Tuesday, 6 January 2009

Sejuk Beku

Sejak semalam suhu turun dengan mendadak.. beberapa tempat di sekitar Scotland berada dalam suhu -9.. Merasakan kesejukan pada hari ini yang sungguh memeritkan dan mengebaskan.. aku dapat mengagak suhu kini jatuh hingga -2 -3

Terasa sejuk yang ketara.. sarung tangan yang dipakai 2 lapisan masih tidak mampu menahan rasa kebas sejuk.. jemari mula kebas sejuk.. aku tak tahan berjalan.. apatah lagi menunggu bas walaupun hanya 3 4 minit lamanya..

Badan mula terasa lesu dan letih.. memanglah bila terlalu sejuk ia membantutkan segala pergerakan.. minda juga seolah tepu untuk terus berfikir... semuanya merungut dengan perubahan cuaca yang begitu teruk tahun ini.. amat sejukkk dan terlalu sejuk.. jangankan aku.. malah ramai anak jati bumi Glasgow ini juga merungut sama.. semuanya menzahirkan rasa kesal dan mengeluh dengan suhu yang terlalu sejuk.. tidak cukup itu ketika aku selesai kerja pagi tadi.. saat menuruni anak tangga menuju ke pintu keluar bangunan utama.. Tommy sempat berpesan..
"You be careful lina.. it's freezing cold out there"

Aku jawab pesanan dan ingatan itu dengan senyuman dan ucapan terima kasih.

Saat kaki melangkah keluar, seluruh tubuh badan mengigil sejuk.. aduhhh mengapalah terlalu sejuk begini.. ketika melangkah juga perlu berhati-hati.. banyak kaki lima yang dipenuhi ais beku dan sejak semalam entah berapa kali aku tahan diri dari terjatuh.. nyaris-nyaris terlentang di jalan.. dan hari ini aku tukar kasut yang dipakai.. kasut boot paras buku lali yang aku pilih.. fikirku dapatlah menahan rasa sejuk ini.. namun.. apakan daya.. kebas sejuk tetap menyerang kawasan sekitarnya.. walaupun stokin terma telahpun disarung.

Berjalan ke CIS membuatkan aku ingin berlari sekuat hati.. dalam cuaca sejuk begini memang terasa sungguh bila perlu berjalan jauh.. bukan apa menahan rasa sejuk itu tak dapat aku luahkan dengan kata-kata.. muka sudah mula membiru kebas.. disentuh-sentuh tak rasa apa.. namun walau apa juga aku tetap melangkah perlahan-lahan.. beg yang dikandung juga agak berat.. malas nak berlari-larian.. risau andai ada ais beku di kaki lima.. jika tidak berhati-hati mampu membuatkan aku terlentang pula..

Inilah penangan musim sejuk.. Lainlah jika bermain salji atau ski di pergunungan ;) Nasib ada si Ewis di atas meja.. dapatlah aku peluk seketika.. Tak sabar rasanya menunggu musim panas tiba.. Kucing nie gak yang lepak best-best atas rumput..

9 comments:

chinta said...

mmg sejuk giler la, dlm rumah pasang heater 24 jam diselang2 dgn blower..abeslah bil melambung!! expect the whole month will be freezing cold!

tadik snow turun kejap kat luar rumah nie...bukit dpn rumah dan penuh snow..:)

zany said...

pergh, kalau saya sakit kepala otak semua, ha, ha.....sejuk aircond 20oC pun saya boleh migrain. sabar je lah.

KAKTINY said...

mak aiii... sejuknyer...
namun kau masih mampu hadapi dengan senyuman.. SYABAS BEBEH... hihihi...

iina said...

Chinta

Dah snow.. best tu?? glasgow xde snow tapi frost merata-rata sejak 2 3 ar nie frost tu tak cair langsung dan lapisan frost makin tebal setiap hari.. risau sebab byk jln licin.. anytime leh tergolek dog jek

Zany

Terpaksalah hadapi.. suka tak suka.. time nie mmg malas nak jejln sebab sejuk giler.. time nie gak selera mkin pun giler2.. time nie gak mlm cepat..ingat nk tido jek

Tiny

Senyum tetap senyum walaupun bibirku keras beku muahahah maintain jek senyum tak leh gerak2

ctnik said...

huhu memang sejuk gilo thn ni kan...sengal kaki tangan.dlm umh pun ct pakai glove..siap berjaket bagai.pasla duk tingat bil gas melambung..last yr pun dh cekik drh ni kan thn ni kalau on mcm last yr,abisla.

kak ina,tak de boots paras lutut ke?bru besh jln,pastu make sue 2 lapis stokin ek..skrg ni anto anak pagi2 kita pakai purdah,pasal tak tahan sejuk

iina said...

CT

Memanglah time nielah bil gas letrik naik melambung.. beratus2 kena bayar.. tapi nak buat camna takkan lak nak berjimat sakan hingga sakit tubuh badan melampau ler tu.. pada akaklah takpelah bayar lebih.. sebab time summer jimat banyak gak kan.. heater on sekali sekala jek..

boots paras lutut takde sebab tak minat..leceh nak gerak.. lagik pun hanya sesuai pakai kalau kita pakai skrit atau baju yang paras bawah lutut.. lagipun pepagi akak keje kan.. payah nak turun naik tangga.. nie pakai boot paras buku lali pun dah rimas n berpeluh2.. sebab gerak sana sini turun naik tangga.. pastu p uni lak heater on jek.. lagik panas smpi terpaksa buka kasut pakai stokin jek..

julietchun said...

Aku ckp nak slimut ngan tilam ko gelakkan,tgk skang apa dah jd kat ko? Cer ko wat aksi terlentang kat kaki 5 pastu snap lah gamba sendirik, pastu wat n3 tajuknya :SAAT AKU JATUH,hahhahaha.

ku tak sempurna said...

uihhhh..... sejuk beku jadinya...

tak jadi aku nak gi lawat ko esok... igtkan nak turun glasgow esok... cancellllllll

:P

iina said...

Juliet

apa kata ko buat dulu.. pastu kita tgk sapa tergolek cat kat tgh2 jalan.. peh tu kita bawak masuk blog ngan entri.. kita jatuh bersama..wakakah

KTS

Alah masa time summer takde pun ko dtg.. tetiba jek dgr sejuk cancel?? aku muskil bila masa lak ko book tiket?? tetiba jek cancel mencel nie

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin