Sunday, 11 January 2009

Suram hari dek hujan

Aku tidak kemana-mana 2 hari ini.. banyak menghabiskan masa di rumah.. hujan yang turun sejak pagi semalam membantutkan kehendak untuk kemana-mana.. ada juga rancangan untuk keluar.. Mulanya aku tersilap menjangkakan kelas bahasa melayu Sekolah Malaysia Glasgow diadakan pagi semalam.. Bila disemak semula takwim persekolahan rupanya kelas Pendidikan Islam.. Aku yang teruja lebih ;)

Hujan yang mula turun hujung minggu ini dan mungkin berterusan pada minggu depan ini setelah cuaca sejuk sejak seminggu lepas.. Harapanku minggu ini cuaca beransur surut sejuknya.. tak sanggup rasanya menempohi jalanan yang berais beku.. sejuk melampau.. angin sejuk yang sentiasa mencuri ruang menyusup masuk di celah-celah ruangan terbuka yang menyelimuti tubuh..

Jika hujan di Malaysia.. walaupun lebat.. angin yang meniupnya tidaklah sesejuk angin disini.. cuba bezanya lebatnya hujan di sini taklah selebat hujan di Malaysia.. tapi angin di sini.. kalau tak kena gaya.. mampu menerbangkan payung yang dipegang.. tak kira besar kecilnya.. dan aku sudah tukar hampir 10 kaki payung.. setiapnya tidak mampu menahan kekuatan angin sejuk yang meniup..

Lagipun cuaca di Glasgow sedikit berbeza dari di Edinburgh.. sini lebih kerap hujan.. namun juga lebih terasa panasnya bila tiba musim panas... pernahku tanya mengapa dan jawapannya kerana kedudukan edinburgh dan glasgow sendiri.. dan angin lautan yang meniup juga berbeza.. sebab itulah 2 bandar ini punya cuaca yang berbeza ketaranya..

Bila sejuk begini dan hujan begini.. mulut pun tak henti mencari sesuatu yang hendak dikunyah.. dan mula asyik ke dapur membancuh air panas berulangkali..

Semalam juga aku khatamkan membaca segala berita di tanahair.. terutama ruangan hiburan di bintang popular mengikut kisah terkini artis-artis malaysia masa kini.. banyak juga cerita lapuk yang aku ketinggalan.. macam-macam kisah.. yang bercerai berai.. kisah abby norman memey.. kisah linda fahrin.. kisah pierre maya.. kisah nora danish.. kisah kawin lari rita aidil.. kisah kawin mawi ekin.. ahh banyak sungguh yang aku ketinggalan.. bila baca balik semua kisah itu.. tahu jugalah serba sedikit yang terjadi.. jangankan kisah artis malaysia.. kisah artis UK & US pun aku tak ikuti sangat.. keje study banyak maa.. ;)

Esok mula balik segala-galanya.. dan harapanku janganlah hujan pagi esok.. pastinya sejuk terasa ketara lagi bila terpaksa memulakan kerja di awal pagi ;)

13 comments:

::SRISUFI:: said...

SALAM SIS..

hope everything nya ok yer sis..
good luck 4 yr undertaking..

CikguZue said...

salam,
Baru ni saya ke Glasgow jugak. Tapi tak terjumpa Iina...perjalanan tak dirancang, begitulah...
Sekarang ni, di Lampeter pun cuaca sungguh sejuk. Tentunya di belah utara lebih2 lagi,kan...apepun semoga berjalan lancar segalanya...

iina said...

Sri

Insyallah.. semoga semuanya berjalan lancar

Cikgu Zue

Masa cuti x'mas ke? rasanya mmeng ramai yang berjalan ke utara scotland bila cuti seminggu tu.. takpelah lagipun mesti terkejar2 untuk ke sana sini.. tulah kebykkan tmpt sekitar UK nie bersuhu sejuk kebelakangan ini kan ;)

chinta said...

kak iina, mmg sejukla...dua hari nie angin kuat sampai melayang2...sy pon baru jek update kisah artis...mawi ekin dah lama kawin, sy br jek tau...kekeke

Ungku Nor said...

kat Sban dah lama tak ujan..huuuu..

julietchun said...

kaya ler tokey kilang payung kalo ko asek beli payung jer,:D

iina said...

Chinta

tulah ujan lebat dah 2 ari dgr bunyi angin kuat kat tingkap cam ngeri jek nak kuwa umah

kak ungku

msti kat mesia paneh kan..hantar sikit lr paneh tu mai sini

Juliet

Bukan aku jek yg beli payung kat sini bebyk ko tanya ler org2 kat sini 2x5 gak.. lagik satu sini takde kilang payung.. semua import

julietchun said...

bleh ler aku jual payung kat sana yer.ko jgn tkt, aku bagi rega kawan-kawan:D

one love said...

i guess, walau macam mana sekalipun, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...

iina bertuah, merasa juga duduk di negara orang :)

hujan... saya cintakan hujan! buat rasa aman...

yani_worldpeace said...

aiseh, baca cite kat mesia sume pasal gosip eh...hik hik hik...kalau kite, time sejuk-sejuk memang sedap makan cengkodok goreng ngan air milo...huhuhu

ku tak sempurna said...

suka gak ko ngan citer hiburan eh... igtkan aku sorang je yg suka... :D

sejuk2 memang kerap nak mkn... tp hati sikit kawan, takut timbangan tu tak dpt nak kesan berapa berat ko...

muehehehehehe... jgn mare :P

iina said...

Juliet

Payung tu byk import dr china ler.. mulah2 punya.. kalau ko nak jual ok gak.. aku kena try dulu kalau tahan ngan angin sejuk kat sini sure aku ambik dr ko byk2

OL

Yup walau dimana bumi dipijak langit tetap dijunjung.. jati diri kena adalah pada diri sendiri kan..
Suka hujan ekk.. mesti dulu2 suka main hujan ;)

Yani

Best tu mkn cekodok.. tp akak semlm wat maggi gorg jek ;)

KTS

Aku tak kisah ye.. sebab pepagi time org tidur aku dah exercise 3 jam buat keje.. petang lepas study aku spend masa exercise kat gym lak.. weekend aku exercise spend masa kemas umah masak basuh baju.. so aku kira ccukup ler exercise aku tu dan tak salah aku mkn bebyk pun ;)

rantong said...

Sekadar ingat-mengingati.

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Al-Baqarah, ayat 201)
View Profile: Rantong

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin