Thursday, 22 January 2009

Baiki diri


Semalam aku hadiri bengkel 'Introduction to assertiveness'. Merupakan sebuah bengkel pendek selama 3 jam bagaimana berkomunikasi secara berkesan dengan meletakkan ciri-ciri 'assertive' dalam memberikan memberikan respon kepada individu

Yang menarik perhatianku kenyataan ini

"Aku 100% bertanggungjawab dengan setiap perbuatan yang aku lakukan"

"Individu lain juga bertanggungjawab 100% terhadap tindakan yang dia lakukan"

"Tetapi dalam setiap perhubungan, setiapnya hanya perlu berkongsi 50% sahaja dari tanggungjawab itu"

"Kita tidak boleh menyalahkan 100% diri kita atau individu lain atas sesuatu perbuatan atau kejadian itu kerana setiap kita punya tanggungjawab sendiri atas setiap perbuatan yang dilakukan"

"Akhirnya.. kita ok.. saya ok..dan harapnya dia ok sahaja"

"Mereka yang bersifat assertive ini mempunyai ciri keyakinan diri yang tinggi dan mampu berfikir secara rasional"

Bengkel yang hanya selama 3 jam ini tidaklah mampu mengubah ciri-ciri yang sedia ada dalam diri kita dalam sekelip mata.. namun pendedahan awal kepada ciri-ciri yang bagus dalam memberikan respon bersifat assertive adalah sesuatu yang menarik pada kami ;)

Orang lain tidak berhak untuk menyakiti hati kita.. dan kita ada hak untuk mengatakan tidak pada sesuatu yang mampu menyakiti dan membahayakan diri kita..

Andai ada orang bertanya pada anda 'Blog engkau nie boringlah'

Bagaimana kita boleh berikan soalan yang sama tapi dalam bentuk yang lebih baik nada?

dan bagaimana pula kita nak respon dalam bentuk yang baik nadanya.. andai soalan itu singgah pada blog kita??

Apa respon korang?

13 comments:

julietchun said...

Kita kena berani bertanggungjawab atas setiap tindakan kita dan jgn berhrp org lain 100%.

julietchun said...

Bleh komen byk kali tak? Komen td rasa tak best plak, maklum ler, baru lps mkn rasa cam di alam fantasi jek :D

Respon aku,
Dah cuba yg terbaik tapi bkn sng nak puaskan hati semua org,jadi layan je lah. Apa2 ajelah ko ni.

::SRISUFI:: said...

salam sis...

ada blogger2 kata blog kita...suka hati kitalah nak tulis pe..tak suka jgn baca...hahaha

ermmm...
utk tukar soklan tu jd lebih baik may b camni kot...

wah seronoknya lepak2 kat blog ni...tapi kan alangkah best kalau....(sambung)

ngeee...serius rasa berkobar nak ubah blog jd lebih menarik berbanding blog tuan empunya yg kata boring tu..


sri suka sgt ayt2 entri ni sis...
;)

iina said...

Juliet

betul tu.. kita sda tanggungjawab kita dan org lain juga da tanggungjawab dia.. dan kita tidak boleh salahkan dia 100%.. sajelah trigger soklan maut sat heheheh ;) itulah makan lagik sorg2 xajak aku kan dah berangan2

Sri

Itu selalu org sebut.. jgn kata org lain akak pun penah ckp gitu gak.. tapi seperti akak katalah akak bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang akak tulis kat blog akak.. dan akak tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang keluar dalam blog ini kerana itu adalah pendapat setiap mereka yang sudi memberi komen..

bagus soalan sis.. semalam akak pun kena praktis gak tukar soalan yang gitu pada bentuk yang lebih baik.. tak semudah sebenarnya kerana perlu menggunakan ayat yang panjang heheheh tapi bagus untuk kita belajar bagaimana untuk tidak terlalu direct.. sbb kdgkala ada org xboleh nak terima teguran berbentuk begitu ;)

Ungku Nor said...

respon akak;

"err..lu sapa??"

keh keh keh. ayat brani matik kan? ;p

iina said...

kak ungku

Hehehhe mmg berani mati.. sebab den pun berani gak tanya cenggitu ;)

KAK LONG said...

ina > menarik entry kali ini. Saya sudah pun mengaplikasikan perkara tersebut tanpa saya sedari. Contohnya kejadian yang menimpa saya baru-baru ini. Saya melihat 50% kesalahan itu memang datang dari orang itu tetapi 50% lagi kesalahan datang dari diri saya sendiri. Untuk mengubah orang lain , saya tak mampu tapi saya boleh mengubah diri saya sendiri. Contohnya kalau benar penulisan saya boleh menyebabkan orang tertarik, benci, cemburu atau jatuh hati...maka saya perlu berfikir sebelum menulis. Jika orang lain salah tafsir, ye mereka memang bersalah, tetapi saya juga bersalah kerana menulis sesuatu sehingga orang tersalah tafsir. Contohnya sesekali bila tension, saya cenderung menulis entry berbentuk keluhan. Orang yang membaca mungkin mentafsir macam2, seperti...saya tidak bahagia...or saya mencari jalan keluar....or saya kecewa dengan hidup saya...macam2 lah kan. begitu juga jika saya menulis tentang berapa teruja dan seronoknya saya dengan kerja saya...tentang bos saya...tentang cita-cita saya....hm...tanpa saya sedar penulisan saya mungkin ditafsirkan sebagai hendak menunjuk-nunjuk. Walhal saya sedikit pun tak pernah terfikir nak bersikap menunjuk-nunjuk..ia sekadar entry berkongsi cerita. Ini contoh sahaja, harap maklum. Minta maaf kerana komen ini menjadi satu entry hehehe..tompang sikit yea...Tapi saya juga setuju sangat dengan apa yang diperkatakan sahabat saya "Ada aku kesah???....."

kakpah said...

Akak akan cakap'awak kena ambil kursus tulis blog'
Akak akan jawab 'suko ati den la. Ekau apo nyibuk'
hehe...

nahmy said...

mungkin boleh jwb camni. aku sanggup jd spt lilin yg bakar diri utk org lain dpt terang. so, aku sanggup boringkan blog aku agar blog org lain tak boring...boleh kot!...hmmm..

iina said...

Kak Long

Kita tak mampu nak puaskan hati orang.. dan jika orang tu silap tafsir apa yang kita tulis.. sedangkan kita telah berusaha untuk memberi mereka faham itu bukanlah alasan untuk kita menyalahkan diri kita 100%.

Semasa kursus semalam kami disuruh membaca dengan kuat beberapa perkara berkaitan 'I have right" iaitu.. I have right to do mistake.. percaya tak?? kita ada hak untuk membuat salah kerana semua manusia buat salah.. takde yang sempurna.. dan seharusnya kita ingat.. setiap kesalahan atau kesilapan yang kita buat ada ruang untuk kita perbaiki kesalahan dan kesilapan itu ;)

betul tu.. adakalanya kita tak perlu nak fikir pasal orang.. yang penting diri kita, keluarga kita dan kwn2 baik kita yg memahami kita.. yg lelain?? pepandailah bawak diri sendiri ;)

Kak Pah

Jawapan klasik lah kak heheheh.. mmg kenolah kak kalau cakap gitu kak.. wa caya sama lu ler kak

Nahmy

Ini memang jawapan aggresive-passive namanya.. ada nada perli memerli.. tapi aku mmg suka jawapan itu.. klassss ;)

KAKTINY said...

aku... errr... errrr... nak cakap... err.. errr... errr...

apa eh?.. apa aku nk komen.. idea byk.. tapi.. hihihi

aku nak tulis...
AKU SAYANG KO ajelah.. kihkihkih...

ok kot...

utk persoalan ko tuh.. ak nk jawab.. A.A.K?.. hihihi.. (aku tahu korang tahu.. hahahhahah)

iina said...

Tiny

muahahhaaha yelah222 aku faham.. I love u too babeh.. ;)

Faisal said...

nak jawab ape ekk.. kalau aku limeblas tahun dulu mungkin aku balas balik kot dengan ayat2 yang lagi pedas dari mata memandang, tapi memandangkan masa berubah, alat pemprosesan data diri aku pun turut mengalami tranformasi (atau mungkin mutasi), aku mungkin hanya mengambil jalan untuk berdiam diri..

"blog ko ni boringlah!"
itu cuma sekadar pandangan yang tidak perlu di beri jawapan secara bersemuka sebaliknya boleh dijawab dengan n3 dan post yang lebih kreatif dari apa yang ada.. kalau individu yang memberi pandangan tadi di kemudian hari masih memberi komen yang sama, berulang2, pada aku dia menipu diri sendiri menyatakan "boring", walhal dia masih mengunjungi blog ko kan..

yang penting, apa tujuannya kita berblog? aku? tulisan2 dalam blog aku adalah untuk aku sendiri yang baca, agar aku lebih mengenali diri aku sendiri.. kalau ada yang sudi memberi komen, itu satu bonus untuk aku (dan harap2 masih ada bonus tahun ni :p)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin