Sebenarnya gambar-gambar ini sepatutnya aku paparkan beberapa hari yang lalu.. namun dek asyik 'teringat-ingat' dan 'terlalu rajin' menyusunnya.. Ditambah dengan mood diri yang baru hendak baik demamnya.. Barulah kini aku punya mood 'rajin' untuk upload gambar-gambar ini..
Kenangan pemandangan penuh warna warni putih bersih tatkala berjalan berdua-duaan di Queens Park bersama kekasih tercinta (Ahakss berjiwang tanpa karat sebentar ya.. silakan jeles.. silakan ekkk)
Salji kali ini bertahan hingga hari ke empat lamanya.. Hari ini kebanyakan kawasan yang bersalji itu hilang bersama air hujan yang turun petang semalam..
Tinggallah kenangan dalam bentuk gambar-gambar ini buat ingatan selamanya
Selamat tinggal salji.. dan cepatlah hadirnya 'musim bunga'. Alhamdullilah tahun ini, aku puas menyaksikan keindahan alam semasa turunnya salji berkali-kalinya..
Kini masa untuk berjalan menikmati keindahan mekarnya bunga-bunga 'daffodil' yang berwarna putih, ungu, kuning dan juga kembangnya si bunga tulip ;)
Tadi semasa dalam perjalanan pulang kelihatan si penjual bunga.. begitu laku jualan bunganya kali ini.. esok hari 'valentine'. Teringin untuk membeli sedozen bunga ros merah yang hanya berharga 5pd sahaja.. Sudah lama tidak menghias rumah dengan bunga-bungaan..
Nampaknya mood 'musim bunga' sudah hampir kembali ;) Oh ya aku perlu salin pasu bunga buat si daun kesum yang semakin meninggi.. dan mengalih pasu serta menukar tanah untuk pokok si ibu kunyit..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
11 years ago
4 comments:
wah cantik gambar2 snow ni,kan. macam color itamputih pulak...memutih semuanya.
tak lama lagi bunga2 berkembang. la ni pun dah byk bunga tulip berbunga putih kuning...cuma kat nrumah ni, cik kesum dan serai je macam malu2 kucing nak berkembang...
aku yg dok kat mesia ni pun tak tanam daun kesum, respek ler kat ko Na.
Cikgu Zue
Tulah masa snow hari tu mmg banyak pemandangan cantik.. Time nak musim bunga nie mmg seronok ler nak tanam balik pokok kan ;)
Juliet
Ko mana de rajin nak menanam dah ayah ko tanam semua pokok.. ko jgnkan nak siram pokok.. nak sapu duan kering pun terlebih rajin kan ;)
catiknya~ mau ikut kamu la...
Post a Comment