Monday, 12 January 2009

Perubahan kadar cuti rehat tahunan


Pagi ini aku dapat makluman berkenaan dengan tawaran opsyen kadar cuti rehat tahunan yang baru mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008.

Kadar cuti rehat baru ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009. Kebanyakan kakitangan awam telah diedarkan dengan pekeliling dan borang opsyen ini semenjak bulan Disember 2008. Namun malangnya bagi kami di luar negara baru sahaja diberitahu tentang perkeliling ini dalam minggu ini..

Namun kami diberi kebenaran untuk menghantar borang opsyen hingga penghujung bulan januari ini mengikut perkara 15 dalam pekeliling berkenaan. Borang opsyen ini perlu dihantar sebelum 31 januari 2009. Sila semak dengan bahagian sumber manusia di tempat kerja masing-masing bagi yang terlibat.

Persoalannya?? Aku turut tertanya-tertanya sebab musabab mengapa pengurangan cuti tahunan dari 30 hari kepada 25 berlaku? Hanya dinyatakan tujuannya :
"Melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kadar baru kemudahan Cuti Rehat tahunan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009"

Cuti dikurangkan pun bukanlah sedikit, 5 hari banyaknya bagi setiap tahun, malah bagi mereka yang mahu kekal dengan cuti rehat lama, menurut perkara 16 (ii) bilangan maksimum cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi maksud Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) untuk sesuatu tahun akan dikurangkan; dan (iii)tempoh yang diperlukan untuk memenuhi bilangan maksimum GCR akan bertambah.

Ada dikalangan rakan-rakan yang masih mahu kekal dengan kadar cuti lama.. yelah dari 30 hari cuti setahun.. kini dikurangkan kepada 25 hari sahaja.. mesti ada sebab musababnya dan hampir rata-rata mempersoalkan tentang kebaikan dan keburukan pengurangan tersebut.

Tepuk dada tanya selera.. bagi rakan-rakan yang masih belum mengisi borang opsyen eloklah berbuat demikian dengan pemilihan yang sesuai.. Aku?? masih memikirkan opsyen yang sesuai untuk dipilih.. Ada cadangan dan komen di kalangan rakan-rakan yang penjawat awam yang mungkin dengar desas desus atau telah menerima taklimat tentang pengurangan kadar cuti rehat ini??

Kalau tanya aku? Cuti yang 30 hari setahun dulu pun sampai aku bawa ke tahun-tahun hadapannya kerana kesibukan kerja yang tak menentu sepanjang masa.. Kalau cikgu ada jugalah cuti akhir tahun atau cuti sekolah.. Pensyarah macam kami?? Nama je ajar cikgu.. tapi cuti semester ke.. cuti tahun ke.. cuti sekolah ke.. takde makna cuti pada kami.. apatah lagi kini UPSI mula menerima program diploma pendidikan yang memerlukan penyeliaan pelajar ke sekolah-sekolah hampir setiap semester dan pengambilan.. Dapat aku bayangkan kesibukan kerja aku bila balik nanti.. Dulu pun dah tak menang tangan.. apatah lagi kini.. mungkinkah pengurangan kadar cuti tahunan ini memberikan kesan pada kami?? Banyak juga pandangan yang diterima dan mungkin boleh dibincangkan..

Apa pun aku kena fikir dulu kesan dan akibatnya pengurangan kadar cuti tahunan ini.. Tidak dinafikan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kepentingan perkhidmatan (menurut dalam pekeliling) tapi kesannya pada pekerja? pada individu? itu perkara yang perlu difikirkan.. kalau kakitangan baru mungkin tak terasa sangat kesannya.. walaupun jelas mereka mengalami kerugian pengurangan cuti.. tapi kakitangan lama?? yang dah berkhidmat berpuluh-puluh tahun.. ada kesan pada pencen tak? Itu semua persoalan yang belum mendapat jawapan..

Adeihh... mungkinkah ini juga kesan dari 'credit crunch' yang melanda kebanyakan negara?? emmm.. aku sendiri takde jawapannya..

Kalau tanya orang gila kerja.. dia mesti jawab..'Aku tak kisah cuti sikit ke banyak ke sama jek pada aku'

Kalau tanya yang suka cuti kerja 'Mana boleh cuti sikit, tak adil, kejam, elok-elok cuti 30 hari kenapa nak kurang pulak'

Tanya aku? Dua-dua jawapan itu ada pada diri aku.. tapi aku mahukan penjelasan sebelum sebuah keputusan dibuat.. sebab tak naklah nanti tindakan itu merugikan diri sendiri kan ;)

10 comments:

chinta said...

kak iina,
sy br tau bila baca entry nie!! sy tak penah carry fwd cuti sbb sure abes....so, sy nak stay 30 kot..

chinta said...

kak iina, ryanair turun harga lg, mlm nie last kan, tu yg dia kurang sampai 50% dlm 3 4 ari ni, br jek cek tadik.....masa sy book awal2 promotion, tiket 10pound the cheapest no tax...takdak insurans and priority boarding...sy dah rugi 30 pound...isk..isk

iina said...

Chinta

Kalau cuti takdak bring forward elok sesgt ler ambik cuti kekal.. ada kelebihan ye sebab cuti lebih kan

akak rasa yang termurah 2.50 tu.. tapi kena tgk time ler.. mmg beberapa hari lepas akak check yg pling murah 10pd.. tgk2 balik tu yg perasan ada 50%.. akak xdecide lagik sebab kena tgk cuti pakwe akak.. bln 2, 4 nie ada plan lain ;)

JHaZKiTaRo said...

heheh.. a'kum.. salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 je lompat2 blog org.. :)

Ungku Nor said...

akak cuti sejak ogos aritu, sampai la ni tak masuk2 opis lagi..ahakss

one love said...

i chose 30 hari sebab saja je! hehehhe, boleh macam tu?

kan dah kantoi saya keja dengan gomen! heheheheehehhahah :p

iina said...

Jhazkitaro

:) lompat jek.. no hal ;)

Kak ungku

Dahsyat tu kak.. saya pun cuti keje dari januari 2007 smpi ler jan 2010.. ;) cuti gak tu kan

OL

aku dah leh agak sejak dulu ko keje gomen.. alah..kekwn aku lepas grad u dulu melambak keje ngan gomen ;) hmpir kebykan jab gomen ade

KAKTINY said...

kalau aku gi sana tahun 2010.. ko dh nak balik mesia kan kan kan.. so.. aku toksah gi sana lah yek.. aku sambung kat sini je lah yek.. warghkahkahkah.. hihihi...

Faisal said...

relek le, untung jugak la kerajaan tu bagitau nak tukor cuti dari 30 ke 25 hari, siap bagi opsyen lagik nak ke idak.. aku ni ha, management tukor cuti dari 28 hari ke 22 hari takde tanye pun, takde concern2 nak ke idak.. eh tak, dorang ade bagi option, optionnye kalau takmo leh resign.. hehehe..

nak cuti lame2 pun nak buat ape? cube pikir, keje 5 hari seminggu kali 52 minggu = 260 hari. tolak public holiday (lebih kurang a..) 15 hari = 245 hari. tolak cuti tahunan 25 = 220 hari, satu hari waktu keje 8 jam - 1/2 jam breakfast - 1 jam lunch - 1/2 jam tea = tinggai 6 jam (tak masuk gi gosip lagik); 220 x 6 = 1320 / 24 = 55 hari bekerja full; selebih 310 hari tu kite buat ape ekk???)

iina said...

Tiny

Alah.. ko smbg phd lmbt sikit ler lepas aku balik.. sok leh aku melawat ko lak mana tau aku nak dtg uk jejln ;)

Faisal

Biasalah aku kan tamak haloba muahahah dah bagi cuti bebyk mesti ambik ye.. uihhh ko leh kira semua cuti tu.. mmg otak engineer betul ler ko nie kan aku respek suspek tul ngan ko tau.. wa caya sama lu tau..

Aku sebeno ye tak kisah sgt bab cuti sebab dulu pun cuti aku 3 tahun bring forward sampai kena burn.. betapa aku pekerja dedikasi sungguh masa tu ;) tapi fikir2 balik dah leh cuti 30 hari baik aku ambik je kalau pilih 25 hari rugi ooo ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin