Monday 15 December 2008

Dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah 2

Sambungan entri Dari Kuala Lumpur ke Kuala Pilah

Petang semalam aku belek semula gambar-gambar yang aku ambil semasa balik ke Malaysia pada bulan 10 yang lalu.. Teringatkan perjalanan yang kami lalui dari Banting ke Bahau yang melalui pekan Kuala Pilah.. Tujuan kami ke Bahau untuk ke rumah Pak cu untuk mengambil daging untuk kenduri kahwin Jai dan membawanya pulang ke rumah mak di Jelebu..

Sebenarnya terlintas juga untuk menjengah ke Pusat Matrikulasi Kuala Pilah.. Kali terakhir aku ke sana hampir 9 tahun lepas.. ketika itu Bangunan Pusat Matrikulasi telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran ketika itu.. bukan lagi dibawah kendalian Universiti Kebangsaan Malaysia zaman aku dahulu.. Ketika itu bangunan baru tersergam indah.. tidak ada lagi bangunan dinding separa kayu lagi.. bangunan asrama pun sudah berubah rupa.. padang bola yang dulunya kering kontang dan botak penuh debu tanah merah juga tidak ada lagi.. Semua kenangan dan seni bina zaman matrikulasi yang aku lalui sudah hilang semuanya.. tidak tahulah sekarang ini.. mungkin sudah bertambah jauh berbezanya..

Semasa di PMKP (Pusat Matrikulasi Kuala Pilah), jurulatih hoki kami adalah Cikgu Mai Shihah.. Malah cikgu Mai Shihah ini memang rajin mengajak kami ke rumah untuk jamuan hari raya.. dan kami pasti tidak akan melepaskan peluang ke sana..

Siapa sangka kan.. akhirnya kini kami bekerja di bawah Universiti yang sama dan di fakulti berbeza.. Teringat ketika aku berjumpa dengannya sekembalinya dia dari melanjutkan pelajaran di peringkat Phd (ketika aku mula bekerja dengan UPSI, dia sudah melanjutkan pelajaran)dan jika tidak silapku.. sekembalinya dia melapor diri bertugas.. aku pula berada di Edinburgh.. Aku pernah menegurnya.. mengatakan aku salah seorang anak muridnya di PMKP.. hanya dia tidak mengajar aku di KK2.. tetapi kami kenal rapat dengannya kerana dia merupakan jurulatih hoki kami.. dan semasa kami berkampung di UTM untuk sukan antara universiti.. kami jadi rapat bersama..

Ketika itu aku tidak pasti untuk memanggilnya dengan gelaran apa? Cikgu? Kakak? janggal rasanya memanggilnya kakak.. tapi dengan selamba dan rendah hati cikgu Mai Shihah menyuruhku memanggilnya Kak Shihah sahaja.. mulanya agak kekok tapi lama kelamaan.. jadi biasa..

Masih aku ingat juga baju rasmi di PMKP.. baju kurung putih berkain corak garisan merah jambu.. Zaman ini masih lagi zaman berutus surat yang berkajang dan berjela.. setiap minggu setiap kali untuk ke perhimpunan rasmi pada hari isnin.. pasti aku akan jengah ke peti surat yang terletak di luar pagar PMKP.. dan setiap minggu juga aku akan terima surat balasan dari si dia.. telefon?? emm jangan dikatalah.. kalau diingat-ingat dan dihitung-hitung tah berapa banyak agaknya duit siling yang dikumpulkan.. macam emas sahaja duit siling ini.. kalau dapat sahaja.. pasti akan disimpan buat panggilan rasmi ;)

Semasa separuh tahun berada di sana.. kebetulan ketika itu bekalan air di PMKP terputus teruk hampir 2 minggu.. memang terseksa sekejaplah hidup masa itu.. tiap kali jika lori tangki air datang.. pastinya hati kami tak senang.. mata dan kepala asyik meleret memandang ke tingkap dan gelisah tak tentu halanya.. Apatah lagi ketika itu kelas sedang berjalan, cikgu pun sudah masak dengan gerak laku kami bila nampak lori tangki air.. dapat je izin.. semuanya berlarian balik ke bilik mengangkut baldi air.. masih aku ingat mengangkat 2 baldi air dari kawasan perumahan berhampiran PMKP.. rumah salah seorang guru matrikulasi kami.. jauh tu berjalan nak sampai ke bilik.. tapi sebab mengenangkan air itu keperluan utama.. laratkan jugalah.. hingga kami pernah mencipta teknik menjimatkan air.. mandi siap boleh syampu rambut dengan hanya 2 gayung air sahaja.. hehehe.. dahsyat tu..siap recyle lagik tu.. kalau diingat baliklah.. memang lucu semuanya..

Semasa perjalanan kami ke Bahau.. kami tidak melalui pekan Kuala Pilah secara terus tetapi mengikut jalan pintas dan keluar di hadapan masjid Kuala Pilah yang terletak tidak jauh dari Stadium Kuala Pilah.. lagipun kami perlu tiba cepat ke Bahau.. dan perlu pula berpatah balik ke Kuala Klawang.. Ketika melalui jalan ke Bahau.. aku teringat aku pernah bermalam di rumah rakan sebilik (semasa tahun satu di UKM) di kampung Beting.. dan suami kakak angkatku (Kak Mai) pula orang batu kikir.. dan aku juga pernah ke rumah kak Mai di kampung Sabon (masih dalam kawasan negeri sembilan) berhampiran sempadan negeri Pahang (Manchis)

Entah bila lagi agaknya akan ke sana.. banyak memori lama di situ.. Apatah lagi buat pakwe.. Dia dibesarkan di Kuala Pilah semasa abah masih bekerja sebagai pegawai polis di pekan Kuala Pilah.. selalu juga dia menceritakan kisah zaman anak-anaknya di situ.. malah ketika kami melalui pekan itu pun.. dia masih juga menceritakan kepadaku tempat-tempat yang sering dikunjunginya semasa kecil dulu..

Setiap orang ada kenangannya.. ada kisah kehidupannya.. dan begitulah juga kisah hidup kita..

3 comments:

KTS said...

agak2 skrg ni ko masih guna ke tak teknik jimatkan air tu...
hehehehehehe... aku dpt rasakan ko masih gunakan teknik yg sama tu...
ataupun ko mmg tak perlukan air lagi... almaklumla... sejuk banget kat tmpt ko tu... :D takyah mandi sebulan pun takpe... bahaya tu klu tak mandi sebulan :P

iina said...

Sepanjang aku duk sini belum penah lagik aku tak mandi walaupun sehari tau.. pepagi buta sejuk nie pun aku tetap bangun mandi tau.. umah aku ada bathtub tau.. rugi ler kalau mandi takat 2 gayung je.. tak feeelll ler mandi heheheh

Tijah said...

pilah?? pilahdelphia tu tempat aku membesar tu. byk giler nostalgia kat sittew...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin