Friday 6 February 2009

Doa Buat Ayah


Hatiku sedikit risau dan sedikit terusik ketika membuat panggilan ke kampung awal pagi tadi.. Ada perkhabaran yang menyedihkan.. Namun ketika mendengar pekhabaran itu hatiku sedikit lega kerana ayah telah keluar dari hospital hampir seminggu..

Ayah mengalami bengkak di jantung kerana jangkitan kuman.. batuk yang tidak reda-reda antara tanda-tanda awalnya.. tidak lama berada di hospital.. ayah terkena pula 'kayap ular'.. Aku bertambah sedih mendengar semua ini.. malah bercakap dengan ayah hanya mampu sebentar sahaja.. katanya dia tidak mampu berdiri lama-lama kepalanya terlalu pening.. dan aku memintanya berehat sebanyak mungkin..

Sedih tidak usah dikata.. kala mendengar semua ini dan tidak dapat kembali ke kampung melihat sendiri kesakitan ayah sudah cukup membuatkan aku mengalirkan airmata.. Pagi tadi tidak ketara rasa sedihnya.. tapi bila lewat malam begini.. rasa sebak semakin pula datangnya.. tiba-tiba aku jadi rindu dengan mereka.. dan walaupun aku cuba untuk mengatakan semuanya Insyallah baik-baik sahaja.. tidak mampu meredakan rasa risau dan sedih di hati..

Inilah antara pengorbanan yang harus dihadapi.. dan antara rasa-rasa yang kadangkala tidak dapat aku elak rasai.. mendengar suaranya yang sayu sudah cukup membuatkan aku sebak... namun aku tahu Insyallah.. Ayah akan baik-baik sahaja.. Doaku sentiasa ada buat mereka.. dan tidak pernah sesaat pun aku melupakan mereka.. cuma aku agak kesal kerana agak lama tidak dapat menghubungi mereka.. Puas 2 minggu ini aku cuba hubungi tapi talian adakalanya tidak berangkat.. adakalanya sibuk.. adakalanya tidak ada dalam perkhidmatan.. pelik.. menghubungi talian HP juga sama.. asyik mendail nombor yang salah.. pelik amat pelik seolah ada sahaja halangannya.. mungkin sahaja.. mereka tidak mahu aku bimbang.. dan mungkin juga mereka tidak mahu aku susah hati..

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36][1]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]

Ya Allah.. Sembuhkanlah sakit ayah dan berikanlah mereka kesihatan yang baik

13 comments:

Brahim Nyior said...

Beruntunglah mereka yang masih mempunyai mak dan ayah.

Saya hanya dapat menyimpan kenangan bersama kedua-dua.. Tak mungkin dapat bertemu lagi di dunia ini.

Tapi saya puas 'menjaga' ayah sehingga akhir hayatnya, baik semasa di rumah, mahupun di wad 7, HSM..

Walaupun Ina jauh, titipkanlah doa untuknya, dan sematkan harapan moga dapat bertemu dengannya sebelum dia menutup mata.

Brahim Nyior said...

Banyak cabaran berjauhan dengan keluarga.. Sabo jer lah...

iina said...

Cikgu Ein..

Insyallah.. terima kasih atas kata-kata itu.. Memang bila berjauhan begini cukup meruntun hati bila mendengar khabar2 sedih begini apatah lagi bulan lepas 2 sahabat karib saya kehilangan orang tua mereka.. sedikit sebanyak rasa sedih itu turut berlarutan dengan khabar pagi tadi.. menyaksikan airmata saat2 kehilangan itu.. buatkan saya rasa sayu yg berlarutan.. dan kini.. kdgkala terlintas juga andai ajal itu tiba.. Namun saya serahkan pada Allah.. Hanya dia yang maha mengetahui

ibundo said...

sedih baca catatan ina. Semuga ina sabar dan kpah doakan ayah ina sembuh.

iina said...

Kak Pah

Insyallah kak.. terima kasih banyak2 atas doa akak ya

julietchun said...

Org tua camtu lah, kalo sakit tu blh ditahan, selagi tu drg taknak sshkan anak2, dlm sakit blh lagi beri senyuman pd kita. Bykkan bersabar dan berdoa utk kesejahteraan mereka.

KTS said...

sabar ya...
aku doakan ayah ko bertambah sihat...
hanya itu yg mampu aku lakukan.. :(

zura aini said...

InsyaAllah yang sukar akan menjadi mudah, yang sakit akan menjadi sembuh, semoga kedua ibu bapa ina sihat sebagaimana doa saya terhadap ibu bapa saya.

iina said...

Juliet

Memanglah orangtua selagi dapat menahan dia akan tahan.. tapi ayah aku kerap juga kuwa masuk hospital.. Insyallah n thanks

KTS

Terima kasih banyak2 ya ;)

Zany

Insyallah.. terima kasih atas doa ya ;)

SRISUFI said...

salam sis,

sri juga doakan kesembuhan ayah sis...semoga sentiasa tabah ye sis..

kami semua mendoakan sama


=)

badakbiru said...

kak,
sabar eh..semoga ayah akak cepat sembuh. doa byk2 ye. mesti ayah akak faham keadaan akak yg jauh di rantau org..

eiyda said...

iina..

Tabahkan hati dan cekalkan semangat semasa berada di rantau orang..eiyda doakan semua yg terbaik buat iina dan semoga ayah iina cepat sembuh..Amin..

iina said...

Sri

Thanks ya sis

BB

Dik.. Insyallah.. thanks ya ;)

Eiyda

Amin.. Thanks ya.. atas doa kalian semua ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin