Tuesday 10 March 2009

Rasa Sayang Thai

Kenyang.. penuh.. sendat.. tepu.. sebu.. sedap.. pedas.. seronok.. gembira.. teruja.. letih.. penat.. ngantuk..

Rasa-rasa yang kini sedang aku hadapi.. berjuang untuk terusan tidak ketiduran, ditidurkan, tertidur dan menidurkan.

Buat pertama kali juga hari ini secara rasminya.. di bumi Glasgow ini.. bersaksikan latar belakang tanah perkuburan (ini pun nak khabar ke.. takpe buek penyodap raso yo.. umah dio mmg kek dopan yo ngadap cemetery.. memalam.. den takleh bayangkan.. takpo sini diorg tak cayo hantu bagai de).. di tingkat bawah rumah flat yang berwarna merah hati.. terletak berhampiran 'Barony Hall' (tompek graduation & majlis-majlis rasmi universiti), melintasi jalan raya yang sibuk.. nombor rumah yang aku pun dah lupa.. dengan kata-kata berlatar belakangkan kertas putih bertulisan warna hitam 'Kanako Welcome Party' di muka pintu masuk rumahnya.

Aku menikmati makanan Thai yang dimasak sendiri seorang manusia berdarah warna merah Thai (takkan ungu lak kan).. yang dilahirkan di Thailand.. tinggal di Thailand (kini tinggal kat Glasgow lah.. kalau dio masih kek Thailand takdo doh den dapek makan free nie tau).. bekerja di Thailand (kini sedang cuti belajarlah).. dan yang bernama Suthanya..

Tujuan makan-makan ini untuk menyambut kehadiran seorang rakan dari Jepun yang kini bersama-sama kami berjuang di medan ilmu di department CIS, yang kini merupakan rakan serumah Suthanya dan rakan sebilik kami.. Sebab itulah dia begitu teruja nak buat jamuan makan ini..

Tengoklah kad jemputan yang dia buat.. kreatif.. Secara rasminya minggu ini.. Bilik kami juga dihuni sepenuhnya gadis-gadis jelita dari asia.. Malaysia, Thailand dan Jepun.. Apa gik.. nak ngorat?? sila ler.. sila.. hehehehe

Sebenarnya sudah lama kami teringin menikmati masakannya.. Apatah lagi setiap hari selalunya dia pasti akan membawa bekalan nasi atau mee untuk makan tengaharinya.. Dia ini kami panggil tipikal thai.. sebab.. mesti makan nasi juga.. terutama untuk sarapan pagi dan tengahari.. 'very tipical'.. takpe aku tak kisah.. kalau aku kisah.. itu namanya aku ada masalah.. ;)


Apa lagi.. jamuan kami.. Nasi beras wangi thai.. Tomyam Kung.. kari ayam hijau thai (ayamnya kami beli yang halal dan dia hanya perlu masak sahaja).. springroll berintikan bihun, udang, karot dan tougeh.. telur rebus.. mee.. keropok ikan.. kacang gajus.. timun.. kek tiramisu.. buah anggur.. air coke dan jus..

Kami makan dan makan.. dan makan.. Apa lagi perut telah pun sengaja dikosongkan (walhal aku dah makan sandwich tuna pagi tadik.. tak kira ler kan.. rezeki jangan ditolak). Alhamdullilah kenyang.. menikmati dan menghirup tomyam kung air tangan si Suthanya.. buatkan kami bertambah-tambah.. Sedap.. Aku puji bersungguh-sungguh.. gigih dan berusaha.. Jika tak puji karang.. esok-esok dia tak nak dah bagi aku anggur, limau, kek, kopok, air jus, epal, aku gak yang rugi nanti..

Dia ini masih belum berpunya.. kalau sesiapa nak berkenalan.. aku leh gerenti.. dia memang pandai masak dan sedap.. wakakakah.. sila.. sila ya.. (mau kena cubit ngan suthanya kalau aku promote dia cam gini.. takpe nanti aku leh dapat tiket flight free pergi Thailand.. heheheh)

Thank You Suthanya.. Terima kasih daun keladi.. esok-esok boleh buat lagi..

Happy Birthday pada kawan baik aku.. Mama Tasha AKA Shima Mol.. Semoga panjang umur dan murah rezeki ya.. Jangan lupa belanje aku ekkk.. Aikk.. makan lagik ke.. hehehehe ;)

11 comments:

Tijah said...

burp! amhamdulillah! isk..senawang nih! solang 3 tiang ado tomyam

*sajo menjobo! hahaha!!!

iina said...

Tijah

Alah jah.. itu belum tunto laei tau raso original masak darik org thai.. den tau lah kek senawang tuh ahh selalu kalau balik jolobu memalam.. sesiang tak leh.. kono balik memalam.. trill sikit lalu kek bukit tanggo tuh.. den mosti singgah yolah kek situ..

ceri masam said...

bestnya satu bilik pelbagai kaum dan bangsa serta agama! best!

julietchun said...

Mcm kat restoran thai btl nih. Dia masak srg ke? Errr, pandainya. Aku pun pandai gak, pandai makan.hik,hik.

aNIe said...

iina...akak yang baca iina kekenyangan pun rasa kenyang ni...

Tumyam kung memang best kan...lebih2 lagik kalau yang masak tu original dari thai...mesti rasanya menyengat...perrrghhh!!

mashi said...

na... tanya dia resepi kari ayam hijau thai...teringin le pulak... ko pun tak datang2 ke Chch...

ibundo said...

alamak, feveret la masakan thai ni. penah sekali makan ikan siakap kukus kat seberang rantau panjang (tanah thai), umang ai.. sodap e toraso sampai ke hari ni.

Mak Su said...

wowwwwww... (mata buat blink blink), ada tiger show tak?

maksudku, tiger..tiger. oops!

KTS said...

nasib baik suthanya tu pompuan... klu lelaki nak gak aku ngorat...

my peberet makanan siam...

cuba2 ko tanya kawan ko tu... ada dak abang atau adik lelaki dia yg single...
yg penting lelaki tu pandai masak ... kehkehkeh

lainkali suruh suthanya tu pos invitation card tu kat aku gak... sure aku ke sana...

kakpiah said...

meriahnyer pemakanan kowang kak..
org kat mesia pon tak mkn semeriah tu...

dah la tgh ujan nih.. lapar lak aku di bueknyer....

iina said...

Nurul

Memang meriah.. bertambah meriah.. jejaka2 pun asyik bertandang jek kat bilik kitaorg

Juliet

Dia masak sorang ler.. ko mmg pandai makan.. n pandai basuh pinggan kan.. periuk kuali basin.. semua pun kau pandai basuh sekali

Kak Anie

Memang sedap.. hehehe kak dia tu kira2nya kat sini dia btul2 belajar masak.. tapi rasa dia leh gerenti ler ;)

Mashi..

Dia guna paste yang jual jek kat kedai tuh.. letak santan.. ayam.. n rebung.. teknik sama cam masak kari.. lebih kurg ler ;) Aku rasa datang CC tuh thn nie xleh nk janji ler.. apakata tunggu kita sama2 balik mesia.. pastu kita pergi balik CC n pastu p UK.. fair n square ler kan..

Kak Pah

Wahh kak ikan stim tuh kak sodap yoo.. teringat2 lak den nie ahh

Mak Su

Tiger show??? takde ye.. arnab show pun takde.. yang ada tiger prawn show jek.. dlm tomyam n mee hehehe

KTS

eleh ko tuhh.. dia ada adik laki tapi adik dia dah ramai awek.. ko kena ikut queue..

Kak Piah

Memang meriah.. yeke kat mesia xmeriah ;)bukan ke lagik meriah

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin