Wednesday, 7 January 2009

Mengapa? Kenapa?

Pagi ini ke tempat kerja aku ambil surat khabar metro UK dan baca helaian demi helaiannya. Mataku tertumpu pada muka surat 5 yang bertajuk "Children killed as Israeli tanks fire on UN School"

Selesai membacanya hatiku jadi sedih dan pilu sekali.. Mengapakah mereka begitu kejam sekali membunuh anak-anak kecil yang baru hendak mengenal ilmu. Pemergian mereka ke sekolah yang dihantar dengan senyuman oleh setiap ibu bapa.. dan kepulangan mereka pula disambut dengan limpahan darah merah dan tangisan raungan ibu dan ayah. Ya sebahagian mereka turut menjadikan sekolah tempat mereka berlindung.. namun adakah itu alasan untuk menjadikan mereka sasaran??


Beberapa petikan artikel itu turut menyentuh perasaan aku

Fares Ghanem, an official at a nearby hospital said " I saw a lot of women and children wheeled in. A lot of the wounded were missing limbs and a lot of the dead are in pieces"

Ya Allah bayangkanlah rupa kanak-kanak yang cedera dan mati dalam keadaan yang teruk sekali..

At the hospital, photographer Majed Hamdan said; 'I saw women and men-parents-slapping their faces in grief, screaming, some of them collapsed to the floor. 'They knew their children were dead'

Ah bayangkan juga.. saat menghantar mereka ke sekolah pagi itu dengan perasaan girang gembira.. dan menerima kepulangan mereka dengan sekujur tubuh yang tidak bernyawa.. andai masih ada rupa bentuknya.. sekurang-kurangnya dapat disempurnakan dan ditatapi wajahnya.. tapi andai tubuh itu sudah berkecai dan hancur.. malah tidak dapat dikenali sama sekali.. betapa hancur luluh hati seorang ibu dan ayah..

Menyudahkan bacaan pada artikel itu sahaja sudah membuatkan aku hampir mengalirkan airmata sedih.. Kekejaman mereka sudah keterlaluan.. sudah melampau.. Hatiku tersentuh mengenangkan betapa anak-anak kecil itu menjadi mangsa kezaliman yahudi..

Hari ini hari rabu.. baru 3 hari sahaja persekolahan bermula.. di kebanyakan sekolah di dunia baru sahaja dibuka selepas cuti tahun baru.. tapi pemergian mereka ke sekolah itu.. yang sepatutnya menjadi tempat selamat dan menuntut ilmu.. Kini dijadikan sasaran oleh mereka.. Kejam sungguh mereka.. Zalim sungguh mereka.. mengapa anak-anak kecil.. perempuan.. orang tua dijadikan mangsa.. semata-mata dengan alasan untuk memerangi Hamas..

Itulah alasan yang diberikan oleh Duta Israel di sebuah temubual di rangkaian TV yang aku saksikan beberapa hari yang lepas.. mereka gunakan alasan.. mereka menyerang masjid, sekolah kerana percaya Hamas ini menyorok ditempat begini dan menjadikan golongan lemah tadi sebagai benteng pertahanan mereka. Si wanita duta Israel itu menyatakan mereka tidak ada pilihan kecuali melancarkan serangan kerana katanya mereka telah memberi mereka peluang selama 2 tahun tanpa sebarang keganasan(kekonon yelah).. Ya Allah saat mendengarkan butir bicara wanita Israel yang begitu sombong dan riak dalam intonasi suaranya.. hampir sahaja membuatkan aku ingin tutup TV.. tapi ku tahan hati kerana mahu tahu tentang perdebatan seterusnya..

Di serata UK.. banyak demontrasi telah diadakan.. Dan banyak juga email dan sms yang meminta kita boikot barangan produk Israel. Malah kemarin baru sahaja diadakan demontrasi boikot air 'eden water' yang merupakan minuman air mineral utama yang diletakkan di setiap 'department' sekitar Strathclyde Univevrsity malah juga di Glasgow University. Kami mula boikot minum air mineral yang berbotol besar itu yang merupakan syarikat besar kepunyaan Israel. Kenalah masak air dan buat air kopi selepas ini.. tidak pun bawak sendiri je air kosong dari rumah..

Semoga Allah berikan kekuatan kepada mereka yang berjuang saat ini.. kita patut bersyukur mampu hidup dalam aman damai dan tidak perlu susah payah menempuh peperangan dan menghadapi ketakutan saban hari.. Hanya doa sahaja mengiring mereka yang kini berjuang antara hidup dan mati

10 comments:

~PakKaramu~ said...

Allahu akbar
zalimnya Israil

Tijah Lawa said...

adoi la. tu yg kekadang malas nak tgk berita. tak sanggup tgk budak2 kena mcm tu...

aNIe said...

iina...akak jadi takut nak tgk tv...takut dan kesian...sedangkan kita tak dpt menolong...cuma setiap kali mengenang nasih mereka akak bacakan surah - al-fil dan membayangkan kehancuran kaum Yahudi dengan kehendak ALLAH...

iina said...

PakKaramu

Memang zalim dan kejam pak.. Moga Allah beri mereka kekuatan

Jah

Gitulah.. ikut mmg sedih tapi hati tetap nak tahu juga perkembangan terkini mereka.. buat muhasabah diri betapa kita beruntung berjuta kali dari mereka di Palestin

Kak Anie

Memang kak.. kita tak mampu nak lawan mereka secara fizikal tapi kuasa doa sentiasa kita ada.. malah di sini bukan sekdar org islam sahaja yng menentang kezaliman yahudi.. malah mat saleh lain juga sama pendirian dengan kita.. mereka juga tidak suka dengan peperangan.. mereka juga mahukan kedamaian.. Betul tu kak.. memang kami di sini juga amalkan surah Al-Fat'h (Victory, Conquest)(chapter 48). Semoga ALLAH beri mereka kemenangan terhadap yahudi.

eiyda said...

iina..

MasyaAllah..kesian.. betul2 sedih dan sebak bila mengenangkan kanak2 yg tidak berdosa menjadi mangsa kejam mereka..sesungguhnya mereka sudah dijanjikan syahid fi sabilillah.

iina said...

Eiyda

Peperangan tidak pernah menjanjikan kemenangan yang hakiki melainkan tumpah darah dan kematian.. Selayaknya mereka dikutuk dan dilaknati..

Ungku Nor said...

jom kita Yaasinkan Israel ni tetiap malam!!

Allah SWT saja yang maha berkuasa untuk membuat pembalasan.

julietchun said...

Bersama kita penuhkan tabung2 yg di sediakan utk mereka, jgn duit tu pegi ke lain sudah. Aku respek giler ngan Dr.jamilah mercy tu, dia dah terbang ke sana.

kakpiah said...

ya Allah kak..
mmng sedih sangat kan? smpai takot nk tengok berita..
yg kita boleh buat...
boikot dan berdoa kepada Dia.. semoga Dia menghancurkan kaum itu..
Allahhuakbar!

middaygeo said...

angkuh melampau2..blh lak claim bangsa terpilih..walau dah byk musibah ditimpa bangsa ni tak penah nak sedar diri

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin