Wednesday, 4 February 2009

Demontrasi Aman

Sepatutnya pada pukul 3.00 petang tadi.. aku dan seorang rakan bercadang menghadiri perhimpunan aman 'March for Gaza' yang diadakan di perkarangan bangunan 'Student Union'. Namun memandangkan rakan itu selesai kelasnya pada pukul 3.30 petang, hasrat itu terpaksa kami batalkan kerana merasakan mereka mungkin hampir sahaja selesai berarak secara aman memandangkan mereka bermula sejak dari pukul 2.00 petang tadi.

Antara usul-usul yang dimemorandumkan adalah

We demands Strathclyde University (SU) to:

  • Cancel the Eden Springs contract to supply water to the university buildings,
  • Immediately divest of arms manufacturer BAE Systems and find alternative funding for SU engineering department,
  • Ask the SU Board to issue a statement condemning Israel's bombing of Gaza,
  • Pay for and facilitate 50 scholarships for Palestinians to study here at SU,
  • Show solidarity with the Islamic University of Gaza. Write a letter to support, twin SU with the university,
  • Condemn the BBC for refusing to broadcast the DEC appeal for Gaza; show the appeal in lecture theatres and hold a fundraising day on SU campus,
  • Oppose Israeli academics who promote military research at SU.

Dalam pukul 4.15 petang tadi, aku terima email berkenaan demontrasi aman tadi. Ketika entri ini ditaip hampir 53 orang pelajar SU telah memasuki bangunan McCance (Bangunan 'Student Registry') dan masih berada di dalam bangunan McCance itu hingga kini. Mereka telah berpakat untuk tidak keluar dari bangunan itu hinggalah permintaan mereka dipenuhi. Seramai 5 orang pelajar Malaysia turut berada di dalam bangunan itu dan 4 daripada mereka adalah kawan-kawan perempuan aku.. andai kami dapat hadiri demontrasi tadi.. pastinya kami turut berada di dalam bangunan itu yang kini sedang dikawal ketat oleh polis dan pengawai keselamatan universiti serta orang ramai tidak dibenarkan langsung untuk memasuki bangunan itu.

Apa lagi tangan aku pantas sekali mendail nombor telefon mereka.. berulangkali tidak dijawab.. akhirnya panggilanku terjawab juga.. dan hanya kata-kata 'Call balik.. tengah discussion' yang aku terima.. lantas tangan aku dengan pantas menghantar pesanan ringkas

"Aku doakan yang terbaik. klu kluar bagitau k"

Tidak lama kemudian aku terima pesanan ringkas

"Kami kat dlm, result tak memuaskan kami. They might stay here till demands are fulfill ;-)"

Lantas aku balas semula "Ok all the best. Hopefully things goes well as it should be. We all kat luar doakan terbaik"

Lantas aku email rakan tadi..berkenaan pesanan ringkas itu dan kami bersetuju untuk turun dan menunggu di hadapan bangunan McCance pada pukul 6 petang ini..

Tanganku kembali pantas menghantar pesanan semula "Kami tggu korang kat luar pukul 6 nnti. All the best k"

Semangat mereka amat aku kagumi demi menegakkan keamanan.. Sejak email itu aku terima.. kami sempat menjenguk ke tepi tingkap yang mengadap ke arah bangunan itu.. kelihatannya beberapa orang pelajar sedang berpiket di hadapan bangunan itu.

Hingga saat ini masih belum ada perkembangan seterusnya.. Kita tunggu sahaja..

Aku kini sedang bersiap-siap untuk turun dari tingkat 11 Livingstone Tower ini ke bangunan McCance yang terletak bersebelahan sahaja.. Insyallah jika keadaan mengizinkan kami akan tunggu hingga mereka keluar dari bangunan itu..

'All the best' buat kami dan mereka!!!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin