Monday 17 January 2011

Berkain Batik

Kain Batik Dari Seberang
Dipakai Anak Dipakai Anak
Tanah Melayu

Apa Artinya Kasih Dan Sayang
Jikalau Adik Jikalau Adik
Berjanji Palsu

Petikan dari lagu : Rebutan Acheh.
Nyanyian A. Ramlee


Sapu tangan sampai di ambang
Kain batik kain pelikat hamba berdagang
Emm... berjualan di kaki lima
Pendapatan pendapatan jangan dikira

Petikan lagu Joget Kaki Lima.
Nyanyian Dahlan Zainuddin


Tangan pantas mengambil sehelai kain batik berwarna merah gelap dengan rona coklat. Tangan lantas mengusap lembutnya rasa kain batik itu. Walaupun di bumi asing ini, kain batik ini sentiasa disimpan dan kadangkala dipakai saat rindu datang bertandang.

Dulu arwah nenek mempunyai puluhan kain batik lepas. Pelbagai warna dan corak ada dalam simpanannya. Masih aku ingat gobok kayu di bilik solat berhampiran tangga kayu untuk turun ke dapur. Di situlah arwah nenek selalu menyimpan kain bajunya. Koleksi kain batik arwah nenek turut disimpan di situ. Kini gobok kayu itu sudah tidak ada. Malah kebanyakan kain batik arwah nenek juga tiada lagi. Sebahagiannya  telah diambil oleh Mak Lang dan Mak Ngah. Serasa aku ada beberapa helai juga yang sempat diambil Mak Usu, tapi yang ada dalam simpanan emak beberapa helai sahaja. Itupun mak ambil untuk diberikan pada aku. Aku hanya punya 2 helai kain batik kepunyaan arwah nenek. Salah satu darinya sedang aku pakai ketika entri ini aku hasilkan. Tidak pernah sedetikpun aku lupa semua kenangan aku bersama arwah nenek, tiap kali kain batik ini aku sarungkan. Malah saat arwah nenek menutup matanya buat kali terakhir, beberapa kain batik lepas kepunyaan arwah nenek itulah yang mak gunakan untuk menutup tubuhnya pada petang itu.

Aku dilahirkan di bandar Klang. Sempat juga merasa bersekolah di bandar itu hingga aku berusia 9 tahun (kemudian aku kembali bersekolah menengah di Klang selama 5 tahun), lalu ayah ambil keputusan untuk pindah ke kampung bila arwah nenek meminta ayah pindah berhampiran dengannya. Di pertengahan darjah 3 aku berpindah bersekolah di kampung. Kekok sudah tentu kerana aku sudah terbiasa dengan suasana sekolah bandar dengan pelbagai bangsa. 3 tahun aku bersekolah rendah di kampung dengan 100% pelajarnya dari bangsa melayu. Banyak kenangan manis dan pahit zaman sekolah itu. Sebenarnya duduk di kampung aku agak bebas ke sana sini meneroka sekeliling kampung bersama beberapa orang sepupu lelakiku.. Kami pernah berenang di lombong bijih timah yang terletak hampir 2 batu dari kampung dan itu belum lagi ekpedisi menjelajah ladang teh pula. Acara main ting-ting, baling selipar, baling tin, roundas, lompat getah, tudung oren dan pelbagai mainan kampung turut menjadi acara lewat petang. Rumah Wak Wiji di hadapan rumah mak sering menjadi 'port' untuk kami berkumpul. Selalunya acara yang paling rancak adalah acara main baling selipar. Kalau terkena balingan selipar tuh.. boleh berbirat badan dibuatnya.

Seingat aku di awal usia remaja aku, aku sudah mula berkain batik. Kekok mulanya, tapi aku belajar cara menyimpul kain batik itu. Kalau sekadar berada di rumah biasanya aku hanya menyimpulnya dengan menyelit di pinggang kiri. Sebenarnya ada cara simpulan yang boleh dibuat kalau tak nak kain itu terjatuh. Ini selalu aku akan buat bila perlu membuat kerja-kerja yang lasak atau menaiki motor keliling kampung (jangan tak percaya aku selalu berkain batik bila naik motor di kampung). Selalunya aku lebih selesa berkain batik di rumah. Nampak lebih kemas dan senang untuk dipelbagaikan cara memakainya. Aku rasa kebanyakan anak kampung pasti tahu berkain batik. Malah ramai kawan-kawan aku juga berkain batik sekali sekala. Namun ada juga yang langsung tidak pernah berkain batik, alasannya kekok nak pakai dan takut terlucut atau tercicir.

Sayang sungguh rasanya bila seorang anak dara atau wanita melayu tidak tahu berkain batik. Namun itu tidaklah bermakna wajib tahu berkain batik atau harus memakainya selalu. Bukan apa itukan salah satu budaya kita. Kalau bukan kita yang mengayakan dan memakainya, siapa pula yang mahu memakainya. Anak muda zaman sekarang aku kira lebih selesa memakai seluar panjang atau skrit bila berada di rumah. Pada aku pula, bila berada di kampung sama ada rumah mak atau mak mertua, kain batik ini sentiasa ada dalam beg pakaian yang aku bawa. Jika di rumah mak, sudah tentu ada beberapa helai kain batik yang aku simpan di situ. Memandangkan sekali sekala aku suka pergi berurut, kain batik ini amatlah berguna waktu itu.

Teringat beberapa hari lepas aku tunjukkan sehelai kain batik berwarna merah jambu yang aku simpan di bilik study aku di Universiti. Tujuannya bila aku nak solat atau perlu menyalin baju pada ketika kecemasan aku punya kain batik untuk memudahkan aku melakukan proses itu. Memandangkan rakan sebilik aku dari Thailand. Maka kami berkongsi cerita tentang penggunaan kain batik ini dikalangan wanita melayu dan Thai. Rakan aku berbangsa Inggeris cukup tertarik dengan cerita kami. Seperti wanita melayu, wanita Thailand juga memakai kain batik di rumah, malah ibu Suthanya turut berkain batik bila menarikan tarian traditional Thailand.  Tambah menyeronokkan, aku dan Suthanya sempat membuat demontrasi cara-cara memakai kain batik itu. Walaupun di bumi asing, kami masih ingat benda-benda yang masih menjadi adat resam atau budaya kami. Itulah uniknya bila kita sama  datang dari Asia Tenggara, kita mempunyai corak budaya yang hampir sama. Dapatlah kita berkongsi peristiwa dan kenangan yang pernah kami lalui.

Walau zaman berubah dan semakin pesat fesyen-fesyen moden dicipta untuk memenuhi kehendak pelanggan. Pemakaian kain batik ini pada aku masih punya keunikannya. Sebenarnya ia lebih selesa dipakai berbanding dengan seluar dan skrit moden. Apatah lagi nampak lebih sopan dan ayu dipakai oleh anak dara.. hehehe.. Cuma mungkin jika tak biasa, mungkin punya rasa was-was.. Bukan susahpun.. ia boleh diikat simpul di tepinya, atau paling tidak boleh dipakai bersama tali pinggang. Namun bagi aku, memakainya dengan hanya menyelitnya di sisi kiri sudah cukup selesa ;)

Belum pernah berkain batik??
Masih belum terlambat untuk mencubanya kan ;)

Kain batik kepala dua
Pakai mari sebelah kiri
Sudah suka kita berdua
Orang lain jangan peduli

Kain batik baju pun batik,
Batik datang dari Jawa
Adik cantik abang pun cantik,
Macam pinang dibelah dua.

Kain batik selendang bedukang,
Di bawah pusar daging berlubang,
Jangan pegang punya si Abang,
Kalo kena si urat panjang,
Air setitik menjadi ORANG


Kain batik hadiah dari pakwe tercinta ;)
Usianya seiring dengan usia perkahwinan kami

17 comments:

Hanis MY said...

salam kenal...nice! kawan kat jepun ni pun ramai sukakan dengan kain batik... sy folo sini...

absolutely emy said...

:) Alhamdullillah.. saya masih tahu berkain batik.. cuma jarang memakainya.. :)

Fatt said...

teringt arwah nenek aku hadiahkan kain batik sbb dia tgk aku asik berseluar..aku tau pakai kain batik tp sbb dah biasa pakai seluar kat rumah jadi tak praktikal sgt pakai kain batik. bukan apa, risau tercabut, hehehe..
pasni dah kawin nmpk gaya kene pakai kain batik selalu, kang mak mertua jeling pule...hehehe..anyway, memori betul bila baca entry ni. buat aku teringat kat arwah nenek aku. tq :)

Kaktiny said...

Sayang sungguh rasanya bila seorang anak dara atau wanita melayu tidak tahu berkain batik.

errrr..... hmmm... aku sejak dr zaman anak dara sampai dah anak 2 ni.. MMG TAK RETI berkain batik.. (kalau pon pakai, duluuuu... sbb nk mandi sungai.. nk main gelembung kain.. hahaha.. tp tetap pakai seluar.. takuuutt tercicir.. kuikuikui)..

ya ya.. kat sini aku malu.. malu sangat.. huhuhuhu...
(bukan salah ibu mengandung, salah aku y g tak tau dek untung.. yg malas dan bodoh nk mencuba.. lantas jadi TAK TAHU!!.. huhuhu)

julietchun said...

kalo tido jgn berkain batik, takut trselak :D

i amsterdam said...

Dear iina, your reminiscing of your nenek brought tears to my eyes. Teringat yang dah banyak hari x sedekah alfatihah utknya, dan teringat yg x dapat pun kain batik dia masa dia meninggal...

iina said...

Hanis

Thanks sebab sudi follow ye ;) Memang unik kan kain batik kita.. leh promote kat kwn2 bkn malaysian ;)

Emy

Janji tahu pakai.. I pun jrg2 pki kain batik gak.. ikut mood hehehe ;)

Fatt

Aku selalu pakai bila balik kg.. kat umah pun kdg2 jek pakai.. tapi sekali sekala pakai memang sedap sebab kain tuh sejuk.. kat sini bila winter yg sejuk beku tuh xdelah pakai hahaha.. agak2 dah summer panas sikit tuh boleh ler.. Anak dara pakai kain batik nampak ayu apa hehehe

Tiny

Hahahaha... ko bkn org pertama yang aku jumpa tak reti pakai.. maybe sebab tak biasa kan.. aku sebab dah biasa sejak zaman sekolah lagik.. terutama bila pakai t'shirt.. lagik senang nk pki kain batik tuh.. kalau zaman duk asrama dulu.. kain batik tuh penting buat basahan hehehe... so bila lagik nak praktis nie.. time2 nielah hahahaha ;)

Juliet

Aku tahu ko ganas.. tido pun ganaz hehehe ;)

I Amsterdam

I kebetulan mak I camna tah boleh dapat kain tuh.. kalau tidak dari puluhan kain batik arwah nenek I tuh langsung kami tak dapat.. Masa mak bagi I masa I balik mesia 2 thn lepas rasa nak nangis pun ada (I got it I think after 3 4 year she passed away).. terus I bawak balik sini.. Tapi memang kan rasa ralat kalau tak dapat simpan 1 pun benda kesayangan org yg kita sayang.. I hope that I can keep the kain batik in good condition and passed on to my daughter or grand daughter oneday ;)

Acik Erna said...

iina..akak dengan kain batik tidak boleh dipisahkan..he he.
kalau tengok gambar akak masa dulu..kain batik dengan t'shirt aje..
sampai sekarang..kalau akak pakai kain batik biru..baju T akak pun biru..kalau merah..baju T merah..
sedondon..
arwah mak akak punya kain batik..masih banyak lagi yang belum diambil..ada kat rumah kosong tu..

iina said...

Kak Erna

Orang tua2 dan orang lama2.. tapi akak tetap muda lah hehehe.. mmg selalu pakai kain batik kan.. sebab selesa dan berangin hehehe.. saya main hentam jek kak.. kalau pakai takde ikut warna t shirt hehehe.. janji selesa.. sayang ye kak tak ambik.. baik akak p tengok2.. sayang jek kalau dimakan anai2.. boleh simpan buat kenangan2.. saya dapat yang arwah nenek saya tuh mmg happy sangat.. ada 1 lagik kain batik yang kami gunakan masa mandikan arwah nenek dulu.. rasanya yang itu mak saya simpan.. tgk kain batik mmg teringat2 semua kenangan kan ;)

Zaitun said...

Feel shy sebab kak Zai tak pandai pakai kain batik.Sesekali kalau nak pakai kena pinjam tali pinggang hubby hehehe......

iina said...

Kak Zai

Oklah tuh kak pakai jugakan ;) dulu masa mula2 belajar pakai kain batik guna tali pinggang gak.. lama2 dah ok leh main selit2 jek hehehe ;)

Lee said...

Hi Iina,
Kebaya labuh kain sutera.
Sutera batik dari Trengganu.;
Bencikan anak kenapa didera,
Ramai yang kasih ramai menunggu.

Kebaya pendek potongan ringkas.
Manis dipakai si dara sunti.
Ketua tegas lagi tangkas,
Rajin kerjah tanpa cuti.

Have a nice day.
Lee.

ibundo said...

emak kakpah banyak kain batiknya. Selepas mak meninggal, abah menyuruh kami adik beradik mengambilnya. kain batik mak lah buat pengubat rindu.

Malang e sampai ketuo kakpah ni tak berapo goma pakai kain batik sebab selalu telucut. Pakai kojap2 yo buleh lah. Selalu kalau kek ghumah ni lobeh seleso pakai selua sebagai uniform rumah hehe..

iina said...

Kak Pah

Hehehe yelah kak org byk bergerak sana sini mmg sesuai pki seluar yo.. tapi kain batik tuh mmg mengubat rindu kan ;)

iina said...

Uncle Lee

Like the pantun.. remind me to work harder hehehe

Have a nice day yeah

Anonymous said...

sy pakai kain batik bila berpantang... geli la bila masuk angin dr bawah.. kikikik

thanks yer vote saya hari tu.. sy menang tmpt ke2

iina said...

Fa

Hehehehe time kat mesia oklah sebab panas kan.. kat sini time winter kdg2 jek pakai sebab sejuk tapi akak suka pakai sebab selesa nak bergerak ;)

Oh.. congrat ye ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin