Monday, 22 August 2011

Bila Glasgow jadi bandar Philadelphia US..

Sejak minggu lepas lagi.. Bandar Glasgow di sekitar George Square, Council House dan sekitar kawasan berhampiran University of Strathclyde telah diubahsuai menjadi bandar Philadephia di USA..

Sebabnya ada pengambaran 'War of Zombie' yang dibintangi oleh Brad Pitt.. Maka sesaklah sekitar George Square dengan tranformasi papan tanda ala-ala bandar Philadephia dan kehadiran kenderaan seperti kereta, bas, kereta polis, trak yang didatangkan khas dari sana.

Buat masa nie belum berkesempatan lagi tengok Brad Pitt.. Apa taknya.. tiap kali ada shooting mesti penuh dengan orang.. Lebih banyak nampak kepala orang jek ahaks ;)

So enjoy the photos taken around George Square..

(Sebenarnya hampir setiap hari bila balik dari Universiti memang akan lalu George Square dan selalunya memang akan snap shot apa-apa yang ternampak di mata)

Peta Philadephia
George Square dah jadi Rittenhouse Square

Hari pertama transformasi sekitar George Square

Trak kru-kru pengambaran

Proses tukar papan tanda

Kabin untuk staf
Sempatlah intai-intai dalam tuh :)
Jalan nie memang laluan ke department  CIS

Peti surat khabar USA today


Bila petang jek George Square mesti sesak dengan orang ambil gambar
Termasuklah aku ;)

US sign post


Bas dari US

Proses tukar nama jalan
Tempat pejalan kaki pun tukar style US


Another sign post
J F Kennedy Bl
Another sign
Greggs tuh kedai sandwich fav aku ;)

United States Court House
Nampak kan Van SWAT Philadelphia Police


Masa nie ada pengambaran..
Nampak kepala orang jek yang lebihnya..

Kat dalam bangunan yang ada gerbang tuh biasanya dibuat shooting
Masa nie takde shooting..
Sajalah ambik gambar



Orang-orang yang datang melepak sambil tengok shooting

Deretan kereta yang digunakan..

Kenapa tak dibuat kat Philadelphia jek?
Tak tahulah..
Nyatanya bak kata
"The location manager for World War Z said 
Glasgow had been chosen because of its architecture, wide roads and grid layout."
Tapi apa pun kami kat Glasgow enjoy sebab dapat tengok lokasi filem ini..
Setiap hari ambil gambar pun tak kisah

Pengambaran akan tamat 31 Ogos nie..
Kalau hari raya hari tuh..
Boleh ler kot beraya kat sini
;)


11 comments:

fatt said...

hahaha...jaga2 iina, nanti ada zombie kampung pisang ketuk tingkap umah :D

apapun bestlah..brad pitt datang tuh!! wlpun tak dpt jumpa tp kira bangga gakla brad pitt dtg tempat u duduk...mesti hensem merecik2 kan brad pitt. tp mcm takleh blah je dia berlakon cite camtu...mcm tak kena je dgn karakter dia...apapun kalau kata dpt snap gmbr dia sila share kat sini ek :)

iina said...

Fatt

Tiap kali ada shooting.. aku tgk org bersusun berkumpul.. nak nyelit pun tak lepas.. pulak tuh jauh lak dari tempat shooting tuh.. kalau ada kamera leh zoom jauh bestlah.. nie tgk yg dtg semua byk kanta zoom yang pnjang tuh.. nak challenge ngan kamera digital poket nie mana dapat hahaha..

Tak tahu camna gaya cite dia.. tapi kalau dah brad pitt berlakun mesti laku kot.. takat gbr dia dalam berita banyak.. Angelina Jolie pun ada sama gak.. tapi so far aku tak pernahlah nampak lagi.. mana nak tahu pun bila masa diorg shooting kan.. takkan nak duduk kat situ dr pg smpi petang hahaha..

InsyAllah kalau ada rezeki terserempak dengan dia.. mmglah aku ambik gbr bebyk ;)

arapink said...

suker tengok gambar-gambar yg akak tepek kat sini...besar dan terangggg....hehehhe...puas mata tengok...hehheheh

Acik Erna said...

assalam iina..memang dasyat dia orang tu buat penggambaran filem kan..sampai semuanya kena tukar untuk buatkan nampak real..memang bajet tinggi tu..

Kaktiny said...

menjadik sungguh le ko ni kalau bab tangkap gambar..

aku terasa cam dekat je kat sana.. cam buleh masuk dlm gambar tu!.. hihihi..

julietchun said...

kalo aku jumpa brad pitt hrs tak tido malam dok teringat :D

iina said...

Ara

Alhamdullilah.. guna kamera poket yg dah berzaman dianak tirikan hehehe.. sampai kekok nak pakai sbb dah biasa pkl camera zoom yg besar.. ;)

iina said...

Kak Erna

Tuhlah kak semua diorg tukar.. rasa pelik gak pesal tak buat kat tmpt diorg jek.. tapi bestlah merasalah cam kat us hehehe walaupun kat uk ;)

iina said...

Tiny

Ada real kan hahaha... tapi semlm aku lalu.. ada sesetengah benda dlm gbr tuh dah takde dah.. diorg dah ubah tempat.. so bagus juga ambik gbr ari2 nie ada kelainan hehehe ;)

iina said...

Juliet

itu klu jumpa tuh aku rasa bkn xleh tido dah.. angau terus nie heheheh

Dr. Ben said...

good news... i'm going to the real philly tomorrow!

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin