Monday, 2 February 2009

Salji ada dimana-mana

Melangkah keluar seawal 5.55pagi.. menyebabkan mata aku terpegun sebentar melihat suasana yang dipenuhi dengan warna putih dimana-mana.. kereta yang diletakkan sebaris jalan juga turut memutih sama.. laluan pejalan kaki pula mula basah dengan salji yang mencair.. melangkah juga perlu hati-hati kerana dalam keadaan begitu amat mudah untuk tergelincir dan jatuh

Sehinggalah aku selesai kerja pagi tadi.. salji yang turun sejak malam tadi masih tebal menyeliputi bumi Glasgow.. dari Universiti Glasgow hingga ke Strathclyde universiti.. hamparan salji itu masih utuh dan kekal bertapak di bumi..

Malah ketika saat entri ini sedang ditaip.. salji turun lagi dengan lebatnya.. amat lebat.. sehingga pemandangan semuanya berwarna putih malah semasa dalam perjalanan dari tempat kerja ke CIS.. 2 kali aku tempohi berjalan dalam kepingan salji yang berkeping-keping.. menyeronokkan berjalan dalam kepingan salji.. terasa lembut bak kapas sejuk bila ia singgah ke pipi..

Nikmati gambar-gambar yang aku ambil hari ini..
Salji ada dimana-mana ;)

Salji di University of Glasgow


Kereta idamanku.. cam tau-tau jek parking tempat aku nak ambik gambar heheheh ;)


Salji di University of Strathclyde, Glasgow




Dari tingkap bilik di CIS





Masih berbaki lagi salji yang turun saat ini.. Teruja dan menyeronokkan ;)
Jom kita main salji ;)

12 comments:

Suffian Salim said...

huh..geram tengok salji :)

SRISUFI said...

salam sis..

subhanallah..sungguh syahdu sang salju..

sis,nanti sri email k...ermmm..kalo ym add lah sri..

jj_srisufi

ceri masam said...

salji...

putih bersih!
bestnya :)

ibundo said...

nostalgia. gambar-gambar itu mengimbau kenangan semasa di penn state. sungguh indah ciptaanNya.

iina said...

Sufian

Geram? Jgn engkau geram.. nanti engkau juga yang ngindam.. kat sana mesti snowy juga kan ;)

Sri

Ok dokie no problemo.. nnti email k

OL

Semestinya putih bersih dan berseri ;)

Kak Pah

snowy lebat hari ini non-stop semenjak pagi tadi.. paling lebat dalam 13 tahun ;)

mashi said...

Patut le dalam news kat sini keluar London yang snow lebat sangat.

Aku paling suka time bawa kete, tetiba snowing... uih.. best bila snow kena kat cermin kete..

Harap2 tahun ni tak sampai snow kat umah aku... abis le pokok kesum aku...

iina said...

Sini bahaya bila snow lebat sebab jln slippery sgt slippery bwk accident.. esok maybe dijangka snowy lagik.. dgr2nya lebih lebat lgik.. aku kena pakai terma ler sok nie.. baru ingat nak simpan dah

Faisal said...

bestnye... apesal la tempat aku pegi takde salji ekk..

yani_worldpeace said...

seronoknya tengok salji...bilalah merasa...

nahmy said...

jaga2 bila melangkah tu...sbb dlm salji ada tahik. kang terpijak kang...susah! maklumlah dah semua putih...payah lak nak membezakannya...

eiyda said...

bestnya kalo dapat pegang salji tu..erm..bila ye nak pegi belah sana pulak.. tp takut tak tahan sejuk plk..mesti sejuk sangat kan?

iina said...

Faisal

Agaknya masa ko p tu bukan musim sejuk kot ;)

Yani

Mana tau dpt rasa gak nnti ;)

Nahmy..

kalau ada pun mesti nmpk sebab yg putih ler senng nak tgk ;)

Eiyda

Alah bisa tegal biasa.. bila dah main salji tu tak ingat dah sejuk ke apa ke ;)

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin