Thursday 15 January 2009

Mencari batu delima

Ketika enak menikmati buah delima ini semalam.. aku diingatkan dengan sebuah pesanan

"Kalau makan buah delima tu ada rasa benda-benda keras ke.. nampak cam batu ke bagitahu tau"

"Yeke.. ada ke?? cam tak caye jek"

"Eh dia nie.. sebab ada ler cakap. Batu tu gelap atau merah warnanya"

Aku?? Teruskan makan tanpa apa-apa perasaan namun tiap kali mengunyah dan menelan bijinya.. pasti mata aku tercari-cari dan membelek-belek kot-kot ada

Kalau korang ada jumpa batu delima dalam buah delima sila-sila ler share ngan aku.. Aku pun nak tengok bentuk rupanya..

Dah dekat 3 biji buah delima tu aku makan.. takde pun jumpa.. nie realiti ke lagenda nie??

"Usah biarkan diri anda diselubungi misteri"

16 comments:

SRISUFI said...

Salam sis...

sepanjang ni tak penah lak sri makan buah tu jumpe batu...hehe

sis sehat???

hehehe...org kata buah delima ni ubat ye??

misteri ni...

iina said...

Sri

heheh sebab itu ler akak pun muskil.. rasanya yang jumpa pun ada sebab2 tertentu kot dan bukan sebrg org yg dpt jumpa.. sini buah delima dikatergorikan sebagai superfood means buah yang banyak khasiatnya.. dan agak mahal gak sebiji tu.. buat ubat maybe kot.. tapi kalau pregnant elok mkn utk otak baby.. tapi takleh telan bijinya sebab takut budaknya kurus nnti kata mak akak ler ;)

akak makan telan jek bijik ye.. tapi kan takde pun kurus2 muahahaha itu lagik misteri tau ;)

yani_worldpeace said...

betul ke tuh kak iina???sape yang pesan tu? ke mitos semata-mata...erm..best gak kalau ada batu delima kat dalam boleh letak batu tu kat cincin...hihi...

kite pun suka makan buah delima, khasiatnya banyak, awet muda, kesuburan etc...org cakap la...apa lagi, kite ni main bantai la makan delima nih...hehehe

Tijah said...

dulu masa kecik2 takut nak makan. kawan kata nanti tumbuh pokok dlm perut. bleh??

Asmida Ismail said...

tak penah pulak As dgr dlm delima ada batu delima. kalau betul, kena beli byk2 nih, kita bukak bisnes batu delima lak, wokey. hish kalu makan buah delima tu, mana boleh tak makan bijik, susah. telan je semua, buat ubat sembelit, tapi kena kunyahle dulu bijiknya tu. kuang kuang kuang.

iina said...

Yani

Entahler betul ke idak sebab tak pernah lagi jumpa ;).. pakwe akak ler pesan tah apa mimpi dia tah ;)

betul tu mmg byk khasiat diakan elok ler kita makan bebyk utk jaga kesihatan kat mesia pun susah gak nak jumpa buah delima.. kalau jumpa pun mahal gak buah tu.. ;)

Tijah

Ado ko tumbuh pokok dalam perut.. abis den dah mkn 3 biji nie?? sok tumbuh pokok beso ler gitu.. wakakah leh wat research nie jah.. mesti aku famous seantaro dunio tau

Asmida

Tu ler idea ko mmg bernas ler.. kita wat bisnes jual kat sini leh dapat utg kumpul2 bawak balik mesia heheheh.. akak makan belasah kunyah sikit2 jek peh tu telan trus jek ;)

julietchun said...

Tak penah plak aku dgr ada batu dlm buah delima.Kalo batu dlm airbatu adalah,:D

Ungku Nor said...

dio nak suh ko makan selow-selow tuu..takut tecokek biji delimo..hahaha

iina said...

Juliet

Sebab tu aku cakap misteri.. ada ke batu delima kek dlm buah delima ;) ko nie tau ler nak jumpa aku duk sebut2 airbatu.. meh ahh dtg meh

Kak ungku

Muahahha kak tercokik biji delimo yang kuit miut kocik mocik tuh?? nan ado yo?? takpo den terimo jo.. itu tando ehh pakwe den syg den kan kan ;)

KTS said...

dekat sana pun ada buah delima ke?? ko tanam eh :P

Kaktiny said...

aku nak pi carik buah delima malam nih.. tapi aku sekali makan mmg buleh pegi 3-5 biji weh.. kehkehkeh..

julietchun said...

kakak aku ada pakai pendant yg permatanya org jumpa kat bawah pokok serai, tapi mhl ustaz tu jual,ctk sgt, kalo mlm berkilau cam diamond, lain sgt dari yg kat kedai emas. Ko tau cite ni?

iina said...

KTS

Apa lak takde nie.. sini siap ada jus delima lagik.. melambak kat sini delima kat sini dianggap cam exotic fruit ler..

Tiny

uihh ganaz ye ko makan sekali 3 biji.. ko nie makan buah telan terus pe.. takpe makan bebanyak sok2 ko jumpa batu delima kasi tau aku tau ;)

Juliet

Aku penah dengar cite cam gini pasal batu serai sebab kwn baik aku sendiri penah nampak.. tapi dia kata sebab serai tu kat umah org dia tak berani ambik ;)

Batu serai tu wat pendant?/ wah22 nie baru aku dengar gak nie mesti ada istimewanya kan kan ;)

Unknown said...

bukan senang nak jumpa batu delima dlm buah delima..kena ada caranya.. kalau nak di cari mcm tu je..10 lori penuh dgn buah delima pun confirm satu bijik pun tak bolen jumpa batu delima tu...so kena cari jln lah mcmn nak dapatkan abtu delima dlm buah delima tu..kena ada amalan nya.. barang baik dr tuhan bukan senang untuk semua manusia jumpa...thank you!

iina said...

Dalam dunia nie takde yang senang untuk capai apa pun dan tidak terhad pada batu delima jek.. malah nak makan pun kalau tak kena gaya pun susah juga.. setiap yang kita usahakan sehari2 juga tidak mudah.. lagik pun apalah diharap pada benda2 batu nie.. kan semuanya pemberian allah jua.. susah senang.. dan semua pemberian itu baik dari allah dan takde yang tak baik dan tidak hanya terhad pada benda2 batu ke kayu ke apa2 lah.. n3 nie just sesuatu yang santai untuk saya kongsikan

My-CA said...

Batu buah delima memang ada, cuma jarang orang nak tunjukkan. Kalau yang nak jual tu ada lar, saya dah tengok batu buah delima merah (origanal) baru2 ni, ada pakcik tu tayang letak batu tu dalam air biasa bergelas, warna air terus jadi merah, tarik keluar still ada merah. Harga pun ehem2 ler... RM 20 ribu tue (sebab belum proses). Kalau nak mintak proses ada duit RM juta2 leh ler datang mintak sendiri dekat tuan punya barang. Dengar kata ler, batu buah delima ni boleh buat ubat disamping tu ada gak yang kata boleh kebal ler, boleh cari harta lah dan macam2... apa pun hanya ALLAH S.W.T yang tahu.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin