Thursday, 11 December 2008

Sejuk dan sibuk

Hari ini akhirnya aku kembali ke CIS, setelah beberapa hari aku menelaah di rumah dan berehat memandangkan badan yang kurang sihat.

Namun cuaca semakin sejuk.. sarung tangan yang dipakai tidak mampu menampung kesejukan pagi.. malah kali ini muka sudah kebas sejuk.. aku seolah tidak mampu merasa apa-apa.. bila di sentuh pipi dan muka.. aku tidak mampu merasanya.. kerana sudah terlalu kebas.. hampir sahaja aku berpatah balik ke rumah.. namun aku gagahkan jua langkah ke CIS kerana memikirkan kerja-kerja yang banyak menanti..

Minggu ini sememangnya minggu yang agak sibuk.. dengan Program Penghayatan Aidiladha yang akan diadakan pada hari sabtu ini.. dan kali ini sekali lagi aku ditugaskan memikul tanggungjawab menguruskan makanan untuk Aqiqah.. Alhamdullilah dan insyallah kerjasama rakan-rakan dan ahli yang sedia ada akan berterusan lagi di masa akan datang.. dan mungkin aku pun boleh bersara dari memikul tanggungjawab ini lagi di masa depan ;)

Esok sudah ada 2 3 agenda yang perlu aku uruskan berkaitan dengan penyediaan makanan dan tugasan memasak yang turut aku pikul bersama.. dan hari sabtu ini juga merupakan hari yang paling sibuk untuk kami di sini.. dan Insyallah harapannya semua berjalan dengan baik dan lancar hendaknya..

Walaupun badan masih terasa lesu dan kurang selesa.. harapanku Insyallah.. semoga dipermudahkan segala urusan.. dilancarkan segala perkara.. dan selesai dengan satu kesudahan yang baik.. Insyallah..

Esok aku perlu mencari hadiah hari jadi buat si cilik comel anak sahabatku.. dan malam esok juga aku akan sibuk memasak untuk jamuan Aqiqah pada hari sabtu nanti..

Semoga dipermudahkan..

8 comments:

yani_worldpeace said...

lama ye demam, ye la cuaca pun sejuk je kan, mesti sedap masuk bawah selimut tuh...hahah...

julietchun said...

Bile chef masuk dapur org lain takyah sibuk2, tgu mkn jer.

iina said...

Yani

takdelah demam sangat juga badan rasa semcam je.. dah tak larat tidur ler.. lagi pun sini kul 3++ dah gelap dah maghrib.. nk tidur awal2 pun nanti terlebih tidur lak hehehe

Juliet

Sapa yang masuk dapur? aku tau ler ko kan penghuni dapur yang paling setia heheheh aku tukang order je kan kan

azza_irah said...

salam iina..

azza dah terima perfume tu...sekali ngn coklat. malu lak rasa...terima kasih banyak2 ya..
susah2 je..dh la kirim prfume...ada coklat pulak..
azza tak bg apa2 pun pd iina..
tkasih banyak2...

jaga diir selalu di perantauan..

iina said...

Azza

Alhamdullilah dah terima.. takpelah kebetulan saya balik memang beli coklat untuk anak buah dan rakan-rakan.. sebab tu saya bagi sekali.. sama2 :)

Insyallah...

::SRISUFI:: said...

salam sis,
trimas sering berkunjung ke blog sri...rasa cam dekat sesangat kita...
lumterlambat lagi sri nak wish salam aidiladha...semoga ukhuwah berkekalan...

sayang selalu

iina said...

Sri

Salam aidiladha juga.. Insyallah.. take care k

one love said...

hey :)
kebetulan... esok jugak saya mau membeli hadiah buat anak sedara saya...
:)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin