Wednesday, 18 February 2009

Berbudi Berbahasa


Orang berbudi kita berbahasa

Ini pantun lama

Saya tidak menanam nenas.
Tanam kepaya di dalam padi,
Saya tidak memandang emas,
Budi bahasa yang saya cari.

Perigi dikatakan telaga,
Tempat budak berulang mandi,
Emas merah ada berharga,
Budi Bahasa bernilai abadi.

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.


Inilah antara nilai-nilai yang aku lihat saban waktunya..
Betapa hinanya manusia bila tidak tahu berbudi bahasa..
Walaupun kaya raya.. tapi jika tidak tahu berbudi dan berbahasa..
Tiada makna kekayaan itu di mata manusia..

Walaupun punya jawatan tinggi
Walaupun punya harta berjuta
Tetap hina dipandang diri
Jika adab berkata tak tahu bahasa

Duit tidak mampu membeli budi..
Emas tidak mampu membeli bahasa..
Walau miskin dan papa diri..
Beradab bersopan dipandang mulia..

Berbudi bahasa budaya kita
Takkan hilang amalan di dunia
Walau kemana diri dibawa
Sentiasa dijaga sepanjang masa

Hari ini kita berbudi
Esok pula kita berbahasa
Lusa nanti sopan disemi
Tulat juga santun dirasa

7 comments:

ibundo said...

yelah ina. Duit banyak pun kalau perangai buruk orang benci.

Tapi kan, kalaulah diletak emas dalam tangan kiri dan budi bahasa dalam tangan kanan, gerenti orang kebas yang dalam tangan kiri tu dulu wakaka....

Tijah said...

pecah kaca pecah gelas...
sudah baca harap balas...

satu lagi pantun berbudi..

zura aini said...

tengok tajuk terus nak komen,
bukan apa, semalam saya tanya anak saya, dia di kelas mana, dia cakap 2 Budi tapi cikgu kelasnya tak berbudi, erkkk.....terkejut mak dia ni. 2, 3 hari ni anak saya asyik bercakap tentang guru kelasnya yang asyik denda budak tak tentu pasal, silap sikit koyakkan buku budak, itu tak berbudi pada dia, budi bahasa lah kot. saya ni dah serba salah, mana satu betul. Macam tak percaya cikgu bertingkah laku sedemikian. saya kena selidik dulu sebelum ambil tindakan sebab budak remaja akan memberontak kalau tak puashati. kepimpinan melalui teladan.

julietchun said...

Skang ni org dah taktau camner nak berbudi bahasa dah terutamanya golongan remaja.

iina said...

Kak Pah

Tapi kan kalau ambil budi kat tgn kanan tuh.. sebenarnya dia akan dapat juga emas ditgn kiri ;) itu yang mereka tak tahu.. kerana menyangka hanya dapat salah satu ;).. Saya jenis tak pndg harta sebab harta kita boleh cari.. budi bahasa tak boleh dicari.. benda ini sifat dan didikan diri ;)

Tijah

Balas? aku balas ngan gelas yang tak pecah lah.. ko nak bentuk camno?

Zany

Kalau cikgu mmg begitu.. memang kenalah buat s esuatu.. tak elok sangatlah kalau buat sesuka hati.. itu contoh pling dekat ler tu kan.. kelas nama budi.. tapi ciri2 budiman takde

Juliet

Remaja zaman kini dah tak sama mcm zmn kita dulu.. mungkin nilai murni dan budi tuh dah tak ditekankan sangat ;)

KTS said...

teringat kat kawan aku..

adik beradik dia sume nama budi...

budi kurniawan ada..
budi darmawan ada...
budi hartawan pun ada...


ada kaitan tak ngan entri ko :D

iina said...

Canggih btul nama kwn ko tuh. Kalau pgil budi semua jwb. Ko mmg suka lari tajuk.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin