Thursday, 29 January 2009

Aku tahu


Aku tahu dan aku fahami
Kelemahan dan kekurangan diri
Kadangkala mencipta sepi
Kadangkala menagih simpati
Saat diri seorang sendiri

Aku tahu
Rintihan hatimu
Kala sendumu mengalir rindu
Kala airmata menitis sayu
Inginku pegang tanganmu
Mengatakan aku sentiasa ada disitu
Bersamamu.. menemani hatimu yang syahdu

Tabahkan hati..
Kuatkan semangatmu kala ini
Melihat tak sama merasai
Memandang takkan serupa menempohi
Namun aku tahu dikau punya kekuatan diri
Mampu hadapi hari demi hari
Hadapi cabaran dengan jati diri
Yang takkan luntur dimamah mentari
Takkan hilang walau mengigil dek dingin dinihari
Takkan luput ditelan zaman duniawi

Aku tahu engkau juga tahu
Siapa dia, kamu, engkau dan aku
Mencari keikhlasan hati tanpa jemu
Mencari kejujuran antara engkau dan aku
Yang senantiasa cemburu
Sentiasa mencipta keliru
Berupaya merekacipta celaru

Usah pedulikan semua itu
Kuatkan semangatmu
Kerana aku tahu dan engkau pun tahu
Dimana lebih dan kurangnya bersatu
Seimbangkan jiwa, hati dan nafsu
Kerana aku mahu
Sebuah senyuman menanti kepulanganku

Ketika aku dengar esakan linangan airmatamu.. hatiku turut sayu dan sendu.. namun kita harus kuatkan hati dan jiwa.. Sabarlah.. Tabahlah..

8 comments:

Tijah Lawa said...

laa..hai...

apo kono eh lak ni. semlm dah elok poluk2 time main masak2 niari dah sodeh lak deh.

iina said...

Tijah

Den numpang sedih yo.. emosi sikit ler.. numpang raso hati.. ;)

kakpiah said...

alahai kak.. aku ari nih emosi kacau..
masok blog akak..
lagik menjadik2 kekacauan emosi ku ini..
tp aku sker ayat2 yg ko taip tu kak..

zany said...

beria-ia saya komen semalam, lepas tu hilang bila click komen,
semalam ceria,
hari ni berduka,
esok tiada siapa yang tahu,
siapalah kitakan,untuk menyusun segalanya ikut kemahuan kita.

iina said...

Piah

Apo lak jiwa kacau lak piah.. mmg melayan jiwa kacau gak nie.. tapi bukan akak yo raso.. tapi numpang raso sesamo.. that what friend should do right ;) sama sedih sama gembira sama susah dan sama senang.

Zany

Betul tu.. setiap hari yang kita lalui takkan sama suasananya.. takkan sama keadaannya.. kadang dalam ketawa ada sedihnya.. kadang dalam sedih ada gembiranya.. kadang dalam susah ada bahgianya.. kadang dalam gembira ada sengsaranya ;)

one love said...

great!

kakpah said...

yang memandang memang tak sama dengan yang memikul. Tabahkan hati dalam semua keadaan. Dugaan ada dimana-mana. Katakan padanya.

nahmy said...

hidup adalah amanah. kehidupan adalah satu anugerah....daaan kehidupan dtg dgn pakejnya yg tersendiri, termsuklah perkara2 camni. sabar dan terus bersabar...insyaAllah.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin