Kini isu hebat tentang PPSMI iaitu Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris..
Sebenarnya sudah lama, aku mahu berbicara soal bahasa ini. Aku juga ada pendapatku sendiri.. Bukan sekadar subjek Matematik & Sains, sahaja dalam bahasa Inggeris malah subjek Teknologi Maklumat juga diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.
Sejak beberapa tahun yang lepas juga aku menyelia pelajar praktikum di serata sekolah seluruh malaysia dengan melihat mereka mengajar dalam bahasa itu. Sebelum itu bertahun juga aku menyelia pelajar mengajar subjek yang sama dalam bahasa melayu..
Ada peningkatan?? ada perubahan?? ada kelebihan?? Pendapat peribadiku.. Tidak ada.. sebab yang diuji semasa peperiksaan bukanlah bahasa itu.. tapi kefahaman mereka dalam menjawab soalan yang diberikan.. menghasilkan pengaturcaraan dalam bahasa pengaturcaraan yang ditentukan.. membina halaman web.. memahami konsep multimedia.. dan sebagainya..
Jika isunya kerana mahukan pelajar boleh bertutur dengan baik dalam bahasa itu.. dengan mewajibkan penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran itu bukanlah penyelesaiannya.. Apalah sangat masa pengajaran dan pembelajaran itu yang cukup terhad berbanding dengan penguasaan konsep subjek itu sendiri yang masih belum dapat difahami lagi..
Aku bercerita dalam konteks subjek teknologi maklumat sendiri.. sedangkan mahu belajar menggunakan komputer pun masih terkial-kial, ditambah pula hanya seminggu beberapa sekali sahaja peluang yang ada mengikuti kelas itu.. apatah lagi kebanyakan pelajar luar bandar yang tidak mampu memiliki pun komputer itu.. di sesetengah sekolah pun adakalanya sebuah komputer terpaksa dikongsi oleh beberapa orang pelajar.. inikan pula.. ditambah dengan pengajaran dalam bahasa inggeris.. jangankan cikgu praktikum yang diselia hendak mengajar juga terkial-kial.. malah cikgu teknologi maklumat (ada sesetengahnya juga bekas pelajar-pelajarku sendiri) pun terkial sama.. cuma kelebihan menggunakan bahasa itu.. ada sesetengah istilah itu dalam perisian tertentu sememangnya dibangunkan dalam bahasa inggeris..
Masyarakat boleh berkata.. mengapa nak mansuhkan.. mengapa tak nak teruskan.. padaku.. belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun tidak pun sekali-kali merendahkan pengetahuan dalam bidang itu.. dan aku juga percaya ramai anak-anak malaysia yang dulunya mempelajari subjek yang sama dalam bahasa ibunda masih mampu menguasai subjek berkenaan dengan baik.. dan juga pada masa yang sama mampu juga bertutur bahasa inggeris dengan sebaiknya..
Dalam bilikku ini ada 2 orang pelajar Thailand dan Jepun.. salah seorang rakanku ibunya merupakan guru matematik di Thailand.. dan mengajar subjek berkenaan dalam bahasa Thailand.. kedua-dua mereka juga belajar di negara masing-masing dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.. tapi kini mereka juga mampu belajar di sini dengan berbahasa inggeris dengan baik.. malah mampu berdebat dengan baik.. walaupun tidaklah sehebat iramanya dengan bangsa Inggeris, Scottish di sini.. tapi itu tidaklah menandakan bahawa ilmu yang mereka pelajari di tanahair itu ada bezanya dengan ilmu sama yang diajar sini (antara beza ketara bahasalah), perbezaan lain dan konsep sememangnya wujud tapi... itu tidak bermakna ia tidak berguna langsung..
Mungkin kerana aku dekat dengan institusi sekolah dan pengajaran.. maka sudah lama aku lihat masalah ini.. dan banyak juga kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa peningkatan itu tidaklah ketara sangat hanya beberapa peratus sahaja.. dan ada sesetengahnya hanya di propagandakan untuk tidak mempamerkan kekurangannya..
Malah dulu ayah sendiri (bekas seorang guru besar) pernah dipanggil oleh PPD selepas bersara untuk kembali mengajar di sekolah kerana guru-guru ketika itu belum cukup mantap untuk mengajar subjek berkenaan dalam bahasa inggeris. Ayah juga pernah menceritakan beberapa kelemahan perlaksanaan itu semasa ia baru diperkenalkan.. aku malas nak ulas di sini.. tapi lebih banyak yang kurang dari yang lebihnya..
Apa juga.. aku sentiasa sokong bahasa melayu.. jangankan pelajar sekolah.. kadangkala ada juga rata-rata kita ini, jika diminta untuk berucap dalam bahasa melayu formal sepenuhnya... aku sendiri pasti mesti akan cenderung untuk mencampur adukkan kedua-dua bahasa itu.. jarang sekali dapat mendengar sesuatu penyampaian menggunakan bahasa melayu tanpa sepatah pun perkataan inggeris disebut..
Ini banyak aku lihat sendiri.. dalam banyak majlis perdebatan, pembentangan atau penyampaian atau sebarang aktiviti berkumpulan.. untuk mendengar mereka yang mampu berucap dengan bahasa melayu penuh amatlah terhad.. kerana rata-rata kita selesa menyebut beberapa patah perkataan bahasa Inggeris dalam ucapan berbahasa melayu itu.. kenapa? mungkin kerana merasakan ada kelas dan imej tersendiri.. Jangankan orang lain.. kadangkala aku sendiri pun tersasul sama.. sebab itu kadang-kadang aku lebih suka.. jika mahu bertutur gunakan bahasa itu sepenuhnya.. kalau nak berbicara dalam bahasa melayu.. cakaplah sepenuhnya bahasa itu.. dan jika mahu bertutur bahasa Inggeris.. cakaplah sepenuhnya bahasa tu juga..
Tepuk dada tanya selera.. tanya hati.. tanya akal.. Padaku semua bahasa di dunia ini penting.. dan tidak ada yang paling penting.. tidak ada yang patut diagung-agungkan.. Jika kita bangsa malaysia.. Salahkah kita berbangga kerana mempunyai bahasa melayu.. yang mampu kita tuturkan bersama dikalangan semua kaum??
Teringat ketika ada satu sesi kursus yang kami hadiri di sini.. ketika itu ramai rakan-rakan dari malaysia turut sama dalam kursus itu.. dan salah seorang dari mereka adalah seorang rakan berbangsa cina dan india.. kami semua bertutur dalam bahasa melayu dengan fasih sambil bergelak ketawa.. lalu dua orang pelajar dari India dan berbangsa Scottish yang menegur kami.. Dia bertanya kepada rakanku yang berbangsa cina itu "Anda dari mana??"
Dia menjawab "Dari malaysia"
Mereka tanya pula seorang rakan india itu.. "Anda dari mana?"
Rakan itu juga menjawab "Dari Malaysia"
Lantas mereka berdua itu bertanya pada kami semua.. "Bahasa apakah yang anda semua tuturkan???"
Kami yang mendengar lantas ketawa kecil.. dan kami katakan, "Bahasa melayu@malay language"
Seketika aku rasa bangga.. ya bahasa melayu.. bahasa kebangsaan kami
Mungkin ada yang memandang remeh isu ini.. mungkin juga ada yang mengatakan apalah sangat nak dikecoh-kecohkan.. Tapi ingat.. dari sekecil-kecil api.. mampu membinasakan sebuah rumah jika tidak berjaga-jaga.. Jika tidak kita ambil perhatian dari awal.. Padaku.. yang pincang adalah perlaksanaannya.. dan jika mahu bahasa Inggeris dikalangan pelajar ditingkatkan.. mantapkanlah kelas-kelas bahasa Inggeris di sekolah, jalankan lebih banyak aktiviti yang menarik yang mampu menarik minat pelajar menguasai bahasa itu dan biarkan sahaja subjek Matematik & Sains itu diajar dalam bahasa melayu.. Kembalikan semula pengajaran & pembelajaran (P&P) dalam bahasa melayu.. tidak ada pincangnya.. dan tidak ada lebihnya P&P dalam bahasa Inggeris..
Melihat sendiri bagaimana pengajaran itu dilaksanakan di sekolah, bertemu sendiri dengan guru-guru yang mengajar subjek berkenaan.. dan banyak lagilah rungutan lain.. pada aku apa salahnya jika kembali kepada bahasa melayu.. takde rugi walau sedikitpun.. malah semasa P&P dalam bahasa inggeris.. aku lihat betapa ramai yang mengambil kesempatan untuk membuat buku-buku rujukan baru.. membuat kelas-kelas bahasa Inggeris.. dan bukan sedikit keuntungan yang dapat dikaut dari situ.. walhal semasa P&P dalam bahasa melayu.. tidak ada pun aku lihat usaha yang sama dilaksanakan pun.. Jika anda tanya pada kebanyakan guru sekolah.. aku juga percaya hampir kebanyakannya menyokong PPSMI ini dimansuhkan.. dan pada yang mahu ia diteruskan mungkin ada agenda sendiri.. atau mungkin tidak dekat dengan sekolah dan tidak tahu permasalahan yang wujud.. Banyak lagilah cerita ceriti yang aku tahu dari pelajar-pelajar aku sendiri.. rakan-rakanku.. apatah lagi dulu kunjungan setiap semester ke sekolah dan bertemu dengan pengetua-pengetua sekolah.. aku sering juga ambil peluang bertanyakan isu ini.. dan rata-ratanya.. ada yang positif dan ada yang negatif.. tapi kelebihan dan kekurangannya itu pada aku.. tidak banyak beza pun..
Jika tidak setuju.. tak mengapa.. kerana ini hanya pendapat peribadiku.. Aku bangga menjadi anak Malaysia yang mampu berbahasa melayu dan juga mampu bertutur dalam bahasa Inggeris pada masa yang sama.. aku terasa sedikit kesal kerana aku juga kini sudah tidak mampu berbahasa banjar dan bugis dengan baik.. walaupun aku datang dari rumpun banjar di sebelah ayah dan bugis di sebelah emak.. dan ini antara sesalanku.. kerana aku kehilangan kemahiran berbahasa mengikut rumpun bangsa melayu itu..
Travel solo vs berkumpulan vs family
-
Salam
Lama sungguh tak update blog.. Bukan tak nak update tapi agak lama juga tak
travel.. Recently travel ke vietnam.. InsyAllah.. bila ada mood nanti2 ak...
11 years ago
10 comments:
bersetuju sangat dengan pandangan ina. tidak ada lebihnya pengajaran bi dalam kedua mata pelajaran tersebut dan tidak ketinggalan kita kalau diajar dalam bm.
banyak cara untuk kita mahir dalam, bi. dulu masa sekolah, kami dipaksa untuk bercakap dalam bi. kalau bcakap dalam bm , kami didenda 5 sen setiap patah perkataan.
bcakap isu bahasa ini, kpah rasa teramatlah geramnya bila bangsa asing yang ada dalam negara kita ni tidak boleh berbahasa bm dengan elok. bukan sedikit, ramai yang tak reti cakap melayu. bercakap pelat ikut gaya bahasa mereka, susunan bahsa pun tak betul. Sebagai rakyat malaysia, mestilah mahir berbahasa melayu.
Bagi org yg "boleh" berbahasa Inggeris BIASANYA menerima baik PPSMI tp bg yg "takut" berbahasa Inggeris kebanyakannya menentang...apapun aku stuju ngan n3 ni...PPSMI kena dikaji semula perlaksanaannya demi masa depan anak Melayu!
aku setuju ngan pendapat ko kak..
walopon aku bukan dr golongan cerdik pandai.. tapi aku pon rasa mcm ada yg tak kena jer dgn pelaksanaan PPSMI nih.. terutama utk pelajar2 luar bandar la..
dah la subjek sains & matematik tu pon secara tradisinyer kurang di gemari oleh pelajar.. tu pon cikgu dah berhempas pulas nk mengajar..
skarang dah di-bahasa-inggeris-kan pulak..
takot yg di kejar tak dpt, yg dikendong berciciran gitu..
dlm ertikata lain..
bahasa inggeris pon gagal..
matematik ngan sains pon kantoi..
x ker lagik rugi??
lebih baik mcm akak ckp..
kalo bebetol nk pelajar kita mahir berbahasa inggeris buat ler program2 & aktiviti2 yg boleh menarik minat pelajar..
itu aku rasa lebih efektif..
hehehe..
tu jer komen satu sen dr saya..
sekian tima kaseh :D
budak2 dibandar pun bukannya fasih sgt berbahasa inggeris, cthnya cam aku,hahahaha,tapi masih boleh lulus exam ngan baik, asalkan kita rajin semua bleh jadi.Mesti pelajar yg tak phm bahasa ingggeris tu hilang minat pada sains & matematik, negara juga yg rugi.
honestly I'm with you. klu tak kita sendiri yg julang & daulatkan bahasa kita then sapa lg?. Jepun, Perancis & Rusia adalah cth terbaik negara maju yg gunapakai bahasa mereka sendiri..
p.s klu senang bolehle ke: http://haticeria.blogspot.com/2008/06/bahasa-jiwa-bangsa.html
Kak Pah
Betul kan.. org asing datang negara kita pun tak mahir berbahasa sendiri.. jangankan org asing.. bangsa kita sendiri pun ada cam rasa cakap melayu tu kolot jek...
Rani
Tidak semua yang tidak boleh berbahasa inggeris tidak menyokong PPSMI.. aku sendiri mahir berbahasa itu tapi.. aku sendiri pun tidak mengagungkan bahasa itu.. utk apa?? bahasa itukan cuma medan komunikasi dan bukannya satu nilai dlm meninggikan darjat diri ;).. Syabas.. teruskan sokongan terhadap bahasa melayu ;)
Piah
Betul tuh.. dulu kami (akak & rakan2) pernah membuat satu ujian pemahaman utk satu kajian akak di malaysia dlm subjek maths sekolah rendah.. ada 1 soalan dlm bentuk karangan dlm BI ttg penyelesaian matematik.. hampir semua diuji tak boleh jawab soalan itu.. nak tahu kenapa?? sebab diorg tak faham ayat2 dlm tuh.. tapi bila diterjemahkan dlm BM.. semua boleh jawab.. maka kesimpulannya?? adakah salah bahasa atau salah konsep??? dan takkanlah setiap kali soalan berbentuk camtu ditanya dalam peperiksaan... cikgu nak kena terjemahkan setiap kali kan.. Akak dah puas ke sekolah2 di ceruk kampung masa menyelia pelajar dulu.. mcm2 pengalaman yang akak tgk di sekolah.. just bayangkan pula sekolah2 di ceruk kg lebih daif.. ataus ekolah2 org asli?? emmmm... sekolah bandar mmglah.. tak perlulah nak ckp kan..
Juliet
Semua ya kalau nak laksanakan mestilah ada perancangan yang terliti bukan cuba dan uji pastu tengok.. tak jadi tukar.. tukar.. rungutan pasal asyik bertukar nie aku dah dengar sejak aku sekolah lagik lah.. berbahasa inggeris nie bukanlah sampai boleh bercakap slang mat saleh.. tapi cukuplah boleh faham apa yang orang cakap pun dah ok ;)
Nahmy
Setuju sekali lagi.. kawan2 aku ramai bangsa asing kat sini.. semuanya boleh je berbahasa inggeris walaupun belajar di negara masing2 dalam bahasa mereka sendiri sebelum ke sini.. tak yah tengok bangsa eropah.. kawan aku bangsa jepun.. lagilah.. 100% jepun nya.. silap2 kami pun pasnie belajar cakap jepun pulak.. aku dah tau dah beberapa perkataan thai ;)
nnti aku singgah link tuh k
Iina...setuju dengan entry iina ni...memang pun tak banyak yg dpt membantu pelajar2 kita jika sains dan matematik dlm bahasa Inggeris...
Untuk memahirkan mereka dlm penggunaan bahasa ialah melalui bacaan dan percakapan harian...semuanya adalah atas anisiatif sendiri...
saya kurang sokong bahasa inggeris dalam math dan sains kalau setakat nak bagi murid lancar BI. pada saya subjek BI itu sendiri perlu ditekankan pengajarannya. pengalaman saya dulu, sepanjang 6 tahun di sekolah rendah, guru BI sangatlah hampehhh, mentang2 sekolah kampung, guru BI main-main je mengajar, mungkin sebab hampir kesemua subjek dia kena ajar. Kalaulah serius pengajarannya, syllabus menarik, takkan murid tak sukakan.
Pada saya memahami dan menghayati sains dan math dalam bahasa sendiri lebih mudah, lebih umphhh. Once basic dah strong, tak risaukan, ada student kita boleh cemerlang bila belajar di Jepun dalam bahasa Jepun sebab pemahaman mereka tentang Math dan Sains dah kukuh sejak menengah rendah lagi. Saya lihat anak saya, guna BI dalam sains dan Math sejak form one, lambat dia nak faham, kena pulak budaknya ni kureng rajin, he, he.............maknya yang risau lebih.
Zany
Betul lah.. orang tak melihat bagaimana pelajar-pelajar kita di ajar dalam kelas bolehlah cakap apa sahaja.. apalah sangat masa yang 45 minit atau 1jam 30 utk 2 waktu itu.. dengan nak faham bahsa inggeris lagi.. nak faham konsep lagik.. akhirnya yang nak dicapai tak tercapai.. kalaus etakat nak pelajar kita mahir berbahasa.. kenapa tak buat jek semua subjek ajar dalam BI kenapa nak Math, sains & IT sahaja dalam BI.. why?? come onlah kan.. pernah tgk ke?? camna anak2 kg diajar dgn menggunakan bahasa itu dalam kelas.. pernah ke buat lawatan pergi sekolah2 ceruk kg tgk cikgunya mengajar.. tgk minat pelajar camna?? keluhan cikgu.. keluhan anak murid?? memanglah semua boleh berkata.. itu kan tugas guru.. dan saya juga percaya guru juga cuba sehabis baik.. dan saya sendiri salute dengan guru yangh sanggup bertungkus lumus ikhlas mengajar anak2 bangsa yang nak faham.. nak belajar..
Belajar bahasa dan belajar konsep sains & math adalah 2 benda berbeza dan 2 kemahiran berbeza.. bagi yang dah lepas zaman sekolah.. senanglah cakap.. yg masih di sekolah?? mak bapak yg kaya ada duit boleh htr kelas tusyen bolehlah htr.. anak2 miskin yang tak mampu?? bagaimana??
masih ingat tulisan jawi yg dilenyapkan dalam silibus sekolah?? skrg nie baru nak dimasukkans emula.. semasa ia dilenyapkan.. berapa ramaikah anak2 melayu yg boleh baca jawi?? kalau tanya org skrg nie berapa kerat yg boleh baca kan..
kalau isu palestin n israel pandai pula kansemua ye menyokong.. mengutuk.. tapi bila isu bahasa snediri.. senang2 juga kutuk bangsa sendiri perlekehkan jati diri orang yg berdemontrasi.. ohhh mmg terbakar hati betul saya.. sebab yg turun berdemontrasi itu semua org2 yg saya kenal dan cukup tinggi ilmu pengetahuan dia.. dan salahkan mereka kerana memperjuangkan sesuatu yang mereka minat.. dan mahu ia dipertahankan.. sedihh.. amat sedih.. (terlebih pnjg lak komen nie hehehe.. emoo sat)
Huihhh...ni topik yg mmg kuminati sejak dulu nih. Mmg betul k ina!! Nak bagi budak2 kita terer cakap English, kena kuatkan pengajaran English Language tu sendiri. Tambah masa utk English etc. Tapi kalu nak ilmu Sains dan Matematik dikuasai sepenuhnya, ajar dlm bahasa ibunda, supaya anak2 skolah kita paham konsep dan aplikasinya. Alangkah bagusnya kalau ramai rakyat Malaysia nampak isu ini sejelasnya. Hmmmm....
Post a Comment