rasanya kena prektis banyak kali nih takut jadik telur tak berbungkus plak,eheheheeh. aku nak belanja ko nasi goreng pattaya, ikan 3rasa, jom :P

Mak Su said...

iina, goreng2 tu ada kat malaysia aje tak?

iina said...

Kak Pah

Masakan orang malas yang cepat dan sedap hehehe.. mood ok sikitlah adalah boleh happy sikit.. sikit jek hehehe

Mama adam

Leh try.. senang jek.. beli keju keping tuh jek senang.. nk beli mozarella krg mahal sikit ekk..

Pengorbanan dua2 belah pihak dik.. dia happy gembira jek kat sini.. akak lak yang tiap malam siang duk ingat2 study yang belum selesai nie.. mimpi2 muka supervisor pun ada.. hehehe

KTS

oklah leh wat telur mata kerbau.. telur rebus reti dak??? hehehe.. takpe tolong makan.. aku tumpang kenyang jelah ahaks

Mugiwara..

Nasi goreng UK tiap2 minggu ada di rumah no15 jln albert hehehe..

Faqir

umangai.. ekau nielah kan.. ado yolah.. belut paprik lak.. kena raso nie

Ara

hehehe.. jrg sgt letak resepi kan bkn apa kdg2 tuh malas nak ambik gmbr.. nie pun gmbr import dr web delia.. gmbr omellette yg akak buat?? hahaha sudah selamat di mulut sendiri

Juliet

Aku sudah praktis 3 kali hehehehe kira cam dah lulus ler.. leh buat masa tengah iklan tgk american idol kat tv.. siap ngam2 jek sebelum iklan abis ahaks

Mak Su

Kalau nak yg sedap kat kedai semua kat mesia.. cuma sekali kami jumpa kedai masakan thailand masa ke german-frankfurt dulu.. memang makan best2 masa tuh

Lady of Leisure said...

hehe kalau balik malaysia nanti boleh amkan memacam...

iina said...

Lady

Hehehe.. boleh.. tapi dah blik nnti mesti dah tak teringin dah hehehe ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin