Saturday 22 March 2008

Behrang2020, Tg. Malim, Banting dan Kuala klawang

Cuti easter ini ramai kawan-kawan yang berjalan keluar dari glasgow.. aku?? emm duduk rumah jelah... memanglah ada plan nak berjalan juga tapi entahlah malas pula nak kemana-mana.. nak ke edinburgh pun boring maklumlah dulu dah duduk sana setahun.. sampai tahap boring dah nak round town edinburgh tu.. nak pergi ke london.. emmm mengenangkan perjalanan dengan bas yang mengambil masa 8 jam.. aku malas juga.. sebab meletihkan.. mungkin yang dekat-dekat sahaja.. kak zarina ari nie ke edinburgh, stirling dan st andrews.. seronok juga tu.. yang lain ramai turun ke newcastle berjalan.. ikutkan hati.. aku nak balik malaysia je.. sebenarnya dah ramai yang mengajak kami berjalan.. ke london.. ke paris.. ke spain.. tapi hatiku hanya mahu balik ke malaysia sahaja saat ini.. apatah lagi mengenangkan sepatutnya jika ikutkan perancangan awal.. esok aku akan bertolak balik.. tetapi kerana pertukaran tajuk research aku di saat akhir.. menyebabkan semua perancangan itu terpaksa dilupakan..

Semalam aku telefon mak di kampung.. terkejut mendengar mak jatuh di bilik air.. katanya baru 2 3 hari sahaja.. mendengar perkhabaran begitu hatiku sudah mula bimbang.. risau.. dan macam-macam datang dalam fikiran.. bila jauh begini mendengar perkhabaran begitu sudah cukup membuatkan aku susah hati.. apatah lagi emak yang sakit.. namun aku tahu.. kena juga kuatkan semangatkan.. hanya doa dan harapanku sahaja yang ada untuk mereka.. semoga kaki emak cepat sembuh..

Mak dan ayah mula tanya bila nak balik?? kotak yang aku hantar 2 bulan yang lepas sudah pun sampai ke kampung.. tuan yg hantar kotak?? masih tersadai kat glasgow nie.. ayah pun dah mula ingatkan pasal buku cek yang perlu aku tandatangan.. termasuklah urusan kereta yang perlu ditukar nama.. kereta telah pun selesai dibayar.. 7 tahun menunggu untuk menghabiskan hutang, kini ianya selesai; dah abis bayar pun.. hanya perlu tukar nama dalam geran sahaja.. dari nama bank ke nama pakwe.. itu belum lagi cerita urusan bank islam dan kad kredit aku.. emmm banyak sungguh benda yang perlu diselesaikan.. harapnya.. bulan depan aku dapat balik selepas selesai review nanti insyallah.. tak sabar rasanya.. hatiku bukan lagi di glasgow.. tapi sudah terawang-awang di banting, jelebu dan tg malim.. singgah kadang kala ke rawang.. shah alam.. klang.. dan nilai 3 ..

Kadang.. teringat perjalanan yang pernah aku tempuhi ke ipoh, trengganu, kota bharu dan genting highland.. entahlah.. semua tempat itu ada kenangannya.. ada pengalamannya.. sebelum ke sini.. aku sempat menemani ayah ke kuala berang.. dan berjalan ke kuala trengganu.. malah sempat juga menyelia pelajar di ipoh, chemor, manjung, sitiawan, bt gajah.. malah sempat juga menghadiri majlis perkahwinan adik pejabat salmi.. di malim nawar.. masih aku ingat ketika aku memandu ke chemor.. aku jatuh cinta dengan pemandangan di situ.. sejuk dan tenang.. apatah lagi melihatkan banjaran titiwangsa dari jauh.. hati terasa damai disana.. kadang kala sendirian aku teringat perasaan itu. setiap kali ke chemor.. melihat pemandangan bukit bukau dan gunung ganang. menerbitkan rasa tenang dan damai.. sehingga saat ini dapat ku rakamkan rasa itu.. malah aku teringat kala ke Bt Gajah.. melalui istana lama.. kelly castle.. bermula dari Tg malim.. keluar di Tol Gopeng.. memandu melewati pekan Gopeng.. dan menuju ke pekan Bt Gajah.. masih terbayang laluan itu.. selama hampir 2 minggu berulang alik setiap hari dari Tg Malim ke Ipoh apatah lagi sendirian.. mengantuk.. letih.. penat.. lesu.. semuanya aku hadapi dengan sedaya mungkin.. kenangan itu sering mengetuk pintu kenangan.. kadang teringat pelajar-pelajar yang telah ku selia.. entah dimana mereka sekarang ini.. pastinya.. telah menjadi guru di seluruh negara.. mendidik anak bangsa.. mengembangkan pengetahuan..

Kadang teringat juga laluanku ke manjung dan sitiawan.. bertolak seawal pukul 6pagi dari tg malim.. memandu melewati slim river, sungkai, bidor, teluk intan dan akhirnya ke manjung.. dan singgah juga ke sitiawan.. menyelia pelajar.. memandu sendirian.. hampir 2-3 jam.. mengikut lori dan kereta yang bersusun.. tiba di sekolah.. berjumpa pengetua.. terus ke kelas pelajar.. menyelia hingga ke tengahari.. singgah makan dan bertolak balik juga ke Tg Malim pada hari yang sama.. namun.. pengalaman aku ke manjung, lumut dan sitiawan selama 4 kali.. setiap kali itu juga aku pasti lalui kg lekir bt7.. kenapa? kerana rumah orang tua sahabat baik ku ada disitu.. kadang nampak juga kelibat ayahandanya.. terpandangkan rumahnya yang berwarna kuning dihujung jalan.. dan sebuah pondok buruk kecil ditepi sudut rumah.. semua itu ada ceritanya.. namun kerana aku hanya sendirian.. tidaklah ku singgah .. namun kenangan itu sudah cukup mengingatkan aku.. betapa kadang kala aku rindu dengan kampung..

Itu belum lagi kenangan menyelia pelajar di kuala trengganu, bachok, penarik, ajil, kota bharu, besut, seremban, ampangan, palong 3.. kadang teringat semasa mengajar di UPSI.. puas berjalan menyelia pelajar praktikum di sekolah.. banyak pengalaman manis bersama pelajar yang pernah aku selia.. malah ada sesetengah pelajar itu.. pernah juga aku selia thesis akhir tahunnya.. seronok sebenarnya menyelia pelajar.. aku sudah menyelia di 5 buah negeri.. selangor, kelantan, trengganu, negeri sembilan dan perak.. seronok apabila melewati sekolah yang berada dipendalaman.. dan juga ke sekolah di kawasan bandar.. melihat perbezaan.. melihat pelajarnya.. melihat perpektif sekolah.. berjumpa dan berbual dengan pengetua.. penolong kanan.. dan guru penyelia.. itu semua menambahkan ilmu dan pengalaman.. dan sering juga aku akan ceritakan pengalaman itu semasa aku mengajar di UPSI..

Kadang aku menjadi rindu.. teringatkan kampung.. tempat kerja.. kenangan lama.. kadang terbayang laluan jalanan yang pernah aku lalui.. sama ada sendirian, bersama pakwe, bersama kawan atau bersama keluarga.. sebab itu bila disini aku tidak kisah untuk memandu kemana-mana.. kerana dulu aku sendiri sudah puas berjalan dan memandu.. merata pelusuk negara aku pergi.. kebanyakkan dengan rakan.. dan juga pakwe.. masih ingat lagi semasa aku perlu menyelia pelajar di kuala trengganu dan kota bharu.. kami bertolak dari tg malim pukul 12-2 pg dan berehat sebentar di kawasan rehat dan tiba di sekolah pada awal pagi.. sering juga ditanya pelajar.. pukul berapa pn bertolak.. bila ku jawab pukul 2 pg tadi.. semuanya tercengang mendengarnya.. pelik.. yelah tapi bagiku yang pernah berjalan malam semasa di edinburgh dulu.. apatah lagi pakwe jenis suka berjalan malam.. kerana siang harinya sudah tiba di destinasi semua itu biasa bagiku.. namun kenangan itu semua.. kadang kala menghantui perasaanku.. menyebabkan rasa rindu semakin membara..

Sabarlah hati.. insyallah akanku jejaki juga tanah malaysia.. dulu saat aku tiba ke london dan glasgow.. ku letakkan tanganku ketanah menyambut ketibaanku.. kini. andai tanah malaysia bakal ku jejaki kembali.. tanah dikampung akan ku gengam kali ni.. tanda aku telah balik ke tanah tumpah darahku.. simbolik.. tapi ada sebab mengapa itu perlu aku lakukan.. hanya mereka yang mengetahui yang tahu sebabnya..

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin