Beberapa hari yang lepas.. semasa aku sedang membaca buku di dalam bas dalam perjalanan pulang ke rumah.. Dengan sengaja aku palingkan kepala ke sebelah kiriku memandang keluar tingkap bas di sisi.. Terlihat warna merah senja sudah mula kelihatan di sepanjang sungai Clyde. Ingin sangat aku rakamkan panorama itu.. tapi sayangnya situasi diri dalam bas yang agak sesak tidak sesuai sama sekali.. Itu bukan bas pelancong.. atau bas persiaran.. hanya sekadar bas bandaraya yang membawa penumpang ke destinasi yang telah ditentukan..
Sudah lama tidak menikmati pemandangan senja yang begitu indah.. Waktu siang juga hampir panjang.. tidak banyak bezanya.. maghrib masih lagi sekitar pukul 5.46petang.. tapi berbeza jauh dengan pukul 4 petang bulan-bulan yang lalu.. matahari terbit juga sekitar pukul 7.30 pagi berbanding pukul 8.30 pagi bulan-bulan dulu juga..

Semasa malam masih panjang... terasa sedikit 'depress' dek kerna suasana siang malam yang berubah begitu cepat.. keluar rumah gelap.. sampai rumah juga gelap.. masih juga rutin yang sama hingga hari ini.. cuma kini bila keluar dari universiti.. hari baru nak merangkak senja.. seronok kerana masih mampu dibuai dengan keindahan warna merah perang senja yang cukup indah.. Melangkah di dataran george hampir setiap hari untuk menunggu bas.. Memberikan pelbagai rasa.. ditambah pula dengan angin sejuk dingin yang meniup muka dan tudung kepala.. makin membangkitkan rasa rindu.. rasa sayu.. apatah lagi saat terkenangkan mereka yang disayangi nun jauh di mata..
Sudah lama juga tidak berpeluang untuk merakamkan panorama indah waktu petang.. Cuti hujung minggu juga aku lebih suka sekadar berehat di rumah.. malas mahu kemana-mana.. nak berjalan sekadar beli barang pun malas.. kadangkala urusan membeli belah dah jadi rutin pakwe di rumah.. kadang seolah sesat di dapur sendiri bila 'lost track' barang-barang apa yang masih ada,habis atau tinggal sedikit di dapur..
Kadang balik rumah dengan idea itu ini nak masak pelbagai juadah.. dengan harapan agak-agak seperti barangan itu masih ada di sudut peti ais.. tapi bila penyelongkaran dibuat.. hahaha yang aku temui.. 'null' kosong.. barangan itu sekadar angan-angan aku jek hehehehe.. jangankan bekas.. bayang pun takde.. lepas tuh mula fikir camna aku leh berangan cam ada nie hehehehe... sah-sah rupanya telah lama habis.. aku jek yang 'lost track' barangan di rumah..
Pernah juga sekali sekala pakwe merungut.. asyik dia jek beli barang rumah sekarang nie.. yelah dah dia yang lebih banyak masa di rumah.. aku keluar rumah seawal pukul 6 pagi.. dan balik kadangkala pukul 6++ petang.. kadang terlajak hingga hampir pukul 8 malam.. rutin begini kadang terpaksa.. bukan sengaja dibuat-buat.. Urusan memasak.. barangan dapur.. semua aku serahkan bulat-bulat pada dia..
Cuma sekali sekala selepas sesi penyelongkaran dibuat.. barulah aku beli apa yang takde itu.. Pernah terjadi.. masing-masing terbeli barangan yang sama.. buka peti ais.. tengok rupanya dia dah beli.. semalam tengok takde.. balik rumah hari ini.. tengok dah ada.. dia dah beli.. dan aku pulak beli lagi.. hahahaha... masa ini hanya mampu geleng kepala jelah.. gunalah sampai habis hehehehe.. nak buat camna.. takkan nak buat laporan harian pulak.. atau buat senarai semak.. kalau barangan nak beli tuh sekadar cili api.. dan sayur-sayuran.. Kalau beli sayur lebih takpe.. boleh buat sup.. atau sayur goreng..
Pemakanan juga sekarang ini aku lebih titik beratkan ada sayuran dan buah-buahan.. Untuk tenaga dan melawan kebosanan lauk pauk yang kebanyakan berminyak dan berlemak.. Itu adalah masakan wajib di rumah.. tak masak kari.. masak lemak.. masak merah.. masak kicap.. sup.. tomyam.. paprik.. asam pedas.. apa lagik.. urutan masakan itu diulang-ulang setiap minggu.. sekali sekala cuba menu baru.. tapi makanan utama masih berasaskan ayam.. daging.. ikan salmon sekali sekala.. atau udang atau sotong bila berkesempatan ke kedai cina untuk membeli belah.. rasanya sebulan sekali je sekarang nie..
Untuk seimbangkan semua itu.. aku mula memasak sayuran.. Dah tak larat sebenarnya makan ayam.. daging.. hampir setiap minggu ada dalam menu wajib.. ikan pulak bukan dapat banyak pilihan seperti ikan segar di pasar di tanahair.. sekadar ikan beku salmon yang dijual dalam pek di pasaraya.. ikan segar ada.. tapi perlu berada di pasar ikan seawal pukul 4 atau 5 pagi.. itupun kalau larat nak bangun masa tuh.. atau pun berkesempatan nak pergi.. yelah itupun ikan terhad juga.. bukan ada ikan segar kembung ke.. selar ke.. pari ke.. sembilang ke.. keli ke.. Di tanahair kebiasaannya lauk kegemaran aku lebih banyak berasaskan ikan berbanding ayam dan daging sebenarnya.. teringat ikan keli goreng bersambal kering.. itu makanan kegemaran aku.. yang aku kongsi dengan kegemaran ayahanda tercinta di kampung.. Banyak juga makanan kegemaran ayah adalah makanan kegemaran aku.. sekali sekala makan makanan begitu di sini.. pasti aku teringat ayah di kampung..
Sudah 3 tahun lebih di sini.. aku rasa banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan kami... Seperti kata-kata perbincangan aku dengan sahabat dari tanahair tadi di 'facebook'.. Berkelana mencari ilmu di sini banyak cabaran.. bukan sekadar dugaan belajar.. tapi juga dugaan kehidupan.. perubahan perlu dibuat untuk diri sesuai dengan kehidupan di sini.. berubah cara pemikiran.. hati.. fikiran.. bersikap terbuka dan lupakan seketika kenikmatan di tanahair.. kemewahan yang ada di sana..
Kita semua orang senang di tanahair.. ada kereta.. rumah sendiri.. ada harta.. ada gaji.. ada duit.. ada tanah.. di sini.. kadang tidak semua itu dapat kita perolehi.. hidup yang terbina di sini sekadar selesa dan seadanya.. Tak perlu terlalu bermegah-megah dengan apa yang kita mampu perolehi di malaysia dan cuba nak adakan juga di sini.. itu yang susah sebenarnya.. Kita mungkin dapat adaptasi perubahan itu kerana setiap hari kita keluar... ke universiti.. berjumpa pelbagai manusia pelbagai bangsa dan agama.. adakala kita berdebat.. berbual.. berbincang.. tentang hidup sendiri.. tentang ilmu.. tentang budaya dan kita buka minda kita untuk terima semua itu.. tapi mereka yang di rumah kita tinggalkan.. dunia mereka tak sama seperti dunia kita di universiti..
Ada yang seharian duduk di rumah menjaga anak siang-malam hingga kita balik ke rumah... ada juga kadang seminggu duduk di rumah sekadar keluar hantar anak sekolah.. pergi beli barang.. jalan merayau kedai-kedai di kaki lima.. dan balik ambil anak di sekolah.. Hidup mereka hanya dunia rumah dan anak-anak.. sekali sekala jumpa rakan-rakan senegara.. berbincang pun sekadar dunia yang masih sama.. Ditambah dengan cuaca sejuk beku.. mood untuk berjalan di luar terasa terhalang kerana jalan yang licin.. kesakitan menahan rasa sejuk.. mood yang malas.. dan sebagainya..
Lagi satu.. kalau kita mahu nikmati semua kemewahan dan kesenangan yang kita ada ditanahair itu di sini.. aku rasa mereka itu sudah ke negara yang salah.. sebab di sini tidak ada semua yang kita ada di tanahair.. Kenapa kita mahu bawa semua tuh.. nama pun kita ke negara orang.. kan.. kita bukan ke negara sendiri.. kita berkelana ke negara orang.. tempat orang.. dan cuba pula nak sesuaikan seperti yang kita ada di negara sendiri susahlah.. kalau berjaya alhamdullilah.. kesannya memang best.. tapi kalau gagal.. susah.. merana?? macamana?? Boleh ke kita hadapi semua itu.. kat sinilah kadangkala kita gagal kawal kehidupan.. tak happy.. tak seronok.. tak best.. mata.. hati.. kepala.. badan.. kaki.. semua teringat tanahair.. kalau ikut hati.. hari ini juga nak balik..
Apa sebabnya nak datang ke sini awal-awal dulu?? hehehehe.. Ada orang suruh ke??? kena paksa ke?? kena pergi?? Boleh ke orang paksa benda yang kita tak suka buat?? atau mungkin kita sahaja nak rasa-rasa.. try test.. ini kehidupan.. kalau dengar yang seronok dicerita orang.. jangan pula terlupa.. yang tak seronok itu juga sama hebat dengan seronok yang diceritakan.. sama ada kita nak hadapi atau tidak itu adalah persoalan seterusnya.. Cabaran itu namanya... Sabar?? semua sabar.. cuma bagaimana kita nak hadapi semua itu.. dan bagaimana kita selesaikan permasalahan itu.. itu juga cabaran untuk kita juga..
Sorry ler.. terbebel panjang pula kali ini.. mungkin masih terkesan dengan kata-kata sahabat tadi tentang persoalan kehidupan kat sini.. beza belajar di tanahair dan di sini..
Teringat kata-kata sahabat tadi.. "Tak naklah balik takde Phd"
Aku tanya kembali... "Ada ke yang nak.. Takde siapa pun yang nak"
Betul tak?? Takde siapa yang datang sini.. mahu balik tanpa Phd.. tanpa ijazah yang diusahakan siang-malam.. Ada ke???
Semua yang datang ke sini.. semuanya bijak.. pandai.. berpengalaman.. berilmu.. dan Aku cukup percaya juga cerdik laksana.. tapi rezeki.. ketentuan masa depan itu semua di tangan Allah s.w.t. Yang kita mampu lakukan berusaha.. berusaha.. berdoa.. dan tawakal atas semua usaha yang telah kita lakukan...
InsyAllah.. Pasti ada penghujung kejayaan di sebalik semua usaha yang kita lakukan..

"You can be as mad as a mad dog at the way things went.
You could swear, curse the fates, but when it comes to the end, you have to let go"
"Sometimes we're on a collision course, and we just don't know it.
Whether it's by accident or by design, there's not a thing we can do about it."
'Quotes from The curious case of Benjamin Button film'

14 comments:
Bersyukur...
Hi Iina, good to know you enjoy reading books, even in a bus.
Thats someting I have never done before, read a book in a bus....prefer read in bed sebelum tidur.
You have a pleasant week and a great Tiger year, Lee.
Ikut la simpang mana pun...lorong mana pun....mana ada jalan tu memanjang cantik, alangkan highway pun kadang pecah dan berlubang, kena repair, jalan tinggal satu lorong...jam teruk...tu highway...kalau ikut jalan lama, lain pulak ceritanya...hehehe...good luck dan semoga sampai ke destinasi dengan jayanya, Insyaallah...
betul kata kak long...jgn kan jalan atau lorong...highway pun ada lekuk lekaknya....
tahu sangat dah, denan ayat2 yg kdg2 geng2 yg sambung belajar ni jd sakit ati, frust, dan rasa nak give up...
cikgu...selamat berjuang....wp terlajak masa...
tunjukkan kami jalan yg benar
walaupun sekarang ni kat mesia cuaca paneh tapi suka lagi duduk kat sini.dah tau dah cuaca macamana, dah tau dah pukul 7 petang je hari dah nak gelap, dah tau dah pukul 6.30 je matahari nak keluar.
lain kat tempat ko tu. sekejap sejuk.. sekejap siang terlalu pendek, sekejap siang terlalu panjang. susah nak adapt. sebab tu akak cakap suka lagi duduk kat negara kita.
ko pasti akan berjaya ina. ia akan datang....
semoga Allah permudahkan jalan sis iina di sana..
:)
ko balik sini sok makanlah ikan sepuas hati, pegilah pasar mana yg ko suka kerana dgn gaji yg berpuluh angka tu ko akan mampu buat apa saja termasuk belanja aku makan nasi lemak antarabangsa,ehehehe. Chaiyok.
kalau dah berikan usaha yg kuat, tentulah nak, kan... insyallah :)
Cikgu Ein
InsyAllah, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan bertawakal dengan apa yang diusahakan
Uncle Lee
Mostly I spend read free metro newspaper in bus.. but sometimes I spend my time reading story book as well.. You also have a pleasant weekend and harimau year ;)
Kak Long
Insyallah.. mana2 pilihan semua ada risiko.. semua ada cabaran.. semua ada dugaan dia.. yang penting jgn putus asa
Cikgooden
Biasalah bila belum masuk dunia tuh memang boleh anggap macam2 hahaha... masuk dunia tuh hehehe baru tahu kebenaran apa yang selalu dikata dek orang hehehe.. InsyAllah.. cikgu pun teruskan perjuangan.. hjg thn leh selesaikan thesis tuh ;)
Faqir
Sentiasa jln yg benar ;)
Kak Pah
yelah kak kita dari kocik marin sampailah dah bosa nie.. kek situlah kita membosa kan.. mano nak samo ngan negara org.. poei melancung pun takkan samo ngan duduk sendiri bertahun2 kek situ hehehe.. waktu solat pun selalu kena alert sobab maso memang berubah setiap hari.. setiap bulan.. tapi dah lamo2 tuh ok yo.. cumo bilo dah berthn.. rasa miss home tuh adolah tinggi sikit ;)
Insyallah kak thanks ;)
Lady
Insyallah.. Thanks ya ;)
Juliet
Hehehe.. nnti balik mesia aku miss pulak ikan salmon sebab ikan salmon kek mesia mahal sikit.. sini ikan salmon.. tuna.. cod.. ikan2 yg biasa beli.. dam sedap buat fish n chip.. atau buat kari ikan hehehe..
Ohhh rupanya ko nak suh aku belanja nasi lemak antarabangsa sebab tuh ko sebut2 gaji aku ekkkk hehehe.. insyallah kalau ada rezeki ko tuh.. ada nnti tuh..
Maksu
Semua nak yang baik2.. tak nak yang buruk2 kan hehehe.. Insyallah.. cuba yang terbaik
Salam iina...
Orang kata...masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang kerbau menguak...jadi bila kita kat negeri orang kenalah kita membawa diri seadanya...
Semoga iina akan berjaya mendapatkan apa yang dicitakan dan kembali ke tanah air secepat mungkin..
Semoga Allah mempermudahkan pejalanan hidup iina...AMEEN
YOU GO GIRL!!!... aku sentiasa doakan hang..
DR. IINA.. that's what you will get!!. you deserve it.. am waiting for u!!... amiinn..
kenapa aku rasa macam ko dah PENAT sgt ni....
.
.
takpe... nanti aku tolong mkn kan ikan2 segar utk ko... semoga ko lebih kuat..
go go caiyok... :D
Kak Anie
Gitulah kehidupan kan.. kat mana pun bumi dipijak.. di situ langit kita junjung.. InsyAllah kak.. Thanks ya ;)
Tiny
Thanks dear.. InsyAllah.. sempga segala impian jadi kenyataan kan ;)
KTS
Amin.. InsyAllah.. hahaha.. penat sentiasa ada.. Thanks again ;)
Post a Comment