Sejak malam tadi sebenarnya.. aku telah mula mencepatkan masa sejam lebih awal.. terasa kekok pula hari ini.. kerana kebiasaannya saat ini.. waktu adalah pukul 9.15 pagi.. tapi kini telah berubah menjadi 10.15.. tapi biasalah waktu begitu disini.. setahun sebanyak 2 kali masa perlu dicepatkan.. dan kenalah beringat juga.. jika tidak nanti ada yang terlewat atau tercepat masa..
Petang semalam aku mendapat undangan untuk menghadiri majlis hari jadi Ain.. anak kak Haizan.. semalam sibuk juga anaknya beria-ria memujuk kak Haizan untuk mengadakan majlis hari lahir.. akhirnya berjaya juga dipujuk.. takpelah kak.. dah dia beria nak sangatkan.. so seperti setiap hujung minggu yang lepas.. samada sabtu atau ahad pasti ada sahaja aktiviti.. kadang kalau tidak ada pun.. aku pasti akan menjengah ke rumah orang.. biasalah rumah kak ina lah.. kadang 2 minggu sekali.. saja lepak borak-borak.. sebab kadang hanya hujung minggu sahaja masa yang ada pun.. hari biasa.. aku terutama dah mula sibuk dengan study.. kekawan lain pun sama ada yang bekerja.. ada yang study..
Jangan lupa untuk mempercepatkan masa.. dan secara rasminya bermulalah British Summer Time.. :)
Sunday, 30 March 2008
Cepatkan masa anda..
Nukilan Rasa: iina at 10:15 1 sedang senyum-senyum
Saturday, 29 March 2008
Majlis Sirah Rasulullah
Alhamdullilah selesai sudah majlis sirah rasul pagi tadi.. lauk banyak juga berlebih tapi selesai juga akhirnya kerana ramai juga yang bawa balik makanan.. seronok juga bila berkumpul ramai-ramai..
Seronok juga melihat gelagat budak-budak semasa sesi aktiviti mereka tadi.. aktiviti mewarna.. bercerita.. soal jawab.. aku tak boleh lupa jawapan seorang anak rakan.. bila ditanya soalan kenapa kita buat majlis sirah rasul.. nak tahu apa jawapan dia?? sebab ada makan-makan.. tergelak besar betul kami.. nie mesti mak dia masak nie.. pastu siap jawab lagi.. pastu kita sembahyang.. budak-budak nie.. memang lucu betul.. yang si adik lak.. asyik kata.. gajah.. yelah.. semasa sesi bercerita tu.. adik tu ceritalah kisah rasulullah .. sebutlah rasulullah lahir tahun gajah.. apa lagi asyik cakap gajah je.. sejak dari mula soalan sampailah soalan terakhir.. gelak habis betul kami.. seronok melayan telatah diorang nie..
Hampir pukul 3.00ptg majlis pun selesai.. alhamdullilah..
Nukilan Rasa: iina at 20:28 0 sedang senyum-senyum
Ayam Masak Kicap
Sejak balik kerja petang semalam.. selesai solat asar aku pun mula mengoreng ayam.. tak lama sejam selepas itu Jas pun turun tolong aku masak kuah kicap.. mula guna 3 periuk yang berlainan.. tiba-tiba teringatkan periuk besar yang pakwe beli bulan lepas.. apa lagi.. acara merasmikan periuk tu ler.. senang sekali masak je dalam periuk tu.. senang sikit..
Tadi kami mula bungkus lauk.. tapi belum ikat lagi sebab masih awal lagi.. takut basi je.. sebab nak makan pun tenghari.. lagipun tunggu Izani dan Aishah datang ambil lauk tu.. so dalam pukul 9.30 nantilah mula mengikat lauk.. dan terus ke masjid al-farouk..
Lauk ayam masak kicap yang telah dibungkus.. tinggal ikat dan bawa ke Masjid
Nukilan Rasa: iina at 08:39 0 sedang senyum-senyum
Friday, 28 March 2008
Mintak Izin Nikah Sorang Lagi
Hari ini aku dapat email yang diforwardkan oleh group x-ftsm menarik email ini.. mengenai kisah seorang suami yang ingin nikah seorang lagi.. bagus nie baca untuk pengajaran :)
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"
Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.
Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"
Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.
Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Pagi ini, Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tiba-tiba..
Tit tit... sms menjengah masuk ke inbox hensetnya yang diletakkan di atas meja.
"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,
"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada:
Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.
Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak Abg. Aliyah sayangkan Abg...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriatAbg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...
Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. dari air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery
Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
************MORAL OF THE STORY :
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.
Kisah ini benar-benar membuatkan aku terfikir sejenak.. erti sebuah perkahwinan dan keluarga. Membaca kisah ini membuatkan aku teringat perkara yang sama berlaku dalam keluargaku sendiri.. keizinan yang pada awalnya diminta.. namun.. perpisahan pula yang terjadi.. tapi aku sentiasa ingat kata-kata emak.. ini dugaan Allah buat kita sekeluarga.. bekas adik iparku layak mendapat suami yang lebih baik daripada adikku sendiri.. aku sendiri akur dengan perpisahan itu.. dan aku sentiasa doakan dia mendapat suami yang malah lebih baik dan sempurna..
Aku juga kagum dengan kesabarannya walau dihendik.. dihina dicaci dan dipukul sesuka hati.. dia masih lagi sabar.. emmm.. memikirkan ini sahaja sudah cukup membuatkan hatiku membara.. apatah lagi kini dia sudah kahwin lain.. ku pesan pada emak.. biarlah mak.. dia mahu rasa susah.. selama ini kita sudah banyak tolong dan bantu dia.. cukuplah kali ini kita biarkan dia.. namun amat pasti hati emak bagaimana.. walau dikatakan tidak lagi kisah.. namun aku tahu sangat hatinya.. bukankah dia ibuku.. sudah 30 tahun lebih aku bersamanya dan mendengar semua luahan hatinya..
Insyallah.. aku doakan aku dapat kembali ke Malaysia secepat mungkin.. sekurangnya untuk meleraikan semua kekusutan.. dan mengembirakan hati emak yang melahirkanku dan ayah yang membesarkan ku.. Ya Allah.. ku panjangkan umur mereka dan kau juga sihatkan tubuh badan mereka.. kau bahgia dan tenangkan hati mereka.. amin..
Nukilan Rasa: iina at 11:20 0 sedang senyum-senyum
Thursday, 27 March 2008
Good Mood akhirnya
Alhamdullilah.. setelah tengelam timbul dengan mood selepas cuti beberapa hari ini. Alhamdullilah akhirnya.. hari ini the good mood back.. barulah rasa selesa sikit untuk mula membaca dan menulis.. barulah semua maklumat yang telah dibaca selama ini diproses semula.. atau dicompile dengan successnya.. tadi.. alhamdullilah aku berjaya juga hantar semula LR yang telah diedit...sejak 4 minggu ini asyik dengan LR dan report jelah cerita aku pun..
Harapnya dapat feedback yang ok.. hanya perlu sediakan masa dan bahan untuk presentation review nanti.. bila entahlah.. kak Haizan pun patut review di bulan 4 ini juga tidak pasti dengan tarikhnya.. aku?? kena tunggu George confirmkan semula.. harapnya secepat mungkin insyallah..
Petang ini selepas waktu kerja.. ada 2 keluarga nak datang ambil beras untuk memasak esok.. sabtu ini seperti yang semua tahu.. komuniti di sini akan mengadakan majlis sirah rasullulah pada hari sabtu (29 Mac 2008) di masjid Al-farouk bermula dari pukul 10.00pg hingga ke pukul 2.30 ptg. Esok juga semua keluarga yang terlibat untuk memasak ayam masak kicap.. akan terima 10 pair ayam bagi setiap rumah termasuklah rumah aku.. so malam esok akan mula sibuk untuk mengoreng ayam dan memasak.. so pagi sabtu nanti akan sibuk dengan proses membungkus ayam pula..
Insyallah harapnya semua berjalan dengan lancar.. malam esok nampaknya sibuk lagilah.. untuk memasak dan mengoreng.. minggu depan pula akan mula sibuk dengan hari sukan sekolah malaysia glasgow pula.. selepas itu akan ada bengkel perealisasian item yang kedua.. insyallah.. aktiviti komuniti untuk kebajikan keluarga dan anak-anak malaysia di sini juga.. kalau bukan kita yang libatkan diri siapa lagi kan.. kadang-kadang bila fikirkan demi anak-anak bangsa.. memanglah kita sibuk dengan keluarga.. kadang buat aku fikir juga.. jika bukan kita yang mulakan atau buat siapa lagi kan.. insyallah.. aku percaya.. jika yang baik kita buat.. insyallah yang baik juga kita akan dapat..
Nukilan Rasa: iina at 11:50 0 sedang senyum-senyum
Wednesday, 26 March 2008
Letih dan mengantuk
Semalam.. satu hari takde mood.. letih dan mengantuk yang amat sangat.. mungkin akibat makan pulut banyak sangat.. menyebabkan badan pun lesu dan letih.. bila tengahari di department.. aku dah mula menguap-guap.. semasa kerja petang hari pun apatah lagi.. cuma bila selepas sejam bekerja barulah rasa mengantuk itu hilang sedikit kerana banyak sungguh benda yang kena buat.. maklumlah dah cuti 4 hari kan.. dan ada training pulak.. banyak bilik yang perlu dikemas dan dibersihkan..
Balik ke rumah.. dah janji dengan kak effa untuk datang ambil barang-barang kering untuk memasak ayam.. sambil borak-borak panjang.. lama juga tak jumpa dia.. dalam pukul 9 malam pula.. kak haizan ajak aku ke sebuah rumah di calder street.. ada kawan dia akan sampai hari ini dari malaysia.. so kami pun arrange dan carikan rumah.. so far rumah tu oklah.. dengan sewa £430 untuk 2 bilik.. tengok keadaan rumah semalam.. padaku bolehlah.. buat sementara waktu.. lagi pun dekat dengan jalan besar... senang nak tunggu bas.. dan dekat juga dengan kedai-kedai...
Balik keletihan yang amat.. hingga tertidur didepan TV.. tak pernah pula terjadi letih sangat begini.. akhirnya aku terjaga dan terus masuk tidur.. rasanya akibat penangan pulut nie..
Hari ini alhamdullilah.. ok sikit walaupun rasa mengantuk itu masih ada.. tapi semasa mandi pagi aku dah niat.. supaya semua yang sengal lesu.. penat letih itu hilang bersama air yang turun semasa mandi tadi.. barulah rasa segar sikit selepas mandi.. apatah lagi sampai je ke department terus minum kopi capucino.. berdepan dengan bilik aku tempat pantry.. siap semua kemudahan untuk buat kopi dan sebagainya.. susu pun ada.. hanya perlu bayar £1 sebulan je untuk stok susu.. tapi boleh gunakan susu tu bila-bila masa je.. sampai kena tegur dengan suthanya bila di nampak aku buat kopi.. terus aku cakap.. I feel so sleepy today.. need some coffee.. semalam aku minta teh halia dari dia.. sebab dia banyak stok.. hehehe.. semalam cerita pasal masak pulut kuning.. cerita pasal serbuk kunyit.. dia kata dia tak dpt beli sebab takde jual kat chung ying.. so semalam selepas wakt kerja.. aku pun singgah kedai fruit market dan beli 1 peket serbuk kunyit utk suthanya.. dapatlah aku bagi dia sebungkus.. terkejut juga dia.. alah biasalah kan.. kawan-kawan..
Sejak semalam aku dapat email dari george.. minta aku hadiri mesyuarat i-lab hari ini.. aku tahu dia kena present ari nie heheh.. nampak gayanya.. minggu depan sure aku kena dengan suthanya.. dah plan dah kami nak cakap apa.. aku rasa aku nak cakap pasal malaysia.. dan suthanya pula nak cakap pasal thailand.. nak cakap pasal research aku?? aku rasa belum sesuai lagi sebab topik pun baru sangat.. aku taknak cerita lagi sehingga aku review nanti.. masih blur-blur apa yang perlu aku cakapkan.. baik aku cerita pasal buah-buahan kat malaysia.. lagi bagus.. hehe.. pastu compare dengan suthanya..
Teringatkan george.. masa yang sama teringat juga yang report terkini belum aku email lagi.. sedikit lagi pembetulan.. semalam terus takde mood nak buat apa pun.. rasa letih dan mengantuk seperti tidak boleh ditahan-tahan.. ingat aku sorang je.. rupanya kak haizan pun rasa yang sama.. mungkin mood selepas bercuti kan.. nak start balik mood take time.. but hopefully.. after this.. need to bust up my energy.. kena create the mood and energy.. tengok atas meja Mas.. sampai-sampai je.. ada 3 kuntum bunga dafodil.. rupanya utk create mood study hehehe.. baru nak plan-plan bawak bunga tulip kat department.. rupanya ada orang dah buat dulu.. takpe.. bagi ceria sikit suasana.. :)
Nukilan Rasa: iina at 11:39 0 sedang senyum-senyum
Tuesday, 25 March 2008
Mood lepas cuti
Hari ini seperti takde mood je.. maklumlah selepas cuti 4 hari.. selepas bershopping sakan dan berehat di rumah.. terasa berat pula untuk menulis dan membaca.. kenapa ye.. mood selepas cuti beginilah..
Kena teruskan juga semangat nie nak sambung study.. mungkin penat semalam masih terasa lagi.. harap sebentar lagi datanglah mood.. emm.. hingga untuk menulis di sini pun seperti hilang kata-kata..
Nanti petang ku sambung semula..
Nukilan Rasa: iina at 10:55 0 sedang senyum-senyum
Monday, 24 March 2008
Mesyuarat AJK masakan
Alhamdullilah.. selesai sudah mesyuarat AJK masakan dan semua barangan kering telah dibahagikan.. masih ada beberapa keluarga yang belum mengambil barangan mereka.. mungkin esok atau lusa..
Sempat jugalah aku memasak pulut kuning dan bihun sup.. ramai tanya kenapa buat pulut kuning.. memang ada niat sebenarnya.. biarlah ku rahsiakan kenapa :)..
Keletihan dan kepenatan.. biasalah selepas mesyuarat dan makan-makan.. sekejap sahaja cuti 4 hari berlalu.. baru sahaja ku rasa ia bermula.. hari ini selesai sudah.. esok bermula pula waktu untuk study dan kerja semula.. tugasan reportku.. emm.. bercuti bersamaku juga.. jika sempat.. akan ku sambung menyiapkannya.. jika tak.. nampaknya esok sahajalah aku selesaikan di universiti..
Perlu berhenti untuk berehat seketika.. letih memasak sejak pagi tadi masih terasa... alhamdullilah pulut kuning ku tadi selesai.. dan habis.. pertama kali ku buat pulut kuning itu.. alhamdullilah jadi juga.. :)
Nukilan Rasa: iina at 20:51 0 sedang senyum-senyum
Sunday, 23 March 2008
Tg Malim dan UPSI
Sejak entri semalam.. aku teringatkan rumah di Behrang 2020.. sempat ku duduki selama sebulan sebelum datang ke sini.. rumah baru jenis Semi-D.. malah sempat juga aku mengadakan kenduri doa selamat dan acara tepung tawar.. malah ramai juga rakan sekerja yang datang.. termasuklah keluarga..
Kali ini aku mahu menceritakan serba sedikit mengenai Tg Malim berdasarkan pengalaman aku menetap disitu hampir 8 tahun.. kenangan-kenangan yang pernah tercipta semasa berada di sana.. rakan-rakan sekerja yang kini merupakan sahabat baik hingga kini.. dan kenapa ia begitu istimewa padaku..
Rumahku di Behrang2020
Diambil semasa bulan puasa tahun 2006..
Baru dapat kunci rumah. kami datang tengok keadaan rumah semasa waktu rehat tengahari. Kini rumahku dah jauh berubah.. kata mak, ayah dah tanam pokok-pokok ditepi sudut rumah.. penuh dengan bunga dan pokok buah-buahan. :)
Mashi dan shidah..
Mashi ko ingat lagi tak gambar nie.. ada peristiwa lucu.. ingat tak kita makan dalam kereta ko sembunyi2.. sebab bulan puasa.. pulak tu semua dalam kereta tu takleh puasa hehehe.. ;).. mentang-mentang masa tu rumah aku baru siap.. deret tu pun takde sesiapa duduk lagi.. siap makan takut-takut..heheh.. Sekarang Shidah pun dah berhenti kerja dengan FTMK.. tak tahulah jika aku berpeluang berjumpa dengannya selepas ini.. namun rumah mak dan ayahnya kami tahu dimana.. insyallah kita berjumpa lagi nanti shidah.. :)
Semasa kenduri doa selamat masuk ke rumah baru. Bersama Abah, Jai, Kak Jee dan pakwe.
Di dapur rumah selepas kenduri doa selamat.. Shikin, aku (baju belang biru gelap), Aslina, siti, imi, mak, adik, kak Jee dan mak mertua..
Gambar diambil semasa dalam perjalanan ke bangunan FTMK
Masih dalam kawasan kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, setiap kali aku lalu disini aku pasti kagum dengan pemandangan gunung di tengah jalan ini
Bangunan Malim Sarjana..
Bangunan dimana terletaknya Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK).. dan tingkat 1 terletaknya bilik aku.. tah sapalah yang ambik bilik tu sekarang nie ye :)
Pemandangan semasa dalam perjalanan dari pekan Tg Malim ke UPSI atau Slim River,
Setiap kali aku berada di tengah jambatan ini.. deretan gunung-ganang ini pasti menjadi pandangan utama
Sebenarnya laluan lama ke pekan Tg Malim terutamanya dari UPSI atau Slim River yang dulunya melintasi landasan keretapi telah lama ditutup.. Kini satu jalan baru telah dibuat yang merupakan satu jambatan pendek berpusing.. untuk ke pekan telah dibina..
Teringat dahulu semasa tahun 1996 kali pertama aku sampai ke UPSI ketika itu IPSI (Institut Pendidikan Sultan Idris). Ketika itu aku masih pelajar tahun 1 di UKM, kami ada perlawanan hoki antara team UKM (aku merupakan pemain hoki UKM selama hampir 4 tahun; sejak dari matrikulasi UKM) dan team IPSI.
Masih aku ingat lagi kantin kecil (kini dikenali sebagai Dewan Sri Tanjung)tempat dimana kami makan kuih hijau bergula di dalamnya.. sejak itu kuih itu menjadi kegemaranku (tak tahu nama). Setiap kali ke pasar ramadan pasti aku akan beli kuih tersebut. Aku masih ingat ketika perlawanan tersebut kami sempat mandi di salah sebuah asrama di situ.. airnya sungguh sejuk sekali kerana kawasan Tg Malim yang hampir dengan gunung dan bukit..
Ketika aku memulakan kerja sebagai tutor di UPSI.. bulan 6 tahun 2000, bayangkan kawasan kampus ketika itu masih bertanah merah.. jalan tar baru sahaja dibuat.. bangunan canselor di sebelah bangunan lama mercu tanda SITC (bangunan suluh budiman) baru sahaja siap.. tak lama aku bekerja.. bangunan itu dirasmikan dan aku ditempatkan di salah sebuah bilik dibangunan itu.. tapi aku jarang sekali duduk dibangunan itu.. kerana sering berada di bilik tutor di bangunan makmal IT. Malah jalan ke proton city ketika itu pun.. masih bertanah merah.. sedang dibaiki dan di letak tar yang baru.
Kenangan ketika bengkel penyelidikan di Hotel Heritage Ipoh
Bersama rakan penyelidik, Sidi, En. Khairul, Nazeri, Che Soh, Kak Ramlah, Aslina, Kak Jamilah, Sikin dan Mashi..
Gambar kenangan semasa majlis konvokensyen UPSI yang julung kalinya diadakan di PICC Putrajaya.. menikmati jamuan ringan selepas selesai majlis penganugerahan ijazah kepada pelajar-pelajar FTMK.. sebagai lecturer, setiap tahun kami wajib berarak sebagai wakil kakitangan akademik..
Aku, Kak Ramlah dan Mashi.. (selepas selesai majlis konvokesyen)
Kami kini sedang melanjutkan pelajaran.. Kak Ramlah di Uni. Teknologi Malaysia (UTM), skudai Johor dan Mashi di Uni. Christchurch New Zealand. Antara sahabat baik.. semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.. insyallah kita juga akan menyarung baju konvokesyen ini tetapi atas tiket penganugerahan Ijazah Sarjana Kedoktoran dengan membawa title Dr pada awal nama kami. Bukanlah bermaksud mengagungkan gelaran Dr tersebut.. tetapi sebagai pembakar semangat.. insyallah kita akan dapat menaiki pentas mengenggam ijazah PhD .. Melihatkan gambar ini aku dapat gambarkan saat itu.. dan detiknya.. bila kita berkumpul semula.. dan mencipta kenangan baru bersama dalam mendidik dan mengembangkan ilmu.. itulah janji kami sebelum masing-masing mengorak langkah meneruskan perjalanan study yang telah kami pilih.. semoga kita berjaya dan tabah menempuh semua dugaan ..insyallah
Nukilan Rasa: iina at 09:13 0 sedang senyum-senyum
Saturday, 22 March 2008
Behrang2020, Tg. Malim, Banting dan Kuala klawang
Cuti easter ini ramai kawan-kawan yang berjalan keluar dari glasgow.. aku?? emm duduk rumah jelah... memanglah ada plan nak berjalan juga tapi entahlah malas pula nak kemana-mana.. nak ke edinburgh pun boring maklumlah dulu dah duduk sana setahun.. sampai tahap boring dah nak round town edinburgh tu.. nak pergi ke london.. emmm mengenangkan perjalanan dengan bas yang mengambil masa 8 jam.. aku malas juga.. sebab meletihkan.. mungkin yang dekat-dekat sahaja.. kak zarina ari nie ke edinburgh, stirling dan st andrews.. seronok juga tu.. yang lain ramai turun ke newcastle berjalan.. ikutkan hati.. aku nak balik malaysia je.. sebenarnya dah ramai yang mengajak kami berjalan.. ke london.. ke paris.. ke spain.. tapi hatiku hanya mahu balik ke malaysia sahaja saat ini.. apatah lagi mengenangkan sepatutnya jika ikutkan perancangan awal.. esok aku akan bertolak balik.. tetapi kerana pertukaran tajuk research aku di saat akhir.. menyebabkan semua perancangan itu terpaksa dilupakan..
Semalam aku telefon mak di kampung.. terkejut mendengar mak jatuh di bilik air.. katanya baru 2 3 hari sahaja.. mendengar perkhabaran begitu hatiku sudah mula bimbang.. risau.. dan macam-macam datang dalam fikiran.. bila jauh begini mendengar perkhabaran begitu sudah cukup membuatkan aku susah hati.. apatah lagi emak yang sakit.. namun aku tahu.. kena juga kuatkan semangatkan.. hanya doa dan harapanku sahaja yang ada untuk mereka.. semoga kaki emak cepat sembuh..
Mak dan ayah mula tanya bila nak balik?? kotak yang aku hantar 2 bulan yang lepas sudah pun sampai ke kampung.. tuan yg hantar kotak?? masih tersadai kat glasgow nie.. ayah pun dah mula ingatkan pasal buku cek yang perlu aku tandatangan.. termasuklah urusan kereta yang perlu ditukar nama.. kereta telah pun selesai dibayar.. 7 tahun menunggu untuk menghabiskan hutang, kini ianya selesai; dah abis bayar pun.. hanya perlu tukar nama dalam geran sahaja.. dari nama bank ke nama pakwe.. itu belum lagi cerita urusan bank islam dan kad kredit aku.. emmm banyak sungguh benda yang perlu diselesaikan.. harapnya.. bulan depan aku dapat balik selepas selesai review nanti insyallah.. tak sabar rasanya.. hatiku bukan lagi di glasgow.. tapi sudah terawang-awang di banting, jelebu dan tg malim.. singgah kadang kala ke rawang.. shah alam.. klang.. dan nilai 3 ..
Kadang.. teringat perjalanan yang pernah aku tempuhi ke ipoh, trengganu, kota bharu dan genting highland.. entahlah.. semua tempat itu ada kenangannya.. ada pengalamannya.. sebelum ke sini.. aku sempat menemani ayah ke kuala berang.. dan berjalan ke kuala trengganu.. malah sempat juga menyelia pelajar di ipoh, chemor, manjung, sitiawan, bt gajah.. malah sempat juga menghadiri majlis perkahwinan adik pejabat salmi.. di malim nawar.. masih aku ingat ketika aku memandu ke chemor.. aku jatuh cinta dengan pemandangan di situ.. sejuk dan tenang.. apatah lagi melihatkan banjaran titiwangsa dari jauh.. hati terasa damai disana.. kadang kala sendirian aku teringat perasaan itu. setiap kali ke chemor.. melihat pemandangan bukit bukau dan gunung ganang. menerbitkan rasa tenang dan damai.. sehingga saat ini dapat ku rakamkan rasa itu.. malah aku teringat kala ke Bt Gajah.. melalui istana lama.. kelly castle.. bermula dari Tg malim.. keluar di Tol Gopeng.. memandu melewati pekan Gopeng.. dan menuju ke pekan Bt Gajah.. masih terbayang laluan itu.. selama hampir 2 minggu berulang alik setiap hari dari Tg Malim ke Ipoh apatah lagi sendirian.. mengantuk.. letih.. penat.. lesu.. semuanya aku hadapi dengan sedaya mungkin.. kenangan itu sering mengetuk pintu kenangan.. kadang teringat pelajar-pelajar yang telah ku selia.. entah dimana mereka sekarang ini.. pastinya.. telah menjadi guru di seluruh negara.. mendidik anak bangsa.. mengembangkan pengetahuan..
Kadang teringat juga laluanku ke manjung dan sitiawan.. bertolak seawal pukul 6pagi dari tg malim.. memandu melewati slim river, sungkai, bidor, teluk intan dan akhirnya ke manjung.. dan singgah juga ke sitiawan.. menyelia pelajar.. memandu sendirian.. hampir 2-3 jam.. mengikut lori dan kereta yang bersusun.. tiba di sekolah.. berjumpa pengetua.. terus ke kelas pelajar.. menyelia hingga ke tengahari.. singgah makan dan bertolak balik juga ke Tg Malim pada hari yang sama.. namun.. pengalaman aku ke manjung, lumut dan sitiawan selama 4 kali.. setiap kali itu juga aku pasti lalui kg lekir bt7.. kenapa? kerana rumah orang tua sahabat baik ku ada disitu.. kadang nampak juga kelibat ayahandanya.. terpandangkan rumahnya yang berwarna kuning dihujung jalan.. dan sebuah pondok buruk kecil ditepi sudut rumah.. semua itu ada ceritanya.. namun kerana aku hanya sendirian.. tidaklah ku singgah .. namun kenangan itu sudah cukup mengingatkan aku.. betapa kadang kala aku rindu dengan kampung..
Itu belum lagi kenangan menyelia pelajar di kuala trengganu, bachok, penarik, ajil, kota bharu, besut, seremban, ampangan, palong 3.. kadang teringat semasa mengajar di UPSI.. puas berjalan menyelia pelajar praktikum di sekolah.. banyak pengalaman manis bersama pelajar yang pernah aku selia.. malah ada sesetengah pelajar itu.. pernah juga aku selia thesis akhir tahunnya.. seronok sebenarnya menyelia pelajar.. aku sudah menyelia di 5 buah negeri.. selangor, kelantan, trengganu, negeri sembilan dan perak.. seronok apabila melewati sekolah yang berada dipendalaman.. dan juga ke sekolah di kawasan bandar.. melihat perbezaan.. melihat pelajarnya.. melihat perpektif sekolah.. berjumpa dan berbual dengan pengetua.. penolong kanan.. dan guru penyelia.. itu semua menambahkan ilmu dan pengalaman.. dan sering juga aku akan ceritakan pengalaman itu semasa aku mengajar di UPSI..
Kadang aku menjadi rindu.. teringatkan kampung.. tempat kerja.. kenangan lama.. kadang terbayang laluan jalanan yang pernah aku lalui.. sama ada sendirian, bersama pakwe, bersama kawan atau bersama keluarga.. sebab itu bila disini aku tidak kisah untuk memandu kemana-mana.. kerana dulu aku sendiri sudah puas berjalan dan memandu.. merata pelusuk negara aku pergi.. kebanyakkan dengan rakan.. dan juga pakwe.. masih ingat lagi semasa aku perlu menyelia pelajar di kuala trengganu dan kota bharu.. kami bertolak dari tg malim pukul 12-2 pg dan berehat sebentar di kawasan rehat dan tiba di sekolah pada awal pagi.. sering juga ditanya pelajar.. pukul berapa pn bertolak.. bila ku jawab pukul 2 pg tadi.. semuanya tercengang mendengarnya.. pelik.. yelah tapi bagiku yang pernah berjalan malam semasa di edinburgh dulu.. apatah lagi pakwe jenis suka berjalan malam.. kerana siang harinya sudah tiba di destinasi semua itu biasa bagiku.. namun kenangan itu semua.. kadang kala menghantui perasaanku.. menyebabkan rasa rindu semakin membara..
Sabarlah hati.. insyallah akanku jejaki juga tanah malaysia.. dulu saat aku tiba ke london dan glasgow.. ku letakkan tanganku ketanah menyambut ketibaanku.. kini. andai tanah malaysia bakal ku jejaki kembali.. tanah dikampung akan ku gengam kali ni.. tanda aku telah balik ke tanah tumpah darahku.. simbolik.. tapi ada sebab mengapa itu perlu aku lakukan.. hanya mereka yang mengetahui yang tahu sebabnya..
Nukilan Rasa: iina at 18:21 0 sedang senyum-senyum
Sabtu, bonnypack dan shopping
Semalam kak khadijah telefon aku.. ajak aku ke bonnypack untuk tunjukkan jalan.. dia baru beli kereta mpv seminggu yang lepas.. so masih lagi tak fasih jalan-jalan di sekitar glasgow.. so aku pun bawalah tunjuk jalan ke sana.. tapi pada masa yang sama aku advice suruh beli satelite navigator antara yg famous tom-tom.. biasa orang kat sini beli sat nav utk memudahkan kita untuk ke sesuatu destinasi..senang nak tahu jalan.. aku yang takde kereta nie pun dah ada sat nav.. beli semasa ke inverness yang lepas.. keretanya belum ada lagi.. tapi sat nav ye dah ada.. sampai kena perli dengan kak ina.. bila ko nak beli kereta nie na.. heheh kak ina.. itu kena tanya pakwe.. bab-bab kereta nie kena ikut selera dia.. karang ada juga orang yang tak berkenan..
Dapat jugalah tadi membeli barangan rumah.. seperti kebiasaan.. memang kebanyakan kami akan membeli barang rumah.. dapur, hardware, duvet, pinggan, pyrex dan lain-lain di bonnypack.. murah tetapi barangan yang di tag adalah tanpa vat.. semasa bayar nanti barulah akan dimasukkan vatnya sekali.. (cukai) dalam 17% dari jumlah harga barangan yang dibeli.. selalu kami akan survey harga dulu di bonnypack.. kadang kala semasa sales di watt brother atau TJ Hughes.. jika barangan berkenaan selepas termasuk tax.. lebih kurang atau murah dari yang di bonnypack kami akan beli.. seperti pyrex dan pinggan mangkuk.. maklumlah orang perempuan kan.. sememangnya.. sesiapa yang ke glasgow.. kalau orang malaysia lah.. kami advice pergi ke bonnypack untuk membeli barang..
Selepas bawa mereka ke bonnypack.. singgah pula di kedai khasmir.. biasalah untuk membeli daging lembu dan tulang.. dan termasuklah paru lembu.. hanya di khasmir sahaja benda-benda nie mudah diperolehi.. dan kebiasaan mesti beli dalam lingkungan 2-3kg.. aku lah kalau beli.. kalau pakwe lagi banyak kot hehehe.. sebab dia yang suka makan paru dan tulang serta daging lembu.. aku tukang masak dan goreng jelah.. makan setakat sikit-sikit sahaja.. mengenangkan isnin ini, aku akan mengadakan mesyuarat ajk masakan.. untuk majlis sirah rasullulah.. maka biasalah.. kenalah prepare benda nak masak pada hari tersebut.. lebih kurang dalam lingkungan 15-20 orang yang akan datang.. seronok juga dah lama tak menjemput orang datang ke rumah ramai-ramai.. yang terakhir adalah pada hari raya aidiladha yang lepas..
Selepas ke bonnypack.. aku terus ke city centre.. semalam tak sempat nak ke matalan.. so hari ini memanjangkan kaki ke situ.. memang ada sales.. tapi taklah sebanyak semasa new year sales yang lepas.. dapatlah belikan pakwe baju.. dalam pada itu aku terserempak dengan sepasang couple dari lancaster rasanya student dari Iran .. dari gayanya lah.. tanya tentang tempat menarik kat glasgow nie sebab mereka.. baru sampai tak tahu kemana.. so aku jadi tunjuk arahlah.. suruh ke george square.. kalau datang glasgow tak ke george square tu.. ibarat seperti ke london tak ke trafagar square ler.. lagipun di situ ada tourist information centre.. jadi tourist guide hari nie :)
Sebenarnya ke city centre sekadar untuk mengisi masa lapang.. biasalah pakwe kan kerja.. dari pagi hinggalah ke petang hari.. 4 hari cuti duduk rumah sahaja.. terasa bosan.. so ambil peluang untuk mencuci mata.. setakat pusing bandar glasgow pun setakat mana je.. tapi.. bila ada sales.. seronok sikit nak berjalan.. malam ini cadangnya insyallah aku nak sambung report yang aku belum selesai edit lagi.. sejak semalam tutup buku terus tak buka hehe.. tapi hari ini kenalah buat selesai seronok menghabiskan duit.. sampai kena pesan dengan sorang sahabat nie.. belanje beringat-ingat sikit :) dah ingat dah pun.. tapi mana yang dah terbeli tu. kira burn jelah kan :)
Nukilan Rasa: iina at 17:15 0 sedang senyum-senyum
Friday, 21 March 2008
Shopping lagi..
Hari ini selepas sesi konsultansi.. aku telefon kak zarina...mula nak sekadar untuk bersembang sahaja.. maklumlah cuti kan.. apatah lagi kami berdua sememangnya tak kerja .. akhirnya ku ajak dia ke city centre.. memang ada beberapa benda yang perlu dibeli untuk pakwe dan sedikit barang rumah.. dalam berjalan.. kami singgah ke debenham.. sebenarnya dah lama nak mencuba produk clinique.. tetapi melihatkan harganya yang agak mahal.. berbelah bahagi jugalah.. akhirnya kerana melihat set introduction hanya sekadar 22pd.. heheh.. terujalah hati nak mencuba.. akhirnya.. kami pun beritahu sales gals yang kami nak mencuba.. sememangnya.. kalau di malaysia.. amatlah mahal..tapi melihatkan sekadar 22pd.. kami pun beranilah nak bertanya..
Setelah dianalisa.. rupanya jenis kulit aku jatuh type II.. kerana kulit muka yang ketara kering.. terutama dibahagian pipi.. sales gal siap rekomen 1 lagi produk.. melayang lagilah duit yang keluar.. nie semua gara-gara kak zarinalah nie .. heheh.. siap suruh beli foundation lagi.. last aku pakai pun masa kahwin dulu.. itu pun 8 tahun yg lepas.. hehehe.. bukan apa aku tak minat sangat nak pakai.. sebab lecehkan.. nak solat nanti.. nak basuh mukalah.. nak pakai balik lah.. akhirnya kerana dipaksa oleh kak zarina.. akhirnya aku beli jugalah.. his.. hiss.. kak ina kalau baca nie jangan marah tau hehehe...
Tapi seronok sebab sales gal tu terkejut bila kami beritahu umur kami.. katanya kami nampak muda.. terkejut besar dia hehehe.. yelah kulit orang asia memanglah camnie.. takde kedut-kedut lagi seperti mereka.. umur 25thn dah mula ada fine line.. facial line.. wrinkle.. tergelak besar kami tadi.. rupanya dia pernah ke singapore.. so makin rancaklah sembang kami tadi.. seronok juga melayan adik tu.. walaupun 25thn.. sememangnya muka penuh dengan makeup tebal heheh.. aku duk perhatikan jelah.. siap dia kata kalau boleh dia nak jenis kulit macam kami.. senyum sengih jelah kami tadi..
Akhirnya.. beli jugalah kami barangan clinique.. mengenangkan untuk diri sendiri juga.. dan mencuba sedaya upaya untuk tidak convert ke dalam RM.. kami buat-buat selamba je selepas itu walaupun hati cam rasa bersalah pulak.. terutama kak ina.. heheh.. takpe kak demi menjaga kecantikan untuk suami tersayang.. bukan untuk orang lain.. ikut kata kak chik.. baik menyesal beli dari menyesal tak beli.. :)
Nukilan Rasa: iina at 21:37 0 sedang senyum-senyum
Konsultansi
Hari ini aku berkonsultansi dengan seseorang di Malaysia.. banyak sungguh ilmu yang aku perolehi tentang cara dan teknik yang betul dalam berdoa. Selama ini banyak yang tidak aku ketahui dalam cara memohon apa yang kita kehendaki.. gelombang beta, alpha dan tetha.. selama ini kita sering berdoa dalam tahap beta.. dimana kita hanya memohon dalam keadaan tertekan.. menyebabkan doa kita sering tidak sampai.. sering terawang-awang.. rupanya ada cara berdoa yang betul.. kita sepatutnya tidak berasa tertekan.. sepatut meminta bila berada dalam keadaan yang tenang dan mampu visualkan apa yang kita kehendaki.. sungguh hebat kuasa minda manusia sebenarnya.. hanya kita sahaja yang tidak tahu.. dan mungkin terlepas pandang..
Alhamdullilah.. semoga dengan adanya ilmu ini, aku mampu melakukannya dengan sebaik mungkin.. memang banyak membantu dalam mengharungi kesukaran dalam study dan mencapai hajat yang aku tunggu setelah sekian lama.. kita harus yakin.. Allah itu tahu dan boleh menjadikan apa sahaja.. bak kata sahabat tadi.. ketenangan, kebahagian, kejayaan semuanya MAKHLUK ALLAH.. dengan cara solat & doa, meditasi dan visualisasi insyallah semua yang kita hajati dapat kita perolehi.. otak kanan memegang rahsia VISUALISE, IMAGINASI & TALIAN HAYAT DGN ALLAH dan kita seharusnya pasrah, redha dan supplication to Allah..
Bila sahabat ini menceritakan tentang peranan visualisasi.. aku teringat seketika.. bukankah kajian aku yang dahulu adalah mengkaji peranan visualisasi dalam meningkatkan kemahiran berfikir dikalangan pelajar.. malah aku turut mengkaji bagaimana manusia itu boleh meningkatkan pemahaman dengan menggunakan teknik ini.. itulah yang aku ingin kaji.. dan telah berpuluh artikel yang aku baca tentang kelebihan ilmu visualisasi ini.. namun dalam pada itu aku tidak pernah terlintas pun untuk mengaitkannya dengan hubungan kita kepada allah.. melaksanakannya dalam berdoa.. menvisualkan apa yang kita kehendaki itu semasa berdoa dan membayangkan yang kita telah pun perolehinya semasa memohon kepada ALLAH.. tersentak aku seketika bila ini diberitahu padaku.. betapa kecilnya skop ilmu yang ku ketahui.. selama ini tidak pernah terlintas pun difikiranku.. tapi benar.. semakin aku mencari ilmu.. rupanya aku juga semakin banyak belajar tentang kehidupan.. tentang maknanya.. apatah lagi kaitannya dengan pencipta kita.. ALLAH s.w.t
Insyallah semoga dapatku laksanakan dan ku cuba.. sungguh berharga ilmu yang aku perolehi ini.. takjub aku dengan secebis ilmu yang begitu mudah.. tetapi ramai diantara kita tidak ketahui atau ambil peduli.. semoga dengan adanya pengetahuan ini.. aku dapat capai semua yang aku impikan selama ini.. dan laksanakan tanggungjawabku dengan ikhlas, pasrah, redha untuk mencapai keredhaan ALLAH.. untuk membina dan membantu insan yang lain.. dalam memperkembangkan ilmu.. dalam mendidik anak bangsa dan umat muhammad.. bukankah itu tanggungjawab kita sebagai pendidik.. sebagai pensyarah.. dan tanggungjawab kita juga kepada negara dan bangsa.. dalam pada masa yang sama untuk mencapai keredhaan ALLAH..
Saat sukar dan payahnya menghadapi dugaan dan cabaran.. jika kita ikhlas dan redha.. insyallah.. allah akan mudahkan laluan kita.. dalam apa juga dugaan yang kita hadapi.. maka kita tidak lagi gentar dan rasa sukar melaluinya.. kadang kita hanya sekadar berdoa.. tapi jarang menghadirkan diri kita semasa berdoa.. fikiran ditempat lain. tapi tangan menadah berdoa.. kadang sekadar melafazkan.. tapi tidak benar-benar memaksudkannya.. kita tertekan dalam berdoa.. kita mendesak.. rupanya itu bukanlah cara berdoa yang terbaik.. sepatutnya kita lakukan dalam keadaan yang tenang dan relak.. benar-benar menghadirikan diri kita kepada ALLAH semasa berdoa.. dan itulah juga caranya untuk kita mencapai khusyuk.. masyallah.. hebat sungguh kan.. itulah kesimpulanku semasa selesainya sesi konsultansi tadi.. alhamdullilah
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat bolehlah pergi ke halaman web ini.. untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang apa yang aku katakan tadi http://kliniksukses.blogspot.com/. Insyallah ianya dapat membantu dalam menangani stress, cabaran dan dugaan dalam hidup..
Nukilan Rasa: iina at 10:27 0 sedang senyum-senyum
British Summer Time
Mulanya ku sangkakan.. masa akan berubah hari ahad ini.. 23 hb rupanya bila aku semak semula dalam google.. rupanya BST akan bermula pada minggu hadapan.. 30hb Mac 2008 iaitu hari ahad.. http://www.berr.gov.uk/employment/bank-public-holidays/bst/page12528.html
Nampaknya kena buat balik annoucement.. idak nanti ada kawan-kawan yang pergi keje sejam awal.. hehehe.. walhal masih awal sangat-sangat lagi.. tapi aku sudah mula terasa.. pukul 8 pagi pun dah macam pukul 10 pagi. sekarang ini biology clock pun dah mula berubah.. selalu tersilap masa... kadang ingat dah pukul 9 pagi.. rupanya masih pukul 8pg.. seperti hari ini.. ingatkan dah bangun lewat.. rupanya baru pukul 7 pagi.. berkali-kali juga tengok jam.. rupanya masih awal lagi..
Insyallah ahad depan.. bermulalah aktiviti untuk menukar masa.. dan tandanya musim panas akan tiba tidak lama lagi.. :)
Nukilan Rasa: iina at 08:54 0 sedang senyum-senyum
Thursday, 20 March 2008
Cuti Easter dan Rehat
Esok cuti hingga hari Isnin.. alhamdullilah.. seronok bercuti.. selepas beberapa minggu asyik sibuk dengan tugasan dan study yang tak kunjung hentinya.. Esok juga aku cuti dari kerja hingga ke Isnin.. bolehlah berehat di rumah dan menyiapkan tugasan proposal.. hampir siap sebenarnya hanya perlu ditambah serba sedikit..
Hari ini Suthanya bawa anggur lagi.. semalam dia belikan anggur juga.. ajak kami makan sama-sama.. mentang-mentang murah je dia beli kat ALDI.. 45p.. sampai 2 hari nie asyik makan anggur free je.. sebab itulah semalam tu mula belajar bahasa Thai.. dek kerana penangan anggur yang dibeli oleh Suthanya.. sebenarnya dah seminggu ini.. aku, suthanya dan kak haizan sering makan tengahari bersama.. bukanlah makan diluar.. tapi masing-masing semua bawak bekal.. aku jelah kadang-kadang malas.. beli je sama ada dari gregg.. atau kadang dari tesco.. apa lagi sushi kegemaranku tulah.. boleh bawa bekal tapi aku malas nak membasuh tupperware.. dan lagi nak bawak.. pulak tu pakwe hari-hari bawa bekal.. kadang tengok nasi tinggal sikit je.. pagi tu. so kenangkan dia balik nak makan pagi.. dan bawa bekal.. kadang aku batalkan je hajat nak bawa bekal dan hanya beli roti sandwich dari gregg atau tesco.. kadang aku turun beli kat costa je.. atau Joana bites.. ikutlah.. kadang masak juga pagi.. mee atau nasi goreng.. tapi sejak kami sering makan tengahari bersama.. aku rajin sikitlah bawa bekal.. apatah lagi si Suthanya tu ari-ari bawa bekal nasi dan lauk.. selalu gak dia offer.. tapi almaklum ler kan... memang dah tau tak halal.. so tak pernah teringin pun nak merasa apa yang dia masak..
Hari ini aku tanya Suthanya berkenaan festival yang ada di thailand.. sebab aku tahu ada festival air .. songkran.. dan satu lagi apatah.. seronok juga berborak pasal negara masing--masing.. sempat jugalah aku terangkan tentang malaysia serba sedikit.. siap cerita pasal pakaian kebangsaan lagi.. pasal majlis perkahwinan.. proses berkahwin.. hantaran.. siap tunjuk gambar dalam internet.. aku siap tengok pakai traditional thai.. kain sutera thai cantik-cantik.. kata Suthanya kalau convert dalam pound.. hanya sekadar 7pd sahaja.. murahnya.. aku, mas dan kak haizan siap plan nak kirim kain dari suthanya kalau dia balik thailand.. murah giler.. siap nak order lagi.. itulah jadinya bila dah orang perempuan nie berkumpul takde topik lain heheh.. apatah lagi suthanya nie orang thailand.. bukan jauh beza sangat adat dan budaya kita pun.. jenis kain pun tak jauh beza.. memang cantik buat baju kurung.. seperti kain songket dari trengganu.. cuma tidak berkilat.. habislah.. lepas nie kalau suthanya balik ke thailand.. berpasang-pasanglah kain dia beli utk kita orang nie..
Hari ini bekerja seperti biasa.. cuma kebelakangan ini ramai staf mula balik awal.. pukul 5.15 atau 5.30 kebanyakan dah balik,. tinggallah aku seorang diri buat keje.. kadang terfikir gak nak cabut balik je.. tapi kenangkan keje yang masih tak siap.. buat jugalah kadang hampir ke pukul 5.50 baru siap semuanya.. kadang hanya tinggal aku sahaja dibangunan tersebut.. semuanya sunyi dan sepi.. nasib juga bangunan legal house itu berhampiran dengan bus stop.. so bising dan riuh rendah juga dengan bunyi bas yang lalu lalang.. apatah lagi jarak untuk ke city centre hanya sekadar 1 bus stop sahaja.. jalan kaki pun tak sampai 5 minit.. so seperti biasa hari khamis.. dan esok pun cuti kan.. aku ambil peluang ke city centre.. memang aku kerap juga ke city centre selepas waktu kerja di hari khamis kerana kebanyakan kedai tutup sehingga pukul 8mlm.. masa inilah peluang untuk mencuci mata dan membeli belah..
Hari ini banyak juga sale merata-rata.. maklumlah sempena cuti easter ini.. aku seperti selalu mesti survey perfume.. dari sale x'mas dan new year.. hinggalah sekarang.. asyik beli perfume je.. siap leh hafal semua brand perfume.. siap tahu dah range harga dia bagaimana.. so bila sale je.. kalau murah memang aku tak fikir panjang untuk beli.. dah banyak yang aku beli.. sampai kena perli dengan pakwe.. ada yang aku tak berkenan.. aku dah hantar balik ke malaysia semasa Baha ambil kotak beberapa bulan yang lepas.. tapi biasalah sebab tengah sale.. dan selalu juga sale.. aku rajinlah beli perfume.. semua kebanyakkan dalam range 15-30pd.. selalu aku beli dalam range 20pd je.. paling mahal pun.. itupun ikut brand yang aku suka baunya.. hampir setiap kali aku mesti ke debenham untuk test perfume.. dah berkeping-keping kad tester tu aku kumpul.. dan juga dah banyak juga yang aku aim nak beli hanya tunggu bila harganya murah sahaja.. ada peluang memang aku beli terus tanpa fikir panjang.. so memang beli perfume lagi hari ini.. brand burberry.. not bad bau dia.. siap gift dalam harga 17.99 utk 50ml.. sebelum tu siap survey lagi kat boots.. memang berbaloi beli.. so ambil keputusan untuk beli tanpa fikir panjang hehehe.. nie kalau pakwe tau sure kena perli lagi.. tapi.. aku dah belikan dia perfume tau.. dalam beli utk diri sendiri beli juga utk dia..
Seterusnya aku singgah ke TJ Hughes.. sebenarnya semalam aku ke sana bersama kak haizan semasa ontway ke uni.. sempat lagi singgah TJ Hughes.. tengok water filter jug.. tgk murah je.. dan memang plan nak beli pyrex 3 set hanya 8pd je.. teringat pesan Mashi yang juga kirim dengan aku (mashi ko punya aku beli lain kali.. tadi tak larat nak beli sampai 2 set.. heheh).. belanje sakan gaklah.. sebab kebetulan tengah murah.. lagipun aku ye style kalau dah berkenan tu aku beli je.. sebab bukan apa.. aku nie jenis survey n buat research dulu sebelum nak beli barang.. kadang memang berzaman fikir .. tapi kalau dah berkenan tu aku terus je beli tanpa fikir panjang..heheh..
Balik ke rumah aku keletihan.. seperti biasa perlu masak untuk makan malam.. itulah hidup sebagai isteri.. bangun pagi masak sarapan.. terus ke universiti.. petang kerja.. balik kerja masak lagi utk makan malam.. sini kita takde pilihan nak tak nak kenalah masak.. harap nak makan kat luar pun terhad.. setakat nak makan kebab atau nasi briyani sekali sekala bolehlah.. tapi selalu.. parah ler duit poket.. kadang beli juga.. ayam goreng chicken cottage atau chicken hut.. atau kadang fish n chips.. atau pizza.. ikut harilah.. kalau hari gaji.. memang selalu ler kena suruh belanje.. minggu nie giliran aku pulak belanje pakwe.. minggu lepas makan di lemon tree pakwe abis 25pd belanje aku makan.. hehehe.. dah dia ajak makan .. kenalah bayar.. minggu nie aku dah janji nak belanje pulak kat kebabish.. takpe.. bukan selalu pun kan..
Rasa lega sedikit memikirkan esok cuti.. boleh berehat dirumah.. atau window shopping esok.. tengoklah camna nanti.. mungkin ajak pakwe berjalan di city centre sementara ada sale di debenham 50%.. hehehe.. masa untuk abiskan duit.. his...hiss kena beringat nie..
Nukilan Rasa: iina at 21:07 0 sedang senyum-senyum
Wednesday, 19 March 2008
Belajar bahasa Thai (buah-buahan)
Hari ini aku belajar bahasa Thai dengan Suthanya.. hari ini bermula dengan menyebut nama buah-buahan.. aku ajar dia sebutan dalam bahasa melayu dan dia juga ajar aku dalam sebutan Thai.. menarik kerana ada sesetengah buah-buahan yang mempunyai sebutan yang hampir sama.. seronok juga belajar bahasa nie.. aku siap ajar dia sebut selamat datang.. dan dia ajar aku sebut sawadi.. hehehe
buah-buahan yang kami belajar hari ini
Grape = Aggun = Anggur
Banana= karuyai = pisang
mango=manuwang=mangga
mangosteen=mangkut=manggis
Durian=Tulian
Cempedak=cempedak (sama gak dalam Thai sesetengah tempat sebut champa)
Jackfruit=kanun = nangka
Ciku = mamud
Buah salak= sala
Guava=Farang=Jambu batu
Starfruit=Talingping=belimbing
Banyak lagilah.. selalu juga si Suthanya nie kena interview dengan aku.. pasal studylah.. pasal elaunlah.. pasal gaji lecturer kat Thai lah.. pasal barang-barang yang murah kat Bangkok.. macam-macam lagi .. setiap hari ada je topik yang aku akan tanya.. walaupun nama je sebelah negara tapi banyak juga yang aku tak tahu... si Suthanya.. satu apa pun tak tahu pasal malaysia.. kadang siap aku perli dia lagi.. I know lots about your country.. but you know little about malaysia.. hehehe.. lepas tu dia mesti tersipu-sipu dengan aku hehehe.. seronok juga melayan dia kadang-kadang.. kena pulak aku duk tension 2 3 ari nie kena buat proposal.. melayan dia kadang-kadang release sikit tension..
Nukilan Rasa: iina at 22:27 1 sedang senyum-senyum
LR lagi
Mengenangkan kekeliruan yang timbul berkenaan dengan LR yang perlu aku hasilkan, maka aku pun email semula kepada George. Menanyakan kembali perlukah aku buat LR yang baru. Oleh kerana email itu dihantar hampir ke pukul 2 petang, aku pun tidak menunggu respon dari George dan terus pergi ke tempat kerja..
Selepas kerja.. aku check semula email.. rupanya aku kena remove bahagian background research serta bibliography dan jadikan sebagai section literature review. Rupanya aku yang salah faham.. syukur hanya sekadar menjadikannya satu dokumen yang lain.. namun aku masih juga perlu tambah lagi huraian dalam LR yang telah sedia ada.. kerana seolah ianya tidak lengkap dan tergantung..
Penat.. letih dan pening pala.. semuanya bersatu dalam satu situasi.. satu badan.. aku seperti sudah tepu berfikir.. minda rasanya sudah penat untuk terus bergerak.. aku rasa perlu berhenti sebentar dan berehat seketika..
Nukilan Rasa: iina at 19:19 0 sedang senyum-senyum
Edit dan LR
Tengahari tadi aku resubmit proposal yang telahku edit. Tak lama selepas itu aku mendapat feedback berkenaan proposal berkenaan.. adalah lagi bahagian yang perlu ditambah.. muka surat dah jadi 13 dah nie.. lepas tu aku keliru dengan section dimana aku perlu kepilkan literature review dalam laporan berkenaan. Nak sertakan LR camna?? LR yang ada adalah topik yang lama?? hiss kena buat ke? LR dulu pun sebulan lebih aku buat baru dapat siapkan.. ini nak siapkan dalam beberapa hari ke? penatnyaaa... letihnya.. penat buat proposal pun tak selesai lagi.. pala yang pening masih ada lagi.. tapi aku tidak ada pilihan.. nampaknya cuti easter kali ini.. aku memang tak dapat rehat langsunglah nampaknya.. ingatkan dapatlah aku berehat sakan sikit.. tapi dah begini gayanya.. tidur pukul 5 pagi lagilah jawabnya aku nie.. orang lain berbulan nak hasilkan LR.. aku?? Aku hanya ada 5 hari sahaja untuk menyiapkannya..
Pada masa yang sama juga aku kena uruskan pembelian barang-barang dan urusan memasak untuk majlis sirah rasul.. harapnya semua berjalan dengan baik dan lancar.. aku cuba buat sehabis baik semampu yang dapat.. dalam masa yang sama juga perlu membuat LR.. bagi mereka yang pernah buat LR nie.. tahulah camna hussle ye menulis sesuatu baru dari mula.. walau buat sekadar 6 muka surat sahaja proposal pun aku dah pening.. ini pulak LR yang berpuluh muka surat.. emmm..
Tak mengapalah.. inilah cabaran aku.. kena hadapi juga.. takkan nak buat tak peduli pula.. insyallah aku cuba mana yang mampu..
Nukilan Rasa: iina at 13:23 0 sedang senyum-senyum
Tuesday, 18 March 2008
Edit lagi
Sejak semalam aku sudah mendapat feedback dari George berkenaan dengan proposalku. Hanya perlu ditambah schedule dan future plan... sebenarnya laporan yang lepas aku telah masukkan schedule berkenaan, kini hanya perlu diubah sahaja.. sejak semalam mood untuk mengedit menjadi slow pulak.. maybe aku keletihan dan sakit kepalaku juga seperti tak kunjung kebahnya.. walaupun berkurangan tapi masih ada lagi..
Semalam kak haizan memberitahuku.. blog aku juga telah dibaca oleh seorang rakannya di London.. dia ke London minggu lepas selama 3 hari.. siap kena perli-perli lagi dengan kak haizan.. amboii blog ko.. glamour hehehe... walaupun apa pun terima kasih pada semua yang pernah mengunjungi blog ini.. tak kira secara sengaja atau tidak...
Sebenarnya blog ini lebih kepada luahan rasa.. asal dulu ia dihasilkan untuk cerita bergambar.. berkenaan dengan tempat-tempat yang aku kunjungi atau perkara yang aku buat.. tapi semakin lama.. aku jadikan ia seperti jurnal seharian.. menulis apa yang aku rasakan.. dan sedikit sebanyak juga dapat melegakan apa yang terbuku dihati.. atau yang tersirat difikiran dan apa yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata..
Hanya tinggal 2 hari sebelum cuti easter.. jumaat ini dan isnin depan cuti.. seronok? mestilah.. berehat seketika selama 4 hari.. kemana? tak tahu lagi.. mungkin sekitar glasgow.. atau yang berhampiran.. tak merancang untuk berjalan jauh.. pakwe kerja .. tapi tengoklah mungkin aku sekadar shopping di bandar jika ada yang berkenan dihati.. namun aku agak sibuk juga kerana perlu menguruskan pembelian barang makanan untuk majlis sirah rasul yang akan diadakan pada minggu hadapan.. banyak juga barang-barang yang perlu dibeli.. dan masa juga suntuk.. harapnya aku dapat selesaikan insyallah..
Harap esok aku dapat selesaikan lagi proposal aku.. hampir siap hanya sedikit sahaja yang perlu diedit lagi.. :)
Nukilan Rasa: iina at 12:31 0 sedang senyum-senyum
Monday, 17 March 2008
Isnin Lagi
Isnin datang lagi.. silih berganti minggu dan hari.. dan alhamdullilah ku siapkan juga proposal yang telahku edit sejak khamis yang lepas.. puas hatikah aku?? entahlah.. masih banyak ruang yang perlu aku perbaiki rasanya... terutama bahagian methodology yang sememangnya perlu lebih terperinci mengenai method yang hendak digunakan dalam konteks intsructional design, software design and user design.
Aku hanya mampu menulis secara ringkas method yang akan aku pilih namun.. untuk memastikan adakah method itu yang terbaik maka lebih banyak lagi yang perlu aku baca.. makin banyak yang aku baca.. semakin banyak juga method yang aku temui.. IMS, API, SCORM, EML, EDL dan macam-macam lagi.. mungkin akan aku perincikan selepas mendapat feedback dari George nanti insyallah..
Hari ini semasa mengedit laporan itu awal pagi ini.. ku katakan pada sahabatku semasa aku online bersamanya.. mungkin ada hikmah juga perubahan tajuk ini.. ada sebab yang terbaik.. kerana dalam mengkaji skop research yang baru.. aku temui banyak artikel berkenaan dengan IT dari segi impak, policy, trend, permasalahan, method, ciri, pendekatan dan pelbagai lagi.. bila muhasabah diri dikala menghasilkan laporan berkenaan.. rasanya mungkin inilah yang terbaik untuk ku.. mungkin Allah berikan aku peluang untuk meneroka satu bidang dan ilmu baru.. yang sememangnya ada kelebihannya sendiri..
Alhamdullilah aku selesai mengedit laporan dan telahku pun hantar kepada George.. sebenarnya aku sudah agak letih mengedit sejak khamis.. apatah lagi sabtu yang lalu aku tidur hampir pukul 5pagi.. dan semalam. keletihan dengan pelbagai aktiviti.. bengkel perealisasian item untuk sekolah malaysia glasgow di pagi hari hingga ke pukul 3ptg.. diikuti pula dengan mesyuarat untuk majlis sirah rasul.. aku dilantik sebagai ketua ajk masakan.. selesai mesyuarat dah hampir ke pukul 7 petang.. balik.. kepala dah mula senget-senget.. letih dan mengantuk sudah tidak mampu ditahan-tahan.. apatah lagi aku hanya tidur selama 3 jam sahaja .. akhirnya aku tertidur selepas isyak hinggalah membawa ke pukul 5.30pg.. rancangan asal nak bangun ditengah malam.. namun keletihan sudah tidak dapat dibendung.. terus sambung tidur hingga ke awal pagi.. Namun alhamdullilah.. telah ku siapkan juga proposal tersebut.. cuma perlu berjumpa dengan George esok atau lusa.. insyallah nanti adalah yang terbaik untuk ku..
Hari ini menjenguk dapur aku lihat ada lauk kari ayam yang telah siap dimasak.. termasuklah nasi yang juga masih belum terusik.. kesian pakwe kena masak semalam.. seharian aku sibuk semalam.. dengan bengkel dan mesyuarat.. hanya aku sempat masak bihun goreng sahaja pagi semalam.. syukur ada suami yang boleh memasak.. taklah rasa terbeban sangat bila aku betul-betul sibuk.. kadang melihatkan lauk yang dimasakkan untuk aku.. hanya senyuman sahaja yang menguntum dalam hati.. seronok juga sekali sekala ada orang yang masak untuk kita.. apatah lagi disaat kita sibuk dan tension.. syukur.... esok boleh masak lagi kan.. kan..
Isnin datang lagi.. tapi hari ini cuaca sungguh cerah dan panas.. alhamdullilah.. hujung minggu ini masa akan dicepatkan 1 jam awal.. maka secara rasminya akan bermulalah perjalanan masa ke musim panas pula... British Summer Time 23 March 2008.. bersedia untuk mengubah masa ..
Nukilan Rasa: iina at 12:17 0 sedang senyum-senyum
Saturday, 15 March 2008
Melawan Kesepian -Siti Nurhaliza
Kala mendengar lagu ini kadang terasa betapa sepi dan sunyinya ku rasakan.. apatah lagi menghadapi semua dugaan ini..
Siti Nurhaliza - Melawan Kesepian
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...
ha.. haaa.. haa..
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...
ohh.. ooo..ohhh..
ohh.. aaa...uuuu....
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...
Semoga kepergianmu
Tak akan...
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Nukilan Rasa: iina at 21:02 1 sedang senyum-senyum
Pening atau migrain
Hari ini aku bangun dengan kepala yang sungguh berat.. pening keterlaluan.. selalu tidak pernah begini.. sejak malam tadi sebelum tidur.. kepala sudah mula pening.. ingatkan tidur mampu meredakan.. namun rupanya keadaan menjadi lebih teruk.. tak tahulah sejak bila pula aku ada migrain ini.. peningnya hingga ke petang hari.. nak buat kerja pun rasa tak mampu nak teruskan.. apatah lagi laporan ini.. kan perlu banyak membaca.. artikel semua beratus muka surat perlu diteliti.. tapi bila kepala pening begini.. ahhh .. seolah makin berdenyut pula kurasakan..
Rasanya tahap stress aku sudah melampaui batas.. menyebabkan badan dan minda aku sudah tidak mampu berfungsi dengan baik.. mungkin ini antara sebabnya.. makan pun sekarang takde selera sangat dan tidak menentu.. kerana banyak berfikir dan membaca.. aku jadi mudah lapar tetapi yang dimakan hanya yang bukan-bukan.. entahlah.. diet pemakanan aku pun dah mula berubah.. cuaca juga sudah menjadi kurang sejuk.. tapi kali ini aku seolah tidak mampu bertahan lama.. tak tahulah.. hanya akukah.. atau sememangnya cuaca begitu..
Bila badan mula sengal dan lesu satu badan.. buatkan aku teringatkan kampung.. jika di Malaysia pasti aku balik jumpa mak dan ajak dia temani aku berurut.. sudah setahun lebih aku tidak mengurut badan.. harapkan pakwe.. nasib ada suami yang memahami sedikit.. bolehlah mengurut mana yang mampu... itupun hanyalah sekejap sahaja.. tangan dia pun kebelakangan ini sering sakit-sakit.. termasuk badan.. mungkin sindrom kerja yang kuat sangat.. tak cukup rehat.. kadang kesian juga nak minta urut.. tapi kenangkan sapa lagi yang ada.. terpaksalah kan..
Kadang bila keadaan begini yang datang.. kadang rasa benar-benar keseorangan.. apatah lagi dikala sibuk begini.. betul orang lain pun buat PhD juga.. tapi jangan lupa dugaan setiap kita tidak sama.. semua ada masalah masing-masing.. ku harap pening ini akan berkurangan sedikit malam nanti.. supaya dapat juga ku siapkan laporan ini.. Sejak bila aku ada migrain nie.. mmmm sabarlah hadapi dugaan ini.. badan seolah mahu berehat.. tapi mindaku seolah mahu terus berfikir.. tidur pun mimpi yang bukan-bukan sahaja.. tidur pun kadang penat.. penat fikir.. penat mimpi.. entahlah..
Hari ini aku dituduh lagi.. mengapalah kawan ku seorang ini.. apalah masalah dia nie.. hanya sebab aku buat PhD dia tuduh aku berlagak dan berubah.. dia ingat aku nie bangga sangat ke buat PhD.. sedih kadang fikir.. apabila seseorang menghina apa yang sedang aku lalui.. membanding beza tahap pendidikan antara dia dan aku.. selama aku berkawan dengannya tidak pernah aku ungkit tentang perbezaan antara kita.. memanglah aku punya ijazah.. tapi itu tidak bermakna aku tidak boleh berkawan dengan sesiapa.. dan tidak juga bermakna aku hanya perlu berkawan dengan seseorang yang ada ijazah sahaja.. nak kata cetek pemikiran pun mungkin.. kadang bercakap dengan orang yang bukan sedang hadapi laluan yang sama.. mereka boleh tuduh apa sahaja.. boleh cakap apa sahaja.. tiap kali begang.. tension pasti isu ini yang dibangkitkan.. aku sudah bosan nak menjawabnya.. balik-balik isu pendidikan yang dibangkitkan.. macam takde benda lain.. kalau aku ini jenis berlagak sejak dari awal persahabatan.. dah aku tolak berkawan dengannya awal-awal lagi..
Kadang terfikir.. jika beginilah tanggapan dia terhadap dunia yang sedang aku hadapi ini.. menghina dan mengata sesuatu yang aku sedang alami.. sedih sungguh rasanya.. kadang seolah memandang rendah semua perkara yang sedang aku lalui.. ingat aku senang lenang ke.. salah ke jika aku hanya mahu berkongsi rasa dan perasaan, bebanan dan stress yang aku alami.. kenapalah sahabatku jadi begini.. kenapalah.. kenapa.. kadang membaca kata-katanya itu.. aku hanya memandang sepi dan sedih.. berterusan menghina dan memandang rendah..
Aku tidak pernah menghina dan memandang rendah apa yang sedang dilakukan sekarang.. aku tahu dugaan dia juga sehebat aku.. terpaksa berjuang setiap hari demi untuk mencari rezeki buat keluarga.. kadang untung.. kadang rugi.. kadang berjaya kadang tidak... tapi kenapa dia sering mengatakan aku begitu.. apatah lagi menuduh aku berlagak kerana mencari ilmu dan melaksanakan tanggungjawabku.. mengapa begitu mudah menuduh aku begitu.. apa aku ini tidak boleh berkata apa-apa ke.. setiap kali aku mengatakan sesuatu.. setiap kali itu juga alasan perbezaan ini pasti akan timbul.. aku sudah bosan sebenarnya.. sudah bosan mendengar..
Bagaimana pula rasanya kalau aku pula kata dia juga berlagak kerana mengejar duit yang berjuta-juta.. berlagak kerana mahu menjadi kaya.. sampai memandang orang lain ini hanya apa sahaja.. tahulah sedang mencari duit yang banyak.. ingin jadi jutawan.. ingin jadi millionaire.. dulu ada kerja berhenti semata-mata kerana mahu mengejar kekayaan.. jika aku katakan dia juga berlagak mentang-mentang nak jadi kaya banyak duit.. baru dapat untung sedikit dah berlagak.. bagaimana agaknya kalau dah kaya betul.. duit sememangnya banyak dan berjuta... entah-entah aku pun dah tak kenal.. entah-entah nak berkawan dengan aku pun dah tak sudi lagi.. maklumlah dah kaya raya kan.. nah.. bagaimana membaca ayat ini... sakit hati tak??? terasa hati tak?? Jika aku pula yang menuduhmu begitu.. bagaimana pula rasanya.. aku tahu dia mencari rezeki sebab untuk keluarga.. untuk kesenangan keluarga.. ikhlas untuk mengubah hidup.. jika orang hina atau memandang rendah apa yang dia lakukan.. apa agaknya dia rasa.. kadang adakala aku juga tidak setuju dengan apa yang dia buat.. tapi sebagai kawan aku sentiasa fikir.. biarlah apapun langkah yang dia pilih.. aku akan terus beri sokongan.. adakala aku sedih melihatkan keadaannya tapi demi seorang sahabat.. kadang hanya kata-kata dan doaku untuknya sahaja yang ada.. semoga dia juga kuat.. dan sabar..
Kadang fikir untuk apa lagi aku berkawan dengan orang begini.. kawan yang baik adalah kawan yang akan sentiasa menyokong apa yang kita buat.. walaupun susah pahit untuk kita terima.. dia takkan menghina atau memandang rendah apa yang kita buat.. takkan menuduh kita yang bukan-bukan.. takkan memburuk-burukkan kita.. entahlah.. kadang aku berharap dia akan sedar itu.. harap yang dia takkan ungkit lagi pasal isu perbezaan ini.. sampai bila lagi isu ini hendak dibangkitkan.. adakah aku perlu tunggu hingga dia menjadi jutawan.. perlu tunggu dia punya harta kekayaan yang berjuta-juta.. rumah besar.. kereta mewah.. duit berjuta dalam akaun.. barulah tahap diri menjadi sama rata??? Entahlah... masih adakah rasa kesabaranku ini.. masih adakah rasa simpatiku.. masih adakah rasa sayangku.. masih adakah rasa persahabatanku..
Ahh.. hebat sungguh dugaan yang aku terima.. hebat sungguh cabaran.. beban dihati suduh cukup banyak perlu difikirkan dan ditanggung.. tanggungjawab study perlu juga dilaksanakan.. sokongan yang diharapkan.. namun penghinaan pula yang diterima.. sabarlah.. kuatkan semangat walau badan dan minda sudah tidak lagi mampu bertahan..
Nukilan Rasa: iina at 16:35 0 sedang senyum-senyum
Friday, 14 March 2008
Letih, lesu dan bosan
Terasa sungguh 3 minggu ini aku seperti berkejaran ke sana dan ke sini.. menyiapkan tugasan yang diberikan setiap minggu.. dulu jumaat adalah hari yang paling menyeronokkan kerana adalah penghujung minggu.. tapi kini hari jumaat ku rasakan seperti tidak mahu ia datang.. kerana isninnya.. aku pasti perlu berjumpa George.. hujung minggu kini sentiasa penuh dengan kerisauan.. mengenangkan kerja yang perlu disiapkan.. nak kemana-mana pun rasa malas..
Semenjak 3 minggu ini setiap hujung minggu ada sahaja perkara yang berlaku.. macam-macam majlis.. meeting.. bengkel yang perlu dihadiri.. termasuklah minggu ini .. bengkel SMG pula.. perealisasian item.. aku sudah pun memberikan kata setuju untuk hadiri bengkel ini.. tapi mengenangkan report yang perlu disiapkan.. mungkin aku perlu fikir sekali lagi..
Letih dan lesu sungguh hari ini.. bekerja petang tadi rasa sungguh letih.. rasa nak tumbang pun ada.. tak tahulah.. mungkin sejak mula menulis dan banyak membaca ini.. fikiran pun entah kemana.. pagi sibuk membaca dan menulis laporan.. petang sibuk kerja.. malam sambung semula membuat report.. bayangkan sahaja .. bila terpaksa memulakan sesuatu atas dasar yang kita sendiri tidak pernah tahu.. banyak sungguh yang aku tidak tahu.. banyak sungguh yang perlu dibaca.. lagi banyak artikel yang aku jumpa.. lagi banyak tanda tanya pula yang wujud. menulis tidak sampai lagi sebaris ayat.. tapi untuk menulis sahaja.. bukan semudah menulis kata-kata luah rasa.. boleh terus menulis mengikut rentak hati dan fikiran.. menulis ilmiah ini perlukan bukti.. perlu rujukan.. setiap ayat yang dicipta perlu dinyatakan bukti kebenaran ayat berkenaan.. siapa yang pernah berkata begitu.. dimana? tahun bila? jurnal mana? buku mana? ahh.. peningnya.. dan bosan pun ada..
Hari ini aku betul-betul rasa kecewa.. disaat aku perlukan sedikit sokongan.. masa inilah seorang sahabat ini tak sihatlah.. migrainlah.. sibuklah.. takleh nak temanlah.. emmm entahlah.. bosan sungguh rasanya.. kadang rasa betul-betul keseorangan.. sabarlah hati.. sabarlah.. kaddang sedih memikirkan.. kala dia yang dalam tekanan..aku selalu menjadi orang yang perlu memahami.. kini bila tiba pada aku pula.. selalu beginilah pengakhirnya.. pasti akhirnya juga perlu memahami.. emmm.. bosan.. dan bosan.. dan bosan...
Biarlah.. harus ku kuatkan juga semangatku.. walau tiada sesiapa pun memahami.. hanya Allah sahaja.. tempatku mengadu.. insyallah akan ku siapkan juga laporan ini..
Nukilan Rasa: iina at 19:43 2 sedang senyum-senyum
Terbinanya sebuah mahligai keluarga
Pagi tadi awal lagi aku sudah tiba ke universiti. Tujuan untuk menelefon seorang rakan yang kini pulang ke Malaysia.. sebenarnya sejak Isnin yang lalu aku sudah terima sms pendek darinya yang menjemputku menghadiri majlis penikahannya Insyallah sabtu ini.
Sudah hampir 3 minggu dia balik ke Malaysia dan dalam tiba-tiba perkhabaran ini aku terima.. Alhamdullilah syukur jika itu sudah jodohnya dan takdirnya.. memang sudah banyak spekulasi yang ku terima tentang khabar angin yang heboh diperkatakan tentang sebab musabab dia balik ke Malaysia.. namun sebagai rakan baik aku malas nak menceritakan dan mengatakan lebih-lebih maklumlah mulut orang nie.. kadang yang diceritakan sedikit.. tapi yang ditambah banyak.. kadang yang diceritakan lain maksudnya tapi yang difahami lain pula..
Aku taklah terkejut dengan perkhabaran itu kerana aku sudah tahu hasratnya lebih awal hanya kepastian dari pihak keluarganya di Malaysia sahaja yang masih belum dapat dipastikan lagi.. yelah perkara nikah dan kahwin ini bukanlah boleh dibuat main.. kalau hati sendiri sudah nak.. perlu juga difikir tentang keluarga yang ada di Malaysia.. Alhamdullilah nampaknya keraguan itu telah diselesaikan.. Insyallah selepas zohor waktu malaysia esok.. selamatlah sahabat ku ini menjadi isteri orang.. dan anaknya juga bakal mempunyai seorang ayah.. dan dia juga bakal mempunyai teman hidup sebagai pasangannya untuk bersama saat susah dan senang..
Sebenarnya sudah dari awal lagi ingin ku khabarkan berita ini.. cuma aku menunggu hingga saat akhir barulah aku dapat mewar-warkan dalam blog ini.. Insyallah waktu ini.. esok.. sahabat ku itu akan menjadi kepunyaan orang.. tiada lagi title single mother atau single parents yang mengikatnya lagi.. Insyallah..
Apa pun nasihatku... kuatkan semangat.. hadapi cabaran.. dan semoga kita bertemu kembali bila kau balik ke glasgow bulan depan.. kot-kot tambah hari lagi nak balik sebab pergi honeymoon ke heheheh.. jangan lupa pulak nak balik sini...
Jemputlah datang rumah aku nanti bawak Adil sekali.. ;) Selamat Pengantin Baru Faizatul Shimal dan buat Dania Natasya..(Tasha).. nampaknya dapat daddy baru.. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
Nukilan Rasa: iina at 13:47 0 sedang senyum-senyum
Thursday, 13 March 2008
Editing my new draft
Alhamdullilah.. after met George this morning, it seem that I have some positive feedback on my new draft. Amazingly he seem to reorder all the sections of my documentation and make it more in organize order. He also come out with a new hypothesis for the new research... I really surprised with his afford and the time he has to reorder and restructuring the content.
I need to put more detail explanation about the background research with more cited references in the methodology sections.. so far things goes well.. and like I mention before.. I really have good fate and believed in this new research topic.. Insyallah may Allah help me thru all the way..
This morning when I arrived at the department.. Suthanya mention about.. how her mother visit a witch doctor to know about her condition and situation.. I'm not surprised about the believed.. because we are Asian... in Malaysia people do visit witch doctor to get or know about something or even cast spell on people..
However.. I believed.. Allah always be the one where we should asked for anything.. either in sadness or goodness.. or whatever the condition is.. I do realized.. going thru this experience of PhD really made me realize about lots of things.. I learned about new things everyday.. look life at a different perspective..
Well I need to continue with the editing parts now.. and I have promised George to send my report back on Monday and again meet him next week.. Alhamdullilah so far I feel that I'm on the right track.. It will be long hours of programming and development stage afterwards.. finger cross and may all go well indeed.. insyallah..
Nukilan Rasa: iina at 13:11 0 sedang senyum-senyum
Wednesday, 12 March 2008
My new draft proposal
Finally.. today I managed to finish up my new proposal draft.. in just 2 days I have to come out with a new proposal for my new research topic. I met George on Monday.. discuss about the issues.. relevant information.. draw up the methodology flow.. and come out with my own objectives and research questions..
Doing and searching about something that you have never heard before is really hassle and tiring. I slept last nite at around 3.30am.. sleeping at nite now become restless, sleepless and full of worries.. now I started to dream about lots of things.. disturbing sometimes.. and everytime I wake up in the morning.. the worries seem to continue thru out the day..
Alhamdullilah.. May Allah guide me thru.. and give me strength to face the challenges.. I realized that there will be more ahead in future.. finally around 12pm in the afternoon, I have managed to email George the new draft with 7 pages in detail about all the relevant questions that need to be answered. Just that I didn't managed to come out with a full research background which need more reading and understanding about SCORM, LMS, learning objects and etc..
Tomorrow I'll see George at around 11.30 to get some feedback about the draft.. Hopefully that I'm on the right track even though I have lots of questions crawling around in my mind.. I really hope that he will set the annual review date as soon as possible around next month but with condition that I also feel confident about the new research area..
Looking back at what had happen previously.. I know there are something good about it.. yess it's really tiring and stressful when you have to start everything all over again.. but I believe Allah have set this fate for me.. I strongly believed.. there are good things as well as struggling moments that I would have to face along the way..
Insyallah.. finger cross.. may tomorrow appointment with George give me lots of good news..
Nukilan Rasa: iina at 18:57 0 sedang senyum-senyum
Monday, 10 March 2008
Tugasan lagi
Kini setiap minggu aku perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh George.. dan setiap Isnin jugalah aku perlu berjumpa dengannya untuk memberitahunya apa yang telah aku perolehi dan aku baca. Rabu ini aku diminta untuk menyiapkan laporan berkenaan tajuk research baru yang telah dibincangkan beberapa minggu ini. Aku perlu juga menjelaskan objektif dan research questions. Suntuk sungguh masa yang aku ada.. dan pada masa yang sama juga aku perlu untuk memahami apa sebenarnya yang George kehendaki dari aku.
Ya sememangnya ramai rakan yang terkejut bila mendapat tahu yang tajuk research aku kini telah berubah.. aku tidak lagi mengkaji simulasi realiti maya seperti aku rancang pada awalnya.. sayang.. dan rugi.. ya.. memang amat terasa sekali apatah lagi sudah banyak masa aku habiskan untuk menyediakan bahan literature review yang berkaitan.. tetapi apabila diminta untuk mengkaji sesuatu yang baru.. maka aku tersentak seketika.. sebenarnya kajian aku kini lebih berbentuk pembangunan bahan pembelajaran.. berasaskan web based learning atau e-learning mengikut guideline SCORM 2004. Syukur juga kerana bidang e-learning adalah bidang yang tidak asing bagiku.. thesis MSc ku dulu berkisar dari konteks e-learning dan kini aku tak sangka.. aku berbalik semula mengkaji system e-learning dan menghasilkan framework baru untuk digunakan mengadaptasikan bahan pembelajaran yang sedia ada sama ada dalam bentuk CD atau web based kepada bahan pengajaran yang compliant dengan SCORM 2004.
Aku kini seolah-olah teraba-raba semula.. tercari-cari dan hanya mengikut haluan yang ditentukan.. aku nekad untuk mengikut arah tujuan yang dicadangkan oleh george.. sekurang-kurangnya dia mampu memyokong aku dan memberi panduan.. mungkin ada hikmahnya.. ada baiknya.. aku tawakal sahaja dengan ketentuan ini.. aku yakin pasti ada sesuatu yang terbaik untuk ku .. insyallah.. semoga aku dapat ilham dan inspirasi dalam mencari dan mengkaji ilmu dan menemui apa yang sebenarnya ingin dicapai diakhirnya..
Nukilan Rasa: iina at 20:37 0 sedang senyum-senyum
Sunday, 9 March 2008
Pilihanraya ke 12
Semalam keputusan pilihanraya yang ke 12 diumumkan.. kerajaan BN menang majoriti mudah.. dan pembangkang berjaya menguasai negeri Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Penang. Satu kejutan yang besar bagi barisan kerajaan yang ada sekarang dan juga kejutan besar untuk kebanyakan rakyat malaysia..
Riaksi ku? Terkejut ya.. namun mungkin rakyat mahukan perubahan daripada kerajaan.. setelah pelbagai isu yang sering timbul kebelakangan ini.. kenaikan harga minyak dan barang, perhimpunan kaum dan isu hindraf.. macam-macam perkara yang timbul menyebabkan pilihanraya kali ini memihak pada pihak pembangkang..
Namun malangnya sejak kemenangan diumumkan beberapa tempat dan kawasan juga terdapat rusuhan.. terutama dikawasan kampungku sendiri.. rusuhan berlaku.. malah dikawasan berhampiran SUK sendiri.. kenapa perlu merusuh.. jika kemenangan telah diperolehi.. dan perubahan yang diinginkan.. entahlah.. ramai sungguh yang begitu taksub dengan kemenangan yang diperolehi..
Sedih pun ada kerana remaja kini terlalu taksub dengan sesebuah parti.. malah kemenangan disambut dengan keterlaluan.. hingga menyebabkan orang awam sendiri takut untuk keluar rumah.. jika ini kemenangan yang mereka mahu kenapa perlu bertindak diluar batasan.. pelbagai cerita aku dengar semasa sesi pengundian dijalankan.. tapi jika selepas sahaja kemenangan diperolehi sudah pelbagai rusuhan dan berita diterima.. bagaimana pula akan datang?? Jika keadilan dan kesaksamaan yang diminta.. adakah itu caranya untuk merealisasikan hasrat??
kita lihat sahaja nanti apa yang akan berlaku seterusnya.. kepimpinan yang baru akan dibentuk dan aku juga mahu lihat jika janji-janji yang mereka taburkan dan katakan akan dilaksanakan.. dibuat atau tidak.. kita lihat sahaja nanti.. keputusan rakyat malaysia telah dibuat.. kita hormati keputusan itu dan mereka ada masa 4 tahun untuk membuktikan janji mereka.. aku bukanlah menyokong mana-mana pihak.. lebih suka memerhati.. namun aku berharap negara kita akan terus aman, selamat, makmur dan stabil..
Nukilan Rasa: iina at 13:07 0 sedang senyum-senyum
Friday, 7 March 2008
Rumah Anak Yatim : Baitul Rabbiatul Adawiyah
Hari ini aku terima email dari Mashi.. mengenai bantuan yang diperlukan bagi membangunkan dan menyediakan kemudahan bagi sebuah rumah miliknya (di Bandar Tasik Puteri) yang telah diwakafkan sebagai kediaman anak-anak yatim.. alhamdullilah selepas rumah tersebut dibiarkan kosong tanpa penghuni selama bertahun-tahun.. akhirnya ada juga anak-anak yang tinggal di kediaman berkenaan.. Aku kagum dengan keikhlasan hatinya untuk mewakafkan rumah berkenaan.. setelah sekian lama dibiarkan begitu sahaja.. dulu puas juga aku nasihatkan suruh sewa ke apa ke.. akhirnya.. tindakan beliau untuk mewakafkan rumah tersebut amat aku kagumi sekali..
Sesiapa yang berminat untuk menderma atau membantu bolehlah emailkan kepada penjaga kediaman anak yatim berkenaan. Berikut adalah email dari Mashi
Assalamualaikum wmt..
Saya forwardkan email kawan yang menjaga rumah saya di Tasik Puteri yang telah diwakafkan untuk dijadikan rumah anak yatim. Kawan saya ni boleh dipercayai. Ari tu ada nombor akaun Ummu Liza yang jaga rumah tu, atas nama : Baitul Fitrah.. tapi kini nombor akaun tu hilang bila saya pindah umah... Boleh sms/call ummu liza untuk kepastian.
-------- Original Message --------
Subject: KEBAJIKAN: Bersama Ringankan Beban Anak2 Yatim-update
Date: Wed, 05 Mar 2008 22:45:27 -0800 (PST)
From: eksekutif suri
Assalamualaikum
Terima kasih atas keprihatinan sahabat2 semua....Alhamdulillah walaupun agak /slow /tapi sumbangan tetap diterima sama ada dlm bentuk kewangan @ barang2 kelengkapan rumah. Jutaan terima kasih, hanya Allah yg mampu membalas jasa sahabat2 semua. Memandangkan kesihatan Ummu Liza (penjaga anak2 yatim) tidak berapa baik, dan perlu mendapatkan rawatan hospital 26 Mac nanti, keperluan terdesak setakat ini ialah keperluan mendapatkan *pengasuh *dan* pemandu van*.
Sebelum ini urusan penghantaran anak2 ke sekolah & segala urusan dijalankan oleh Ummu Liza. Mungkin akibat kerja keras, rahim Ummu Liza mengalami pembengkakan & pendarahan. Kami amat berharap ada yg sudi berikan sumbangan terutamanya secara istiqamah menaja gaji bulanan pengasuh & pemandu van.
Buat pengetahuan sahabat2 rumah2 anak yatim di bawah Baitul Fitrah (ada 3 buah) ini hanya menerima sumbangan drp orang ramai & hasil usaha kerja Ummu Liza semata2. Usaha utk mendapatkan bantuan drp badan2 yg berkuasa setakat ini menempuh jalan buntu.
Antara barangan & keperluan yang diperlukan:
1. menaja gaji pembantu/pengasuh RM400/sebulan
2. menaja gaji pemandu van RM500/sebulan
3. menaja bil api/air dll
4. peralatan tempat tidur: tilam/toto, selimut, cadar, bantal dll.
5. peralatan memasak: dapur, pinggan mangkuk, periuk, rak, /blender/, cerek dll.
6. perabot & peralatan lain
Rumah ini akan dihuni oleh anak2 yatim dr Rumah Baitul Fitrah yang berumur 6 tahun ke bawah. Pengasuh yang terdiri drp ibu tunggal mungkin akan diambil untuk membantu. Kepada yang sudi membantu boleh hubungi terus : * Ummu Liza 012-2663649 * *@ Elly 012-3614014 *eksekutifsuri@yahoo.com.my
Sumbangan wang juga boleh disalurkan ke akaun Maybank Elly & akan diserahkan kpd Ummu Liza nanti. Sms selepas bank in. *Maybank 564593050270 NORLAILI TALIB*
Semoga Allah Memberkati Usaha Murni kita ini dan dapat dijadikan bekal semasa mengadap Ilahi nanti..amin.. Wassalam
*/eksekutif suri
Alhamdulillah & jutaan terima kasih..semoga Allah memberikan balasan yg berlipat kali ganda kpd sahabat kita yg telah mewakafkan sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk anak2 yatim. Insya-Allah rumah ini akan dikenali sebagai Baitul Rabbiatul Adawiyah (sempena nama anak sahabat kita itu).
Rumah ini telah pun diserahkan kepada Ummu Liza, pengasuh rumah anak yatim Baitul Fitrah Bdr Country Homes, Rawang bagi menampung jumlah anak2 yatim yang bertambah ramai. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan segala bentuk sumbangan bagi membangunkan rumah anak yatim ini.
Memandangkan rumah ini sudah ditinggalkan lebih kurang 6 tahun, banyak pembaikan yang perlu dibuat. Barang2 kelengkapan rumah juga amat diperlukan. Tenaga & masa sahabat2 juga diperlukan..mungkin kita dapat bersama2 bergotong-royong membersih & membaikpulih rumah tersebut.
Untuk menyalurkan sumbangan boleh hubungi: Ummu Liza 012-2663649 @ Elly 012-3614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my
Semoga Allah Mempermudahkan usaha kita & Memberkati Rezeki kita...amin.
Wassalam
Nukilan Rasa: iina at 10:45 0 sedang senyum-senyum