Tuesday, 31 March 2009

Sentuhan dan rasa


Ada apa dengan sentuhan??

Ada apa dengan rasa??

Perlukah kita punya rasa?

Sejauhmanakah sentuhan itu harus dilakukan?

Isu ini aku fokuskan lebih terperinci kepada sentuhan dan rasa di kalangan pasangan suami isteri.. malah juga dalam konteks keluarga..

Namun sentuhan dan rasa juga cukup sinonim dengan cinta serta kasih sayang..


Kadangkala bila kita sudah terlalu lama dalam perhubungan.. kita juga kadangkala tidak menyedari ruang untuk sentuhan dan rasa ini sering berkurangan hari demi hari.. Kadang dek kesibukan kerja dan pelajaran..

Aku juga tidak menafikan.. sebagai seorang isteri.. wanita.. ibu.. tuntutan yang perlu diisi oleh seorang wanita dalam kerja-kerja harian serta tanggungjawab menyebabkan kita terlupa akan peranan sentuhan dan rasa ini.. Hingga kadang bila sudah terbiasa dengan rutin yang sama.. kesibukan masa yang melampau.. pertemuan yang kadangkala serta bisu bahasanya.. Kita sering mengambil mudah dan menganggap ia hanya perkara biasa.. dibiarkan tanpa merasa ia perlu diperbaiki atau perlu dihalusi..

Teringat perbualan tentang isu ini bersama seorang rakan lewat petang beberapa hari yang lepas.. dan secara tak sengaja.. kami bincangkan tentang isu ini dari perspektif seorang wanita.. Apatah lagi sentuhan dan rasa ini mempunyai kesan yang ketara buat pasangan kita.. ciuman.. pelukan.. sentuhan.. usikan.. genggaman.. kadangkala perlu juga ada. Andai tidak dapat seharian.. sekurang-kurangnya kita ambil masa untuk mencari ruang untuk sentuhan dan rasa itu..

Terutama bila kala bebanan study.. kepala yang sering memikirkan kerja-kerja dan urusan yang semakin banyak.. sentuhan dan rasa mampu juga meredakan gelora fikiran dan perasaan.. Carilah peluang dan ruang masa untuk bersendirian berdua.. (ini bukanlah terhad pada hubungan batin sahaja ya)

Teringat kata luahan seorang rakan baik.. saat membicarakan kerisauan hatinya tentang kesibukan urusan pelajaran.. dan pembahagian masa dalam menguruskan rumah tangga pada masa yang sama.. Aku juga tidak menafikan.. Jika suami yang 'study'.. pastinya bila pulang ke rumah.. makanan sudah terhidang enak dan hanya perlu membasuh tangan serta menikmati makanan itu tanpa perlu bersusah payah.. manakala jika si isteri pula yang study.. sampai sahaja rumah.. sudah ada kerja-kerja rumah yang menunggu.. nak makan pun.. terpaksa masak dahulu.. walhal perut sudah lapar berkeroncong.. jika di tanahair.. tidaklah menjadi isu sangat kerana mudah mendapatkan makanan dimana-mana.. di sini semuanya harus disediakan sendiri..

Walaupun hakikatnya keluhan itu ada kebenarannya.. dan aku juga kadangkala juga mengeluh sekali sekala.. namun jauh dalam hati aku juga mengetahui.. antara tanggungjawab sebagai seorang isteri dan pengajian.. tanggungjawab isteri tetap nombor satu dalam kehidupan.... dan melakukan tanggungjawab dengan ikhlas dan redha.. bukankah itu juga memberikan kita pahala yang besar dan Insyallah juga akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t dalam semua urusan kita.. Itu yang sering aku pegang.. walau seberat dan seletih mana pun dalam melaksanakan tanggungjawab itu.. hatta ketika sakit pun.. walaupun sebagai manusia aku sendiri tidak dapat menggelakkan diri dari berunggut dan bersunggut.. Yang penting niat itu.. Pahala ada pada setiap perbuatan yang ikhlas.. ;)

Sentuhan dan rasa.. sesuatu yang tidak boleh kita abaikan terlalu lama.. malah setiap manusia sukakan belaian dan sentuhan rasa.. ;)

Apa komen anda ya?? Mungkin ada yang ingin berkongsi pendapat?

12 comments:

julietchun said...

Sentuhlah dia tepat di hatinya pasti dia takkan dapat melupakan.
Kekdg aku tgk pasangan suami isteri baru ada anak sorang nak jln rapat2 pun macam payah sgt.
Bteul gak kata org yer, masa bercinta dan setelah berkawin byk benar bezanya.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

paham beno...aku juga terasa kejauhan jer dgn org yang selalu disisi.....ntah lah!....

aNIe said...

iina...kadang2 kita sebagai ibu yg begitu sibuk dengan tugas terlupa...biar pun anak2 sudah besar...ada kalanya mereka memerlukan sentukan kasih dari kita untuk meringankan beban fikiran yang mereka hadapi...dan dengan sentuhan tersebut bagai mengeratkan lagi kasih sayang...

Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri...ibu...dan sekaligus seorang pelajar...semoga apa yang iina hadapi setiap hari akan dipermudahkan...

kakpiah said...

topik nih membuatkan saya shy-shy cat utk mengomen..
hehehe..
aci ke centu kak??

iina said...

Juliet

heheheh.. itu namanya shy2 cat.. takkan nak berkepit dpn org lak ko nie pun wakakakah.. tp mmg aku agree ngan ko.. bercinta n selepas berkahwin byk bezanya.. aku pun kdg2 ungkit gak insiden masa bercinta tu saje dengki..

Cikgooden..

Mmglah terasa jauh dah hang duk jauh dr keluarga.. cuma sentiasa ingatlah diri bila jauh2 tuh.. sentiasa beringat ;)

Kak Anie

Bab ini pun selalu gak kami bincangkan.. betul anak2 pun terasa juga bila kurg sentuhan dan rasa itu walaupun dah besar ;)

Piah

Abis.. yang ko komen nie?? dah tak shy2 cat lagik nie.. ecehh sejak bila lak ko jadik pemalu nie ekkk.. muskil aku ler

™سريسوفي said...

Kakak,

harap akak sihat ye emosi dan fizikal.

hehehe. saya suka isu ini kak. Sebagai ilmu sebelum melangkah ke dunia kawen nanti.

ku tak sempurna said...

assalamualaikum...

tumpang lalu...
saya tak tau nak sentuh sapa...
tggu bulan depan... baru la bole sentuh2... hikkkssss

balik dulu la eh...

Mak Su said...

oohhh. sentuhan rasa. mmg naluri manusia perlu senthn, menyentuh dan disentuh... jadi kepada couple, pentingnya menyemarakkan kasih sayang mereka :)

iina said...

Sri

ler akak ingat sapa ler tadik hehehe ;) kongsi pendapat :)

KTS

byk yg ko leh sentuh ler.. diri sendiri.. baju sendiri.. mcm2lah patung lelaki pun ko leh sentuh wakakah

Maksu

Betul tuh.. setuju.. kdg2 kita terlupa sebab terlalu sibuk dan alpa dan anggap benda tuh perkara biasa..

badakbiru said...

w/pun saya lom kahwin, tp nk gak bg opinion..heh
for me,y shud shy2 cat kalo dh kawin?ms bercinta tak shy2 cat plak eh nk sentuh2..rs nya bab ni, bleh gak kite tiru omputih tu tapi bg yg dh kahwin ler..yg lom lagi tu toksah duk ngader..!
sentuhan& rasa x semestinya terbts dlm hubgn suami isteri je. kawan2 pun boleh.tp yg sama muhrim la.kdg2 sentuhan tu bleh redakan kemarahan atau kekusutan di hati seorg kawan..

kakpah said...

ina, kok taim domam laki akak lotak tangan kek dahi ni ha, umang ai.. kombang hati. Lopeh tu tanyo lak, nak makan sup ko. Kpah buek-buek la mengado-ngado bocakap sambil puro-puro monggigil-gigilkan suaro "nndakkkk..."
Bodosup de poi kodai boli sup ekor.

Kok bojalan lak, tak ponah tak pogang tangan. Bia la orang kato orang tuo tak soda diri he..he..

iina said...

BB

Dik.. sentuh suami isteri tak malu ye.. tapi kalau di depan org kenalah jaga adab jgn nnti jatuh niat menunjuk2 dan riak.. itu tak baik.. yg akak maksudkan sentuhan dan rasa semasa di rumah.. depan org tuh akak xnak komen.. pepandailah jaga adab asalkan tidak melampau sgt ;)

Kak Pah

wahhh kak.. ngegada time sakit tuh kak mmg best wakakakah.. mintak lak apo pun musti dapek ler kak.. kek hujung dunio pun poei carik.. nak2 masa ngandung lagik ahhh pantang mintak.. selalu gak den nengok org dah lama nie time tuh mmg romantik berduo.. kdg2 tak pegang tangan pun dr gaya berjalan sesamo pun dah nmpk romantik hehehehe.. bkn cam den nie ahhh.. selamba brutal yo.. tapi kek umah itu lain cite wakakakah.. segala aksi boleh dibuat sesuka hati ahaks

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin