Monday, 22 December 2008

Mulanya di sini

Secara tiba-tiba aku teringatkan lagu ini.. Sebuah lagu yang pernah dilagukan dan disampaikan buatku ketika berada di alam darjah 6..

Lagu ini ditulis bait demi bait kata-katanya di dalam buku autograph lewat zaman itu.. Ianya ditulis oleh sepupuku yang paling rapat.. Ijam.. Di penghjung darjah 6.. setiap kami punya buku autograph untuk dinukilankan setiap pesanan dan ingatan.. Lalu sepupuku ini.. bersama kata-kata pesanannya.. menulis bait kata demi kata, lirik lagu : Mulanya di sini, Nyanyian kumpulan Freedom (penyanyi utamanya Arwahyaharmah Seha)

Ketika itu lagu ini agak asing buatku.. tapi meneliti bait kata-katanya.. ia punya makna yang sungguh mendalam sekali.. akhirnya entah bagaimana aku mendengar lagu ini dicorong radio.. dan aku hayati setiap bait kata-katanya..



Mulanya di sini - Freedom

( P: )
Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Antara kita berdua

( L: )
Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

( P: )
Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

( L: )
Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlagu

( L: & P: )
( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

( L: )
Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

( P: )
Oh... sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

( L: & P: )( korus )
Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Satu lagu lama yang pernah membangkitkan semangatku untuk meneruskan perjuangan merentasi kehidupan menuju kedewasaan..

kita sama-sama menjejak mimpi
kita sama-sama mengharungi hari demi hari
kita sama-sama mengapai impian
kita sama-sama mengharungi perjuangan
Semoga nanti kita juga sama-sama bersatu hati
ikatan persahabatan tetap utuh disanubari
moga diakhir perjuangan
kita capai kejayaan
dan kita kecapi kemanisan


Tiba-tiba aku teringatkan kampung halaman dan kenangan zaman sekolah dulu.. teringatkan zaman remaja yang dilalui.. kenangan demi kenangan.. Aku juga teringatkan sepupuku itu.. sudah 2 tahun kami tidak bertemu.. kali terakhir semasa pengebumian arwah tok usu di Maran Pahang, beberapa bulan sebelum aku ke UK..

Lagu ini punya makna yang mendalam.. Aku tujukan lagu ini buat semua sahabat yang sedang mencari mimpi.. sedang berjuang dalam kehidupan.. dan juga sedang mencari apa jua yang dicari ;)

5 comments:

Ungku Nor said...

sepanjang jalan kenangaaannnn..ahakss

julietchun said...

Ko takde perli2 aku kan? :D Aku pun nak tujukan satu lagu gak utk ko, baca bebaik.

Sambutlah tanganku kawan
Aku takut tenggelam
Sambutlah tanganku kawan
Jurangnya sangat dalam

Kau sedang menantiku
Diseberang sana
Adanya cahaya

Cahaya pokok xmas kot yer,hahahaha.

ceri masam said...

saya pun nak tujukan lagu ini buat kawan2 baik saya lah.. boleh kan?

hehehehe :)
best!

Kaktiny said...

semoga kita sama-sama berjaya.. mendapat apa yang kita impikan.. dan mengecapi kebahagiaan yang sering didoakan..

semoga kita sentiasa mengukir senyuman.. selamanya... sehingga akhir nyawa...

moga mimpi menjadi nyata dan harapan terlaksana..

iina said...

kak ungku

kenangan sepanjang jalan ;) hehehhe den setuju

Juliet

kot ye ko nak present x'mas cakap jelah.. aku bagi ko hadiah kertas hadiah leh?? ;)

OL

no problem ye.. lagu lama kan ;) banyak kenangan

Tiny

Insyallah.. semoga semua itu kita perolehi dan impian jadi kenyataan ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin