Thursday 18 December 2008

Cinta itu...

Sudah lama kami tidak berbual tentang perkara kehidupan.. selalu juga kami membincangkan banyak perkara tentang hidup, manusia, tingkah laku, cinta dan malah apa jua yang dirasakan sesuai untuk dibualkan..

Sedang rancak berbual tentang persediaan hadiah x'mas untuk supervisor masing-masing.. telefon di atas mejaku berbunyi.. aku angkat gagang telefon itu.. kedengaran suara seorang wanita

"Hello"

"Hello, can I speak to Suthanya please?"

"Ok, hold on" Aku panggil si Suthanya.. dengan nada selamba

"Suthanya, your boyfriend"

Dia memandangku dengan muka tidak percaya..

lalu aku kata lagi.. "Really.. your boyfriend call for you" (aku cakap cara susunan ayat dia)

Dia angkat gagang telefon itu dengan berkata "Hello, darling" sambil ketawa menyengih depan aku.. dan aku pun keluar mengambil segelas air sejuk di pantry berhadapan bilik..

Aku masuk semula.. melihat dia masih berkata-kata di telefon.. nadanya seolah kedengaran serius.. sambil dia berbual aku pun menyampuk..

"chai.. chai.. chai" dan dia pun gelak mendengar kata-kata aku.. (chai itu bermakna yes atau ya dalam bahasa thai)

Memang aku suka mengusiknya bila sedang berbual di telefon atas meja aku tu..

Selesai panggilan itu.. aku tanyalah siapa.. kebanyakan rakan-rakan senegaranya aku kenal dan pernah berjumpa.. katanya seorang rakan menelefon untuk berkongsi perasaan dengannya.. dia baru sahaja lepas berjumpa dengan supervisornya..

Aku faham sangat sindrom ini.. kalau lepas jumpa SV (supervisor) memang mood jadi on off.. kalau kena berita gembira.. memang seronoklah.. kalau kena bebel atau berita tak gembira.. memang murunglah jadinya dan memang cari rakan tempat luah perasaan.. aku dah masak sangat.. sebab kadangkala aku pun begitu juga..

Entah bagaimana perbualan kami berlanjutan tentang isu cinta.. menarikku kira perbualan kami tadi.. tentang sahabatnya yang sedang bercinta dengan jejaka yang kini berada di Thailand.. katanya jejaka itu terlalu mengokongnya.. malah untuk keluar bersama rakan-rakan pun tidak boleh.. malah setiap gerak geri perlu dilaporkan.. bukan itu sahaja.. setiap hari perlu membuat panggilan ke Thailand pada masa yang telah ditetapkan setiap hari.. Katanya.. sahabatnya ini terlalu menyayangi kekasihnya itu.. mereka telah bersama selama 6 tahun..

Suthanya berpendapat.. jika benar-benar jejaka itu menyayangi sahabatnya.. sepatutnya perlu ada rasa kepercayaan dan kebebasan.. bukan mengongkong begitu.. katanya kalau dia dah lama dia tinggalkan jejaka begitu.. Ya aku setuju kata-kata Suthanya jika difikir secara logik dan rasional.. namun aku berikan pendapat yang berbeza.. kenapa?? Suatu ketika dulu aku pernah merasa seperti mana yang pernah sahabat dia lalui kini..

Bercerita tentang kisah silam aku padanya membuka sedikit memori lama tentang pertimbangan sikap begitu.. aku terlalu faham mengapa dia punya rasa begitu.. memanglah bila melihat.. sesiapa pun pasti akan berkata mengapa bodoh sangat biarkan diri dikongkong.. menurut kata.. terlalu sayang.. bukankah sepatutnya suatu hubungan itu berlandaskan kepercayaan..

Seperti aku katakan.. cinta itu punya makna tersendiri buat sesiapa pun.. cinta itu buta.. cinta tak kenal siapa.. cinta itu indah.. cinta itu merana.. cinta itu kejam dan apa jualah.. terpulang pada diri sendiri untuk menafsirkannya..

Padaku bila bercinta kebiasaannya.. kita banyak menurut rasa hati dan kadangkala cuba menidakkan dan menolak akal yang rasional.. sebab itu ramai bila bercinta kadangkala kalah dengan kehendak hati.. hingga yang putus cinta juga sanggup bunuh diri.. kenapa?? kerana kehendak hati.. mengatasi kewarasan fikiran.. Aku percaya sesiapa bercinta pasti tahu rasa ini.. tak jumpa hati merindu.. tak dapat bersua muka.. lalu depan rumah pun dah cukup melepaskan rindu.. nampak barangan hadiah darinya.. dijaga dan disimpan dengan baik.. dihargai sebaik mungkin..

Lantas aku katakan padanya.. pada keadaan begitu.. apabila kita punya sahabat yang begini.. jadilah sahabat yang baik padanya.. jangan putus asa untuk membantunya menghadapi apa juga keadaan.. kerana ketika dia bercinta.. kewarasan fikirannya mungkin tidak sampai pun 50%.. jadilah sahabat yang mampu membuatkannya berfikiran secara rasional saat dia hanya mengikut kehendak hati.. Memanglah kadangkala kita tidak setuju dengan tindakannya yang kita rasa begitu bodoh.. dan sungguh tidak masuk akal.. tapi.. melihat dan melalui serta mengalami adalah perkara yang berbeza.. sebagai sahabat kita hanya mampu memberikan sokongan dan teguran semampu mungkin.. namun jangan sekali-kali berputus asa untuk membantunya.. saat susah atau pun senang.. itulah pesananku pada Suthanya..

Bak kata rakan baikku "Hanya wanita sahaja yang memahami hati seorang wanita, walaupun kita sudah pun bersuami..ada kekasih.. ada teman lelaki"

Apa juga makna cinta pada kita.. tafsirlah sendiri maknanya.. tidak ada cinta yang kekal di dunia ini.. melainkan cinta kepada Yang Maha Kuasa Allah s.w.t

Seketika aku teringatkan sekelumit kenangan lama.. indah saat bercinta.. berpisah.. mencari cinta dan kini masih lagi terus berusaha memilikinya.. walaupun dia bersamaku.. rasa cinta itu masih perlu dibajai.. perlu dihargai.. dan perlu juga dipelihara.. Semoga Allah berikan kami peluang merasai cinta hingga ke akhir hayat.. Insyallah

14 comments:

Ungku Nor said...

hmm..betul betull..;p

julietchun said...

Manusia jd kurang waras ketika bercinta dan mujur ada orang seperti saudari yang boleh menyedarkan saat diri sedang hanyut di lamun cinta yang entah di mana penghujungnya. Terima kasih daun keladi.

kakpiah said...

"walaupun dia bersamaku.. rasa cinta itu masih perlu dibajai.."
masaklahnya skang nih..
stok baja dah semakin bekurangan.. cemano tu??

zura aini said...

ingatkan suthanya tu india,
cnta itu buta, YES! yang bercinta pun jadi buta sekejap, buta hati, he, he.......selalunyalah.

yani_worldpeace said...

urm...cinta itu memang buta...mungkin disebabkan kebutaan cinta itulah si pencinta tetap setia dengan pasangannya...walaupun derita dan ketidakpuasan hati bergema di ruangan hati mereka...

SRISUFI said...

salam sis...
setuju....
setuju sangat...

cinta tidak buta...manusia yg sering buta kerana cinta...

iina said...

kak ungku

cam upin ipin jek betul betul betul hehehehe ;)

Juliet

ko ke tu? pesal ko bersaudari ngan aku.. rasa nak uhek2 jek aku baca.. tolonggg jgnlah seksa jiwa raga aku gini tau ;)

Piah

akak yo bajo ada je kat UK nie.. takde kurang dah muahahah.. kalau ko nak.. akak leh hatar kat ko special delivery xmas nie.. ko nak ke? charge mahal sikit ler obersea mari nie

kak zany

muka dia mmg cam org india. kalau dia tau nie sure dia begang sebab selalu kena.. dia org thailand ;)
buta cinta kerana dibutakan.. betulkan kak

Yani

itulah adat bercinta.. cinta itu indah..dan relakan diri dibutakan cinta atau membutakan.. terpualang pada diri masing2 kan

sri

betul cinta tak salah.. manusia yg bercinta itu kadangkala buat cinta itu buta.. kena pakai lampu suluh kot bg terang sikit kan kan ;)

Cikgooden said...

ya...cinta perlu dibajai...

KTS said...

aku sbnrnya malas nak komen pasal cinta...
sbb klu tanya aku skrg, aku akan kata CINTA ITU DUSTA...

hehehehehe... mungkin esok lain jawapanku... siapa tahu kan :D

Kaktiny said...

...Bak kata rakan baikku "Hanya wanita sahaja yang memahami hati seorang wanita, walaupun kita sudah pun bersuami..ada kekasih.. ada teman lelaki"...

aku teramaaaatttt ler setuju ngan statement nih.. aku mmg hangen berangin citer ngan laki aku.. asik dpt jawapan.. 'alah.. relaxlah.. sudahlah.. takyah fikirlah.. biarlah.. takperlah.. MMG MACAM TUH...'

pasai tu aku selalu kaco ko..hihihi... buleh kan kan kan... hehehheeee...

aNIe said...

iina...mereka yang sedang bercinta terasa semuanya indah...kalau tak betul pun jika kita nasihatkan kita yang dikatakan cemburu...cinta membuatkan manusia buta...buta pada segala keburukan...

Harapnya kita akan dpt terus membajai cinta...biar cinta itu sentiasa mekar...tapi cinta orang dah kawin ni lain tau...hehehe

iina said...

cikgu oden

betul kena semai.. kena baja.. kena jaga.. kena pelihara ;)

KTS

dustanya cinta? mungkin kerana kau belum jump cinta sejati dan memiliki cinta? Cinta pada Allah tak pernah dusta ;)

tiny

betul betul betul hehehehe.. standard ahh jawapan tu.. kdg2 aku usik gak pakwe aku.. masa bercinta dulu kan.. abg sanggup temankan ina siap bawak payung gik masuk keta.. sekrang?? wat dekkkkk jek kalau ujan.. basah pun wat xtau jek.. nak tau apa jawapan dia.. 'itu duluuuuuuuuuuuuuu' tension jek dengar muahahaha..

takpe ko kacau aku... peh nie kita p kacau dodol leh lelama sikit.. lepak2 borak2 sampai dodol tu keras hehehehe (kita leh wat biz dodol nie)

kak anie

betul tu kak.. kalau xfaham dia ingta kita jeles.. tapi selalu saya tak ambik pot heheheh tak nak dgr udah.. tapi tgur2lah mana yg perlu sebab dia kwn kita jugakan..

cinta org kawin memang lain.. dah menjadi hak milik sah.. kalau bukan kita yg mencintai dan terus bercinta sapa lagi kan ;)

chinta said...

wah, ada present tuk sv ek...gulp..

cinta selalu jgak buat sy rimas..

iina said...

chinta

tahun lepas tak beli.. so tahun nie beli lah..

rimas? hehehe.. kalau terlalu menyintai memng leh jadi rimas ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin