Wednesday, 14 January 2009

2 Tahun kini

Hari ini genaplah 2 tahun aku di bumi Glasgow.. Tarikh 14hb ini sentiasa menjadi tarikh keramat yang seharusnya akan terus aku ingati.. pada tarikh yang sama 2 tahun yang lalu aku melangkahkan kaki ke KLIA menaiki pesawat MAS ke London Heathrow dan ikuti dengan penerbangan seterusnya ke Glasgow menaiki British Airways.

Selama hampir 2 minggu aku tinggal menumpang di rumah seorang sahabat di sini.. Teringat lagi perasaanku ketika kembali menjejakkan kaki ke bumi UK setelah 5 tahun aku tinggalkannya. Pelbagai perasaan datang dalam diri.. sedih.. teruja.. gembira.. gementar.. sayu.. rindu semuanya seolah bersatu dalam diri.

Tak sangka masa cepat berlalu kan.. seolah baru semalam sahaja rasanya aku sampai ke sini.. Tak sangka sudah 2 tahun ia berlalu.. 4 musim sudah aku lalui.. silih berganti rasanya.. sejuk berbunga panas dan gugur.. semuanya disatukan dengan rasa jati diri.. Masih aku ingat perasaanku ketika kembali semula ke bumi ini.. melihatkan bayangan bandaraya London dari tingkap kapal terbang sebelum mendarat di lapangan terbang London Heathrow sudah membangkitkan pelbagai rasa hati..

Seminggu berada di sini, aku lantas menjejakkan kaki ke Edinburgh.. kebetulan ada pesanan dari keluarga seorang sahabat di Edinburgh.. ke sana untuk menyampaikan pesanan barangan tersebut. Aku menjejaki semula melawati bandar Edinburgh yang penuh nostalgia padaku.. malah aku juga sempat ke Heriot Watt University.. menjejaki semula kenangan menuntut ilmu selama setahun di situ.. melewati jalanan berbukit kecil jalan pintas yang sering aku ambil untuk ke Department Computer & Electrical Engineering.. Tidak ada yang berbeza langsung suasana bangunannya.. sama serupa.. tidak ada yang lainnya.. makmal komputer yang sering menjadi tempatku melepak menyelesaikan tugasan hingga lewat malam masih ada.. mesin 'vending' minuman panas masih berdiri teguh dengan harga yang amat murah serta menerima duit siling 1p dan 2p masih kukuh berdiri.

Masih aku ingat ketika menerima keputusan semester 2 tahun itu.. Aku begitu tak sabar-sabar membuka sampul surat keputusan itu.. lalu aku bawa diri ke sebuah tandas 'disable' di tingkat 1 bangunan itu dan aku kunci pintunya dan duduk di tempat duduk tandas itu dan membuka helaian keputusan itu.. Saat melihatkan keputusan yang aku berjaya lulus dan meneruskan pengajian ke peringkat disertasi MSC cukup membuatkan aku penuh rasa suka cita.. dalam tandas itu juga aku melonjak kegembiraan.. aku cium helaian kertas keputusan itu dengan seribu satu rasa kesyukuran.. Aku menitiskan airmata kegembiraan kerana akhirnya pengajian aku tinggal sedikit perjuangannya..

Terlalu banyak nostalgia di Universiti itu.. yang tidak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata.. Masih aku ingat mengadakan persembahan disertasi yang terakhir bersama poster yang disediakan sejak awal lagi. Selesai sahaja sesi pembentangan itu.. kami asyik bergambar dengan rakan-rakan.. ketika itu hati mula merasa sedih.. sampai di sini perjuangan kami selama setahun.. akhirnya kami berpisah.. Indah sungguh kenangan di Edinburgh.. hingga kini masih aku kenang setiap satunya..

Kini aku pula mengorak pengalaman dan mencipta kenangan di Glasgow.. setiap hari yang aku lalui pasti akan aku kenang setiap laluan dan jalanan yang sering aku tempohi. Pagi tadi tatkala berada dalam perut bas menuju ke CIS.. aku terkenangkan menemani kak yah pada hari Konvokesyen PhDnya pada tahun 2007.. waktu itu semangat aku sungguh membara melihatkan mereka yang berjaya menghabiskan pergajiannya dengan kejayaan yang sungguh bermakna.. melihatnya memakai jubah konvokesyen itu cukup membuatkan aku terbayangkan andai itulah diriku sendiri.. pasti aku akan menangis gembira ketika itu.. Berbaloi semua pengorbanan yang perlu dilalui.. itulah harga yang harus kami bayar demi mengecapi sebuah kejayaan..

Insyallah.. aku mohon pada Allah supaya perjuanganku tahun ini dipermudahkan dan diberikan kekuatan semangat untuk meneruskan langkah hari demi hari.. Aku percaya semua rakan-rakan yang kini menyarung kasut yang sama denganku.. berada di alam perjuangan ilmu ini tidak kira apa jua bidang pengkhususannya dan apa juga peringkat pengajiannya.. pastinya inginkan kejayaan yang sama.. berjaya.. lulus dan mengenggam gulungan ijazah hasil usaha penat payah selama ini.. Insyallah kita teruskan perjuangan kita.. Teruskan kekuatan hati dan tabahkan jiwa dan rasa..

Ya Allah.. Hanya engkau sahaja yang Maha Mengetahui segalanya.. Ketika aku 'online' awal pagi tadi.. di sebalik senarai nama rakan yang sedang 'online' terlihat sebuah kata-kata di sebalik nama seorang kakak yang aku cukup segani.. Melihat kata-kata itu membuatkan aku tersenyum dan aku selitkan kata-kata itu sedalam mungkin dalam sanubari hati dan fikiranku

"Allah sentiasa ada bersama orang-orang yang sabar"

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Daripada Surah At-Talaq)

Buat semua sahabat.. Tidak kira apa jua perjuangan yang sedang kita lalui.. dalam medan perjuangan ilmu mahupun kehidupan.. Kita teruskan melangkah.. Teruskan perjuangan.. Kuatkan semangat... Tabahkan hati.. Dipermudahkan semuanya.. Semoga kita semua berjaya membawa pulang segulung ijazah dan kejayaan.. Insyallah

Malam pertama aku tidur di rumah sendiri selepas 2 minggu tinggal menumpang teduh di rumah sahabat.. aku mimpikan arwah nenek.. masih jelas terbayang hingga kini.. tubuh arwah nenek yang duduk disebelahku aku peluk dengan seeratnya.. Saat memandang wajahnya yang bersih dan berseri itu.. aku lantas mengatakan 'Ina rindu sangat dengan nenek" lalu aku peluk tubuh arwah nenek seeratnya.. dia balas pelukan itu dengan pelukan yang erat dan amat erat.. Waktu itu aku menangis dalam pelukan arwah nenek.. Mimpi ini sentiasa aku ingati hingga bila-bila.. Saat aku mahu memulakan perjuangan.. mimpi itu datang dalam tidurku.. ketika aku terjaga pagi tu airmata kerinduan itu masih bersisa mengalir dipipi.. Itulah kali terakhir aku bermimpikan arwah nenek dan hingga kini aku tidak pernah lagi bermimpi bertemu arwah nenek lagi.. Semoga rohmu dicucuri rahmat hendaknya.. Sekian lama arwah nenek merindukan arwah tok yang telah pergi terlebih dahulu.. Ketika pemergiaan arwah nenek.. aku seolah rasa lega dan redha kerana akhirnya mereka dipertemukan di alam sana.. Al-fatihah buat mereka berdua

11 comments:

Abahnajwa said...

Terharunya abah baca N3 kali ni. Rasa semangatpun ada jugak.Kadang2 terasa sunyi sangat perjalanan pengajian ni Iina..tak nampakpun sinarnya lagi..

Terbayang pulak dugaan yang dihadapi insan seperti Fajaril..aduhai..tak tercapai akal rasanya kalau diduga demikian..

Moga kita terus tabah ya Iina..Abah doakan Iina berjaya dalam perjuangan ini..Amin

Faisal said...

Tak ada yg mudah dalam kehidupan, kalau kita meminta kebahagian pada-Nya, tak akan Dia beri dengan sekelip mata malah diberikan cabaran dan onak kehidupan agar kita menghargai nikmat kebahagian, mengingati masa susah agar kita lebih bersyukur dan tunduk kepada Pencipta yang berkuasa atas segala-galanya.. kalau kita meminta ilmu, tak akan terpancul dalam diri segala pengetahuan yang dikehendaki melainkan diberikan kemudahan untuk kita beramal, ketenangan dan kesenangan untuk mempelajari sesuatu yang baru.. kadang2 disertai halangan agar kita mengerti dan memahami ilmu itu adalah milik-NYa dan hanya dengan izin dan kasih-Nya pada kita barulah sekelumit sifat Yang Maha Mengetahui itu menjadi pinjaman kita di dunia ini..

Siapalah kita yang mengimpikan sifat2 Dia menjadi milik kita kalau bukan dengan izin-Nya.. Syukur pada Allah yang menjadikan kita berilmu, walau sedikit, cukup untuk menjadi sandaran kita di dunia, dan semoga Dia terus kasih dan kasihan pada kita untuk ilmu dan pengetahuan yang kita perlukan..

Semoga ko terus sukses kawan..

ku tak sempurna said...

ko telah memotivasikan aku ini hari...

hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri... kenapa negeri sendiri tak hujan emas???

:P

aku doakan semoga ko kuat dan tabah... balik Malaysia dgn PhD...
Dr. iina tu...
pastu bila ko dpt gaji pertama, bole la ko blanja aku... takpun belikan aku si Oren...

wakakakaka :D

julietchun said...

Teruskan perjuangan. Balik Mesia nanti pastikan ko dah ada Phd, bleh ler aku ckp kat anak buah aku, 'tu ler kawan acik yg blaja tinggi yg dok kat tempat salji".

KAKTINY said...

AKU TUNGGU KO BALIIIIKKKKKK....

(oleh kerana aku nak tunggu ko balik.. makanya.. AKU TAKYAH LE SAMBUNG KAT SANA... kankankan... hihhihi)

- al-fatihah utk yg telah pergi..

iina said...

Abah

Insyallah abah kita teruskan perjuangan.. kemarin baru je saya jumpa dia masa tunggu bas sama2 nak ke uni.. borak pasal anaknya.. memang dia dan isteri tabah. Tak terjangka dugaan dia.. tapi tak kurang juga kita kan abah.. ada dugaan masing2

Faisal

Thanks sebab beri kata-kata semangat itu.. Memang hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya dan sebagai hamba kita seharusnya meminta padanya tanpa rasa putus asa.. dan semua yang kurang itu datang dari kesilapan manusia itu sendiri dan segala kebaikan itu datang dari Allah s.w.t. All the best ngan blog ko yang baru k ;)

KTS

Alhamdullilah.. setiap kita perlukan motivasi diri.. perlukan kekuatan diri dan ia boleh datang dalam apa juga bentuk dan aku gembira jika tulisan aku buat ko bersemangat ;) belikan si oren? uihh belum tentu baik aku beli sarung bantal kat sini jek lagik canggih tau ;)

Juliet

Leh22 pastu nnti anak buah ko mesti minta duit raya kat aku kan kan termasuk ler acik dia sekali kan kan cam aku tak tau

Tiny

yelah2222 ko tunggu jek aku balik.. sok dah relak2 ko p ler smbg study lak.. kang ko terus smbg camno aku nk merasas lepak2 ngan ko kan ;)

one love said...

:)

julietchun said...

hahaha, tepat skali tekaan ko psl duit raya tu, mmg ko bijak,terserlah kepintaran ko :D

jane said...

salam puan.,
dah nak abis dah ke ?

::SRISUFI:: said...

salam akak...

ketinggalan kapal lak sri ni...

alhamdulillah...dapat g baca entri nih..

sgt terkesan di hati..

iina said...

OL

;) bak kata dhani comell ;)

Juliet

bukan aku tak tau ko tu ;P

Jane

hopefully ler on time.. doakan2 lah ye.. target thn depan insyallah

Sri

tinggal kapal naik kapal lain hehehehe.. thanks ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin