Tuesday, 10 February 2009

Kiriman Sahabat Jauh

Selesai kerja awal pagi tadi.. Hati tergerak untuk balik ke rumah.. semasa sedang menunggu bas 44, aku telefon pakwe dan mintanya bersiap-siap untuk ke Asda pagi ini. Sejak semalam aku telah berjanji dengan pakwe untuk membeli barangan rumah di Asda. Sepatutnya kami keluar malam tadi.. tapi mengenangkan cuaca yang sejuk.. dan jam yang menghampiri ke pukul 9.00 malam (walaupun Asda buka 24jam), aku katakan malas nak keluar.. sebeno ye tengah buat cheesecake kat dapur ;) hehehe.. menghabiskan saki baki cream cheese dalam peti sejuk.

Sampai ke rumah menghampiri ke pukul 12.00 tghari.. Kemas dan susun barangan yang dibeli di dapur.. Ketika berjalan menuju ke bilik study.. secara tiba-tiba muncul sebuah sampul surat tebal berwarna coklat yang ditolak melalui tempat surat di pintu utama dan terus jatuh ke lantai (Harap maklum ya rumah aku.. rumah flat.. pintu masuk utama berdepan dengan ruangan masuk yang menghubungkan bilik-bilik, ruang tamu, bilik air dan dapur) Mulanya aku tak nampak siapa penerimanya.. tapi nama pengirimnya jelas tertera di belakang sampul..

Melihat nama sahabatku.. yang tinggal di Klang itu.. Sorry ekk.. nama penuh dan alamatnya tak bolehlah aku tayang.. karang glamour pulak kawan aku nie ;). Teringatkan janjinya untuk mengirimkan buku 'La Tahzan-Jangan Bersedih'.

Sejenak aku terpaku seketika beberapa saat melihat semula namaku yang tertera di depan sampul itu.. Sungguh jauh kiriman ini kan.. akhirnya Alhamdullilah sampai juga ke tanganku..


Faisal.. Terima Kasih banyak-banyak ya.. Sebak seketika rasa hati.. ;)

Menerima kiriman buku yang mempunyai kata-kata nasihat dan hikmah ini.. amat aku hargai.. apatah lagi beberapa hari ini, beberapa rentetan peristiwa yang cukup membuatkan aku sedih dan sebak.. keluarga di kampung.. study yang semakin 'mudah' perjalanannya.. perjumpaan dengan orang penting dari UPSI dalam masa beberapa minggu (menguruskan perjumpaan berkenaan.. namun akhirnya ditangguhkan ke bulan mac kerana faktor cuaca teruk di UK).. email seorang sahabat baik.. tentang kegusaran hatinya tentang study.. yang sedikit sebanyak turut meruntun dan berbekas dihati sendiri.. dengan demam.. selsema.. batuk dan asma yang melanda sudah hari ke 4.. Rasa-rasa semua itu menerbitkan pelbagai rasa dan fikiran yang cukup menyerabutkan.. sebak.. letih.. lelah.. Walau apa juga kan.. kiriman ini Insyallah dapat menyejukkan semua rasa-rasa hati ini..

Semoga kita bersama 'Sukses dan berjaya sampai bila-bila'
Aminnn..

Terima kasih Sahabat.. Terima kasih banyak-banyak..

Semoga Allah balas kebaikanmu dengan memenuhi semua hasrat, impian dan keselesaan hidupmu sekeluarga.. Insyallah.. dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat

Ku petik puisi nukilan penulis buku itu
Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni


Aku tatahkan berlian di dalamnya
hingga aku meninggalkannya
bersinar tanpa matahari
berkilau tanpa rembulan
Kedua matanya memancarkan daya tarik
Keningnya melengkung bak pedang dari India
Hanya milik Allah segala kebaikan
di setiap kedipan mata
disetiap desah nafas yang mengalir di leher
di setiap tatapan..


'Aidh Al-Qarni'

8 comments:

zura aini said...

Buku tu penuh dengan kata semangat. bagus sangatkan. berapa kos pos buku seberat tu?

Daffodil said...

salam.. jgn bersedih-sedih kak ina, nanti banjir plak glasgow hehe.. doa kami semoga semuanya dipermudahkan. setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. buku la tahzan menarik utk dibaca.. enjoy reading a book..

iina said...

Zany

kos tak sure ler kena tanya yang poskan rasanya dlm rm100++ gak tuh

Mama syami

sekali sekala kena gak sedih2.. muhasabah diri.. asyik happy jek letih ahh ;) insyallah.. cuba nak khatam abis baca ;)

badakbiru said...

mungkin saya juga patut dpt kan buku tu...dh lama duk 'aim' nak beli, tapi bajet asyik takde je...OK tak buku tu kak?

iina said...

BB

Dik.. akak galakkan sangat adik baca utk pengubat semua rasa sedih adik tu k.. harganya tak mahal ikut jenis kulit bukunya.. dan ada jilid demi jilid.. adik p kat website nie ye www.hidayah.com.my

badakbiru said...

Thanks kak..!
actually semlm dh tgk2 kt mph online, lps baca entri akak semlm.OK...saya mmg akan beli..:)

Faisal said...

alhamdulillah, sampai jugak buku tu kat ko.. risau gak kalau tak sampai..

lambat sikit komen n3 ko ni, baru balik bercuti kat bandung!!

iina said...

Faisal

Patut ler senyap.. rupe ye p honeymoon ekk hehehehe.. thanks bebyk ekk..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin