Thursday 2 August 2007

Menghantar Rakan Pulang ke Malaysia

Lama juga tidak menulis apa-apa di blog nie.. sebenarnya ada beberapa perkara yang terjadi cuma tidak secara bergambar sahaja.. minggu lepas kawan upsi sama fakulti (ftmk) ashardi dan isteri datang ke glasgow.. mereka bertolak dari bradford.. singgah di sunderland dan akhirnya berjalan dan bermalam di rumah kami di glasgow. Kesian juga tengok diorg kena panjat tangga hingga ke tingkat 3. Bila lagikan nak exercise ;)

Isnin lepas hantar kak yah dan abg wan zaidi pulang ke Malaysia. Seronok tengok kak yah dah selesai PhD.. viva dengan minor correction.. seronoknya dan akhirnya berangkat pulang ke Malaysia.. sabtu lepas suami sibuk menolong angkat barang ke dalam kontena.. 2 kontena tau.. 1 kontena untuk kereta dan 1 kontena untuk barang-barang.. uihh banyak barang kak yah.. sampai umah pun sesak penuh.. nak jalan keliling rumah pun sesak .. aku lak sibuk tolong kak yah memasak untuk mereka yang angkat barang-barang.. sehari juga tolong kak yah dan kak haizan(tumpang rumah dia masak). Siap buat kuih gula melaka.. ada ke anak-anak dara semua main uli kuih ikut suka hati.. tak de bentuk bulat langsung.. last2 aku kena uli balik kuih tu.. sebab aku yang kena rebus kuih tu dalam periuk ;)

Saat ini kak yah dan sampai ke Malaysia.. selepas ini di masa akan datang orang lain pula akan hantar kita balik ke malaysia.. seronok tengok orang balik dan selesai PhD.. insyallah kita semua pun akan begitu juga.. selamat menyelesaikan tujuan kita datang ke sini.. insyallah semoga allah permudahkan laluan cabaran kita.. insyallah.. amin

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin